You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat

Mesyuarat Kokurikulum Kali ke 1 Tahun 2014


Tarikh:
Masa:
Tempat:
Pengerusi:

26 Disember 2013
11.15 pagi
Bilik Mesyuarat SKGN
Pn Noorizah binti Shuid
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

Kehadiran:

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)
12)
13)
14)
15)
16)
17)
18)
19)
20)
21)
22)
23)
24)
25)
26)
27)
28)

Pn. Noorizah binti Shuid (GURU BESAR)


En. Mohd Nadzari bin Baharom (GPK PENTADBIRAN)
En. Chatri A/L Sing (GPK KOKURIKULUM)
En. Sharifah Ajar binti Syed Endut (GPK HEM)
Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman
Pn. Athiyah binti Shuid
Pn. Azizah binti Hassan
Pn. Fauziah binti Musa
Pn. Hartina binti Rosdi
Pn. Hasnah binti Wahab
Pn. Hasniyanti binti Mohd Hanafiah
Pn. Jamalulhaslina binti Fuad
En. Mohamad Sofi bin Hassan
En. Muhamad Ridzuan bin Hj. Ismail
Pn. Norliza binti Kadir
Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil
En. Rohisyam bin Abidin
Pn. Salihah binti Abd Kadir
Pn. Sharizah binti Abdullah
Pn. Siti @ Lebar binti Rejab
Cik Suraiza binti Abdullah
Pn. Suriany binti Idris
Pn. Maslina binti Kamaluddin
En. Wan Muhd Nizar bin Wan Pe
En. Yusrizal bin Yusoff
Pn. Wan Hayazi binti Wan Abdullah
Cik Noormila Fairus binti Bahari
Pn. Hisnawati binti Che Ishak

1.

PERUTUSAN PENGERUSI (Guru Besar)

1.1 Ucapan Aluan


Terima kasih atas kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat. Ini merupakan mesyuarat bagi
Unit Kokurikulum kali pertama dengan harapan dapat ditingkatkan lagi kemajuan bagi Unit
Kokurikulum tahun 2014.
Tindakan: SEMUA GURU
1.2 Pencapaian Unit Kokurikulum
Tuan Guru Besar menyatakan pencapaian Unit Kokurikulum sepanjang tahun 2013 adalah
amat memuaskan kerana banyak penyertaan di peringkat PKP, negeri seterusnya
Kebangsaan.
Tindakan: SEMUA GURU
1.3 Tenaga Pengajar Dari Jabatan Kebudayaan Perlis
Tuan Guru Besar juga memaklumkan SKGN masih mendapat khidmat tenaga pengajar untuk
seni bahasa dan persembahan dari Jabatan Kebudayaan Negeri Perlis.
Tindakan: UNIT KOKURIKULUM
1.4 Tuan Rumah SUKMA 14
Makluman dari Guru Besar, JPN Perlis telah dipertanggungjawab untuk menguruskan majlis
perasmian dan penutupan, mascot, moto dan lagu tema, dan pasukan sorak. SUKMA 14 akan
diadakan pada bulan Mei 2014.
Tindakan: SEMUA GURU

2.0 UCAPAN PENGERUSI (GPK KO)


2.1 Terima Kasih Kepada Guru
Ucapan terima kasih kepada semua guru termasuk staf sokongan yang telah memberi
kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang tahun 2013.
Tindakan: SEMUA GURU
2.2 Pembahagian Tugas 2014
GPK KO memaklumkan kepada semua guru bahawa pembahagian tugas untuk Unit
Kokurikulum 2014 telah dibuat dan perancangan aktiviti 2013 boleh diteruskan pada 2014.
Tindakan: SEMUA GURU

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL. 4 TAHUN 2013


Minit mesyuarat dibentangkan untuk disahkan oleh Puan Hartina binti Rosdi dan disokong
oleh Puan Jamalulhaslina binti Fuad.

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Laporan Aktiviti 2013
Laporan aktiviti yang masih belum dihantar, perlu dihantar segera untuk dimasukkan dan
dikemaskini ke dalam fail.
Tindakan: SEMUA GURU
4.2 Latihan Rumah Sukan
Latihan rumah sukan perlu dilaksanakan pada awal tahun.
Tindakan: SEMUA GURU
4.3 Pemakaian dan Kehadiran Aktiviti Kokurikulum
Guru Besar meminta kerjasama guru memantau kehadiran murid serta pemakaian mereka
pada hari aktiviti kokurikulum dijalankan.
Tindakan: SEMUA GURU
4.4 Pengumpulan Murid Untuk Aktiviti Kokurikulum
Guru Besar mencadangkan murid perlu dikumpulkan terlebih dahulu di Dewan Terbuka
kemudian beredar ke tempat-tempat aktiviti kokurikulum seperti dijadualkan.
Tindakan: SEMUA GURU

5.0 AGIHAN TUGAS 2014


5.1 Pembentangan AJK Kokurikulum 2014
GPK Ko membentangkan nama-nama guru kepada jawatankuasa terlibat dalam kokurikulum
tahun 2014.
Tindakan: GPK KOKURIKULUM
5.2 Kelab Pencegahan Jenayah
Pn Norliza memaklumkan Kelab Pencegahan Jenayah perlu dimasukkan dalam jawatankuasa
yang baru.
Tindakan: GPK & S/U KOKURIKULUM
5.3 Penukaran Nama Persatuan Agama Islam
En. Mohd Sofi memaklumkan nama Persatuan Agama Islam, Khat dan Jawi ditukar kepada
Persatuan Agama Islam, manakala Persatuan Bahasa Arab dimasukkan Khat dan Jawi.
Tindakan: GPK & S/U KOKURIKULUM
5.4 Keterlibatan Staf Sokongan
Pn. Norliza memaklumkan staf sokongan tidak perlu dilibatkan dalam jawatankuasa
kokurikulum selain daripada jawatankuasa rumah sukan.
Tindakan: GPK & S/U KOKURIKULUM

5.5 Permulaan Aktiviti Kokurikulum 2014


Tuan Guru Besar memaklumkan aktiviti kokurikulum akan bermula pada minggu ke-3.
Tindakan: SEMUA GURU
5.6 Tarikh Kejohanan Balapan dan Padang 2014
GPK Pentadbiran memaklumkan tarikh Kejohanan Balapan dan Padang perlu ditukar ke
tarikh yang lain bagi mendapatkan cuti peristiwa.
Tindakan: GPK & S/U KOKURIKULUM

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Papan Kenyataan Setiap Unit
GPK Pentadbirang memaklumkan setiap unit yang mempunyai papan kenyataan perlu
menyediakan bahan untuk dipamerkan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan.
Tindakan: GURU UNIT KOKURIKULUM
6.2 Kolaboratif Alam Maya
GPK Pentadbiran memaklumkan kolaboratif tidak semestinya dilakukan secara fizikal, malah
boleh dilaksanakan melalui maya.
Tindakan: SEMUA GURU
6.3 PAJSK
Guru-guru Pendidikan Jasmani perlu melaksanakan ujian fizikal untuk murid tahun 4 dan
ujian attitute untuk murid tahun 3.
Tindakan: GURU PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 DAN 3
6.4 Bilik Sukan
Bilik Sukan/Stor Sukan perlu dipindahkan ke bilik baru dan dikemaskan sebelum buka
sekolah pada 2 Januari 2014.
Tindakan: UNIT KOKURIKULUM
6.5 Penggunaan Punch Card atau Thumb Print
Guru Besar mencadangkan penggunaan Punch Card atau Thumb Print bagi mencatat waktu
kehadiran guru ke sekolah pada tahun 2014.
Tindakan: PENTADBIRAN

7.0 PENUTUP
7.1 Guru Besar memohon maaf jika terdapat salah silap sepanjang pengendalian
mesyuarat.
Mesyuarat ditangguh : 1.15 petang.

................................................
Disediakan oleh
Setiausaha Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka
Tarikh: 10 Mac 2013

Minit dicatat oleh:


Rohisyam bin Abidin
Setiausaha Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

You might also like