You are on page 1of 75

GERAKAN ISLAM DAN

ANCAMAN BAHAYA
SEKULARISME

PENYUSUN
IBRAHIM AL HELMY

KANDUNGAN

KEMASUKAN ANWAR IBRAHIM KE DALAM UMNO


HIKAYAT BERSIKAP: ISLAM DAN SEPILIS DALAM MASYARAKAT HARI INI
SEKULARISASI-LIBERALISASI DALAM GERAKAN ISLAM
KETATANGEGARAAN ISLAM DAN NEGARA SEKULAR
WASIAT PROF ZULKIFLI MUHAMMAD
FIQH KEWARGANEGARAAN UNTUK PEMULA

PRAKATA
Nota Pemikiran Syed Muhammad Naquib al Attas.
Prakata ini dinamakan Nota Pemikiran Syed Muhammad Naquib al Attas.
Pokok pangkal kepada falsafah dan pemikiran ciptaan manusia ialah Sekularisme
dan Humanisme. Liberalisme, Pluralisme dan pelbagai isme lagi berpokok
pangkal kepada dua-dua pemikiran tersebut.
Humanisme dan Sekularisme ditelurkan oleh Kebudayaan Barat. Kebudayaan
Barat menganggap Islam sebagai musuh MUTLAK dan HAKIKI yang sanggup
mereka bermati-matian untuk memusnahkan Islam dan Umat Islam.
Kebudayaan Barat adalah warisan yang dipupuk oleh bangsa-bangsa Eropah dari
Kebudayaan Yunani Kuno diaduni oleh Kebudayaan Romawi dan unsur-unsur lain
dari Kaum Biadap yakni suku bangsa Perancis, Jerman dan Inggeris.
Dari Kebudayaan Yunani Kuno, Kebudayaan Barat dipengaruhi oleh peletakan
dasar-dasar falsafah, kenegaraan, pendidikan dan kesenian manakala Kebudayaan
Romawi merumuskan perundangan dan ketatanegaraan.
Kedatangan agama Kristian ke Eropah dengan jayanya menjadikan bangsa-bangsa
di Eropah menganuti agama Kristian tetapi agama ini masih gagal meresap ke
dalam qalbu mereka. Bangsa-bangsa Eropah telah mencampur-adukkan amalan,
kepercayaan dan ajaran Kebudayaan Yunani Kuno, Kebudayaan Romawi,
Kebudayaan Mesir, Kebudayaan Parsi dan Kebudayaan Kaum Biadap (Gasar)
sehingga menjelma agama Kristian Baru. Maka. pusat agama Kristian di Baitul
Muqaddis di Palestin beralih ke Rom, Itali.
Antara ciri-ciri Kebudayaan Barat ialah
1. Berteraskan falsafah bukannya agama. Jiwa keagamaan mereka tidak
mempunyai keyakinan muktamad. Mereka hanya berdasarkan teori iaitu
ilmu pengetahuan atau hasil akal nazari yang berlandaskan dugaan dan
sangkaan dan penerokaan akal jasmani yang mungkin benar atau tidak
benar.

2. Cinta melulu kepada kekuasaan dunia membawa kepada sifat kebendaan


dan keashikan hidup duniawi. Mereka mula mencari cara meningkatkan
kesedapan manusia menikmati dunia dengan meningkatkan lagi darjat
keistimewaan manusia dan dunia dengan mengenepikan hak-hak Tuhan
dan agama dalam kehidupan mereka.
3. Intisari falsafah Barat ialah dualisme atau penduaan yang mutlat terhadap
kebenaran. Maknanya hakikat dan kebenaran boleh bertentangan dan lebi
daripada satu. Memberi pilihan dalam bab aqidah boleh membawa kepada
kesyirikan dan melanggar batas iman dan kufur.
4. Pandangan hidup yang tragik iaitu menerima pengalaman kesengsaraan
hidup sebagai satu kepercayaan mutlak mempengaruhi peranan manusia
di dunia.
5. Mencari jawapan kepada persoalan abadi tetapi gagal menemui jawapan
dengan tiada akhirnya kecuali teori-teori yang bukannya jawapan. Gagal
menemui jawapan dengan tiada akhirnya merupakan pengembaraan
dalam alam fikiran dan renungan yang tiada berakhir telah menjadi
semangat Kebudayaan Barat.
Humanisme ialah suatu faham pandangan hidup sekular yang mementingkan
dasar keistimewaan kemanusiaan dan keduniaan serta kebendaan serta tidak
meletakkan agama sebagai utama dan penting.
Sekularisme ialah kedisinikian. Pensekularan bermakna penolehan pandangan
daripada alam-alam lain yang ghaib kepada alam tabii belaka. Ia bermaksud
penghapusan alam ghaib, agama dan Tuhan dalam persoalan manusia sehingga
akal manusia terbebas daripada belenggu manusia daripada perkara yang dilihat
sebagai perkara tahyul.
Pensekularan dapat dilihat dari tiga kejadian iaitu
1. Pada pengosongan alam tabii dan akal insani dari sebarang makna ruhani
sehingga memperpisahkan alam tabii dari Tuhan. Alam tidak mempunyai
hubungan maknawi dengan Tuhan.
2. Pada penafian segala pengesahan kekuasaan dan kewibawaan politik yang
berdasarkan sumber-sumber ruhani dan agama sehingga penafian itu

menjadi pra-syarat kepada perubahan politik, pemerintahan dan


perubahan masyarakat.
3. Pada pengenaan nilaian nisbi, yang senantiasa berubah terhadap
penciptaan kebudayaan dan tiap rencana bentuk penilaian termasuk dalam
penilaian agama Islam yang mempunyai pandangan alam yang tujuan
akhirnya adalah tetap dan muktamad.
Malangnya yang berlaku apabila umat Islam dipimpin oleh para pemimpin politik,
kebudayaan, intelektual dan ulama yang lemah dan palsu yang mengikut hawa
nafsu [Surah al Baqarah: 120] Kebudayaan Barat. Kebudayaan Barat
mempengaruhi cara berfikir, cara beragama, cara memahami nilai dan cara hidup
Umat Islam walaupun petunjuk-ilmu (bersumberkan al Quran dan al Sunnah)
masih ada di sisi Umat Islam.
Pada zaman edan ini, kita perlu bijak menapis maklumat. Fitnah yang menguasai
penyaluran maklumat pada dewasa adalah malapetaka besar dalam
ketamadunan dunia. Persepsi adalah pra-syarat kepada fitnah.
Tokoh-tokoh yang dipopular oleh media jangan sesekali dipercayai dengan
mudah. Berhati-hati dengan pukauan kata pemimpin yang bersifat munafik.
Tulisan ini bakal menyentuh sedikit tentang Dato Seri Anwar Ibrahim bukanlah
tujuan menjahati beliau atau tidak mengenang jasa dan budi beliau terhadap
Islam, negara dan bangsa Melayu. Kritikan terhadap beliau tidak memuktamadkan
apa yang berlaku pada masa depan. Ia berkisar apa yang dulu dilakukan oleh
beliau yang dibincangkan daripada sisi yang negatif kepada Islam dan Umat Islam.
Moga beliau menjadi insan yang berjuang untuk Islam dan dimatikan dalam
seorang yang bertaqwa.

Ibrahim al Helmy.
16 Julai 2016.

** Mengambil sumber daripada buku Risalah Untuk Kaum Muslimin karangan


Syed Muhammad Naquib al Attas.

KEMASUKAN ANWAR IBRAHIM KE DALAM UMNO

Dalam bab ini, kita akan menelusuri beberapa perkara dibawah


1. Ijtihad Anwar Ibrahim
2. Impak kepada gerakan Islam ekoran tindakan Anwar Ibrahim
Tanggal 29 Mac 1982, politik negara digegarkan oleh kemasukan Anwar Ibrahim, tokoh belia
Islam menyertai UMNO yang dikritiknya.
Kemasukkan beliau ke dalam UMNO mencetuskan konflik dalaman dalam gerakan Islam di
Malaysia.
Siapa Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim merupakan legenda politik zaman ini mempunyai kehebatan sejak zaman
sekolah, mahasiswa, belia dan politik kepartian serta pada peringkat antarabangsa. Beliau
anugerah Allah untuk rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim berasal daripada keluarga elitis Melayu dan UMNO. Ayah beliau pernah menjadi
ahli Parlimen UMNO dan Setiausaha Parlimen.
Penglibatan beliau dalam badan dakwah bermula di sekolah Maktab Melayu Kuala
Kangsar(MCKK) melalui Badan Revolusi Islam kemudian menjadi Presiden Persatuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM),
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM) dan Presiden WAMY. Deretan
pengalaman dalam gerakan Islam ini membolehkan beliau dinobatkan sebagai lagenda.
Anwar Ibrahim juga pernah ditahan dalam kem Kemunting sebagai tahan ISA. Dan beliau juga
berbakti dalam dunia pendidikan apabila menubuhkan Yayasan ANDA Akademik yang
berperanan mengadakan kelas-kelas bagi pelajar yang tidak berkemampuan dan keciciran.
Dalam politik, beliau banyak membantu PAS tetapi akhirnya memilih UMNO sebagai wadah
perjuangan. Pada tahun 1998, beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
Timbalan Presiden UMNO. Kemudian beliau menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kemudian
PKR) merangkap sebagai Ketua Umum.
Anwar Ibrahim dan PAS.
Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan tamparan yang paling memedihkan pada PAS
kerana ia dilakukan menjelang pilihanraya umum yang akan diadakan 22 April 1982. Ada yang
berpendapat tamparan yang memedihkan PAS disebabkan oleh Anwar dikatakan terlibat dalam

perancangan PAS menghadapi UMNO pilihanraya tersebut. Anwar masuk UMNO pada 29 Mac
1982, tarikh yang begitu hampir dengan pilihanraya tersebut. Tidak menghairankan jika PAS
menganggap Anwar sebagai pengkhianat dan ular bermuka dua.
Dunia politik menjangka bahawa Anwar akan masuk PAS kerana rapatnya hubungan PAS
dengan Anwar. Anwar Ibrahim dilaporkan berkata
...tetapi sebagai pertubuhan dakwah yang berlandaskan Islam, sudah tentu ABIM
menggalakkan ahli-ahlinya memihak corak parti yang jelas matlamat Islamnya
Pemimpin DAP, Dr Chan Man Hen juga meramalkan Anwar Ibrahim akan masuk PAS dalam
persidangan Wakil Rakyat DAP pada bulan Ogos 1980.
PAS ada darah ABIM. PAS adalah lonjakan politik kepartian ABIM. Begitulah ketakdiran Allah,
perkara yang sepatutnya diselesaikan dengan mudah telah dicemari oleh tindakan Anwar
masuk UMNO. Sudah tentu disebalik peristiwa ada rahmat dan pengajaran. Sebenarnya, ABIM
ketika itu menjadi pusat pemayungan gerakan Islam melalui pelbagai tanzim gerakan Islam
terutamanya tanzim Ikhwanul Muslimin. Secara mudahnya, PAS pula menjadi saluran politik
manakala ABIM menjadi saluran NGO. Namun, usaha yang sepatutnya boleh dilakukan tidak
terjadi angkara kemasukkan Anwar ke dalam UMNO.
Pilihanraya Umum 1978, PAS mengalami saat paling menderita. Dalam pilihanraya ini, Kerajaan
PAS di Kelantan tumbang ekoran krisis politik. Muhammad Nasir, bekas Menteri Besar yang
dipecat oleh PAS berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan melalui parti BERJASA.
Suasana gawat ini mengundang kegusaran kepada tokoh gerakan Islam di Asia Tenggara iaitu
Muhammmad Natsir. Beliau telah mengarahkan ABIM menyalurkan pimpinannya ke dalam PAS.
Ia dalam proses membantu PAS agar lebih berupaya dalam pilihanraya akan datang.
Penyaluran pimpinan ABIM sangat terkenal dengan istilah pemindahan darah. Penyaluran
pimpinan ABIM ke dalam PAS bukannya seperti Anwar masuk UMNO. Penyaluran pimpinan
ABIM ke dalam PAS merupakan arahan jemaah yang dipertanggungjawabkan kepada para
pimpinan tersebut. Muhammad Natsir telah bermesyuarat dengan pimpinan ABIM negerinegeri dan mesyuarat tersebut bersetuju dengan saranan beliau. Fadzil Noor, Syed Ibrahim,
Abdul Hadi Awang, Nakhaie Ahmad antara pimpinan yang disalurkan ke dalam PAS dalam usaha
mengembalikan sinergi PAS.
Kemasukan pimpinan ABIM ke dalam PAS sudah tentu menyiapkan segala perkara yang wajib
dibuat sementara menunggu ketibaan pemimpin impian gerakan Islam Malaysia. Sayang
penungguan tersebut sia-sia ekoran kemasukkan Anwar ke dalam UMNO.
Jarang sekali penceraian tanpa benci. Segala baik itu adalah buruk. Putih dikatakan hitam.
Sedap dikatakan tak sedap. Begitulah penceraian yang menghasilkan dendam dan kebencian.
Setelah masuk UMNO, apa yang Anwar Ibrahim tidak kata pada PAS. UMNO telah mengadakan
pidato PAS tuduh UMNO Kafir, Anwar Jawab di Gombak. Dalam perbahasan Belanjawan

Tahun 1993, Anwar membidas PAS dengan mengelarkan atau melabelkan pimpinan PAS
sebagai ulama jumud, ulama kolot.i
Penulis mengakui bahawa kaedah penyertaan dalam kerajaan adalah salah satu kaedah yang
mengurangkan konflik dan ketegangan politik negara. Cuma kaedah ini boleh memakan diri dan
melorong pemimpin gerakan Islam terlarut dalam kemungkaran pemerintah. Ini yang berlaku
kepada Ustaz Hassan al Baquriii yang menyertai Kabinet Kerajaan Revolusi, pimpinan
Muhammad Najib seorang pemimpin tentera berfahaman sosialisme. Apabila Ikhwan menarik
balik sokongan kepada Kerajaan Revolusi, Hassan al Baquri tidak mendengar arahan pimpinan
dan kekal didalamnya.
Kenapa Anwar Ibrahim memilih UMNO?
Menurut Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim mahu menyertai UMNO. Dalam pertemuan
dengan Mahathir, Anwar Ibrahim menjelaskan beliau bersetuju dengan perjuangan UMNO. iii
Anwar Ibrahim dalam pertemuan 6 jam bersama Fadzil Noor mengemukakan alasan bahawa
beliau mampu membawa perubahan dalam UMNO mencakupi penerapan nilai Islam,
pembanterasan rasuah, pendidikan, penolakan ISA, pindaan akta pertubuhan dan membela
nasib rakyat miskin.iv
Jelas Mahathir lagi, Anwar mahu mengubah UMNO daripada dalam agar usaha beliau
mewujudkan kerajaan Islam tercapai. Mahathir sendiri tidak menghalang cadangan Anwar.
Ada sesetengah pendapat mendakwa, Anwar dinasihati oleh tokoh-tokoh Islam antarabangsa
supaya mengurangkan pertembungan antara gerakan Islam dengan pihak kerajaan. Antara
tokoh Islam yang mengerakkan usaha mengelakkan pertembungan gerakan Islam dengan
kerajaan ialah Ismail al Faruqi, Mohamad Abu Saud dan Abdul Hamid Abu Sulayman.
Kebanyakan mereka ialah tokoh Islam dari International Institute of Islamic Thought (IIIT).
Kita tak pasti bagaimana hubungan Anwar Ibrahim dengan Tanzim Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa, sebagai sahabat mata rantai perjuangan gerakan Islam atau anggota Ikhwan
secara individu. Sebagaimana IRC, Anwar dan ABIM mempunyai hubungan rapat dengan
Ikhwan Antarabangsa melalui pengaulan dan keaktifan bersama-sama dalam gerakan pelajar
dan belia Islam antarabangsa. Ikhwan Antarabangsa menghantar kader dakwah mereka ke
dalam Pertubuhan Pelajar Islam Sedunia (IIFSO) dan Pertubuhan Belia Islam Sedunia (WAMY).
Antara kader dakwah Ikhwan tersebut seperti Mustafa Tahhan dan Kamal Helbawyv.
ABIM melalui Anwar Ibrahim dan Fadzil Nor pernah bertemu dengan Ustaz Umar Tilmisani.
Dalam pertemuan tersebut, ada jalinan muafakat antara ABIM dengan Ikhwan tetapi tidak
bersedia berbaiah dengan mereka sebagai rangkaian gerakan Ikhwan di Malaysia atas alasan
Malaysia memerlukan pendekatan yang berbeza kerana masyarakat yang majmuk. Menurut
Anwar, PAS dan ABIM lebih bebas bergerak tanpa terikat rasmi dengan gerakan Islam lain.

Ada juga berpendapat ada faktor sampingan iaitu pengaruh keluarga beliau.
Anwar Ibrahim telah menyatakan;
kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Dr Mahathir Mohamad
Saya memilih UMNO kerana ia memberi ruangan kepada saya untuk meneruskan perjuangan
sayavi
Alasan Anwar mendapat kritikan hebat sehingga ada menyatakan beliau membersih tahi dalam
tong tahi. Fadzil Noor pernah mengingatkan Anwar pengalaman PAS dalam kerajaan campuran
yang digagalkan dan dikhianati oleh UMNO.
Apa yang Anwar lakukan adalah satu ijtihad peribadi beliau bukannya keputusan jemaah.

Majlis Syura ABIM vs Jawatankuasa Kerja ABIM


Keputusan Anwar Ibrahim masuk UMNO adalah ijtihad peribadi bukannya keputusan jemaah.
Ia hanya disokong oleh kelompok pro Anwar yang taksub.
Perkara ini membezakan peristiwa kemasukan sekelompok pimpinan ABIM ke dalam PAS atas
tanggungjawab dan keputusan jemaah.
Fadzil Noor tidak yakin keupayaan Anwar menyempurnakan agenda perubahan dengan corak
perjuangan UMNO. Fadzil Noor tidak yakin dan tidak merestui tindakan Anwar Ibrahim.
Punbegitu Fadzil Noor tidak pula menganggap langkah Anwar sebagai ghair syarie (bersalahan
syarak) atau mempertikaikan keikhlasan Anwar.
Keputusan Anwar menimbulkan keributan kepada gerakan Islam di Malaysia khususnya ABIM.
Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM memutuskan bersetuju melepaskan Anwar Ibrahim untuk
menyertai UMNO sebagaimana kenyataan akhbar bertarikh 29 Mac 1982 daripada Setiausaha
Agung ABIM, Kamarudin Jaafar.
Keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM jelas bertentangan dengan Majlis Syura ABIM yang
mendakwa Anwar Ibrahim membelakangi pandangan ahli dan Majlis Syura ABIM. Satu kertas
kerja bertajuk Kenapa Kemasukkan Anwar ke Dalam UMNO tidak Syarie telah dihasilkan bagi
membantah ijtihad Anwar.
Diskusi isi kertas kerja Kenapa Kemasukkan Anwar ke Dalam UMNO tidak Syarie;vii
1. Tindakan itu bukan perkara ijtihadiyyah tetapi melibatkan masalah qatie iaitu perkara
yang sudah dijelaskan oleh syarak. Kenyataan ini dirujuk kepada surah al taubah:23-24,
Surah al Mumtahanah:13 dan Surah al Mujadalah:21.

2. Ijtihad Anwar menyalahi kaedah fiqhiyyah


3. Bertentangan dengan ruh syariat yang berteras matlamat tidak menghalalkan cara
4. Bertentanngan dengan Masalih Mursalah
Konsep Syura juga mengalami polemik dan wacana. Ramai ulama dan sarjana Islam
membahagikan syura kepada dua iaitu syura mulzimah (keputusan syura wajib diterima
oleh pemimpin dan organisasi) dan syura mulimah (sekadar pemberitahuan dan
pengetahuan kepada pemimpin dan pemimpin boleh membuat pilihan sendiri dalam
keputusan).
Jasser Auda memilih syura itu mulimah bukannya mulzimah berdasarkan keputusan Saidina
Abu Bakar berkeras dengan pendirian beliau bukannya para sahabat lain termasuk Saidina
Umar dalam kes memerangi orang murtad.
Realiti berorganisasi pada hari ini juga berdasarkan syura mulimah kerana para ketua hanya
meminta pendapat sidang mesyuarat tetapi keputusan sebenar diputuskan oleh ketua
sendiri.
Imam Hassan al Banna yang menyatakan syura dalam Islam bukan terletak pada suara
majoriti atau sedikit. Seorang imam (pemimpin) meminta penjelasan dari setiap pandangan
yang dipercayainya kemudian mengambil mana-mana yang nyata kesahihannya dan
melakukannya sesuai dengan hukum-hukum Islam. Kenyataan Imam Hassan al Banna
bagaikan memilih pendekatan syura mulimah.
Ikhwanul Muslimin memberi hak bermusyawarah kalangan yang berkeahlian sahaja.
Penerimaan keputusan majoriti itu ialah keputusan kepada mana-mana persoalan yang
tiada nas. Tindakan Saidina Abu Bakar dan Imam Hassan al Banna dalam kedua-dua kes di
atas adalah dalam perkara yang sudah termaktub mempunyai nas. Jelas ia tidak
memerlukan syura.
Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan keputusan berdasarkan syura mulimah. Kelebihan
baginda adalah baginda sendiri mendapat bimbingan wahyu yang dijadikan nas. Baginda
adalah sumber nas. Dan mempunyai para sahabat yang berwibawa.
Yusuf al Qaradhawi pula berhujah bahawa syura itu Mulzimah bukannya sekadar mulimah.
Yusuf al Qaradhawi menjelaskan syura tiada makna sekiranya pemimpin hanya meminta
pandangan tetapi melaksanakan apa yang pemimpin sukai. Demokrasi sendiri mendekati
asas Syura Mulzimah iaitu kepatuhan kepada hasil perbincangan.
Pendapat Yusuf al Qaradhawi sangat bertepatan dengan zaman ini. Syura mulimah sangat
bergantung kepada maqam keimanan dan taqwa serta keilmuan seseorang pemimpin.
Maqam iman dan taqwa yang tinggi pada zaman ini kelihatan berkurangan. Justeru,
alternatifnya adalah syura mulzimah. Ia mengalakkan kepimpinan secara institusional dan

ketertanggungjawaban kolektif berbanding kepimpinan secara individu yang boleh menjadi


diktator.
Impak Kemasukkan Anwar ke dalam UMNO kepada Gerakan Mahasiswa Islam
Anwar Ibrahim banyak mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup kepimpinan pelajar
sehingga beliau menjadi idola di kalangan pelajar termasuklah penampilan berpakaian
beliau. Kemasukan tokoh ABIM ini ke dalam UMNO pada tahun 1982 telah mengoncang
institusi gerakan pelajar Islam kerana menongkah arus perjuangan Islamis yang lebih
menghampiri perjuangan PAS. Ketokohan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pelapis bagi
mengantikan tugas Dato Asri sebagai Presiden PAS.
Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menelurkan kecelaruan pemikiran dikalangan
penggerak gerakan mahasiswa Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84
terpaksa ditangguh. Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh Mohamad
Hussein dari proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar.
Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai
presiden PMIUM dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju
melantik Mohamad Hussein sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan presiden.
Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri dalam muktamar dengan memberi
laluan kepada Mohd Taib Ahmad. Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri
daripada Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad
Zarkhashi dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro
PAS. Mereka dikenali kumpulan Kerinchi 6.
Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya
mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh
ABIM-PKPIM di kampus Universiti Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan
pelajar Islam yang baru.
PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi mengarahkan matlamat perjuangan
di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang semakin kelesuan.
Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan kehadiran Saifudin Abdullah
sebagai Presiden PBMUM. Pertembungan golongan Islamis pro PAS dengan golongan
Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan Nasionalis tajaan HEP dan
kerajaan telah rancak kembali.
Di UKM, mahasiswa pro PAS dengan mahasiswa pro ABIM dalam ATMA masih boleh
bekerjasama dan kompromi dalam pilihanraya kampus tahun 1983 dan 1984. Kebersamaan
mereka atas dasar Islam. Pada pilihanraya 1984, mahasiswa pro PAS dan mahasiswa pro
ABIM bersetuju meletakkan calon atas tiket ATMA. Ketegangan berlaku semasa proses
pembahagian jawatan dalam PMUKM setelah dimenangi oleh ATMA. Natijahnya, calon

mahasiswa Pro PAS, Wan Ismail Wan Jusoh, SUA Agung PMUKM sesi 1983/84 menarik diri
daripada jawatan YDP PMUKM. Jawatan YDP PMUKM diisi dengan mahasiswa Pro ABIM,
Mustafa Kamil Ayub. MPP mahasiswa Pro PAS juga turut meletakkan jawatan dalam
PMUKM.
Pada sesi 1985/86, berlaku pertandingan 3 penjuru antara mahasiswa pro PAS (bendera
hijau), mahasiswa Pro ABIM(bendera biru) dan TSB. Perpecahan ini menyebabkan kumpulan
Islam kalah. Selepas kekalahan ini, mahasiswa Pro PAS keluar daripada ATMA menyusup
masuk IPU. Pada sesi 1986/87, IPU bekerjasama dengan CCC menguasai sesei tersebut.
Di UTM, PMIUTM berjaya dibersihkan daripada mahasiswa pro ABIM. Kumpulan Islam Tulen
atau Hizbi Islami yang pro PAS dan pro IRC berjaya mengalahkan mahasiswa pro ABIM.
PMIUTM dijadikan pengkalan dalam usaha menguasai PMUTM. Gerakan mahasiswa Islam
stabil apabila bangkit dalam pilihanraya 1985/86.
Di luar negara, gerakan mahasiswa Islam, Malaysian Islamic Study Group (MISG)
USA/Kanada bergolak selepas kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Dalam muktamar senawi
MISG pada tahun 1983, Muhammad Nur Manuty, penyandang Presiden MISG yang pro
Anwar Ibrahim telah kecundang Rozhan Othman yang dikatakan pro PAS. Kekalahan ini
menyebabkan mahasiswa pro ABIM-Anwar menubuhkan ABIM Amerika Utara.
Anwar Ibrahim masih cuba menguasai MISG dengan mengunakan jaringan persahabatan
beliau dalam kepimpinan Islamic Society Of North America (ISNA) dan gabungannya serta
World Assembly of Muslim Youths (WAMY). Antara tokoh yang seringkali memberi kuliah
ialah Ismail al Faruqi, Tareq Suweidan, Ahmed Zaki Hammad, Tareq Qureishi dan Ghulam
Nabi Fai. Pada tahun 1985, pemimpin mahasiswa pro ABIM-Anwar, Abdul Rahim Ghouse
berjaya menjadi Presiden MISG.
Abdul Rahim Ghouse telah forum Masa Hadapan Islam di Malaysia pada 25 Disember 1986
yang menampilkan Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Zaid Kamarudin (kemudian
menjadi Tokoh JIM-IKRAM). Forum ini merimaskan Anwar ekoran mahasiswa
mengemukakan soalan provokatif terhadapnya.
Tidak sampai setahun forum ini, pindaan dibuat terhadap Perlembagaan MISG dengan
meletakkan Polisi Non Partisan yang bertujuan mencegah MISG dikuasai oleh parti politik. Ia
jelas bagi menghalang penularan pengaruh PAS dalam kalangan mahasiswa luar negara.
Natijah daripada polisi ini, MISG telah berpecah kepada beberapa serpihan iaitu MISG
Alumni yang pro IRC dan Malaysian Islamic Society of North America (MISNA) yang pro
PAS(1989).
Kemasukkan Anwar ke dalam UMNO menjadi trajedi yang amat menyedihkan apabila
gerakan mahasiswa Islam terpaksa berpecah kerana seorang individu. Perpecahan ini
menelurkan bagasi dendam di antara mahasiswa Pro ABIM dengan mahasiswa Pro PAS
sehingga hari ini.

Ibrah Kemasukkan Anwar Ibrahim ke Dalam UMNO kepada Gerakan Mahasiswa Islam.
1. Perpecahan menyebabkan kekeliruan sehingga para mahasiswa tidak dapat mengenali
siapa sahabat atau siapa musuh. Perpecahan pelbagai peringkat memerlukan tempoh
masa untuk stabil dan proses pembersihan agar mahasiswa pro ABIM atau Anwar
dikeluarkan daripada kepimpinan.
2. Perpecahan menyebabkan GMI mengalami kekalahan dalam pilihanraya kampus.
kekuasaan tergadai ekoran perbalahan sesama sendiri.
3. Dalam perjuangan, jika bertembung antara persahabatan dengan dasar perjuangan,
dasar perjuangan terpaksa dipilih berbanding nilai persahabatan. Persahabatan kekal
persahabatan dalam konteks hubungan semasa bukan lagi ukhwah perjuangan.
4. Wala kepada Jemaah bukannya pimpinan luar.
5. Bukan sahaja ABIM dan GMI yang berpecah, perpecahan ini juga memunculkan pelbagai
tanzim baru yang selama ini bersatu dalam ABIM. Daripada perpecahan inilah timbulnya
IRC dan ABIM Utara (KUSDA)
6. Keperitan dalam politik berlaku apabila pemimpin harapan masuk parti lain pada saat
yang cukup penting iaitu sebelum pilihanraya. Ia sangat mendukacitakan.

Pemikiran Anwar Ibrahim Pada Hari Ini.


Menurut Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim mempunyai beberapa kelebihan;
1. Imej Islam
2. Jaringan persahabatan dengan tokoh-tokoh antarabangsa, ahli perniagaan, tokoh
pembangkang, para ulama dan cendikiawan.
3. Suka membaca buku terutamanya bidang falsafah dan pemikiran
4. Ucapan yang berpengaruh dengan bahasa sastera dan bersifat populis
5. Kental dalam perjuangan
6. Bercita-cita tinggi
7. Bijak dalam pembinaan imej
8. Keyakinan yang tinggi
9. Pemimpin yang berkesan
Mahathir Mohamad adalah mentor politik Anwar Ibrahim. Satu-satunya orang yang Anwar
tidak berjaya menanganinya.
Menurut seorang tokoh Islamviii, Anwar Ibrahim mempunyai keyakinan yang terlalu tinggi
kerana daripada kecil sudah terdidik menjadi pemimpin. Beliau tahu kemampuan dan
kelemahan para ustaz kerana hidup bergaul lama dengan mereka. Hanya dua orang ustaz yang
beliau betul-betul hormati iaitu Tuan Guru Niamat Yusuf dan Tuan Guru Fadzil Mohd Noor.
Itupun mereka sendiri gagal menasihati dan mengatasi kedegilan Anwar Ibrahim.

Penulis membahagikan fasa perjuangan Anwar Ibrahim kepada fasa


1.
2.
3.
4.

Gerakan Mahasiswa-Pelajar
Harakah Islamiyyah-ABIM
Nasionalisme Islamisme-UMNO
Demokrat Liberal-PKR

Dalam episod kehidupan politik dan intelektualisme Anwar Ibrahim, penulis lihat ada sedikit
keanehan
1. Kenapa drastik keputusan Anwar Ibrahim menyertai UMNO dalam kehangatan massa
yang meramalkan beliau masuk PAS?
2. Kenapa seakan-akan ada perubahan konsep masyarakat madani yang pada mulanya
mendekati idea Syed Muhammad Naquib al Attas kemudiannya berubah kepada ideaidea masyarakat sivil ala Barat dan orientalisme?

Anwar Selepas Keluar Penjara dan Pemikiran Sekularisme-Liberalisme-Pluralisme.


Selepas keluar daripada penjara Sungai Buloh, pemikiran Liberal-Pluralisme semakin jelas dan
terang dalam perjuangan beliau terutamanya ketika berada di Barat.
Kemuncaknya pada 18 Mac 2010 bertempat di London School of Economic, London dimana
beliau telah memberi ucapan bertajuk, Religion and Pluralism In A Divided World. Petikan
ucapan beliau seperti di bawah. Penulis mengambil pendapat Ustaz Aizam Masud ix dalam
mendekati pemikiran Anwar Ibrahim dalam ucapan tersebut.
Mempertikaikan kebenaran aqidah yang eksklusif
DSAI : "But I say bear it we must for indeed, it is a stark reality of our world that certain religious
groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist
outlook unfortunately cuts across the board as between religions as well as within the
denominations".
Maksudnya : "Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia
merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu
menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke
arah jalan keselamatan (salvation). Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu
agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agamaagama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya".

Mengakui faham The Transcendent Unity of Religions : satu kebenaran banyak jalan

DSAI : "Back in the 13th century, the mystical poet Jelaluddin al-Rumi wrote in the Masnavi:
The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at
the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality.
Those verses couldnt be more relevant for us today. Despite rancorous debates linking religion
to conflict and discrimination, it remains a fact that at a personal level religious experience boils
down to certain universal concepts. Where does man come from? What is his purpose? What
happens when he dies? The spiritual path subscribes us to a universal quest for truth and the
pursuit of justice and virtue.
Maksudnya : "Kembali ke belakang, dalam abad ke 13, seorang penyair sufi Jelaluddin al-Rumi
menulis dalam Masnawinya (Koleksi Puisi Arab-Parsi) :
Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang
Sana; Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari
sana muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).
Bait (puisi) itu adalah sangat relevan kepada kita hari ini. Walaupun terdapat perdebatanperdebatan yang penuh dengan kebencian berlaku (hari ini) yang menghubungkan agama
dengan konflik dan diskriminasi, (tetapi) yang menjadi hakikat bahawa tahap pengalaman
keagamaan peribadi akhirnya kembali kepada konsep universal tertentu. Dari mana datangnya
manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku selepas meninggal dunia? Jalan
kerohanian itu akan membawa kita kepada satu pencarian universal tentang kebenaran dan
usaha untuk mencapai keadilan serta sifat keunggulan".
Dengan pluralisme agama tiada agama yang lebih tinggi dari agama lain
DSAI : "Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an
entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion
over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being
against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established
democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been
virtually taken for granted until recently".
Maksudnya : "Pada hari ini, kebebasan beragama (freedom of religion) yang tidak ada
Pluralisme Agama (religious pluralism), adalah tertanam teguh sebagai kebebasan dalam
perlembagaan dalam negara-negara demokrasi. Dengan demikian, maka memihak kepada
sesuatu agama (tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang
mengorbankan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme
agama. Namun perkara ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh
kedudukannya di Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara, sikap
bercanggahan di antara dua perkara yang saling berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah
yang biasa berlaku(taken for granted) sehingga akhir- akhir ini".
Menafikan konsep Islam dan kafir, benar dan sesat

DSAI : "I believe Im not alone in saying that for religious pluralism to flourish in a divided world,
it is morally unacceptable to say to people of other faiths:
We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you
believe in is wrong.
Maksudnya : "Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan
tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi
sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang
itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih
benar) daripadanya:
Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan
anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar".
Terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) dan Kesatuan Metafizik
(Metaphysical Unity)
DSAI : "Whatever the religion, whether it be Islam, Christianity, Judaism, Sikhism, Hinduism and
many others, I believe that the higher truths which go beyond mere practice and ritual all
converge on the singular truth: and that is from God we were sent forth and unto God shall we
return. Yet certain leaders of the major world religions continue to make exclusivist claims to the
eternal truths rather than accepting the commonality that binds us. If we accept that there can
be unity in diversity, religious pluralism can therefore be a unifying force, not a cause of division.
That is the way to take us away from darkness into light, from war to peace and from hatred
and evil to love and kindness".
Maksudnya : "Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang
lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang
mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas
kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita
kembali. Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus
membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang
kekal abadi (the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan
(commonality) yang boleh mengikat di antara kita. Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh
menjadi kesatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan
tersebut, (dan) bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada
kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan
kepada kasih sayang dan kebaikan".
Para pentaksub Anwar Ibrahim mengatakan beliau menyatakan konsep pluraliti bukannya
pluralism.
Pemikiran bercampur-aduk dengan pemikiran SEPILIS menampakkan asas-asas pemikiran Islam
Anwar Ibrahim semakin bercelaru dan pragmatis. Ia dapat dilihat seperti yang dinyatakan oleh
beliau sendiri,

Dialog Asian Renaissance-Revisited dengan peserta dari Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina
dan Singapura memberikan ruang untuk saya membahas semula gagasan nahdah dan
pembaharuan, maqasid shariah dan kupasan John Locke dan Russeau, dasar ekonomi
manusiawi berbeda dari falsafah pembangunan dan ekonomi semasa.x
Hubungan Anwar Ibrahim dengan kelompok SEPILIS boleh dilihat melalui:
1. Pengaulan dengan tokoh, para pemimpin, intelektual dan aktivis berfahaman serta
berjuang berdasarkan SEPILIS.
2. Penglibatan Anwar Ibrahim dalam majlis mereka seperti forum, seminar, diskusi dan
kuliah.
3. Penglibatan dan hubungan baik Anwar Ibrahim dengan institusi tertentu sama ada
badan pemikir, institusi pembekal dana kewangan dan NGO-NGO antarabangsa.
Penglibatan dan pengaulan Anwar Ibrahim dalam institusi yang berpegang kepada pemikiran
SEPILIS mengelirukan banyak pihak. Anwar Ibrahim menjadi pensyarah jemputan di Center for
Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown di bawah selia oleh John
Esposito sebagai Pengarah dan John Voll, Timbalan Pengarah CMCU
Anwar juga terlibat aktif dalam CSID (Center for the Study of Islam and Democracy) sebuah
badan yang menyebarkan gagasan Islam Liberal. CSID banyak dipengaruhi oleh John Esposito
dengan gagasan idea Demokrasi Islam dan Muslim Moderat. Pada tahun 2005, CSID
menganugerahkan gelaran Muslim Moderat kepada Anwar Ibrahim.
Di peringkat antarabangsa, organisasi pembekal dana kewangan dan penasihat serta pemikir
terkenal seperti Foudation For The Future, The Brookings Institute, The Rand Corps, The
Sasakawa Peace Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Stiftung dan Friedrich
Naumann Foudation. Organisasi banyak memberi dana kepada kelompok SEPILIS untuk
mengerakkan aktiviti di negara masing-masing.
Badan Pemikir Utama atau otak/ yang memandu pemikiran Anwar Ibrahim, Institut Kajian
Dasar (IKD) mendapat dana daripada Konrad Adenauer Foundation (KAF). Sememangnya
Konrad Adenauer Foundation (KAF), The Asia Foundation dan Friedrich Naumann Foudation,
organisasi antarabangsa yang aktif di Malaysia. Pemikiran Anwar Ibrahim bergantung kepada
IKD melalui pemimpin utama IKD. Kaji pemikiran IKD, maka terbukalah pemikiran Anwar
Ibrahim.
Kecelaruan pemikiran dan pragmatism Anwar Ibrahim menyebabkan para pengikut beliau
berada dalam kekeliruan dalam menangani isu aqidah. Dilema mereka ialah antara aqidah atau
kekuasaan/kemenangan dalam politik.

Rumusan
Anwar Ibrahim merupakan lagenda dan tokoh yang cukup berjasa untuk Islam, bangsa Melayu
dan Negara Malaysia. Pengiktirafan ini tidak membenarkan diri kita menerima pemikiran dan
tindakan beliau yang pragmatis dan SEPILIS.
Kita sebagai rakyat mesti menerima gagasan pemikiran Islam berbanding gagasan pemikiran
SEPILIS. Campur aduk antara pemikiran Islam dengan pemikiran SEPILIS menyebabkan
pemikiran Islam kurang mendominasi pemikiran seseorang. Tanpa kelurusan pemikiran dan
darjah keimanan yang tinggi, seseorang mudah terperangkap dengan gagasan pemikiran
SEPILIS.
Jangan mudah terpengaruh dengan keperibadian dan ucapan yang beretorik dan berapi. Anwar
Ibrahim mempunyai kemahiran komunikasi tahap tinggi dalam membina hubungan interaksi
dengan orang ramai terutamanya anak muda. Beliau memilih istilah, kosa kata dan pendapat
tokoh yang sesuai dengan konteks audien sehingga ucapan beliau berjaya menjentik jiwa para
pendengar. Ucapan beliau bertambah menarik dengan lelucon dan itonasi suara yang menarik.
Pemimpin pada hari ini perlu lebih warak dalam menjaga hubungan dengan pihak SEPILIS dan
jangan membuat keputusan yang merugikan Islam dan umat Islam.
Umat Islam perlu lebih berhati-hati menerima dan mengikuti para pimpinan mereka agar tidak
termasuk sebagai pengikut SEPILIS.

HIKAYAT BERSIKAP:
ISLAM DAN SEPILIS DALAM MASYARAKAT HARI INI
Di akhir usia, berpendirian dan berprinsip itu
penting untuk menjejak pintu syurga
Dalam penulisan kita dapat
1)
2)

Mengetahui tentang sekularisasi-liberalis-pluralisme


Mengetahui kekuatan yang perlu ada dalam menangani SEPILIS

Kata Mula
Peningkatan usia menandakan semakin dekat dengan alam kubur dan api neraka. Usia berbaki
membolehkan kita merenungi alam dan berdoa agar mendapat hidayah dan bersedia
menghadapi mati dalam keadaan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.
Artikel ini adalah nota penulis yang membicara serba sedikit tentang Islam dan Sekularisme,
Pluralisme dan Liberalisme [SEPILIS].
Worldview Islam-Melayu dan Politik Kepartian
Perbilangan adat berbunyi:
Adat bersendikan hukum
Hukum bersendikan Kitabullah
Kuat adat tak gaduhkan hukum
Kuat hukum tak gaduhkan adat
Ikut hukum muafakat
Ikut adat muafakat
Begitulah perbilangan adat Melayu yang menunjukkan peradaban Melayu dipengaruhi oleh
Islam. Adat bersendikan hukum, Hukum bersendikan Kitabullah. Dua barisan ayat ini
mengambarkan adat Melayu bersumberkan kitab Allah SWT iaitu al Quran. Ia juga
mengambarkan berlakunya Islamisasi terhadap adat apabila unsur-unsur Islam telah mengikis
unsur-unsur Kebudayaan Hindu-Buddha yang pernah dianuti oleh sebahagian pemimpin dan
rakyat ketika itu. Unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam secara
automatiknya tertolak.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Islamisasi: Islamisasi adalah pembebasan manusia,
pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan, dan selepas itu
(pembebasan) akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme. Tambah Syed Muhammad

Naquib al Attas lagi, Islamisasi ialah proses dua hala: pembebasan diri dan pengembalian diri
kepada kejadian asalnya, kepada fitrah.
Langkah pertama Islamisasi ialah Islamisasi akal dan pemikiran melalui Islamisasi bahasa.1
Bahasa bukan sahaja jiwa bangsa tetapi menyebabkan perubahan worldview masyarakat
Islam. Perubahan ini tidak melibatkan parti politik atau masyarakat tetapi pada akal dan diri
mereka yang berkewajipan mengetahui dan bertindak dengan adil dan hikmah.2
Langkah kedua Islamisasi ialah pendidikan melalui kurikulum. Kemudian, diikuti Islamisasi
sistem dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi.
Selagi Islamisasi akal dan pemikiran tidak berjaya dilakukan, pengembalian Islam dalam sistem
dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi tidak berupaya diusahakan.
Dalam tradisi Islam-Melayu, Islamisasi akal dan pemikiran telah dilakukan oleh para ulama yang
mendekati, menasihati dan mendidik pemimpin dan ilmuwan Melayu sehingga mereka
menganuti Islam secara zahir dan batin melalui pemikiran mereka. Maka, muncullah
pemerintahan Islam melalui kerajaan-kerajaan Melayu-Islam.
Kedatangan dan campurtangan Barat sebagai penjajah, imperialis, kapitalis dan birokrat telah
mengikis pengaruh Islam dalam kalangan pemimpin dan ilmuwan Melayu sehingga berlaku
pelunturan Islam atau penyah-Islamisasi berlaku dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi
Melayu Islam. Islam telah ditempatkan hanya sebagai agama dan adat istiadat bukan lagi
sebagai satu cara hidup dan satu sistem dalam empayar atau kerajaan Melayu.
Perundangan Islam dimansuhkan oleh penjajah walaupun mereka hanya dikatakan menaungi
negeri-negeri Melayu.
Pada hari ini, realiti dominan masyarakat Melayu-Islam, sejarah dan kehendak politik masih
berupaya mengembalikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia termasuk Islam bernegara
dalam pemerintahan dan kebudayaan negara. Malangnya, perbalahan politik dan pengaruh
sekularisme yang merebak dalam masyarakat menyukarkan pengembalian Islam ini.
Usaha gigih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang cuba mengembalikan Malaysia sebagai sebuah
Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud masih lagi gagal walaupun memenangi Kelantan
secara demokrasi. Pelaksanaan Negara Islam dan Hukum Hudud memerlukan model kerana
Malaysia sebuah negara majmuk-pelbagai kaum dan agama. Justeru, PAS sangat memerlukan
wilayah yang teras masyarakat dan kehendak politiknya Melayu-Islam. Negeri Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis adalah negeri teras Melayu-Islam. Penguasaan negeri-negeri ini
memberi peluang kepada PAS mewujudkan model Negara Islam dan Hukum Hudud. Malangnya
ia digagalkan oleh elemen sekularis di peringkat kerajaan persekutuan.
1
2

Bahasa Arab telah diIslamisasikan oleh al Quran.


Pencerahan daripada Syed Muhammad Naquib al Attas.

Usaha berterusan PAS dan elemen Islam dalam kerajaan perlu dilakukan secara padu.
Malangnya, elemen sekular-liberal dalam kerajaan dan parti pembangkang menjadi duri dalam
daging kebangkitan Islam. Gangguan ini berkekalan ekoran faktor politik kepartian iaitu
kerenggangan hubungan antara PAS dengan UMNO-BN.
Elemen Islam dalam kerajaan dan PAS perlu memantapkan sistem pengkaderan mereka dengan
menanamkan penerapan worldview Islam ke dalam diri kader dan meletakkan mereka
dipelbagai penjuru institusi kerajaan. Kader yang menjadi pemimpin dan ilmuwan ini
diharapkan dapat mendidik anak buah mereka dalam organisasi mereka agar bertuhan
sekaligus membawa bersama-sama impian pengembalian Islam dalam pemerintahan negara
kita walaupun tanpa nama Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud hanya terhad di
wilayah teras Melayu-Islam sahaja. Semoga usaha itu menjadi permulaan dakwah
memperkenalkan Islam sebagai pemerintahan dan perundangan.
Worldview Islam adalah suatu pandangan terhadap sesuatu perkara atau isu melalui kaca mata
Islam dan iman berdasarkan sumber rujukan ilmu Islam iaitu al Quran dan al Sunnah. Al Quran
sarat dengan pelbagai konsep-konsep tentang kehidupan yang tersendiri melalui pengistilahan
kata dasar yang yang tersendiri. Konsep-konsep yang datang dan difahami dalam perspektif
Quranik menghasilkan framework atau kerangka pemikiran yang tersendiri yang jelas berbeza
daripada worldview dan framework Barat.
Worldview dan framework diterap melalui keluarga, persekitaran setempat, kebudayaan
setempat dan paling penting sistem pendidikan. Semasa penjajahan British, pihak penjajah
telah menghuru-harakan sistem pendidikan dengan menubuhkan sekolah beraliran Inggeris dan
sekolah elit untuk melahirkan para birokrat Melayu dalam kalangan anak raja dan bangsawan.
Lahirlah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang melatih pegawai Melayu mempunyai
acuan pemikiran dan cara hidup penjajah. Ramai anak raja dan bangsawan telah dihantar ke
luar negara untuk mendapatkan pendidikan. Kesannya, worldview dan framework bakal Sultan
dan pentadbir negara kita dipengaruhi oleh worldview dan framework Barat sehingga akhlak
para pentadbir ini mengikut Barat. Akhlak adalah buah kepada iman. Dengan worldview dan
framework Barat, buah yang dihasilkan adalah rosak. Pusingan ini berterusan sehingga pada
saat ini (2016).
Seorang Islam belum tentu Islamik
Seorang mempunyai tauhid belum berpemikiran tauhidik
Seorang yang beriman belum tentu mengimani
Seorang yang beriman belum tentu bertaqwa
Seorang ucapannya dan fizikalnya beriman belum tentu otak-pemikiran dan jiwa beriman
Seorang muslim belum tentu mukmin.

Sumber Ilmu Islam


Sumber ilmu Islam ialah al Quran, al Sunnah dan akal. Dalam Islam, terdapat sumber mutlak
dan sumber tidak mutlak. Al Quran adalah sumber mutlak tanpa kompromi. Al Quran dan al
Sunnah bukan sekadar pengetahuan yang hanya diwacana atau pengetahuan tanpa kesudahan.
Sumber Islam [al Quran dan al sunnah] berbeza dengan sumber ilmu yang lain kerana Islam
bersifat praktis. Ia bukan sekadar bicara dan fikir sahaja, ia praktis dan praktis.
Sesungguhnya akhlak Nabi itu adalah al Quran [Riwayat Muslim]
Rasulullah SAW menjadikan al Quran itu sebagai praktis dalam kehidupan baginda. Al Quran
dan al Sunnah adalah KPI sesorang yang beriman dan bertaqwa. Sheikh Muhammad al Ghazali
menamakan Darjat al Quran. Generasi terdahulu membaca al Quran dengan memahami,
menghayati dan mempraktis al Quran dalam kehidupan mereka sehingga mencapai Darjat al
Quran. Sebaliknya, kita pada hari ini membaca dan memahami al Quran dengan meletakkan al
Quran setaraf dengan kehendak akal dan nafsu kita sahaja.
Al Quran dan al Sunnah menjadi sumber rujukan atau panduan ilmu [Sumber Ilmu-al Quran dan
al Sunnah] dalam kerangka kehidupan [al Quran dan al Sunnah] untuk mencapai matlamat,
tujuan dan makna kehidupan [al Quran dan al Sunnah]. Ini bermakna dari rujukan al Quran
dan al Sunnah, untuk mencapai matlamat al Quran dan al Sunnah melalui pendekatan contoh
tauladan al Quran dan al Sunnah.
Cara/gaya hidup Nabi Muhammad SAW dalam suasana al Quran. Imam Shafie berkata,
Sesungguhnya Sunnah itu ialah pemahaman Nabi terhadap al Quran atau baginda
mencurahkan fahamannya kepada al Quran, sehingga hidupnya terikat rapat dengan al Quran
zahir dan batin sepenuhnya.
Intisari al Quran mengandungi prinsip-prinsip atau dasar-dasar Islam termasuk syariat yang
wajib diyakini dan dipraktiskan. Tiada alasan atau hujah yang boleh menyangkal syariat.
Kita sebagai umat Islam yang beriman wajib menyakini al Quran dan al Sunnah sebagai sumber
rujukan kehidupan kita. Kita hendaklah semampu mungkin mengikut kehendak al Quran dan al
Sunnah dalam hidup kita.
Sumber ketiga Islam ialah akal3. Dalam syarah kitab Bakurah al Amani, Tuan Guru Haji Salleh
Musa, Sik mengatakan akal ialah satu sifat yang Tuhan bubuh [letak] dalam hati sunubari dan
bersambung sampai kepada otak kepala. Akal berperanan membezakan antara yang baik dan

Asalnya akal adalah alat tetapi bertukar menjadi sumber ketiga dengan syarat tidak melanggar al Quran dan Al
Sunnah itu sendiri. Setiap keputuan akal perlu tunduk kepada syarak. Apa itu syarak?. Tuan Guru Haji Salleh Musa
Sik mengatakan bahawa syarak terbahagi dua iaitu hakiki (Allah) dan Majazi (Nabi Muhammad). Syarak itu sendiri
dekat dengan istilah tuhan. Mahkamah Syarak ertinya mahkamah yang mengunakan hukum Allah.

buruk [keji]. Daripada akal inilah datang hukum-hakam fiqh yang dibahaskan atau diusulkan
oleh para ulama. Di bawah pembahagian sumber akal dalam Islam;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

al-ijma
al Qiyas
al Itihsan
al Masalih al Mursalah
al Urf
Mazhab Sahabi
al Istishab

Sumber akal dalam Islam sangat berkaitan dengan kewibawaan seorang penghujah dan
kekuatan hujah yang paling dekat dengan al Quran dan al Sunnah. Penghujah yang
menggunakan hujah akal tidak boleh melampaui batasan al Quran dan al Sunnah. Jika tidak, apa
yang dihujahkan secara automatiknya terbatal.

Sikap Terhadap Kebenaran Mencetus Pendirian dan Kefahaman Kita


Semua agama benar, menurut kepercayaan dan keyakinan masing-masing adalah benar tidak
salah kerana menurut kepercayaan masing-masing hasilnya adalah relatif. Tetapi sudah tentu
ada agama paling benar yang bersifat mutlak
*****
Siapakah sebelum Tuhan?
Siapakah yang mencipta Tuhan?
Dimana Tuhan pada saat ini?
Semua pertanyaan di atas adalah pertanyaan nakal yang mahu mengoncang keimanan.
Sebelum menyatakan pendapat, kita tanya dahulu diri kita. Kebenaran yang sebagaimana kita
mahu pilih dalam usaha kita menyatakan pendapat. Kebenaran ada dua jenis, kebenaran
bersifat objektif dan kebenaran bersifat subjektif. Dalam perbincangan dan wacana serta dalam
pemikiran kita, sifat kebenaran yang mana satu yang seringkali mendominasi akal fikiran kita.
Dalam pengkajian teologi, pertanyaan seperti di atas memerlukan pengkajian kebenaran secara
objektif bukannya subjektif, rasional bukannya emosional, menggunakan akal bukannya hati.
Jika memilih pengkajian kebenaran secara subjektif, kajian tersebut akan menghasilkan atau
menambahkan lagi keraguan, relatif, kesangsian, tiada kesudahan, tidak menyelesaikan
persoalan dan tidak mendapat jawapan. Semua ini menunjukkan kebenaran subjektif itu
terbatas.

Pemikiran manusia memerlukan titik kesudahan atau hujah yang dimutlakkan bukannya
berhujah meleret tanpa penyelesaian. Justeru, pengkajian kebenaran bersifat objektif perlulah
menjadi pilihan bagi sesiapa yang mahu bertuhan.
Pengakhiran sebuah pemikiran adalah YA atau TIDAK. Persoalan YA atau TIDAK ini menunjukkan
kelemahan sifat manusia. YA disisi saya belum tentu YA disisi anda. Oleh itu, perbezaan akan
terus berlaku dan tiada kesudahan. Justeru, kita memerlukan sumber ilmu yang boleh dijadikan
sebagai HAKIM dalam memutuskan titik noktah atau jawapan muktamad dalam persoalan
teologi kita. Sumber itu ialah al Quran. Al Quran yang datang daripada Allah, Tuhan Pencipta
Alam Raya ini.
Ada yang mendakwa kebenaran adalah relatif tetapi Tuhan adalah mutlak. Kebenaran
umpama jalan atau pintu masuk mengapai pencarian Tuhan. Setiap kebenaran memerlukan
pintu masuk yang benar untuk mengapai menemui Tuhan yang sebenar. Jika melalui pintu atau
jalan yang tidak benar, kita akan akan mensyirikkan Allah SWT. Kita tersesat dalam mencari
Tuhan, satu perbuatan yang sangat sia-sia.
kalau nak tahu kelazatan laksa, makanlah laksa. Jangan makan maggi kari.

Sikap Berguru
Tradisi keilmuan Islam bersifat hormat-kritis. Sifat hormat-kritis ini cukup menarik dalam
menghilangkan rasa taksub dan jumud.
Dalam Islam, jika sumber ilmu kita betul dan benar yakni berhujah menggunakan wahyu, kita
boleh berbeza pendapat dengan orang lain yang mencedup pendapat lain daripada sumber
wahyu yang sama. Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang hakim berhukuman, maka dia
berijtihad; sekiranya betul, baginya dua pahala. Sekiranya salah, baginya satu pahala.
Kita sayang dan hormat ulama tetapi kita lebih menghormati dan sayangkan kebenaran
bertunjangkan al Quran dan al Sunnah. Justeru, kita melihat kehadiran banyak mazhab dalam
Islam yang berpunca daripada hujah al Quran, al Sunnah dan akal. Akal digunakan tidak boleh
mengatasi syariat kecuali dalam perkara umum yang tidak dinyatakan dalam syariat. Imam
Shafie berguru dengan Imam Malik, kemudian Imam Shafie mewujudkan mazhabnya sendiri.
Bukanlah bertujuan melawan pendapat gurunya, Imam Malik tetapi pendapat Imam Shafie
digunakan dalam suasana dan tempat yang berbeza dengan Imam Malik.
Tiada orang yang maksum kecuali Rasulullah SAW. Manusia lain kebarangkalian melakukan
kesalahan sangat besar disamping iman boleh berbolak-balik pagi dan petang. Manusia dinilai
pada keputusan, tindakan dan pemikiran semasa bukannya pada latarbelakang masa lalu. Dan
kita tidak mampu menghukum apa yang belum berlaku pada masa akan datang.

Cara mengkritik guru penuh beradab-cara yang betul, tidak emosional dan hujah-hujah yang
diselidik diyakini benar. Kita ambil ibrah daripada pesan Imam as Syafie, siapa yang
menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang
menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu.
Aku Ulama, Kamu Juga Ulama!
Jangan marah dan salahkan ulama jika diri kita sendiri tidak mahu menjadi ulama!. Mahu
menjadi ulama maksudnya kita mesti belajar dan terus belajar ilmu pengajian Islam. Semua
orang layak dan mempunyai kemampuan untuk menjadi seorang ulama yang mempunyai
tahap-tahap ilmu tertentu. Ulama bukannya eksklusif untuk orang-orang tertentu sahaja. Dari
segi ilmu, ulama dengan orientalis adalah sama. Perkara yang membezakan kedua-dua
kelompok ini ialah Islam, iman dan taqwa.
Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama ada pelbagai peringkat. Penulis bersetuju dengan
pendapat beliau. Ulama ada pelbagai peringkat berdasarkan tahap ilmu, amalan dan taqwa
mereka. Sudah tentu seseorang yang mahu menjadi seorang ulama perlu memenuhi syaratsyarat seorang ulama.
Kita perlu berusaha menjadi seorang ulama dalam erti kata yang sebenarnya. Ulama bukan
sahaja datang daripada lulusan bidang agama. Ulama datang daripada usaha orang beriman
yang belajar dengan gigih untuk meningkatkan ketaqwaan mereka dan mendekat diri mereka
dengan Allah dengan mempraktiskan Islam sebagai satu cara hidup. Justeru, kita kena
lengkapkan diri kita dengan syarat dan kelayakan asas seorang ulama;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Mesti menguasai bahasa Arab


Mesti mengetahui al Quran
Mesti mengetahui Sunnah
Mesti mengetahui Usul al Fiqh
Perlu mengetahui masalah-masalah yang telah diijma
Perlu mengetahui Maqasid Syariah
Kesediaan fitrah untuk berijtihad
Adil dan bertaqwa

Penuhi syarat dan kelayakan di atas, baru kita mampu berijtihad tanpa bersandarkan para
ulama semasa. Syarat dan kelayakan di atas mampu dilakukan oleh semua manusia yang mahu
menguasai ilmu-ilmu Islam. Syarat dan kelayakan 1 hingga 6, mampu dimiliki oleh para
orientalis dan para munafik melalui usaha mereka yang rajin dan gigih. Kalau mereka mampu,
kita sebagai umat Islam sepatutnya malu dan berusaha mengatasi mereka.

Pentafsiran Agama Islam


Agama Islam bukan milik mutlak kelompok ulama atau sarjana Islam. Agama Islam milik semua
manusia khususnya Umat Islam. Agama Islam boleh ditafsir sesiapa jua dengan syarat-syarat
tertentu. Agama Islam boleh ditafsir oleh orang yang belajar agama tetapi tidak semestinya
lulusan bidang keagamaan. Antara syarat dan kelayakan asas orang yang boleh mentafsirkan
agama menurut Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa pimpinan Dr Yusuf al Qaradhawi ialah;
1. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam ilmu al Quran dan hadis yang
membolehkannya untuk mengeluarkan hukum daripada kedua-duanya
2. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan segala ilmu berkaitan
dengannya.
3. Mempunyai pengetahuan dalam ilmu usul fiqh dan maqasid syariah.
4. Mengetahui fiqh, perselisihan para ulama dan kecenderungan mereka sehingga
terbentuknya suatu keupayaan dalam bidang fiqh dengannya, dia mampu mengeluarkan
hukum-hakam berbentuk praktikal melalui dalil-dalilnya yang mendalam.
Orientalis dan sarjana muslim seringkali menafsirkan agama walaupun kebanyakan pendapat
mereka mengikut kehendak akal dan nafsu mereka sahaja bukannya kehendak Allah SWT dan
RasulNya. Pentafsiran agama Islam mesti mengutamakan sumber al Quran dan al Sunnah.
Penerimaan al Quran dan al Sunnah WAJIB secara keseluruhan bukannya mengikut kepentingan
diri.
Dalam pentafsiran agama Islam dalam kehidupan, setiap muslim yang beriman perlu berusaha
untuk belajar agama Islam agar mencapai Darjat al Quran dan Darjat Meneliti hujah. Darjah al
Quran mempraktiskan al Quran dalam kehidupan tanpa kompromi. Menurut Ali Abdul Halim
Mahmud, Darjat Meneliti ialah satu keupayaan untuk memahami hukum hakam dan dalil-dalil
syara.
Setiap muslim yang belum mencapai darjat meneliti perlu mengikuti ijtihad imam tertentu
dalam kalangan ulama mujtahid dalam agama. Walau bagaimanapun, ia tidak memadai kerana
setiap muslim perlu berusaha untuk mempelajari agama Islam agar mengetahui dan
mengenali dalil-dalil pegangan para ulama tersebut agar ilmu yang kita yakini itu benar dan
datang daripada kesedaran kita sendiri. Bertaklid jangan sampai membawa kita ke neraka.
Justeru, pengilmuan Islam dalam diri itu penting dalam mencapai Darjat Meneliti tersebut.
Dengan mencapai Darjat Meneliti ini, semua orang adalah ulama yang faqih dalam bidang
agama. Dan kita semua beruntung menjadi pewaris nabi.
Sesungguhnya orang alim itu, diminta ampunkan baginya oleh sesiapa yang di bumi dan di
langit sehingga di dalam air. Dan kelebihan orang alim di atas orang yang beribadat seperti
kelebihan bulan di atas segala bintang-bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para
nabi [ Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi]

Beruntungnya kita menjadi pewaris para nabi tetapi ia juga paling mudah membawa kita
terjerumus ke dalam neraka.

Mencari Wajah Islam Dalam Pengolakkan Pemikiran


Para pengkritik saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi intipati, hakikat dan
rujukan masih Quran dan Sunnah. Jika sesuatu itu jelas bercanggah dengan rujukan pedoman
asasi ini, kita akur dan menerimanya-[Anwar Ibrahim]
Kita seringkali terperangkap dalam menilai usaha seseorang yang mahu mengislah masyarakat
Islam. Para reformis/pengislah juga terperangkap dalam agenda pembaratan ketika berusaha
melakukan pengislahan dalam masyarakat. Semua ini berlaku kerana kita tidak mampu
membaca bisikan niat seseorang dan tidak mampu menilai keikhlasan hati seseorang. Justeru,
tepat sekali ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim [selepas ini Anwar Ibrahim], jadikanlah al Quran
dan al Sunnah sebagai HAKIM dalam menilai ucapan, pemikiran dan tindakan kita atau orang
yang dinilai. Pihak pengislah boleh dibahagikan kepada
1. Mereka berjuang Islam secara keseluruhan merangkumi bidang sosial, ekonomi dan politik.
Sumber rujukan mereka hanya Islam.
2. Mereka berjuang Islam melalui pendekatan Barat, sumber rujukan bercampur aduk antara
dalil wahyu dengan hujah pemikiran sarjana Barat dan Timur. Dalam banyak keadaan hujah
pemikir mendahului dan mengatasi dalil wahyu.
3. Mereka berjuang Islam mengikut salah satu pendekatan Islam tetapi menolak pendekatan
Islam yang lain. Mereka menolak politik Islam umpamanya.
4. Mereka menerima Islam sebagai agama sahaja bukannya cara hidup yang menyeluruh.
Mereka mahu Islam mengikut kehendak mereka.
Perjuangan Islam secara keseluruhan, dalil merujuk kepada sumber ilmu Islam iaitu al Quran
dan al Sunnah, menggunakan wasilah Islam; Untuk Islam, Dari Islam, Oleh Islam.
Dalam menilai agen pembaratan, kita boleh melihat dalam persoalan;
1. Ucapan, tindakan dan buah pemikiran seseorang tokoh atau organisasi
2. Latarbelakang individu atau tokoh penggerak organisasi termasuk biasiswa, dan jalur
pendidikan.
3. Siapa penyumbang DANA untuk individu atau organisasi tersebut
4. Jaringan persahabatan tokoh atau organisasi.
5. Gagasan pemikiran yang seringkali mereka utarakan.
Anwar Ibrahim sendiri dilihat terperangkap dalam pemikiran liberalisme dan pluralisme dalam
usaha beliau mengislahkan agama Islam dan mendekatkan Umat Islam dengan Barat. Beliau
dilihat mahu Islam kelihatan terbuka-moderat dan toleransi-pluraliti.

Anwar Ibrahim cuba membawa gagasan masyarakat Madani dalam ucapan beliau di Festival
Istiqlal, Jakarta pada tahun 1995. Gagasan masyarakat madani disokong oleh ramai sarjana
termasuk Syed Muhammad Naquib al Attas yang turut menyumbangkan gagasan pemikirannya
untuk menjayakan gagasan Masyarakat Madani. Menariknya, gagasan ini seakan mendunia
dimana Azyumardi Azra dan Nurcolish Majid menjadi penggerak utama di Indonesia. Pada
waktu yang sama, di Barat gagasan masyarakat sivil sangat terkenal dan popular. Pada tahun
1996, buku Gelombang Kebangkitan Asia diterbitkan. Buku ini kelihatan dipenuhi gagasan idea
liberalisme dan rojak pemikiran sehingga hilang keasliannya berbanding artikel-artikel dalam
buku Masyarakat Madani.
Terpalit dengan kontroversi Pluralisme Islam John Hicks dimana Anwar Ibrahim berucap di
London School of Economics pada 18 Mac 2010 dengan ucapan ....bahawa golongan-golongan
agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu sahaja yang membawa ke jalan
keselamatan, syurga. Pandangan yang esklusif, tertutup ini, sayangnya tersebar secara meluas
dalam hubungan antara agama. Ucapan ini dikatakan mempunyai ciri-ciri pluralisme, John
Hick. Sesetengah ilmuwan pro Anwar Ibrahim, ini bukan pluralisme agama tetapi pluraliti.
Ucapan ini telah merenggang hubungan antara otai-otai ABIM.
Muslim Moderat atau Islamis Demokrat dilaungkan oleh kelompok Islam yang moderat dan
liberal. Ia juga dikaitkan dengan satu lagi gagasan iaitu Pasca Islamisme. Salah satu terma
pemikiran Muslim Moderat ialah maqasid syariah, demokrasi Sivil Islam dan masyarakat sivilmadani. Menariknya, RAND Corporation menggunakan istilah yang sama iaitu Moderate
Muslim dalam Buku perancangan Building Moderate Muslim Networks (Pembinaan
Rangkaian Muslim Moderat). Dalam bahagian ucapan penghargaan buku ini, pihak RAND
Corporation merakam ucapan terima kasih kepada Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam
Negeri; Ulil Abshar-Abdalla, Aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal); Jusuf Wanandi, Pengarah
Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia, Ahmad Syai Maarif, mantan
Ketua Umum Muhammadiyyah, Rizal Sukma, Abdul Muti, M. Syafii Anwar, dan Anwar
Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
Kalau kita masih ingat, gagasan Islam Liberal dipopularkan oleh Leonard Binder dan Charles
Kurzman. Leonard Binder adalah pensyarah Universiti Chicago, sebuah kubu kuat orientalis dan
sahabat Fazlur Rahman. Gagasan Islam Liberal bangkit di Alam Melayu apabila Nucholish
Madjid (anak murid Fazlur Rahman), Harun Nasution, Mukti Ali, Djohan Effendi, Ahmad Wahib
dan Abdul Rahman Wahib telah mengerakkan usaha mempengaruhi anak muda dan lulusan
agama dengan gagasan ini. Impak besarnya, gagasan Islam Liberal popular di Indonesia setelah
munculnya Jaringan Islam Liberal dan tokoh muda, Ulil Abshar Abdalla pada tahun 2001. Ulil
Abshar Abdalla adalah menantu Kiyai Mustofa Bisri, pemimpin yang berpengaruh dalam
Nahdatul Ulama dan penyair kemanusiaan *sangat digemari oleh Dato Dr Siddiq Fadzil dalam
banyak ucapan beliau] yang terkemuka pernah kontroversi apabila membela penyanyi dangdut
dengan lukisannya Zikir bersama Inul.
Pada tahun 2014, Persidangan Demokrat Muslim Sedunia buat kali pertama diadakan di One
World Hotel, Petaling Jaya. Dalam persidangan ini, Lim Kit Siang menyatakan Dalam konteks

ketidakpuasan hati orang ramai terhadap pengurusan ekonomi yang menyebabkan En-Nahdah
tewas dalam pilihanraya baru-baru ini. Maszlee Malik, pensyarah merangkap pimpinan JIMIKRAM (dulu dikenali sebagai IRC) mengomentari, Masa depan tidak bersama Islam politik,
tidak bersama para Islamis, masa depan juga tidak bersama parti politik berasaskan Islam di
negara-negara umat Islam. Itu hakikatnya, dan beliau mengatakan lagi Masa depan adalah
bersama masyarakat terbuka (open society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak
boleh hidup secara eksklusif,.
Pada tahun 2015, Persidangan Antarabangsa Kedua Forum Dunia Untuk Demokrat Muslim di
Jakarta. Persidangan ini dianjur bersama The Habibie Center, Indonesia; Institut Kajian Dasar,
Malaysia; SETA, Turki dan Yayasan Keamanan Sasakawa, Jepun. Di Indonesia, Nahdatul Ulama
juga mendukung Muslim Moderat. Bersama Tariq Ramadhan, Rashid Ghannousshi dan
Abdullah Gul, Anwar Ibrahim dikatakan antara pengasas Gerakan Demokrat Muslim.
Gagasan Demokrat Muslim atau Moderat Muslim dan Pasca Islamisme cuba memasuki gerakan
Islam di seluruh dunia. Dalam PAS, mantan pimpinan PAS dari IRC [kini pimpinan parti
AMANAH+, Dr Dzulkefly Ahmad didakwa pernah berkata, Kami bukan lagi Islamis, tetapi
Islamis Demokrat,. Antara sebab gagasan ini ditolak;
1. Berada disebalik slogan Wasatiyyah atau kesederhanaan untuk menolak konsep jihad.
2. Berada disebalik konsep maqasid syariah untuk menolak hukum hudud
3. Perang yang berlaku bukan antara Barat dengan Islam tetapi pendefinisian semula ciriciri Islam mengikut kehendak Barat.
4. Pemberian dana dan sokongan kepada organisasi yang menggerakkan agenda Barat.
5. Membina kepercayaan bahawa apa yang berlaku dalam dunia muslim adalah hanyalah
perang idea atau pemikiran.
6. Menolak konsep Negara Islam.
7. Islam yang Rahmatan lilaalmiin telah menjadikan Islam yang dipermudahkan
amalannya.
Nahdatul Ulama telah mengerakkan gagasan Islam Nusantara. Tulis K.A Mustofa Bisri, Dunia
yang kemudian bertanya-tanya tentang Islam yang rahmatan lilaalmiin, Islam yang ramah,
damai, dan teduh pun mendapatkan jawaban dari perilaku keislaman kita yang di Nusantara
ini. Maka kalau Islam kitaIslam yang kita jalani di Nusantara ini. Manakala di Malaysia
digerakkan gagasan Fiqh Malaysia dan Negara Rahmah. Gagasan Fiqh Malaysia bukanlah
sesuatu yang baru di Malaysia. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pernah menggagaskan
konsep Manhaj Malizi dimana pendekatan dakwah dilakukan dalam iklim setempat, non
partisan. ABIM juga pernah mengutarakan konsep partner in nation building (rakan dalam
pembinaan negara). Manakala Mahmood Zuhdi memperkenalkan konsep Fiqh Nusantara.
Konsep-konsep ini dirumuskan bahawa, Islam yang dibawa perlu mengikuti kebudayaan
tempatan selagi tidak melanggar syariat. Penggunaan istilah bersandarkan Islam banyak
membawa kekeliruan dalam kalangan orang awam. Contoh, penggunaan istilah Islam Hadhari
yang menunjukkan kemajuan. Adakah selama ini kita menganuti Islam yang mundur?. Istilah
sebegini juga mempunyai motif politik dan agenda tertentu daripada pihak bertentangan. Ia

dijelaskan dalam satu risalah, dasar penerapan Islam oleh Umar Tilmisani, Mursyidul Aam
Ikhwanul Muslimin.
Menurut Ulil Abshar Abdalla, tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, antara ciri-ciri liberalisasi
dalam kalangan Islamis ialah;
1. Mereka meninggalkan idea negara Islam dan memeluk demokrasi.
2. Mereka meninggalkan idea penerapan syariat, lebih konsentrasi kepada realiti semasa
yang praktis
3. Selesa memeluk ekonomi bebas
4. Meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil.
5. Mereka lebih realistik dan pragmatis idea dalam melihat keadaan, tak dogmatis
memegang ideologi Islamisme
6. Mengatakan urusan moral, agama dan akhlak adalah urusan peribadi. (tambahan)

Kemaraan Ideologi Barat Dalam Institusi Islam dan Negara


Mereka *Orientalis+ mempelajari Islam bukan untuk mencari kebenaran, melainkan untuk ilmu
saja dan merosakkan kamu.
Penyelusupan kader-kader sekularis-pluralis-liberalis (SEPILIS) ke dalam organisasi, institusi dan
parti politik berlaku secara berleluasa di Indonesia. Ia bukan sekitar kemunculan Jaringan Islam
Liberal [JIL], ia bermula jauh daripada itu apabila Menteri Agama Republik Indonesia dipegang
oleh Mukti Ali. Mukti Ali mengubah IAIN-IAIN menjadi markaz SEPILIS. Antara alat penyebaran
SEPILIS di IAIN melalui buku tulisan Harun Nasution, Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya
diterbit pada tahun 1975 yang telah menjadi bacaan wajib di IAIN.
Mukti Ali adalah mentor kepada Lingkaran Diskusi Limited Group yang disertai oleh sekelompok
anak muda berbakat, intelektualisme dan progresif. Antara yang seringkali hadir dalam
lingkaran diskusi ini ialah Nurcholish Madjid (lulusan sastera arab, tokoh HMI), Dawam
Rahardjo, Ahmad Wahib4, Amidhan (aktivis HMI, lulusan agama), Wassil (jurutera lulusan ITB),
Usep Fathuddien, Utomo Danandjaja dan Djohan Effendi.
Nurcholish Majid atau Cak Nur, tokoh besar yang aspiratif kepada para pendokong SEPILIS
kalangan anak muda. Tokoh ini adalah tokoh terkemuka yang dilihat sebagai Pak Natsir Muda
atau Buya Hamka Muda menunjukkan beliau adalah pemimpin harapan-impian masa depan
Indonesia. Tokoh besar dalam gerakan belia-mahasiswa Indonesia, Himpunan Mahasiswa Islam
(HMI). Beliau mempunyai keupayaan hebat dalam intelektualisme dan mempunyai jaringan
pengaruh besar peringkat antarabangsa dan tempatan. Pengasas Universiti Paramadina. Dua
4

Seorang tokoh anak muda yang digemari oleh anak muda jiwa pemberontak. Nurcholish Majid atau Cak Nur
seakan-akan membawa aspirasi Ahmad Wahib dalam perjuangan beliau. Ini hanya penelitian penulis berkaitan
pendekatan dan pemikiran Cak Nur.

kegemparan yang pernah diciptanya iaitu mengajak ke arah sekularisme dan Islam Yes, Partai
Islam No. Pemikiran beliau banyak dipengaruh oleh Fazlur Rahman dan Leonard Binder 5,
pemikir-pensyarah Universiti Chicago. Kebanyakan kajian beliau didanai oleh Ford Foundation.
Dalam Nahdatul Ulama dan Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak pantas menguasai
tampuk kepimpinan. Abdul Rahman Wahib atau Gus Dur adalah leluhur pengasas NU, KH
Hasyim Asyari. Gur Dur menyokong kuat kelompok muda SEPILIS dalam NU pimpinan Ulil
Abshar Abdalla. Pemimpin Jaringan Islam Liberal ini memimpin kumpulan Intelektual Muda Nu,
Lakesdam-NU.
Dalam Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak dalam kelompok mudanya dan disenangi
oleh kelompok pimpinannya. Ketua Umum Muhammadiyyah ke 13, Ahmad Syafii Maarif
bersikap lunak kepada kelompok SEPILIS dalam Muhammadiyyah. Kelompok anak muda
Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyyah memperjuangkan gagasan SEPILIS dalam
Muhammadiyyah.
Tahun 2015 kemuncak kepada keberkesanan penyusupan kelompok SEPILIS ke dalam organisasi
Islam apabila NU dan Muhammadiyyah dipimpin oleh kelompok pro SEPILIS manakala PKS
dipimpin oleh mantan pensyarah Paramadina, kubu kuat kelompok SEPILIS. KH Dr Said Agil Siraj
bersama ulama pro konsep Islam Nusantara telah menguasai NU dimana beliau sendiri telah
dilantik sebagai Ketua Umum NU dalam Muktamar NU ke 33. Dr Haedar Nashir telah dilantik
sebagai Ketua Umum Muhammadiyyah dalam Muktamar Muhammadiyyah ke 47. Komentar
Ulil Abshar Abdalla dalam twitternya bertarikh 6 Ogos 2015 cukup menarik, NU dan
Muhammadiyyah dipimpin oleh Dr Said Aqil Siradj dan Dr Haedar Nasher. Dua figur yang
berwawasan pluralis.Melegakan!
Cuma Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) masih tidak menunjukkan pengaruh SEPILIS
secara terbuka dalam PKS. Presiden PKS, Muhammad Sohibul Iman adalah mantan Rektor
Universiti Paramadina yang dikenali sebagai kubu intelektual SEPILIS dan Syiah di Indonesia. Ia
diasaskan oleh Nucholish Majid, tokoh besar dan idola anak muda SEPILIS Indonesia.
Pada awal tahun 2016, Nasaruddin Umar, salah seorang pemikir kelompok SEPILIS telah dilantik
sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal. Nasaruddin Umar pernah menjadi staf di Universiti
Paramadina.
Pelik bukan, kenapa tokoh-tokoh mazhab SEPILIS dari Universiti Paramadina sangat laku keras
untuk menduduki tampuk kepimpinan institusi atau organisasi utama yang berpengaruh di
Indonesia pada hari ini?. Siapakah yang mengaturkannya?.

Pengasas Islam Liberal melalui bukunya Islamic Liberalism. Pengasas Islam Liberal yang lain ialah Charles
Kurzman.

Kajian Kes di Malaysia


Kita tidak menafikan jasa, pengorbanan, bakti, amalan, kehebatan, iman dan pendirian
seseorang dan gerakan Islam di Malaysia dalam menegakkan Islam dengan pendekatan masingmasing. Kita hormati dan mengasihi mereka. Punbegitu kita, dalam perihal yang merugikan
Umat Islam dan menggugat kesejahteraan rakyat, kita akan bantah dan kritik.
Antara elemen yang dapat dilihat dalam pemikiran, penulisan dan gerak kerja mereka ialah
1. Penerimaan pemikiran Barat sebagai dalil dan cara berfikir dalam bertindak [worldview
dan framework] berdasarkan pandangan alam dan kerangka pemikiran Barat.
2. Perjuangan yang bercampur aduk antara Islam dan kemungkaran yang akhirnya
didominasi oleh pemikiran manusia bukannya kefahaman Islam.
3. Dana yang diterima dalam bentuk geran, biasiswa dan tajaan menyemai hutang budi
kalangan orang Islam kepada pendana dari Barat.
4. Penyusupan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan dan NGO Islam. Anak tokoh
tertentu termasuk anak pimpinan negara juga terbabit dengan kelompok SEPILIS.
Peringkat awal SEPILIS dikembangkan oleh ahli politik. Kemudian oleh pertubuhan seperti Sister
In Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam Malaysia, ALIRAN dan
Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM). Pada zaman gajet dan media sosial, kumpulan seperti
Seksualiti Merdeka dan Malaysian Interfaith Network (MIN) telah berani menonjolkan diri di
arus perdana. Mereka cuba mencabar agama Islam dalam pelbagai kes dan isu seperti Kalimah
Nama Allah dan Suruhanjaya Antara Agama Agama (IFC).
Kelompok LGBT menganjurkan parti atau program mereka secara rahsia. Selepas PRU12 iaitu
pada Ogos 2008, kumpulan ini mula berani bergerak secara terbuka melalui penganjuran
Seksualiti Merdeka. Ia diasaskan oleh seorang penggiat seni, Pang Khee Teik dan seorang
penyanyi yang juga penulis lagu, Jerome Kugan pada 2008. Festival Seksualiti Merdeka kedua
dirasmikan oleh Marina Mahathir pada tahun 2009. Pada tahun 2011, festival Seksualiti
Merdeka dijadualkan berlangsung mulai 1 hingga 13 November di The Annexe Gallery, Kuala
Lumpur. Ia sepatutnya akan dirasmikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam dan Pengerusi
BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan tetapi program ini dibatalkan oleh Polis.
COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan NGO-NGO
Hak Asasi Manusia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
mengemukakan laporan hak asasi manusia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia. Kajian ini dilakukan
setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan
mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia
sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai
Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia. Menurut kenyataan ISMA, hanya 12
daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan. [Wikipedia]

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Antara Agama telah disokong oleh JIM tetapi ditentang
oleh ABIM. Hujah Presiden JIM, Zaid Kamarudin ialah "Ia sebagai platform yang baik untuk
membincangkan isu-isu Islam dan (masalah) yang berkaitan agama. Timbalan Presiden ABIM,
Amidi Abdul Manan berkata. Apa yang berbeza (dengan IFC) pun kita tidak tahu.
Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara menyatakan beliau pertama ditawarkan
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Agama tetapi beliau menolak atas sebab:
1. Khuatir jawatankuasa itu akan menjadi medan untuk pemimpin-pemimpin agama selain
daripada agama Islam untuk menyoal hal-hal berhubung dengan ajaran dan amalan agama
Islam sedangkan orang Islam tidak pernah menyoal ajaran dan amalan agama mereka.
2. Saya juga khuatir jika saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan
mereka yang senantiasa mencari peluang untuk melakukannnya.
3. Saya takut kiranya saya akan menjadi pengkhianat kepada agama Islam.
Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN). Daripada komposisi nama-nama mereka pun
kita tahu siapa mereka , kecenderungan mereka, malah apa yang mereka perjuangkan.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?
Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan
Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato
Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS ya dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis
Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas
menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada
pembangkang:
1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
[Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara]
Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo6 (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia
Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga
rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang
membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata Prepared by Bar
Council. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak
peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen. [Tun Abdul Hamid Mohamad]

Pengiat Kebudayaan Melayu Tradisional.

Campurtangan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan. Majlis Peguam telah menggubal
Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada
masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana
ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu
Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan
naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti
ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan
menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: Jika Rang Undang-Undang
ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam. Akhirnya, rang undangundang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam
dikeluarkan. [Tun Abdul Hamid Mohamad]
Kubu kuat kelompok SEPILIS di Malaysia ialah dalam Majlis Peguam Malaysia. Mereka telah
menyusup masuk ke dalam institusi kerajaan, parti kerajaan dan parti pembangkang. Walaupun
wadah mereka berbeza tetapi perjuangan dan pemikiran mereka sama. Antara yang terkenal
sebagai pimpinan pembangkang ialah Datuk Ambiga Sreenevasan, Malik Imtiyaz, Haris Ibrahim,
Edmund Bon, Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim.
Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM) antara pertubuhan SEPILIS yang berpengaruh. Terkini
(2016), jawatan Pengerusi dipegang oleh Ambiga. HAKAM melahirkan ramai ahli politik pro
SEPILIS, antaranya Elizebeth Wong dan Tian Chua. Kebanyakan mereka berkampung dalam PKR.
HAKAM didaftarkan pada tahun 1989 atas permohonan Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun
Husein Onn yang kemudiannya dilantik pengerusi pro-tem ke-2 HAKAM mengantikan Tunku
Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia atau ringkasnya Negara-ku. NegaraKu digerakkan oleh Dato Ambiga, Sasterawan Negara Dato A. Samad Said dan Zaid Kamarudin.
Zaid Kamarudin dilantik sebagai Pengerusi Negara-Ku adalah mantan Presiden Jemaah Islah
Malaysia dan Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ketika itu. Antara intisari
perjuangan Negara-Ku ialah
1. Negara-ku akan mendorong pembentukan sebuah masyarakat yang inklusif dengan
menolak semua jenis ketaksuban dan kebencian, serta melawan diskriminasi dan
ketidakadilan.
2. Ditubuhkan atas keyakinan bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan politik
berasaskan perkauman dan kekelompokan yang tanpa henti menggugat proses
pembinaan sebuah negara yang inklusif serta mengganggu proses pembentukan jatidiri
Bangsa Malaysia.

Parti politik seperti PKR7 dan DAP telah menjadi markas bagi kelompok SEPILIS. Organisasi-NGO
seperti Penang Institute, SUARAM, SIRD, ALIRAN, TENAGANITA, BERSIH, IKD8, LENSA, IRF dan
lain-lain perlu diselidik dari mana dana dan pembiayaan mereka perolehi. Begitu juga dana yang
diperolehi oleh media seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider.
Pada 27 April 2014, 10 wakil organisasi Malaysia berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat
(AS). Antara organisasi itu adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa,
Sisters In Islam (SIS), HAKAM (Datuk Ambiga Sreenevasan) wakil Bersih 2.0, Empower dan
tenaganita.
Pada Disember 2015, sekali lagi Barack Obama datang ke Malaysia, kali ini dia menemui
beberapa pemimpin NGO seperti Maria Chin [BERSIH 2.0], Dato Ambiga dan Cynthia Gabriel,
Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).
Jika kita memerhati pergerakan SEPILIS di Malaysia, NGO-NGO mereka kurang bersuara
selantang dahulu. SIS yang cukup lantang ketika dahulu lebih banyak melakukan aktiviti secara
senyap. Mereka lebih kepada strategi dua lapis yakni menyalurkan pimpinan mereka ke kancah
politik sama ada melalui DAP dan PKR atau proksi politik seperti BERSIH. Mereka juga
mengadakan pengkaderan dan menaja pengkaderan yang pro SEPILIS.
Sekelompok elitis dalam kalangan SEPILIS telah menjadi pendesak kepada kerajaan. Antaranya
PAGE yang berjuang memartabatkan Bahasa Inggeris9 dan G2510 yang mengiat mendesak
7

Parti Keadilan Rakyat [PKR] adalah lubuk kepada para SEPILIS. Pelbagai tokoh NGO telah menyertai PKR.
Gagasan pemikiran yang selama ini diteorikan mula dipraktiskan melalui wadah PKR.
8
Institut Kajian Dasar [IKD] sebuah badan pemikir Dato Seri Anwar Ibrahim. Sejak awal penubuhan dipengaruhi
oleh kelompok ABIM kemudian dipengaruhi oleh kelompok liberal di bawah Khalif Jaafar yang mempopularkan
Islam Tanwiri [Liberalisme dan pluralism]. IKD didanai oleh Konrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah pertubuhan
antarabangsa yang berasal dari negara Jerman. IKD pernah mewujudkan Sekolah Politik IKD yang melahirkan tokoh
pimpinan muda PKR seperti YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi. Kelompok ini dilihat sangat berpengaruh
dalam PKR terutamanya kelompok YAB Dato Seri Azmin Ali.
9
Bahasa adalah pengungkapan pemikiran atau alat berfikir atau wasilah penyampaian maklumat. Ia dapat
mempengaruhi pemikiran seseorang pengguna.
10
Barisan G25
1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Haji Din, former secretary-general, Home Ministry
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, former secretary-general, Ministry of Foreign Affairs
3. Tan Sri Dr Aris Othman, former secretary-general, Ministry of Finance
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, former director-general, Health Ministry
5. Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, former secretary-general, Ministry of Finance
6. Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, former director-general, Veterinary Services
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, former secretary-general, Ministry of Energy, Communications and Multimedia
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, cardiothoracic surgeon and core founder, National Heart Institute
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, former Court of Appeal judge
10. Datuk Abdul Kadir Mohd Deen, former ambassador
11. Datuk Anwar Fazal, former senior regional adviser, United Nations Development Programme
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, former ambassador
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, former ambassador
14. Datuk Faridah Khalid, representative of Womens Voice

kerajaan mengubah polisi-polisi dan isu tertentu termasuk penubuhan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia [JAKIM].
Masyarakat Islam
Perosak atau pendajal negara adalah pemimpin, ahli perniagaan dan ilmuwan palsu. Untuk
pembinaan dalaman sebuah masyarakat Islam, elemen yang perlu ditanam dan dibangunkan ke
dalam masyarakat iaitu demokratis, keadilan sosial, menghapuskan penderitaan rakyat,
menegakkan prinsip perlembagaan, merangsang kehidupan akliah dan budaya. Anwar Ibrahim
menyatakan sifat yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat madani;
1.
2.
3.
4.
5.

Sikap kesederhanaan dan pragmatis


Tidak gopoh dan bernafsu besar
Demokratik
Membasmi kemiskinan dan kemelaratan
Pengagihan hasil ekonomi secara saksama

Anwar Ibrahim juga menegaskan prinsip kesalingan dimana pemerintah menunaikan amanah
dan memenuhi aspirasi rakyat sementara itu rakyat memberi sokongan terhadap usaha
pemerintah untuk menjayakan reformasi ekonomi dan sosial.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Madinah menunjukkan satu tempat dimana telah
wujud kefahaman yang tinggi.Daripada perkataan Madinah, terbitnya perkataan tamaddun
iaitu tempat dimana masyarakatnya telah mencapai taraf insaniyyah yang luhur, dimana ada
tatasusila, hukum dan undang-undang dimana ada penguasa atau pentadbirannya yang juga
mempunyai hikmah yang mampu melaksanakan keadilan. Perkataan Madinah diterbitkan
daripada perkataan DIN iaitu agama.
Syed Muhammad Naquib al Attas, kewujudan masyarakat Islam lebih kepada untuk
meningkatkan darjah kemanusiaan dimana antara ciri penting dalam masyarakat Islam terletak
kepada individu itu sendiri iaitu

15. Datuk Latifah Merican Cheong, former assistant governor, Bank Negara
16. Lt-Gen (Rtd) Datuk Maulob Maamin
17. Datuk Noor Farida Ariffin, former ambassador
18. Datuk Ranita Hussein, former Suhakam commissioner
19. Datuk Redzuan Kushairi, former ambassador
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, former deputy vice-chancellor, Universiti Sains Malaysia
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, former ambassador
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, former director-general, Malaysian Timber Industry Board
23. Datuk Zainuddin Bahari, former deputy secretary-general, Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and
Consumerism
24. Datin Halimah Mohd Said, former lecturer, Universiti Malaya and president, Association of Voices of Peace,
Conscience and Reason (PCORE)
25. Hendon Mohamad, past president, Malaysian Bar

1. Mencapai Saadah [kebahagiaan] adalah tujuan hidup. Bahagia atau sejahtera tidak
terletak kepada emosi dan jasmani semata-mata tetapi yang sebenarnya ia terletak
pada satu keyakinan yakni kesedaran tentang kebenaran.
2. Kewibawaan berdasarkan ilmu
3. Mewujudkan suasana keadilan
4. Muhibbah bukannya toleransi. Toleransi bermaksud bersabar atas kesilapan orang
orang lain. Muhibbah, akar katanya hubb iaitu kasih. Muhibbah ada unsur kasih dan
sayang.
5. Tanggungjawab
Parti pembangkang dan parti pemerintah seharus mengurangkan atau menghapuskan budaya
politik sepanjang masa. Parti pembangkang yang telah tewas dalam pilihanraya sewajarnya
menjadi penasihat dan rakan dalam pembinaan negara. Wakil-wakil parti pembangkang dilantik
dalam badan-badan pemantau dan badan perundingan untuk menstabilkan politik dan
membangunkan ekonomi dan sosial.
Masalah Kefahaman dan Pengamalan Rakyat Jelata
Kejahilan rakyat jelata berpunca daripada pendidikan dan kegagalan pemimpin dan ilmuwan
menjadi contoh tauladan dan memimpin mereka ke arah kebenaran. Jika kepala [pemikiran]
perompak-pendajal, tubuh badan juga akan menjadi perompak-pendajal.
Masalah utama kefahaman dan pengalaman rakyat jelata ialah
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kefahaman mereka terhadap Islam


Sikap mereka
Materialistik
Individualistik
Perkara lagha atau lalai seperti hiburan
Amalan beragama mereka

Rakyat Melayu-Islam Dalam Dilema


Suka atau tidak, Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang dimitoskan atau dipertahyulkan
bahawasanya beliau hanya satu-satunya dapat mengantikan kepimpinan negara yang sedia
ada, menyatukan semua pihak penentang rejim dan berupaya menumbangkan rejim
pemerintah yang mendajalkan rakyat dan negara pada hari ini [2016]. Kelompok Islam cukup
risau kemaraan Anwar Ibrahim yang dilihat dekat dengan kelompok SEPILIS.
Antara kemaraan SEPILIS dan Pendajal Negara, rakyat beragama Islam mengalami dilema
memilih parti yang bakal memerintah negara. Penderitaan rakyat pada hari ini memberi
peluang cerah dalam menumbangkan rejim. Tetapi ketakutan paling besar ialah keluar mulut
harimau masuk pula ke dalam mulut buaya.

Kesimpulan
Katakan TIDAK kepada SEPILIS.
SEPILIS suatu faham yang boleh mempengaruhi worldview dan framework pemikiran kita dalam
memahami dan bertindak terhadap isu atau perkara yang didepani. Memahami dan bertindak
tanpa celupan Islam bermakna Islam bukan TUNJANG utama pemikiran dan tindakan kita.
SEPILIS adalah satu proses pembaratan yang menghilangkan Tuhan dan Islam sebagai Addin
dalam Alam Fikir kita oleh kelompok SEPILIS dengan pelbagai cara. Akal dan nafsu manusia yang
terkandung dalam faham SEPILIS menghakis kefahaman dan pengamalan beragama kita.
Sekaligus mengecilkan peranan Tuhan dalam kehidupan.

Sekularisasi-Liberalisasi Dalam Gerakan Islam


Jangan takut pada sekularisme
Erdogan
Dalam penulisan kita dapat
1) Mengetahui tentang sekularisasi-liberalisasi kelompok Islam
2) Pasca Islamisme-Pragmatisme-Liberalisme
...dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah
yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Surah at Taubah:40)
Penulis tertarik dengan penafsiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang istilah
kalimatullah dalam ayat di atas. Menurut beliau, apabila disebut kalimatullah, ia membawa
maksud bahawa seluruh ajaran Islam adalah satu ajaran yang padu sehingga kesemuanya tidak
boleh dibelah bahagi atau dipotong-potong menurut kehendak hawa nafsu. Jika al Quran itu
dikerat-kerat atau dipotong-potong antara satu sama lain, maka al Quran tidak dapat dihayati.
Perkara ini menunjukkan bahawa Islam itu syumul mencakupi seluruh aspek kehidupan secara
holistik.
Elemen-elemen sekular semakin menular dalam gerakan Islam seluruh dunia. Kita boleh belajar
tentang sekularisme-pluralisme-liberalisme dan boleh ambil manfaat daripadanya tetapi untuk
menjadi tunjang pemikiran, perlulah ditolak oleh para pendokong gerakan Islam. Paling
menonjol pada hari ini ialah liberalisme. Paling malang apabila berlakunya sekularisasiliberalisasi dalam gerakan Islam dan terdapat Islamis yang berjaya dipengaruhinya.
Cuba kita lihat, bagaimanakah pendekatan dan pemikiran tokoh yang terpengaruh dengan
sekularisme?. Islam semakin jarang disebut, Islam hanya alat untuk mengukuhkan sekularisme,
Islam dikesampingkan berbanding pemikiran dan pendekatan sekular. Perkaitan Islam dengan
dunia semakin jauh. Kesyumulan Islam diratahi oleh sekularisme. Islam diucapkan untuk
kemenangan politik sahaja.
Sekularisme meliputi semua buah pemikiran dan pendekatan serta nilai yang tidak
bertunjangkan agama. Antara sekularisme termasuk liberalisme, sosialisme, post Islamisme,
Inklusif, masyarakat sivil, ruang awam dan sebagainya. Bukannya kita tak boleh ambil kebaikan
daripada konsep buah pemikiran Barat, cuma lakukanlah Islamisasi agar ia beraqidah dan tak
meminggirkan Islam.
Ada kalangan kita memberi alasan bercakap dalam bahasa orang sekarang atau dalam bahasa
konteks semasa iaitu melihat audien. Pendokong Islam perlu bercakap dalam bahasa Islam
bukannya mengagung atau mengangkat idea-idea ciptaan manusia. Bahasa idea manusia lagi
sukar untuk difahami oleh rakyat jelata berbanding sesetengah elitis dan kelompok terpelajar.
Perkataan seperti Inklusif atau urus tadbir yang baik agak sukar difahami berbanding perkataan
amanah, adil dan menerima pendapat orang lain.

Penghalalkan Sekularisme dan Penjenamaan Islam untuk Kepentingan Tertentu


Kita biasa dengar istilah-istilah Islami yang unik seperti Islam Hadhari, Dialog Antara Tamadun,
Masyarakat Madani, Dasar Penerapan Islam dan Islamisasi.
Kita juga biasa dengar dan membaca hujah-hujah yang menempelkan kepada maqasid syariah,
pemikiran Yusuf al Qaradhawi, pemikiran Abdullah Bayyah, fiqh ikhtilaf, fiqh keutamaan dan
kepelbagaian jemaah.
Semua tempelan hujah dan istilah tersebut sudah tentu mendambakan kebaikan dan tujuan
yang baik, cuma sesetengah kelompok mengambil peluang untuk bermudah-mudahan dalam
sesuatu perkara dan menyambar peluang pengukuhan politik diri dan kelompok masingmasing.
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH), generasi al salaf as soleh muncul dengan akidah
yang unggul dan mengutamakan ikatan persaudaraan Islam berjaya mengatasi cabaran
dalaman dan luaran. Musuh Islam menumpukan fahaman akidah memberi kesan berbahaya.
Ideologi moden yang dibawa oleh fahaman sekular yang menular ke dalam masyarakat Islam.
Kemudian ia menyadurkan dengan nama Islam lalu mewujudkan fenomena baru yang
membahayakan akidah.xi
Menurut Abdul Hadi Awang lagi, insan dibenarkan untuk membuat sebarang penyesuaian dari
segi pendekatan dan teknikal yang sesuai dengan kehendak zaman tanpa mengganggu gugat
dasarnya sebagaimana termaktub dalam al Quran dan al hadith.xii
Jika Islam dikaitkan dengan negara, pemerintahan, politik dan perundangan, ia sangat ditakuti
oleh Barat dan sekutu mereka. Jangan sesekali menyamakan Islam dengan pensejarahan gereja
di Eropah. Menurut Ustaz Umar Tilmisani pula, mantan Mursyidul Aam Ikhwan Mesir, dalam
masa yang sama, pemimpin-pemimpin ini cuba menakut-nakutkan rakyat jelata kerana
menyangka negara Islam tak ubah seperti pemerintahan gereja pertengahan abad yang
lampau, dimana kesudahannya akan berulang-ulang trajedi huru hara, pertumpahan darah,
kafir mengkafir dan sebagainya.
Kebanyakan konsep atau istilah hasil kajian para ulama dan sarjana Islam disalah-guna oleh
kelompok SEPILIS. Tujuan mereka adalah baik dalam mereaslisasikan Islam itu mudah dan Islam
itu rahmat untuk semua manusia. Ada sesetengah pihak mengambil kesempatan atas konsep
tertentu untuk memenuhi tujuan dan kehendak nafsu diri dan kumpulan mereka. Mereka juga
bermudah-mudahan dalam beragama dan cuba menyingkirkan hukum Islam. Dalam persoalan
maqasid syariah umpamanya, Abdul Hadi Awang menyatakan mereka yang menimbulkan
kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan menyingkirkan hukum Islam. Umat
Islam perlu bijak dan berilmu dalam menilai hujah-hujah yang kelihatan benar oleh sebahagian
daripada mereka yang bertujuan batil.

Kelompok SEPILIS menggunakan nama dan pemikiran tokoh Islam tertentu dalam menangani
pihak penentang mereka. Sebenarnya, kelompok SEPILIS tahu bahawa tokoh di atas
mempunyai pemikiran berdasarkan al Quran, al Sunnah, ijma, Qiyas dan ijtihad ulama muktabar
yang utuh dan ampuh. Mereka adalah ulama dan pemimpin Islam yang cukup disiplin dan
istiqamah sehingga meninggal dunia dalam perjuangan Islam. Perbezaan diantara pimpinan
gerakan Islam hanyalah persoalan pendekatan, pendapat dan komunikasi (bahasa) yang
digunakan sahaja.
Konsep Barat yang diterima pakai sebahagian tokoh Islam ialah
1.
2.
3.

Muslim Demokrat
Post Islamisme
Masyarakat Sivil

Sangat mendukacitakan apabila ulama atau tokoh Islam memakai konsep-konsep pemikiran
yang bertunjang sekularisme seperti Post Islamisme, Islam Progresif atau Islam Liberal. Seorang
politikus Islam perlu jelas akan aqidah perjuangannya dan mengelakkan menggunakan atau
menyebarkan pemikiran sekular ke dalam masyarakat dan jemaah Islam
Sekularisasi-Liberalisasi Dalam Kalangan Islamis
Seperti yang dijelaskan di atas, sekularisme mencakupi pemisahan antara perkara dunia dengan
agama. Sekularisme itu meliputi ideologi ciptaan manusia seperti liberalisme, komunisme,
pasca Islamisme, Inklusif, Pluralisme dan lain-lain.
Sukar kita menilai para Islamis sebagai elemen sekular kerana mereka terbahagi kepada
beberapa kelompok;
a) Kelompok yang mengikut tanpa sedar dan terperangkap dengan istilah dan konsep
pemikiran Barat.
b) Kelompok yang menyokong dengan sedar tetapi bergerak disebalik gerakan Islam dan
hujah Islam.
c) Kelompok yang bersandar dengan pemikiran-idea ciptaan manusia demi Islam, bercakap
dengan bahasa politik untuk meletakkan Islam dalam konteks semasa dan khalayak
masyarakat pelbagai kaum dan agama. Hanya menggunakan pendekatan bukannya
berimankan pemikiran tersebut. Malangnya,ada kalangan mereka tenggelam dalam
khayalan apabila Islam seakan-akan menjadi isu sampingan sahaja dalam penghujahan
dan perjuangan mereka.
Penilaian kita menjadi sukar apabila ia melibatkan isi hati yang tidak diketahui oleh sesiapa pun
kecuali empunya diri dan Allah. Cuma kita boleh melihat mereka dari segi pengaulan, penulisan,
percakapan dan idea yang mereka gagaskan sama ada mendekati Islam atau menjauhi Islam.

Menurut Ulil Abshar Abada, tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, antara ciri-ciri liberalisasi
dalam kalangan Islamis ialah;
1. Mereka meninggalkan idea negara Islam dan memeluk demokrasi.
2. Mereka meninggalkan idea penerapan syariat, lebih konsentrasi kepada realiti semasa
yang praktis
3. Selesa memeluk ekonomi bebas
4. Meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil.
5. Mereka lebih realistik dan pragmatis idea dalam melihat keadaan, tak dogmatis
memegang ideologi Islamisme
6. Mengatakan urusan moral, agama dan akhlak adalah urusan peribadi.
Menurut Ustaz Sharipudin Abd. Kadir, Yang Dipertua Majlis Syura ISMA dan Yang Dipertua ISMA
Kelantan, kita boleh menilai daripada kesan liberalisasi kepada gerakan Islam yang
dikemukakan oleh beliau iaitu
a) Merubah pendekatan dakwah kebanyakan gerakan Islam di Malaysia tanpa melihat
kepada perancangan musuh Islam yang terselindung. Setiap isu disokong dan dihujah
secara syarak dan aqal tanpa melihat kepada kepentingannya di Malaysia dan kesannya
kepada rakyat majoriti.
b) Merubah strategi dakwah gerakan Islam. Daripada membela keadilan untuk Islam
kepada hanya berdialog dan berdiskusi kononnya secara hikmah. Digambarkan seolaholah Islam hanya mengutamakan dialog dan diskusi walaupun Islam diserang dari
segenap penjuru. Mana-mana gerakan Islam yang ke depan membela Islam dengan agak
agresif dituduh sebagai melampau atau tidak memahami uslub dakwah.
c) Mengkijangkan harimau. Perkataan musuh Islam telah ditukar kepada madu kita
walaupun ajaran tersebut jelas memusuhi Islam dengan pelbagai perancangan secara
senyap ataupun zahir.
d) Para cerdik pandai yang menyalahkan gerakan Islam kerana cuba menanamkan sifat
permusuhan dengan penganut agama lain sedangkan di sana terdapat titik-titik
persamaan antara Islam dengan agama tersebut seperti Kristian dan Yahudi. Sepatutnya
orang Islam menggunakan titik persamaan tersebut ke arah perdamaian dan keamanan
dengan membina titik persefahaman.
e) Mengenepikan tamadun bangsa yang pernah dicipta oleh generasi terdahulu walaupun
syarak mengharuskannya dengan syarat-syaratnya yang jelas. Mereka mendakwa
bangsa tidak ada apa-apa kepentingan untuk agama. Bangsa tak wujud pun tak
mengapa asalkan Islam ada.
Pasca Islamisme
Menurut Haris Zalkapli, maksud pasca-Islamisme itu sebagai satu kondisi gerakan Islam
bercakap dalam bahasa semasa dan menangani hal-hal semasa yang bukan menurut istilah
yang biasa dengan gerakan Islam. Tetapi pasca-Islamisme pergi lebih jauh lagi, dan ditakrifkan

juga sebagai satu bentuk baru gerakan Islam yang mengambil sepenuhnya wacana baru dan
bersifat sebagai demokrat dan menjadi lebih liberal, menjadikan mereka pasca-Islamis.
Asef Bayat menyatakan pasca Islamisme bukanlah anti Islam atau sekular, ia tidak mengubah
Islam tetapi memberi tumpuan kepada hak asasi warganegara. Asef Bayat berpendapat pasca
Islamisme sebagai satu keadaan, berikutan satu fasa eksperimentasi, tarikan, tenaga, simbol
dan sumber keabasahan Islamisme semakin susut walaupun dalam kalangan penyokong
kuatnya sebelumnya.
Kita juga boleh memahami pasca Islamisme sebagai satu keadaan parti berasaskan Islam
bercakap dalam bahasa kontemporari dan memberi prioriti kepada isu-isu urus tadbir, ekonomi
dan kebajikan rakyat yang majoriti berbanding isu yang lebih bersumber wacana agama dan
ideologi parti terbabit.
Pada pendapat penulis, Pasca Islamisme meneruskan legasi Islam Amerika iaitu perjuangan
Islam tanpa syariat. Perjuangan Islam berdasarkan prinsip, nilai dan moral (baca: akhlak) serta
tasawuf sahaja. Islam bagaikan air (nilai) tanpa bekas air (syariat), mana mungkin air boleh
diminum tanpa bekas air (cawan, gelas dan sebagainya). Ada sesetengah pendapat mengatakan
bahawa Islamisme itu adalah Islam Politik. Mereka mendakwa Islam Politik perlu dibanteras
kerana menghasilkan pemikiran radikal dan ektremisme. Dakwaan mereka dangkal kerana cuba
memisahkan Islam dan politik padahal politik itu salah satu elemen dalam Islam.
Model terbaik pasca Islamisme ialah AKP Turki di bawah pimpinan Erdogan dan an Nahdah
dipimpin oleh Rashid Ghannoushi. Menurut Ulil Abshar Abada, perkataan kebebasan pada
nama parti-parti yang dikatakan pro Islam menunjukkan pengaruh liberal sedang membiak
cergas dalam parti tersebut. Perkataan keadilan, kebebasan dan pembangunan seringkali
digunakan oleh kelompok pasca Islamise menunjukkan sifat progresif dan pembaharuan.
Lihat pula kenyataan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi;
Jika saya mendapat tempat di dalam kerajaan, ia tidak akan jadi sekiranya saya memberitahu
wanita muda berapa sentimeter skirt mereka harus memakai untuk melindungi kaki mereka. Itu
bukan urusan saya. Ia tidak mungkin, bagaimanapun, untuk sesiapa sahaja untuk mengancam
punca kebebasan awam di Maghribi "
Perkara ini menunjukkan urusan agama adalah urusan peribadi. Kenyataan sebegini secara
langsung mempunyai ciri-ciri sekelompok Islam sudah diliberalisasi.
Dalam gerakan Islam, terdapat sesetengah pemimpin yang terperangkap, terpengaruh dan
seronok dengan permainan konsep pemikiran Barat yang kaya dengan istilah. Mereka seronok
dengan istilah inklusif, pasca Islamisme, good governance, muslim democrat, pluralism dan
sebagainya. Pelbagai cara untuk menghalalkan penggunaan istilah dan konsep daripada
pemikiran Barat. Umpamanya pluralism dihujah dengan pluraliti dalam masyarakat majmuk.

Kita boleh belajar dan mengunakan pendekatan mereka tetapi kita tidak boleh larut dalam
pemikiran mereka. Sepatutnya kita mengangkat hujah-hujah dan alternatif Islam dalam
masyarakat dan negara. Kita bawa pendapat dari sisi Islam dikemukakan dalam kehidupan.
Berwacana dari perspektif Islam memerlukan hujah-hujah atau dalil daripada sumber yang ada
autoriti. Dari situlah kita mengemukakan Islam sebagai penyelesaian.
Dalam gerakan Islam di Malaysia, pasca Islamisme sedang membenih terutamanya dalam
kalangan anak muda dan mereka yang pernah mendapat pendidikan di negara Barat.
Kebanyakan tokoh yang berpendidikan Barat rapat dengan tokoh Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa tertentu yang terpengaruhi gagasan pasca Islamisme. Mereka sebenarnya dilihat
kelompok elitis yang membawa idea asing yang kurang difahami oleh rakyat jelata dan anggota
bawahan.
Penulis menyifatkan kelompok pimpinan pendamba pasca Islamisme adalah minoriti dalam
fenomena progresif dalam gerakan Islam. Mereka bersama dalam fenomena progresif kerana
mempunyai matlamat yang sama iaitu perubahan tampuk kepimpinan dan pendekatan
gerakan Islam menghadapi realiti zaman. Pada hemat penulis, fenomena progresif hanya
persaingan kuasa antara kelompok elitis dalam gerakan Islam. Ia hanya sekitar perebutan kuasa
dan hanya perubahan pendekatan bukannya prinsip. Sebilangan kecil daripada mereka
terperangkap dan dicandukan dengan gagasan pasca Islamisme.
Dalam pemerhatian penulis, sejak tahun 2005, idea pasca Islamisme dimainkan oleh kelompok
tertentu dalam PAS termasuk dalam Harakah.xiii Punbegitu, kita masih lagi beranggapan bahawa
mereka hanyalah menggunakan pendekatan bukannya mengimani dengan pemikiran konsep
tersebut. Pandangan baik sangka kita, ia hanya proses penyesuaian pendekatan dan teknikal
untuk mendepani zaman.
Antara idea-idea dan pendekatan kelompok dalam gerakan Islam di Malaysia yang terpengaruh
dengan pasca Islamisme;
a. Bergerak dalam ruang lingkup politik dalam kerangka nation state iaitu bergerak
dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
b. Menjana gagasan neo-fundamentalisme ke arah penyatuan ummah yang universal
berteraskan syariah.
c. Tindakan politik perlu mengatasi ideologi. Tindakan sebegini memunculkan pragmatism.
d. Pengunaan istilah seperti inklusif dan urus tadbir yang baik
e. Menempel dengan maqasid syariah. Pengunaan maqasid syariah bukan untuk
mengukuhkan Islam tetapi meminggirkan Islam.
Persoalan yang timbul, apakah pilihan gerakan Islam sama ada memilih bersama Islamisme
atau pasca Islamisme?.
Pada hemat penulis, ia bergantung kepada niat seseorang dan sifat waspada seseorang tentang
penyusupan gagasan pemikiran Barat yang tidak Islami dalam keanggotaan jemaah Islam secara

sedar, tidak sedar atau selesa dengan pemikiran tersebut. Dalam pasca Islamisme ada beberapa
perkara yang kita boleh mengunakannya sebagai pendekatan tetapi bukannya isme dan
tunjang pemikiran jemaah Islam. Sebagai gerakan Islam, kita perlu kembali kepada pandangan
sarwajagat berdasarkan al Quran dan al Sunnah bukannya pemikiran Barat.
Antara sifat pasca Islamisme ialah lebih plural, inklusif, toleransi, demokrat, kepentingan
masyarakat sivil, perjuangan hak asasi manusia dan hubungan antara agama manakala
Islamisme terpalit dengan radikal, keras dan eksklusif. Ada sarjana melihat bahawa pasca
Islamisme menjadi ubat kepada Islamisme yang lama.
Perkembangan komunikasi dan gajet menyebabkan ramai anak muda mudah tertarik dengan
pasca Islamisme. Pasca Islamisme hasil lontaran sarjana Barat dan sarjana Islam terpinggir
berakar umbi daripada pemikiran liberalisme-pragmatisme. Menurut Ulil Abshar Abdala,
fenomena pragmatisme parti Islam berhaluan sederhana beriringan dengan fenomena
melunturnya ideologi dalam politik. Walaupun pasca Islamisme dikatakan melunturkan ideologi
politik tetapi pasca Islamisme sendiri bakal menjadi isme atau ideologi yang baru. Pada hemat
penulis, pasca Islamisme akan meranapkan teras Islam yang mengutamakan dalil bersumber
autoriti (al Quran dan al hadith) kerana mementingkan kemenangan politik berbanding
matlamat dakwah.
Dalam menanggapi kemenangan politik, ia melibatkan kemenangan bersifat jangka pendek
atau jangka panjang. Kemenangan itu perlu menitik berat perkara di bawah;
1.
2.
3.
4.

Kemenangan yang diredhai Allah


Kemenangan dengan cara yang benar bukannya matlamat menghalalkan cara.
Kemenangan untuk Islam bukannya kehendak nafsu diri dan kumpulan
Kemenangan yang boleh memberi kebahagiaan kepada manusia(termasuk bukan Islam)
dan alam sekitar.

Dalam politik dan demokrasi, kemenangan itu penting tetapi kita tidak mahu kemenangan yang
cacat iaitu kemenangan yang tidak diredhai Allah terutamanya kelompok pragmatis yang
seringkali menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara. Kelompok pragmatislah
yang menongkah arus gerakan Islam dengan menerima secular-liberal sekaligus menjayakan
sekularisasi-liberalisasi.
Ada beberapa pendapat tentang kesan buruk yang dapat ditimbulkan oleh pragmatisme dalam
mengejar tujuan politik seperti di bawah:
1. Bagi sesebuah parti Islam yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Parti itu akan
terancam oleh penghakisan ideologi. Maknanya, pemikiran bersumberkan dalil al Quran
dan al Sunnah akan terhakis oleh kemenangan politik sahaja. Menurut Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS pernah menjelaskan bagaimana parti Al ISTIQLAL Maghribi, yang dahulunya
berpegang dengan dasar ISLAM, sekarang bertukar menjadi sekular Liberal. Begitu juga
terjadi kepada Liga Muslim Pakistan yang diasaskan oleh Ali Jinnah atas dasar ISLAM,

sekarang berubah menjadi parti yang mendahului pendekatan sekular dan liberal walaupun
majoriti umat ISLAM di Pakistan.
2. Kesan kepada persepsi masyarakat awam. Pragmatisme11 politik bakal memberikan
implikasi buruk kepada masyarakat. Pragmatisme politik parti-parti Islam boleh
menimbulkan imej buruk pada Islam itu sendiri dan parti Islam yang benar-benar
memperjuangkan Islam. Pemimpin yang terpengaruh dengan pragmatism sanggup
melakukan apa sahaja demi kemenangan politik. Tanpa dalil yang kukuh dan adab Islam,
imej parti berasaskan Islam akan tercalar.
3. Kesan kepada para pendokong parti Islam itu. Bahaya ini muncul kerana pendokong parti
Islam umumnya adalah orang-orang yang lurus, ikhlas, wala dan patuh kepada pimpinan
parti. Dengan berkiblat kepada pragmatisme politik, bererti parti Islam itu telah menipu
penyokongnya. Penyokong mengira partinya adalah parti Islam sejati, padahal parti itu
telah menyimpang dari Islam kerana terjerumus ke dalam langkah-langkah pragmatis tanpa
mempedulikan halal-haram.
Pengaruh Liberalisasi Dalam Ikhwanul Muslimin
Dalam Ikhwanul Muslimin Mesir (Ikhwan), kelompok Pasca Islamisme telah cuba menggerakkan
pendekatan dan wacana post Islamisme. Dalam proses menumbang Husni Mubarak, Issam AlErian, seorang pemimpin Ikhwan pernah berkata, kita tidak perlu lagi negara Islam yang
direbut secara revolusioner. Maksudnya, negara Islam tidak perlu wujud secara kaffah melalui
revolusi, sudah cukup dengan penerapan Islam. Ada yang menyatakan post Islamisme bakal
membiakkan Islam Amerika iaitu Islam tanpa syariat. Islam hanya bersifat moral dan ibadah
dalam kehidupan. Islam hanya ditadbir bukannya Islam mentadbir.
Antara tokoh Ikhwan yang dikatakan terpengaruh dengan Pasca Islamisme ialah Abdul Munim
Abul Futuh, Issam Al-Erian, Mohammad Habib, Ibrahim Al-Zafarani dan Abul Ala El-Mady.
Mereka terkenal dengan tokoh daripada kelompok Neo Fundementalis-Reformis-Pragmatis
yang mahu perubahan dalam Ikhwan.
Sejarah gerakan sederhana dalam Ikhwan sudah bermula sejak zaman Mursyidul Aam Ikhwan
kedua, Imam Hassan Ismail Hudaybi dan Mursyidul Aam ketiga, Umar Tilmisani bagi mengekang
pengaruh anak muda yang menyalah tafsirkan hujah-hujah tokoh ideolog Ikhwan, Sayyid Qutb.
Kenaikkan Muhamad Badie sebagai Mursyidul Aam, leluhur pemikiran Sayyid Qutb mengekang
kemaraan kelompok post Islamisme dalam Ikhwan setelah Mahdi Akef meletakkan jawatan.
Gelombang pertama, reaksi kelompok yang mempunyai pemikiran ala Pasca Islamisme ialah
menubuhkan Parti Wasat pada tahun 1996 yang dipimpin tokoh buangan Ikhwan Abul Ala ElMadi dan Issam Sultan. Penubuhan parti Wasat merupakan tanda protes kelompok anak muda
untuk penyegaran dalam Ikhwan dan politik Mesir.
11

Pragmatisme ialah kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin bergantung kepada
kegunaannya secara praktik. Antara tokoh pemikiran pragmatism ialah Karl Marx dan William James

Gelombang kedua pada tahun 2008 dimana kelompok Pasca Islamisme mengerakkan Gerakan
6 April bersama jurnalis Ayman Nour. Kelompok 6 April di Mesir itu melakukan solidariti ke
atas mogok buruh di Mahallah El-Kubra , Mesir. Gerakan 6 April menggunakan media sosial
dalam menggerakkan aktiviti. Kelompok Konservatif-Tradisionalis-Fundementalis dalam Ikhwan
tidak bersetuju dengan gerakan 6 April akhir memecat Muhammad al Qassas dan Islam Lotfy.
Menariknya gerakan 6 April inilah akhirnya menumbangkan Mubarak. Selepas revolusi
menumbangkan Mubarak, kumpulan ini dikenali Revolutionary Youth Council (RYC).
Pada tahun 2011, Ikhwan menyatakan mereka tidak berhasrat memasuki pilihanraya memilih
Presiden Mesir. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh Abdul Munim Abul Futuh, anak murid
Umar Tilmisani dan Abbas As Siisi. Abul Futuh telah melanggari keputusan Syura Ikhwan dengan
ijtihad peribadi untuk memasuki pertandingan Presiden Mesir. Akhirnya Abu Futuh dipecat.
Tokoh Ikhwan kelompok Pasca Islamisme seperti Muhammad Habib, Ibrahim Al-Zafarani, Salah
Abd Karim dan Haytham Abu Khalil menarik diri dari Ikhwan.
Kegagalan kelompok Pasca Islamisme disebabkan oleh doktrin qiyadah wal jundiyah atau
tanzhim wal jamaah. Semasa penubuhan sayap politik Ikhwan, FJP , masih terdapat beberapa
tokoh Pasca Islamisme dalam Ikhwan. Antaranya Essam al Erian dan al Betagy. Dalam pemilihan
Presiden FJP, Essam al Erian kalah kepada Saad el Katatny. Ini menandakan pengekalan
pengaruh Islamisme dalam Ikhwan dan FJP.
Kesimpulan
Perjuangan Islam memerlukan keaslian yang bersumber al Quran dan hadith serta tegas dalam
persoalan aqidah. Segala konsep pemikiran manusia dengan pelbagai alasan adalah ditolak.
Tokoh ulama Islam seperti Yusuf al Qaradhawi, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang,
Muhammad al Ghazali mengutamakan dalil-dalil al Quran, al Sunnah dan ijtihad ulama yang
muktabar dalam memperkuatkan hujah-hujah mereka. Jarang sekali kita membaca dan
mendengar gagasan pemikiran Barat yang mereka sokong. Perkara ini diambil remeh
sesetengah pemimpin Islam atas dasar berdialog dan laras bahasa politik untuk mendekati
bukan Islam. Kita hidup untuk menegakkan agama dalam diri dan kehidupan kita bukannya
menghidupkan pemikiran manusia atau kita sendiri.
Jangan sesekali kita bersikap taqiyah politik dan tauriah (suka bercakap tidak benar) dalam
politik. Sesiapa yang tak jelas dalam pendirian politik Islam kebanyakan mengalami kecelaruan
sebagaimana dihadapi oleh sesetengah pemimpin dan gerakan Islam. Taqiyah dan tauriah
politik menyebabkan pahala dan dosa bercampur sehingga menimbulkan fitnah kepada Islam.
Jangan menjadikan kebencian kita kepada pimpinan tertentu dalam gerakan Islam atau
pembawaan tertentu dalam sesebuah gerakan Islam sebagai hujah dan dalil untuk kita
mengenepikan Islam dan gerakan Islam. Kita wajar mengubah gerakan Islam daripada dalam
bukannya menyerang daripada luar. Kehendak dan pendapat kita digerakkan dalam keaktifan

kita dalam gerakan Islam secara evolusi bukannya bersikap pemberontak sentiasa
memberontak dalam gerakan Islam.
Barat tidak takut kepada Islam. Barat hanya mahu Islam yang sesuai dengan kehendak mereka.
Paling malang apabila pemimpin gerakan Islam sendiri terlibat dalam proses penyesuaian Islam
dengan Barat sehingga terhakis aqidah dan syariat Islam. Pemikiran Barat secara tuntas cuba
membawa pemisahan Islam dengan perkara di bawah;
a) Islam dan politik
b) Islam dan negara
c) Islam dan syariat (lebih tepat hukum hudud)
Ketiga-tiga perkara ini banyak mengajar kita dalam menilai seseorang Islam dan gerakan Islam
yang syumul atau tidak, tulen atau palsu. Islam adalah agama yang sudah lengkap, apabila
sudah lengkap tiada alas an untuk tidak menegakkan agama Islam secara keseluruhan.

Ketatanegaraan Islam dan Negara Sekular:


Dari Anwar Ibrahim ke Parti Amanah Nasional.
Syariat memecahkan rakyat Tunisia, Islam menyatukan mereka
Rashid Ghannoushi
Ketatanegaraan ialah pemerintahan. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, tatanegara ialah
susunan dan bentuk pemerintahan. Ketatanegaraan ialah hal yang berkaitan dengan
pemerintahan. Ketatanegaraan Islam dimaknai sebagai bentuk pemerintahan Islam.
Gagasan Islam para pemimpin negara kita dikira lumayan. Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dato Seri Anwar Ibrahim dengan konsep masyarakat Madani
dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan gagasan Islam Hadhari. PAS dengan konsep Negara
Islam manakala IKRAM mengemukakan Negara Rahmah. Semua pihak mahukan Islam. Ini
menandakan Islam adalah penting dalam konteks politik di Malaysia.
Dalam khalayak Alam Melayu, istilah Masyarakat Sivil atau Masyarakat Madani dipopularkan
oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam satu seminar di Indonesia pada tahun 1995. Akar
pemikiran masyarakat Sivil berasal daripada Barat yang digerakkan oleh tokoh seperti
Montesque, JJ. Rousseau, John Locke, dan Hubbes.
Di Malaysia, pemikiran masyarakat Madani disokong oleh ramai sarjana yang pro Anwar
Ibrahim seperti Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, Dr Osman Bakar, Dr Siddiq Fadzil, Dr
Chandra Muzaffar dan ramai lagi. Konsep masyarakat Sivil yang telah dikenali sebagai
masyarakat Madani telah diIslamisasikan sehingga konsep lebih sesuai dengan Islam.

Sejarah Masyarakat Sivil


Dalam tradisi Eropah sebelum abad ke-18, terdapat berbagai macam istilah yang berpadanan
dengan civil society. Antaranya istilah civil society iaitu kata 'civics', yang berasal dari kata Latin
'civis', yang berarti warga negara.
Tradisi politik Yunani pula mengenal istilah politike koinona yang dipopularkan oleh
Aristoteles (384 SM322 SM). Dalam bahasa Latin disebut societas civilis, pertama kali dipakai
oleh Cicero (106 SM-43 SM), seorang orator, politikus, dan filosof Rom. Tradisi Perancis
mengistilahkannya dengan societe civile, dan burgerliche Gesellchaft dalam tradisi Jerman.
Menurut Britannica Online Encyclopedia mendefinisikan civil society dengan suatu jaringan
yang erat antara kelompok, komuniti, jaringan, dan hubungan yang berdiri antara individu dan
negara moden.
Menurut Ernest Gellner, Masyarakat Sivil (Masyarakat Madani) merujuk pada mayarakat yang
terdiri atas berbagai institusi non pemerintah yang autonomi dan cukup kuat untuk dapat
mengimbangi Negara.

Menurut Cohen dan Arato, Masyarakat Sivil (masyarakat madani)adalah suatu wilayah interaksi
sosial diantara wilayah ekonomi, politik dan Negara yang didalamnya mencakup semua
kelompok-kelompok sosial yang bekerjasama membangun ikatan-ikatan sosial diluar lembaga
rasmi, menggalang solidariti kemanusiaan, dan mengejar kebaikan bersama (public good).
Masyarakat Sivil dan Masyarakat Madani: Konsep dan Permasalahan.
Ada sesetengah pengkaji mengatakan masyarakat terbahagi kepada dua iaitu masyarakat
politik dan masyarakat sivil. Ada juga pengkaji mengatakan kewarganegaraan dan masyarakat
terbahagi kepada 4 ruang iaitu ruang negara, ruang peribadi, ruang pemodal (ekonomi dan
pasaran) dan ruang awam. Umumnya, masyarakat sivil melibatkan interaksi atau hubungan
antara kerajaan, masyarakat dan pemodal.
Pada hemat penulis, masyarakat sivil menepati ciri liberalisme iaitu kerajaan terhad, individu
merdeka, pasaran bebas dan kedaulatan undang-undang. Masyarakat sivil akan menambahkan
penglibatan warga dalam membuat keputusan. Ia dikatakan memantapkan lagi konsep
demokrasi; dari rakyat, untuk rakyat, dan oleh rakyat. Oleh itu, pengupayaan rakyat dalam
penglibatan membuat keputusan secara langsung ini penting kerana sistem parlimen yang ada
pada hari tidak mewakili suara aspirasi rakyat. Ia hanya menyuarakan keuntungan peribadi dan
parti politik yang diwakili mereka sahaja. Penglibatan warga boleh dilakukan secara mobilisasi
massa melalui perhimpunan berdasarkan isu atau melalui organisasi (NGO) berdasarkan kaum,
agama, kawasan dan pelbagai lagi.
Penglibatan warga dalam membuat keputusan membolehkan warga menjadi komponen
penting dalam sistem demokrasi bukannya bergantung harap kepada parti politik sahaja. Warga
atau rakyat akan merasakan negara ini milik mereka atas penglibatan mereka dalam
menentukan dan mengawal tindakan kerajaan tanpa perlu menunggu pilihanraya yang akan
datang.
Menurut Samuel Huntington, penglibatan warga merupakan satu kegiatan yang dilakukan oleh
para warga negara dengan tujuan mempengaruhi pengambilan keputusan pemerintah.
Partisipasi dapat secara spontan, secara kesinambungan, secara damai atau dengan kekerasan,
mengikut perundangan atau tidak, efektif atau tidak efektif. Warga yang terlibat perlu bebas
daripada kongkongan parti yang disertai, orientasi politik termasuk daripada anggota dan perlu
bersikap individu walaupun berada dalam NGO yang mengerakkan isu dalam masyarakat sivil.
Permasalahan Barat ialah mereka mahu Islam mengikut kehendak akal dan nafsu mereka.
Mereka mahu faham berlandaskan kosmopolitan dan pluraliti tetapi pada masa yang sama
mahu globalisasi. Dualisme dalam sistem kehidupan menyebabkan jurang pemisahan semakin
luas tanpa kesatuan pemikiran (dalam Islam berlandaskan tauhid).

Menurut Anwar Ibrahim, masyarakat madani ialah sistem sosial yang subur yang diasaskan
kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan
kestabilan masyarakat.
Menurut Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, madinah iaitu tempat dimana masyarakatnya
telah mencapai taraf insaniyyah yang luhur, dimana tatasusila, hukum dan undang-undang,
dimana ada penguasa atau pentadbirannya yang juga mempunyai hikmah yang mampu
melaksanakan keadilan.
Menurut Nurcholis Madjid, masyarakat madani adalah masyarakat yang merujuk pada
masyarakat Islam yang pernah dibangun Nabi Muhammad SAW di Madinah, sebagai
masyarakat kota atau masyarakat berperadaban dengan ciri antara lain egaliteran (samarata),
menghargai prestasi, keterbukaan, toleransi dan musyawarah.
Kita tidak perlu menjadi sekular untuk berjaya ujar Anwar Ibrahim. Sekularisme memisahkan
agama dan politik akan gagal. Kejayaan perlu dimulakan dengan hikmah dan ilmu.
Pendefinisian al Attas dan Anwar Ibrahim terhadap masyarakat sivil sebagai masyarakat madani
melalui definisi yang tersendiri mengambarkan Islam menjadi kawalan tauhidik dalam
masyarakat madani. Kawalan tauhidik ini bermula melalui proses ilmu dan hikmah. Politik ilmu
dan hikmah.
Menurut Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, akar kata madani adalah Din atau agama. Ada
pelbagai makna Din dan semuanya menyumbang ke arah kebenaran dan kehalusan makna
madani tadi.
Civil bermaksud kota atau bandar yang sekular yang mempunyai sistem kenegaraan yang tidak
mengait dengan budi pekerti. Dalam Islam, Madinah itu sebuah tempat yang ada undangundang, ada hukum-hukum, ajaran-ajaran yang benar dan tempat yang ada akhlak.
Masyarakat Madani bukan hanya masyarakat sivil yang merujuk kepada hal politik dan
kenegaraan sahaja. Masyarakat Madani lebih mendalam lagi, misalnya to humanise iaitu
meningkatkan darjah kemanusiaan.
Dalam Islam, kuasa kerajaan tidak terhad. Sesebuah kerajaan perlu mempunyai kuasa yang
lebih luas tetapi bertuhan dengan aqidah yang benar, melaksanakan syariatNya, mengembang
syiarNya, negara menjadi wadah dakwah dan penerapan nilai dan prinsip kemanusiaan
bersumber al Quran dan al Sunnah.
Dalam masyarakat Sivil, hubungan interaksi negara-pemodal-kesukarelawan akan memberi
kelebihan dan pengaruh yang besar kepada siapa yang banyak duit atau dana iaitu pemodal. Di
Barat, kaum pemodal menjadi pendana utama kepada parti-parti politik. Jika parti yang
disokong menang, pemodal akan menjadi bahu halimunan dalam menguasai dasar-dasar
kerajaan. Begitu juga dalam NGO kesukarelawan, pendana mereka adalah kaum pemodal yang
akan menyebabkan NGO berperanan berdasarkan hendak kaum pemodal sahaja.

Konsep masyarakat sivil sebahagian konsep yang dihasil daripada sekularisme. Konsep
Masyarakat sivil merupakan satu lagi pemikiran yang memisahkan sehingga ruang-ruang seperti
awam, ruang negara dan ruang peribadi bagaikan terpisah antara satu sama lain. Ini menyalahi
dengan prinsip Islam bahawa Islam itu addin dan syumul, berkaitan antara satu sama lain.
Ada yang mengatakan bahawa masyarakat madani itu melalui proses Islamisasi. Pada hemat
penulis, masyarakat madani datang daripada pemeringkatan tahap ketamadunan dalam Islam
atau lebih dikenali dengan maratil amal yang bermula daripada individu, keluarga, masyarakat
dan negara. Islam tidak memisahkan antara individu dan keluarga atau masyarakat dan negara.
Ia meliputi dan merangkumi secara keseluruhan berdasarkan kemampuan dan realiti. Jika tiada
negara Islam, ia boleh pada peringkat masyarakat atau keluarga sahaja.
Rasulullah SAW boleh menerima tawaran daripada orang Quraish jikalau baginda mengimpikan
duniawi. Baginda tidak mudah menerima umpan duniawi. Tawaran wanita, harta dan
kekuasaan yang ditawarkan oleh orang Quraish kepada baginda ditolak. Ini bermakna
Rasulullah SAW bukanlah mengikut nafsu syahwat baginda, baginda juga tidak mahu harta
kekayaan dan kekuasaan politik, Rasulullah SAW hanya pesuruh Allah yang mahu menegak
agama Allah. Baginda menawarkan kehidupan bersandarkan tauhid kepada Allah.
Ada ibrah yang kita boleh ambil. Pertama, baginda menolak dan tidak menerima tawaran
keduniaan. Kedua Rasulullah SAW membina gerakan kemasyarakatan bertunjang Islam
(gerakan Islam, dalam konteks ini gerakan masyarakat madani) semasa ketiadaan negara Islam
bermula daripada kosong. Dua pengajaran ini mengambarkan Nabi Muhammad SAW hanya
berbekalkan hujah aqidah dan akhlak sahaja sebagai bekal dakwahnya. Nabi Muhammad SAW
tidak menjanjikan pembangunan, urus tadbir yang baik, basmi kemiskinan atau apa jua janji.
Janji itu adalah ujian tahap keimanan dalam mengimani urusan Allah mentakdirkan pemimpin
dan gerakan Islam dalam mentadbir negara Islam.
Konsep Masyarakat Sivil dan Politik Warga memberi peluang dan ruang kepada pihak pemodal
menguasai negara dan masyarakat awam sekaligus. Mereka menghantar proksi-proksi mereka
untuk menentukan dasar-dasar kerajaan yang pro pemodal. Kemasukkan pengaruh pemodal
dalam politik dan kerajaan menyebabkan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa,
kronisme, korupsi dan nepotisme berleluasa. Pengaruh pemodal dalam politik, parti politik dan
kerajaan memerintah telah banyak merosakkan negara. Ada satu pendapat, kemasukkan
pemodal dalam UMNO menyebabkan kelompok guru yang pernah mendominasi UMNO telah
dikesampingkan. Semuanya sekitar keuntungan dan komisen sahaja.
Masyarakat Sivil dan Politik Warga seringkali dikatakan sebagai penghidup kepada demokrasi
kerana ia berpaksikan kedaulatan rakyat. Persoalan yang timbul, siapakah yang dimaksudkan
dengan warga tersebut?. Adakah para petani, nelayan atau tukang sapu?. Warga yang
dikatakan itu sebahagian kecil kelompok yang berpendidikan dan berpengaruh dalam
masyarakat atau lebih dikenali sebagai kelompok elitis dalam sesebuah negara. Mereka berfikir
berdasarkan latarbelakang pendidikan, keluarga ternama, penempatan elit, bahasa pertuturan

seharian menggunakan bahasa Inggeris dan gaya hidup mereka serta pemikiran sekular mereka.
Adakah mereka membawa aspirasi rakyat di Belawai, Mukah atau di Kampung Pauh, Kuala
Berang?.
Kebangkitan wilayah autonomi boleh disebabkan oleh gerakan masyarakat madani. Gerakan
masyarakat madani berasaskan kaum atau wilayah mempunyai risiko dalam perjuangan
wilayah autonomi. Perkara ini berlaku sebagaimana di Scotland yang mempunyai kelompok pro
kemerdekaan Scotland daripada Britain.
Gerakan masyarakat madani memberi peluang kepada kebangkitan daulah terpendam, negara
dalam negara, kumpulan sulit dan kongsi gelap. Ia boleh disifatkan sebagai tangan-tangan ghaib
yang dipimpin oleh kumpulan halimunan mengerakkan negara mengikut kehendak dan agenda
rahsia mereka. Perkara ini pernah dialami oleh Kerajaan AKP di Turki apabila mereka cuba
dijatuhkan oleh Gerakan Gulen atau Hizmet secara terancang.
Kebaikan konsep masyarakat madani (sivil) ialah memberi peluang kepada gerakan Islam
bergerak sebagai NGO untuk menggerakkan dakwah Islam dalam masyarakat terutamanya di
negara yang anti Islam dan umat Islam minoriti. Di Turki yang sekular anti agama, gerakan Islam
bergerak melalui NGO-NGO seperti Hizmet dan Hayrat Vakfi.

Ciri-ciri Masyarakat Madani


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

Mengakui keesaan Allah bagi umat Islam dan menghormati perbezaan agama dan
budaya dalam kalangan bukan Islam.
Tanggungjawab kepada Tuhan, rakyat, negara, kerajaan, masyarakat, keluarga dan
individu-diri sendiri.
Berdikari dan bebas, dibentuk oleh masyarakat sendiri tanpa campur tangan negara.
Berpegang kepada nilai dan prinsip aqidah dan moral
Keanggotaan bersifat sukarela, atas kesedaran masing-masing anggota.
Berusaha sendiri tidak bergantung bantuan pemerintah.
Tunduk pada peraturan yag disepakati bersama.
Ruang Awam yang bebas (rakyat bebas mendapat maklumat, berbincang,
berwacana dan menyebar maklumat)
Musyawarah dan syura
Keadilan sosial
Memahami pluraliti dalam masyarakat menuju ke arah negara yang berkat,
harmonis, muhibbah dan muafakat.
Perhargaan kepada prestasi.
Mengutamakan syiar dan pengisian bukannya syariat dan bentuk.
Mengutamakan pendidikan, kebudayaan, Islamisasi, penerapan nilai dan prinsip
Islam bukannya peraturan dan perundangan.

Malaysia Menuju Negara Rahmah


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM tahun 2014 telah
mengemukakan satu gagasan Malaysia Menuju Negara Rahmah. Ia dilihat sebuah gagasan
negara Islam versi IKRAM. Di bawah penulis lampirkan ciri-ciri yang dikemukakan dalam
ucapan Dasar Presiden IKRAM:
Ciri-cirinya:
a) Fasa transisi
Malaysia, di dalamnya Islam mencorak perjalanan negara dan kehidupan rakyat, Ulama di
hadapan, Kepimpinan baru sebagai contoh, Parlimen dan Istana yang pro-syariah, Kehakiman
yang adil dan bebas, Media yang bebas dan bertanggungjawab, Perkhidmatan awam yang
professional, berkecuali dan berakhlak, pasukan keselamatan profesional dan pro-syariah,
ekonomi berlandaskan syariah, dan Pembangunan sains dan teknologi untuk manusia.
b) Fasa pengukuhan tahap Idealismenya, di peringkat nasional.
1) Negara yang disebut di dalam al-Quran sebagai Baldatun Tayyibatun
Ghafur.

Warabbun

2) Negara yang berdiri atas asas Hakimiah Allah SWT


3) Negara yang pemerintahnya terdiri daripada pimpinan yang adil, tidak melakukan
pelanggaran-pelanggaran hukum yang besar, mungkin pernah melakukan maksiat yang
kecil sahaja, mendaulatkan syariat sepanjang pemerintahannya.
4) Negara yang menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya.
5) Negara yang melaksanakan tuntutan syariah.
6) Negara yang meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada pemerintahan dan
pentadbiran.
7) Negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan dan
kesaksamaaan manusia sejagat.
8) Negara yang memastikan hak-hak semua lapisan masyarakatnya tanpa mengira agama
dan bangsa dipertahankan atas landasan syariat dan maqasid syariah.

9) Negara yang mengamalkan pemerintahan yang didasarkan atas rundingan (syura) dan
kesepakatan serta memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih kerajaan
mengikut lunas-lunas perlembagaan.
10) Negara yang memastikan risalah dan dakwah Islam ditegakkan dan menjadikannya ciri
utama kepada kelangsungan pentadbirannya.
11) Negara yang memastikan urus tadbir yang baik serta meletakkan kesejahteraan rakyat
sebagai matlamat penting dalam kewujudannya.
Semua pernyataan ini bersesuaian dengan kehendak siyasah syariyyah yang menuntut
pengurusan kehidupan rakyat dan pentadbiran negara sejajar dengan tuntutan-tuntutan
syariah, unjuran-unjuran syariah bagi maksud menegakkan Islam dalam negara dan kehidupan
manusia serta menertibkan perjalanan dunia berasaskan bimbingannya.
Pernyataan ini sejajar dengan peryataan-pernyataan ulama-ulama ummah yang tersohor
sewaktu berbicara tentang siyasah syariyyah atau maksud daripada penegakan pemerintahan
dan negara Islam:

Maknanya: Siyasah syariyyah ialah pengurusan seorang pemimpin yang adil terhadap
urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh semua rakyat sejajar dengan kehendak-kehendak
syariah.

Maknanya: Penegakan agama dan pengurusan (perjalanan) negara dengan (bimbingan)
agama (Islam).
Setelah penubuhan Parti Amanah Malaysia (AMANAH atau PAN) pada 16 September 2015,
sebuah parti yang didokong sepenuhnya oleh IKRAM, kebanyakan elemen gagasan ini telah
diserapkan ke dalam PAN.
Visi PAN ialah menjadi parti Islam utama di Malaysia sehingga wujudnya sebuah negara yang
adil, beramanah dan rahmah untuk semua.
Misi PAN ialah menawarkan kepimpinan dan tadbir urus yang amanah, progresif dan
peduli,bagi mensejahterakan seluruh rakyat dan memakmurkan negara bersendikan tuntutan
maqasid syariah. [Perihal 6 dalam Gagasan Negara Rahmah)
Matlamat Parti Amanah Negara ialah sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai asas
perjuangan dalam menggalas amanah agama, rakyat dan negara dengan matlamat berikut:
1.
Memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan.(Perihal 4 Gagasan Negara Rahmah)

2.
3.

4.
5.

Mendirikan sebuah masyarakat dan negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk
semua. (Perihal 1 dan 7 Gagasan Negara Rahmah)
Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik (good governance)
selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kompetensi dan
ketelusan. (Perihal 11, Gagasan Negara Rahmah)
Mendukungi pendekatan kesederhanaan, keterbukaan, demokratik dan bergerak dalam
kerangka demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.
Menggembleng seluruh segmen warganegara dalam wadah perjuangan politik inklusif
merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan ke seluruh Persekutuan.
(perihal 7 dan 9 Gagasan Negara Rahmah)

Menurut Ustaz Tuan Haji Hassanudin Mohd Yunus mantan Timbalan Presiden IKRAM yang
berjawatan Naib Presiden PAN, kalau kita berjaya menguruskan kehidupan rakyat yakni
menyelesaikan masalah rakyat, barulah mereka mengenali Islam.xiv Beliau berhujah dengan
surah al Balad.
Menurut Hasanuddin Mohd Yunus lagi, kita jangan bersikap memberi hukuman kepada
pesalah. Kita perlu mengurus kehidupan bukan menghukum.

Negara Islam Versi PAS


Perlembagaan PAS menyatakan Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah
masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukumhukumnya.
Sebenarnya, bukanlah nama Negara Islam itu yang mahu dimenangi atau diadakan. Tak kira apa
sahaja namanya; Masyarakat Madani, Islam Hadhari, Negara Islam versi Muhammad Natsir,
Negara Islam versi Muhammad Asad atau Negara Berkebajikan, paling penting ciri-ciri
pemerintahan Islam bertunjangkan nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya.
Dalam wacana Negara Islam, kebanyakan sarjana atau tokoh Islam bersetuju dengan tunjang
pemerintahan Islam adalah Islam sebagai Addin. Permasalahan yang timbul sesetengah mereka
tidak bersetuju dengan hukum-hukumnya. Pelaksanaan hukum Allah tanpa kompromi dengan
apa jua alasan. Oleh sebab itu, hukum Allah terutamanya hukum hudud adalah kunci dalam
melihat pihak yang sebenar memperjuangkan pemerintahan Islam di bumi ini.
Negara Islam PAS seringkali dikaitkan dengan pelaksanaan perundangan Islam. Propaganda
media menyebabkan elemen-elemen lain dalam konsep Negara Islam PAS tidak diutarakan.
PAS telah membuktikan pelaksanaan dasar Islam melalui pemerintahan Islam di Kedah,
Kelantan dan Terengganu serta melalui Kerajaan Campuran Selangor, Kerajaan Campuran
Perikatan-PAS dan Kerajaan Barisan Nasional. Pengalaman ini membuktikan PAS sebuah parti

yang memilih demokrasi pilihanraya bukannya pelaksanaan sebuah negara teokrasi dan
diktator berasaskan agama seperti pemerintahan gereja di Eropah.
Secara umumnya, Negara Islam versi PAS mengandungi dan mengakui kebaikan-kebaikan yang
dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang baik dalam kalangan kerajaan-kerajaan sekular seperti
adil, amanah, urus tadbir yang baik dan integriti. Tambahannya hanya persoalan aqidah dan
Islamisasi pemerintahan serta model kepimpinan quranik.
Dalam menegakkan Negara Islam, terdapat ciri-ciri penting negara Islamxv iaitu
1. Syariat Islam yang dipatuhi kepadanya
2. Umat yang mendokongnya
3. Pemerintahan Islam yang menaunginya.
Dalam Islam, sempurna dengan diperintah oleh agama sangat berkait dengan perkara di bawah;
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Menegakkan keadilan dalam kalangan manusia


Membentuk pandangan mulia dan kebebasan pendapat yang bermaruah
Menghormati taraf kemanusiaan
Menegakkan keamanan dan kestabilan
Menyediakan keperluan rakyat
Menggalakkan perkembangan kemajuan negeri dan rakyat.

Enam perkara di atas menunjukkan pemerintahan Islam sangat mengambil kira hak rakyat
termasuk hak bukan Islam sehingga belum sempurna jika enam perkara di atas tidak
ditunaikan.
Semasa perasmian Dokumen Negara Islam, kita jarang menyentuh 10 jaminan yang
dikemukakan oleh PAS dalam pelaksanaan Negara Islam. 10 jaminan ini bagaikan dikaburkan
oleh media massa. Dokumen Negara Islam bersumber al Quran dan al Sunnah manakala 10
jaminan ini menandakan PAS masih dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. 10 jaminan
itu seperti di bawah
1. Pelaksanaan Negara Islam seperti yang terkandung dalam dokumen menerima pakai
Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa pindaan mengikut keperluan.
2. Bahawa hak semua rakyat Malaysia mengamal agama dan kepercayaan mereka adalah
dijamin.
3. Hak rakyat mempraktik, memaju dan memperkembangluas amalan kebudayaan dan
ketatasusilaan rumpun budaya adalah dijamin.
4. Tidak akan berlaku pemaksaan penganutan agama Islam ke atas bukan Islam.
5. Sistem perundangan bersifat dualisme akan dikekalkan.
6. Tidak berlaku dikriminasi mengikut kaum, keturunan dan jantina. Negara Islam
utamakan amalan meritokrasi.

7. Hak demokrasi setiap rakyat adalah terjamin seperti mana termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
8. Semua kaum tanpa mengira bangsa boleh dipilih, dilantik serta melibatkan diri dalam
proses politik perundangan dan pentadbiran negara.
9. Bahawa hak untuk mendapat pendidikan dan mengikuti pelajaran dalam bahasa ibunda
terjamin.
10. Keseluruhan hak-hak wanita termasuk hak untuk bekerja dan mencari sara hidup serta
hak mempertahankan maruah dan harga diri terjamin.

Polemik Ketatanegaraan Islam dan Negara Sekular DAP


DAP memang jelas menolak hukum hudud dan Negara Islam versi PAS. DAP boleh menerima
pendekatan PAN dan Anwar Ibrahim (PKR). DAP mesti sudah mengerti bahawa PAN banyak
berkiblat gagasan pemikiran IKRAM.
Perjuangan pelaksanaan perundangan Islam sudah lama bahkan ia sudah lama daripada usia
DAP. Ia sebagaimana dijelaskan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti dibawah
Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan
bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dahxvi
Ketika mengulas kenapa DAP keluar Barisan Alternatif pada tahun 2001, Nik Abdul Aziz
menyatakan
``Ia berpunca daripada ketidakupayaan dan tekanan yang dihadapi oleh pucuk pimpinan DAP
dalam menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh penyokongnya berhubung isu
negara Islamxvii
Politik Islam, pemerintahan Islam dan perundangan Islam perlu dinilai dari beberapa segi
seperti
1. Sumber hujah dan dalil daripada al Quran, al sunnah dan Perlembagaan Persekutuan
dan Perlembagaan Negeri. Ia juga berkaitan sumber kuasa daripada rakyat melalui
demokrasi pilihanraya dan sultan.
2. Realiti masyarakat berdasarkan kaum, agama dan negeri.
3. Faktor sejarah.
4. Kemahuan dan kehendak rakyat.
5. Melalui pendekatan damai dan profesional serta mengikut lunas-lunas demokrasi.
Akidah perjuangan PAS adalah Islam sebagai Addin. Pernyataan ini sangat ditegaskan oleh Tuan
Guru Dato Fadzil Mohd Noor dalam kebanyakan ucapan beliau. Islam sebagai addin inilah
bercanggah dengan parti-parti sekular seperti DAP.

Perlembagaan DAP sememangnya sangat menitik-beratkan DAP sebagai sebuah parti sekular.
Menariknya, hampir keseluruhan Matlamat Perlembagaan DAP tidak bercanggah dengan
perjuangan gerakan Islam kecuali pada beberapa tempat;
1. Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular....
2. Menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia...
3. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja
sekular yang asal..
DAP mempunyai matlamat sekular yang jelas berbanding dengan PKR. Manakala Parti Sosialis
Malaysia lebih berani menyatakan matlamat Perlembagaan PSM Mengamalkan prinsip
sosialisme sebagai cara hidup.
Tiga elemen yang ada dalam Perlembagaan DAP jelas bertentangan dengan matlamat
Perlembagaan PAS iaitu kewujudan masyarakat Islam. Islam dengan sekularisme adalah satu
pertembungan besar dimana sekularisme itu adalah pemisahan agama dan dunia manakala
Islam itu adalah cara hidup mencakupi semua aspek kehidupan secara holistik.
Ketatanegaraan Islam mencakupi pemerintahan Islam dan perundangan Islam sudah tentu akan
ditentang oleh DAP. Keluarnya DAP daripada Barisan Alternatif dan pengolakkan DAP-PAS
dalam Pakatan Rakyat berpunca daripada hukum hudud dan negara Islam.
Teras Masyarakat di Malaysia.
Seperti yang dijelaskan pada artikel yang lain. Politik Malaysia terasnya adalah masyarakat atau
kaumnya. Pembahagian kerusi umpamanya berdasarkan kaum. DAP dilihat cuba memecahkan
dengan meletakkan calon Melayu di kerusi-kerusi masyarakat Melayu. Ia satu tindakan yang
bijak dan betul. Cuma masyarakat Melayu mestilah mempelajari apa perjuangan DAP dan
pendekatan DAP terutamanya Perlembagaan DAP.
Selama ini, pertandingan dalam pilihanraya dalam gelanggang masyarakat masing-masing
umpamanya calon Melayu vs calon Melayu dalam kawasan Masyarakat Melayu banyak
membantu kestabilan politik negara kita.
Menurut Malik Bennabi, masyarakat merujuk satu penyatuan antara anggota yang mempunyai
tabiat dan adat yang sama, hidup di bawah kawalan sistem undang-undang yang sama dan
berkongsi minat yang sama. Pemahaman masyarakat berkaitan dengan kaum, agama, kelas
masyarakat dan latar belakang seseorang berdasarkan minat, pendidikan dan persatuan.
Punbegitu paling berpengaruh ialah kaum, agama dan pendidikan (bahasa).
Dalam suasana politik semasa, DAP sedang mengumpul kekuatan dalam kalangan anggota
Melayu mereka untuk menjadi calon pilihanraya di kawasan Melayu. Semasa Kerajaan Pakatan
Rakyat di Perak ditubuhkan, DAP kerugian besar apabila peluang pemimpin mereka untuk
menjadi Menteri Besar Perak berkecai kerana ketiadaan pemimpin Melayu padahal mereka

memiliki kerusi majoriti kalangan anggota Pakatan Rakyat Negeri Perak. Alternatifnya, DAP
terpaksa menerima wakil PAS sebagai Menteri Besar Perak.
Pemecahan tradisi ini adalah satu pendekatan politik baru dalam menjayakan falsafah
kemajmukkan di negara ini. DAP telah bereksperimen di beberapa tempat dengan meletakkan
calon Melayu kalangan DAP di kerusi masyarakat Cina. Zairil Khir Johari menang di Parlimen
Bukit Bendera, Tengku Zulpuri DUN Mentakab dan Dato Arif Sabri menang di Parlimen Raub.
Sejauh mana rakyat dapat menerimanya?. Kita lihat keputusan pilihanraya pada masa akan
datang.
Kesimpulan
Masyarakat bukan Islam wajib memahami bahawa Islam bukanlah satu konsep agama seperti
mereka fahami. Islam bukan agama, Islam adalah addin iatu cara hidup. Islam juga syumul iaitu
mencakupi keseluruhan kehidupan yang saling berkait antara satu sama lain secara holistik.
Perkara paling besar dalam agama Islam berkaitan aqidah atau tauhidik. Semua perkara dalam
kehidupan berkait rapat dengan aqidah termasuk politik, negara, pemerintahan dan
perundangan. Justeru, sebagai umat Islam pelaksanaan pemerintahan Islam dan perundangan
Islam adalah persoalan akidah yang perlu dan wajib umat Islam penuhi.
PAS cuba menanam kembali Islam yang syumul ke dalam Perlembagaan Malaysia dan
Perlembagaan Negeri tanpa mengenepikan kaum lain dan dibuat secara demokrasi dan
profesional serta jalan kedamaian. Dalam Perlembagaan Terengganu dan Kelantan,
perundangan Islam telah dikembali pada tempat yang asal. Amat wajar, perundangan Islam
dilaksanakan di Kelantan kerana rakyat Kelantan memilih PAS sebagai pemerintah mereka dan
sudah tentu mereka mahu apa yang PAS janjikan dalam manifesto pilihanraya dan matlamat
perjuangan PAS.
Perjuangan tanpa meletakkan kepentingan aqidah sebagai tunjang utama, pasti akan
menimbulkan permasalahan pada masa akan datang. Tidak jelas fikrah ini menghasilkan tauriah
dan taqiyah politik bakal merosakkan Islam pada masa mendatang kerana keutamaannya hanya
kemenangan politik dan keinginan berkuasa.

Wasiat Terakhir
Arwah Prof Zulkifli Muhammad

Diwaktu Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah Rasulullah saw, dia telah berkata, "Wahai manusia
telah dijadikan aku ketua (Khalifah) bagi kamu tetapi aku tidaklah paling-paling baik daripada
kamu".
Beginilah kita pada hari ini kita telah dipilih rakyat, tetapi itu tidaklah bermakna kita yang paling
baik sekali diantara rakyat semua. Tetapi ini adalah satu nikmat yang diberikan oleh Tuhan
supaya kita fikir ini adalah satu kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada
kita yang mesti kita pikul dan tunaikan kewajipan-kewajipannya.
Tuan-tuan yang mulia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan-tuan atas
kejayaan tuan-tuan mendapat kepercayaan rakyat dan nikmat kepercayaan itu yang akan
membolehkan tuan-tuan berkhidmat pula kepada rakyat, di dalam ertikata melaksanakan
hukum Allah Ta'ala dan menjunjung kedaulatan bangsa kita yang menjadi bumiputera negeri
ini.
Tuan-tuan yang mulia, kalau kita lihat kepada Quran, maka dia berkata, "Mereka yang
menolong Allah itu, ialah apabila mereka Kami menang mereka dibumi Allah, maka didirikan
mereka akan sembahyang, akan agama Allah diberikan mereka akan zakat, akan khidmatkhidmat masyarakat, yang menyuruh mereka dengan kebajikan dan mencegah mereka akan
kejahatan.
Dengan ayat-ayat ini dapatlah tuan-tuan membayangkan, bahawa orang yang ditolong oleh
Allah swt itu tugasnya telah dinyatakan oleh Quran, menjaga kedaulatan Agama, menjaga
perkhidmatan-perkhidmatan masyarakat, melakukan sesuatu yang baik dan mencegah sesuatu
yang jahat. Tidak payah kita belajar jauh, tidak payah kita mengkaji masalah-masalah yang
dalam, cukup sudah empat peranan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, untuk kita amalkan
sebagai seorang yang telah mendapat nikmat kepercayaan rakyat sebagai wakil rakyat ini.
Tuan-tuan sekelian, khalifah-khalifah Islam yang dahulu dari kita telah menjalankan tugas-tugas
negara dengan serba payah dan keikhlasan yang patut kita ketahui. Kalau sudah terluput kita 5
tahun dahulu bagi orang yang telah lama dan kalau telah terluput bagi mengenalinya bagi ahliahli yang baru, maka saya tanamkan satu kesalahan yang besar kepada kita yang menjadi wakil
rakyat Persatuan Islam SeTanah Melayu ini masih tidak mahu mendekatkan dirinya kepada
semangat-semangat pentadbiran Islam, semangat-semangat negara Islam, semangat-semangat
wilayah Islam yang telah diberikan kepada kita, saya tahu ada diantara kita yang telah menang
dalam tahun 1959 telah tidak sempat mengambil pentadbiran Islam dalam memahaminya, saya
tidak katakan dalam melaksanakannya lagi , tetapi di dalam memahaminya.

Maka saya minta tuan-tuan menerima cabaran Tuhan, iaitu jangan dijalan sesuatu kerja,
sekiranya kita tidak tahu apa yang hendak kita dijalankan itu, jadikanlah kewajipan tuan-tuan
mulai dari hari ini, mengkaji pengajaran Islam supaya tuan-tuan dapat memikul kewajipan tuantuan sebagai seorang yang tahu apa yang diajar oleh Islam.
Jangan ada seorangpun yang takbur, merasakan dirinya sudah pandai, bahawa dirinya sudah
tahu apa pengajaran Islam, bahawa dirinya tidak perlu diajar oleh sesiapa, kerana dia telah
menjadi Wakil Rakyat. Dia perlu mendekatkan dirinya dengan Al-Quran, dengan buku-buku
Islam, dengan hadis-hadis nabi Muhammad saw, dengan sejarah-sejarah Islam, supaya kita
sentiasa ingat kepada Tuhan.
Tuan-tuan yang mulia, boleh jadi ada diantara kita yang menyangka bahawa Tuhan tidak
menyifat kita atas kewajipan kita ini, boleh jadi ada diantara kita yang memandang bahawa
masalah yang ada dihadapan kita ini adalah masalah pilihanraya, masalah menjaga kedudukan
kerajaan, masalah menjaga hati rakyat, masalah menjaga lebih buruk lagi menjaga kepentingan
diri sendiri. Maka saya berharap pada hari ini supaya kita sahut seruan ini, dan kita putuskan
dihati kita dan kita jadikan bahawa kita ini petugas-petugas yang diamanahkan oleh Tuhan
untuk melaksanakan kewajipan yang Maha Suci, kewajipan yang belum di dapat oleh berapa
ribu million manusia peluang untuk berbuat demikian sejak zaman-zaman berzaman hingga hari
ini.
Kita meminta rakyat mengundi kita, kita meminta mereka mempercayai kita. Bukan dengan
janji-janji khidmat, tetapi dengan janji-janji akan menjalankan hukum Tuhan. Tuhan yang kita
sembah, Tuhan yang merenung apa yang kita buat tiap-tiap hari, Tuhan yang memerhatikan
kesungguhan hati kita, sebelum kesungguhan perbuatan kita. Inilah saudara-saudara
kedudukan kita pada hari ini satu kedudukan yang sungguh dan benar, suatu kedudukan yang
bukan dibuat-buat, tetapi sesuatu kedudukan yang memang kita kehandaki supaya Tuhan
berikan kepada kita, maka janganlah kita lepaskan peluang ini, dengan kelengahan dan
kelalaian, dengan lupa dengan apa yang ada kepada kita ini dan menjadikan apa yang kita dapat
ini sebagai satu nikmat yang datang dan lalu, sebab kita ini saudara-saudara akan menghadapi
Tuhan.
Marilah kita jadi kesungguhan perjuangan ini satu Motto bagi kita, marilah kita jadi perjuangan
menegakkan Islam ini tidak kerja main-main, tidak kerja pilihanraya, bahkan tidak kerja
Persatuan Islam SeTanah Melayu, tetapi kerja kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat
nikmat dari Tuhan bahawa kita telah dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugas-tugas
yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
Ya, saudara-saudara, saya tidak mengingati bahawa hanya kita sahaja yang dapat
menyelamatkan dunia ini, tetapi perlu kita akui hanya kita yang telah mendapat peluang untuk
berbuat demikian.
Orang di Mesir tidak dapat lagi menjalankan pemerintahan atas nama menjalankan atas citacita Islam, orang di negara Arab masing dikongkong, dan bermillion manusia Islam masih belum

dapat lagi nikmat tegak dengan sokongan rakyat bagi menjalankan cita-cita Islam. Tetapi kita
saudara-saudara telah diberi Tuhan nikmat seperti itu.
Maka marilah kita terima cabaran Tuhan ini, memohon kepada Tuhan supaya kita diberiNya
taufik dan hidayat, supaya sentiasa kita diberi inyatNya, bagi menjalankan apa yang
diwajibkanNya kepada kita. Percayalah saudara-saudara, bahawa saya dan saudara-saudara
akan gagal dalam kerja ini kalau kita tidak mahu memperdampingkan diri kita pada Islam.
Berapa orang daripada saudara-saudara yang telah menjadi ahli Dewan Negeri dan Dewan
Rakyat (Member Parlimen) sudah membaca buku Islam dan mengatakan bahawa dia ini
penganjur Islam. Berapa orang!!!.
Cuba kita fikir saudara-saudara, seorang yang telah diamanahkan untuk membelah dan
mengubat orang sakit, tetapi tidak pernah membuka buku berkenaan dengan kesakitan
manusia. Kita diamanahkan untuk menjalankan pentadbiran negara Islam, sudahkah kita tahu
apakah pentadbiran negara Islam itu? Marilah kita dekatkan diri kita kepada pengajaran Islam,
rapatkanlah diri saudara-saudara kepada Quran yang diturunkan oleh Tuhan, dan rapatkanlah
diri saudara-saudara dengan rujukan hadis nabi, jangan ada orang yang sombong mengatakan
aku sudah tahu, jangan ada orang mengatakan aku sudah luput, kalau dia sudah luput dari
mempelajari Islam, berhentilah ia dari menjadi ketua dari pihak orang Islam ini. Jangan sampai
akhirnya dia dituduh orang, memakai warna-warna Islam, tetapi tidak ada isinya.
Boleh jadi saudara-saudara, kita ini akan menghadapi dugaan yang lebih banyak, boleh jadi kita
akan berjalan dengan baik, tetapi biarlah apa yang akan terjadi kepada kita, biarlah dapat kita
menghadapi Tuhan kita dengan hati yang suci dengan mengatakan aku sentiasa berjuang untuk
Engkau (Ya Allah) dan aku wakafkan diriku untuk demikian.
Saudara-saudara yang mulia, selain daripada itu, perlu kita kenali diri kita pada hari ini, bahawa
kita ini telah dipilih oleh rakyat, rakyat yang sayang kepada kita, rakyat yang sanggup
mengenepikan janji-janji Kerajaan Perikatan yang hendak dicurahkan nikmat-nikmat besar
kepada negeri mereka, kerana kita memberi tahu mereka bahawa kita ini hendak menjalankan
hukum-hukum Tuhan. Bahawa kita ini hendak menyelamatkan hidup mereka di dunia dan di
akhirat. Marilah kita hormati rakyat ini, dan sentiasalah kita meletakkan kewajipan diri kita,
memanjangkan khidmat-khidmat yang telah kita lakukan demi kepentingan rakyat.
Saya perlu memberi tahu saudara-saudara, satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu
perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa-apa,
mungkin tidak kuat, tetapi kalau keikhlasan ada kepada kita, maka ada harapan cita-cita kita ini
akan dapat kita laksanakan. Tetapi tidak ada gunanya kita cerdik, cerdas, pandai dan kuat
sekiranya kita tidak ikhlas kepada Islam yang kita perjuangankan.
Saudara-saudara yang mulia, ikhlas adalah bererti, mengikutkan niat kepada sesuatu tujuan
dengan mengenepikan apa yang lain dari itu, kita ikhlas kepada Tuhan, kita pikulkan niat
kepadaNya, kita ketepikan yang lain dari itu. Kita ikhlas kepada perjuangan Persatuan Islam

SeTanah Melayu , kita pikulkan niat terhadap tujuannya, kita ketepikan yang lain dari itu. Kita
ikhlas kepada kepentingan rakyat, kita pikul niat kita kepada tujuan itu dan kita ketepikan
kepentingan yang lain dari itu. Ini perlu ada kepada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah
baginya lagi, keikhlasan yang tidak mengira yang lain daripada apa yang kita tuju di dalam
perjuangan asal kita.
Saudara yang mulia, kejayaan orang yang terdahulu dari kita semuanya dengan keikhlasan,
harap sungguh keikhlasan ini kita tanam, kita pikul kepada diri kita sendiri. Banyak orang
menyangka keikhlasan hanya disifatkan kepada hati dan niat, tetapi tidak pada amal.
Tuan-tuan yang mulia, amallah yang menunjukkan keikhlasan. Kalau kita pergi ke neraka,
seperti sabda Rasulullah saw. (dibaca hadis oleh beliau ) ertinya. "Neraka penuh dengan
kesalahan dan kejahatan, Syurga penuh dengan perkara-perkara yang dibenci, dia (nafsu) tak
mahu kita buat tetapi kita buat, maka itulah yang akan penuh dalam syurga, tetapi neraka
akan penuh dengan niat-niat yang baik". Pergilah saudara-saudara ke neraka nescaya saudara
akan berjumpa dengan orang-orang yang niatnya baik, tetapi amalnya jahat. Orang mencuri
kerana hendak memberi makan anak isterinya, orang yang menipu kerana hendak
menyelamatkan perniagaannya bahkan orang yang melakukan apa sahaja yang durjana dengan
niat-niat yang baik. Jadi janganlah kita cukup dengan niat-niat kita sahaja, ... "niat saya baik tak
apa".
Marilah kita jadikan, segala amalan kita itu baik, niat kita itu baik, supaya kembaran dari
keduanya itu akan dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada kita.
Di dalam saudara-saudara menjalankan tugas, saudara-saudara akan datang akan berjumpalah
saudara-saudara masalah-masalah yang bersangkut dengan niat yang baik dan amalan yang
jahat, akan banyak saudara terpaksa menghadapi tuduhan niat baik dalam kerja ini, tetapi
kerjanya tidak berapa baik, tetapi saudara-saudara ingatlah kepada Tuhan, ingatlah kepada nabi
Muhammad saw, ingatlah bahawa di dalam neraka itu penuh dengan niat-niat yang baik belaka.
Saudara yang mulia, rukun kedua dari kejayaan kita sebagai anggota-anggota yang mendokong
kerajaan ialah perpaduan kita yang utuh. Perkara inilah yang penting, kita tahu kita mempunyai
musuh-musuh, kita tahu bahawa musuh itu hendak menghancurkan kita, maka keutuhan
perpaduan ini perlu saudara-saudara wujudkan dan salah satu daripada sebab besar saya ingin
berjumpa dengan saudara-saudara hari ini ialah supaya dapat mewujudkan perpaduan yang
kuat di antara saudara-saudara. Syukur saya kepada Tuhan, bahawa saudara-saudara yang ada
ini sudah dicuba 5 tahun dan saudara-saudara sudah membuktikan perpaduan. Orang Perikatan
pernah mengumumkan dengan berkata bahawa mereka akan membeli saudara-saudara. Saya
berkata orang-orang yang berada dihadapan saya ini, tidak akan dapat dibeli oleh sesiapapun.
Mereka tidak akan merosakkan perpaduan sebab jika kita boleh dibeli, maka sudah lama
Persatuan Islam SeTanah Melayu ini sudah dihancurkan di negeri kita ini. Saya sudah kenal
orang-orang kita, saya sudah tahu hati-hatinya, maka saya yakin bahawa saudara-saudara dapat
mempertahankan diri dalam masalah ini, yang sebenarnya kebelakangan ini saya sedikit pun
tidak merasa was-was, saya mempunyai kepercayaan penuh kepada saudara-saudara. Cuma

saya minta kepada saudara yang tua dan yang baru lagi masuk golongan mendokong amanah
Tuhan ini, supaya terus saudara-saudara berpegang kuat dengan jawatan-jawatan saudara,
hendaklah mengutamakan kepentingan perjuangan Islam dan mengenepikan apa sahaja,
menangi didalam apa yang akan kita jalankan ini, seribu satu macam akan berlaku, seribu satu
daya akan berlaku semua itu untuk menguji keutuhan kita, untuk mengetahui perpaduan kita
yang kukuh. Saya berharap semuanya ini dapat kita hadapi dengan cara yang baik.
Ada orang minta supaya kita ini bersumpah, bahawa kita ini bersatu dan berpadu, tetapi
saudara-saudara, apalah gunanya sumpah yang boleh dibatalkan dengan penyembelihan
seekor kambing, apalah guna sumpah kepada orang yang tidak memperdulikan agama Allah.
Sumpah hanya dihormati oleh orang yang taatkan Tuhan, kalau saudara-saudara sudah taatkan
Tuhan, maka tidak perlulah saudara-saudara bersumpah.
Saya minta satu sahaja, kita tanamkan di dalam hati kita bahawa Persatuan Islam ini boleh
dihancurkan, bahawa kerajaan negeri Kelantan ini boleh dihancurkan bila-bila, tetapi saudarasaudara sanggupkah kita menghancurkan Islam di hati kita sendiri? Sanggupkah kita
mengizinkan kerajaan yang mengharamkan pembacaan Quran berjalan di dalam negeri ini
dengan tidak dicabar oleh sesiapapun? Sanggupkah kita orangyang mahu menukar hukum Islam
demi kepentingan diri mereka berdaulat diatas kita sendiri? Kalau kita rasa kita tidak sanggup
marilah kita jadikan hati-hati kita itu benteng yang kuat, benteng yang boleh menahan sebarang
dugaan jambatan kepada Islam.
Saudara-saudara yang mulia, kalau kita tidak taat kepada Tuhan, maka Tuhan akan gantikan
dengan satu kaum yang lain, yang mereka itu tidak mengikut kita dalam amal-amalnya, mereka
akan lebih baik daripada kita. Maka saya berharap dalam menjalankan tugas negara dan negeri
ini saudara utamakanlah seperti yang di utama oleh pemimpin Islam terdahulu, hukum Tuhan
dan pengajaran Tuhan.
Saudara-saudara yang mulia, satu perkara yang perlu saya sampaikan pada hari ini, ialah
bahawa saudara-saudara yang menang ini, bukan Zulkifli Mohammad, bukan Yusof Abd Latif,
bukan Abdullah Jusoh, yang menang ialah calon Persatuan Islam SeTanah Melayu. Marilah kita
kukuhkan diri kita dan kita fahamkan bahawa kita ini orang partai , boleh jadi diantara saudarasaudara merasakan bahawa dia orang besar, kalau dia bertanding seorangpun dia menang,
tetapi renunglah saudara-saudara beberapa calon-calon Perikatan yang sudah kalah dengan
kebesaran-kebesaran mereka kalau rakyat tidak mahu, orang yang mempunyai degree, orang
yang menjadi loyar, orang yang kuat habis kalah belaka, mari kita pandang bahawa kita
terhutang kepada Persatuan Islam SeTanah Melayu dan bukannya Persatuan saya bahkan
Persatuan saudara-saudara sendiri. Kita bersama mempelopori Persatuan itu dan sebab kita
wujudkan Persatuan ini adalah kerana cita-cita Islam. Marilah kita jadikan diri kita ini semuanya
sebagai orang-orang yang bekerja dari Persatuan Islam SeTanah Melayu.
Jadi saudara-saudara, sebagai ahli Dewan Undangan Negeri janganlah saudara ketepikan PAS
Negeri Kelantan sentiasalah dipandang saudara adalah sebagai petugas Persatuan Islam

SeTanah Melayu dan saluran Persatuan Islam SeTanah Melayu itu ada di negeri ini untuk
memandu dan bekerjasama dengan saudara-saudara sekelian.
Saya syukur kepada Tuhan, pada masa yang telah lalu selama 5 tahun tidak terdapat, boleh
dikatakan tidak terdapat langsung pertelagahan antara ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Kelantan dengan PAS Negeri Kelantan dan ini jauh dari bermakna bahawa Persatuan Islam
SeTanah Melayu ini ingin menekan fikiran-fikiran ahli Dewan Undangan Negeri, tetapi satu
kerjasama yang subur diantara kedua pihak perlu dijalankan mengikut saluran-saluran yang
telah kita aturkan.
Saudara-saudara yang mulia, sungguhpun pada hari ini saya tidak lagi mengemukakan kepada
saudara-saudara apa yang akan kita lakukan selama 5 tahun ini, tetapi saya memberi ingatan
kepada saudara-saudara 5 tahun yang akan datang tidak seperti 5 tahun yang telah lalu. Kita
akan mewujudkan sebuah kerajaan yang benar-benar kuat, kerana kita ingin menjalankan
perkara-perkara yang besar, manifesto kepada saudara-saudara akan akan diuji dengan
rintangan yang bukan untuk 5 tahun akan datang tetapi dari mula lagi rintangan-rintangan itu
akan kita atur dan akan kita kemukan kepada saudara-saudara. Kita tidak mahu kita menjadi
perahu hanyut, bila terhadang barulah berkayuh, kita tidak mahu itu, kita akan membukukan
kerja-kerja yang akan dijalankan dalam masa 5 tahun ini dan kalau dapat akan kita tentukan
tahun-tahun perlaksanaannya. Dan saya harap kesemuanya akan dapat kita lakukan dalam
masa 3 tahun.
Saudara-saudara, inilah tujuan besar kita, dan oleh kerana kerajaan PAS yang akan memerintah
dalam masa 5 tahun yang akan datang, akan lebih laju, lebih kuat dan lebih cekap dalam
kerjanya, saya berharap kepada saudara-saudara tolong lupakan perbalahan, hadapilah tugas
kita ini. Rasulullah saw, pernah berkata, "kalau kamu membuat amal dunia, hendaklah
dipandang bahawa kamu akan hidup seribu tahun akan datang, dan kalau kamu membuat
amal akhirat maka pandanglah bahawa itu amal yang akhir bagi kamu." Kalau sembahyang, itu
adalah sembahyang yang terakhir. Ini juga serupa saudara-saudara, di dalam membuat
rancangan mari kita buat seolah akan kekal seribu tahun, tetapi didalam melaksanakan
rancangan marilah kita rasa bahawa seolah 5 tahun sahaja lagi kita akan hidup. Ini perlu kita
jadikan Motto kita di dalam kerajaan. Dengan anggota yang tinggal sebanyak 18 orang tentulah
beban-beban ini akan memberatkan diatas kepada saudara-saudara sendiri, maka saya tidak
mahu lagi orang yang akan berkata, "saya tidak sanggup membuat kerja ini, saya mahu jadi
jawatankuasa saja, bila mesyuarat panggillah saya, saya akan menjadi hakim boleh atau tidak
boleh, kita tidak mahu orang yang menjadi jawatankuasa kali ini, kita mahu petugas-petugas
yang akan bekerja, jangan kita saya bersama jawatankuasa, ini bersama jawatankuasa, kerja
kita samalah seperti majistret, orang membawa kertas berbeban-beban, bertimbun-timbun
didepan kita dan kita bacalah penyata-penyata, mengangguk atau menggeleng terpulanglah
kepada kita, nasib kita baik kita angguk, kadang-kadang nasib kita tidak baik kita geleng, ini
tidak ada gunanya.
Kita mahu mereka yang boleh berkata kepada Menteri Besarnya, "apa kerja yang boleh saya
jalankan?!!. Ini kita mahu, jangan orang yang berkata mahu Jawatankuasa kosong, saya mahu

menjadi jawatankuasa, ini kita tidak mahu. Kita tidak kurang tukang angguk, kita tidak kurang
tukang geleng, tetapi kita kurang yang membuat apa yang sudah diangguk dan kita kurang
orang menghalang apa yang sudah digeleng.
Saudara-saudara yang mulia, saya yakin bahawa satu perubahan besar akan dapat kita lakukan
di negeri Kelantan, tetapi dimana perubahan itu bermula saudara-saudara?.
Bila mulanya dan dimana mulanya?
Mulanya pagi ini!!!, dimana mulanya?, di dalam hati saudara-saudara sekelian!!!.
Kalau ia tidak berubah di dalam hati saudara-saudara sekelian, tidak akan berubah tidak akan
berjalan sedikit demi sedikit.
Ubahlah!!! cara kita berfikir, ubahlah!!! hati kita, pandanglah bahawa kita ini adalah orang
memasuki medan yang lebih sengit perjuangan yang lebih hebat yang memerlukan tenaga yang
lebih banyak. Mahu kepada kerja yang lebih banyak, tenaga yang lebih kuat untuk
membolehkan cita-cita Islam, cita-cita Melayu terjalan di negeri kita yang kita kasihi ini.
Saudara-saudara yang mulia, perhubungan kita dengan kerajaan pusat akan bercorak dua
samada kerajaan pusat akan baik dengan kita atau ia akan jahat dengan kita. Tunku Abd
Rahman di dalam kenyataannya semalam menyatakan ketika ditanya samada akan dibiarkan
kerajaan Negeri Kelantan ini ia telah menyatakan, "Tidak, kita akan beri mereka kemajuankemajuan supaya mereka dapat sama seperti negeri-negeri lain, Tun Abd Razak berkata,
"bahawa orang Kelantan itu tidak mahu kepada kemajuan dan dari itu fahamlah saya bahawa
dia tidak ingin menyebarkan kemajuan. Marilah kita sedia untuk menghadap kedua-duanya ini.
Saya belum tahu apa cara yang hendak kita buat, sebab gendangnya belum benar-benar
berbunyi, jangan kita melompat sebelum rentak gendang itu kita ketahui kemana hendak
dilagukan, tetapi saudar-saudara kita fahami sebab kita ini telah tua di dalam politik bahawa
kerajaan Perikatan akan menekan kita walaupun dia mengata dia tidak akan menekan kita.
Jadi apakah keselamatan kita? Apakah jaminan bahawa kita akan berjalan terus? Satu saja! ...
satu saja! Perpaduan mesti kukuh, perpaduan kita, ini sahaja yang boleh menjamin kita hidup
lama di negeri Kelantan ini. Kalau kita pecah maka akan hancurlah kita semua, marilah kita
semua saudara-saudara memikul beban ini dengan rasa perpaduan yang kuat, bukan
perpaduan diantara 17, .... 18.... 21 orang sahaja, tetapi perpaduan diantara saudara-saudara
dengan Perhubungan Negeri dengan Rakyat dengan saya, dengan Jawatankuasa Agung dengan
semua kita berpadu sehingga tidak celah yang boleh datang keburukan-keburukan yang boleh
menghancurkan kita.
Kita tidak dapat menghadapi kerjaaan Perikatan ini, dengan kepandaian kita, kita tidak
menghadapi kerajaan Perikatan ini dengan kekuatan kita, tetapi kita hanya akan dapat
menghadapi Perikatan ini dengan berkiblat juara masyarakat, kalau aku bersifat cuba berpisah
dari rakan ku, aku akan dimakan Perikatan dan rakan ku juga akan dimakan Perikatan dan cita-

cita Islam yang aku hebahkan akan dihancurkan dari negeri ini. Ini perlu kita faham dan ini perlu
menjadi motto kita di dalam negeri kita ini.
Saudara-saudara yang mulia, esok atau lusa kita akan membentuk kerajaan diantara kita sama
kita. Kita boleh mulakan kerajaan PAS negeri Kelantan ini dengan kucar kacir dan kita aturkan
dengan kehancuran kalau kita dan kita boleh mulakan kerajaan negeri Kelantan ini dengan
berbaik-baik, membina perpaduan yang kukuh, kita akhirkan kerajaan negeri Kelantan ini
dengan kejayaan.
Saya berharap masalah ini tidak menjadi masalah pertikaian diantara saudara-saudara sekelian,
supaya tidak menjadi masalah pertarungan kepentingan diantara saudara-saudara sekelian.
Yang perlu kita pandang ialah kita memerlukan untuk menghidupkan sebuah kerajaan yang
kuat yang bukan hendak menghadapi orang-orang yang ada didalam kita ini supaya bercakar
diantara satu sama lain tetapi bersedia untuk menghadapi kerajaan Perikatan yang bersedia
untuk mencari peluang menghancurkan kita di dalam negeri ini.
Jadi saudara-saudara walaupun musuh mengebom kita, berdentum-dentum dari langit, maka
janganlah kita asyik memikirkan, "dia tersepak kaki saya, saya mesti sepak dia pula", ini tidak
ada gunanya. Ini akan mengakibatkan keruntuhan kita belaka.
Saudara-saudara yang mulia, lantikan kerajaan, lantikan Menteri Besar, Timbalan Menteri
Besar, lantikan Speaker, EXCO, Pengerusi-pengerusi jawatankuasa kerajaan akan dilakukan.
Lantikan inilah tempat yang subur dengan kuman-kuman yang membawa sengketa kepada kita.
Apa yang akan kita buat saudara-saudara ketika kita menghadapi ini semua, yang akan kita buat
ialah perpegang kepada keikhlasan kita. Keikhlasan iaitu menitikan tujuan kita kepada
perlaksanaan dasar partai kita dan mengenepikan sebarang kepentingan yang selain dari itu.
Inilah pegangan kita dan saya percaya Perhubungan dan kerjasama saudara-saudara dengannya
akan dapat memberikan kejayaan bagi lantikan-lantikan yang akan dilakukan tidak berapa lama
lagi.
Saudara-saudara yang mulia, kita akan menghadapi kerja besar, dan bagi kerja besar ini marilah
kita wujudkan kekuatan yang besar pula. Kita tahu saudara-saudara bahawa kaedah menjaga
kepentingan perlaksanaan tujuan ini mungkin akan dapat di pengaruhi oleh penafsiranpenafsiran yang berlainan, sekali lagi saya katakan sebarang penafsiran terhadap kaedah ini
hendaklah juga dikawal dan dipandu oleh rasa keikhlasan yang mesti ada kepada kita.
Maksud saya dengan cara yang kasar, kita hendak jadikan Pengerusi Hal Ehwal Agama, ialah
"Encik Majhul" kerana lantikan kita kepada "Encik Majhul" ini akan dapatlah soal agama ini
dibereskan dengan baiknya. Datang seorang lagi berkata, "saya mencadangkan pula supaya
encik Maqbul pula menjadi Pengerusinya, kerana encik Maqbul inilah orangnya yang layak
dengan jawatan ini dan kalau dia memegang jawatan ini tertentulah terlaksana cita-cita kita.
Kedua-duanya mempunyai penafsiran yang ikhlas, baik belaka itu saudara-saudara. Sebab itulah
pertukaran fikiran mesti kita galakkan, tetapi suka saya menarik pandangan saudara-saudara

kepada pengajaran yang dibawa oleh Imam Ghazali dengan katanya sekali iaitu, "di dalam
bertukar-tukar fikiran ini, akan berkembanglah pertukaran fikiran itu kepada perbahasan dan
perbalahan dan diketika perbahasan dan perbalahan itu berlaku maka bertenggeklah syaitan
diatas bahu orang yang berbahas itu. Katanya (syaitan), "Berbalahlah kamu, Fa anta 'ala
haqqin... kamulah yang benar".
Saya tidak tahu bila syaitan itu melompat di atas bahu saudara-saudara pula dan apa
nampaknya saudara rasa kalau bersungguh-sungguh panas saudara ketika itu, ingatlah bahawa
Imam Ghazali pernah menyebut bahawa waktu perbalahan seperti itu melompat syaitan ke
atas bahu dengan berkata bahawa "anta 'ala haqqin" kamulah yang benar... kamulah yang
benar.
Jadi saudara-saudara hal ini akan berlaku tidak lama lagi, sehari 2 hari atau 3 hari yang akan
datang. Jadi janganlah kita mulakan kekeruhan dari awal. Apabila kekeruhan berlaku dari awal
tidaklah dapat kita cari kejernihan dengan mudahnya.
Saudara-saudara yang mulia, sudah banyak saya bercakap kepada saudara sekelian. Cuma satu
sahaja akan saya akhiri ucapan ini, iaitu hadapilah masalah dihadapan saudara dimasa akan
datang dengan kesungguhan.
Berjuang dengan kesungguhan!!!
Bekerja dengan kesungguhan!!!
Bertugas dengan kesungguhan!!!
Bertutur dengan kesungguhan!!!
Jangan jadikan kerja kita walau apa sekali pun kerja asal-asal sahaja.
"Apa boleh buat, oleh kerana saya telah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri, saya pergi
mesyuarat".
"Apa boleh buat, oleh kerana saya telah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri saya tolong
susun kebesaran-kebesaran".
Yang sungguh, perlu penolong saya yang cari dan kalau dapat sekarang ini saya akan gunakan
praktis-praktis demi agama, bangsa dan tanah air saya.
Dulu ketika belum menjadi tuan besar, duduk berehat dikedai-kedai kopi. Kita kata, "alangkah
banyaknya kesalahan orang ini, kamu tahu apa? begini.... begini.
Sekarang kita telah diletak oleh rakyat ditempat ini, mari kita gunakan peluang ini dengan
kesungguhan.

Kesungguhan, keikhlasan dan perpaduan akan menjayakan kita.


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Fiqh Kewarganegaraan :
Meneliti Kerangka Pemikiran Gerakan Islam
Setiap manusia selalu berubah. Yang kekal hanya kebaikan,
itu pun jika dilakukan dengan ikhlas
Tok Ayah, Wajah Pendeta

Fiqh al Muwatanah (Fiqh Kewarganegaraan) Menurut IKRAMxviii


Dalam Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI 15), Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad,
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah membentang satu kertas kerja bertajuk
Fiqh al-Muwatanah: Satu Perkongsian dalam Membangun Negara.
Konsep Fiqh al-Muwatanah (Fiqh Kewarganegaraan) iaitu fiqh tentang isu-isu berkaitan warga
sesebuah negara dan hubungannya dengan negara tersebut menurut perspektif Islam dan
syariah.
Menurut Mohd Parid, Fiqh Kewarganegaraan lahir daripada ikatan sosial antara warga
sesebuah negara dan negara tersebut, hubungan kesetiaan, perkongsian dan
pertanggungjawaban antara satu sama lain dalam semua suasana. Berdasarkan Fiqh alMuwatanah, setiap orang yang dianggap warganegara dalam sesebuah negara Islam
mempunyai hak yang sama rata, sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim, dan tidak
ada warganegara kelas kedua atau kelas ketiga. Malahan, kaum Yahudi pada zaman Rasulullah
s.a.w juga dianggap sebagai warganegara dan sebahagian daripada umat oleh Rasulullah s.a.w.
Setiap warga sesebuah negara diberi hak yang sama rata, namun hak yang sama rata juga
datang dengan tanggungjawab yang sama yang mesti dipikul oleh warganegara tersebut, yang
mengambil salah satu prinsip yang menjadi asas fiqh kewarganegaraan iaitu:
Memberi mereka hak seperti hak bagi umat Islam dan ke atas mereka tanggungjawab seperti
tanggungjawab atas umat Islam.
Dalam konteks Malaysia yang berbilang etnik, agama dan budaya sedang majoriti rakyatnya
orang-orang Islam, maka Fiqh al-Muwatanah ( ) menjadi amat penting, yang
menyentuh dan menjawab kedudukan seluruh warganya, Muslim dan bukan Muslim, hak dan
tanggungjawab mereka kepada negara dan sesama mereka.
Menurut Mohd Parid, secara prinsip, semua warganegara adalah sama. Namun, jika terdapat
perbezaan dalam mendapatkan hak, perbezaan itu adalah berdasarkan keperluan individu
kerana faktor fizikal, keupayaan, sosio-ekonomi dan juga geografi. Namun, kelebihan yang
diberikan mestilah tidak mengambil hak warganegara yang lain. Setiap warganegara berhak

mendapatkan hak dalam pendidikan, ekonomi, kesihatan, dan politik yang sama berdasarkan
polisi-polisi kerajaan.
Prinsip-prinsip yang dibangunkan oleh Fiqh al-Muwatanah ini selaras dengan semangat dan
pengajaran daripada peristiwa Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyyah, Khutbah Wida
Rasulullah s.a.w dan juga berdasarkan perjanjian antara rakyat bukan Muslim dengan negara
Islam.
Secara jelas, berdasarkan Piagam Madinah, Rasulullah s.a.w meraikan kepelbagaian bangsa,
agama dan latar belakang warga Madinah yang tinggal bersama. Setiap kelompok daripada
warga Madinah diraikan dengan tugas-tugas dan tanggungjawab yang sama dalam
membangunkan negara kota tersebut, boleh menjadi panduan kepada umat Islam dalam
kehidupan bernegara.
Hal ini menjadi dasar kepada kehidupan bermasyarakat bagi kaum Muslimin sepanjang sejarah
mereka dan sepatutnya menjadi panduan untuk umat Islam pada zaman moden ini dalam
menjalani kehidupan bernegara bersama masyarakat berbilang bangsa, agama dan latar
belakang. Inilah konsep keadilan dan kewarganegaraan berdasarkan Fiqh Kewarganegaraan
dalam Islam.
Mohd Parid telah menggariskan lapan asas dalam Fiqh Kewarganegaraan yang perlu diambil
kira iaitu:
1. Kerahmatan adalah misi dan risalah ar-Rasul s.a.w;
2. Kemuliaan manusia dan fungsi penyempurnaan daripada kepelbagaiannya;
3. Kemanusiaan syariah Islam yang memelihara kemanusiaan manusia;
4. Toleransi dan kebebasan beragama;
5. Tiada larangan untuk berlaku baik dan adil kepada bukan Islam yang tidak memerangi
umat;
6. Menerima bukan Islam sebagai rakyat;
7. Prinsip 'Memberi mereka hak-hak seperti hak-hak bagi umat Islam dan ke atas mereka
diberi tanggungjawab seperti tanggungjawab atas umat Islam'; dan
8. Prinsip 'Berpegang teguh kepada perjanjian, kerahmatan, dan kemanusiaan'
Pembahagian Manusia Di Sisi Allah
Dalam meneliti Fiqh Kewarganegaraan, kelompok reformis-progresif seringkali mengkritik
konsep masyarakat zimmi yang dilihat meletakkan masyarakat Bukan Islam sebagai
warganegara kelas kedua.
Walaupun Islam membahagikan manusia kepada dua golongan iaitu Orang Islam dan Orang
Bukan Islam (kafir), hak Orang Bukan Islam sebagai warganegara yang tertakluk pada
Perlembagaan Negara yang ditentukan oleh rakyat sendiri.

Para ulama menyimpulkan pembahagian manusia berdasarkan nas al Quran [Surah al Jasiyah:
30-31. Surah Muhammad: 1-3. Surah at Taghabun:2).xix Orang Kafir terbahagi dua iaitu kafir
zimmi (yang tidak memerangi Islam dan Umat Islam) dan kafir harbi (yang memerangi Islam dan
umat Islam).
Orang Kafir Zimmi perlu taat-setia kepada pemerintah dan negara serta wajib membayar cukai
jizyah. Pembayaran cukai jizyah menandakan Orang Kafir Zimmi taat kepada pemerintah dan
merendah diri [Surah at Taubah: 29] dengan menghormati pemerintah dan Orang Islam yang
majoriti. Sebagai timbal balik, pemerintah perlu melindungi Orang Kafir Zimmi dan
membenarkan hak-hak mereka dilaksanakan dan dipenuhi selagi tidak melanggar undangundang negara dan mengancam umat Islam.
Pengkelasan ini tidak semestinya termaktub dalam Perlembagaan Negara tetapi terungkap
dalam kefahaman masyarakat dimana Orang Kafir boleh menilai diri mereka sebagai zimmi atau
harbi. Umat Islam pula boleh melihat dan menilai Orang Kafir di sekeliling mereka adalah kafir
harbi atau zimmi.
Realiti Orang Kafir Zimmi Di Malaysia.
Asas utama kepada kewarganegaraan sesebuah negara ialah [1] Taat-Setia kepada Negara
termasuk kepada Perlembagaan Negara dan [2] Pembayaran Cukai. Dua unsur ini memasukkan
Orang Kafir di Malaysia sebagai Orang Kafir Zimmi.
Sebagaimana yang dibincangkan oleh Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi dalam bukunya, Agama dan
Politik, yang penting adalah isi dan kandungan, bukannya nama mahupun istilah yang
digunakan.xx Kita berpendapat cukai orang Kafir Zimmi di Malaysia tidak perlu mengunakan
istilah/nama Jizyah dan cukai mereka dimasukkan dalam sebagai Jizyah.
Di Malaysia, setiap warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah mengandungi unsur tradisi. Unsur
Tradisi ini ialah [1] Pemerintahan Beraja, [2] Agama Islam, [3] Bahasa Melayu dan [4]
Kedudukan Istimewa Orang Melayu.xxi
Unsur Tradisi dalam Perlembagaan berperanan menolak sebarang percubaan mempersoalkan
mana-mana daripada unsur-unsur ini yang berkemungkinan mencetuskan konflik dan
menganggu keharmonian kaum di Malaysia. Perkara ini telah berlaku apabila PAP membawa
slogan Malaysia Untuk rakyat Malaysia semasa pilihanraya 1969 dan diulangi oleh
pembangkang (DAP, BURUH dan GERAKAN) pada tahun 1969 sehingga mencetuskan peristiwa
berdarah yakni rusuhan kaum di Kuala Lumpur (13 Mei 1969).
Adakah wujud Orang Kafir Harbi di Malaysia?. Kewujudan Orang Kafir Harbi di Malaysia tidak
mustahil. Punbegitu kita memilih istilah kelompok ekstrem dalam masyarakat Orang Kafir
Zimmi yang menentang Islam sebagai Kafir Harbi dan Umat Islam yang tidak wajib memerangi

mereka selagi mereka taat setia pada negara, membayar cukai, tidak mencabar-mengancam
Islam dan tidak memerangi umat Islam.
Rumusan
Wacana Fiqh al Muwatanah ini boleh dianggap sebagai kedinamikkan ilmu-ilmu politik dan
ketatanegaraan Islam. Dari segi realiti di Malaysia, ia sudah lama selesai di Malaysia. Isu yang
lebih besar bagi gerakan Islam ialah menerjemahkan Islam sebagai addin dalam pemerintahan
Malaysia terutamanya ke arah memperkasa perundangan Islam.
i

Hansard Parlimen bertarikh 12 November 1992


Ustaz Hassan al Baquri bukan tokoh sembarangan. Beliau antara calon Mursyidul Aam Ikhwan setelah kematian
Imam Hassan al Banna.
iii
Mahathir Mohamad, Doktor Umum, KL: MPH, 2012.
iv
Anwar Ibrahim, Warkah Anwar, KL: Edisi Prima, 2005.
v
Bekas wakil Ikhwan di UK. Kini menyokong Rejim al Sisi Mesir.
vi
Anuwa Aitawa Jamalullai, Bantahan Anwar Sertai UMNO: Gerakan Pelajar Islam Amerika Utara Berpecah.
vii
Badlihisaham Mohd Nasir, Dinamisme Gerakan Islam, Shah Alam: Karisma, 2009.
viii
Nama dirahsiakan
ix
http://mufakkir-islami.blogspot.my/2011/02/anwar-ibrahim-dan-pluralisme-agama.html
x
http://anwaribrahimblog.com/2007/12/04/
xi
Abdul Hadi Awang, Fahaman & Ideologi Umat Islam, KL: PTS, 2007.
xii
Abdul Hadi Awang, Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari, KL: Nufair, 2005.
xiii
Harakah keluaran 1-15 April 2005 bertajuk Gerakan Islam dan Kuasa ditulis oleh Dr Dzulkefli Ahmad
mengutarakan idea-idea Olivier Roy, penulis buku The Failure of Political Islam. Begitu juga tulisan Dr. Mujahid
Yusof dalam buku Menuju PAS Baru yang mengandungi juga idea Olivier Roy. Kita melihat kedua-dua tulisan
tersebut mengutarakan idea-idea dan pendekatan mahu perubahan agar PAS berada dalam reality semasa.
xiv
Ceramah 8.11.2015, Taman Tasek Wakaf Dua. Ceramah ini dihadiri oleh penulis.
xv
Lebih jelas, sila lihat Abdul Hadi Awang, Konsep Negara Islam dan Matlamatnya.
xvi
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-tetap-mahu-hudud-tak-peduli-pendiriandap#sthash.OD5p4nSJ.64EfXfgo.dpuf.
xvii
Utusan Malaysia, 24.9.2001
xviii
Tulisan dalam subtopic diruju secara terus dan sedikit edit. sila rujuk halaman rasmi IKRAM Malaysia.
xix
Abdul Hadi Awang, Bagaimana Islam Memerintah Negara, KL: PTS, 2009.
xx
Yusuf al Qaradhawi, Agama dan Politik, KL: Alam Raya, 2009.
xxi
Tun Salleh Abbas, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia, KL:DBP, 2015.
ii

You might also like