You are on page 1of 20

Berteman SEPILIS di Taman Perbukuan.

Oleh Aku Dalam Chermin1


Era ledakan maklumat melalui gajet dan internet mewujudkan tsunami yang
menganasi iman dan adab-akhlak manusia. Gajet dan internet telah menjadi agen
pembudayaan yang cukup berpengaruh dalam mengubah corak berfikir,
kehidupan masyarakat, peradaban dan kebudayaan masyarakat dunia.
Antara impak era ledakan maklumat ini ialah pengukuhan pengaruh Sekularisme,
Pluralisme dan Liberalisme atau SEPILIS di negara-negara Islam. Malaysia tidak
terkecuali dalam perencanaan Barat menakluki dunia dengan kebudayaan,
ekonomi, politik dan pemikiran.
Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS)
SEPILIS antara buah pemikiran dan ideologi ciptaan akal-nafsu manusia yang
mendominasi masyarakat dunia pada hari ini. Antara ciri buah pemikiran dan
ideologi ciptaan mengikut kehendak akal-nafsu manusia ialah
1. Menolak kehadiran Tuhan dalam pemikiran dan pendekatan.
2. Bersifat dualisme dan menolak kebenaran mutlak serta menerima
kebenaran relatif.
3. Memenuhi keseronokan akal-nafsu
4. Membezakan urusan peribadi dengan masyarakat
5. Bersikap menyisih atau menolak peranan agama
6. Mencampur aduk al Quran dengan pemikiran ciptaan manusia yang jelas
menyeleweng daripada ajaran al Quran sendiri.
Faham
Sekularisme

Huraian Ringkas
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
1. secara mudahnya bermaksud dunia ini.
2. tidak kaitan dengan agama

Seorang penuntut ilmu dan peminat buku. Nota ini tidak boleh dijadikan rujukan ilmiah. Nota ini sesuai sebagai
bacaan pengenalan sahaja.

Pluralisme

3.tidak memperdulikan pertimbangan yang timbul daripada


kepercayaan kepada tuhan, alam abadi dan alam ghaib
1.Semua tradisi agama adalah sama merujuk kepada hakikat
tertinggi yang satu
2.Semua agama adalah sama menawar jalan
keselamatan

kepada

3. Kebenaran itu adalah relatif


Liberalisme

1. Cenderung kepada kebebasan2


2. Pemerintahan demokratik
3. Individualistik
4. Rasional Akal dan Pragmatis

La Ilaha IllaLlah: Pandangan Hidup Seorang Muslim


Dalam setiap aspek kehidupan sama ada dalam sosial, ekonomi dan politik,
kelurusan aqidah-tauhid menjadi perkara paling utama. Kelurusan aqidah-tauhid
secara mudahnya kita meletakkan Allah SWT mendahului semua perkara
walaupun kita dilihat rugi di sisi manusia dan pandangan kita ditolak.
Dari Allah, Cara Ditentukan oleh Allah, Untuk Allah
Slogan di atas mengambarkan setiap sesuatu yang kita lakukan MESTI yang
diperintahkan oleh Allah, dilakukan dengan cara yang ditentukan oleh Allah dan
Rasul-Nya dan bertujuan untuk Allah. Kita hamba Allah hanya layak melakukan
segala yang diperintah oleh Allah sebagai tanda aras pengabdian kita kepada-Nya.
Dalam melayari kehidupan ini, kita perlu beransur-ansur meninggalkan sifat
kejahilan yang ada pada diri kita dengan mengapai bahtera yang ditentukan oleh
Allah SWT iaitu Islam. Semakin berusia, semakin mendekati Allah dengan jalan
2

Kebebasan ialah ketiadaan halangan untuk merealisasikan keinginan (Bertrand Russell)

yang ditentukan oleh Allah bukannya mengikut logik akal kita dan kehendak nafsu
kita. Ketundukan kita kepada Allah, itulah Islam.
Jika kita seorang sekularis, pluralis, ateis, liberalis, punker, rocker dan sebagainya,
seharusnya kita meninggalkan dunia-dunia ini untuk berada dalam dunia Islam.
Manusia makhluk yang lemah, lalai dan banyak melakukan kesilapan mesti insaf
dan sedar bahawa kehidupan ini hanya sementara. Kita tidak tahu bila kita
meninggal dunia dan bagaimana kita mati. Justeru, sangat wajar peningkatan usia
perlu dijadikan tanda aras untuk kita insaf dan sedar bahawa mati itu dekat dan
Islam hanya satu-satunya jalan yang dapat mendekatkan kita kepada Allah, Tuhan
Yang Hak.
Para ulama terdahulu khususnya ulama nusantara seringkali menyatakan
kepentingan ilmu tauhid kerana ilmu ini menentukan darjat keimanan seseorang
kepada Allah SWT.
Sebagai seorang muslim, kita perlu memperkasakan akhlak dan memartabatkan
aqidah-tauhid kita. Dalam Manhalush Shafi, Syeikh Daud al Fathani menyatakan
tentang martabat tauhid yang terbahagi empat martabat iaitu:
Pertama, Tauhid Uluhiyah iaitu menafikan ketuhanan daripada segala yang lain
daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Kedua, Tauhid Afal iaitu menafikan fiil yang hakiki daripada segala yang lain
daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Ketiga, Tauhid Shifat iaitu menafikan segala sifat yang hakiki daripada segala yang
lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Keempat, Tauhid Zat atau Tauhid Wujud Haqiqi iaitu menafikan wujud yang hakiki
daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Tauhid yang empat ini terkandung dalam kalimah La Ilaha IllaLlah. Kefahaman
terhadap martabat tauhid ini meningkatkan darjat keyakinan-keimanan kita.

Setelah kita beriman kepada Allah, jangan sesekali merosakkan iman. Jika ia
rosak, tanggungjawab besar kita mengembali iman ke dalam diri kita. Jaga iman
kita daripada rosak yakni kufur.3
Dalam Islam, jenayah paling besar adalah riddah iaitu keluar dari Islam. Jika tidak
bertaubat, seseorang itu boleh dihukum bunuh.4
Muhammadur Rasulullah: Nabi Muhammad Insan Sempurna
1. Nabi Muhammad Adalah Manusia Biasa
Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa.5 Baginda bukan manusia luar biasa
yang magis atau malaikat. Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad tercedera.
Baginda makan, minum, beribadah dan berkahwin. Sesungguhnya Nabi
Muhammad ialah seorang hamba, yang memiliki bagi dirinya sendiri [kuasa]
memudaratkan dan memanfaatkan, mati dan hidup kecuali apa yang Allah
dikehendaki.6
Kini ada satu aliran pemikiran yang mempertikaikan kewibawaan Nabi
Muhammad SAW. Mereka mempopularkan bahawa Nabi Muhammad SAW
adalah manusia biasa. Ia satu kenyataan yang benar tetapi tujuan yang jahat.
Lihatlah kenyataan kaum Nabi Nuh yang mempertikaikan Nabi Nuh.7 Begitu juga
dengan tindakan kaum Nabi Syuaib8. Sememangnya para nabi dan rasul adalah
manusia biasa. Cuma kita masih tidak mendengar bahawa ada kalangan Umat
Islam mengatakan baginda gila sebagaimana dinyatakan oleh masyarakat
Quraish.9
Antara orientalis yang menyerang keperibadian Nabi Muhammad ialah Gustav
Weil dan Alogs Spreangar. Isu yang seringkali dibangkit bahawa Nabi Muhammad
seorang histeria yang teruk dan kritikal. Tujuan mereka untuk menghina dan
menghakiskan kewibawaan dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
3

Surah al Nisa: 136.


Mastika Hadith, Jilid 1, keluaran JAKIM. Lihat juga, Said Ibrahim, Pelaksanaan Hukuman Hudud, KL: Darul
Marifah, 2000.
5
Surah al Kahf: 110
6
Surah Araf: 188.
7
Surah Hud: 27
8
Surah al Syuraa: 186
9
Surah at Takwir: 22
4

Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa tetapi unik dan istimewa. Unik dan
istimewa inilah yang membezakan baginda dengan manusia lain. Baginda adalah
Nabi-Rasulullah SAW yang memiliki mukjizat teragung iaitu al Quran. Bezanya
dengan manusia yang lain ialah, baginda menerima Wahyu10 daripada Allah SWT
melalui Jibril.
Kita perlu memahami Rasulullah SAW dengan cara yang betul melalui memahami
kedudukan yang sebenar dan mengenali semua aspek kehidupannya agar kita
menyayangi dan mentaati ajarannya. Mengenali Rasulullah SAW yang paling
bagus melalui al Quran dan hadith. Menyayangi dan mentaati Rasulullah SAW
bermakna kita mentaati Allah.
Rasulullah SAW sendiri melarang pengagungan dan pemujaan melampau Umat
Islam kepada baginda sebagaimana yang dilakukan oleh Orang Nasrani terhadap
Nabi Isa AS. Nabi Muhammad SAW mengajar para sahabatnya mencintai Allah
SWT.11
Justeru, Rasulullah SAW adalah manusia yang biasa tetapi istimewa. Biasa kita
tidak sama dengan biasa baginda. Oleh itu, marilah menjadikan Rasulullah SAW
sebagai suri tauladan kita dalam kehidupan.12
2. Nabi Muhammad SAW Sebagai Insan Sempurna Menurut Afzalur Rahman
Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang mempunyai tabiat semulajadi
seperti manusia yang lain. Tetapi baginda adalah manusia sempurna dari setiap
segi. Baginda telah membentuk satu prinsip kelakuan melalui kata-kata dan
amalan yang unik dan seterusnya menjadi contoh kepada manusia yang lain.
Nabi Muhammad SAW menerima manusia mempunyai keinginan dan kelemahan
dan menunjuk cara untuk memenuhi keinginannya disamping mengatasi
kelemahan, ia menaikkan darjat kemuliaan seeorang manusia saleh mengatasi
malaikat. Nabi Muhammad SAW sudah menampilkan contoh tauladan dalam
kehidupan baginda mentafsirkan al Quran melalui cara hidup seharian baginda.
10

Surah Asy Syura: 52


Surah Ali Imran: 31
12
Surah al Ahzab: 21
11

Mereka (kita semua) perlu meneruskan kehidupan seharian tetapi hendaklah


beriman kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Manusia perlu menjadi
hamba Allah yang mentaati Allah setiap masa, waktu dan tempat.
Semua kerja seharian dan memenuhi keinginan diri merupakan satu ketaatan dan
kebaikan jika ia dilakukan berdasarkan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Dengan
melakukan kerja dengan IKHLAS dan sepenuh hati kerana Allah, seseorang akan
mencapai darjat kerohanian yang tinggi dan pada masa yang sama masih
menikmati kehidupan seharian yang biasa bersama isteri dan anak-anak.
Tugas baginda terpenting ialah membetulkan kepercayaan kaumnya. Kepercayaan
paling buruk adalah syirik. Pembebasan manusia daripada syirik adalah tugas
utama para rasul.
Pada hemat penulis, Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa kerana setiap
amalan yang baginda lakukan adalah amalan yang mampu manusia lain
melakukannya. Baginda boleh dijadikan KPI dalam pembudayaan Islam dalam diri,
keluarga dan masyarakat. Perbezaan kita dengan Nabi Muhammad SAW ialah
darjah keimanan atau kerohanian yang tertinggi dalam kalangan manusia dan
makhluk Allah daripada kejadian Bumi sehingga Kiamat. Justeru, darjat keimanan
ini sewajibnya dibaiki dan dimunasabah akan terus meningkat sesuai dengan
peningkatan usia dan kematangan.
3. Sistem Kehidupan Yang Ditunjuk Oleh Rasulullah
Syahadah kedua iaitu pengakuan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW
mempunyai dua rukun. Al Isbat ialah dengan mensabitkan segala bentuk ibadat
dan peraturan hidup hanyalah berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh
Rasulullah SAW dan tiada sebarang sistem lain yang boleh berkongsi dengannya.
Rukun kedua, menafikan segala sistem yang ditunjukkan oleh selain baginda.13
Kehadiran pelbagai ideologi, pemikiran dan kebudayaan yang jelas bertentangan
dengan Islam WAJIB ditolak. Jika terjerumus ke dalam lubangnya, panjat kembali
kepada Islam.

13

Abu Naaielah, Syarah Misykaat al Masaabiih 1, Manjung: Darul Furqon, 2015.

Islam yang diamalkan perlu selaras dengan al Quran dan sunnah Rasul-Nya
bukannya Islam ikut-ikutan tanpa pengetahuan yang benar. Maulana Abul Ala al
Maududi menegaskan, Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan
mempraktiskan pengetahuan tersebut. Pengetahuan dan tindakan
mempraktiskan itu dapat diperolehi daripada al Quran, hadith dan sirah baginda
serta pengalaman sahabat baginda.
Manusia Yang Terpengaruh Dengan SEPILIS
Umat Islam pada hari ini mempunyai pelbagai latar belakang. Latar belakang
individu banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Antara faktor disebabkan latar
belakang tersebut ialah
1. Berasal daripada bukan Islam terutamanya yang berasal daripada Barat.
Latar belakang mereka yang asali banyak mempengaruhi pemikiran
mereka. Ia berlaku sebagaimana munculnya kisah israliyyat.
2. Orientalis Bukan Islam yang mengkaji Islam
3. Orang Islam yang belajar di Barat. Keterujaan terhadap pemikiran Barat dan
mahu mengubah masyarakat dengan pemikiran Barat.
4. Minoriti orang Islam yang tinggal di negara Barat. Mereka cuba
mentafsirkan agama sebagai kehidupan mereka di negara Barat kepada
masyarakat Islam di negara majoriti umat Islam.
5. Guru, institusi, organisasi, buku dan tempat belajar juga mempengaruhi
pemikiran seseorang.
6. Pemikir dan pejuang Islam yang terperangkap dengan agenda Barat
terutamanya yang memcampur aduk pemikiran Islam dengan Barat dan
menerima dana daripada Barat14.
7. Kelompok al indiyyah iaitu golongan yang menerima kebenaran yang
pelbagai berdasarkan sudut pandangan yang berbeza dan kadangkala
bertentangan.
Serangan Terhadap al Quran15 dan Hadith
Orientalis Barat telah menyediakan tapak-tapak untuk intelektual anak didik
mereka meneruskan perjuangan mereka di tanah air masing-masing. Mereka
14
15

Pencampuran pemikiran ini mengakibatkan pemikiran terpinggir dan kekeliruan dalam mencari kebenaran.
Rujuk https://wahyunishifaturrahmah.wordpress.com

cuba menyerang dan menggugat dua tunjang utama sumber ilmu Islam iaitu al
Quran dan hadith.
Serangan terhadap al Quran dengan mengemukakan pandangan orientalis16 dan
tokoh Islam bahawa al Quran perlu [1] disusun semula, [2] ditafsir semula dan [3]
kritikan terhadap ketulenan al Quran. Pandangan [1] pernah disuara oleh tokohtokoh Islam seperti Agus Salim yang mahu al Quran disusun mengikut kronologi ia
diturunkan. Pandangan [2] dianuti dan dilemparkan oleh tokoh-tokoh liberal
seperti M. Amin Abdullah.17 Pandangan [3], kebanyakannya para orientalis Barat
seperti John Pitt,18 Goldziher Margelot dan George Sale.
Antara orientalis terkenal dalam yang mengkaji al-Quran ialah Abraham Geiger
(1874),19 Theodor Noldeke,20 Friedrich Schwally,21 Arthur Jeffery,22 Gerd A. Puin,23
dan Christoph Luxenberg.24
16

Pemerhatian orientalis terhadap al-Quran bermula dengan kunjungan Paderi Venerabilis, Ketua Gereja Cluny, ke
Toledo pada abad ke-XII. Dia telah membentuk dan membiayai suatu tim penerjemah yang ditugaskan
menerjemahkan serangkaian teks Arab yang secara keseluruhan akan merupakan usaha ilmiah bagi para
missionaris Kristian yang berurusan dengan Islam. Hasil kerja tim ini dikenali sebagai Cluniac Corpus, yang
kemudian tersebar luas, tetapi tidak digunakan secara menyeluruh, hanya bahagian-bahagian yang memiliki
manfaat langsung dan berguna dalam polemik yang dieksploitasi serta dikutip tanpa komentar.
17
Rektor Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogjakarta (2007)
18
Dia mengatakan bahawa al-Quran bukan wahyu Allah SWT, lebih berat dia mengatakan bahawa al-Quran adalah
merupakan kumpulan cerita dongeng dan legenda palsu yang penuh dengan pertentangan dan membingungkan
antara ayat satu dengan ayat lainnya. Lebih parah lagi mereka membuat kesepakatan bahwa Nabi Muhammad
bukanlah Nabi yang menerima wahyu dari Tuhan. Lihat dalam A true and faithful account of reliion and manner of
Muhammadens
19
Geiger seorang pemimpin gerakan reformasi Yahudi di Jerman telah mengemukakan teori pengaruh Yahudi
terhadap al-Quran. Menurut Geiger, ajaran Muhammad meminjam dari agama Yahudi. Kata-kata yang terdapat di
dalam al-Quran seperti Tabut, Taurat, Jannatu Adn, Jahannam, Ahbar, Darasa, Rabani, Sabt, Taghut, Furqan,
Maun, Masani, Malakut berasal dari bahasa Ibrani. Selain itu, hal-hal yang menyangkut keimanan dan doktrin,
hukum-hukum, moral, pandangan tentang kehidupan dan cerita-cerita yang ada di dalam al-Quran, tidak terlepas
dari pengaruh agama Yahudi. Mengenai ayat-ayat di dalam al-Quran yang mengecam Yahudi, Geiger berpendapat
bahwa kecaman itu disebabkan Muhammad telah menyimpang dan salah mengerti tentang doktrin-doktrin agama
Yahudi.
20
Pada tahun 1860, Noldeke telah menulis tentang sejarah al-Quran (Geschichte des Qorans). Dalam karya ini,
Noldeke berusaha mengubah semula sejarah al-Quran. Buku Noldeke ini kemudian diedit dan dikaji semula secara
berkumpulan oleh beberapa Orientalis terkemuka Jerman dan dikerjakan selama 68 tahun sejak edisi pertama dan
selama 40 tahun kemudian muncul buku edisi kedua. Hasilnya sehingga hari ini buku ini menjadi karya rujukan
utama dalam masalah sejarah kritis penyusunan al-Quran bagi para Orientalis.
21
Anak murid Noldeke mengkritik pendapat gurunya. Menurut Schwally, Islam lebih dipengaruhi oleh agama
Kristian bukannya agama Yahudi.
22
Pada tahun 1937, Jeffery menngubah suai Mushaf Utsmani dan membuat mushaf baru. Orientalis Australia ini
ingin mengubah suai teks Al-Quran berdasarkan Kitab al-Mashahif karya Ibn Abi Dawud al-Sijistani yang ia anggap
mengandung bacaan-bacaan tandingan dalam mushaf (yang ia istilahkan dengan rival codices). Usaha Jeffery ini
meneruskan usaha Gotthelf Bergstraesser dan Otto Pretzl yang pernah bekerja keras mengumpulkan berbagai foto

Anak murid dan pengekor orientalis mahu mengunakan metodelogi pentafsiran


hermeneutik dalam mentafsirkan al Quran. Metodelogi ini digunakan digunakan
oleh ahli teologi Kristian dan Yahudi untuk memahami teks bible.Tujuan utama
hermeneutik menurut Encyclopedia Britannica, edisi 15 (1995) ialah untuk
mencari nilai dan kebenaran bible. Perkara ini menunjukkan bahawa ahli teologi
Kristian dan Yahudi mempunyai masalah dengan teks-teks kitab suci mereka.25
Perkara ini membezakan dengan al Quran bahawa semua orang Islam sepakat
bahawa al Quran adalah kalam Allah, diabsahkan kedudukannya dan tidak
mempunyai masalah dengannya.
Orientalis Barat yang mengkaji dan mendalami pengkajian hadith pula ialah A. J
Wensinck, A. Sprenger, I. Goldziher, J. Horovitiz, T.W Juynboll, Edward E.
Esalisbury, O.V. Hondas, L. Krehl, W.M.Watt, J. Schacht, J. Robson dan lain-lain.
Mereka mengkritik isnad, penulisan hadith, hadith dan tokoh.
Orientalis Barat mengkritik ketulenan dan autoriti hadith dan mengkritik
pengajian hadith. I. Goldziher sebagai contoh mengatakan masyarakat Islam abad
pertama ialah
1. Masyarakat Islam yang jahil terhadap agama, dalam praktis dan aqidah
2. Islam dapat disesuaikan dengan ideologi bersistem.
I.Goldziher dan A. Guilllaume meragui keabsahan hadith yang dihafaz dan sistem
pengajian hadith secara lisan lebih kurang 100 tahun.
Allah memimpin kefahaman ilmu kepada umat Islam. Islam itu adalah sumber
ilmu. Kenyataan bahawa masyarakat Islam abad pertama adalah jahil agama,
dalam praktis dan aqidah adalah satu dakwaan jahat. Wahyu pertama konsep
IQRA membuktikan bahawa ketamadunan Islam bermula dengan ilmu dan
membaca.

lembaran-lembaran (manuskrip) Al-Quran dan berbagai sumber seperti buku-buku tafsir, hadis, kamus Qiraat
dengan tujuan membuat edisi kritis Al-Quran tetapi gagal.
23
Mendakwa bahawa dia telah menemukan manuskrip lama di Yaman yang konon mengandung qiraah yang
lebih awal dari qiraah tujuh yang terkandung dalam Mushaf Utsmani. Manuskrip tersebut mengandung qiraah
yang lebih banyak dari qiraah tujuh, sepuluh, atau empat belas.
24
Nama sebenarnya adalah Ephraem Malki. Dia mendakwa bahawa Al-Quran hanya boleh dimengerti kalau dibaca
sesuai dengan bahasa asalnya, iaitu Syro-aramaic (bahasa Aramaic dalam dialek Syriac).
25
Ugi Suharto, Pemikiran Islam Liberal, SH:DPF, 2007.

Generasi awal Islam terkemuka dengan sifat genius, bertaqwa, berwibawa dan
kuat ingatan. Mereka juga menulis hadith-hadith Rasulullah SAW pada lembaranlembaran atau sahifah peribadi. Antara sahabat Rasulullah SAW tersebut ialah
Abdullah Bin Amru dengan al Sahifah al Sadiqah dan Abu Hurairah dengan al
Sahifah al Sahihah.
Generasi awal Islam mempunyai kaedah menerima dan meriwayat hadith yang
tegas. Antara prinsip yang mereka pegang ialah [1] mengurangkan riwayat,
[2]Teliti menerima dan meriwayat hadith, [3] Menghalang sahabat yang menjadi
perawi daripada menyatakan hadith yang tidak sesuai diriwayatkan kepada
masyarakat umum, [4] Menghadkan hanya yang benar-benar berminat dan thiqah
mendengar hadith, [5] Tidak berbohong atas nama dan diri Rasulullah dan [6]
hadith yang disampaikan perlu mempunyai kesaksian sebagai bukti tidak
bersendirian meriwayatkan hadith.
Pada abad pertama Hijrah, berlaku perkembangan dalam ilmu pengajian hadith.
Perkembangan bertambah rancak dan terserlah pada zaman Khalifah Umar Abdul
Aziz apabila beliau mengarahkan Abu Bakar bin Hazm mengumpul dan mencatat
hadith Rasulullah SAW mengunakan kaedah ilmu pengajian hadith tertentu.
Pengajian bersanad melalui ilmu riwayah dan dirayah banyak membantu
keabsahan dan ketulenan hadith.
Kewibawaan guru menjadi kekuatan paling besar dalam keabsahan dan
ketinggian pengajian hadith sehingga melaberak para orientalis Barat.
Menyatakan Islam dapat disesuai dengan ideologi bersistem adalah satu dakwaan
yang dangkal kerana Islam adalah addin iaitu satu sistem peraturan hidup/cara
hidupa dan aqidah.
Ulama Bukan Pewaris Nabi
Hakikat ilmu menurut Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah pernah
berkata :
1. Bukanlah ilmu itu dinilai dengan banyaknya riwayat.
2. Bukan pula dengan banyak berkata-kata.

3. Tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan di dalam hati seseorang.
4. Melalui cahaya tersebut, seseorang hamba dapat memahami jalan
kebenaran.
5. Dengan ilmu tersebut juga, seseorang itu dapat membezakan di antara
kebenaran dan kebatilan.
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat dan amal soleh yang
diterima di sisi-Mu."
Pada zaman sekarang, ramai agamawan bersifat jahat atau su. Mereka juga
dikenal agamawan berbaju Islamis berjiwa orientalis. Mereka terpengaruh
dengan agenda Barat dan termakan budi seseorang, organisasi atau pemberi
dana. Ada kalangan mereka bertujuan baik untuk mengislah umat Islam tetapi
mengunakan pendekatan atau pemikiran hasil kerangka pemikiran para
orientalis atau pemimpin kalangan musuh Islam. Agamawan seumpama ini tidak
memahami dengan jelas hakikat ilmu sebagaimana saranan Al-Imam Ibnu Rajab
al-Hanbali rahimahullah di atas.

Hakikat ilmu menurut Imam al Muhasibi ialah


1. Hendaklah kamu bersifat benar dalam pencarianmu, pasti engkau mewarisi
ilmu yang mendalam
2. Hendaklah kamu mencari ilmu yang membawa engkau kepada taufik yang
suci, kejayaan orang berilmu ialah beramal dan takut kepada Allah.
3. Kefahaman mengikut tahap akal dan ilmu seseorang, maka dengan tahap
kefahaman itulah menunjukkan tahap taqwa dan takutnya seseorang
kepada Allah.
4. Allah mengurniakan akal dan menghidupkannya dengan ilmu sesudah
memperolehi iman dan ditunjukkan kepadanya keyakinan, carilah kebaikan

dalam bertaqwa dan ambillah ilmu daripada orang yang takut kepada
Allah
Menurut Imam al Muhasibi lagi, akal perlu ditemani oleh perkara di bawah, jika
tidak akal ditewaskan oleh nafsu. Perkara itu ialah:
1. Melebihkan TAAT daripada MAKSIAT
2. Melebihkan ILMU daripada KEJAHILAN
3. Melebihkan AGAMA daripada DUNIA
Hakikat ilmu sebenarnya membawa akal dan diri kita kepada taqwa dan takut
kepada Allah SWT. Ulama dan penuntut ilmu tidak boleh membiarkan diri mereka
tewas kepada nafsu mereka.
Menurut Imam al Ghazali, hakikat ikhlas ialah menjadikan segala amalan kita
hanya untuk Allah SWT dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian
manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman mereka. Tanpa ikhlas, amalan
adalah sia-sia.
Hakikat amal pada niatnya. Niatnya lebih baik daripada amalnya. Amalan adalah
buah iman yang dibajai oleh niat yang benar. Belum betul-betul beriman jika
belum mendorong orangnya bekerja bersungguh-sungguh untuk beramal. Iman
merupakan keyakinan tentang kebenaran sesuatu, ketenangan hati menikmatinya
dan keinginan untuk berjuang menyampaikannya kepada orang lain.
Hakikat amal dirosakkan oleh rosaknya hati. Menurut Imam al Muhasibi, punca
rosaknya hati ialah meninggalkan muhasabah dan terpesona dengan panjang
angan-angan, maka apabila seseorang ingin kebaikan hatinya berdiri bersama
iradah dan di sisi khuatir (ilham), maka ambillah apa yang datang dari Allah SWT
dan tinggalkan yang datang dari selain-Nya, tanganilah panjang angan-angan
dengan mengingati mati. Perkara sia-sia dan angan-angan bergerak dari hati
kepada telinga, mata, lidah, tangan-kaki, makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Sesetengah ulama dan lulusan pengajian Islam yang terpengaruh dengan SEPILIS
gagal memahami hakikat ikhlas, hakikat ilmu dan amal sehingga mencari jalan dan
alasan membenarkan hujah-hujah kelompok SEPILIS. Mereka dikhayalkan oleh
pembaharuan/reformasi dan pembangunan yang menghilangkan ketakutan

kepada Allah dan mengikis akidah umat Islam. Tindakan mereka dilihat baik di sisi
manusia bukan Islam tetapi merugikan umat Islam.
Contoh, penolakan pelaksanaan perundangan Islam dengan pendekatan maqasid
syariah. Pada hari ini, kelompok SEPILIS mengunakan pendekatan 2 + 1 dimana
satu pihak [1] secara keras menentang perundangan Islam. Satu pihak [2] lagi
mengunakan pendekatan sederhana dimana mereka tidak menolak tetapi
mengemukakan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan dengan hujah-hujah
Islami.
Penghujahan kelompok SEPILIS [2] telah mengelirukan umat Islam kerana ia selari
dengan pendirian kelompok Islam daripada mazhab maqasidi. Lebih sukar apabila
kedua-dua kelompok ini bersatu dengan tujuan dan kefahaman ilmu yang sama
tetapi niat yang berbeza.
Perbezaan kelompok SEPILIS [2] dengan kelompok Islamis mazhab Maqasidi ialah
1. Kelompok Maqasidi masih mengakui dan berniat melaksanakan
perundangan Islam tetapi waqi masih belum bersedia.
2. Kelompok Maqasidi mengamalkan Islam sebagai Addin dalam kehidupan
seharian termasuk dalam pemikiran dan gaya hidup mereka.
3. Kelompok Maqasidi masih berpegang kepada kesyumulan Islam berbanding
kelompok SEPILIS [2] berpegang kepada perkara yang menguntungkan
kelompok mereka sahaja.
Kenapa perundangan Islam perlu dilaksanakan di Malaysia?. Persoalan ini jelas
bertentangan dengan kelompok Islamis Mazhab Maqasidi. Jawapannya ialah
1. Pelaksanaan perundangan Islam tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ia
dilaksanakan di negeri Kelantan dan Terengganu dimana perundangan ini
telah dimasukkan ke dalam undang-undang negeri.
2. Hendak dilaksanakan di negeri majoriti umat Islam iaitu Kelantan dan
Terengganu. Di Kelantan, rakyat secara majoriti dalam sistem demokrasi
telah memilih PAS dan dasarnya yang mahu melaksanakan perundangan
Islam.

3. Perundangan Islam adalah perjuangan yang cukup lama dari segi sejarah
dan melalui kajian yang cukup banyak.
4. Dari segi sejarah, perundangan Islam sudah lama bertapak dalam
Kesultanan Melayu dan dimansuhkan oleh penjajah British.
5. Paling tepat, ia PERINTAH Allah SWT. Lakukan tanpa ALASAN.
Masalah yang kebarangkalian
perundangan Islam ialah
1.
2.
3.
4.

timbul

yang

melambatkan

pelaksanaan

Kemudahan prasarana
Pengetahuan rakyat yang minima
Tindak balas kerajaan Persekutuan
Permasalahan teknikal dari segi undang-undang dalam sistem perundangan
tersebut

Setiap perbezaan perlu berada dalam konteks ilmu dan adab. Kunci utama dalam
konteks ilmu dan adab ini ialah saling hormat menghormati antara satu sama
lain. Perbezaan pendapat/pandangan ulama dalam konteks ilmu adalah rahmat
buat umat Islam. Perbezaan ini bukan sepatutnya membawa ke arah perbalahan
tetapi membuka ruang lebih kepada memudahkan orang ramai dalam beramal.
Perbezaan perlu dalam konteks adab. Jika perbalahan terkeluar daripada konteks
adab, orang ramai boleh mengambil ilmu daripada seseorang ulama tetapi
menolak perbalahan dan sifat biadab ulama tersebut.
Perbalahan antara ulama perlu ditangani dengan baik sebagaimana sifat hormat
menghormati antara Imam Ibnu Taimiyyah dengan Imam Nawawi yang hidup
sezaman. Kita tidak menafikan ada permusuhan antara ulama sehingga berlaku
memperlekehkan sesama mereka. Sebagaimana contoh, permusuhan di antara
dua anak murid hebat Imam al Hafiz Ibn Hajar al Asqalani iaitu Imam Jalaludin as
Suyuti dengan Imam Sakhawi.
Kecelakaan paling besar kepada seseorang ulama ialah [1] menyeleweng daripada
aqidah Islam yang benar, [2] mencampur aduk antara kebenaran dan kebatilan,
[3] tidak berakhlak dan tidak warak, [4] mempergunakan agama Islam untuk
kepentingan diri, organisasi dan keluarga, [5] berada dalam kumpulan anti Islam
seperti kelompok SEPILIS, [6] tahu tetapi tidak beramal, beramal tetapi tidak

istiqamah dan [7] menjauhi lapangan dakwah dan masyarakat miskin dan [8]
menjadikan diri mereka sebagai ikon yang ditaksub dan popular.
Kita sebagai orang awam tidak perlu membenci ulama kerana membenci ulama
bagaikan membenci sebahagian daripada Islam. Kita perlu mengambil kebaikan
dari segi akhlak yang baik dan ilmu yang bermanfaat daripada para ulama dan
menolak keburukan, kelemahan, kesilapan dan kelalaian para ulama. Kita ambil
kebaikan daripada Imam al Ghazali dan Imam Ibn Taimiyyah dan menolak
perbalahan antara mereka.
Ilmu Yang Bermanfaat
Percayalah, ilmu ada kekananan dan keutamaan yang perlu lebih diutamakan.
Jangan sesekali kita terperangkap dalam perangkap kepalsuan elmu yang
khayali. Ilmu tidak bertepi luasnya, ia menyebabkan kaki kita tidak berpijak
ekoran khusyuk membaca dan berwacana. Akal merajai ilmu sehingga kita lupa
bahawa Allah Memimpin Ilmu.
Tidak salah kita mempelajari ilmu-ilmu bersifat duniawi selagi kita meletakkan
Allah memimpin ilmu yang kita tekuni. Maksudnya, tujuan ilmu yang kita pelajari
adalah untuk kembali mendekati Allah dan untuk kemajuan umat Islam. Tiga
sifat utama yang perlu ada pada penuntut ilmu ialah
1. Tujuan untuk pengabdian diri kepada Allah
2. Untuk kemajuan umat Islam
3. Praktikal pada diri bukan sekadar pengetahuan untuk dibaca atau diwacana
sahaja.
Manfaat ilmu terasa apabila kita semakin mendekati Allah SWT, mengamalkan
Islam dengan lebih baik dan ilmu bukan lagi bualan-sembang wacana nan
kencang. Ilmu perlu berpijak kepada realiti kehidupan dan diamalkan di luar bilik
kuliah. Dalam kitab Ayyuhal Walad, Imam al Ghazali menyatakan ilmu tanpa amal
ialah gila dan amal tanpa ilmu pula ialah sia-sia.
Berilmu bermakna kita telah memilih jalan dan pandangan/mazhab untuk diri
kita. Justeru, jangan sesekali kita mencampur adukkan pemikiran dan kefahaman
SEPILIS dengan Islam. Apatah lagi SEPILIS lebih mendominasi daripada Islam

dalam pencampuran pemikiran dan kefahaman tersebut baik dalam penulisan


dan lisan. Tiada sebahagian-sebahagian Islam melainkan sifat orang munafik.
Islam mesti diterima secara keseluruhan atau syumul dan kita wajib menolak
campur aduk antara kebenaran dengan kebatilan.26
Kita menolak tempelan ideologi pada Islam kerana ia lebih membawa fitnah yang
lebih besar kepada Islam walaupun kita menghormati pandangan sesetengah
sarjana atau ulama Islam menerima atas nama dakwah dan kepentingan tertentu.
Istilah seumpama Sosialisme Islam, Islam Hadhari, Muslim Moderat dan lain-lain
mewajarnya kita tolak kerana Islam difahami melalui kacamata yang salah dan
mengelirukan.
Tokoh panutan bagi seorang yang matang ialah Rasulullah SAW. Tiada selain
baginda. Pemikiran dan gaya hidup Rasulullah SAW terdapat dalam al Quran dan
al Sunnah. Seorang yang matang dalam beragama perlu menolak bertauladan
tokoh lain selain Rasulullah SAW. Tokoh seumpama Karl Marx, Che Guevara,
Noam Croamsky dan lain-lain wajar ditolak pemikiran dan budaya hidup mereka.
Tersihir Dengan Tokoh
Dengan Cak Nur kita mudah tersihir dengan cungkilan pendapat intelektualisme
dan retorik-pidato yang bersemangat boleh menarik jiwa sang pendengarnya
Dajal Penyihir yang menyihir manusia mendekatinya. Berhati-hatilah
Kita akan membicara persoalan pemikiran dan aqidah seseorang bukannya akhlak
seseorang. Ada kalangan kita akhlaknya terpuji tetapi aqidah dan pemikirannya
rosak dimamahi parasit SEPILIS. Mubaligh Kristian cukup sopan santun dalam
misinya tetapi aqidahnya rosak. Pengaulan kita dengan kelompok SEPILIS sungguh
rapat dan baik, mereka cukup terbuka dan ramah tetapi aqidah dan pemikiran
mereka telah rosak. Maka, berhati-hatilah bersahabat.
Ilmuwan dan pemimpin SEPILIS bukanlah sebarangan orang. Ilmunya tinggi,
terpelajar, genius, berakhlak terpuji dan profesional. Dr Mukti Ali, Dr Harun
Nasution, Dr Nurcholish Majdid, Ulil Abshar Abdalla dan lain-lain terkenal seorang

26

Rujuk Surah al Baqarah: 42.

genius dan pandai berhujah-retorik. Hujah mereka kelihatan benar tetapi


tujuannya palsu.
Kalau kita mendengar pidato, kuliah atau ceramah pemimpin yang handal dalam
retorik, bersemangat berapi-api, kaya dengan permainan bahasa dan istilah dan
pandai menyusun lelucon, kita akan mudah terpesona dan tersihir dengan diri
pengucap tadi. Pemimpin yang handal berucap di Malaysia seperti Anwar Ibrahim,
Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Siddiq Fadzil.
Begitulah jua jika kita mendengar ceramah, kuliah atau membaca tulisan
Nucholish Majdid atau Cak Nur, nescaya kita mula tersihir kagum dengan
kehebatan retorik, berbau intelektualisme dan pemilihan kata yang menarik.
Pada zaman yang mementingkan populariti, setiap aspek kehidupan selebriti
adalah ikutan walaupun aspek tersebut bertentangan dengan ilmu dan akhlak.
Pendapat popular atau daripada tokoh popular itu tidak semestinya benar.
Kepercayaan berdasarkan populariti dan materialistik menanda pra zaman
kemunculan Raja Populariti iaitu Dajal yang dilaknat oleh Allah SWT.
Berteman SEPILIS
Di Malaysia, kelompok SEPILIS terbahagi 3 kumpulan iaitu bergerak secara NGO,
berada dalam parti pemerintah atau institusi kerajaan dan sebagai parti
pembangkang. Walaupun mereka berada dalam kumpulan yang dilihat
bertentangan, tetapi hasrat dan kehendak akal-nafsu mereka adalah sama.
Mereka mempunyai dua aliran pemikiran iaitu [1] totok SEPILIS dan [2]
pembaharu jadian. Pembaharu jadian bermaksud mereka berjuang untuk Islam
tetapi membawa agenda SEPILIS secara sedar atau tidak sedar. Mereka ingat
mereka reformis, moderat dan progresif tetapi mereka mabuk dengan pemikiran
ciptaan Barat yang memcampur-adukkan antara kebenaran dan kepalsuan,
dualisme kebenaran dan kesesatan kefahaman metafizika.
Kelompok Pembaharu Jadian perlu memahami kenyataan Imam al Muhasibi yang
cukup menarik, Maka sesiapa yang Allah SWT lapangkan dadanya dengan iman
dan sampai kebenaran dalam hatinya, serta mencintai untuk mendampingi Allah,
pasti dia akan melazimi jalan orang yang berakal dengan menjaga batas-batas

syariat yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi-Nya yang mulia dan
apa yang disepakati oleh orang-orang yang mendapat hidayah di kalangan
imam-imam27 [ surah al Anam: 153].
Kelompok Pembaharu Jadian jangan sesekali teruja dan dicandui oleh buah
pemikiran yang dicanang oleh pihak Barat yang tidak beriman dan bersunat itu.
Apabila Barat mengemukakan konsep masyarakat sivil, kita bersorak dan
berkokok dengan dengan konsep masyarakat sivil atau masyarakat madani.
Apabila Barat memperkenalkan konsep Muslim Moderat, berkokoklah kelompok
Pembaharu Jadian dengan konsep Muslim Moderat dan Demokrat Islamis.
Kelompok Pembaharu Jadian perlu mengikuti pihak yang dicirikan oleh Imam al
Muhasibi seperti di atas iaitu:
1. Kelompok melazimi jalan orang berakal dengan menjaga batas-batas syariat
yang terkandung dalam al Quran dan al Sunnah.
2. Orang yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam28.
Pada hari ini, kelompok SEPILIS dalam NGO dan dalam parti politik bersatu atas
nama kemanusiaan, menghapuskan korupsi/rasuah, kronisme dan nepotisme,
menegakkan keadilan, memperjuangkan suara rakyat, menyelamatkan Malaysia
dan menumbangkan pemerintah yang korup dan zalim. Gerakan Islam mula
difitnah dengan pelbagai tohmahan dan diperangkap dalam politik
retorik/persepsi. Perang persepsi melalui media sosial dan media maya telah
banyak memburuk citra perjuangan gerakan Islam. Perjuangan Islam mula
dibandingkan dengan perjuangan yang disifatkan atas nama keadilan dan rakyat.
Keadilan dan rakyat perlu diutamakan daripada perjuangan Islam.
Perjuangan Islam adalah perjuangan rakyat dan keadilan. Perjuangan atas nama
rakyat dan keadilan belum tentu Islam.
Perjuangan rakyat pada hari ini adalah perjuangan mencari seorang pemimpin
yang boleh memimpin umat Islam dan rakyat Malaysia ke arah lebih sejahtera.
Perjuangan mencari pemimpin disebabkan oleh parasit KKN29 mula menyusup
27

Orang yang menjadi ikutan dikalangan para ulama yang bertaqwa dan berilmu termasuk Imam Abu Hanifah,
Imam Shafie dan sebagainya.
28
Orang berilmu, bertaqwa dan saleh dalam Islam. Orang yang berjasa dan terbukti ketinggian darjat Islamnya.
29
Korupsi, Kronisme dan Nepotisme

masuk ke semua organisasi termasuk dalam gerakan Islam. Pemimpin yang dicari
mempunyai ciri di bawah:
1.
2.
3.
4.
5.

Bertaqwa
Berakhlak
Berprestatif
Berpengetahuan
Mempunyai keupayaan menyatukan atau aura seorang pemimpin

Pemimpin ini perlu disokong oleh permuafakatan rakyat. Muafakat Rakyat adalah
inspirasi daripada hasrat Tun Abdul Razak semasa menubuhkan Barisan Nasional
dimana beliau cuba menyatukan semua pihak ke dalam sebuah organisasi yang
bersama-sama membentuk kerajaan atau Kerajaan Tanpa Pembangkang. Cuma
idea Tun Abdul Razak gagal apabila parti-parti tertentu menyambut dingin hasrat
Tun Abdul Razak.
Politik Islam-Melayu yang menjadi teras kestabilan dan kesejahteraan Malaysia
sedang diancam dan diselamatkan oleh sistem demokrasi sendiri. Politik IslamMelayu diancam disebabkan oleh [1] perpecahan dalaman orang Islam dan
Melayu, [2] kemunculan sentimen wilayah dan perkauman, [3] kelemahan
pemerintah, [4] kemunculan sentimen dinasti diraja, dan [5] kelemahan
menghadapi acahan/desakkan pihak non muslim dan bangsa bukan Melayu.
Sistem demokrasi melalui pilihanraya hampir menganggu gugat kestabilan politik
teras Islam-Melayu apabila individu yang beragama Islam dan Melayu dalam
kelompok SEPILIS didalam parti politik pelbagai kaum membolehkan mereka
bertanding di kerusi majoriti orang Melayu. Walaupun orang beragama Islam dan
berbangsa Melayu, jatidiri-jiwa mereka bukan lagi Islam-Melayu tetapi SEPILIS
sama dengan orang non muslim-bukan Melayu.
Penulis bukanlah mahu bersifat rasis tetapi ingin menyatakan realiti rakyat
bawahan yang jurang perkauman semakin meluas. Tanpa kestabilan politik teras
Islam-Melayu, negara boleh terjerumus ke lembah persengketaan antara kaum
dan kewujudan kerajaan persekutuan yang lemah.

Kesimpulan
Berteman SEPILIS boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam lubang SEPILIS.
Kita adalah siapa sahabat kita dan apa yang kita baca. Maka, berhati-hatilah.
Ilmu akidah menentukan arah keyakinan kita dalam Islam. Ilmu akidah perlu
membentengi dan mendepani pemikiran dan kebudayaan hidupa kita agar tidak
terpengaruhi dengan unsur-unsur yang membolehkan diri kita kufur seterusnya
ke neraka. Carilah guru yang berwibawa.
Berhati-hati dan teliti dalam menuntut ilmu. Bukan semua ilmu yang dituntut itu
boleh diamalkan kecuali ilmu itu bersumberkan al Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Ilmu itu adalah agama. Justeru, ilmu itu bagaikan pisau yang menghiris memberi
kita sesuap makanan atau membunuh kita. Sesuai dengan kata-kata Ibnu Sirin;
Seseungguhnya ilmu ini adalah AGAMA maka perhatikanlah daripada siapa
kamu mengambil agama kamu
Jika belajar dengan kelompok SEPILIS tanpa sedar dan tanpa iman, kita boleh
membawa diri kita ke dalam keterujaan pemikiran, keterbukaan yang pragmatis
dan kecanduan wacana sehingga menggugat iman kita.
Berhati-hatilah.

You might also like