You are on page 1of 28

MENCARI TUHAN DAN AGAMA DALAM PERKEBUNAN BUKU [1]

Terperangkap Dalam Falsafah Khayali Dan Palsu


Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias1
MOZEK 1
Perkembangan ilmu pada zaman ini sangat pesat. Revolusi Teknologi Komunikasi
dan Maklumat sangat pantas, suasana semakin kondusif-berasa serba cukup
[Surah al Alaq: 6-7] dan peluang untuk menambah ilmu semakin luas akhirnya
mempengaruhi cara hidup manusia.
Manusia bertambah bijak, banyak membaca dan banyak menerima maklumat.
Maklumat banyak bagaikan mencurah air yang begitu kuat sehingga mengaut
semua perkara yang baik dan buruk.
Kondusif dan mewah menghilangkan kebergantungan kepada Tuhan, kebanjiran
maklumat menyebabkan manusia merasai diri lebih pandai dan banyak membaca
menyebabkan manusia mahu menjadi tuhan dan mencipta agama baru.
Tulisan ini dikenali Mozek yang mempunyai beberapa siri adalah nota rumusan
hasil pembacaan penulis daripada pelbagai material. Mozek 1 mengisahkan
keabsahan sumber ilmu Islam sehingga membentuk keyakinan dan kebenaran
mutlak yang mempengaruhi pandangan alam sekaligus akhlak seseorang. Ia
menuruti kronologi seperti di bawah;
SUMBER ILMU
KEBENARAN DAN KEYAKINAN
ALAM AKHLAK

PANDANGAN

Islam Agama Tanzil Sebagai Asas Konsep Kebenaran


Tanpa Lampu Tanzil para Rasul dari Adam hingga Mustafa
Gagal mengenal Allah dalam samar akal dan pengalaman saja
1

Berasal dari Terengganu Darul Iman. Pernah belajar di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah, Antropologi dan
Sosiologi. Seorang peminat dan penuntut ilmu Islam di masjid. Kini seorang pendidik. Penulis bukan seorang ustaz.
Penulisan ini bukan penulisan ilmiah, ia hanya nota pembacaan penulis sahaja.

Tanzil menyinari Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan


Penuh keyakinan, tanpa mainan syak dan gurauan zan.
[Wan Mohd Nor Wan Daud, Sinar Ilahi]
Kehidupan manusia seringkali bergantung kepada pemilihan dalam membuat
keputusan. Membuat pilihan sangat memerlukan sifat keadilan agar yang
diputuskan itu tidak bersifat zalim. Keadilan dalam memilih dan membuat
keputusan datang daripada ilmu yang ada pada diri seseorang.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, antara fungsi ilmu2 ialah
1. Ilmu yang memberitahu serta menjelaskan tempat yang tepat, betul dan benar
2.Ilmu yang dapat menjelaskan batasan, had, kegunaan dan tujuan maksud
sesuatu
3. Ilmu yang dapat menjelaskan perbezaan antara yang benar dan hak dengan
yang palsu dan batil
4. Ilmu yang dapat membimbing ke arah kebenaran.
Ilmu ialah Ilmu yang Sebenar: al-Ilm; Ilmu pengenalan: marifah; dan ilmu
pengetahuan. Mengenali dan mengetahui bagaimana cara meletakkan ilmu apa di
tempat mana dikenali sebagai HIKMAH. Ilmu tidak boleh bersifat ragu, keliru dan
zalim. Ilmu perlu mengenakan keadilan. Justeru, keadilan perlu datang daripada
ilmu yang sebenar agar ia tidak terherot oleh nafsu dan elmu [ilmu yang salah].
Ilmu terbahagi dua walaupun hakikatnya kedua-duanya adalah kesatuan yang
saksama dan sempurna. Yang pertama, ilmu yang diberikan oleh Allah SWT
sebagai KurniaNya kepada insan. Kedua, ilmu yang dicapai dan diperolehi oleh
insan berdasarkan daya usaha akliahnya sendiri yang berpunca daripada
pengalaman hidup indera jasmani dan nazar akali serta pemerhatian, pengkajian
dan penyelidikan.3

2
3

Syed Muhammad Naquib al Attas, Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, KL: ABIM, 1977.
Ibid.

Ilmu yang Pertama mempunyai dua kenyataan. Pertama, sebagai Tanzil. Kedua,
sebagai Pengenalan yang dirujuk kepada diri, alam hakiki dan Tuhan Yang Hak.
Sebagai Tanzil Ilmu yang Pertama [Al-Ilm yakni Ilmu yang Sebenarnya] merujuk
kepada bangsa insani umumnya dan mensifatkan Kandungan sebagai hidayah
yang membimbing ke arah Hak Taala dan petunjuk yang mengarahkan hidup
insan ke jalan yang lurus dan benar.
Pemberian ilmu bergantung kepada kehendak dan kurnia Allah SWT yang
diketahui-Nya layak menerima dan sebab kelayakan menerimanya bergantung
kepada dayakerja serta keikhlasan amal ibadat. Niat dan amal ibadat menjadi
syarat utama untuk menerima ilmu ini. Maka, ilmu syarat utama yakni ilmu
mengenai amal ibadat serta cara gaya wajib bagi seseorang manusia.
Dalam menentukan keabsahan sumber ilmu Islam, perkara paling penting ialah
TANZIL yang mengabsahkan sumber ilmu Islam yakni al Quran diturunkan oleh
Allah SWT. Ini bermakna sumber ilmu Islam datang daripada Allah sendiri. Tiada
sebarang alasan dan takwilan untuk menidakkan semua prinsip dan arahan yang
ada dalam al Quran.
Al-Tanzil juga adalah salah satu nama al Quran *Surah Asy Syuara: 192+ dimana al
Quran telah diturun oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril kepada Nabi
Muhammad SAW.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Tanzil ialah [1] Apa yang diturunkan oleh
Tuhan (spt al Quran), wahyu, ilmu-ilmu yang diberi khusus kepada rasul-rasul
untuk disampaikan kepada umat mereka; mentanzilkan menurunkan (al Quran
dll); ayat-ayat al Quran yang ditanzilkan di Mekah; tanzilkan (sesuatu) yang
ditanzilkan: ayat-ayat~. [2] Ilmu tanzil ialah ilmu yang diberi khusus kepada rasulrasul untuk disampaikan kepada umat mereka. Secara mudahnya, tanzil adalah
penurunan. Penurunan al Quran daripada Allah SWT. Disini kita dapat melihat
sumber ilmu Islam yang sebenarnya daripada Allah SWT, Tuhan Yang Hak sendiri
yang ditanzilkan al Quran [ Surah Ali Imran: 3, Surah al Baqarah: 99, Surah al
Hadid: 9, Surah al Fath: 26, Surah al Hijr: 9, Surah al Furqan: 1]. Justeru, al Quran
MESTI dijadikan sumber ilmu manusia kerana ia bersifat kebenaran mutlak.

Anwar Ma'rufi menyatakan para ulama merumuskan Konsep Tanzil bahawa alQur'an adalah Kalam Allah yang di-tanzil-kan kepada Muhammad SAW melalui
Malaikat Jibril, baik lafaz mahupun maknanya, yang susunan ayat mahupun surah
al-Qur'an merupakan hak Allah sebagai pemilik kitab tersebut. Hanya Allahlah
yang mengetahui alasan mengenai susunan al-Qur'an yang menurut manusia
moden dianggap kurang ilmiah. Dan Mushaf Utsmani adalah satu-satunya Mushaf
Al-Qu'ran yang telah disepakati oleh seluruh kaum Muslim, dimana detail bacaan
dari tafkhimat, tarqiqat, imalat, al-ishmam, wasal dan waqaf terpelihara
sebagaimana pada zaman Nabi.
Md Asham Ahmad menyatakan bahawa kenyataan Allah yang di-tanzil-kan
kepada PesuruhNya Muhammad SAW. Dan apa yang dia fahami pada
keinsafannya adalah kefahaman yang benar terhadap hakikat yang diperkatakan
kerana ia datang dari seorang yang benar [yakni Muhammad] yang telah
menyampai kepadanya perutusan yang benar [yakni al Quran] melalui bahasa
yang mempunyai cukup kewibawaan [Surah Yusuf:2] bagi memperikan hakikat
dan kebenaran seperti yang dikehendaki. Kebenaran itu adalah kebenaran disisi
Allah maka tidak boleh tidak agama berkenaan mesti memberikan BUKTI
pengakuan Tuhan terhadap kebenarannya.4 Memiliki Tanzil ertinya memiliki bukti
kebenaran bahawa agama itu datang dari Allah, Tuhan Yang Hak.
Kesempurnaan bukti kebenaran yang dimiliki oleh Islam melalui Tanzil
membuktikan Islam paling sempurna dan menyakinkan. Keyakinan dan
kesempurnaan ini membuktikan tiada keraguan pada Islam [Surah al Baqarah: 2].
Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, konsep wahyu TANZIL itu memiliki
2 kekhasan yang tak dapat dicari tandingannya dalam konsep kitab suci manapun
dalam agama lain. Kedua ciri khas itu adalah, 1) wahyu Islam diperuntukkan
untuk umat manusia secara keseluruhan (tanpa membezakan waktu dan tempat)
dan 2) hukum-hukum suci yang terkandung dalam wahyu itu tidak memerlukan
pengembangan lebih lanjut dalam agama itu sendiri.5 Dua ciri khas ini
melambangkan kesempurnaan Islam melalui tanzil-Nya. Maknanya, Islam itu
meliputi sesuatu perkara yang berlaku sepanjang saat atau setiap detik [masa4
5

Mohd Farid Mohd Shahran (peny.), Pluralisme Agama, KL:IKIM, 2014


Syed Muhammad Naquib al Attas, Islam and Secularism, Kuala Lumpur: ISTAC, 1993, hlm 31-32

waktu] dan sepanjang zaman [tempat]. Islam juga bersifat keseluruhan bukannya
dijuzuk-juzuk dan tidak perlu ditokok tambah kerana sudah sempurna mencakupi
keseluruhan cara hidup seseorang manusia. Dan jangan memandai memilih hujah
al Quran secara selektif mengikut kepentingan diri dan kelompok.
Justeru, tanzil menjadi asas kebenaran agama Islam. Kebenaran yang ditanzilkan
oleh Allah kepada manusia melalui para rasul adalah bersifat mutlak dan paling
tinggi. Ia mesti diakuri oleh manusia tanpa takwilan *Surah Ali Imran: 7., Surah
Yunus: 39., Surah al Araaf: 53+.

Kebenaran
Kebenaran dalam Islam datang daripada al Quran yang ditanzilkan oleh Allah
SWT. Al Quran adalah sumber ilmu Islam yang paling tinggi dan bersifat mutlak.
Keunggulan sumber ilmu Islam ini terletak pada bukti kebenaran yang berjaya
menyatakan bahawa al Quran diTANZILkan oleh Allah SWT. Oleh itu, kebenaran
Islam datang daripada dua sumber iaitu al quran dan hadith sahih.
Kebenaran terdiri daripada dua jenis iaitu kebenaran mutlak-objektif dan
kebenaran relatif-subjektif-nisbi. Sumber ilmu Islam paling utama adalah al
Quran. Al Quran menjadi panduan mutlak [kebenaran mutlak] manusia yang
beriman kepada Allah. Bukan pada tafsiran al Quran para pentafsir al Quran atau
sarjana Islam tetapi terus kepada al Quran itu sendiri.
Zakir Abdul Karim Naik menyatakan,
Jikalau kamu mahu belajar tentang ISLAM, pergi belajar Islam (al Quran dan
hadith sahih), jangan belajar tentang MUSLIM. Islam itu sempurna, muslim tidak.
Tauhid adalah asas kebenaran Islam. Dengan Ilmu tauhid, kita dapat mengetahui
segala aqidah atau pegangan yang diketahui melalui dalil wahyu yang
dibangsakan kepada agama Islam di kalangan umat Islam. Tauhid atau
kepercayaan asas Islam tidak boleh berubah-ubah mengikut keadaan masa kerana
ia adalah perkara tetap. Dengan kekuatan tauhid kita menolak pemikiran ciptaan
manusia seperti sekularisme, liberalisme dan pragmatisme. Tauhid juga memberi

gambaran bahawa agama lain adalah salah. Kebatilan dan syirik ditentang oleh
Islam. Namun perbezaan ini harus ditangani dengan pendekatan damai dan dalam
konteks ilmu .
Kelompok yang membawa fahaman nisbi [tidak mutlak, relatif, bergantung pada
bandingan dengan yang lain] yang merosakkan kebenaran ilmu pengetahuan iaitu
kelompok al indiyyah yakni golongan yang menerima kebenaran yang pelbagai
berdasarkan sudut pandangan yang berbeza dan kadangkala bertentangan.6
Pendekatan kelompok ini boleh menafikan kebenaran mutlak-objektif bersumber
al Quran yang telah ditanzilkan oleh Allah.
Kelompok al indiyyah sangat ramai pada hari ini terutamanya kalangan anak
muda terpelajar, elitis dan individu yang suka membaca. Umpamanya, mereka
solat dan mengaku Islam tetapi berpemikiran liberalisme, marxisme atau
sosialisme. Campur aduk ini merosakkan kebenaran mutlak dan akhirnya
menjerumus mereka ke lembah kekeliruan dan keraguan. Orang yang beriman
mendapat kebenaran daripada Allah sehingga yakin terhadap al Quran sebagai
sumber ilmu yang meluruskan kebenaran Islam bersifat mutlak dan objektif
[Surah al Hajj: 54].

Keyakinan
Kebenaran datang daripada keyakinan yang paling tinggi dan kefahaman yang
paling jelas hasil daripada ilmu yakni pengkajian terhadap sumber Islam yang
paling benar. Keyakinan adalah kepercayaan bahawa kebenaran datangnya dari
Allah [Surah al Baqarah: 26].
Darjat keyakinan atau keimanan bersangkut paut dengan ilmu dan pengalaman
manusia. Darjat keyakinan terbahagi kepada tiga iaitu
1. Pengetahuan yang yakin *ilm al yaqin]7
6

Wan Mohd Nor Wan Daud, Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib al Attas: Satu
huraian Konsep Asli Islamisasi, Kuala Lumpur: UM, 2005.
7
Surah al Takathur:5

2. Penglihatan yang yakin *ain al yaqin]8


3. Keyakinan yang mutlak [haqq al yaqin].9
Darjat keyakinan menunjuk tahap keimanan atau kepercayaan seseorang manusia
kepada Allah SWT. Ia sesuatu yang sangat berat apabila persoalan keyakinan ini
berkaitan dengan perkara ghaib. Sebagaimana yang ada dalam RUKUN IMAN,10
hanya Beriman kepada Kitab-kitab melalui kitab al Quran menjadi satu-satunya
bukti yang kita nampak. Hanya al Quran yang dapat lihat dengan mata kasar,
rukun iman yang lain semuanya persoalan ghaib dan masa lalu bahkan itu pun
banyak lagi rahsia yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya dalam al Quran.
Darjat keyakinan inilah yang membentuk pandangan alam Islam seseorang
muslim.

Sumber Ilmu Islam


Al Quran al Karim dan al Sunnah yang suci adalah sumber rujukan bagi semua
muslim untuk mengetahui hukum hakam dalam Islam. al Quran difahami selari
dengan kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan membuta tuli dan
memahami hadith yang suci bersumberkan periwayat-periwayat yang thiqah
[Hassan al Banna]
Sumber kehidupan manusia dari segi pemikiran, tindakan, hati dan bicara yakni
satu cara hidup adalah al Quran dan hadith sahih. Kedua-dua sumber ini menjadi
tunjang kepada kebenaran Islam *Surah al Nisa: 59, Surah al Nahl:89, Surah al
Isra: 89, Surah al Hasyr:7+.

8
9

Surah al Takathur: 6-7


Surah al Haqqah: 51
10
1.
1.Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat-malaikat Allah
3. Beriman kepada Kitab-kitab Allah
4. Beriman kepada rasul-rasul Allah
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada qada dan qadar Allah

Al Quran ditanzilkan oleh Allah SWT secara beransur-ansur. Al Quran


mengandungi 114 surah yang diterima melalui riwayat yang mutawatir dari
manusia yang boleh dipercayai, kuat ingatan, jujur, adil dan tidak bermudah
dalam melakukan maksiat dan beberapa syarat yang terkenal di kalangan
pakarnya(al Qari). Dengan takdir-Nya, al Quran dipelihara oleh Allah melalui
proses sebab dan musabbab aktiviti manusia.11 Nabi Muhammad telah
menyarankan agar bacaan al Quran diambil daripada Abdullah bin Masud, Salim
maula Abu Huzaifah, Muaz bin Jabal dan Ubay bin Kaab.
Bermula tahun 12 Hijrah selepas Perang Yamamah, Saidina Abu Bakar dan Saidina
Umar al Khattab mengarahkan penulis wahyu zaman Rasulullah SAW, Zaid Bin
Tsabit mengumpul ayat-ayat al Quran yang dihafaz, dan dicatat pada pelepah
tamar atau kulit kambing. Pengumpulan ini dinamakan mushaf diserahkan kepada
Khalifah Abu Bakar yang terkenal paling beriman dan paling taat kepada Allah
selepas Rasulullah SAW. Tokoh yang terkenal gelaran al shiddiq adalah tokoh
paling layak dan paling wibawa.
Kemudian muncul persoalan bacaan al Quran yang pelbagai setelah Islam
tersebar ke pelbagai wilayah. Sahabat besar Rasulullah SAW, Huzaifah al Yamani
melihat kelompok Islam bertelingkah sesama sendiri dalam peperangan di
Armenia dan Azerbaijan berdasarkan loghat atau dialek masing-masing. Khalifah
Uthman Bin Affan mengarahkan semua mushaf dikumpul dan diarah sahabatsahabat besar Rasulullah SAW menyusun mushaf mengikut bahasa Arab Quraisy
[membakukan pembacaan al Quran]. Mushaf uthmani sahaja yang diakui
keabsahan dan autoritinya, mushaf sebelum ini dibakar dan dimusnahkan. Allah
SWT telah memelihara al Quran daripada dicemari oleh manusia yang berniat
jahat.
Dalam memahami al Quran, kita perlu;
1. Niat yang lurus dan benar
2. Kefahaman bahasa Arab yang betul.

11

Mohd Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-Jamaah, KL: Syathariyah Niaga, 2000.

3. Al Quran mentafsir al Qurannya bukannya mengikut pemikiran dan hawa nafsu


[kepentingan] kita.12
4. Kesan al Quran pada amalan diri pentafsir. [Surah al Hasyr: 7]
5. Ilmu-ilmu alat.
Keistimewaan al Quran yang perlu kita jadikannya sebagai sumber rujukan dan
panduan dalam kehidupan ialah
1. Lafaz al Quran dan maknanya datang daripada Allah SWT. Rasulullah SAW
adalah penyampai kepada manusia. Lafaznya berbahasa Arab [Surah Az Zukhruf:
3]
2. Dipindahkan secara tawatur. Dijauhi daripada pembohongan dan dipindahkan
secara sanad sehingga bersambung dengan Rasulullah SAW.
3. Dijamin oleh Allah daripada sebarang pindaan, tokok tambah dan pengurangan.
Ketulenan terjaga. [Surah al Hijr: 9]
4. al Quran adalah mukjizat. Semua makhluk termasuk manusia tidak mampu
mendatangkan kitab seperti al Quran. [Surah al isra: 88, Surah al Baqarah: 23-24]
Seorang muslim kita perlu menjadikan al Quran sebagai
1. Al Quran sebagai panduan dan rujukan utama-mutlak dalam kehidupan
manusia
2. Sumber keyakinan, kebahagiaan dan kebenaran
3. Akhlak berdasarkan al Quran dan hadith
4. Pandangan alam yang Islamik yang bersumberkan al Quran
5. Menjadikan al Quran sebagai sumber ilmu utama [Surah al Maidah: 16, Surah al
Rahman: 1-4] dalam berhujah, berfikir, bercakap dan bertindak.
ikutilah al Quran dan bukanlah al Quran yang mengikut kamu. Sesungguhnya
sesiapa yang menjadikan al Quran sebagai pengikut, maka al Quran akan
menolak belakang tubuhnya sehingga jatuh ke neraka, dan siapa yang
12

Sesiapa yang *mentafsirkan+ al Quran dengan pemikirannya atau dengan apa yang dia tidak ketahui maka dia
perlu mengambil sebuah tempat untuk dirinya di neraka. ibnu Jarir al Tabari, Abu Dawud, al Tirmizi.

menjadikan al Quran sebagai ikutan, al Quran akan membawanya ke dalam


syurga firdaus

Ilmu dan Kejahilan


Ilmu itu wahai saudara;
Bukan sekadar yakin percaya;
Pastikan benar, ada dalilnya;
Barulah teguh pendirian kita.
[Md Asham bin Ahmad, Falsafah]
Anugerah yang paling utama dan istimewa kurnia Allah kepada makhluk-Nya ialah
ILMU. Ilmu boleh menyebabkan manusia memperolehi kelebihan dan kekuatan
tanpa batasan [Surah al Rahman: 33]. Ilmu menjadikan manusia lebih utama
daripada makhluk yang lain [Surah Maryam: 70]. Ilmu juga menjadikan maqam
dan kedudukan manusia lebih tinggi daripada malaikat [Surah al Baqarah: 34].
Begitulah kelebihan dan keistimewaan ilmu yang mengangkat martabat manusia
di sisi Allah dan makhluk.
Dengan ilmu [wahyu] yang ditanzilkan oleh Allah SWT kepada para rasul-Nya,
darjah para rasul dan orang soleh dimartabatkan. Allah telah memartabatkan
darjah Thalut [Surah al Baqarah: 247], Nabi Daud AS [Surah al Baqarah: 251, Surah
al Anbiya: 80+, Nabi Yaqub *Surah Yusuf:68+ dan Nabi Muhammad SAW *Surah
Taha:114].
Dalam al Quran ada dua konsep ilmu iaitu (1)ilm[ilmu] kepunyaan Allah dimana
tidak timbul persoalan zann [keraguan] atau yaqin dan (2) ilmu manusia yang
berkembang dari zann kepada yaqin. Ia dikenali makrifat.
Peranan utama ilmu ialah membina dan menambah keYAKINan manusia kepada
Allah SWT dengan menghilangkan keraguan[zann]. Dengan keyakinan yang tinggi,
manusia akan lebih dekat dengan Allah SWT. Untuk itu, kita perlulah:
1. Tidak bergantung kepada ILHAM dan SANGKAAN

2. Membersihkan keyakinan dan kefahaman daripada tradisi yang menyesatkan


Seseorang tidak boleh bergantung kepada hujah daripada ilham [ Surah Maryam:
42-43, Surah al Anam: 148+ yang terlintas dibimbangi ia bersekali dengan bisikan
syaitan dan ditenggelami dengan hawa nafsu.
Manusia seringkali mengikut kejahilan dan kesesatan (dalal) bapa atau menurut
sangkaan mereka sendiri. Cara hidup mereka bukan lagi jalan berfikir tetapi jalan
kejahilan. Manusia jahil tidak memahami kebenaran *Surah Anam: 111+ dan
menolak kebenaran *Surah al Nahl: 101, Surah al araf: 187+.
Sesetengah orang kafir mengikut tradisi nenek moyang [Surah Yusuf: 40, Surah al
Najm:23]. Mereka mengikut kejahilan dan kesesatan bapa atau moyang mereka
menurut sangkaan mereka sendiri. Al Quran mengajak manusia menerima
panggilan Allah dengan ilmu dan menyeru mereka meninggalkan adat resam
kejahilan [Surah al Rum: 21-24].
Manusia menolak kebenaran bukan berasaskan kewajaran tetapi semata-mata
kerana kejahilan [Surah al Rum:29]. Kebanyakan mereka disesatkan oleh hawa
nafsu*Surah Anam: 119+ , kehendak yang sia-sia*Surah al Rad: 37+, tanpa
pengetahuan[Surah al Rum:29] dan sangkaan semata-mata *Surah an Nisa: 157,
Surah Najm: 28] sehingga menyebabkan mereka meneruskan kejahilan tersebut.
Ilmu memimpin manusia kepada kejayaan di dunia dan di akhirat [Surah an
Nur:35]. Ilmu membantu manusia mencari, memahami dan mengenali kebenaran
dengan akal mereka [Surah an Anfal: 22]. Islam menolak kejahilan dan al Quran
sendiri menggalakkan manusia berfikir dan tidak memilih jalan kejahilan [Surah al
Anam: 116+.
Hanya Allah SWT yang boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada
sinar keilmuan [Surah al Baqarah: 257]. Punca utama segala ilmu manusia ialah al
Quran yang memimpin manusia ke arah jalan lurus. Al Quran mengajak manusia
mencari ilmu kebenaran dan pada Pesuruh Allah yang diutuskan untuk memimpin
manusia dalam keadaan cahaya keilmuan menuju jalan lurus [Surah Ibrahim:1].
Janganlah jadi seperti lalang;

Ditiup angin tiada kekuatan;


Hapuskanlah segala keraguan;
Itulah sahaja jalan ke hadapan.
[Md Asham Ahmad, Falsafah ]

Pandangan Alam Islam (Worldview)


Kita, apa yang kita fahami dan yakini
Menurut Maulana al Maududi, pandangan alam Islam ialah pandangan alam yang
dimulai dari konsep keEsaan Tuhan (syahadah) yang berimplikasikan pada
keseluruhan kegiatan kehidupan manusia di dunia kerana syahadah pernyataan
moral yang mendorong manusia untuk melaksanakannya dalam kehidupan yang
menyeluruh. Sayyid Qutb pula menyatakan, pandangan alam Islam ialah
akumulasi dari keyakinan asasi yang terbentuk dalam fikiran dan hati setiap
muslim yang memberi gambaran khusus tentang WUJUD dan apa-apa yang
terdapat disebaliknya. Bagi Syed Muhammad Naquib al Attas, pandangan alam
Islam ialah pandangan Islam tentang realiti dan kebenaran yang nampak oleh
mata hati kita dan yang menjelaskan hakikat WUJUD; dan oleh kerana apa yang
dipancarkan Islam adalah WUJUD yang total, maka worldview Islam bererti
pandangan Islam tentang WUJUD. Bagi Ismail al Faruqi pula, tauhid sebagai
pandangan alam iaitu yakin dan menjadi saksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan
Allah. Kalimah syahadah yang memberi rupa kepada keseluruhan cara hidup,
pemikiran, kebudayaan, tamadun dan sejarah umat Islam.
Pandangan Alam Islam mempunyai konsep-konsep yang berpasak tauhid dan
bersumberkan al Quran. Umat Islam tidak boleh mengambil sumber lain,
peradaban asing atau pegangan ciptaan manusia sebagai sumber pandangan alam
mereka. Pasak Tauhid berpegang kepada kalimah syahadah dan hakikat WUJUD

Allah SWT setiap saat dan ketika13. Bagi meningkatkan darjah keyakinan
seseorang muslim, kita boleh berpegang kepada sifir di bawah14;
Ada alam, WAJIB ada Allah.
Ada Allah, HARUS ada alam.
Tiada Alam, MESTI ada Allah.
WUJUD Allah itu adalah Wajibul WUJUD [Wujud Hakiki/Mutlak].
Tindakan kita akan digerakkan atau diatur oleh pandangan alam kita, yakni apa
yang kita faham dan percaya, mengimani atau yakin. Pandangan alam boleh
dipengaruhi oleh nafsu, pengalaman, sejarah, latar belakang, ilmu dan
kepentingan semasa. Pandangan alam diperkuatkan lagi apa yang kita yakini dan
fahami. Bagi mempengaruhi pandangan alam seseorang, kita perlu
mengIslamisasikan pandangan alam orang tersebut.
Pancaran konsep-konsep daripada sumber ilmu Islam yakni al Quran boleh
mempengaruhi pandangan alam seseorang. Konsep-konsep diungkapkan melalui
istilah-kata dasar diterapkan ke dalam pemikiran dan pandangan alam dijelmakan
dalam hujah dan tindakan seseorang.
Umpamanya, Barat mengunakan istilah penjajahan dan imperialisme manakala
Islam mengunakan istilah/konsep al fath iaitu kemenangan atau pembukaan.
Istilah/konsep pancaran al Quran ini akan mempengaruhi pandangan alam orang
tersebut dalam tindakan mereka. Begitu istilah Muhibbah bukannya toleransi dan
hijrah bukannya imigrasi. Ini hanyalah sebahagian kecil contoh.
Pandangan alam Islam juga memerlukan hakikat wujud dalam setiap tindakan.
Dengan adanya hakikat wujud, setiap tindakan atau perbuatan diawali dengan
berfikir tentang Tuhan; keizinanNya, keredhaanNya, kekuatan yang diberi
olehNya, dan kebergantungan insan kepada Tuhannya. Pandangan alam Islam
dengan izin Allah mencorak tindakan, perbuatan atau akhlak seseorang dengan
13

Zainal Abidin Bin Muhammad al Fatani, Aqidatun Najin.


Abdul Ghani Yahya& Umar Yusuf, Risalatut Tauhid. Dipermudahkan oleh Ustaz Ahmad Nafiri dalam buku
Penghayatan Sifat 20.
14

pertimbangan agama; dosa atau pahala, boleh atau tidak, baik atau buruk dan
sebagainya.

Akhlak
Keyakinan yang benar dan pandangan alam Islam yang bersumber al Quran
menerbitkan akhlak yang terpuji. Akhlak adalah kesan daripada ilmu dan iman.
Islam sangat mementingkan akhlak yang sangat mulia yang boleh ditauladani
daripada Nabi Muhammad SAW [Surah al Qalam: 4]. Bahkan Rasulullah SAW
bersabda,
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan-kemuliaan
akhlak [Riwayat al Baihaqi]
Akhlak Islam mesti bertunjangkan prinsip al Quran dan sunnah. Akhlak
merupakan tanda aras pengabdian diri manusia kepada Allah melalui pelaksanaan
ibadah berdasarkan Rukun Islam seperti Solat [Surah al Ankabut: 45+, zakat
[Surah at Taubah: 103], Puasa [Surah al Baqarah: 183], Haji [Surah al Baqarah:97].
Ikuti dengan akhlak Zahir dan akhlak Batin.
Peringkat
Peringkat 1
Peringkat 2
Peringkat 3

Jenis Akhlak
Akhlak dalam ibadah
Akhlak Zahir
Akhlak Batin

Akhlak dalam ibadah sangat penting kerana ia bukti kehambaan diri kepada Allah
SWT. Akhlak dalam ibadah ini adalah buah daripada aqidah-iman-tauhid dan ilmu.
Akhlak Zahir dan Akhlak Batin15 dibahagi kepada dua iaitu mengenali ketaatan dan
maksiat.
Akhlak Zahir diterap melalui ketaatan yakni kebaktian kepada Allah SWT yang
dilakukan oleh anggota-anggota yang zahir. Mengenali maksiat dalam akhlak Zahir
15

Lihat Syeikh Abdul Samad al Palimbani, Hidayah Salikin.

memerlukan kita mengetahui syarat-syarat yang boleh membatalkan syahadah


dan tidak menyalah-gunakan anggota badan untuk melakukan maksiat dan dosa.
Akhlak Batin memerlukan ketaatan secara batin dimana iman seseorang perlu
melawan maksiat dan hawa nafsu diri sendiri. Kita juga perlu memupuk sifat baik
bagi melawan sifat buruk yang terlintas atau ada dalam hati.
Akhlak memerlukan tasawuf. Tasawuf terbahagi kepada tiga iaitu tasawuf tareqat
[zikir], tasawuf falsafah dan tasawuf akhlak. Mohamad Bin Osman atau (Tuan
Guru) Haji Mamat Merbau Patah menyatakan tasawuf bukannya pada zikir,
bukannya pada salasilah, bukannya pada ibadah yang banyak, bukannya pada
suluk, bukannya pada mujahadah tetapi hakikat tasawuf ialah hidupnya jarum
hati memandang hakikat KeTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala
dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang kepada syariat dan hakikat
serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.16
Kata Mohamad Bin Osman di atas membuktikan hakikat WUJUD, sifat Allah itu
sendiri dapat mempengaruhi pandangan alam Islam dan akhlak Islam seseorang
muslim.

Pentafsiran Agama oleh Manusia


Allah adalah Tuhan kami, al Quran adalah kebenaran mutlak dan Islam agama
kami yang benar tetapi pentafsiran kami terhadap agama belum tentu benar.
Pentafsiran kami terhadap agama belum tentu benar disebabkan setiap manusia
mempunyai perbezaan dari segi niat, hawa nafsu, kepentingan, aliran pemikiran
dan kumpulan. Perbezaan ilmu, latar belakang keluarga, pengalaman, zaman,
tempat, masa dan realiti juga mempengaruhi setiap pentafsiran agama oleh
manusia.
Amaran keras kepada sesiapa yang mentafsirkan al Quran tanpa ilmu seperti
kenyataan di bawah;
16

Tokku Ibnu Mohamad, Jalan Ketuhanan&Kebenaran, KT:KIDI, 2004.

Barangsiapa yang mentafsirkan al Quran dengan menggunakan pendapatnya


belaka, tanpa berlandaskan ilmu, maka orang itu tempatnya di neraka [Hadith
Nabi daripada Ibnu Abbas]
Abu Bakar as Shiddiq pernah berkata,
Jika aku mentafsirkan al Quran dengan pendapatku belaka tanpa berlandaskan
ilmu, maka planet bumi manakah yang akan kamu kamu lemparkan kepadaku
atau langit manakah yang akan engkau tutupkan kepadaku?!
Ayat jelas tidak semestinya difahami, tidak dibenarkan berfikir, dilarang bertanya
(tentang) Zat Allah *Imam Malik].
Dalam Prinsip keenam Rukun Faham, Hassan al Banna menyatakan,
Pandangan [Kata-kata] setiap manusia boleh diterima dan boleh ditolak
kecuali kata-kata manusia yang maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yang datang
daripada generasi silam [salafussalih] yang diredai Allah jika bertepatan dengan
kitab dan sunnah kita akan terima. Jika tidak kitab Allah dan sunnah rasulNya
lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau
mengkritik mana-mana individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada
niat mereka.Mereka telahpun menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan
Hanya al Quran mempunyai pandangan atau hujah bersifat mutlak diikuti oleh
hadith sahih. Pandangan sesiapa jua termasuk sahabat Rasulullah SAW perlu
didasarkan kepada al Quran dan sunnah Rasulullah SAW kerana kedua-duanya
bersifat mutlak dan maksum yang tiada sesuatu pun yang boleh melangkauinya
[Surah al Hujurat: 1].
Dalam jadual di bawah, terdapat pendapat ringkas tentang generasi terdahulu
dan sifat mereka. Mereka adalah kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada hemat
penulis, perbezaan mereka dari segi pemikiran dan pendekatan tetap dasar dan
prinsip masih dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun mereka
bertelingkah antara satu sama lain.
Generasi
Salafussalih/Salaf [Sahabat,

Sifat
Tabiin, Mereka berpandukan al Quran dan

Tabi'ut tabi'in]

sunnah tanpa menghuraikan kenyataan


yang
samar
dan
menyerahkan
maksudnya kepada Allah[Surah Ali
Imran: 7].
Mereka
memohon
pengampunan
pertelingkahan dan peperangan sesama
umat Islam [Surah Hasyr:10]

Asyairah-Maturidiah

Salafiah

Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam


Syafie dan Imam Ahmad Hanbal
termasuk dalam kelompok ini.
Imam Abu Hasan al Asyari dan Imam
Abu
Mansur
Maturidi
adalah
pembaharu dalam pengajian akidah
dalam menghadapi cabaran fahaman
baru berasaskan logik akal terutamanya
dari kelompok Muktazilah
Mereka membawa hujah logik dengan
disertakan hujah teks al Quran dan
hadith.
Pelbagai teori mengenai akidah, lahir
fahaman yang bukan sahaja berhujah
mengunakan logik akal tetapi juga
menggunakan falsafah.
Mereka mahu supaya umat Islam
kembali kepada sumber asal Islam
sahaja.
Aliran ini digerakkan oleh aliran Imam
Ahmad Hanbal dan tokoh terkemuka
ialah Imam Ibnu Taimiyyah.
Mereka tegas dalam persoalan akidah
sehingga
berlaku
pertembungan

Neo Salafi

dengan kelompok Asyairah-Maturidiah.


Digerakkan oleh Syeikh Muhammad
Bin Abdul Wahab. Dikenali sebagai
Wahabi. Gerakan ini beraliran Imam
Ahmad Hanbal dan penerus usaha
Imam Taimiyyah.
Tegas persoalan akidah dan menentang
bidaah.
Tiga teras perjuangan mereka ialah
pemurnian akidah dan penegakkan
kehidupan berdasarkan al Quran dan
hadith dan tanpa penekanan kepada
sebuah mazhab sahaja.
Mereka mengangkat pengajian hadith
dan imam-imam hadith seperti Imam
Bukhari

Perselisihan mereka adalah perselisihan pendekatan walaupun kritikan dan


pertelingkahan mereka agak keras kecuali mereka melanggari dasar aqidah.
Masing-masing menyembah Allah, cuma mengenali Allah dengan pendekatan
berbeza iaitu satu kumpulan menggunakan pendekatan Tauhid 3 dan kumpulan
berseberangan mengunakan pendekatan Sifat 20. Perselisihan pendapat dan
pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama [al
quran dan hadith] dan kadangkala kerana perbezaan masa, ilmu, cabaran dan
tempat, keperluan hujah dan pendekatan digunakan adalah berbeza [Abdul Hadi
Awang]. Mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Setiap ulama mempunyai tahap ilmu yang tersendiri dan pertelingkahan mereka
dalam konteks ilmu dan adab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Kita
sebagai orang awam perlu menghindari pertelingkahan dan perselisihan ini
bukannya menyertai atau menyokong mana-mana pihak yang berseteru. Hassan
al Banna menyatakan,

Perbezaan pendapat fikah dalam soal yang kecil tidak sepatutnya menjadi sebab
untuk berpecah. Perbezaan pendapat ini tidak sepatutnya menimbulkan
permusuhan dan persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat
pahalanya. Namun tidak salah untuk membuat kajian ilmiah dalam masalahmasalah yang dipertikaikan selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh
kemesraan dan saling bekerjasama untuk mencari kebenaran. Dengan syarat ia
tidak menimbulkan perselisihan yang tidak diingini dan budaya taksub.
Umat Islam perlu beriltizam dengan al Quran dan sunnah dengan menolak
perkara bidaah dan memerangi secara baik atau berhikmah.
Hassan al Banna menyatakan,
Setiap amalan bidah yang dimasukkan ke dalam agama Allah dan tidak berasas
(diamalkan oleh manusia kerana mengikut selera mereka sama ada mereka
menokok tambah atau mengabaikannya) adalah sesat dan perlu diperangi serta
dihapuskan dengan cara yang terbaik dan tidak membawa kepada keadaan
yang lebih buruk
Dalam menyelesaikan persoalan bidaah, Hassan al Banna mempunyai kefahaman
sederhana dan pendekatan berhikmah. Beliau menyatakan,
Bidah yang dilakukan dengan cara menambah [idhafiyyah] ataupun
meninggalkan[tarkiyyah] atau beriltizam dengan mengamalkan sesuatu ibadat
merupakan masalah perbezaan pendapat dari sudut fikah. Masing-masing
mempunyai pendapat yang tersendiri. Namun tidak salah untuk mencari
kebenaran dengan berpandukan dalil dan bukti
Dalam pentafsiran agama Islam, paling penting adalah rujukan teks atau sumber
ilmu. Kita perlu menerima hujah, pandangan atau pendapat yang datang daripada
sumber ilmu Islam bukannya menerima peribadi sang pentafsir agama. Pentafsir
agama adalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kelemahan dan
kekurangan tetapi pandangan mereka yang bersumber al Quran dan hadith sahih
perlu diterima dengan kajian lebih lanjut. Kita perlu meneliti pelbagai hujah
daripada pelbagai pentafsir agama agar kita tidak terkongkong oleh taklidisme
dan taksub kepada pentafsir agama dan kelompok tertentu.

Ciri pentafsir agama yang baik


1. Merujuk sumber al Quran dan hadith shahih
2. Aqidahnya jelas iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Meng-Esa-kan Allah SWT dan
mengakui Nabi Muhammad pesuruh Allah
3. Ilmu-ilmunya diabsah dan diakui.
4. Seorang yang rabbaniyyah (bersumber ajaran Ilahi)
5. Seorang yang sederhana dan berhikmah dalam pemikiran dan pendekatan
6. Syumul iaitu mengamalkan Islam secara holistik dan tidak menjuzuk-juzuk atau
memilih amalan yang kena pada kepentingan dirinya sahaja. Menerima Islam
sebagai satu cara hidup merentasi geografi, bangsa, masa dan zaman bukannya
sekadar agama seperti fahaman Barat.
7. Beramal dengan ilmu secara istiqamah
8. Menjaga akhlak dengan sifat mahmudah, menjauhi fitnah, adu domba,
tawaduk dan warak
9. Menjauhi diri daripada perkara syubhat dan aliran pemikiran ciptaan manusia.
Tidak mencampur adukkan Islam dengan pemikiran dan kebudayaan asing yang
bertentangan dengan Islam.
10. Niat yang lurus dan benar kerana Allah bukannya kerana nafsu, kepentingan
diri, aliran pemikiran atau kumpulan.

Al Quran Sebagai Sumber Ilmu dan Sumber Perundangan Islam


Di bawah adalah sumber ilmu dan perundangan Islam mengikut keutamaan dan
kekananannya;
1. Al Quran
2. Al Sunnah

3. Al Ijma17
4. Al Qiyas18
5. Al Istihsan
6.Al Masalih al Mursalah
7. Al Urf
8. Mazhab Sahabi
9. Al Istishab
10. Syaru Man Qablana
Kronologi ini mengambarkan keutamaan sumber ilmu dan sumber perundangan.
Manusia mengikut dan mengamalkan ilmu berdasarkan keutamaan ini dan saling
hormat menghormati pendapat yang lain.

Tanggungjawab Allah Terhadap Hasil Penciptaan-Nya


Manusia adalah makhluk pilihan dan istimewa. Manusia jika direnungi diri sendiri,
meletakkan cintanya kepada Tuhan, untuk mengenali dan mendekatiNya, pasti
manusia sendiri akan dapat mengenali Tuhannya [Surah Fussilat: 53].
Jika seseorang manusia menanam pokok bunga, menjadi tanggungjawab manusia
tersebut menjaga pokok bunga yang ditanam. Diletak baja dan disiram air. Begitu
juga Allah SWT bertanggungjawab dengan apa yang diciptaNya.
Allah SWT mencipta makhluk-Nya bukanlah suatu yang sia-sia atau main-main
[Surah al Mukminun: 115-116]. Tanggungjawab Allah adalah menunjukkan
kepada manusia jalan kebenaran dan tidak membiarkan manusia terperangkap
17

Ijma ialah sebulat suara para ulama mujtahidin dari kalangan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW di
atas satu-satu hukum syara.
18
Menyamakan seseuatu masalah yang tidak terdapat nas di atas hukumnya dengan masalah yang terdapat nas
hukumnya. Persamaan itu ialah dari segi hukum yang telah dinaskan kerana wujud persamaan kedua-dua masalah
itu pada illah hukum.

dalam jalan kesesatan dan jalan kebuntuan[ Surah al Layl:12, Surah al Nahl: 9,
Surah Taha: 50]. Allah membimbing setiap satu makhluknya berfungsi sewajarnya
untuk mengabdikan diri makhluk kepada-Nya [Surah al Zariyat: 56]. Maka,
diTANZILkan al Quran sebagai panduan kepada manusia dalam menjalani
kehidupan mereka *Surah an Nisa: 174-175, Surah al Jin: 1-2, Surah al Araaf: 203].
Sesetengah kalangan kita mempersoalkan bahawa Allah mencipta manusia dan
membiarkan manusia ke neraka. Manusia perlu ingat, tanggungjawab dipikul oleh
mereka kerana kesanggupan mereka sendiri MENERIMA tanggungjawab sebagai
khalifah di muka bumi [Surah al Ahzab: 72]. Allah SWT menyatakan orang yang
ikut jalan Allah adalah orang yang benar-benar berilmu [Surah Fatir: 28]. Allah
mentanzil al Quran untuk menunjukkan jalan yang lurus [Surah al Takwir: 27-28]
dan jalan yang selamat [Surah al Maidah: 16] untuk manusia menghadapi cabaran
dan ujian hidup mereka. Al Quran menjadi bukti kebenaran yang nyata memberi
kesedaran dan petunjuk kepada manusia dalam melayari kehidupan mereka
tetapi manusia BODOH [Surah al Ahzaab: 72] dan hati terkunci [Surah
Muhammad: 24] dengan mengingkari apa yang Allah tanzilkan.

Pertimbangan Orang Awam Mendepani Krisis Ilmu Islam


Akhir-akhir ini, umat Islam berada dalam kekeliruan apabila berlakunya
pertembungan dan perselisihan antara para ulama dan aliran pemikiran Islam.
Perkara ini ditambahi oleh konflik politik sesama umat Islam.
Anak muda dan kaum terpelajar pula berada dalam khayali dengan falsafah dan
wacana yang Islam yang tidak bertapak di bumi nyata yakni tanpa disusuli dengan
ibadah.
Lebih perit ada yang mempermainkan agama dan menjauhi agama dengan
dipengaruhi oleh pemikiran ciptaan manusia sehingga ada yang ateis dan hilang
kebergantungan kepada Tuhan.

Di bawah ada 13 pernyataan atau petua19 sebagai pertimbangan kita dalam


mendepani krisis umat Islam pada hari ini:
1. Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan.
Merujuk terus kepada sumber ilmu berdasarkan keutamaan iaitu bermula dengan
al Quran dan al sunnah. Kemudian mengikut pendapat para sahabat dan ulama
muktabar. Mana-mana pendapat yang bertentangan dengan al Quran, WAJIB
ditolak terutamanya ideologi ciptaan manusia.
2. Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk
memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah
bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Al Quran hendak ditafsir
dengan al Quran dan seterusnya dengan hadith bukannya berdasarkan akal dan
nafsu manusia. Sementara sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadis yang
dipercayai.
3. Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak
diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas
agama.Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan
cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui
perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi
yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang mathur.
4. Pandangan dan kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali
kata-kata manusia yang maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yang datang daripada
generasi silam yang diredai Allah jika bertepatan dengan kitab dan sunnah, kita
akan terima. Jika tidak kitab Allah dan sunnah rasulNya lebih utama untuk diikut.
Walau bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana
individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka.
5. Setiap orang Islam yang masih belum mencapai tahap ahli ilmu dalam mengkaji
dalil-dalil hukum dalam masalah furu hendaklah mengikut salah satu imam dalam
agama ini. Namun demikian adalah lebih baik selain mengikut dia berusaha
sedaya upaya untuk belajar dan memahami dalil-dalil tersebut. Dia juga perlu
19

Petua ini merumuskan Rukun Baiah Imam Hassan al Banna.

menerima segala tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil setelah dipastikan
orang yang menunjuk ajar itu adalah orang yang berkebolehan dan berkelayakan.
Jika dia adalah ahli ilmu, dia hendaklah mengatasi kelemahannya dalam bidang
ilmu supaya dia mampu mencapai tahap yang membolehkan dia mengkaji.
6. Perbezaan pendapat tidak sepatutnya menimbulkan permusuhan dan
persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya. Namun tidak
salah untuk membuat kajian ilmiah dalam masalah-masalah yang dipertikaikan
selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh kemesraan, hormat menghormati
dan saling bekerjasama untuk mencari kebenaran.
7. Setiap masalah yang tidak membuahkan amalan tidak perlu dibincangkan
secara mendalam kerana tindakan itu dianggap membebankan diri yang dilarang
oleh syarak. Perbincangan tentang ilmu kalam dan persoalan ketuhanan
berdasarkan falsafah sangat merugikan masa.
8. Mengenali Allah melalui pendekatan Sifat 20 dan Tauhid 3 adalah cara yang
baik dalam usaha kita meng-Esa-kan Allah. Semua ayat dan hadis sahih yang
menyebut tentang sifat Allah dan apa sahaja yang berkenaan dengannya kita
yakini sepertimana yang disebutkan itu tanpa kita tafsirkan mengikut kehendak
kita atau kita tolak sama sekali. Kita tidak akan libatkan diri kita dalam
perselisihan pendapat di kalangan ulama. Kita ambil kebaikan dan ilmu ulama dan
menolak perselisihan mereka. Ilmu mengatasi peribadi ulama tersebut.
9. Jangan mengkafir seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah dan
masih mengamalkan tuntutan dua kalimah syahadah serta menunaikan amalan
fardhu sama ada mengikut suatu pendapat atau kerana melakukan suatu
maksiat-kecuali jika dia mengeluarkan ucapan kufur dan mengakuinya, atau
menolak sesuatu yang menjadi asas agama atau tidak mempercayai kenyataan alQuran yang jelas, atau mentafsir al-Quran menurut cara yang tidak bertepatan
sama sekali dengan gaya bahasa Arab, atau melakukan sesuatu yang tidak boleh
diandaikan kecuali sebagai kufur.
10. Islam perlu diterima secara keseluruhan bukannya memilih yang sesuatu
dengan akal, nafsu dan kepentingan diri atau kumpulan. Kita berada dalam proses

kesempurnaan iman, kita mesti menuntut ilmu dan mengamalkan Islam mengikut
kemampuan dan secara sederhana dan istiqamah. Proses ini merupakan proses
pengislahan ke arah menjadi manusia sempurna atau manusia bertaqwa atau
mukmin dan dalam masa yang sama menghadapi cabaran nafsu, bisikan syaitan
atau iman yang berbolak-balik setiap masa. Manusia penuh kekurangan dan
kelemahan dan berusaha mengatasinya.
11. Islam bukan sekadar ilmu pengetahuan, keseronokan berhujah dalam wacana
ilmu, mencampur aduk pemikiran Barat dan Islam, pembacaan yang banyak,
sanad ilmu yang berjela-jela, madrasah yang terbaik dan guru yang ternama.
Islam adalah kelurusan aqidah, ibadah, pengamalan ilmu dan istiqamah dalam
pengamalan. Islam juga mengunakan pendekatan damai, sederhana dan berkhilaf
dalam konteks imu dan adab. Semuanya kerana Allah.
12. Setiap bidaah dalam agama Allah yang tiada asal prinsip dan melanggari nas al
Quran walaupun menurut nafsu adalah baik mesti ditolak. Penolakkan seharusnya
dibuat dengan pendekatan paling baik. Kepelbagaian pendekatan untuk
mendekatkan orang ramai dengan Islam diterima selagi tidak melanggar prinsip
dan nas al Quran.
13. Kita tidak menolak tasawuf yang kita akui jalinan ilmu antara Tauhid, Feqah
dan Tasawuf. Tasawuf terbahagi 3 iaitu tasawuf falsafah, tasawuf tareqat [zikir]
dan tasawuf akhlak. Selagi tasawuf tareqat dan tasawuf falsafah tidak melanggari
al Quran dan hadith, kita boleh mengamalkannya.
Kemunculan Kelompok Reformis Muslim
Bermulanya sesuatu tindakan atau perbuatan perlu mengambil kira persoalan [1]
aqidah yang lurus, [2] niat yang betul, ikhlas dan benar, [3] pendekatan yang betul
lagi benar dan [4] kesan daripada perbuatan tersebut. Melakukan pengislahan
dalam masyarakat Islam memerlukan keempat-empat elemen di atas agar kita
tidak terbabas dalam perbuatan atau tindakan kita.
Kelompok reformis Muslim bukanlah reformis Islam bahkan istilah reformis itu
tidak sesuai kerana ia bersifat pembaharuan Islam. Istilah yang sesuai ialah islah
iaitu pemulihan atau baiki atau permurnian semula. Islam tidak memerlukan

pembaharuan tetapi umat Islam memerlukan islah dan kembali kepada Islam
yakni al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kembali kepada Islam bermakna
keyakinan, keimanan, amalan, tutur kata, adab, politik, sosial, ekonomi, pemikiran
semuanya berdasarkan sumber ilmu Islam bukannya sumber ilmu dan
kebudayaan asing.
Pada ketika ini, gerakan reformis Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu [1]
kelompok reformis Islam ala Barat dan [2] kelompok reformis Islam Kalangan
Ulama.
Kelompok Reformis Islam ala Barat kebanyakannya berlatarbelakang Barat dan
memahami Islam daripada kacamata Barat. Mereka menjadikan Islam dan umat
Islam sebagai sang tertuduh dan dihukumkan SALAH tanpa hujah balas. Mereka
mengaku Islam tetapi tidak mengetahui kaedah-kaedah ilmu dalam tradisi
intelektual Islam. Kelompok ini memahami Islam melalui kebenaran relatif
menyebabkan keimanan mereka tumpul untuk mengimani ayat-ayat al Quran.
Ada sesetengah mereka mengakui mengimani ayat-ayat al Quran tetapi tidak
mengamalkan ayat tersebut. Ilmu Islam dijadikan sebagai pengetahuan yang
menyeronokkan wacana dan alat untuk berhujah bukannya mendekati diri
dengan Allah dengan mempraktiskannya.
Kelompok reformis Islam ala Barat meneruskan lagi usaha para orientalis Barat di
tanah air umat Islam dan didanai oleh para pendana daripada Barat. Mereka
membina badan pemikir, melatih kader dan menerbitkan buku untuk
mempengaruhi pemimpin muda dan kelompok terpelajar agar mengikut
kehendak pemikiran orientalis Barat. Atas nama pembaharuan pemikiran, ia
menjerumus masyarakat ke lembah kekeliruan dan keraguan.
Sebahagian kelompok Reformis Islam kalangan ulama tidak mementingkan akal,
bersifat literalis riqid pada teks. Ia menambah unsur kekerasan dan tegas tidak
bertempat dalam dakwah Islam. Sebahagian lagi kelompok ini terlalu
mementingkan akal dan berkemahiran berhujah dengan pelbagai dalil dan
menepati metodelogi Islam. Ilmu mereka benar tetapi tujuan mereka tidak
benar. Ia kelihatan pada tindak tanduk mereka yang merugikan Islam dan umat
Islam.

Kita dapat mengesani kelompok ini melalui pemerhatian gerakan mereka,


mentelaah pemikiran mereka dan bergaul dengan mereka.
Antara perkara yang kita boleh kesani dalam kelompok reformis ini ialah
1. Tidak mempunyai Tasdiq20
2. Islam tidak diterima secara syumul *Surah al Anam: 162-163]
3. Hujahan bersifat selektif yang memenuhi kepentingan diri dan menolak
sebahagian yang lain daripada al Quran dan hadith sahih. Menjuzuk-juzukkan al
Quran kepada kepentingan diri dan kumpulan.
4. Hujah mereka bercampur aduk antara hujah al Quran dan hadith dengan
pemikiran Barat dan Timur sehingga menenggelamkan dalil dan hujah al Quran
dan hadith.
5. Mereka menerima kebenaran relatif bukannya kebenaran mutlak.
6. Mereka mempunyai ilmu Islam yang tinggi tetapi keimanan yang tumpul dapat
dilihat dari segi cara hidup mereka yang sudah tentu dapat dikesan daripada
kefahaman Islam, akhlak dan tahap keimanan mereka.
7. Mereka mengetahui nas tetapi mereka tidak mengetahui metodelogi ilmu Islam
yang sebenar.
8. Memahami secara literal yakni hanya memahami teks bukannya konteks.
9. Bermudah-mudahan dalam ijtihad.
10. Melanggari 4 elemen dalam perbuatan iaitu persoalan [1] aqidah yang lurus,
[2] niat yang betul, ikhlas dan benar, [3] pendekatan yang betul lagi benar dan [4]
kesan daripada perbuatan tersebut.

20

Iman ialah Tasdiq (membenarkan). Itikad dengan hati kepada apa yang diketahui yang ianya daripada Din Islam
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta ikrar dengan lidah dan amal. Tasdiq itu mestilah juga menerima
serta redha dengan semuanya, tidak ada ingkar dan perasaan ragu serta tidak menjuzuk-juzukkan kepercayaannya.
[Abdul Hadi Awang]

11. Melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang melayakkan diri sebagai seorang
mujtahid
12. Tidak boleh mentafsir agama dengan akal dan hawa nafsu semata-mata. Islam
ada kaedah-kaedah ilmunya.
13. Al Quran tidak memberi kesan kepada diri mereka. Mereka tidak menjadikan
al Quran sebagai panduan hidup walaupun mereka berkobar-kobar berhujah dan
tinggi pengetahuan agama.
Kesimpulan
Manusia perlu mengikuti sumber ilmu paling berautoriti dan tulen iaitu al Quran.
Keunggulan al Quran kerana al Quran ditanzilkan oleh Allah SWT. Maknanya, Allah
SWT sendiri adalah sumber ilmu Islam yang ditanzilkan melalui al Quran yang
mengandungi arahan, panduan, perintah dan larangan perlu dipatuhi oleh
manusia. Al Quran juga sebagai sumber rujukan (ilmu) untuk kehidupan manusia
mencakupi tauhid, hukum hakam, pemikiran, akhlak, tasawuf dan pelbagai aspek
kehidupan yang lain.
Wallahu alam.

You might also like