You are on page 1of 25

HIKAYAT BERSIKAP: ISLAM DAN SEPILIS DALAM MASYARAKAT HARI INI

Di akhir usia, berpendirian dan berprinsip itu penting untuk menjejak pintu syurga
Oleh Aku Dalam Chermin1

Kata Mula
Peningkatan usia menandakan semakin dekat dengan alam kubur dan api neraka.
Usia berbaki membolehkan kita merenungi alam dan berdoa agar mendapat
hidayah dan bersedia menghadapi mati dalam keadaan menjadi manusia yang
beriman dan bertaqwa.
Artikel ini adalah nota penulis yang membicara serba sedikit tentang Islam dan
Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme [SEPILIS].
Worldview Islam-Melayu dan Politik Kepartian
Perbilangan adat berbunyi:
Adat bersendikan hukum
Hukum bersendikan Kitabullah
Kuat adat tak gaduhkan hukum
Kuat hukum tak gaduhkan adat
Ikut hukum muafakat
Ikut adat muafakat
Begitulah perbilangan adat Melayu yang menunjukkan peradaban Melayu
dipengaruhi oleh Islam. Adat bersendikan hukum, Hukum bersendikan
Kitabullah. Dua barisan ayat ini mengambarkan adat Melayu bersumberkan kitab
Allah SWT iaitu al Quran. Ia juga mengambarkan berlakunya Islamisasi terhadap
adat apabila unsur-unsur Islam telah mengikis unsur-unsur Kebudayaan HinduBuddha yang pernah dianuti oleh sebahagian pemimpin dan rakyat ketika itu.
Unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam secara
automatiknya tertolak.
1

Penulis seorang pembaca buku dan pengembara. Pendokong Gerakan Menolak Sekularisme, Pluralisme dan
Liberalisme [SEPILIS] dan pendokong Ahli al Sunnah Wa al Jamaah.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Islamisasi: Islamisasi adalah


pembebasan manusia, pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animis,
kebangsaan dan kebudayaan, dan selepas itu (pembebasan) akal dan bahasa
daripada pengaruh sekularisme. Tambah Syed Muhammad Naquib al Attas lagi,
Islamisasi ialah proses dua hala: pembebasan diri dan pengembalian diri kepada
kejadian asalnya, kepada fitrah.
Langkah pertama Islamisasi ialah Islamisasi akal dan pemikiran melalui Islamisasi
bahasa.2 Bahasa bukan sahaja jiwa bangsa tetapi menyebabkan perubahan
worldview masyarakat Islam. Perubahan ini tidak melibatkan parti politik atau
masyarakat tetapi pada akal dan diri mereka yang berkewajipan mengetahui dan
bertindak dengan adil dan hikmah.3
Langkah kedua Islamisasi ialah pendidikan melalui kurikulum. Kemudian, diikuti
Islamisasi sistem dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi.
Selagi Islamisasi akal dan pemikiran tidak berjaya dilakukan, pengembalian Islam
dalam sistem dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi tidak
berupaya diusahakan.
Dalam tradisi Islam-Melayu, Islamisasi akal dan pemikiran telah dilakukan oleh
para ulama yang mendekati, menasihati dan mendidik pemimpin dan ilmuwan
Melayu sehingga mereka menganuti Islam secara zahir dan batin melalui
pemikiran mereka. Maka, muncullah pemerintahan Islam melalui kerajaankerajaan Melayu-Islam.
Kedatangan dan campurtangan Barat sebagai penjajah, imperialis, kapitalis dan
birokrat telah mengikis pengaruh Islam dalam kalangan pemimpin dan ilmuwan
Melayu sehingga berlaku pelunturan Islam atau penyah-Islamisasi berlaku dalam
kerajaan, masyarakat dan organisasi Melayu Islam. Islam telah ditempatkan hanya
sebagai agama dan adat istiadat bukan lagi sebagai satu cara hidup dan satu
sistem dalam empayar atau kerajaan Melayu.

2
3

Bahasa Arab telah diIslamisasikan oleh al Quran.


Pencerahan daripada Syed Muhammad Naquib al Attas.

Perundangan Islam dimansuhkan oleh penjajah walaupun mereka hanya


dikatakan menaungi negeri-negeri Melayu.
Pada hari ini, realiti dominan masyarakat Melayu-Islam, sejarah dan kehendak
politik masih berupaya mengembalikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia
termasuk Islam bernegara dalam pemerintahan dan kebudayaan negara.
Malangnya, perbalahan politik dan pengaruh sekularisme yang merebak dalam
masyarakat menyukarkan pengembalian Islam ini.
Usaha gigih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang cuba mengembalikan Malaysia
sebagai sebuah Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud masih lagi gagal
walaupun memenangi Kelantan secara demokrasi. Pelaksanaan Negara Islam dan
Hukum Hudud memerlukan model kerana Malaysia sebuah negara majmukpelbagai kaum dan agama. Justeru, PAS sangat memerlukan wilayah yang teras
masyarakat dan kehendak politiknya Melayu-Islam. Negeri Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis adalah negeri teras Melayu-Islam. Penguasaan negeri-negeri ini
memberi peluang kepada PAS mewujudkan model Negara Islam dan Hukum
Hudud. Malangnya ia digagalkan oleh elemen sekularis di peringkat kerajaan
persekutuan.
Usaha berterusan PAS dan elemen Islam dalam kerajaan perlu dilakukan secara
padu. Malangnya, elemen sekular-liberal dalam kerajaan dan parti pembangkang
menjadi duri dalam daging kebangkitan Islam. Gangguan ini berkekalan ekoran
faktor politik kepartian iaitu kerenggangan hubungan antara PAS dengan UMNOBN.
Elemen Islam dalam kerajaan dan PAS perlu memantapkan sistem pengkaderan
mereka dengan menanamkan penerapan worldview Islam ke dalam diri kader dan
meletakkan mereka dipelbagai penjuru institusi kerajaan. Kader yang menjadi
pemimpin dan ilmuwan ini diharapkan dapat mendidik anak buah mereka dalam
organisasi mereka agar bertuhan sekaligus membawa bersama-sama impian
pengembalian Islam dalam pemerintahan negara kita walaupun tanpa nama
Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud hanya terhad di wilayah teras
Melayu-Islam sahaja. Semoga usaha itu menjadi permulaan dakwah
memperkenalkan Islam sebagai pemerintahan dan perundangan.

Worldview Islam adalah suatu pandangan terhadap sesuatu perkara atau isu
melalui kaca mata Islam dan iman berdasarkan sumber rujukan ilmu Islam iaitu al
Quran dan al Sunnah. Al Quran sarat dengan pelbagai konsep-konsep tentang
kehidupan yang tersendiri melalui pengistilahan kata dasar yang yang tersendiri.
Konsep-konsep yang datang dan difahami dalam perspektif Quranik menghasilkan
framework atau kerangka pemikiran yang tersendiri yang jelas berbeza daripada
worldview dan framework Barat.
Worldview dan framework diterap melalui keluarga, persekitaran setempat,
kebudayaan setempat dan paling penting sistem pendidikan. Semasa penjajahan
British, pihak penjajah telah menghuru-harakan sistem pendidikan dengan
menubuhkan sekolah beraliran Inggeris dan sekolah elit untuk melahirkan para
birokrat Melayu dalam kalangan anak raja dan bangsawan. Lahirlah Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang melatih pegawai Melayu mempunyai acuan
pemikiran dan cara hidup penjajah. Ramai anak raja dan bangsawan telah
dihantar ke luar negara untuk mendapatkan pendidikan. Kesannya, worldview dan
framework bakal Sultan dan pentadbir negara kita dipengaruhi oleh worldview
dan framework Barat sehingga akhlak para pentadbir ini mengikut Barat. Akhlak
adalah buah kepada iman. Dengan worldview dan framework Barat, buah yang
dihasilkan adalah rosak. Pusingan ini berterusan sehingga pada saat ini (2016).
Seorang Islam belum tentu Islamik
Seorang mempunyai tauhid belum berpemikiran tauhidik
Seorang yang beriman belum tentu mengimani
Seorang yang beriman belum tentu bertaqwa
Seorang ucapannya dan fizikalnya beriman belum tentu otak-pemikiran dan jiwa
beriman
Seorang muslim belum tentu mukmin.

Sumber Ilmu Islam


Sumber ilmu Islam ialah al Quran, al Sunnah dan akal. Dalam Islam, terdapat
sumber mutlak dan sumber tidak mutlak. Al Quran adalah sumber mutlak tanpa
kompromi. Al Quran dan al Sunnah bukan sekadar pengetahuan yang hanya
diwacana atau pengetahuan tanpa kesudahan. Sumber Islam [al Quran dan al

sunnah] berbeza dengan sumber ilmu yang lain kerana Islam bersifat praktis. Ia
bukan sekadar bicara dan fikir sahaja, ia praktis dan praktis.
Sesungguhnya akhlak Nabi itu adalah al Quran [Riwayat Muslim]
Rasulullah SAW menjadikan al Quran itu sebagai praktis dalam kehidupan
baginda. Al Quran dan al Sunnah adalah KPI sesorang yang beriman dan
bertaqwa. Sheikh Muhammad al Ghazali menamakan Darjat al Quran. Generasi
terdahulu membaca al Quran dengan memahami, menghayati dan mempraktis al
Quran dalam kehidupan mereka sehingga mencapai Darjat al Quran. Sebaliknya,
kita pada hari ini membaca dan memahami al Quran dengan meletakkan al Quran
setaraf dengan kehendak akal dan nafsu kita sahaja.
Al Quran dan al Sunnah menjadi sumber rujukan atau panduan ilmu [Sumber
Ilmu-al Quran dan al Sunnah] dalam kerangka kehidupan [al Quran dan al Sunnah]
untuk mencapai matlamat, tujuan dan makna kehidupan [al Quran dan al
Sunnah]. Ini bermakna dari rujukan al Quran dan al Sunnah, untuk mencapai
matlamat al Quran dan al Sunnah melalui pendekatan contoh tauladan al Quran
dan al Sunnah.
Cara/gaya hidup Nabi Muhammad SAW dalam suasana al Quran. Imam Shafie
berkata, Sesungguhnya Sunnah itu ialah pemahaman Nabi terhadap al Quran
atau baginda mencurahkan fahamannya kepada al Quran, sehingga hidupnya
terikat rapat dengan al Quran zahir dan batin sepenuhnya.
Intisari al Quran mengandungi prinsip-prinsip atau dasar-dasar Islam termasuk
syariat yang wajib diyakini dan dipraktiskan. Tiada alasan atau hujah yang boleh
menyangkal syariat.
Kita sebagai umat Islam yang beriman wajib menyakini al Quran dan al Sunnah
sebagai sumber rujukan kehidupan kita. Kita hendaklah semampu mungkin
mengikut kehendak al Quran dan al Sunnah dalam hidup kita.
Sumber ketiga Islam ialah akal4. Dalam syarah kitab Bakurah al Amani, Tuan Guru
Haji Salleh Musa, Sik mengatakan akal ialah satu sifat yang Tuhan bubuh [letak]
4

Asalnya akal adalah alat tetapi bertukar menjadi sumber ketiga dengan syarat tidak melanggar al Quran dan Al
Sunnah itu sendiri. Setiap keputuan akal perlu tunduk kepada syarak. Apa itu syarak?. Tuan Guru Haji Salleh Musa

dalam hati sunubari dan bersambung sampai kepada otak kepala. Akal
berperanan membezakan antara yang baik dan buruk [keji]. Daripada akal inilah
datang hukum-hakam fiqh yang dibahaskan atau diusulkan oleh para ulama. Di
bawah pembahagian sumber akal dalam Islam;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

al-ijma
al Qiyas
al Itihsan
al Masalih al Mursalah
al Urf
Mazhab Sahabi
al Istishab

Sumber akal dalam Islam sangat berkaitan dengan kewibawaan seorang


penghujah dan kekuatan hujah yang paling dekat dengan al Quran dan al Sunnah.
Penghujah yang menggunakan hujah akal tidak boleh melampaui batasan al
Quran dan al Sunnah. Jika tidak, apa yang dihujahkan secara automatiknya
terbatal.

Sikap Terhadap Kebenaran Mencetus Pendirian dan Kefahaman Kita


Semua agama benar, menurut kepercayaan dan keyakinan masing-masing
adalah benar tidak salah kerana menurut kepercayaan masing-masing hasilnya
adalah relatif. Tetapi sudah tentu ada agama paling benar yang bersifat mutlak
*****
Siapakah sebelum Tuhan?
Siapakah yang mencipta Tuhan?
Dimana Tuhan pada saat ini?
Semua pertanyaan di atas adalah pertanyaan nakal yang mahu mengoncang
keimanan.

Sik mengatakan bahawa syarak terbahagi dua iaitu hakiki (Allah) dan Majazi (Nabi Muhammad). Syarak itu sendiri
dekat dengan istilah tuhan. Mahkamah Syarak ertinya mahkamah yang mengunakan hukum Allah.

Sebelum menyatakan pendapat, kita tanya dahulu diri kita. Kebenaran yang
sebagaimana kita mahu pilih dalam usaha kita menyatakan pendapat. Kebenaran
ada dua jenis, kebenaran bersifat objektif dan kebenaran bersifat subjektif. Dalam
perbincangan dan wacana serta dalam pemikiran kita, sifat kebenaran yang mana
satu yang seringkali mendominasi akal fikiran kita.
Dalam pengkajian teologi, pertanyaan seperti di atas memerlukan pengkajian
kebenaran secara objektif bukannya subjektif, rasional bukannya emosional,
menggunakan akal bukannya hati. Jika memilih pengkajian kebenaran secara
subjektif, kajian tersebut akan menghasilkan atau menambahkan lagi keraguan,
relatif, kesangsian, tiada kesudahan, tidak menyelesaikan persoalan dan tidak
mendapat jawapan. Semua ini menunjukkan kebenaran subjektif itu terbatas.
Pemikiran manusia memerlukan titik kesudahan atau hujah yang dimutlakkan
bukannya berhujah meleret tanpa penyelesaian. Justeru, pengkajian kebenaran
bersifat objektif perlulah menjadi pilihan bagi sesiapa yang mahu bertuhan.
Pengakhiran sebuah pemikiran adalah YA atau TIDAK. Persoalan YA atau TIDAK ini
menunjukkan kelemahan sifat manusia. YA disisi saya belum tentu YA disisi anda.
Oleh itu, perbezaan akan terus berlaku dan tiada kesudahan. Justeru, kita
memerlukan sumber ilmu yang boleh dijadikan sebagai HAKIM dalam
memutuskan titik noktah atau jawapan muktamad dalam persoalan teologi kita.
Sumber itu ialah al Quran. Al Quran yang datang daripada Allah, Tuhan Pencipta
Alam Raya ini.
Ada yang mendakwa kebenaran adalah relatif tetapi Tuhan adalah mutlak.
Kebenaran umpama jalan atau pintu masuk mengapai pencarian Tuhan. Setiap
kebenaran memerlukan pintu masuk yang benar untuk mengapai menemui Tuhan
yang sebenar. Jika melalui pintu atau jalan yang tidak benar, kita akan akan
mensyirikkan Allah SWT. Kita tersesat dalam mencari Tuhan, satu perbuatan yang
sangat sia-sia.
kalau nak tahu kelazatan laksa, makanlah laksa. Jangan makan maggi kari.

Sikap Berguru

Tradisi keilmuan Islam bersifat hormat-kritis. Sifat hormat-kritis ini cukup menarik
dalam menghilangkan rasa taksub dan jumud.
Dalam Islam, jika sumber ilmu kita betul dan benar yakni berhujah menggunakan
wahyu, kita boleh berbeza pendapat dengan orang lain yang mencedup pendapat
lain daripada sumber wahyu yang sama. Rasulullah SAW bersabda, Apabila
seorang hakim berhukuman, maka dia berijtihad; sekiranya betul, baginya dua
pahala. Sekiranya salah, baginya satu pahala.
Kita sayang dan hormat ulama tetapi kita lebih menghormati dan sayangkan
kebenaran bertunjangkan al Quran dan al Sunnah. Justeru, kita melihat kehadiran
banyak mazhab dalam Islam yang berpunca daripada hujah al Quran, al Sunnah
dan akal. Akal digunakan tidak boleh mengatasi syariat kecuali dalam perkara
umum yang tidak dinyatakan dalam syariat. Imam Shafie berguru dengan Imam
Malik, kemudian Imam Shafie mewujudkan mazhabnya sendiri. Bukanlah
bertujuan melawan pendapat gurunya, Imam Malik tetapi pendapat Imam Shafie
digunakan dalam suasana dan tempat yang berbeza dengan Imam Malik.
Tiada orang yang maksum kecuali Rasulullah SAW. Manusia lain kebarangkalian
melakukan kesalahan sangat besar disamping iman boleh berbolak-balik pagi dan
petang. Manusia dinilai pada keputusan, tindakan dan pemikiran semasa
bukannya pada latarbelakang masa lalu. Dan kita tidak mampu menghukum apa
yang belum berlaku pada masa akan datang.
Cara mengkritik guru penuh beradab-cara yang betul, tidak emosional dan hujahhujah yang diselidik diyakini benar. Kita ambil ibrah daripada pesan Imam as
Syafie, siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benarbenar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia
sebenarnya menghinamu.

Aku Ulama, Kamu Juga Ulama!


Jangan marah dan salahkan ulama jika diri kita sendiri tidak mahu menjadi
ulama!. Mahu menjadi ulama maksudnya kita mesti belajar dan terus belajar ilmu
pengajian Islam. Semua orang layak dan mempunyai kemampuan untuk menjadi
seorang ulama yang mempunyai tahap-tahap ilmu tertentu. Ulama bukannya

eksklusif untuk orang-orang tertentu sahaja. Dari segi ilmu, ulama dengan
orientalis adalah sama. Perkara yang membezakan kedua-dua kelompok ini ialah
Islam, iman dan taqwa.
Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama ada pelbagai peringkat. Penulis
bersetuju dengan pendapat beliau. Ulama ada pelbagai peringkat berdasarkan
tahap ilmu, amalan dan taqwa mereka. Sudah tentu seseorang yang mahu
menjadi seorang ulama perlu memenuhi syarat-syarat seorang ulama.
Kita perlu berusaha menjadi seorang ulama dalam erti kata yang sebenarnya.
Ulama bukan sahaja datang daripada lulusan bidang agama. Ulama datang
daripada usaha orang beriman yang belajar dengan gigih untuk meningkatkan
ketaqwaan mereka dan mendekat diri mereka dengan Allah dengan
mempraktiskan Islam sebagai satu cara hidup. Justeru, kita kena lengkapkan diri
kita dengan syarat dan kelayakan asas seorang ulama;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Mesti menguasai bahasa Arab


Mesti mengetahui al Quran
Mesti mengetahui Sunnah
Mesti mengetahui Usul al Fiqh
Perlu mengetahui masalah-masalah yang telah diijma
Perlu mengetahui Maqasid Syariah
Kesediaan fitrah untuk berijtihad
Adil dan bertaqwa

Penuhi syarat dan kelayakan di atas, baru kita mampu berijtihad tanpa
bersandarkan para ulama semasa. Syarat dan kelayakan di atas mampu dilakukan
oleh semua manusia yang mahu menguasai ilmu-ilmu Islam. Syarat dan kelayakan
1 hingga 6, mampu dimiliki oleh para orientalis dan para munafik melalui usaha
mereka yang rajin dan gigih. Kalau mereka mampu, kita sebagai umat Islam
sepatutnya malu dan berusaha mengatasi mereka.

Pentafsiran Agama Islam


Agama Islam bukan milik mutlak kelompok ulama atau sarjana Islam. Agama
Islam milik semua manusia khususnya Umat Islam. Agama Islam boleh ditafsir

sesiapa jua dengan syarat-syarat tertentu. Agama Islam boleh ditafsir oleh orang
yang belajar agama tetapi tidak semestinya lulusan bidang keagamaan. Antara
syarat dan kelayakan asas orang yang boleh mentafsirkan agama menurut
Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa pimpinan Dr Yusuf al Qaradhawi ialah;
1. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam ilmu al Quran dan hadis yang
membolehkannya untuk mengeluarkan hukum daripada kedua-duanya
2. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan segala ilmu
berkaitan dengannya.
3. Mempunyai pengetahuan dalam ilmu usul fiqh dan maqasid syariah.
4. Mengetahui fiqh, perselisihan para ulama dan kecenderungan mereka
sehingga terbentuknya suatu keupayaan dalam bidang fiqh dengannya, dia
mampu mengeluarkan hukum-hakam berbentuk praktikal melalui dalildalilnya yang mendalam.
Orientalis dan sarjana muslim seringkali menafsirkan agama walaupun
kebanyakan pendapat mereka mengikut kehendak akal dan nafsu mereka sahaja
bukannya kehendak Allah SWT dan RasulNya. Pentafsiran agama Islam mesti
mengutamakan sumber al Quran dan al Sunnah. Penerimaan al Quran dan al
Sunnah WAJIB secara keseluruhan bukannya mengikut kepentingan diri.
Dalam pentafsiran agama Islam dalam kehidupan, setiap muslim yang beriman
perlu berusaha untuk belajar agama Islam agar mencapai Darjat al Quran dan
Darjat Meneliti hujah. Darjah al Quran mempraktiskan al Quran dalam
kehidupan tanpa kompromi. Menurut Ali Abdul Halim Mahmud, Darjat Meneliti
ialah satu keupayaan untuk memahami hukum hakam dan dalil-dalil syara.
Setiap muslim yang belum mencapai darjat meneliti perlu mengikuti ijtihad imam
tertentu dalam kalangan ulama mujtahid dalam agama. Walau bagaimanapun, ia
tidak memadai kerana setiap muslim perlu berusaha untuk mempelajari agama
Islam agar mengetahui dan mengenali dalil-dalil pegangan para ulama tersebut
agar ilmu yang kita yakini itu benar dan datang daripada kesedaran kita sendiri.
Bertaklid jangan sampai membawa kita ke neraka. Justeru, pengilmuan Islam
dalam diri itu penting dalam mencapai Darjat Meneliti tersebut.
Dengan mencapai Darjat Meneliti ini, semua orang adalah ulama yang faqih
dalam bidang agama. Dan kita semua beruntung menjadi pewaris nabi.

Sesungguhnya orang alim itu, diminta ampunkan baginya oleh sesiapa yang di
bumi dan di langit sehingga di dalam air. Dan kelebihan orang alim di atas orang
yang beribadat seperti kelebihan bulan di atas segala bintang-bintang.
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi [ Riwayat Abu Daud dan At
Tarmizi]
Beruntungnya kita menjadi pewaris para nabi tetapi ia juga paling mudah
membawa kita terjerumus ke dalam neraka.

Mencari Wajah Islam Dalam Pengolakkan Pemikiran


Para pengkritik saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi intipati,
hakikat dan rujukan masih Quran dan Sunnah. Jika sesuatu itu jelas bercanggah
dengan rujukan pedoman asasi ini, kita akur dan menerimanya-[Anwar Ibrahim]
Kita seringkali terperangkap dalam menilai usaha seseorang yang mahu mengislah
masyarakat Islam. Para reformis/pengislah juga terperangkap dalam agenda
pembaratan ketika berusaha melakukan pengislahan dalam masyarakat. Semua
ini berlaku kerana kita tidak mampu membaca bisikan niat seseorang dan tidak
mampu menilai keikhlasan hati seseorang. Justeru, tepat sekali ucapan Dato Seri
Anwar Ibrahim [selepas ini Anwar Ibrahim], jadikanlah al Quran dan al Sunnah
sebagai HAKIM dalam menilai ucapan, pemikiran dan tindakan kita atau orang
yang dinilai. Pihak pengislah boleh dibahagikan kepada
1. Mereka berjuang Islam secara keseluruhan merangkumi bidang sosial, ekonomi
dan politik. Sumber rujukan mereka hanya Islam.
2. Mereka berjuang Islam melalui pendekatan Barat, sumber rujukan bercampur
aduk antara dalil wahyu dengan hujah pemikiran sarjana Barat dan Timur. Dalam
banyak keadaan hujah pemikir mendahului dan mengatasi dalil wahyu.
3. Mereka berjuang Islam mengikut salah satu pendekatan Islam tetapi menolak
pendekatan Islam yang lain. Mereka menolak politik Islam umpamanya.
4. Mereka menerima Islam sebagai agama sahaja bukannya cara hidup yang
menyeluruh. Mereka mahu Islam mengikut kehendak mereka.

Perjuangan Islam secara keseluruhan, dalil merujuk kepada sumber ilmu Islam
iaitu al Quran dan al Sunnah, menggunakan wasilah Islam; Untuk Islam, Dari
Islam, Oleh Islam.
Dalam menilai agen pembaratan, kita boleh melihat dalam persoalan;
1. Ucapan, tindakan dan buah pemikiran seseorang tokoh atau organisasi
2. Latarbelakang individu atau tokoh penggerak organisasi termasuk biasiswa,
dan jalur pendidikan.
3. Siapa penyumbang DANA untuk individu atau organisasi tersebut
4. Jaringan persahabatan tokoh atau organisasi.
5. Gagasan pemikiran yang seringkali mereka utarakan.
Anwar Ibrahim sendiri dilihat terperangkap dalam pemikiran liberalisme dan
pluralisme dalam usaha beliau mengislahkan agama Islam dan mendekatkan
Umat Islam dengan Barat. Beliau dilihat mahu Islam kelihatan terbuka-moderat
dan toleransi-pluraliti.
Anwar Ibrahim cuba membawa gagasan masyarakat Madani dalam ucapan beliau
di Festival Istiqlal, Jakarta pada tahun 1995. Gagasan masyarakat madani disokong
oleh ramai sarjana termasuk Syed Muhammad Naquib al Attas yang turut
menyumbangkan gagasan pemikirannya untuk menjayakan gagasan Masyarakat
Madani. Menariknya, gagasan ini seakan mendunia dimana Azyumardi Azra dan
Nurcolish Majid menjadi penggerak utama di Indonesia. Pada waktu yang sama, di
Barat gagasan masyarakat sivil sangat terkenal dan popular. Pada tahun 1996,
buku Gelombang Kebangkitan Asia diterbitkan. Buku ini kelihatan dipenuhi
gagasan idea liberalisme dan rojak pemikiran sehingga hilang keasliannya
berbanding artikel-artikel dalam buku Masyarakat Madani.
Terpalit dengan kontroversi Pluralisme Islam John Hicks dimana Anwar Ibrahim
berucap di London School of Economics pada 18 Mac 2010 dengan ucapan
....bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi
tertentu sahaja yang membawa ke jalan keselamatan, syurga. Pandangan yang
esklusif, tertutup ini, sayangnya tersebar secara meluas dalam hubungan antara
agama. Ucapan ini dikatakan mempunyai ciri-ciri pluralisme, John Hick.
Sesetengah ilmuwan pro Anwar Ibrahim, ini bukan pluralisme agama tetapi
pluraliti. Ucapan ini telah merenggang hubungan antara otai-otai ABIM.

Muslim Moderat atau Islamis Demokrat dilaungkan oleh kelompok Islam yang
moderat dan liberal. Ia juga dikaitkan dengan satu lagi gagasan iaitu Pasca
Islamisme. Salah satu terma pemikiran Muslim Moderat ialah maqasid syariah,
demokrasi Sivil Islam dan masyarakat sivil-madani. Menariknya, RAND
Corporation menggunakan istilah yang sama iaitu Moderate Muslim dalam Buku
perancangan Building Moderate Muslim Networks (Pembinaan Rangkaian
Muslim Moderat). Dalam bahagian ucapan penghargaan buku ini, pihak RAND
Corporation merakam ucapan terima kasih kepada Azyumardi Azra, Rektor
Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla, Aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal);
Jusuf Wanandi, Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa
Indonesia, Ahmad Syai Maarif, mantan Ketua Umum Muhammadiyyah, Rizal
Sukma, Abdul Muti, M. Syafii Anwar, dan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan
Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
Kalau kita masih ingat, gagasan Islam Liberal dipopularkan oleh Leonard Binder
dan Charles Kurzman. Leonard Binder adalah pensyarah Universiti Chicago,
sebuah kubu kuat orientalis dan sahabat Fazlur Rahman. Gagasan Islam Liberal
bangkit di Alam Melayu apabila Nucholish Madjid (anak murid Fazlur Rahman),
Harun Nasution, Mukti Ali, Djohan Effendi, Ahmad Wahib dan Abdul Rahman
Wahib telah mengerakkan usaha mempengaruhi anak muda dan lulusan agama
dengan gagasan ini. Impak besarnya, gagasan Islam Liberal popular di Indonesia
setelah munculnya Jaringan Islam Liberal dan tokoh muda, Ulil Abshar Abdalla
pada tahun 2001. Ulil Abshar Abdalla adalah menantu Kiyai Mustofa Bisri,
pemimpin yang berpengaruh dalam Nahdatul Ulama dan penyair kemanusiaan
[sangat digemari oleh Dato Dr Siddiq Fadzil dalam banyak ucapan beliau] yang
terkemuka pernah kontroversi apabila membela penyanyi dangdut dengan
lukisannya Zikir bersama Inul.
Pada tahun 2014, Persidangan Demokrat Muslim Sedunia buat kali pertama
diadakan di One World Hotel, Petaling Jaya. Dalam persidangan ini, Lim Kit Siang
menyatakan Dalam konteks ketidakpuasan hati orang ramai terhadap
pengurusan ekonomi yang menyebabkan En-Nahdah tewas dalam pilihanraya
baru-baru ini. Maszlee Malik, pensyarah merangkap pimpinan JIM-IKRAM (dulu
dikenali sebagai IRC) mengomentari, Masa depan tidak bersama Islam politik,
tidak bersama para Islamis, masa depan juga tidak bersama parti politik
berasaskan Islam di negara-negara umat Islam. Itu hakikatnya, dan beliau

mengatakan lagi Masa depan adalah bersama masyarakat terbuka (open


society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak boleh hidup secara
eksklusif,.
Pada tahun 2015, Persidangan Antarabangsa Kedua Forum Dunia Untuk Demokrat
Muslim di Jakarta. Persidangan ini dianjur bersama The Habibie Center, Indonesia;
Institut Kajian Dasar, Malaysia; SETA, Turki dan Yayasan Keamanan Sasakawa,
Jepun. Di Indonesia, Nahdatul Ulama juga mendukung Muslim Moderat. Bersama
Tariq Ramadhan, Rashid Ghannousshi dan Abdullah Gul, Anwar Ibrahim dikatakan
antara pengasas Gerakan Demokrat Muslim.
Gagasan Demokrat Muslim atau Moderat Muslim dan Pasca Islamisme cuba
memasuki gerakan Islam di seluruh dunia. Dalam PAS, mantan pimpinan PAS dari
IRC [kini pimpinan parti AMANAH], Dr Dzulkefly Ahmad didakwa pernah berkata,
Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,. Antara sebab gagasan ini
ditolak;
1. Berada disebalik slogan Wasatiyyah atau kesederhanaan untuk menolak
konsep jihad.
2. Berada disebalik konsep maqasid syariah untuk menolak hukum hudud
3. Perang yang berlaku bukan antara Barat dengan Islam tetapi pendefinisian
semula ciri-ciri Islam mengikut kehendak Barat.
4. Pemberian dana dan sokongan kepada organisasi yang menggerakkan
agenda Barat.
5. Membina kepercayaan bahawa apa yang berlaku dalam dunia muslim
adalah hanyalah perang idea atau pemikiran.
6. Menolak konsep Negara Islam.
7. Islam yang Rahmatan lilaalmiin telah menjadikan Islam yang
dipermudahkan amalannya.
Nahdatul Ulama telah mengerakkan gagasan Islam Nusantara. Tulis K.A Mustofa
Bisri, Dunia yang kemudian bertanya-tanya tentang Islam yang rahmatan
lilaalmiin, Islam yang ramah, damai, dan teduh pun mendapatkan jawaban dari
perilaku keislaman kita yang di Nusantara ini. Maka kalau Islam kitaIslam yang
kita jalani di Nusantara ini. Manakala di Malaysia digerakkan gagasan Fiqh
Malaysia dan Negara Rahmah. Gagasan Fiqh Malaysia bukanlah sesuatu yang baru
di Malaysia. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pernah menggagaskan konsep

Manhaj Malizi dimana pendekatan dakwah dilakukan dalam iklim setempat, non
partisan. ABIM juga pernah mengutarakan konsep partner in nation building
(rakan dalam pembinaan negara). Manakala Mahmood Zuhdi memperkenalkan
konsep Fiqh Nusantara. Konsep-konsep ini dirumuskan bahawa, Islam yang
dibawa perlu mengikuti kebudayaan tempatan selagi tidak melanggar syariat.
Penggunaan istilah bersandarkan Islam banyak membawa kekeliruan dalam
kalangan orang awam. Contoh, penggunaan istilah Islam Hadhari yang
menunjukkan kemajuan. Adakah selama ini kita menganuti Islam yang mundur?.
Istilah sebegini juga mempunyai motif politik dan agenda tertentu daripada pihak
bertentangan. Ia dijelaskan dalam satu risalah, dasar penerapan Islam oleh Umar
Tilmisani, Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin.
Menurut Ulil Abshar Abdalla, tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, antara ciriciri liberalisasi dalam kalangan Islamis ialah;
1. Mereka meninggalkan idea negara Islam dan memeluk demokrasi.
2. Mereka meninggalkan idea penerapan syariat, lebih konsentrasi kepada
realiti semasa yang praktis
3. Selesa memeluk ekonomi bebas
4. Meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil.
5. Mereka lebih realistik dan pragmatis idea dalam melihat keadaan, tak
dogmatis memegang ideologi Islamisme
6. Mengatakan urusan moral, agama dan akhlak adalah urusan peribadi.
(tambahan)

Kemaraan Ideologi Barat Dalam Institusi Islam dan Negara


Mereka [Orientalis] mempelajari Islam bukan untuk mencari kebenaran,
melainkan untuk ilmu saja dan merosakkan kamu.
Penyelusupan kader-kader sekularis-pluralis-liberalis (SEPILIS) ke dalam
organisasi, institusi dan parti politik berlaku secara berleluasa di Indonesia. Ia
bukan sekitar kemunculan Jaringan Islam Liberal [JIL], ia bermula jauh daripada itu
apabila Menteri Agama Republik Indonesia dipegang oleh Mukti Ali. Mukti Ali
mengubah IAIN-IAIN menjadi markaz SEPILIS. Antara alat penyebaran SEPILIS di

IAIN melalui buku tulisan Harun Nasution, Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya
diterbit pada tahun 1975 yang telah menjadi bacaan wajib di IAIN.
Mukti Ali adalah mentor kepada Lingkaran Diskusi Limited Group yang disertai
oleh sekelompok anak muda berbakat, intelektualisme dan progresif. Antara yang
seringkali hadir dalam lingkaran diskusi ini ialah Nurcholish Madjid (lulusan
sastera arab, tokoh HMI), Dawam Rahardjo, Ahmad Wahib5, Amidhan (aktivis
HMI, lulusan agama), Wassil (jurutera lulusan ITB), Usep Fathuddien, Utomo
Danandjaja dan Djohan Effendi.
Nurcholish Majid atau Cak Nur, tokoh besar yang aspiratif kepada para
pendokong SEPILIS kalangan anak muda. Tokoh ini adalah tokoh terkemuka yang
dilihat sebagai Pak Natsir Muda atau Buya Hamka Muda menunjukkan beliau
adalah pemimpin harapan-impian masa depan Indonesia. Tokoh besar dalam
gerakan belia-mahasiswa Indonesia, Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Beliau
mempunyai keupayaan hebat dalam intelektualisme dan mempunyai jaringan
pengaruh besar peringkat antarabangsa dan tempatan. Pengasas Universiti
Paramadina. Dua kegemparan yang pernah diciptanya iaitu mengajak ke arah
sekularisme dan Islam Yes, Partai Islam No. Pemikiran beliau banyak dipengaruh
oleh Fazlur Rahman dan Leonard Binder6, pemikir-pensyarah Universiti Chicago.
Kebanyakan kajian beliau didanai oleh Ford Foundation.
Dalam Nahdatul Ulama dan Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak pantas
menguasai tampuk kepimpinan. Abdul Rahman Wahib atau Gus Dur adalah
leluhur pengasas NU, KH Hasyim Asyari. Gur Dur menyokong kuat kelompok muda
SEPILIS dalam NU pimpinan Ulil Abshar Abdalla. Pemimpin Jaringan Islam Liberal
ini memimpin kumpulan Intelektual Muda Nu, Lakesdam-NU.
Dalam Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak dalam kelompok mudanya
dan disenangi oleh kelompok pimpinannya. Ketua Umum Muhammadiyyah ke 13,
Ahmad Syafii Maarif bersikap lunak kepada kelompok SEPILIS dalam
Muhammadiyyah. Kelompok anak muda Jaringan Intelektual Muda
Muhammadiyyah memperjuangkan gagasan SEPILIS dalam Muhammadiyyah.
5

Seorang tokoh anak muda yang digemari oleh anak muda jiwa pemberontak. Nurcholish Majid atau Cak Nur
seakan-akan membawa aspirasi Ahmad Wahib dalam perjuangan beliau. Ini hanya penelitian penulis berkaitan
pendekatan dan pemikiran Cak Nur.
6
Pengasas Islam Liberal melalui bukunya Islamic Liberalism. Pengasas Islam Liberal yang lain ialah Charles
Kurzman.

Tahun 2015 kemuncak kepada keberkesanan penyusupan kelompok SEPILIS ke


dalam organisasi Islam apabila NU dan Muhammadiyyah dipimpin oleh kelompok
pro SEPILIS manakala PKS dipimpin oleh mantan pensyarah Paramadina, kubu
kuat kelompok SEPILIS. KH Dr Said Agil Siraj bersama ulama pro konsep Islam
Nusantara telah menguasai NU dimana beliau sendiri telah dilantik sebagai Ketua
Umum NU dalam Muktamar NU ke 33. Dr Haedar Nashir telah dilantik sebagai
Ketua Umum Muhammadiyyah dalam Muktamar Muhammadiyyah ke 47.
Komentar Ulil Abshar Abdalla dalam twitternya bertarikh 6 Ogos 2015 cukup
menarik, NU dan Muhammadiyyah dipimpin oleh Dr Said Aqil Siradj dan Dr
Haedar Nasher. Dua figur yang berwawasan pluralis.Melegakan!
Cuma Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) masih tidak menunjukkan
pengaruh SEPILIS secara terbuka dalam PKS. Presiden PKS, Muhammad Sohibul
Iman adalah mantan Rektor Universiti Paramadina yang dikenali sebagai kubu
intelektual SEPILIS dan Syiah di Indonesia. Ia diasaskan oleh Nucholish Majid,
tokoh besar dan idola anak muda SEPILIS Indonesia.
Pada awal tahun 2016, Nasaruddin Umar, salah seorang pemikir kelompok SEPILIS
telah dilantik sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal. Nasaruddin Umar pernah
menjadi staf di Universiti Paramadina.
Pelik bukan, kenapa tokoh-tokoh mazhab SEPILIS dari Universiti Paramadina
sangat laku keras untuk menduduki tampuk kepimpinan institusi atau organisasi
utama yang berpengaruh di Indonesia pada hari ini?. Siapakah yang
mengaturkannya?.
Kajian Kes di Malaysia
Kita tidak menafikan jasa, pengorbanan, bakti, amalan, kehebatan, iman dan
pendirian seseorang dan gerakan Islam di Malaysia dalam menegakkan Islam
dengan pendekatan masing-masing. Kita hormati dan mengasihi mereka.
Punbegitu kita, dalam perihal yang merugikan Umat Islam dan menggugat
kesejahteraan rakyat, kita akan bantah dan kritik.
Antara elemen yang dapat dilihat dalam pemikiran, penulisan dan gerak kerja
mereka ialah

1. Penerimaan pemikiran Barat sebagai dalil dan cara berfikir dalam bertindak
[worldview dan framework] berdasarkan pandangan alam dan kerangka
pemikiran Barat.
2. Perjuangan yang bercampur aduk antara Islam dan kemungkaran yang akhirnya
didominasi oleh pemikiran manusia bukannya kefahaman Islam.
3. Dana yang diterima dalam bentuk geran, biasiswa dan tajaan menyemai hutang
budi kalangan orang Islam kepada pendana dari Barat.
4. Penyusupan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan dan NGO Islam. Anak
tokoh tertentu termasuk anak pimpinan negara juga terbabit dengan kelompok
SEPILIS.
Peringkat awal SEPILIS dikembangkan oleh ahli politik. Kemudian oleh pertubuhan
seperti Sister In Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam
Malaysia, ALIRAN dan Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM). Pada zaman gajet
dan media sosial, kumpulan seperti Seksualiti Merdeka dan Malaysian Interfaith
Network (MIN) telah berani menonjolkan diri di arus perdana. Mereka cuba
mencabar agama Islam dalam pelbagai kes dan isu seperti Kalimah Nama Allah
dan Suruhanjaya Antara Agama Agama (IFC).
Kelompok LGBT menganjurkan parti atau program mereka secara rahsia. Selepas
PRU12 iaitu pada Ogos 2008, kumpulan ini mula berani bergerak secara terbuka
melalui penganjuran Seksualiti Merdeka. Ia diasaskan oleh seorang penggiat seni,
Pang Khee Teik dan seorang penyanyi yang juga penulis lagu, Jerome Kugan pada
2008. Festival Seksualiti Merdeka kedua dirasmikan oleh Marina Mahathir pada
tahun 2009. Pada tahun 2011, festival Seksualiti Merdeka dijadualkan
berlangsung mulai 1 hingga 13 November di The Annexe Gallery, Kuala Lumpur. Ia
sepatutnya akan dirasmikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam dan Pengerusi
BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan tetapi program ini dibatalkan oleh Polis.
COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan
NGO-NGO Hak Asasi Manusia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia kepada Majlis Hak Asasi
Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Gabungan ini disertai oleh 54
NGO Malaysia. Kajian ini dilakukan setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti
perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak

tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut
sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia. Menurut
kenyataan ISMA, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango
yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. [Wikipedia]
Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Antara Agama telah disokong oleh JIM
tetapi ditentang oleh ABIM. Hujah Presiden JIM, Zaid Kamarudin ialah "Ia sebagai
platform yang baik untuk membincangkan isu-isu Islam dan (masalah) yang
berkaitan agama. Timbalan Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan berkata. Apa
yang berbeza (dengan IFC) pun kita tidak tahu.
Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara menyatakan beliau pertama
ditawarkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Agama tetapi beliau
menolak atas sebab:
1. Khuatir jawatankuasa itu akan menjadi medan untuk pemimpin-pemimpin
agama selain daripada agama Islam untuk menyoal hal-hal berhubung dengan
ajaran dan amalan agama Islam sedangkan orang Islam tidak pernah menyoal
ajaran dan amalan agama mereka.
2. Saya juga khuatir jika saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutantuntutan mereka yang senantiasa mencari peluang untuk melakukannnya.
3. Saya takut kiranya saya akan menjadi pengkhianat kepada agama Islam.
Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN). Daripada komposisi nama-nama
mereka pun kita tahu siapa mereka , kecenderungan mereka, malah apa yang
mereka perjuangkan. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa UndangUndang dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa,
Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee
Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato Dr. Mujahid adalah seorang
pemimpin PAS ya dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya
katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan
tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang
berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;


2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
[Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara]
Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo7 (Pengerusi Jawatankuasa Hak
Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam
menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya
bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya
terima melalui email tertera kata-kata Prepared by Bar Council. Saya juga
membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak
peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen. [Tun Abdul Hamid
Mohamad]
Campurtangan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan. Majlis Peguam telah
menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa
kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan
Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya
itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang
akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis
Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya
penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara
lain, saya berkata: Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan
melutut kepada peguam-peguam. Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda
dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam
dikeluarkan. [Tun Abdul Hamid Mohamad]
Kubu kuat kelompok SEPILIS di Malaysia ialah dalam Majlis Peguam Malaysia.
Mereka telah menyusup masuk ke dalam institusi kerajaan, parti kerajaan dan
parti pembangkang. Walaupun wadah mereka berbeza tetapi perjuangan dan
pemikiran mereka sama. Antara yang terkenal sebagai pimpinan pembangkang
ialah Datuk Ambiga Sreenevasan, Malik Imtiyaz, Haris Ibrahim, Edmund Bon ,
Sivarasa Rasiah dan Zaid Ibrahim.

Pengiat Kebudayaan Melayu Tradisional.

Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM) antara pertubuhan SEPILIS yang


berpengaruh. Terkini (2016), jawatan Pengerusi dipegang oleh Ambiga. HAKAM
melahirkan ramai ahli politik pro SEPILIS, antaranya Elizebeth Wong dan Tian
Chua. Kebanyakan mereka berkampung dalam PKR. HAKAM didaftarkan pada
tahun 1989 atas permohonan Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Husein Onn
yang kemudiannya dilantik pengerusi pro-tem ke-2 HAKAM mengantikan Tunku
Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia atau ringkasnya
Negara-ku. Negara-Ku digerakkan oleh Dato Ambiga, Sasterawan Negara Dato A.
Samad Said dan Zaid Kamarudin. Zaid Kamarudin dilantik sebagai Pengerusi
Negara-Ku adalah mantan Presiden Jemaah Islah Malaysia dan Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ketika itu. Antara intisari perjuangan
Negara-Ku ialah
1. Negara-ku akan mendorong pembentukan sebuah masyarakat yang inklusif
dengan menolak semua jenis ketaksuban dan kebencian, serta melawan
diskriminasi dan ketidakadilan.
2. Ditubuhkan atas keyakinan bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah muak
dengan politik berasaskan perkauman dan kekelompokan yang tanpa henti
menggugat proses pembinaan sebuah negara yang inklusif serta mengganggu
proses pembentukan jatidiri Bangsa Malaysia.
Parti politik seperti PKR8 dan DAP telah menjadi markas bagi kelompok SEPILIS.
Organisasi-NGO seperti Penang Institute, SUARAM, SIRD, ALIRAN, TENAGANITA,
BERSIH, IKD9, LENSA, IRF dan lain-lain perlu diselidik dari mana dana dan
pembiayaan mereka perolehi. Begitu juga dana yang diperolehi oleh media
seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider.

Parti Keadilan Rakyat [PKR] adalah lubuk kepada para SEPILIS. Pelbagai tokoh NGO telah menyertai PKR.
Gagasan pemikiran yang selama ini diteorikan mula dipraktiskan melalui wadah PKR.
9
Institut Kajian Dasar [IKD] sebuah badan pemikir Dato Seri Anwar Ibrahim. Sejak awal penubuhan dipengaruhi
oleh kelompok ABIM kemudian dipengaruhi oleh kelompok liberal di bawah Khalif Jaafar yang mempopularkan
Islam Tanwiri [Liberalisme dan pluralism]. IKD didanai oleh Konrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah pertubuhan
antarabangsa yang berasal dari negara Jerman. IKD pernah mewujudkan Sekolah Politik IKD yang melahirkan tokoh
pimpinan muda PKR seperti YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi. Kelompok ini dilihat sangat berpengaruh
dalam PKR terutamanya kelompok YAB Dato Seri Azmin Ali.

Pada 27 April 2014, 10 wakil organisasi Malaysia berjumpa dengan Presiden


Amerika Syarikat (AS). Antara organisasi itu adalah Islamic Renaissance Front
(IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS), HAKAM (Datuk Ambiga
Sreenevasan) wakil Bersih 2.0, Empower dan tenaganita.
Pada Disember 2015, sekali lagi Barack Obama datang ke Malaysia, kali ini dia
menemui beberapa pemimpin NGO seperti Maria Chin [BERSIH 2.0], Dato Ambiga
dan Cynthia Gabriel, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4).
Jika kita memerhati pergerakan SEPILIS di Malaysia, NGO-NGO mereka kurang
bersuara selantang dahulu. SIS yang cukup lantang ketika dahulu lebih banyak
melakukan aktiviti secara senyap. Mereka lebih kepada strategi dua lapis yakni
menyalurkan pimpinan mereka ke kancah politik sama ada melalui DAP dan PKR
atau proksi politik seperti BERSIH. Mereka juga mengadakan pengkaderan dan
menaja pengkaderan yang pro SEPILIS.
Sekelompok elitis dalam kalangan SEPILIS telah menjadi pendesak kepada
kerajaan. Antaranya PAGE yang berjuang memartabatkan Bahasa Inggeris10 dan
G2511 yang mengiat mendesak kerajaan mengubah polisi-polisi dan isu tertentu
termasuk penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM].
10

Bahasa adalah pengungkapan pemikiran atau alat berfikir atau wasilah penyampaian maklumat. Ia dapat
mempengaruhi pemikiran seseorang pengguna.
11
Barisan G25
1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Haji Din, former secretary-general, Home Ministry
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, former secretary-general, Ministry of Foreign Affairs
3. Tan Sri Dr Aris Othman, former secretary-general, Ministry of Finance
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, former director-general, Health Ministry
5. Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, former secretary-general, Ministry of Finance
6. Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, former director-general, Veterinary Services
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, former secretary-general, Ministry of Energy, Communications and Multimedia
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, cardiothoracic surgeon and core founder, National Heart Institute
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, former Court of Appeal judge
10. Datuk Abdul Kadir Mohd Deen, former ambassador
11. Datuk Anwar Fazal, former senior regional adviser, United Nations Development Programme
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, former ambassador
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, former ambassador
14. Datuk Faridah Khalid, representative of Womens Voice
15. Datuk Latifah Merican Cheong, former assistant governor, Bank Negara
16. Lt-Gen (Rtd) Datuk Maulob Maamin
17. Datuk Noor Farida Ariffin, former ambassador
18. Datuk Ranita Hussein, former Suhakam commissioner
19. Datuk Redzuan Kushairi, former ambassador
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, former deputy vice-chancellor, Universiti Sains Malaysia

Masyarakat Islam
Perosak atau pendajal negara adalah pemimpin, ahli perniagaan dan ilmuwan
palsu. Untuk pembinaan dalaman sebuah masyarakat Islam, elemen yang perlu
ditanam dan dibangunkan ke dalam masyarakat iaitu demokratis, keadilan sosial,
menghapuskan penderitaan rakyat, menegakkan prinsip perlembagaan,
merangsang kehidupan akliah dan budaya. Anwar Ibrahim menyatakan sifat yang
perlu ada dalam sesebuah masyarakat madani;
1.
2.
3.
4.
5.

Sikap kesederhanaan dan pragmatis


Tidak gopoh dan bernafsu besar
Demokratik
Membasmi kemiskinan dan kemelaratan
Pengagihan hasil ekonomi secara saksama

Anwar Ibrahim juga menegaskan prinsip kesalingan dimana pemerintah


menunaikan amanah dan memenuhi aspirasi rakyat sementara itu rakyat
memberi sokongan terhadap usaha pemerintah untuk menjayakan reformasi
ekonomi dan sosial.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Madinah menunjukkan satu tempat
dimana telah wujud kefahaman yang tinggi.Daripada perkataan Madinah,
terbitnya perkataan tamaddun iaitu tempat dimana masyarakatnya telah
mencapai taraf insaniyyah yang luhur, dimana ada tatasusila, hukum dan undangundang dimana ada penguasa atau pentadbirannya yang juga mempunyai hikmah
yang mampu melaksanakan keadilan. Perkataan Madinah diterbitkan daripada
perkataan DIN iaitu agama.
Syed Muhammad Naquib al Attas, kewujudan masyarakat Islam lebih kepada
untuk meningkatkan darjah kemanusiaan dimana antara ciri penting dalam
masyarakat Islam terletak kepada individu itu sendiri iaitu
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, former ambassador
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, former director-general, Malaysian Timber Industry Board
23. Datuk Zainuddin Bahari, former deputy secretary-general, Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and
Consumerism
24. Datin Halimah Mohd Said, former lecturer, Universiti Malaya and president, Association of Voices of Peace,
Conscience and Reason (PCORE)
25. Hendon Mohamad, past president, Malaysian Bar

1. Mencapai Saadah [kebahagiaan] adalah tujuan hidup. Bahagia atau


sejahtera tidak terletak kepada emosi dan jasmani semata-mata tetapi yang
sebenarnya ia terletak pada satu keyakinan yakni kesedaran tentang
kebenaran.
2. Kewibawaan berdasarkan ilmu
3. Mewujudkan suasana keadilan
4. Muhibbah bukannya toleransi. Toleransi bermaksud bersabar atas
kesilapan orang orang lain. Muhibbah, akar katanya hubb iaitu kasih.
Muhibbah ada unsur kasih dan sayang.
5. Tanggungjawab
Parti pembangkang dan parti pemerintah seharus mengurangkan atau
menghapuskan budaya politik sepanjang masa. Parti pembangkang yang telah
tewas dalam pilihanraya sewajarnya menjadi penasihat dan rakan dalam
pembinaan negara. Wakil-wakil parti pembangkang dilantik dalam badan-badan
pemantau dan badan perundingan untuk menstabilkan politik dan
membangunkan ekonomi dan sosial.
Masalah Kefahaman dan Pengamalan Rakyat Jelata
Kejahilan rakyat jelata berpunca daripada pendidikan dan kegagalan pemimpin
dan ilmuwan menjadi contoh tauladan dan memimpin mereka ke arah kebenaran.
Jika kepala [pemikiran] perompak-pendajal, tubuh badan juga akan menjadi
perompak-pendajal.
Masalah utama kefahaman dan pengalaman rakyat jelata ialah
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kefahaman mereka terhadap Islam


Sikap mereka
Materialistik
Individualistik
Perkara lagha atau lalai seperti hiburan
Amalan beragama mereka

Rakyat Melayu-Islam Dalam Dilema


Suka atau tidak, Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang dimitoskan atau
dipertahyulkan bahawasanya beliau hanya satu-satunya dapat mengantikan
kepimpinan negara yang sedia ada, menyatukan semua pihak penentang rejim
dan berupaya menumbangkan rejim pemerintah yang mendajalkan rakyat dan
negara pada hari ini [2016]. Kelompok Islam cukup risau kemaraan Anwar Ibrahim
yang dilihat dekat dengan kelompok SEPILIS.
Antara kemaraan SEPILIS dan Pendajal Negara, rakyat beragama Islam mengalami
dilema memilih parti yang bakal memerintah negara. Penderitaan rakyat pada
hari ini memberi peluang cerah dalam menumbangkan rejim. Tetapi ketakutan
paling besar ialah keluar mulut harimau masuk pula ke dalam mulut buaya.

Kesimpulan
Katakan TIDAK kepada SEPILIS.
SEPILIS suatu faham yang boleh mempengaruhi worldview dan framework
pemikiran kita dalam memahami dan bertindak terhadap isu atau perkara yang
didepani. Memahami dan bertindak tanpa celupan Islam bermakna Islam bukan
TUNJANG utama pemikiran dan tindakan kita.
SEPILIS adalah satu proses pembaratan yang menghilangkan Tuhan dalam Alam
Fikir kita oleh kelompok SEPILIS dengan pelbagai cara. Akal dan nafsu manusia
yang terkandung dalam faham SEPILIS menghakis kefahaman dan pengamalan
beragama kita. Sekaligus mengecilkan peranan Tuhan dalam kehidupan.

You might also like