You are on page 1of 14

Belajar Dari Syeikh Muhammad al Ghazali

Kemenangan itu lebih utama daripada keadilan?


Khalil Jibril
Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias
Perjuangan Islam bukannya milik kita atau jemaah kita sahaja.
Perjuangan Islam milik semua orang yang beriman. Dan Islam sendiri
adalah milik manusia bukannya terhad kepada yang beragama Islam
sahaja.
Syeikh Muhammad al Ghazali yang terkenal dengan ketinggian ilmu
merupakan mantan anggota Ikhwanul Muslimin yang dipecat.
Pemecatan tersebut tidak menurunkan martabat beliau sebagai
pejuang Islam yang diteruskan dalam bidang pendidikan. Pemecatan
tersebut sekitar masalah disiplin.
Kita cuba mengenali perjuangan dan pengalaman Syeikh Muhammad al
Ghazali.

Siapa Syeikh Muhammad al Ghazali?


Pada suatu petang Imam Hassan Al-Banna menyampaikan nasihat
ringkas mengenai penjelasan hadits 'Bertakwalah kepada Allah di mana
pun kamu berada, ikutilah setiap perbuatan buruk dengan perbuatan
baik, tentu yang baik akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia
dengan akhlak yang baik. Huraian hadith oleh al Banna menyebabkan
hati Muhammad al Ghazali tersentuh dan terus tertambat dengan
perjuangan Islam bawah pimpinan al Banna.
Menurut Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali,1 tema pemikiran Syeikh
Muhammad al Ghazali seperti di bawah

i) Kembali Kepada Pemikiran al-Quran Yang Syumul


ii) Membebaskan Wanita Daripada Belenggu Taqlid
iii) Memperbetulkan Kefahaman Agama
iv) Konsep Ijtihad
v) Kefahaman Sunnatullah
v) Peranan Akal dan Penyeruan Kepada Kemajuan Umat

Syeikh Muhammad al Ghazali dan Ikhwanul Muslimin.


Dalam konteks perjuangan gerakan Islam, Syeikh Muhammad al Ghazali
boleh dianggap budak nakal dalam jemaah ekoran sikap kritis
terhadap jemaah dan kepimpinan Ikhwanul Muslimin. Dalam konflik
dalaman Ikhwanul Muslimin, beliau diletakkan dalam kelompok antiMursyidul Aam (Ustaz Hassan al Hudaybi) sehingga terlibat dalam
cubaan merampas kuasa kepimpinan Ikhwanul Muslimin.
Syeikh Muhammad al Ghazali telah dipecat daripada Ikhwanul
Muslimin. Setelah dipecat beliau bergerak sebagai ilmuwan Islam
melalui Universiti al Azhar.
Seorang pemimpin Ikhwan pernah mengatakan al Ghazali bukan
saudara kita lagi. Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi telah membantah
kenyataan pemimpin tersebut dengan berkata dia bukan saudara kita
dalam jemaah tetapi dia tetap saudara kita dalam Islam.
Yusuf al Qaradhawi menjelaskan bahawa kekurangan Ikhwan, apabila
mereka mencintai seseorang, mereka mengangkatnya sehingga ke
langit ketujuh, dan jika mereka membencinya maka dia akan
dijatuhkan ke bumi yang paling bawah2.

Pemimpin dan anggota Jemaah Islam jangan mengkritik dan mencaci


pemimpin yang dipecat atau keluar jemaah, doakan mereka terus
bersama perjuangan Islam walaupun bukan bersama jemaah kita lagi.
Syeikh Muhammad al Ghazali dan Penyertaan Kerajaan Perpaduan
Revolusi Mesir 1952 digerakkan oleh Pegawai Tentera dengan
dokongan pelbagai pihak termauk Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul
Muslimin menghantar beberapa tokohnya seperti Syeikh Hassan al
Baquri seorang Ulama Universiti al Azhar sebagai Menteri dalam
kabinet Kerajaan Revolusi pimpinan Muhammad Naquib.
Sayyid Qutb ideolog Ikhwan sangat dihormati oleh pimpinan Pegawai
Muda yang melakukan revolusi. Ada sesetengah pimpinan mereka
pernah berbaiah dengan Ikhwanul Muslimin. Gamal Abdul Nasser
sendiri didakwa berbaiah dengan Ikhwan pada tahun 1946. Kelompok
Pegawai Muda menawarkan jawatan Menteri Pendidikan kepada
Sayyid Qutb tetapi beliau menolak. Kemudian Sayyid Qutb dilantik
sebagai Setiausaha Agung Majlis Revolusi. Bagaimanapun berlakunya
masalah politik yang menyebabkan Sayyid Qutb mletakkan jawatan.
Perselisihan mula berlaku apabila pimpinan Ikhwan mengetahui
bahawa Gamal Abdul Nasser menginginkan revolusi tersebut milik
dirinya sahaja. Gesaan Sayyid Qutb agar Islam dilaksanakan telah
ditolak oleh Majlis Revolusi.3
Fitnah politik dan mengadu domba telah dicanang oleh kelompok
Pegawai Muda sehingga berlaku pertembungan Nizam Khas (pasukan
rahsia Ikhwan) dengan para pimpinan Ikhwan. Gamal Abdul Naser
berjaya membuang perasaan hormat kepada pemimpin dalam kalangan
pimpinan Ikhwan yang lama dan muda. 4

Krisis semakin memuncak. Ikhwan memutuskan hubungan dengan


kerajaan Revolusi. Syeikh Hassan al Baquri diarahkan keluar dan
meletak jawatan dalam kabinet. Malangnya beliau mengingkari arahan
pimpinan ikhwan.
Syeikh Muhammad al Ghazali dan sahabat-sahabatnya seperti Ustaz
Salih Ashmawi dan Muhammad Suhaimi masih bersangka baik dengan
dengan Kerajaan Revolusi. Natijahnya, beliau dan rakan-rakan melawan
Mursyidul Aam. Keadaan semakin tidak terkawal apabila sebahagian
pengikut anti Mursyidul Aam merampas pejabat Ikhwan. Selepas krisis
rampasan pejabat Ikhwan berjaya diselesaikan. Syeikh Muhammad al
Ghazali dan beberapa sahabatnya dipecat daripada Ikhwanul Muslimin
ekoran masalah disiplin dalam berjemaah.

Merebut Baju Amanah


Baju amanah adalah pakaian kekuasaan yang dipakaikan Allah melalui
baiah rakyat. Kisah yang berlaku pada zaman Khalifah Uthman al Affan
perlu dijadikan pengajaran kepada pihak yang mahu berebut kekuasaan
dengan berkonflik sesama sendiri. Pihak penentang Khalifah Uthman
memberi tiga pilihan kepada beliau .
Pilihan tersebut ialah
1. Menyerahkan kekuasaan kepada penentang
2. Penentang boleh pilih pemimpin mengikut kehendak mereka
3. Dibunuh
Jawab Saidina Uthman adapun keinginan mereka agar aku mengundur
diri maka aku tidak akan melepaskan pakaian yang telah dipakaikan
oleh Allah.

Kenyataan Saidina Uthman bukanlah bermaksud beliau tamak dan gila


kuasa. Kekuasaan politik adalah amanah dan tanggungjawab. Ia juga
melihat kesan ekoran pemberian kekuasaan kepada pihak yang tidak
amanah. Justeru tepat sekali tindakan dilakukan oleh Saidina Uthman
dalam menangani pihak penentangnya mengkritik dan mahu
menumbangnya. Fahaman Saidina Usman diteruskan politik PAS
melalui kenyataan Tuan Guru Fadzil Noor, tiada ruang meletak
jawatan dalam Islam.
Mengkritik mudah sekali tetapi jika kita diberi tanggungjawab, barulah
kita tahu peritnya. Penulis melihat ahli gerakan Islam bahkan pemimpin
mereka yang gemar mengkritik perlu diberi peluang sebagai pentadbir
dalam jemaah Islam yang disayanginya. Moga mereka merasai
keperitan menguruskan pelbagai masalah.
Syeikh Muhammad al Ghazali pernah menemui Muryidul Aam ketiga
Ikhwan, Ustaz Umar Tilmisani dalam usaha bekerjasama dan
menyumbang untuk Islam . Beliau ditanya oleh Ustaz Umar kamu tahu
pekerjaan ini (memimpin Ikhwan) merupakan beban berat yang
terpaksa kupikul dan kuterima?. Muhammad al Ghazali menjawab aku
tahu hal itu. Kerana itu bermatlamat tampil di depan dan tidak inginkan
jawatan. Orang seperti anda sangat berhak mendapat perlindungan
dan bimbingan Allah.
Sesiapa yang memegang baju amanah perlu menerjang badai yang
datang dari luar dan dalam jemaah sendiri. Dalam jemaah Islam seperti
PAS, baju amanah ini dibenar direbut melalui pertandingan
berdasarkan perlembagaan. Pertandingan memberi tanggungjawab
kepada pemimpin untuk berbakti kepada jemaah, agama dan negara.
Jadi para pemimpin yang layak perlulah menonjolkan diri untuk
mengapai baju amanah tersebut dan dicalonkan oleh perwakilan.

Jika tiada pilihan, ahli jemaah Islam perlu memilih seorang pemimpin
yang dilihat penyatu atau penstabil jemaah walaupun karisma,
idealisme dan kekuatan kepimpinan tiada.
Walaubagaimanapun, seorang pemimpin wajib mendapat suara
majoriti ahli jemaah. Perkara pernah dialami oleh Mursyidul Aaam
kedua ikhwan, ustaz Hasan Hudaybi setelah ketiadaan Hassan al Banna.
Muhammad al Ghazali menyatakan Ustaz Hasan Hudaybi tidak pernah
berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimin, tetapi Ikhwanlah yang
meminta beliau memimpinnya. Ketegasan dan keistiqomahannya
berhak diketahui oleh setiap orang. Beliau tidak pernah berkeluh kesah
atau mundur kerana musibah atau ujian. Sehingga usia yang sudah
senja pun beliau tetap memiliki keimanan yang mendalam dan
optimisme tinggi.
Sambung Muhammad al Ghazali lagi Tidaklah salah jika dikatakan
bahawa kesabaran yang mengukuhkan imannya itu menjadikannya
lebih mulia dalam pandangan saya. Musibah yang menimpa diri dan
keluarganya secara bertubi-tubi tidak mengikis sifat jujurnya dalam
menghukumi masalah. Bahkan, tidak membuatnya surut dari manhaj
Jamaah Islamiyah, malah sebaliknya. Saya menemuinya setelah
berbagai musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan dengannya.
Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita semua.
Ustaz Hassan al Hudaybi memang kelihatan lemah pengaruhnya tetapi
dalam muktamar tidak pernah kalah. Beliau adalah tokoh penyatu dan
penstabil Ikhwan . Tanpanya krisis kepimpinan Ikhwan semakin parah
kerana dalam Ikhwan mempunyai ramai pemimpin berbakat dan
berpotensi serta kelompok ekstrem yang menyebabkan berlakunya
konflik kepimpinan.

Muhammad al Ghazali adalah musuh politik Ustaz Hasan al Hudaybi


dalam konteks politik dalaman Ikhwanul Muslimin. Permusuhan ini
hanyalah dari segi idealisme dan pendekatan. Walaupun, pihak
penentang Ustaz Hasan al Hudaybi termasuk Muhammad al Ghazali
melakukan tindakan politik yang ekstrem dengan melakukan rampasan
kuasa dalam Ikhwan. Krisis ini dilihat krisis peribadi dan antara kem
pemikiran dalam Ikhwan.
Para penentang dalam jemaah Islam, gunakanlah peluang muktamar
untuk bertanding melawan pimpinan yang sedia ada. Bertanding dan
lawan secara sihat melalui jalan yang sudah ditentukan oleh jemaah
Islam, bukannya terus menanam budaya munafik dengan fitnah dan
kenyataan jahat tindakan yang tidak bermoral.

Kaum Jiwa Pemberontak Dalam Jemaah


Orang muda adalah pelaksana
Bukan pemikir.
Orang Muda berkampung dengan lumpur
Bukan hanya menulis di kerusi empuk dengan starbuk!
Orang muda membaca, berwacana dan menulis
untuk menghasilkan tindakan.
Orang muda
hidupnya mesti berjasa.
Kaum jiwa pemberontak adalah kemuncup dalam sesebuah gerakan
Islam. Mereka bukan musuh, mereka adalah sahabat yang kegatalan
dan suka mencuit kepimpinan. Mereka banyak idea, terlampau
bersemangat, tak sabar nak menang, tergesa-gesa dalam melangkah
dan menjadi bahasa perantaraan kedua bagi pihak yang tak berpuas
hati keputusan mesyuarat atau pendapat pimpinan lain.

Tuan Guru Haji Fadzil Mohd Nor mengelarkan diri mereka sebagai
budak nakal. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memanggil mereka
bersemangat pepsi cola. Istilah Rashid Ghannousshi gangguan.
Mereka mudah dikesan dalam tulisan yang tidak puas hati dengan
pemimpin, mengkritik parti dan mudah melabel pada seseorang
pemimpin. Mereka cuba mengagaskan perubahan yang dirasakan perlu
tetapi tidak dapat sokongan popular. Akhirnya, mereka mabuk dengan
akal-budi sendiri sehingga hampir terbabas daripada landasan
perjuangan.
Bagi penulis, mereka melakukan ijtihad tetapi tersalah dan
menggunakan pendapat minoriti untuk merampas kuasa pendapat
kepimpinan yang menang dan majoriti. Mereka mahu majoriti
memenuhi hasrat mereka dan mereka tidak berjaya. Sewajarnya, jika
pendapat kita minoriti, kita harus akur kepada pendapat majoriti selagi
pendapat majoriti tidak melanggari al Quran dan sunnah. Jika tidak,
mereka harus keluar parti atau bertawaquf.
Perkara sebegini pernah berlaku dalam kehidupan Syeikh Muhammad
al Ghazali. Beliau mahu perubahan dalam pendekatan Mursyidul Aam,
Ustaz Hassan al Hudaybi. Darah muda ketika membuat beliau terlibat
dalam usaha menurunkan ustaz Hassan al Hudaybi daripada
kepimpinan. Natijahnya, beliau bersama-sama sahabat beliau telah
dipecat.

Kehadiran Pemimpin Ekspres


Penghijrahan ramai manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang
ke dalam sesebuah jemaah Islam mengusarkan kerana tidak
mengetahui akan niat mereka. Kita tahu orang terbaik pada zaman
jahiliah adalah orang terbaik pada zaman Islam. Cuma bersikap berhati-

hati sangat perlu dalam mengangkat seseorang pemimpin baru


berbakat. Pada zaman ini, penyusupan oleh para perisik ke dalam
sesebuah jemaah Islam tidak mustahil apabila banyak jemaah Islam
mengamalkan keahlian terbuka.
PAS merupakan organisasi yang baik, mudah berbaik sangka dan
percaya kepada ahli baru. PAS mengamalkan keahlian terbuka
berdasarkan keupayaan individu melalui prestasi, pengaruh dan
komitmen yang dinilai oleh para perwakilan. Berbanding dengan
jemaah Islam lain yang mempunyai pemeringkatan dalam sistem
keahlian mereka. Sebagai contoh, ahli biasa, ahli aktif, ahli teras dan
ahli kehormat.
Untuk rekod PAS pernah melantik ahli baru sebagai Timbalan Ketua
Penerangan, Setiausaha Agung, Naib Presiden bahkan Dr Burhanuddin
al Helmy dilantik sebagai Yang Dipertua PAS setelah 11 hari menjadi
ahli PAS!.5
Ada sesetengah pemimpin gerakan Islam berjuang di sebalik tabir
akibat beberapa kekangan. Perkara ini berlaku pada Imam Hassan al
Hudaybi, anak didik Imam Hassan al Banna yang berjuang di sebalik
tabir. Kehadiran al Hudaybi sebagai seorang pemimpin tertinggi amat
mengejutkan pemimpin senior Ikhwan.
Di Malaysia kita dikejutkan bahawa Prof Ahmad Ibrahim dan Aminuddin
Baki adalah seorang yang pro PAS. Ustaz Hassan al Hudaybi adalah ahli
usrah khusus dan menyertai aktiviti khusus bersama al Banna. Beliau
juga adalah penasihat dalaman al Banna. Pada malam kematian al
banna, al Banna datang ke rumah Ustaz Hassan al Hudaybi. Ustaz
Hassan Hudaybi sendiri membantah pertemuan itu diteruskan tetapi ia
tidak dipersetujui oleh al banna.

Kehadiran pemimpin yang ekspres meningkat dalam jemaah Islam


sudah tentu mengusarkan pemimpin senior. Ustaz Hassan al Hudaybi
sebagai contoh, beliau adalah bekas Hakim yang lama berkhidmat
dengan kerajaan, berada disebalik tabir dan lambat muncul diri sebagai
pimpinan menyebabkan fitnah dan salah faham mula berlaku dalam
Ikhwan. Tidak hairanlah anak muda yang bersemangat tinggi seperti
Syeikh Muhammad al Ghazali menentang peningkatan mendadak dan
pendekatan beliau.
Kelemahan Kepimpinan
Setiap pemimpin ada kelemahan yang tersendiri. Kita mudah mencari
kelemahan berbanding memuji kekuatan dan kejayaan seseorang
pemimpin.
Pemimpin mesti akur dengan keputusan mesyuarat. Mesyuarat
dilakukan dalam perkara ijtihad bukannya dalam perkara yang sudah
ada nas al Quran dan hadith. Bahaya yang besar jika mesyuarat dikuasai
oleh pihak bernafsu politik kekuasaan yang mengalahkan politik
dakwah.
Dalam membuat keputusan, ada keputusan pimpinan yang tersalah
langkah atau tidak digemari oleh segelintir pimpinan yang lain.
Kesilapan ini haruslah dimaafkan diatas kesalahan ijtihad seseorang
pemimpin dan majlis syuranya. Pemimpin jemaah Islam bukanlah para
nabi yang maksum daripada dosa. Kesilapan pimpinan seringkali
berlaku ekoran kelemahan akal dan kekurangan maklumat seseorang.
Jangan noktahkan pemikiran kita dengan dendam kesumat bahawa
pemimpin yang melakukan kesilapan mesti dinyahkan daripada
jawatannya. Pemimpin itu harus dibenci. Jangan sesekali membenci
para pemimpin.

Iman Hasan al Banna pernah menasihati jiwa memberontak Sheikh


Muhammad al Ghazali dengan menyatakan jangan sekali-sekali ada
unsur negatif [dendam] di hatimu terhadap seseorang tetapi jangan
berhenti daripada mengharapkan petunjuk buatnya!. Jangan kita
berdendam dengan seseorang tetapi berdoa untuk mereka dengan
mengharapkan petunjuk Allah meluruskan keputusan yang akan
dilakukan oleh mereka.
Thiqah Kepada Kepimpinan
Perjuangan gerakan Islam pada era ini cukup mencabar. Musuh Islam
bukan setakat datang secara berdepan tetapi penyusupan ke dalam
organisasi Islam itusendiri. Cabaran semakin bertambah apabila
berlaku pengolakkan dalaman gerakan Islam ekoran ketumpulan
tarbiyyah dan ketaatan kepada pimpinan.
Ekoran ketumpulan
tarbiyyah dan sifat keakuan yang tinggi, para pimpinan dan pengikut
gerakan Islam sekarang kehilangan thiqah. Thiqah dijadikan rukun baiah
dalam gerakan Ikhwanul Muslimin.
Thiqah ialah pengikut yang berlapang dada terhadap pemimpin
mereka, pada kemampuan dan keikhlasan mereka, dengan sepenuh
rasa ketenangan sehingga menghasilkan rasa kasih, hormat,
penghargaan dan ketaatan.
maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman
sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang
mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati
mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan
mereka menerima dengan sepenuhnya (Surah al Isra; 52)
Pemimpin adalah sebahagian dari dakwah dan tiada dakwah tanpa
pimpinan. Kepercayaan antara pemimpin dan pengikut menentukan
kekuatan sistem jamaah, kerapian strategi, kejayaan untuk mencapai

matlamat dan kemampuan mengatasi halangan dan kesusahan yang


terbentang di hadapannya.
taat dan mengucapkan perkataan yang baik adalah lebih baik bagi
mereka (surah al Anfal: 46)
Khalifah Abu Bakar adalah manusia paling alim dan warak selepas
Rasulullah SAW. Beliau layak menjadi Nabi jika Rasulullah SAW tidak
diutuskan ke dunia. Ini nak menunjukkan betapa terbaiknya insan
bernama Abu Bakar ini. Walaubagaimanapun, dalam bab kepimpinan,
beliau bukan pemimpin hebat dan berkarisma jika nak dibandingkan
dengan Umar al Khattab, Abu Ubadah dan Ali Abi Talib. Para sahabat
terutamanya Umar membaiah Abu Bakar sebagai pemimpinnya.
Pada satu ketika, Abu Bakar berselisih faham dengan Umar dalam
persoalan tentang mereka yang enggan membayar zakat. Para sahabat
yang lain bersetuju dengan cadangan Umar agar tidak memerangi
mereka. Apabila Umar melihat Abu Bakar bersungguh-sungguh dengan
pendapat memerangi mereka yang enggan membayar zakat, Umar
akhirnya menyetujui saranan Abu Bakar.
Imam Hasan al Banna pernah menjawab soalan apabila ditanya
siapakah yang paling layak mengantinya jika beliau tiada?. Jawabnya,
lantik pemimpin yang paling lemah di kalangan kamu, kemudian
kamu dengar dan taatlah perintahnya. Ia akan menjadi orang yan g
paling kuat di kalangan kamu
Kesyahidan imam Hasan al Banna sendiri menguji thiqah pengikut
gerakan Islam dan ia adalah ujian pengikut terhadap pemimpin dan
organisasi. Pada saat Ikhwanul Muslimin diasak oleh pemerintah Mesir,
pengolakkan dalaman dalam persoalan penganti Mursyidul Aam
menghantui gerakan ini. Majlis Syura memutuskan Hasan al Hudaybi

dilantik Mursyidul Aam yang baru. Ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin


membantah. Hasan al Hudaybi merupakan ahli baru ikhwan, tiada
jaringan pengaruh utuh, elitis dan rapat dengan kerajaan sebelum itu.
Dalam kalangan pemimpin besar Ikhwan ketika itu telah hilang thiqah
kepada Mursyidul Aam yang baru. Akibatnya berlaku rampasan kuasa
dalam gerakan Ikhwanul Muslimin oleh puak pendesak yang diketuai
oleh Salah Musthafa Ashmawi. Tetapi rampasan ini digagalkan oleh
pihak pro Hasan al Hudaybi.
Puak pro rampasan seperti Salah Ashmawi, Syed Sabiq dan Syeikh
Muhammad al Ghazali dipecat daripada Ikhwanul Muslimin pada 9
Disember 1953. Gerakan Ikhwan merelakan pemecatan insan sehebat
Sayid Sabiq dan Muhamad alGhazali demi keutuhan dan perpaduan
gerakan Ikhwan.
Thiqah dalam perjuangan sangat penting. Memang tepat apabila Imam
Hasan al Banna menjadikan ia rukun baiah dalam Ikhwan. Tanpa
Thiqah, ia bukan pejuang Ikhwan. Pengikut dan pemimpin perlu thiqah
kepada kepimpinan bukannya ikut kepala kita yang bijak ini.
Semangat dan Jiwa Muda Mengelabui Jalan Perjuangan: Satu
Penginsafan
Apabila melihat kezaliman dan permusuhan Gamal Abdul Nasser
terhadap Islam dan dakwah Ikhwan, Sheikh Muhammad al Ghazali
terus mengubah sikap. Beliau memuji keberanian dan kesabaran Ustaz
Hassan al Hudaybi dalam menghadapi dugaan tersebut. Selepas Ustaz
Hassan dibebaskan, terus beliau menziarahi dan berjabat tangan
dengan penuh penghormatan dan persaudaraan.6
Semangat anak muda melahirkan sikap gopoh dalam perjuangan, akal
pendek dalam bertindak dan suka melawan pemimpin atau ketua.
Mereka juga mengharapkan perubahan berlaku dengan cepat. Mereka

juga kagum dengan kekuatan fizikal dan akal mereka. Tetapi mereka
tiada pengalaman. Pengalaman bagaikan roda kereta. Sehebat mana
kereta dan jalan raya, tanpa roda ia tidak membawa ke mana-mana.
Pengalaman memerlukan usia. Usia yang dimiliki oleh orang lama. Oleh
itu orang muda perlu bimbingan orang lama dalam bertindak.
Membuang Kemuncup Dalam Perjuangan.
Antara kaedah yang paling pedih tetapi terpaksa dilakukan jika keadaan
tidak terkawal ialah membuang (baca: memecat) kemuncup yang
menganggu itu. Tindakan ini mungkin memecah belah gerakan Islam
tetapi risiko ini perlu dihadapi.
Dalam Ikhwan, Mursyidul Aam, Hasan al Hudhaibi bersama Dewan
Pendiri pernah memecat tokoh tersohor Ikhwan seperti Saleh Asymawi,
Hasan al Baquri, Sayyid Sabiq dan Muhammad al Ghazali. Mereka yang
dipecat menerima kegagalan merampas kuasa dengan meneruskan
dakwah Ikhwan melalui cara tersendiri tanpa menyertai pihak musuh
gerakan Islam kecuali Hasan al Baquri berada dalam kerajaan Mesir.
Hasan al Hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan
tokoh Ikhwan tersebut; mereka dipecat bukan kerana kelemahan
komitmen kepada agama. Boleh jadi salah seorang daripada mereka
lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah mempunyai tata tertib yang
harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka melanggar tata tertib,
mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus dan rapi.
1

Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali adalah tokoh ABIM yang banyak mengkaji pemikiran tokoh gerakan Islam. Beliau
banyak menulis buku, kertas kerja dan artikel. Antara blog yang boleh dirujuk adalah Minda Madani.
2
Yusuf al Qaradhawi, Aku dan al Ikhwan al Muslimin, KL: Alam Raya, 2010.
3
Fauzi Zakaria, Pengaruh Pemikiran Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam di Malaysia, KL: Jundi, 2007
4
Mohd Rumaizuddin Ghazali, Pemikiran Muhammad al Ghazali, Nilai: USIM, 2012.
5
PAS pernah bercadang melantik Anwar Ibrahim sebagai YDP PAS pada awal 1980an tetapi harapan tersebut
hancur berkecai apabila pemimpin harapan gerakan Islam di Malaysia itu masuk UMNO.
6
Rujuk Mohd Rumaizuddin Ghazali, Pemikiran Muhammad al Ghazali.

You might also like