You are on page 1of 9

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

TAJUK : TVET TAMPUNG KEPERLUAN KEPERLUAN TENAGA MAHIR


TARIKH : 23 OKTOBER 2015

MELAKA - Penekanan terhadap latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET)


dalam Bajet 2016 menjana lebih banyak tenaga mahir bagi menampung keperluan
negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020, kata Naib Canselor Universiti
Teknikal

Malaysia

Melaka,

Prof

Datuk

Dr

Shahrin

Sahib.

Beliau berkata, peningkatan pelaburan masuk ke Malaysia saban tahun memerlukan


negara memiliki lebih ramai tenaga mahir bagi menampung keperluan pelaburan
tersebut.
"Pelaburan negara terhadap modal insan dalam bidang TVET itu akan membolehkan
negara kita bukan sahaja kekal, malah menjadi lebih kompetatif pada masa depan.
"Penekanan TVET dalam bajet itu juga saya lihat akan membawa sistem pendidikan
TVET kita pada tahap tertinggi seterusnya meningkatkan tahap profesionalisme dalam
bidang

tersebut,"

katanya

kepada

pemberita

di

sini,

hari

ini.

Kerajaan menyasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu adalah Pekerja
Berkemahiran TVET menjelang 2020, bagi menyokong sasaran itu kerajaan
memperuntukkan RM4.8 bilion dalam Bajet 2016 kepada 545 institusi TVET.
-Bernama

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

Konsep 5W1H

Melaka

Menjelang tahun 2020 negara dapat melahirkan


lebih ramai lagi tenaga mahir dalam bidang
TVET. Selain itu juga, perubahan permintaan
dalam sektor ekonomi dengan memastikan
kualiti tenaga pengajar dan dapat meningkatkan
kemahiran yang lebih mendalam serta
berterusan kepada tenaga pengajar
TVET tampung keperluan keperluan tenaga
mahir.

DIMANA
BILA
APA

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

pelajar.
teknikal dan vokasional dan seterusnya mengurangkan masalah keciciran
(i)

Memastikan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional

(ii)

pada peringkat sekolah di dalam negara.


Menyediakan peluang kepada pelajar yang cenderung kepada pendidikan

bidang TVET mempunyai tiga peranan utama untuk menyokong wawasan negara iaitu:
Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sehubungan dengan itu ,
maju menjelang tahun 2020 seperti yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri
selaras dengan Wawasan negara adalah untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang
kehendak industri pada masa akan datang. Seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas,
kemahiran yang luar biasa serta perkara yang utama ialah lepasan ini dapat memenuhi
TVET supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi lepasan TVET yang mempunyai
keperluan tenaga mahir menjelang tahun 2020 dengan memperkukuhkan lagi kurikulum
Berdasarkan artikel yang saya pilih ini, dapat kita lihat bahawa TVET dapat tampung
Dengan meningkatkan lagi progam-program
seperti program industri yang menunjukkan
kepada program yang memenuhi keperluan
industri. Selain itu juga, Pihak kerajaan perlu
meningkatkan usaha dengan pihak industri
untuk menerangkan serta memperkukuhkan
ilmu kemahiran yang perlu ada dalam industri
kepada para pelajar.

Untuk merealisasikan impian ini pihak TVET serta


pihak Iindustri perlu sentiasa bekerjasama bagi
melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemampuan
yang tinggi dalam bidang TVET serta memberikan
mereka peluang untuk lebih dekat dengan industri
dengan lebih meluas. Disamping itu juga, peranan
tenaga pelajar juga perlu sentiasa memberi ruang dan
mendedahkan para pelajar dengan lebh dekat dengan
suasana sebenar industri.

Untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi


menampung keperluan negara untuk menjadi negara
maju menjelang tahun 2020. Dengan lahirnya tenaga
mahir dapat menjuruskan negara kepada pendapatan
lebih tinggi. Selain itu juga, negara kita dapat
menangani masalah mengambilan buruh asing yang
tidak mempunyai kemahiran yang mahir.

BAGAIM
ANA

SIAPA
KENAP
A

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

(iii)

Menyediakan peluang yang sama terhadap pendidikan teknikal dan


vokasional kepada semua pelajar.

Dengan adanya pendidikan yang berteraskan kurikulum TVET, ia dapat


meningkatkan serta memberi tumpuan untuk melahirkan lebih ramai pelajar untuk
berfikir secara lebih kritis serta kreatif dan paling utama ialah pembelajaran kepada
pelajar secara kendiri. Tambahan pula, kini institusi TVET diberi peluang untuk
membangunkan sendiri kurikulum TVET berdasarkan dengan kehendak industri dan
standard pekerjaan yang dapat menggariskan keperluan pekerjaan dan diserapkan lebih
banyak kemahiran kepada mereka. Selain itu juga, dalam pembangunan kurikulum,
institusi TVET sangat digalakkan untuk mengambil kira input daripada industri supaya
dapat memastikan para graduan yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan dan syaratsyarat dalam industri sekarang.
Usaha yang berterusan untuk para pengajar bagi memperkembangkan lagi
potensi pelajar supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai aspek-aspek seperti
harmonis, seimbang dan mempunyai moral yang tinggi yang bertujuan supaya dapat
mengekalkan dan dapat memastikan kualiti dan peluang yang cerah pada generasi masa
hadapan. Oleh yang demikian, kerajaan berharap supaya kelestarian TVET ini dapat
mencapai matlamat dan memenuhi konsep kelestarian pendidikan dan secara automatik
dapat menampung peluang yang cerah untuk melahirkan lebih ramai para graduan yang
mempunyai kemahiran yang layak. Justeru itu, seperti yang telah dinyatakan untuk
melahirkan pelajar yang berpotensi seperti yang dikehendaki, tenaga pengajar TVET itu
sendiri perlu dan bertanggungjawab untuk memberi komitmen yang tinggi kepada para
pelajar supaya dengan komitmen yang diberikan dapat melahirkan pelajar yang
berkualiti dari pelbagai aspek. Selain itu juga para pengajar perlu mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diajar supaya dapat
mencurahkan ilmu dengan sebaiknya. Hal ini kerana, dengan ada nya ilmu yang
mendalam para pengajar akan bertambah yakin serta bersemangat dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas mahupun bengkel dan dengan penyampaian ilmu
tersebut ia akan memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar. Untuk melahirkan
pelajar yang berkebolehan tinggi dan melahirkan pelajar yang dapat membantu negara
menjadi sebuah negara perindustrian yang dikenali dunia, para pengajar perlu
mempersiapkan diri untuk bersedia dan mengalas tanggungjawab yang besar ini. Oleh
itu, tenaga pengajar perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada dari

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

semasa ke semasa serta dapat mengikuti arus perkembangan perindustrian yang semakin
pesat ini.
Untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing datang untuk memenuhi
pekerjaan dalam negara kita, pihak kerajaan perlu memperluaskan lagi programprogram yang berkaitan dengan kemahiran mengenai TVET dan konsep industri di
negara kita. Dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan individu yang
berketerampilan dan berkemahiran dan dengan ini dapat mengurangkan pengambilan
pekerja asing dalam bidang perindustrian di negara kita. Tujuan adanya programprogram kemahiran TVET ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar yang kurang
mengetahui mengenai TVET dan dapat memberi peluang sebaiknya serta pelajar dapat
menimba ilmu pengetahuan yang sesuai dengan alam pekerja yang mereka minati.
Selain itu juga, pihak kerajaan perlu untuk mempromosikan TVET ini secara
menyeluruh dengan mengadakan kempen-kempen di peringkat sekolah , daerah
mahupun negeri. Contohnya kempen yang dapat menarik perhatian pelajar dan
menyerlah keuntungan dan kelebihan TVET di mana merupakan permintaan industri
yang tinggi sebagai satu kerjaya yang menjamin peluang pekerjaan yang luas.
Sehubungan dengan itu juga, program peningkatan kemahiran berteraskan industri akan
diperkukuh bagi meningkatkan kemahiran pekerja. Langkah seterusnya ialah sistem
latihan dan pembangunan kemahiran yang bertujuan untuk membentuk sikap,
membangunkan tenaga kerja, berpengetahuan serta yang berkemahiran tinggi serta
mempunyai sikap yang positif, pemikiran yang kritis dan kreatif bagi membolehkan
industri di negara kerja sentiasa berdaya saingan. Oleh yang demikian , dengan langkah
yang bakal diambil oleh pihak kerajaan mampu untuk mencapai wawasan 2020 ini dan
TVET bakal dikenali di mata dunia suatu hari nanti.
Pada masa akan datang, dengan adanya kemahiran kepada semua pelajar, pihak
kerajaan serta pihak industri dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam menangani
kebanjiran buruh-buruh asing di negara kita. Punca utama negara kita masih tidak dapat
peluang untuk menjadi negara yang maju dan berpendapatan tinggi ialah negara kita
yang sangat mengharapkan pekerja asing untuk bekerja di negara kita sendiri.
Kedatangan warga asing juga menyebabkan pekerja tempatan merasa rendah diri dan
merasakan mereka seharusnya meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin
agar mereka tidak digantikan oleh pekerja asing. Namun, di sebalik kedatangan
pendatang asing, terselit seribu satu keburukan yang perlu diambil kira iaitu kehadiran
pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan
untuk tempoh tertentu dan melakukan jenayah menjadi alternatif untuk mereka
memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, semakin
ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah di
negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat. Oleh
yang demikian, dengan transformasi TVET dapat meningkatkan bilangan pekerja mahir
yang lahir dari pekerja tempatan itu sendiri sekali gus memenuhi keperluan industri,
Para pelajar memainkan peranan yang penting supaya dapat menerapkan
kemahiran TVET dalam diri mereka. Hal ini kerana bidang ini merupakan bonus dan
tiket yang percuma untuk mereka aplikasikan kepada perkara yang berfaedah serta
peluang kerja yang sangat cerah. Selain itu juga, kerajaan negara kita juga dengan
penuh yakin dapat membuktikan bahawa negara kita mempunyai bakal-bakal graduan
yang mempunyai kemahiran yang melengkapi serta berkebolehan dan negara kita tidak
memerlukan tenaga pekerja asing untuk membangunkan negara kita sendiri. Seperti
yang kita sedia maklum, majikan hari ini inginkan pekerjanya bukan sahaja
berkemahiran teknikal atau hard skills sahaja bahkan mereka juga mahukan para
pekerjanya memiliki kemahiran employability atau soft skills yang dapat menjamin
mutu kerja berkualiti dan dapat menaikkan produktiviti syarikat. Dengan pendedahan
TVET kepada pelajar, mereka dapat memiliki atau berkemahiran employability yang
mampu bersaing dengan cabaran globalisasi hari ini. Ini akan dapat menyediakan
seorang pelajar yang berkebolehan dan kompeten sebelum memasuki dunia pekerjaan
selaras dengan kehendak industri kini. Ibu bapa perlu menerapkan dari peringkat awal
kepada pelajar mengenai kemahiran TVET. Semakin luas TVET diperkenalkan semakin
banyak tenaga mahir yang dapat menampung dalam bidang pekerja di negara kita.
Selain itu juga, antara kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk perindustrian adalah
adaptabiliti, analitik, komunikasi, inisiatif, interpersonal, kepimpinan, keyakinan diri
dan bekerja dengan orang lain. Penggabungan pelbagai kemahiran ini akan
meningkatkan produktiviti individu serta pengeluaran sesebuah syarikat. Lantas negara
kita akan mempunyai lebih ramai lagi tenaga yang mahir untuk membangunkan negara
kita sendiri.

KESIMPULAN

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan ialah untuk melahirkan tenaga yang mahir
pihak kerajaan seharusnya memberi tumpuan yang menyeluruh kepada bidang TVET
supaya TVET lebih dikenali dan seterusnya dapat melahirkan tenaga yang mahir dan
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Dengan adanya kemahiran dan peluang
daripada kerajaan melalui pendidikan TVET , hal ini merupakan laluan yang terbaik
untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovasi,
dan mampu bersaingan di peringkat globalisasi. Di samping itu juga, untuk membantu
para pekerja tempatan membuktikan kemahiran yang ada dalam bidang industri, pihak
industri seharusnya perlu mengurangkan pengambilan pekerja asing. Hal ini kerana, jika
pihak industri mengutamakan pekerja asing, hak pekerja tempatan tidak dapat dibantu
dan kemahiran yang mereka ada lenyap begitu sahaja tanpa digunakan dan dicurahkan.
Oleh yang demikian, kerjasama yang kuat antara pihak industri bersama pihak kerajaan
adalah sangat penting demi membantu dan melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran
dan menjamin pekerjaan kepada pelajar lepasan TVET dan seterusnya mereka dapat
membangunkan negara untuk lebih maju serta menjadikan negara Malaysia sebagai
negara yang mempunyai kualiti penduduk yang serba boleh dan berkemahiran pada
tahap yang tinggi.

RUJUKAN

Bernama. (2015, oktober 23). Sinar Online. Retrieved from TVET tampung keperluan
keperluan tenaga mahir: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tvet-tampungkeperluan-keperluan-tenaga-mahir-1.443787
Hasmori, A. A., Sarju, H., Norihan, I. S., Hamzah, R., & Saud, M. s. (2011).
Pendidikan, Kurikulum dan Masyarakat : Satu ingerasi. Journal of edupres, 1,
330-356.
kamaruddin , k., zain, h. m., & muzamir, m. y. (2015, april 2). BH ONLINE. Retrieved
from

Kementerian

sasar

65000

http://www.bharian.com.my/node/46282

pelajar

TVET

tahun

2025:

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BBP 20302

Muzzaffar, D., & Mallow, S. (2015, jun 02). Utusan Online. Retrieved from Kemahiran
TVET: https://www.utusan.com.my/rencana/kemahiran-tvet-diperluas-1.98315
Naqib, A., Izmira, S., & Syafin, A. T. (2014, August 31). Blog. Retrieved from
Pengajian

Malaysia,

Wawasan

http://keepcalmandlovepm.blogspot.my/2014/08/wawasan-2020.html
http://umcced.edu.my/psh2016/web_paper/1.3.5.pdf

2020:

You might also like