You are on page 1of 172

ABDULLAH AL-HELMY

MUSLIM DEMOKaRAT
BUKAN

MUSLIM
DEMOKRAT

PENAFIAN
Semua huraian, ulasan, perbincangan, fakta dan maklumat-maklumat yang
disusun, diolah dan ditulis dalam buku ini adalah hipotesis atau teori penulis
dalam mentakwilkan sesuatu isu dan perkara. Penulis tidak bertanggungjawab di
atas ketidaksetujuan dan ketidakfahaman pembaca bagi setiap persoalan,
perbincangan dan isu yang dikemukakan. Segala pandangan, pegangan,
kesimpulan dan pendirian adalah tanggungjawab sendiri. Pembaca digalakkan
menerus pembacaan dan penerokaan maklumat tanpa menyalahkan orang lain.

Bunga Anggerik Press


Jalan Kenanga, Kuala Terengganu

Tahun 2016
Hakcipta tidak terpelihara. Pembaca boleh menerbitkan semula mana-mana
tanpa kebenaran penulis.

PERIHAL PENULIS
Abdullah Al-Helmy, seorang penulis kelahiran Malaysia. Peminat humor.
Memasang impian mengembara ke seluruh dunia dan mengasingkan diri di
padang pasir di Mauritania. Belajar di universiti masjid, pengalaman dan alam.
Apa cita-cita kamu yang belum tercapai? Kami mahu melihat pembebasan Baitul
Muqqadis daripada tangan penjajah Yahudi-Zionis dan tertegaknya perundangan
Islam di muka bumi Malaysia.

KANDUNGAN
Awal Bicara
Kemasukan Anwar Ibrahim Ke Dalam Umno
Aku Mahu Menjadi Sekular!
Bermulanya Seorang Sekularis
Serangan Pemikiran Ke Atas Islam
Gerakan Islam Rebah Dalam Selimut SEPILIS
Muslim Demokrat Dan Pasca Islamisme Dalam Masyarakat Islam
Sekularisasi-Liberalisasi Dalam Gerakan Islam
Penyelewengan Intelektual Sekular dan Ulama
Benteng Menangani SEPILIS Dalam Gerakan Islam
Orientalis Pro Islam
Legasi Penggerak SEPILIS

Awal Bicara
I
Krisis iman dan taqwa yang berlaku pada hari ini disebabkan oleh manusia sedang mengalami
fenomena kehilangan adab. Kehilangan adab berlaku apabila manusia melakukan pemilihan
dalam sesuatu keputusan secara tidak adil walaupun sumber ilmu berada didepan
pancaindera. Persoalan yang timbul, kenapa perkara ini berlaku?.

Perkara ini berlaku disebabkan oleh sistem pendidikan yang kita dokongi, suasana yang tidak
kondusif untuk kearifan sebuah kehidupan Islami, peranan ibubapa dan peranan guru. Ilmu
tauhid tidak diberi penekanan dalam sistem pendidikan dan diajar oleh guru-guru yang tidak
ikhlas dan terputus daripada kaedah riwayat dan dirayah.

Selepas hidayah Allah SWT, faktor guru yang bakal mempengaruhi pandangan alam (pemikiran)
dan akhlak (adab) seorang murid. Guru yang pertama bagi seseorang manusia adalah ibubapa
mereka dan lingkungan keluarga semasa mereka kecil. Apabila mereka menginjak usia lebih
dewasa, peranan guru mula terserlah. Para guru menjadi penjamin tanggungjawab atas segala
ilmu yang diajar dan diwariskan kepada anak-anak murid di akhirat kelak.

Menurut Ibnu Sirin, sesungguh ilmu ini adalah agama maka perhatikanlah daripada siapa
kamu mengambil agama kamu. Setiap daripada ilmu-ilmu yang dipelajari boleh menjadi
agama (pegangan, amalan, akhlak) seseorang. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang pemikiran
dan akhlak seseorang, kita boleh melihat guru mereka. Pemikiran guru secara tidak langsung
akan mempengaruhi pemikiran anak murid mereka.

Pada hari ini, kita gagal mengenali kebenaran kerana pengaulan, persahabatan dan kumpulan.
Akhirnya, kebenaran dan kebatilan itu bercampur-aduk dan menambah kekeliruan. Kita gagal
mengenali sahabat dan musuh kita yang sebenarnya kerana menilai individu berdasarkan akal
dan nafsu kita bukannya berdasarkan kehendak Allah SWT.

II
Muslim Demokrat adalah satu deretan istilah yang muncul sepanjang zaman. Islam yang
berbadan dan berjiwa Sekularisme.

Hakikat terpendam jauh dalam lubuk jiwa mereka adalah penolakkan kewujudan Allah SWT.

Mereka memartabatkan akal dan nafsu mereka atas nama Tuhan, nama rakyat, nama
kebebasan, nama keadilan, nama negara, nama perubahan. Padahal agenda akal dan nafsu
mereka didahulukan.

III
1. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, al-Arbain Fi Usuliddin menyatakan berpegang hati atas
Allah SWT iaitu bahawa menyerahkan keseluruhan diri manusia yakni perbuatan dan tadbir diri
kepada Allah SWT. Setiap pandangan dan perbuatan diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan
negara mesti kembali kepada Islam sebagai Addin (satu sistem kehidupan) secara syumul atau
holistik. Islam sebagai sistem kehidupan yang syumul mencakupi seluruh fenomena kehidupan.

2. Al-Quran dan Al-Sunnah yang suci adalah sumber rujukan tertinggi bagi semua muslim dalam
pelbagai aspek kehidupan dan hukum-hakan dalam Islam. Islam perlu difahami dengan kaedahkaedah ilmu yang diakui oleh Islam. Sumber rujukan tertinggi yang ketiga selepas al-Quran dan
al-Sunnah ialah ijma ulama. Aturan keutamaan sumber rujukan tertinggi iaitu al-Quran, alSunnah, IjmaUlama dan Qiyas menolak manusia berfikir tanpa batasan ilmu.

3. Kebenaran dalam Islam bersifat mutlak dan objektif bukannya relatif, dualisme dan subjektif.
Islam menolak keraguan, skeptisme, agnostisme dan relatif.

IV
Ebook ini mengandungi himpunan tulisan kami. Ada yang berulang kerana ia pada asalnya
adalah tulisan-tulisan yang berasingan.

Ebook ini adalah nota-nota dan pandangan peribadi kami. Ambilah jika bermanfaat dan tolak
jika terdapat kesalahan.

Abdullah Al-Helmy
5/12/16

KEMASUKAN ANWAR IBRAHIM KE DALAM UMNO

Dalam bab ini, kita akan menelusuri beberapa perkara dibawah


1. Ijtihad Anwar Ibrahim
2. Impak kepada gerakan Islam ekoran tindakan Anwar Ibrahim

Tanggal 29 Mac 1982, politik negara digegarkan oleh kemasukan Anwar Ibrahim, tokoh belia
Islam menyertai UMNO yang dikritiknya.

Kemasukkan beliau ke dalam UMNO mencetuskan konflik dalaman dalam gerakan Islam di
Malaysia.

Siapa Anwar Ibrahim?


Anwar Ibrahim merupakan legenda politik zaman ini mempunyai kehebatan sejak
zaman sekolah, mahasiswa, belia dan politik kepartian serta pada peringkat antarabangsa.
Beliau anugerah Allah untuk rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim berasal daripada keluarga elitis Melayu dan UMNO. Ayah beliau pernah
menjadi ahli Parlimen UMNO dan Setiausaha Parlimen.

Penglibatan beliau dalam badan dakwah bermula di sekolah Maktab Melayu Kuala
Kangsar(MCKK) melalui Badan Revolusi Islam kemudian menjadi Presiden Persatuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM),
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan pemimpin WAMY. Deretan
pengalaman dalam gerakan Islam ini membolehkan beliau dinobatkan sebagai lagenda.

Anwar Ibrahim juga pernah ditahan dalam kem Kemunting sebagai tahan ISA. Dan beliau juga
berbakti dalam dunia pendidikan apabila menubuhkan Yayasan ANDA Akademik yang
berperanan mengadakan kelas-kelas bagi pelajar yang tidak berkemampuan dan keciciran.

Dalam politik, beliau banyak membantu PAS tetapi akhirnya memilih UMNO sebagai wadah
perjuangan. Pada tahun 1998, beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
Timbalan Presiden UMNO. Kemudian beliau menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kemudian
PKR) merangkap sebagai Ketua Umum.

Anwar Ibrahim dan PAS.


Kemasukan Anwar ke dalam UMNO merupakan tamparan yang paling memedihkan
pada PAS kerana ia dilakukan menjelang pilihanraya umum yang akan diadakan 22 April 1982.
Ada yang berpendapat tamparan yang memedihkan PAS disebabkan oleh Anwar dikatakan
terlibat dalam perancangan PAS menghadapi UMNO pilihanraya tersebut. Anwar masuk UMNO
pada 29 Mac 1982, tarikh yang begitu hampir dengan pilihanraya tersebut. Tidak
menghairankan jika PAS menganggap Anwar sebagai pengkhianat dan ular bermuka dua.

Dunia politik menjangka bahawa Anwar akan masuk PAS kerana rapatnya hubungan PAS
dengan Anwar. Anwar Ibrahim dilaporkan berkata
...tetapi sebagai pertubuhan dakwah yang berlandaskan Islam, sudah tentu ABIM
menggalakkan ahli-ahlinya memihak corak parti yang jelas matlamat Islamnya

Pemimpin DAP, Dr Chan Man Hen juga meramalkan Anwar Ibrahim akan masuk PAS dalam
persidangan Wakil Rakyat DAP pada bulan Ogos 1980.

PAS ada darah ABIM. PAS adalah lonjakan politik kepartian ABIM. Begitulah ketakdiran Allah,
perkara yang sepatutnya diselesaikan dengan mudah telah dicemari oleh tindakan Anwar
masuk UMNO. Sudah tentu disebalik peristiwa ada rahmat dan pengajaran. Sebenarnya, ABIM
ketika itu menjadi pusat pemayungan gerakan Islam melalui pelbagai tanzim gerakan Islam

terutamanya tanzim Ikhwanul Muslimin. Secara mudahnya, PAS pula menjadi saluran politik
manakala ABIM menjadi saluran NGO. Namun, usaha yang sepatutnya boleh dilakukan tidak
terjadi angkara kemasukkan Anwar ke dalam UMNO.

Pilihanraya Umum 1978, PAS mengalami saat paling menderita. Dalam pilihanraya ini, Kerajaan
PAS di Kelantan tumbang ekoran krisis politik. Muhammad Nasir, bekas Menteri Besar yang
dipecat oleh PAS berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan melalui parti BERJASA.
Suasana gawat ini mengundang kegusaran kepada tokoh gerakan Islam di Asia Tenggara iaitu
Muhammmad Natsir, pemimpin MASYUMI dan mantan Perdana Menteri Indonesia. Beliau
telah mengarahkan ABIM menyalurkan pimpinannya ke dalam PAS. Ia dalam proses membantu
PAS agar lebih berupaya dalam pilihanraya akan datang.

Penyaluran pimpinan ABIM sangat terkenal dengan istilah pemindahan darah. Penyaluran
pimpinan ABIM ke dalam PAS bukannya seperti Anwar masuk UMNO. Penyaluran pimpinan
ABIM ke dalam PAS merupakan arahan jemaah yang dipertanggungjawabkan kepada para
pimpinan tersebut. Muhammad Natsir telah bermesyuarat dengan pimpinan ABIM negerinegeri dan mesyuarat tersebut bersetuju dengan saranan beliau. Fadzil Noor, Syed Ibrahim,
Abdul Hadi Awang, Nakhaie Ahmad antara pimpinan yang disalurkan ke dalam PAS dalam usaha
mengembalikan sinergi PAS.

Kemasukan pimpinan ABIM ke dalam PAS sudah tentu menyiapkan segala perkara yang wajib
dibuat sementara menunggu ketibaan pemimpin impian gerakan Islam Malaysia. Sayang
penungguan tersebut sia-sia ekoran kemasukkan Anwar ke dalam UMNO.

Jarang sekali penceraian tanpa benci. Segala yang baik itu menjadi buruk. Putih dikatakan
hitam. Sedap dikatakan tak sedap. Begitulah penceraian yang menghasilkan dendam dan
kebencian. Setelah masuk UMNO, apa yang Anwar Ibrahim tidak kata pada PAS. UMNO telah
mengadakan pidato PAS tuduh UMNO Kafir, Anwar Jawab di Gombak. Dalam perbahasan

Belanjawan Tahun 1993, Anwar membidas PAS dengan mengelarkan atau melabelkan pimpinan
PAS sebagai ulama jumud, ulama kolot.i

Penulis mengakui bahawa kaedah penyertaan dalam kerajaan adalah salah satu kaedah yang
mengurangkan konflik dan ketegangan politik negara. Cuma kaedah ini boleh memakan diri dan
melorong pemimpin gerakan Islam terlarut dalam kemungkaran pemerintah. Ini yang berlaku
kepada Ustaz Hassan al Baquriii yang menyertai Kabinet Kerajaan Revolusi, pimpinan
Muhammad Najib seorang pemimpin tentera berfahaman sosialisme. Apabila Ikhwan menarik
balik sokongan kepada Kerajaan Revolusi, Hassan al Baquri tidak mendengar arahan pimpinan
dan kekal didalamnya.

Kenapa Anwar Ibrahim memilih UMNO?


Menurut Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim mahu menyertai UMNO. Dalam pertemuan
dengan Mahathir, Anwar Ibrahim menjelaskan beliau bersetuju dengan perjuangan UMNO. iii

Anwar Ibrahim dalam pertemuan 6 jam bersama Fadzil Noor mengemukakan alasan bahawa
beliau mampu membawa perubahan dalam UMNO mencakupi penerapan nilai Islam,
pembanterasan rasuah, pendidikan, penolakan ISA, pindaan akta pertubuhan dan membela
nasib rakyat miskin.iv

Jelas Mahathir lagi, Anwar mahu mengubah UMNO daripada

dalam agar usaha beliau

mewujudkan kerajaan Islam tercapai. Mahathir sendiri tidak menghalang cadangan Anwar.

Ada sesetengah pendapat mendakwa, Anwar dinasihati oleh tokoh-tokoh Islam antarabangsa
supaya mengurangkan pertembungan antara gerakan Islam dengan pihak kerajaan. Antara
tokoh Islam yang mengerakkan usaha mengelakkan pertembungan gerakan Islam dengan
kerajaan ialah Ismail al Faruqi, Mohamad Abu Saud dan Abdul Hamid Abu Sulayman.
Kebanyakan mereka ialah tokoh Islam dari International Institute of Islamic Thought (IIIT).

Kita tak pasti bagaimana hubungan Anwar Ibrahim dengan Tanzim Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa, sebagai sahabat mata rantai perjuangan gerakan Islam atau anggota Ikhwan
secara individu. Sebagaimana IRC, Anwar dan ABIM mempunyai hubungan rapat dengan
Ikhwan Antarabangsa melalui pengaulan dan keaktifan bersama-sama dalam gerakan pelajar
dan belia Islam antarabangsa. Ikhwan Antarabangsa menghantar kader dakwah mereka ke
dalam Pertubuhan Pelajar Islam Sedunia (IIFSO) dan Pertubuhan Belia Islam Sedunia (WAMY).
Antara kader dakwah Ikhwan tersebut seperti Mustafa Tahhan dan Kamal Helbawyv.

ABIM melalui Anwar Ibrahim dan Fadzil Nor pernah bertemu dengan Ustaz Umar Tilmisani.
Dalam pertemuan tersebut, ada jalinan muafakat antara ABIM dengan Ikhwan tetapi tidak
bersedia berbaiah dengan mereka sebagai rangkaian gerakan Ikhwan di Malaysia atas alasan
Malaysia memerlukan pendekatan yang berbeza kerana masyarakat yang majmuk. Menurut
Anwar, PAS dan ABIM lebih bebas bergerak tanpa terikat rasmi dengan gerakan Islam lain.
ABIM ialah salah satu mata rantai gerakan Islam di Malaysia.

Ada juga berpendapat ada faktor sampingan iaitu pengaruh keluarga beliau.

Anwar Ibrahim telah menyatakan;


kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Dr Mahathir Mohamad
Saya memilih UMNO kerana ia memberi ruangan kepada saya untuk meneruskan perjuangan
sayavi
Alasan Anwar mendapat kritikan hebat sehingga ada menyatakan beliau membersih tahi
dalam tong tahi. Fadzil Noor pernah mengingatkan Anwar pengalaman PAS dalam kerajaan
campuran yang digagalkan dan dikhianati oleh UMNO.

Apa yang Anwar lakukan adalah satu ijtihad peribadi beliau bukannya keputusan jemaah.

Majlis Syura ABIM vs Jawatankuasa Kerja ABIM


Keputusan Anwar Ibrahim masuk UMNO adalah ijtihad peribadi bukannya keputusan jemaah.
Ia hanya disokong oleh kelompok pro Anwar yang taksub.

Perkara ini membezakan peristiwa kemasukan sekelompok pimpinan ABIM ke dalam PAS atas
tanggungjawab dan keputusan jemaah.

Fadzil Noor tidak yakin keupayaan Anwar menyempurnakan agenda perubahan dengan corak
perjuangan UMNO. Fadzil Noor tidak yakin dan tidak merestui tindakan Anwar Ibrahim.
Punbegitu Fadzil Noor tidak pula menganggap langkah Anwar sebagai ghair syarie (bersalahan
syarak) atau mempertikaikan keikhlasan Anwar.

Keputusan Anwar menimbulkan keributan kepada gerakan Islam di Malaysia khususnya ABIM.
Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM memutuskan bersetuju melepaskan Anwar Ibrahim untuk
menyertai UMNO sebagaimana kenyataan akhbar bertarikh 29 Mac 1982 daripada Setiausaha
Agung ABIM, Kamarudin Jaafar.

Keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM jelas bertentangan dengan Majlis Syura ABIM yang
mendakwa Anwar Ibrahim membelakangi pandangan ahli dan Majlis Syura ABIM. Satu kertas
kerja bertajuk Kenapa Kemasukkan Anwar ke Dalam UMNO tidak Syarie telah dihasilkan bagi
membantah ijtihad Anwar.
Diskusi isi kertas kerja Kenapa Kemasukkan Anwar ke Dalam UMNO tidak Syarie;vii
1. Tindakan itu bukan perkara ijtihadiyyah tetapi melibatkan masalah qatie iaitu perkara
yang sudah dijelaskan oleh syarak. Kenyataan ini dirujuk kepada surah al taubah:23-24,
Surah al Mumtahanah:13 dan Surah al Mujadalah:21.
2. Ijtihad Anwar menyalahi kaedah fiqhiyyah
3. Bertentangan dengan ruh syariat yang berteras matlamat tidak menghalalkan cara
4. Bertentanngan dengan Masalih Mursalah

Konsep Syura juga mengalami polemik dan wacana. Ramai ulama dan sarjana Islam
membahagikan syura kepada dua iaitu syura mulzimah (keputusan syura wajib diterima
oleh pemimpin dan organisasi) dan syura mulimah (sekadar pemberitahuan dan
pengetahuan kepada pemimpin dan pemimpin boleh membuat pilihan sendiri dalam
keputusan).

Jasser Auda memilih syura itu mulimah bukannya mulzimah berdasarkan keputusan Saidina
Abu Bakar berkeras dengan pendirian beliau bukannya para sahabat lain termasuk Saidina
Umar dalam kes memerangi orang murtad.

Realiti berorganisasi pada hari ini juga berdasarkan syura mulimah kerana para ketua hanya
meminta pendapat sidang mesyuarat tetapi keputusan sebenar diputuskan oleh ketua
sendiri.

Imam Hassan al Banna pula menyatakan syura dalam Islam bukan terletak pada suara
majoriti atau sedikit. Seorang imam (pemimpin) meminta penjelasan dari setiap pandangan
yang dipercayainya kemudian mengambil mana-mana yang nyata kesahihannya dan
melakukannya sesuai dengan hukum-hukum Islam. Kenyataan Imam Hassan al Banna
bagaikan memilih pendekatan syura mulimah.

Ikhwanul Muslimin memberi hak bermusyawarah kalangan yang berkeahlian sahaja.


Penerimaan keputusan majoriti itu ialah keputusan kepada mana-mana persoalan yang
tiada nas. Tindakan Saidina Abu Bakar dan Imam Hassan al Banna dalam kedua-dua kes di
atas adalah dalam perkara yang sudah termaktub mempunyai nas. Jelas ia tidak
memerlukan syura.

Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan keputusan berdasarkan syura mulimah. Kelebihan


baginda adalah baginda sendiri mendapat bimbingan wahyu yang dijadikan nas. Baginda
adalah sumber nas. Dan mempunyai para sahabat yang berwibawa.

Yusuf al Qaradhawi pula berhujah bahawa syura itu Mulzimah bukannya sekadar mulimah.
Yusuf al Qaradhawi menjelaskan syura tiada makna sekiranya pemimpin hanya meminta
pandangan tetapi melaksanakan apa yang pemimpin sukai. Demokrasi sendiri mendekati
asas Syura Mulzimah iaitu kepatuhan kepada hasil perbincangan.

Pendapat Yusuf al Qaradhawi sangat bertepatan dengan zaman ini. Syura mulimah sangat
bergantung kepada maqam keimanan dan taqwa serta keilmuan seseorang pemimpin.
Maqam iman dan taqwa yang tinggi pada zaman ini kelihatan berkurangan. Justeru,
alternatifnya adalah syura mulzimah. Ia mengalakkan kepimpinan secara institusional dan
ketertanggungjawaban kolektif berbanding kepimpinan secara individu yang boleh menjadi
diktator.

Impak Kemasukkan Anwar ke dalam UMNO kepada Gerakan Mahasiswa Islam


Anwar Ibrahim banyak mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup kepimpinan pelajar
sehingga beliau menjadi idola di kalangan pelajar termasuklah penampilan berpakaian
beliau. Kemasukan tokoh ABIM ini ke dalam UMNO pada tahun 1982 telah mengoncang
institusi gerakan pelajar Islam kerana menongkah arus perjuangan Islamis yang lebih
menghampiri perjuangan PAS. Ketokohan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pelapis bagi
mengantikan tugas Dato Asri sebagai Presiden PAS.

Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menelurkan kecelaruan pemikiran dikalangan


penggerak gerakan mahasiswa Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84
terpaksa ditangguh. Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh Mohamad
Hussein dari proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar.

Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai


presiden PMIUM dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju
melantik Mohamad Hussein sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan presiden.

Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri dalam muktamar dengan memberi
laluan kepada Mohd Taib Ahmad. Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri
daripada Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad
Zarkhashi dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro
PAS. Mereka dikenali kumpulan Kerinchi 6.

Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya
mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh
ABIM-PKPIM di kampus Universiti Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan
pelajar Islam yang baru.

PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi mengarahkan matlamat perjuangan


di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang semakin kelesuan.
Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan kehadiran Saifudin Abdullah
sebagai Presiden PBMUM. Pertembungan golongan Islamis pro PAS dengan golongan
Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan Nasionalis tajaan HEP dan
kerajaan telah rancak kembali.

Di UKM, mahasiswa pro PAS dengan mahasiswa pro ABIM dalam ATMA masih boleh
bekerjasama dan kompromi dalam pilihanraya kampus tahun 1983 dan 1984. Kebersamaan
mereka atas dasar Islam. Pada pilihanraya 1984, mahasiswa pro PAS dan mahasiswa pro
ABIM bersetuju meletakkan calon atas tiket ATMA. Ketegangan berlaku semasa proses
pembahagian jawatan dalam PMUKM setelah dimenangi oleh ATMA. Natijahnya, calon
mahasiswa Pro PAS, Wan Ismail Wan Jusoh, SUA Agung PMUKM sesi 1983/84 menarik diri
daripada jawatan YDP PMUKM. Jawatan YDP PMUKM diisi dengan mahasiswa Pro ABIM,
Mustafa Kamil Ayub. MPP mahasiswa Pro PAS juga turut meletakkan jawatan dalam
PMUKM.

Pada sesi 1985/86, berlaku pertandingan 3 penjuru antara mahasiswa pro PAS (bendera
hijau), mahasiswa Pro ABIM (bendera biru) dan TSB. Perpecahan ini menyebabkan
kumpulan Islam kalah. Selepas kekalahan ini, mahasiswa Pro PAS keluar daripada ATMA
menyusup masuk IPU. Pada sesi 1986/87, IPU bekerjasama dengan CCC menguasai sesei
tersebut.

Di UTM, PMIUTM berjaya dibersihkan daripada mahasiswa pro ABIM. Kumpulan Islam Tulen
atau Hizbi Islami yang pro PAS dan pro IRC berjaya mengalahkan mahasiswa pro ABIM.
PMIUTM dijadikan pengkalan dalam usaha menguasai PMUTM. Gerakan mahasiswa Islam
stabil apabila bangkit dalam pilihanraya 1985/86.

Di luar negara, gerakan mahasiswa Islam, Malaysian Islamic Study Group (MISG)
USA/Kanada bergolak selepas kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Dalam muktamar senawi
MISG pada tahun 1983, Muhammad Nur Manuty, penyandang Presiden MISG yang pro
Anwar Ibrahim telah kecundang Rozhan Othman yang dikatakan pro PAS. Kekalahan ini
menyebabkan mahasiswa pro ABIM-Anwar menubuhkan ABIM Amerika Utara.

Anwar Ibrahim masih cuba menguasai MISG dengan mengunakan jaringan persahabatan
beliau dalam kepimpinan Islamic Society Of North America (ISNA) dan gabungannya serta
World Assembly of Muslim Youths (WAMY). Antara tokoh yang seringkali memberi kuliah
ialah Ismail al Faruqi, Tareq Suweidan, Ahmed Zaki Hammad, Tareq Qureishi dan Ghulam
Nabi Fai. Pada tahun 1985, pemimpin mahasiswa pro ABIM-Anwar, Abdul Rahim Ghouse
berjaya menjadi Presiden MISG.

Abdul Rahim Ghouse telah forum Masa Hadapan Islam di Malaysia pada 25 Disember 1986
yang menampilkan Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Zaid Kamarudin (kemudian
menjadi Tokoh

JIM-IKRAM). Forum

ini merimaskan

mengemukakan soalan provokatif terhadapnya.

Anwar

ekoran

mahasiswa

Tidak sampai setahun forum ini, pindaan dibuat terhadap Perlembagaan MISG dengan
meletakkan Polisi Non Partisan yang bertujuan mencegah MISG dikuasai oleh parti politik. Ia
jelas bagi menghalang penularan pengaruh PAS dalam kalangan mahasiswa luar negara.
Natijah daripada polisi ini, MISG telah berpecah kepada beberapa serpihan iaitu MISG
Alumni yang pro IRC dan Malaysian Islamic Society of North America (MISNA) yang pro
PAS(1989).

Kemasukkan Anwar ke dalam UMNO menjadi trajedi yang amat menyedihkan apabila
gerakan mahasiswa Islam terpaksa berpecah kerana seorang individu. Perpecahan ini
menelurkan bagasi dendam di antara mahasiswa Pro ABIM dengan mahasiswa Pro PAS
sehingga hari ini.

Ibrah Kemasukkan Anwar Ibrahim ke Dalam UMNO kepada Gerakan Mahasiswa Islam.
1. Perpecahan menyebabkan kekeliruan sehingga para mahasiswa tidak dapat mengenali
siapa sahabat atau siapa musuh. Perpecahan pelbagai peringkat memerlukan tempoh
masa untuk stabil dan proses pembersihan agar mahasiswa pro ABIM atau Anwar
dikeluarkan daripada kepimpinan.
2. Perpecahan menyebabkan GMI mengalami kekalahan dalam pilihanraya kampus.
kekuasaan tergadai ekoran perbalahan sesama sendiri.
3. Dalam perjuangan, jika bertembung antara persahabatan dengan dasar perjuangan,
dasar perjuangan terpaksa dipilih berbanding nilai persahabatan. Persahabatan kekal
persahabatan dalam konteks hubungan semasa bukan lagi ukhwah perjuangan.
4. Wala kepada Jemaah bukannya pimpinan luar.
5. Bukan sahaja ABIM dan GMI yang berpecah, perpecahan ini juga memunculkan pelbagai
tanzim baru yang selama ini bersatu dalam ABIM. Daripada perpecahan inilah timbulnya
IRC dan ABIM Utara (KUSDA)
6. Keperitan dalam politik berlaku apabila pemimpin harapan masuk parti lain pada saat
yang cukup penting iaitu sebelum pilihanraya. Ia sangat mendukacitakan.

Pemikiran Anwar Ibrahim Pada Hari Ini.


Menurut Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim mempunyai beberapa kelebihan;
1. Imej Islam
2. Jaringan persahabatan dengan tokoh-tokoh antarabangsa, ahli perniagaan, tokoh
pembangkang, para ulama dan cendikiawan.
3. Suka membaca buku terutamanya bidang falsafah dan pemikiran
4. Ucapan yang berpengaruh dengan bahasa sastera dan bersifat populis
5. Kental dalam perjuangan
6. Bercita-cita tinggi
7. Bijak dalam pembinaan imej
8. Keyakinan yang tinggi
9. Pemimpin yang berkesan

Mahathir Mohamad adalah mentor politik Anwar Ibrahim. Satu-satunya orang yang Anwar
tidak berjaya menanganinya.
Menurut seorang tokoh Islamviii, Anwar Ibrahim mempunyai keyakinan yang terlalu tinggi
kerana daripada kecil sudah terdidik

menjadi pemimpin. Beliau tahu kemampuan dan

kelemahan para ustaz kerana hidup bergaul lama dengan mereka. Hanya dua orang ustaz yang
beliau betul-betul hormati iaitu Tuan Guru Niamat Yusuf dan Tuan Guru Fadzil Mohd Noor.
Itupun mereka sendiri gagal menasihati dan mengatasi kedegilan Anwar Ibrahim.

Penulis membahagikan fasa perjuangan Anwar Ibrahim kepada fasa


1. Gerakan Mahasiswa-Pelajar
2. Harakah Islamiyyah-Belia Islam-ABIM-WAMY
3. Nasionalisme Islamisme-UMNO
4. Demokrat Liberal-PKR-Muslim Demokrat

Dalam episod kehidupan politik dan intelektualisme Anwar Ibrahim, penulis lihat ada sedikit
keanehan;
1. Kenapa drastik keputusan Anwar Ibrahim menyertai UMNO dalam kehangatan massa
yang meramalkan beliau masuk PAS?
2. Kenapa seakan-akan ada perubahan konsep masyarakat madani yang pada mulanya
mendekati idea Syed Muhammad Naquib al Attas kemudiannya berubah kepada ideaidea masyarakat sivil ala Barat dan orientalisme?

Anwar Selepas Keluar Penjara dan Pemikiran Sekularisme-Liberalisme-Pluralisme.


Selepas keluar daripada penjara Sungai Buloh, pemikiran Liberal-Pluralisme semakin jelas dan
terang dalam perjuangan beliau terutamanya ketika berada di Barat.

Kemuncaknya pada 18 Mac 2010 bertempat di London School of Economic, London dimana
beliau telah memberi ucapan bertajuk, Religion and Pluralism In A Divided World. Petikan
ucapan beliau seperti di bawah. Penulis mengambil pendapat Ustaz Aizam Masud ix dalam
mendekati pemikiran Anwar Ibrahim dalam ucapan tersebut.

Mempertikaikan kebenaran aqidah yang eksklusif

DSAI : "But I say bear it we must for indeed, it is a stark reality of our world that certain religious
groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist
outlook unfortunately cuts across the board as between religions as well as within the
denominations".

Maksudnya : "Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia


merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu
menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke
arah jalan keselamatan (salvation). Pandangan yang ekslusif ini (yang menganggap hanya satu

agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agamaagama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya".

Mengakui faham The Transcendent Unity of Religions : satu kebenaran banyak jalan

DSAI : "Back in the 13th century, the mystical poet Jelaluddin al-Rumi wrote in the Masnavi:
The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at
the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality.
Those verses couldnt be more relevant for us today. Despite rancorous debates linking religion
to conflict and discrimination, it remains a fact that at a personal level religious experience boils
down to certain universal concepts. Where does man come from? What is his purpose? What
happens when he dies? The spiritual path subscribes us to a universal quest for truth and the
pursuit of justice and virtue.

Maksudnya : "Kembali ke belakang, dalam abad ke 13, seorang penyair sufi Jelaluddin al-Rumi
menulis dalam Masnawinya (Koleksi Puisi Arab-Parsi) :
Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang
Sana; Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari
sana muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).
Bait (puisi) itu adalah sangat relevan kepada kita hari ini. Walaupun terdapat perdebatanperdebatan yang penuh dengan kebencian berlaku (hari ini) yang menghubungkan agama
dengan konflik dan diskriminasi, (tetapi) yang menjadi hakikat bahawa tahap pengalaman
keagamaan peribadi akhirnya kembali kepada konsep universal tertentu. Dari mana datangnya
manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku selepas meninggal dunia? Jalan
kerohanian itu akan membawa kita kepada satu pencarian universal tentang kebenaran dan
usaha untuk mencapai keadilan serta sifat keunggulan".

Dengan pluralisme agama tiada agama yang lebih tinggi dari agama lain

DSAI : "Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an
entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion
over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being
against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established
democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been
virtually taken for granted until recently".

Maksudnya : "Pada hari ini, kebebasan beragama (freedom of religion) yang tidak ada
Pluralisme Agama (religious pluralism), adalah tertanam teguh sebagai kebebasan dalam
perlembagaan dalam negara-negara demokrasi. Dengan demikian, maka memihak kepada
sesuatu agama (tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang
mengorbankan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme
agama. Namun perkara ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh
kedudukannya di Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara, sikap
bercanggahan di antara dua perkara yang saling berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah
yang biasa berlaku(taken for granted) sehingga akhir- akhir ini".

Menafikan konsep Islam dan kafir, benar dan sesat

DSAI : "I believe Im not alone in saying that for religious pluralism to flourish in a divided world,
it is morally unacceptable to say to people of other faiths:
We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you
believe in is wrong.

Maksudnya : "Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan
tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi
sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang
itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih
benar) daripadanya:

Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan
anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar".

Terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) dan Kesatuan Metafizik
(Metaphysical Unity)

DSAI : "Whatever the religion, whether it be Islam, Christianity, Judaism, Sikhism, Hinduism and
many others, I believe that the higher truths which go beyond mere practice and ritual all
converge on the singular truth: and that is from God we were sent forth and unto God shall we
return. Yet certain leaders of the major world religions continue to make exclusivist claims to the
eternal truths rather than accepting the commonality that binds us. If we accept that there can
be unity in diversity, religious pluralism can therefore be a unifying force, not a cause of division.
That is the way to take us away from darkness into light, from war to peace and from hatred
and evil to love and kindness".

Maksudnya : "Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang
lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang
mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas
kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita
kembali. Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus
membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang
kekal abadi (the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan
(commonality) yang boleh mengikat di antara kita. Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh
menjadi kesatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan
tersebut, (dan) bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada
kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan
kepada kasih sayang dan kebaikan".

Para pentaksub Anwar Ibrahim mengatakan beliau menyatakan konsep pluraliti bukannya
pluralism.

Pemikiran bercampur-aduk dengan pemikiran SEPILIS menampakkan asas-asas pemikiran Islam


Anwar Ibrahim semakin bercelaru dan pragmatis. Ia dapat dilihat seperti yang dinyatakan oleh
beliau sendiri,

Dialog Asian Renaissance-Revisited dengan peserta dari Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina
dan Singapura memberikan ruang untuk saya membahas semula gagasan nahdah dan
pembaharuan, maqasid shariah dan kupasan John Locke dan Russeau, dasar ekonomi
manusiawi berbeda dari falsafah pembangunan dan ekonomi semasa.x

Hubungan Anwar Ibrahim dengan kelompok SEPILIS boleh dilihat melalui:


1. Pengaulan dengan tokoh, para pemimpin, intelektual dan aktivis berfahaman serta
berjuang berdasarkan SEPILIS.
2. Penglibatan Anwar Ibrahim dalam majlis mereka seperti forum, seminar, diskusi dan
kuliah.
3. Penglibatan dan hubungan baik Anwar Ibrahim dengan institusi tertentu sama ada
badan pemikir, institusi pembekal dana kewangan dan NGO-NGO antarabangsa.

Penglibatan dan pengaulan Anwar Ibrahim dalam institusi yang berpegang kepada pemikiran
SEPILIS mengelirukan banyak pihak. Anwar Ibrahim menjadi pensyarah jemputan di Center for
Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown di bawah selia oleh John
Esposito sebagai Pengarah dan John Voll, Timbalan Pengarah CMCU

Anwar juga terlibat aktif dalam CSID (Center for the Study of Islam and Democracy) sebuah
badan yang menyebarkan gagasan Islam Liberal. CSID banyak dipengaruhi oleh John Esposito
dengan gagasan idea Demokrasi Islam dan Muslim Moderat. Pada tahun 2005, CSID
menganugerahkan gelaran Muslim Moderat kepada Anwar Ibrahim.

Di peringkat antarabangsa, organisasi pembekal dana kewangan dan penasihat serta pemikir
terkenal seperti Foudation For The Future, The Brookings Institute, The Rand Corps, The
Sasakawa Peace Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Stiftung dan Friedrich
Naumann Foudation. Organisasi banyak memberi dana kepada kelompok SEPILIS untuk
mengerakkan aktiviti di negara masing-masing.

Badan Pemikir Utama atau otak yang memandu pemikiran Anwar Ibrahim, Institut Kajian
Dasar (IKD) mendapat dana daripada Konrad Adenauer Foundation (KAF). Sememangnya
Konrad Adenauer Foundation (KAF), The Asia Foundation dan Friedrich Naumann Foudation,
organisasi antarabangsa yang aktif di Malaysia. Pemikiran Anwar Ibrahim bergantung kepada
IKD melalui pemimpin utama IKD. Kaji pemikiran IKD, maka terbukalah pemikiran Anwar
Ibrahim.

Kecelaruan pemikiran dan pragmatism Anwar Ibrahim menyebabkan para pengikut beliau
berada dalam kekeliruan dalam menangani isu aqidah. Dilema mereka ialah antara aqidah atau
kekuasaan/kemenangan dalam politik.

Rumusan
Anwar Ibrahim merupakan lagenda dan tokoh yang cukup berjasa untuk Islam, bangsa Melayu
dan Negara Malaysia. Pengiktirafan ini tidak membenarkan diri kita menerima pemikiran dan
tindakan beliau yang pragmatis dan SEPILIS.

Kita sebagai rakyat mesti menerima gagasan pemikiran Islam berbanding gagasan pemikiran
SEPILIS. Campur aduk antara pemikiran Islam dengan pemikiran SEPILIS menyebabkan
pemikiran Islam kurang mendominasi pemikiran seseorang. Tanpa kelurusan pemikiran dan
darjah keimanan yang tinggi, seseorang mudah terperangkap dengan gagasan pemikiran
SEPILIS.

Jangan mudah terpengaruh dengan keperibadian dan ucapan yang beretorik dan berapi. Anwar
Ibrahim mempunyai kemahiran komunikasi tahap tinggi dalam membina hubungan interaksi
dengan orang ramai terutamanya anak muda. Beliau memilih istilah, kosa kata dan pendapat
tokoh yang sesuai dengan konteks audien sehingga ucapan beliau berjaya menjentik jiwa para
pendengar. Ucapan beliau bertambah menarik dengan lelucon dan itonasi suara yang menarik.

Pemimpin pada hari ini perlu lebih warak dalam menjaga hubungan dengan pihak SEPILIS dan
jangan membuat keputusan yang merugikan Islam dan umat Islam.

Umat Islam perlu lebih berhati-hati menerima dan mengikuti para pimpinan mereka agar tidak
termasuk sebagai pengikut SEPILIS.

Aku Mahu Menjadi Sekular!

Dalam bab ini, kita dapat:


1.

Mengetahui definisi sekularisme-pluralisme-liberalisme

2.

Mengetahui ciri-ciri sekularisme.

Umat Islam sudah tidak mengenali musuh mereka!


Umat Islam sudah tidak mengambil berat siapa musuh mereka!
Umat Islam sudah tidak mengambil tahu siapa yang perlu mereka musuhi!
Tapi musuh sangat mengenali dirimu
(Musuh Mengenalimu - Khalil Jibril)

Semua persoalan, permasalahan dan perihal apa pun dalam kehidupan manusia sebaiknya
dirujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Siapa sahabat kita, siapa musuh kita, tugas seorang
manusia, peranan pemimpin dan sebagainya, rujuklah kepada al-Quran dan as-Sunnah dan sila
cari penyelesaian melalui kedua-dua sumber ilmu Islam tersebut. Kemudian rujuk pandangan
dan sirah sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan para ulama yang muktabar, rabbani dan
mujtahid dalam umat Islam terutamanya dalam lingkungan 300 tahun yang pertama zaman
Islam.

Islam sebagai satu penyelesaian kepada semua persoalan, permasalahan dan perihal apa pun
dalam kehidupan bertepatan dengan nasihat Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib alAttas yang menyatakan, Pertama, fahamilah pandangan alam Islam untuk menjaga pemikiran
kita agar tidak terkeliru, fahami dengan betul agama kamu, siapa diri kamu sebenarnya, jangan
biarkan orang lain mentakrifkan agama kamu, diri kamu, sejarah kamu, kerana worldview
mereka berbeza, cara pandang mereka berbeza.

Kedua, bersabarlah, jangan terburu-buru. Jangan mengambil tindakan yang akan merugikan
diri sendiri, mengorbankan jati diri, menggadaikan prinsip-prinsip agama. Sabar kerana jalan

masih panjang, banyak dugaan dan cabaran di hadapan yang perlu ditempuhi, jangan beralih
dari asas-asas yang pasti. Istiqamah dalam kebenaran.

Teramat malang sesetengah kita mahu berpegang kepada faham Sekular, Plural dan Liberal
(SEPILIS) dengan meninggalkan faham Islam. Fikirkanlah bekalan kubur dan hari akhirat kelak
sebelum kita menganuti pemikiran SEPILIS agar kita tidak menyesal kemudian hari.

Perbincangan Tentang Sekularisme


Sekularisme boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu [1] Sekularisme Falsafah dan [2]
Sekularisme bukan falsafah. Falsafah ialah pandangan hidup (baca: alam) yang menyeluruh
yang meliputi semua aspek: material, moral dan spritual.xi

Dalam tamadun Barat, ada dua aliran utama iaitu [1] aliran humanis dan republikan yang
disifatkan materialisme falsafah. Aliran kedua [2] ialah aliran liberal-kolonial yang disifatkan
humanisme falsafah. Dua aliran ini membentuk dua jenis aliran sekularisme.

Sesetengah sarjana menyatakan bahawa sekularisme terbahagi kepada dua bentuk yang
popular ialah Anglo-American (Amerika Syarikat-Britain) dan French Republican (Perancis).

Sekularisme dikatakan perlu dibincang dari pelbagai sudut seperti sudut falsafah, politik dan
sosiologi. Perbincangan dari sudut berbeza menghasilkan pandangan-pandangan dan
keputusan-perbuatan yang berbeza. Ia jelas berbeza dengan wacana ilmu dalam Islam yang
bersifat syumul-holistik-keseluruhan yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Segala perbincangan bermula dengan satu niat, diikuti dengan sumber ilmu dan kaedah-kaedah
ilmu yang menyuluhi aqal dalam menyatakan pandangan-pandangan yang diterjemahkan
melalui perbuatan atau kelakuan. Proses membentuk pandangan alam seseorang individu
sangat mempengaruhi kelakuan yang akhirnya membentuk struktur sesuatu pandangan alam
dalam instutusi yang dianggotainya.

Pembahagian sekularisme berjenis-jenis, berversi-versi yang pelbagai itu adalah percubaan


menghalalkan sekularisme dalam masyarakat.

Definisi Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme
Pengertian Sekularisme secara etimologi sekularisme berasal dari kata saeculum (bahasa latin),
mempunyai erti dengan dua konotasi waktu dan lokasi: waktu menunjukkan kepada pengertian
sekarang atau kini, dan waktu menunjuk kepada pengertian dunia atau duniawi. Jadi
menurut Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, faham sekular merujuk kepada faham
kedisinikinian. Sekularisme dalam Bahasa Arab yang paling tepat ialah perkataan hunalaniyyah
iaitu kedisinikinian berdasarkan perkataan huna (di sini) dan al-an (kini).

Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al Attas menyatakan istilah al-waqiiyyah lebih mendekati
konsep sekularisme berbanding istilah almaniyyah kerana ia lebih merujuk kepada
kedisinikinian. Istilah al-waqiiyyah mempunyai kaitan dengan faham positivisme.

Pluralisme Agama ialah satu faham menyamakan semua agama. Ia terbahagi kepada 4 iaitu [1]
Civil Religion, [2] Global Theology, [3] Transcendent Unity of Religion dan [4] Syncretisme.
Mereka menyatakan pendekatan agama adalah sama tetapi hakikat sebenar agama ialah
menuju pada tuhan yang satu.

Liberalisme ialah satu faham kebebasan yang ada pada setiap individu. Kebebasan mengalakkan
sifat pragmatis dan individualistik dalam kalangan individu dan masyarakat. Fahaman ini
menerima pakai pemikiran Barat dalam kehidupan mereka.

Ciri-ciri SEPILIS
Fahaman
Sekularisme

Perihal
Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
yang mengajarkan pemisahan total antara hidup

jasmani dan rohani, keagamaan dan keduniaan.


Memang ada yang bersifat keduniaan antara kegiatankegiatan manusia tetapi semuanya terletak di bawah
kawalan hukum agama.
Pluralisme

Yang mengajar manusia tentang satu faham yang


menyamakan semua agama berdasarkan Satu Tuhan
melalui pelbagai agama. Ia terbahagi empat iaitu [1]
Global Teologi, [2] Agama Sivil, [3] Transcendent Unity
of Religions dan [4] Sinkretisme.
Sarjana Islam yang berasal dari Barat dan mendapat
pendidikan di Barat terpengaruh dengan pemikiran
pluralisme. Antaranya, Rene Guenon, Frthjof Schuon,
Martin Lings, Titus Burckhardt dan Seyyed Hossen
Nasr,

Liberalisme

Yang mengajar tentang kebebasan yang diberikan


kepada individu tanpa batasan. Individu lebih penting
daripada masyarakat dan individu bebas daripada
ikatan nilai-nilai agama.
Digerakkan oleh kelompok reformis Islam ala Barat
dengan alasan untuk meningkatkan pemikiran dan
kemajuan umat Islam.

Pasca Modenisme

Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady


yang mengajarkan semuanya nisbi, tidak tetap mutlak
dan menentu, meta-naratif dalam bentuk agamaagama besar tidak berguna, dan nilai-nilai baik dan
buruk tidak boleh dipakai. Ini menyanggahi akidah
Ahlis-Sunnah yang mengajarkan ada ajaran yang
mutlak yang tidak berubah-ubah seperti Tauhid,
wahyu, kenabian, dan akhirat, ada bentuk-bentuk

ibadat yang tetap dan pasti, ada yang baik dan buruk
yang tetap dan tentu.
Sainstisme

Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady


yang mengajarkan hanya teori-teori dan penemuanpenemuan sains sahaja yang boleh dipakai sebagai
ilmu

yang benar,

yang lain

yang bercanggah

dengannya seperti kenyataan-kenyataan dalam ajaran


agama dan teks-teks suci mesti ditolak atas alasan
bercanggahan dengan sains dan teori-teorinya. Ini
bercanggah dengan epistemologi atau faham ilmu
Sunni yang mengajarkan adanya tempat yang wajar
untuk sains dalam skemanya tetapi kebenarankebenaran yang mutlak dalam agama dan wahyu
bukan bidang yang boleh dihakimi oleh sains dan teoriteorinya.
teori-teori tentang asal usul manusia dan agama dalam
kaji sosial (sosiologi) ini yang perlu diawasi.
teori-teori dalam sains seperti evolusi dan yang
sepertinya yang perlu diawasi, termasuk kenyataankenyataan tentang tenaga (energy), dan benda
(matter).
teori-teori psikologi seperti konsep seks yang menentu
segala dalam fahaman Sigmund Freud, penafsiran
pengalaman jiwa oleh Carl Jung dan yang sepertinya
yang perlu diawasi. Kita boleh mempelajarinya untuk
bahan bandingan tetapi untuk menjadi pegangan
diperlukan pengamatan yang tajam dan
kewaspadaan intelektuil yang tinggi.

SEPILIS dan Aqal


Bermulanya Iman, Islam dan ihsan daripada seorang individu. Iman, Islam dan Ihsan yang
difahami dengan kaedah yang benar melahirkan kefahaman dan keyakinan seseorang.
Kefahaman dan keyakinan yang benar ini membentuk kerangka pemikiran dan pandangan alam
yang memotori perbuatan dan lisan seseorang. Kejernihan pandangan alam dan kerangka
pemikiran seseorang diterjemahkan dalam sistem kehidupan mereka membolehkan kewujudan
maratil amal: individu; keluarga;masyarakat; negara; kekhalifahan.

Pandangan alam dan kerangka pemikiran sudah tentu berkaitan dengan aqal. Beraqal
mengambarkan kecerdikan, kebijakkan dan kearifan seseorang. Perpatah Melayu menyatakan,
pemimpin arif pemimpin sejati, sempurna akal mulia pekerti.

Hamka menyatakan, aqal ertinya ialah ikatan. Perpatah Melayu juga menyatakan mengikat
binatang dengan tali, mengikat manusia dengan aqalnya. Pada istilahnya, aqal adalah
pengetahuan akan perkara yang mesti diketahui.

Menurut Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, aqal merujuk suatu kejadian yang sedar lagi
giat yang mengikat dan menahan perkara-perkara yang diketahui itu dengan kata-kata atau
bentuk-bentuk simbolik. Pernyataan Prof al Attas mengambarkan bahawanya pengaruh bahasa
atau istilah kata dasar termasuk bentuk simbolik sangat penting dalam membentuk pandangan
alam dan penyedaran kepada seseorang.

Menurut al Marbawi, aqal itu ialah memahami hakikat sesuatu. Dapat memahami maksud.
Pada pandangan Dr Muhammad Uthman el Muhammady, hakikat aqal ialah merealisasikan
atau menyedari sesungguhnya bahawa La ilaha illaLlah iaitu mengetahui bahawa akhirnya
Hakikat Yang Mutlak itu adalah Esa-Nya jua.

Menurut Buya Hamka, aqal terbahagi dua iaitu [1] didapatkan dengan pancaindera dan [2]
permulaannya dari dalam hati sendiri.

Tuan Guru Salleh Musa dari Sik dalam syarah kitab Bakurah Amani menyatakan, aqal ialah satu
sifat yang Tuhan bubuh (letak) dalam hati sunubari dan bersambung kepada otak kepala.
Hati sunubari Otak Kepala

Bahagian hukum aqal boleh dilihat dalam jadual di bawah


Hukum Aqal

Penerangan

Penjelasan
Wajib aqli Dhohuri

Perkara yang tiada diterima aqal akan Menghukum sesuatu itu tetap
Wajib aqli

tiadanya, hakikatnya mesti menerima adanya dengan tiada berkehendak


ada

kepada bahasan dan mendirikan


kenyataan

1<2
Wajib Aqli Nazhori
Sesuatu perkara yang perlukan
seseorang itu untuk berfikir dan
juga memerlukan dalil seperti
kewujudan Allah SWT.

Seseorang perlu berfikir dengan


aqal

serta

mengemukakan

perbahasan-perbahasan

yang

kukuh bersertakan dalil-dalilnya.


Mustahil Aqli Dhohuri
Mustahil aqli

Perkara yang tiada diterima aqal akan Menghukum sesuatu tetap tiada
tiadanya, hakikatnya mesti tiada

dengan tiada berkehendak kepada


bahasan dan mendirikan dalil

2< 1
Mustahil Aqli Nazhori
Sesuatu

perkara

yang

perlu

difikirkan dan mendirikan dalildalil


Harus Aqli Dhohuri
Harus aqli

Perkara yang diterima aqal adanya dan Menghukum sesuatu boleh terima
tiadanya dengan jalan berganti-ganti, ada dan tiada secara bergantimaka hakikatnya boleh menerima ada ganti
dan tiada.

dengan

berkehendakkan

tidak

bahasan

dan

mendirikan dalil
Harus Aqli Nazhori
Sesuatu

perkara

yang

perlu

difikirkan dan mendirikan dalil

Aqal boleh menerima ilmu nazhariyyah yakni pengetahuan yang berkehendakkan fikir dan
boleh mentadbir segala pekerjaan/perbuatan dan menyelesaikan persoalan/permasalahan
pemikiran yang sukar dan terpancar pelbagai manfaat dan bahagia kepada manusia.

Aqal tidak boleh bersendirian, jika tidak aqal sejahtera, aqal sihat dan aqal waras tidak dapat
dihasilkan. Aqal memerlukan undang-undang/peraturan syariat dan syariat berhajat kepada
aqal tetapi aqal itu sendiri tidak boleh mengatasi undang-undang syariat dengan mengakuri dan
mematuhinya

Imam Hassan al-Banna menyatakan,


Adakalanya penelitian syarak tidak meliputi penelitian aqal dan demikian jualah sebaliknya.
Namun keduanya tidak berselisih pada perkara qati (muktamad): Hakikat ilmiyyah yang sahih
tidak bercanggah dengan kaedah syarak yang thabit. Dan setiap perkara dzanni dan keduanya
ditakwilkan agar sejajar dengan perkara qati. Sekiranya keduanya adalah perkara dzanni maka

pandangan syarak-lah yang lebih utama untuk diikuti sehinggalah pandangan aqal itu thabit
(kebenarannya) atau ia gugur dengan sendirinya

Saluran ilmu Islam terbahagi 3 iaitu [1] pancaindera yang sejahtera, [2] khabar yang benar dan
[3] aqal yang sihat [ditambahi dengan waras dan sejahtera].

Aqal mempunyai dua fungsi atau peranan yang boleh bertindak sebagai [1] sumber ilmu dan
[2] alat berfikir. Para ulama mengunakan aqal dalam sumber perundangan Islam setelah tiada
nas dalam perkara yang ingin diselesaikan Antara sumber ilmu dan perundangan Islam
berdasarkan aqal ini dikenali sebagai Qiyas dan al Masalih al Mursalah.

Dalam Islam, tiga perkara yang sangat penting sebelum ada taklif bagi para mukallaf iaitu [1]
niat, [2] baligh dan [3] beraqal. Tiga syarat inilah mengabsahkan setiap amalan orang beriman.

Aqal sebagai alat ilmu atau alat berfikir. Buya Hamka menyatakan, aqallah alat untuk berfikir,
dialah hulu hikmat. Lantaran aqal, datanglah taklif perintah agama.

Aqal adalah alat untuk mengenal Tuhan. Aqal juga membolehkan kita mengenal-bezakan
perkara yang baik dan buruk, iman dan kufur. Aqal juga digunakan untuk manusia mengkaji
kejadian alam [untuk mengenal Allah melalui kebesaran kejadian alam milik Allah] dan
meningkatkan pembangunan tamadun dan kesejahteraan manusia. Dengan ini, manusia yang
beraqal ialah manusia yang mengunakan aqal mereka yang boleh mengikat diri mereka dengan
simpulan tali iman dengan kemas.

Imam Hassan al Banna menyatakan,


Islam membebaskan aqal fikiran dan mengesa untuk memerhatikan alam semesta, menjujung
martabat ilmu dan alim ulama, serta mengalu-alukan perkara yang baik lagi bermanfaat.
Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin, sesiapa yang menemuinya maka
dialah yang paling berhak terhadapnya

Islam telah membebaskan aqal daripada penjara taklid dan hawa nafsu yang mengheret
manusia kepada kesesatan. [Surah al-Baqarah: 170]

Ada sesetengah manusia menyalah-gunakan aqal. Dalam faham Islam, istilah aqal itu membawa
diri seseorang itu beriman dengan mengikat diri orang tersebut dengan iman dan Islam.
Muhammad Uthman el Muhammady menyatakan Al Quran memanggil orang sesat dalam Islam
sebagai orang yang tidak dapat mengunakan aqal: la yaqilun iaitu mereka yang tidak dapat
mengunakan aqal dengan cara yang sebenarnya. Mereka tidak mengenali Allah walaupun ada
aqal.

Aqal rosak apabila pengaktifnya bukan Al-Quran. Mereka menzalimi diri sendiri kerana memilih
nafsu mereka sebagai pengaktif aqal.[Surah al-Qasas: 50]

Bahasa Mempengaruhi Pandangan Alam Manusia


Kebudayaan Barat mengunakan istilah bahasa yang berasal daripada bahasa Latin. Istilah
bahasa mempengaruhi corak kefahaman seseorang yang menganuti Kebudayaan Barat atau
mendapat pendidikan Barat. Antara perkataan itu ialah intellectus (intelligence) dan ratio
(reason). Intellectus berfungsi merenung hakikat rohani manakala ratio adalah alat memahami
dan menguasai alam zahir-tabii.

Berlaku pertembungan antara intellectus telah menindas ratio berlaku pada abad ke 4 hingga
13 Masihi ekoran ajaran Augustine yang terpengaruh dengan pemikiran Plato. Selepas abad ke
13, Aquinas telah memasukkan pemikiran Aristotle dan pandangan alam Romawi ke dalam
pandangan alam Kristian. Ratio lebih kedepan dan diutamakan berbanding intellectus.

Apabila mereka melakukan penduaanmemisahkan dua hakikat dan kebenaran terhadap alam
tabii dan alam rohani. Daya kebolehan intellectus dan ratio disangsikan. Akhirnya mereka
menerima dorongan daya-kasih atau love sebagai dasar kepercayaan.

Selepas abad ke 13 Masihi, penggunaan ratio memberi cabaran besar apabila muncul kelompok
mencabar aqidah agama Kristian dengan memutuskan hubungan dengan hakikat kerohanian
termasuk mempersoalkan kewujudan Tuhan. Faham ini dikenali rationalisme. Kemudian
muncul naturalisme atau faham alam tabiie ke dalam pandangan alam Kristian mengakibatkan
keruntuhan agama Kristian Lama ekoran kemaraan Falsafah Sains dan kelompok sekular
sehingga mewujudkan agama Kristian Baru.

Pengkisahan ratio, intellectus dan love memberi gambaran bahawa istilah dalam bahasa banyak
mempengaruhi kerangka pemikiran dan pandangan alam seseorang individu. Manusia berfikir
berdasarkan konteks kefahaman istilah dalam bahasanya.

Pemilihan istilah demokrat menyebabkan para penganut Muslim Demokrat bertindak


berdasarkan konteks demokrasinya. Jika kita memerhati isme-isme atau ideologi ciptaan
Barat, ia bukan sekadar ideologi yang berasaskan pencaturan ekonomi atau politik tetapi ia
adalah Satu Sistem Kehidupan. Justeru, kemunculan ideologi Barat mengancam Islam sebagai
Addin.

Kesimpulan
Kebanyakan sekularis dan sebahagian Islamis seringkali mengaitkan sekularisme dengan
masyarakat Islam. Kita perlu meneroka dimana kepincangan sebenar sekularisme.

Islam jelas menolak sekularisme dan sekularisasi kerana permisahan antara urusan dunia
dengan Islam.

Penganut sekularisme menganggap sains adalah pencapaian tertinggi aqal dan tidak ada lain
selepas itu. Mereka menolak pentafsiran metafizik terhadap alam.

Pengaktif aqal yang paling benar adalah Al-Quran. Al-Quran diaktifkan mengunakan Bahasa
Arab yang akan mempengaruhi kefahaman yang membentuk pandangan alam seseorang
manusia dimana seseorang manusia akan memahami istilah-istilah yang diaktifkan oleh AlQuran. Kefahaman ini akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka dalam kehidupan
mereka.

Islam mempunyai pandangan hidup yang sangat berbeza dengan pandangan hidup Barat. Ia
akan akan membawa pengeseran yang berterusan antara Barat dengan Islam.

Bermulanya Seorang Sekularis

Dalam bab ini, kita dapat:


1.
Mengetahui penyelewengan sekularis
2.
Mengetahui bagaimana seorang sekularis dipengaruhi oleh Sekularisme- PluralismeLiberalisme.

Menjarakkan Islam Daripada Umat Islam.


Semasa delegasi diplomat Israel mengadakan lawatan ke Cuba, Fidel Castro telah menasihat
delegasi Israel agar tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin mengambil RUPA Islam
kerana gerakan ini akan mengambil KAREKTER Aqidah dan menjadikan unggun api semangat
yang biasa terdapat dalam Masyarakat Islam. Castro juga menyarankan kepada Israel agar
mengekalkan penguasaan kelompok Sosialis di negara-negara Arab.

Barat cuba melakukan pelbagai pendekatan untuk menjauhkan umat Islam daripada Islam.
Dalam menjauhkan Islam daripada generasi muda, Barat mempromosikan sukan, seks, hiburan
(Filem, lagu dan permainan video) dan aplikasi media sosial serta gajet. Lihat sahaja dengan
bola sepak, anak muda hatta kelompok muda Islamis tergoda dengan kefanatikan menyokong
kelab bola sepak.

Kemunculan istilah dan konsep Muslim Demokrat umpamanya mula menjarakkan Islam dengan
politik melalui permisahan antara fungsi jemaah Islam dan parti politik. Adakah parti politik
Islam atau jemaah Islam tidak mampu melaksanakan urus tadbir kerajaan yang baik?. Semua
pihak mampu melaksanakan urus tadbir kerajaan yang baik bahkan parti politik Islam mendapat
dua kebaikan: menguruskan urus tadbir kerajaan yang baik dan meredhai Allah.

Kegagalan dalam sesebuah kerajaan dalam urus tadbir kerajaan dengan baik bermula apabila
tahap iman, taqwa dan akhlaq mula mencair; cabaran kondusif kerana terlalu lama berkuasa;
cabaran takut kehilangan kuasa; cabaran material; cabaran dunia kabel (Kronisme dan
Nepotisme) dan perebutan kuasa.

Musuh-musuh Islam sentiasa berusaha memerangi umat Islam (Surah al-Baqarah: 217) dan
menjarakkan Islam daripada umatnya (Surah al-Baqarah: 109). Orang Yahudi dan Nasrani tidak
akan senang dengan umat Islam selagi umat Islam berpegang kuat pada Al-Quran dan as
Sunnah. Mereka mahu umat Islam mengikut ajaran dan kehendak mereka (Surah al-Baqarah:
120. An-Nisa: 89).

Janganlah ada umat Islam menjauhi Islam disebabkan oleh musuh-musuh Islam dengan
mengikuti ajaran mereka. Jangan membeli kesesatan dengan menjual kebenaran mereka pihak
musuh suka jika umat Islam tersesat (Surah An-Nisa: 44-45).

Memulakan keraguan dengan keraguan menatijahkan keraguan.


Para sekularis anak tempatan mula mengunakan cara berfikir para orientalis. Secara
epistemologi, para orientalis dan sekularis tempatan bersifat skeptis. Mereka memulakan
keraguan, berhujah dengan pandangan dan sumber ilmu yang meragukan dan berakhir dengan
keraguan. Akhirnya mereka meragui kebenaran dan membenarkan keraguan.

Para orientalis dan sekularis bukan mencari kebenaran tetapi pembenaran terhadap keraguan
yang mereka anuti.

Dalam pembicaraan tentang perundangan Islam, pendokong orientalis dan sekularis


memulakan penghujahan dengan polemik yang bertujuan menambahkan keraguan terhadap
perundangan Islam. Antara contoh isu yang mereka utarakan ialah perbezaan antara syariat
dan fiqh. Walaupun pandangan mereka kelihatan betul tetapi tidak benar kerana pengakhiran
hujah mereka bermatlamat supaya orang ramai meragukan fiqh dan syariat yang ditafsirkan
oleh manusia bergelar ulama.

Dualisme
Dualisme adalah kekacauan pemikiran dimana dualis menerima dua perkara yang saling
berlawanan.

Kita menjadi pencuri kerana mahu menolong orang miskin

Kita adalah ateis yang berakhlak mulia

Kita adalah penganut Sekularisme Islam

Liberalis yang baik

Kita sokong Islam tetapi tak solat

Bahkan dalam tauhid juga bersifat dualisme, saya percaya Allah tetapi saya juga sayang
Gautama Buddha

Tiada dualisme dalam Islam kerana kebenaran dalam Islam bersifat mutlak dan objektif.

Seorang Ektremis Dicandui Oleh Toleransi, Kebebasan dan Kepelbagaian


Kejutan budaya. Tersungkur di pintu syurga.

Bersederhana dalam semua perkara.

Jika kita membenci, sederhanalah. Jika mencintai dan menyayangi, bersederhanalah.

Tak sangka seorang yang fanatik Haji Hadi menjadi seorang liberalis. Tak sangka seorang penulis
Islam lulusan syariah

dan anti-liberal menjadi seorang Pluralis: Syiah+hedonisme+rentas

agama. Iman berbolak-balik, moga kita dijauhkan oleh-Nya.

Toleransi, kebebasan dan kepelbagaian boleh membuat diri seseorang teruja dengan ketigatiganya. Paling malang, ketiga-tiga perkara menjadi seseorang itu anti-Islam dan menolak
kesyumulan Islam atas nama toleransi, dialog, rasional, kebebasan dan meraikan kepelbagaian.

Mereka menjual kemuliaan Islam dengan kemuliaan disisi manusia.

Beriman Tanpa Beramal


Sekularisme menghasilkan pemikiran beriman tanpa beramal. Masyarakat boleh merasakan diri
mereka beragama tanpa beribadah dan mengaku beriman tanpa beramal.

Sekularisasi tidak dapat dibendung lagi dalam masyarakat moden, suka atau tidak dan mahu
atau tidak mahu setiap anggota masyarakat mesti menerima sekularisme atau tersingkir dan
terasing daripada masyarakat. Maka, kita akan melihat bagaimana agama ditafsir secara
sekular.

Agama ditafsir mengikut kehendak sekular melahirkan pemikiran beriman tanpa beramal.
Agama telah dipisahkan daripada urusan politik, sosial dan ekonomi umat Islam dengan
meletakkan Islam di masjid dan tikar sejadah sahaja.

Islam hanya agama bukannya sistem kehidupan.

Islam hanya perbincangan yang gah dan wacana ilmu tanpa noktah tetapi tanpa amal.

Pentafsiran Islam Milik Semua Orang Islam?


Bukan ulama sahaja yang berhak mentafsirkan Islam
pentafsiran Islam bukan milik monopoli ulama sahaja.

Pentafsiran Islam bukan sahaja milik para ulama. Semua orang boleh mentafsirkan Islam
dengan syarat-syarat tertentu.

Ya, memang benar semua orang boleh mentafsirkan Islam dengan syarat: mukallaf; niat yang
ikhlas dan benar; dan belajar serta menguasai ilmu-ilmu Islam.

Apa tujuan mentafsirkan Islam? Adakah anda mengkaji Islam untuk mencari agama yang benar
atau mengamalkan Islam atau mengambil manfaat daripada Islam?. Jika anda tidak yakin dan
tidak mahu beriman, apa tujuan anda mempelajari, mengkaji atau mentafsir Islam?. Jawapan
kepada persoalan ini akan menentukan siapakah anda.

Jika mahu mentafsir Islam, kita mestilah mempelajari dan menguasai sumber ilmu dan kaedah
ilmu: Al-Quran; Al Sunnah; Ijma Ulamak; dan Qiyas. Mentafsir Islam memerlukan keyakinan
yakni beriman kepada Allah SWT dan mengikut apa yang Nabi Muhammad SAW suruh dan
meninggalkan segala laranganNya. Mentafsir Islam bukan dengan kejahilan iaitu mengikut
kehendak aqal dan nafsu sendiri. Asasnya, Islam perlu ditafsir dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Solat seringkali tinggal, bagaimana nak tafsir agama, bro?

Allah SWT dan Rasulullah SAW Hilang Dalam Kehidupan Orang Muslim
Allah SWT semakin kurang dikenali, kurang dirasai kewujudan dan kehadiran-Nya kerana ilmu
tauhid seperti Sifat 20 dan Nama-nama Allah semakin kurang dilazimi. Kitab-kitab tauhid
karangan ulama Melayu silam sudah kurang dipelajari.

Anak muda lebih berminat dengan Rawl, Habermas, Marx berbanding mengenali Rasulullah
SAW. Buku-buku sirah Rasulullah SAW semakin ditinggalkan.

Ada yang berminat mempelajari Islam tetapi bukan dipelajari untuk mengenali kewujudan Allah
SWT dan mengambil ibrah kisah Nabi Muhammad SAW. Mereka berminat dengan falsafah,
tareqat, sanad dan watak-watak luar biasa. Mereka sibuk mengkaji Al-Hallaj, Al-Sahruwardi,
Basysyar, Al-Rawandi dan Shah Waliyullah.

Baca Buku Tentang Islam


Membaca buku-buku Islam tetapi masih mendokong SEPILIS.

Bermanfaatkah apa yang kita baca?

Bacaan yang bermanfaat adalah bacaan yang menambahkan iman dan pahala kita di akhirat. Ia
bermaksud dengan membaca buku tersebut kita dapat menambah keyakinan kita kepada Allah
dan Rasul-Nya dengan mengamalkan apa yang dibaca dan menolak apa yang dilarang.

Baca buku bukan untuk tahu tetapi untuk faham.

Baca buku untuk amal bukannya modal nak berdebat.

Pemikiran Bercampur-aduk
Mencari sumber ilmu lain selain Al-Quran menyebabkan pemikiran seorang muslim akan kacaubilau.

Rasulullah SAW membentuk Generasi Quranik yang bersih hatinya; bersih pemikirannya; bersih
pandangan hidupnya; bersih perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada sebarang unsurunsur yang lain selain daripada landasan Ilahi yang terkandung dalam Al-Quran.

Apabila sumber ilmu Islam dicampur-aduk dengan pemikiran Yunani dan Romawi, pemikiran
umat Islam menjadi kacau-bilau.

Generasi Quranik yang ditarbiyyah oleh Nabi Muhammad hanya ada satu sumber panduan yang
TUNGGAL iaitu AL-QURAN. Kita akan rosak jika mencari sumber panduan lain selain daripada
Al-Quran. Sumber panduan lain menyebabkan pemikiran bercampur-aduk yang akhirnya
seseorang itu terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Rasulullah SAW murka apabila melihat Saidina Umar al-Khattab memegang kitab Taurat. Sabda
baginda Demi Allah sekiranya nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu sekarang pun, tidak
halal baginya melainkan mesti mengikuti ajaranku

Pengkudusan Ulama
Hassan al Banna menyatakan,
Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kata-kata manusia yang
maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yang datang daripada generasi silam yang diredai Allah jika
bertepatan dengan kitab dan sunnah kita akan terima. Jika tidak, kitab Allah dan sunnah
rasulNya lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau
mengkritik mana-mana individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka.
Mereka telahpun menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan.

Sesetengah ulama merasakan mereka sahaja tahu tentang agama Islam. Sememangnya mereka
tahu kerana mereka mendapat pendidikan Islam secara formal. Tahu tidak semestinya beramal.
Tahu belum tentu mempunyai niat yang lurus dan ikhlas dalam menyampaikan Islam. Tahu
belum tentu ada penghayatan Islam dalam kehidupan dengan istiqamah.

Kita menghormati pandangan ulama bukannya taksub kepada mereka. Pelajari agama Islam
dengan ramai guru dan aliran supaya sifat taksub dan fanatik serta ekstrem dapat dibendung.

Kita boleh menolak pandangan ulama. Kita boleh memilih pandangan ulama yang sesuai
dengan kemampuan kita. Pilihlah pandangan ulama yang paling dekat dengan Al-Quran dan AsSunnah dan hujahnya paling kuat diantara hujah-hujah yang dikemukakan oleh para ulama yang
lain.

Dalam Islam, kemuliaan bukan terletak kepada gelaran ulama. Kemuliaan Islam terletak kepada
TAQWA kita kepada Allah SWT. Biarlah Allah sahaja menilai kita bukannya penilaian manusia.
Cuma pastikan amalan kita mengikut syariat dan menepati Al-Quran dan As-Sunnah.

Aqal
Beraqal mengambarkan kecerdikan, kebijakan dan kearifan seseorang. Perpatah Melayu
menyatakan, pemimpin arif pemimpin sejati, sempurna akal mulia pekerti.

Hamka menyatakan, aqal ertinya ialah ikatan. Perpatah Melayu juga menyatakan mengikat
binatang dengan tali, mengikat manusia dengan aqalnya. Pada istilahnya, aqal adalah
pengetahuan akan perkara yang mesti diketahui.

Aqal sebagai alat ilmu atau alat berfikir. Buya Hamka menyatakan, aqallah alat untuk berfikir,
dialah hulu hikmat. Lantaran aqal, datanglah taklif perintah agama.

Aqal tidak boleh bersendirian, jika tidak aqal sejahtera, aqal sihat dan aqal waras tidak dapat
dihasilkan. Aqal memerlukan undang-undang/peraturan syariat dan syariat berhajat kepada
aqal tetapi aqal itu sendiri tidak boleh mengatasi undang-undang syariat dengan mengakuri dan
mematuhinya.

Menurut Buya Hamka, aqal terbahagi dua iaitu [1] didapatkan dengan pancaindera dan [2]
permulaannya dari dalam hati sendiri. Pengaktif aqal bagi [1] dan [2] ialah Al-Quran. Daripada
Al-Quran, aqal dibina dan diislah agar diri manusia menjadi seorang yang berTAQWA.

Jika kita memilih nafsu dan bisikan syaitan sebagai pengaktif aqal, iman kita akan tergugat,
akhlak kita terbejat dan diri kita akan hanyut dalam keasyikan dunia yang sementara ini.
Justeru, perbanyakkan pembacaan Al-Quran.

Kecewa Dengan Pengalaman Hidup Beragama


Sesetengah orang kecewa dengan orang agama atau agamawan, institusi atau organisasi
agama, agama dan bertuhan. Kekecewaan ini memberi impak besar dalam kehidupan

beragama mereka. Jalan pintas bagi mereka adalah meninggalkan agama dan bersangka buruk
dengan institusi dan kelompok agamawan.

Kekecewaan mereka menghasilkan dendam yang membuta-tuli terhadap segala pandangan


Islam yang bukan kalangan mereka. Mereka memilih pandangan yang kononnya Islamik yang
lebih moderat. Mereka bukan lagi melihat kebenaran Islam berdasarkan sumber ilmu, kaedah
ilmu dan siapa penyampai ilmu dari segi ilmu, wibawa dan akhlaq tetapi melihat siapa
penyampai berdasarkan aliran pemikiran yang sama dengan mereka.

Dalam perjuangan Islam, kesabaran dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah paling utama
dicari bukannya kepuasan kehendak diri sendiri. Imam Hassan al-Banna menyatakan,
perbaikilah dirimu disamping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan.

Rupa Aqidah Dalam Kehidupan Muslim


Asas aqidah adalah tauhid. Ilmu tauhid dapat mengukuhkan aqidah seseorang muslim. Ilmu
tauhid mesti menjadi asas dalam pembentukan kerangka pemikiran dan pandangan alam
seseorang muslim.

Dalam setiap aspek kehidupan, aqidah Islam perlu diutamakan. Seorang muslim yang
mempunyai kerangka pemikiran tauhidik tidak menghadapi masalah besar dalam menangani
permasalahan kehidupan.

Kemunculan sesetengah pihak menolak peranan aqidah dalam pemerintahan, politik dan
perundangan adalah bala besar bagi umat Islam. Mereka mahu urus tadbir yang baik, integriti
kerajaan dan lain-lain dengan mengenepikan Islam. Pada pandangan penulis, [1] mereka
mengalami kehakisan keimanan-keyakinan terhadap Islam sebagai satu penyelesaian perihal
manusia, [2] mereka telah memburuk imej Islam dengan fitnah bahawa diri manusia boleh
menjadi terbaik tanpa Islam, [3] Islam gagal menjadi model rahmat untuk semua dan [4]
seorang individu muslim mesti menonjolkan Islam bukannya kehebatan peribadi mereka.

Rahmat untuk semua tanpa Islam (temasuk syariat) bagaikan manusia tanpa baju. Dalam
konteks Malaysia, model Islam mesti diperkenalkan tanpa berselindung. Kenapa tanpa
berselindung?. Sebabnya ialah teras utama Islam di negara Malaysia ialah [1] tertakluk dalam
Perlembagaan Malaysia, [2] majoriti di Malaysia adalah umat Islam dan [3] faktor sejarah
dimana Kerajaan Islam bertapak di Malaysia dan perundangan Islam sudah dipraktik sebelum
penjajahan British tanpa sebarang masalah besar.

Selesaikan permasalahan dengan iman dan Islam, kita dapat menyelesaikan masalah disisi
manusia dan diredhai Allah SWT.

Serangan Pemikiran Ke Atas Islam

Bahaya Sekularisme
Menurut Dr. Khalif Muammar, sekularisme bahaya kepada alam, diri dan agama Islam.
Sekularisme bukan sekadar memisahkan agama dan politik atau konsep kenegaraan sekular
sahaja tetapi ia mempengaruhi kehidupan seseorang manusia. Justeru, sekularisme
menganggu-gugat Islam sebagai Addin. Antara bahaya sekularisme kepada manusia ialah
1. Nilai menjadi subjektif dimana kebenaran tidak lagi terikat dengan wahyu Allah. Nilai
ditentukan oleh manusia. Halal-haram ditentukan oleh ekonomi dan pasaran.

2. Politik bebas daripada ikatan agama. Niat menghalalkan cara.

3. Alam bukan lagi milik Allah. Tiada aturan Allah yang diikuti. Alam menjadi medan
memenuhi kehendak nafsu manusia.

Melaungkan Slogan yang Mengelirukan


Kelompok SEPILIS dan seaspirasi dengannya seringkali mengemukakan slogan-slogan yang
indah dan bombastik. Mereka mengunakan kehebatan retorik pidato yang memukau dan
tulisan yang mengasyikkan dan indah. Hakikat sebenar, ia hanyalah sembang kosong, retorik,
populis dan pragmatis sahaja untuk memenuhi agenda tersirat.

Sebagaimana Barat melaungkan demokrasi dan Kebebasan, Kesamaan, Persaudaraan yang


kerap turut dimainkan oleh pendokong dan pemuja mereka. Orang ramai mudah terpesona
dengan istilah-istilah ini apatah lagi pada masa yang sama negara-negara yang ditadbir oleh
pemimpin palsu korup dan bersifat diktator. Akhirnya, kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan
pemimpin palsu bersama kelompok berslogan palsu menjerumus rakyat ke lembah
kemudharatan yang lebih besar.

Dasar Penerapan Islam dan Islam Hadhari sebagai contoh cuba menjauhkan rakyat daripada
konsep Negara Islam.

Serangan Ke Atas Konsep Negara Islam dan Perundangan Islam.


Pendokong SEPILIS dan seaspirasi dengannya seringkali menyatakan idea tentang urus tadbir
yang baik, Islam yang lebih ramah, rahmah untuk semua, atas maqasid syariah, inklusif,
pluraliti, dialog dan meraikan kepelbagaian idea untuk menolak atau menangguhkan Konsep
Negara Islam dan perundangan Islam (lebih tepat: hudud). Ia hanyalah perisa sedap yang
sementara. Dekad mendatang ia akan dijelmakan dengan istilah-istilah dan konsep-konsep yang
lain pula.

Kita telah melihat idea, konsep dan istilah yang diperkenalkan sepanjang zaman umpamanya
Sosialisme Islam, Islamisasi, Masyarakat Madani/Sivil, Manhaj Malaysia dan Rakan
Pembangunan Negara. Ke manakah nasib konsep, idea dan istilah ini?

Sekarang mereka mengangkat konsep Muslim Demokrat. Tahukah kita konsep Muslim
Demokrat adalah konsep gagal sebelum ia diluncurkan. Kenapa?. Sebabnya, sepanjang Dato
Seri Anwar Ibrahim berada dalam UMNO dan Kerajaan Malaysia, bahkan tanpa korupsi,
kronisme dan nepotisme Kerajaan Malaysia pimpinan Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Dato
Seri Mohd Najib Tun Razak adalah selaras dengan Muslim Demokrat. Semua konsep, istilah,
slogan dan idea hanyalah untuk membendung kewujudan Negara Islam dan perundangan Islam
sahaja.

Fungsi utama politik Islam pada zaman ini ialah menegakkan Negara Islam dan Perundangan
Islam melalui persetujuan rakyat (demokrasi dan pilihanraya) dan mengikut lunas
Perlembagaan Negara. Politik Islam menolak rampasan kuasa, keganasan dan kezaliman. PAS
umpamanya sudah lama bersifat Muslim Demokrat kerana penglibatannya dalam demokrasi,
pilihanraya dan perjuangan mengikut lunas Perlembagaan Malaysia. Cadangan hukum hudud

sebagai contoh dibuat secara perlembagaan dan persetujuan rakyat melalui pilihanraya
bukannya kekerasan.

Kesabaran PAS memperjuangkan Islam melalui pilihanraya dan lunas perlembagaan berbaloi
apabila Tun Mahathir sendiri mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam di Persidangan
Parti GERAKAN. Walaupun dilihat retorik, ia adalah satu pengiktirafan kepada usaha PAS. Begitu
juga usaha PAS dan UMNO dalam merealisasikan pemerkasaan Rang Undang-Undang 355 (Akta
Mahkamah Syariah).

Serangan Terhadap Konsep Ijma Ulama


Kelompok ulama islah, ulama aspirasi

dengan kelompok SEPILIS dan pendokong Islam

memperjuangkan umat Islam kembali kepada Al-Quran dan membebaskan pemikiran umat
Islam daripada taklidisme dengan pengupayaan aqal. Mereka mengemukakan gagasan
pemikiran ulama islah silam seperti Imam Ibnu Tamiyyah. Mereka juga menghidupkan kembali
pemikiran islah dan moderat pemikir dan ulama Islam seperti Muhammad Asad, Muhammad
Abduh, Ali Syariati dan Jamaluddin al-Afghani. Paling menarik mereka cuba menghidupkan
pemikir Islam yang teledor pemikirannya seperti Abdul Ali Raziq, Abdullah Ahmad an-Naim dan
Muhammad Taha. Sebahagian mereka, caranya betul tetapi tujuannya batil. Sebahagian
mereka mempunyai hati yang ikhlas. Sebahagian mereka berpegang kepada ajaran yang sesat
kerana cuba mengelirukan masyarakat.

Ijma ulama ialah kesepakatan para mujtahid daripada umat Islam pada zaman dari zamanzaman atas hukum syarak selepas kewafatan Rasulullah SAW. Para ulama mujtahid
menetapkan kedudukan ijma ulama sebagai dalil ketiga selepas Al-Quran dan As-Sunnah yang
mana ijma tidak boleh menyalahi al-Quran dan dan as-Sunnah. Ijma mestilah kefahaman
daripada ayat-ayat al-Quran, hadith dan qiyas. Ijma paling utama ialah ijma para sahabat
diikuti oleh ijma tabiin.

Kelompok SEPILIS, para pendokong dan seaspirasi dengannya menyerang konsep ijma ulama
dimana mereka menyarankan penghapusan taklidisme dan pembukaan semula pintu ijtihad.
Ijma ulama adalah bagasi keilmuan Islam yang telah menyelesaikan jutaan permasalahan dan
persoalan manusia zaman berzaman. Selama ini tiada masalah, jika ulama mengemukakan
ijtihad baru selagi menepati al-Quran dan as-Sunnah.

Permasalahan yang timbul ialah kelompok SEPILIS dan seaspirasi dengannya mahu ijtihad
dilakukan berdasarkan kehendak aqal dan nafsu mereka dengan menolak ijma ulama terdahulu
sedangkan diri mereka bukanlah ulama mujtahid. Jika semua orang berijtihad dengan aqal dan
nafsu sendiri, agama Islam akan dirosakkan oleh orang yang jahil.

Ijma Ulama dan Qiyas menjadikan Islam relevan sepanjang zaman. Justeru, keabsahan dua
sumber ilmu Islam dapat dijaga jika ia dilakukan oleh para ulama mujtahid.

Serangan Terhadap Kewibawaan Ulama


Bukan semua ulama mampu mencapai tahap mujtahid. Justeru, para ulama telah berkumpul
dan muzakarah sesama mereka sebelum melakukan ijitihad atau berfatwa. Jika ulama
mengeluarkan pandangan secara individu, pandangan masih diterima berdasarkan sumber
ilmu: al-Quran dan as-Sunnah tetapi tidak kuat berbanding pandangan sekumpulan ulama.

Pendokong SEPILIS dan seaspirasi dengannya mahu meletakkan para ulama di tikar sejadah
atau pintu masjid sahaja. Mereka pantang melihat jika ulama berada dalam lapangan
masyarakat dan berjihad khususnya dalam politik. Ulama yang terlibat dengan politik diserang
daripada pelbagai penjuru: monopoli keputusan agama Islam; memperalatkan agama Islam;
konsep wala; ulama tidak maksum dan sebagainya. Hakikat sebenarnya, mereka mahu ulama
berundur daripada politik.

Pengkaderan Anak Muda


Pengkaderan anak muda dilakukan secara teratur dengan kewujudan program seperti Sekolah
Demokrasi (Sekdem) DAP dan Sekolah Politik (Sekpol) IKD.

Menarik, Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) turut menghantar pemimpin-pemimpin mereka ke


program seumpama ini dengan tujuan untuk belajar tentang kepelbagaian pemikiran.
Malangnya yang berlaku ialah pemimpin-pemimpin GMI dinodai dengan pemikiran SEPILIS yang
menonjolkan keterbukaan, rasional, toleransi, dialog dan pluralisme. Kebanyakan pemimpin
GMI yang menyertai program ini banyak merosakkan GMI dari dalam.

Pengkaderan anak muda oleh kelompok SEPILIS adalah kesinambungan program bermodelkan
Kristianisasi. Pendekatan hampir sama.

Bahasa dan Pendidikan


Bahasa Arab banyak mempengaruhi bahasa-bahasa tempatan umat Islam. Dalam Bahasa
Melayu, banyak istilah-istilah berasal daripada bahasa Arab. Paling menarik, Bahasa Melayu
yang asal mengunakan tulisan jawi yang diambil daripada Bahasa Arab.

Bahasa membentuk pemikiran individu. Bahasa juga asas kepada pendidikan individu dan
sistem pendidikan negara. Antara taktik penjajah mengubah peranan bahasa dan tulisan rakyat
tempatan kepada bahasa penjajah. Tujuannya untuk menakluki pemikiran dan kebudayaan
orang tempatan melalui kefahaman bahasa penjajah yang diterapkan dalam sistem pendidikan.

Lumpuhnya peranan bahasa tempatan, lumpuhlah sistem pendidikan sesebuah negara. Dalam
suatu konvensyen Kristian pada tahun 1938 menyatakan, peranan pendidikan Barat
menjauhkan orang muslim dari agamanya. Prof. Snouck Hurgronje menyatakan, pendidikan
dan pelajaran dapat melepaskan orang Muslimin dari genggaman Islam.

Jaga bahasa tempatan dan sistem pendidikan daripada diceroboh oleh pendokong SEPILIS dan
seaspirasi dengannya yang pro pengunaan bahasa penjajah.

Hak Wanita yang Dilacuri


Mempertahankan hak wanita sebagai pekerja seks, gadis dibiarkan seksi untuk pengiklanan,
pelakon wanita menjual maruah: tubuh; payu dara; wajah; paha untuk sesuap nasi, hak wanita
bekerja. Adakah semua ini hak seorang wanita?.

Islam memartabatkan wanita daripada awal kemunculannya. Kita ambil Ummu Mukminin,
Saidatina Aisyah yang menjadi guru kepada para guru dalam ilmu-ilmu Islam.

Dalam al-Quran dan hadith, martabat dan wanita sebagai ibu, isteri, anak perempuan diiktiraf
oleh Islam. Hak wanita pada maruahnya bukannya pada batang tubuhnya.

Gerakan Islam Rebah Dalam Selimut SEPILIS


Saya yakin, disamping Tunisia, negara seperti Malaysia, Indonesia, Morocco dan Turki boleh
menjadi negara contoh di dunia walaupun kita belajar dari Timur Tengah, Lim Kit Siang
Dalam bab ini, kita dapat;
1. Pengaruh Ikhwanul Muslimin dalam politik Islam Antarabangsa
2. Menerima kehendak akal dan nafsu dengan memenuhi agenda dan aspirasi Barat adalah satu
kehinaan bagi Islam dan umat Islam.
3. Melihat pengaruh kelompok progresif dan pembaharuan di Maghribi, Turki, Tunisia dan
Malaysia.

Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS) bermula apabila sarjana Islam dan pemimpin
Islam yang palsu ini mencampur aduk pandangan antara kebenaran disisi Allah dan pemikiran
berasaskan ideologi. Ada yang betul-betul menganuti faham SEPILIS dan ada yang membawa
aspirasi SEPILIS (lebih tepat: Barat).
Muslim Moderat dan Muslim Demokrat adalah aspirasi daripada kehendak Barat yang
berdasarkan kehendak aqal dan nafsu sahaja. SEPILIS telah dibalutkan dengan pakaian Islam
sehingga membawa fitnah kepada umat Islam.

Muslim Demokrat dan Anwar Ibrahim


Dato Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO
serta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Pengerusi World Forum for
Muslim Democrats. Beliau bersama B.J Habibie, Abdullah Gul, Dr. Tariq Ramadhan (cucu Imam
Hassan al Banna) dan Rashid Ghannousshi menjadi pengerak utama gagasan Muslim Demokrat
peringkat antarabangsa.
Anwar Ibrahim, seorang negarawan yang rapat dengan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa, pemimpin politik dan sarjana Barat. Beliau antara tokoh ternama yang rapat dan

mendapat penghormatan daripada Pusat Kajian Islam dan Demokrasi (CSID) dan Institut
Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) yang berpusat di Amerika Syarikat.
Muslim Demokrat: Memenuhi Impian DAP?
Parti Tindakan Demokratik (DAP) memainkan peranan dalam Persidangan Muslim
Demokrat Pertama yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Kemudian DAP melakukan lawatan ke
Jordan dan Mesir. Zairil Khir Johari menulis,
Mulai 13 April hingga 15 April 2015, rombongan Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Ketua
Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang telah membuat lawatan ke Jordan.
Anggota-anggota rombongan lain adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen
Kluang Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit
Mertajam Steven Sim, serta beberapa staf sokongan.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari dengan lebih mendalam budaya dan dinamik
politik Asia Barat, khususnya berkenaan gerakan siasah Islam yang makin berkembang di
rantau ini. Dalam pada itu, kami telah berjumpa dan berdialog dengan pelbagai organisasi
bukan kerajaan seperti Phoenix Center Jordan dan Debate Foundation, serta tokoh-tokoh ilmiah
seperti Dr Mohammad Abu-Rummah daripada University of Jordan dan Dr Fathi Malkawi
daripada International Institute of Islamic Thought.

DAP juga mengadakan lawatan ke Tunisia dan Turki, kubu kuat Muslim Demokrat
melalui parti an Nahda dan pemimpin mereka, Sheikh Rashid Ghannousshi. Ahli Parlimen DAP
Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata mereka membuat kunjungan hormat kepada Presiden
Ennahdah, Sheikh Rached Ghannouchi membincangkan pelbagai bidang termasuk kepentingan
permuafakatan politik antara semua pihak dan Maqasid Syariah yang menekankan kepentingan
nilai berdasarkan konsep Rahmatul-Lil-Alamin. Di Turki, delegasi DAP menemui Abdullah Gul,
mantan Presiden Turki. Liew Chin Tongxii mencatat, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkongsi
visi beliau dengan bekas Presiden Turki Abdullah Gul. Kit Siang harap demokrat Islam dan
demokrat sosial sedunia dapat berdialog supaya menyelesaikan masalah serantau dan dunia.
(16.10.2015)

Terbaru,

DAP

melawat

Indonesia dan mengunjungi Setiausaha


Agung Nahdlatul Ulama merangkap
jurucakap Abdul Rahman Wahib atau
Gus Dur, Yahya Cholil Staquf dan bekas
Ketua Umum Muhammadiyyah, Ahmad
Syafiee Maarif. Delegasi DAP juga
bertemu

dengan

Goenawan

Mohammad, penulis liberal yang terkenal, Ulil Abshar Abdalla bapa Jaringan Islam Liberal (JIL),
pemikir syiah Jalaluddin Rahmat, Pengarah Center for Study of religion and Culture, Irfan Abu
Bakar dan setiausaha agung parti Solidaritas Indonesia, Raja Juli Antoni. Pihak DAP juga
bekerjasama dan berbincang dengan intelektual seperti Prof Dr. Purwo Santoso, Novriatoni
Kahar dan Lufti Assyaukaunie.

Perkembangan Demokrat-Moderat Islam


Pasca Islamisme dan Muslim Demokrat membuahkan hasil yang ditanam oleh para orientalis
Barat. Hasilnya ialah apabila gerakan Islam serata dunia berubah menjadi moderat. Perubahan
terbahagi kepada
1. Memisahkan fungsi antara gerakan Islam dan parti politik secara berasingan.
2. Menjadi sebuah parti politik sekular-demokrat yang bebas daripada pengaruh Islam dan
gerakan Islam.
Kebiasaannya mengunakan istilah keadilan, pembangunan, kemajuan dan kebebasan pada
nama parti mereka. Antara parti tersebut ialah Justice and Development Party (PJD) Maghribi,
Parti Keadilan Nasional (KEADILAN) Malaysia, Freedom and Justice Parti (FJP) Mesir, Partai
Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia dan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki.

Menurut Ulil Abshar Abdalla, perkataan kebebasan pada nama parti-parti yang dikatakan pro
Islam menunjukkan pengaruh liberal sedang membiak cergas dalam parti tersebut. Pada hemat
penulis, perkataan keadilan, kebebasan dan pembangunan seringkali digunakan oleh kelompok
SEPILIS (Pasca-Islamimse) menjadi simbol berkembangnya pengaruh Sekularisme dan
Liberalisme dalam sesebuah gerakan Islam.

Antara idea-idea dan pendekatan kelompok SEPILIS (Demokrat-Moderat) ialah

Bergerak dalam ruang lingkup politik dalam kerangka nation state iaitu bergerak dalam
kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Menjana gagasan neo-fundamentalisme ke arah penyatuan ummah yang universal


berteraskan syariah.

Tindakan politik perlu mengatasi ideologi sesebuah organisasi.

Ikhwanul Muslimin Antarabangsa Mengalami Krisis Kecelaruan Fikrah?


Setelah diharamkan di Mesir dan diasak dengan kekerasan, ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin
Mesir bertindak berhijrah ke luar negara terutamanya di negara-negara Barat. Penghijrahan
para pemimpin senior Ikhwanul Muslimin Mesir, Syria, Iraq dan Timur Tengah yang lain ke Barat
melahirkan pelbagai aliran pemikiran dan pendekatan yang baru dalam Ikhwanul Muslimin
terutamanya menghadapi hubungan dengan Barat.
Kebanyakan pemimpin senior Ikhwanul Muslimin menubuhkan kumpulan tersendiri
yang rohnya masih terikat dengan Ikhwanul Muslimin. Individu-individu ini mewujudkan
pendekatan yang tersendiri berdasarkan pemikiran, pengalaman dan pengaulan mereka. Kaderkader baru yang ditarbiah mereka masih mengikut fikrah Ikhwanul Muslimin yang asal tetapi
banyak dipengaruhi oleh keperibadian dan pemikiran daripada bagasi pengalaman para
pentarbiah mereka. Kepelbagaian pentafsiran pemikiran ini dan ketaatan berdasarkan
pengaulan dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin tertentu menyebabkan kelahiran pelbagai
kumpulan Ikhwan walaupun di tempat yang sama. Perkara ini disebabkan mereka ditarbiah

oleh tokoh yang berbeza dan di negara yang berbeza. Kepelbagaian kumpulan ini akhirnya
mencetuskan persaingan sesama sendiri kumpulan-kumpulan yang mengaku Ikhwan di
sesebuah tempat yang sama. Paling teruk ialah apabila sebahagian Ikhwan ini menganuti
pemikiran SEPILIS yang selari dengan aspirasi dan kehendak Barat.
Di Malaysia, terdapat beberapa aliran pemikiran Ikhwan. Pertama, kelompok yang
menyertai organisasi Islam bersifat mata rantai Islam yang paling awal ditubuhkan dan masih
berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, kelompok yang menubuhkan kumpulan
baru. Kebanyakan kader Ikhwan yang balik dari Barat menyertai organisasi Islam yang sedia ada
di tempat sendiri iaitu PAS dan ABIM ketika itu. Masalah yang timbul ialah apabila kader-kader
Ikhwan ini mula mewujudkan jemaah dalam jemaah sehingga berlakunya persaingan kuasa
antara puak dalam jemaah Islam. Selepas banyak permasalahan berlaku, mereka keluar
daripada organisasi mata rantai Islam (organisasi Islam yang tidak berbaah dengan Ikhwan) dan
membentuk organisasi Islam yang baru. Ketiga, kelompok yang terpengaruh dengan pemikiran
SEPILIS.
Di negara kita sendiri, organisasi yang mengaku sebagai wakil Ikhwan berkiblat
berdasarkan tokoh-tokoh senior Ikhwan. HALUAN Malaysia lebih mendekati Ikhwan Iraq dan
Mesir. ISMA lebih dekat Ikhwan Mesir. IKRAM lebih dekat dengan Ikhwan Antarabangsa, Mesir
dan UK. ABIM sebagai mata rantai gerakan Islam sedunia lebih dekat dengan Ikhwan
Antarabangsa dan Ikhwan di USA melalui IIIT dan WAMY. PAS pula dekat dengan Ikhwan
Antarabangsa dan Ikhwan Mesir.
Salah seorang senior Ikhwanul Muslimin, Syeikh Prof Dr Hesham Hosni Sakr, yang
bertanggungjawab ke atas perpecahan yang berlaku ialah qiyadah atau pimpinan. Mereka tidak
dapat mengawal orang bawahan dan kader-kader mereka serta gagal bertindak secara bijak
dalam menghadapi ketidak-puasan hati mereka. Dalam menghadapi persengketaan ini, kader
Ikhwan perlu mempunyai sikap memaafkan dan bertoleransi dalam jemaah dan jemaah lain
yang turut mengakui kumpulan Ikhwan.
Idea penubuhan International Institute of Islamic Thought (IIIT)

diutarakan dalam

sebuah persidangan yang dihadiri oleh tokoh-tokoh utama gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin

Antarabangsa termasuk Dr Yusuf al-Qaradhawi pada tahun 1977 di Lugano, Switzerland yang
dinaungi oleh Persatuan Muslim Saintis Sosial atau Association of Muslim Social Scientists
(AMSS). Pertubuhan Pelajar Muslim atau Muslim Students Association (MSA) adalah
pertubuhan pertama dibawah pengaruh Ikhwanul Muslimin diwujudkan di Amerika Syarikat.
Secara rasmi, IIIT ditubuhkan pada tahun 1981. Antara pengasasnya ialah Ismail Raji AlFaruqi, Abdul Hamid Abu-Sulayman, Dr. Taha Jabir Al-Alwani, Dr. Jamal al-Barzinji, Ahmad
Totonji dan Anwar Ibrahim terdiri daripada MSA, AMSS dan Persidangan Belia Islam
Antarabangsa atau World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Jamal al-Bazinji, Dr. Hisham
Yahya Altalib dan Abdul Hamid Abu-Sulayman dari Ikhwanul Muslimin di negara masing-masing.
Pada tahun 1998, Pusat Kajian Islam dan Demokrasi (CSID) ditubuhkan dalam usaha
senior-senior Ikhwanul Muslimin cuba merapatkan hubungan dengan Jabatan Negara, Amerika
Syarikat (Barat). Antara anggota awal Lembaga Pengarah CSID ialah Jamal Barzinji dan Taha AlAlwani, kedua-duanya dikaitkan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT). Antara
pengasas utama IIIT ialah Dato Seri Anwar Ibrahim. CSID telah berhujah bahawa kerajaan AS
perlu menyokong gerakan Islam di negara-negara asing, mempertemukan sarjana-sarjana dan
aktivis-aktivis bagi menggalakkan demokrasi dalam dunia Islam. CSID menerima sokongan
kewangan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat dan National Endowment for Democracy.
CSID telah menerbitkan risalah Muslim Democrat untuk menerangkan dan mempromosikan
Muslim Demokrat.
CSID mengemukakan tokoh terkemuka yang boleh dicontohi ialah Anwar Ibrahim
(Malaysia), Saadeddine Al-Othmani (Maghribi) dan Abdurrahman Wahid (Indonesia). Anwar
Ibrahim pernah dinobatkan dengan Anugerah Muslim Moderat 2005 oleh CSID. Konsep Muslim
Demokrat adalah evolusi daripada konsep Muslim Moderat yang digerakkan oleh CSID untuk
mendekatkan demokrasi dengan umat Islam seterusnya agenda mendekatkan Islam dengan
Barat dan Islam mesti mengikut kehendak Barat.
Kelompok ini mula menerima sekularisme yang dianggap sekularisme baik. Mereka
menerima orientalis yang kononnya ada orientalis pro Islam. Mereka menerima pluralisme yang
dikatakan pluraliti. Liberal dikatakan keterbukaan, kesederhanaan dan rasional. Mereka

menolak konsep Negara Islam dan Perundangan Islam atas konsep maqasid syariah dan rahmat
untuk semua.
Sikap bermudah-mudahan menerima pemikiran dan pendekatan mengikut kehendak
Barat atau memenuhi aspirasi Barat banyak menghasilkan pemikiran yang diteledorkan
daripada prinsip amal Islami yang bertunjangkan kebenaran nas al-Quran dan as-Sunnah.
Akhirnya, kemuliaan atau izzah Islam sebagai satu sistem peraturan hidup mula tergadai
dinodai oleh pemikiran ciptaan manusia berdasarkan kehendak akal dan nafsu manusia. Hak
Allah telah dinafikan.
Orang ramai mudah terkeliru dengan pemikiran kelompok reformis-progresif dengan
kelompok SEPILIS. Hakikat sebenarnya, mereka membawa pemikiran yang sama. Jika dilihat,
mereka boleh saling bahu membahu dalam pelbagai program dan mempunyai kebulatan
sependapat dalam banyak isu serta jarang mengkritik sesama mereka. Cuba kita melihat aktiviti
IRF, Institut al Qayyim dan Penang Institute. Keterlibatan sarjana dan ulama Islam bersama
pendokong SEPILIS melahirkan istilah baru iaitu Salafi Demokrat.
Setiap pemikiran dihasilkan [1] aspirasi daripada Barat, [2] didanai oleh Barat dan [3]
meneruskan agenda Barat MESTI ditolak. Hujah al-Quran dan As-Sunnah dicelup untuk
memperlihatkan ia sebagai produk pemikiran Islam tetapi sebenarnya mempunyai agenda
tersirat Barat menjauhi umat Islam daripada memahami Islam secara holistik.

Krisis Kepimpinan Dalam Gerakan Islam


Tulisan di bawah cuba menonjolkan perubahan yang dilakukan oleh kelompok ProgresifReformis dalam gerakan Islam. Penulis mengambarkan ia sebagai kelompok SEPILIS kerana
hakikatnya mereka memang membawa aspirasi SEPILIS atas nama perubahan. Mereka bimbang
mengunakan nama Islam kerana dapat mengurangkan undi dan kalah dalam pilihanraya serta
kehilangan kuasa.
Perjuangan Islam perlu berprinsip. Gerakan Islam mesti sanggup kalah atas nama prinsip Islam.
Jangan kita menjual Islam dan meninggalkan Islam atas kehendak dunia yang sementara.

1. Maghribi
Sebagaimana Jordan, politik Maghribi sangat rapat dengan institusi diraja. Hubungan gerakan
politik dengan Raja Maghribi perlu sentiasa rapat jika mahu berkuasa di Maghribi. Secara
formalnya, Maghribi mempunyai struktur dan institusi yang demokratis. Namun disebalik sifat
demokratis ini, struktur dan institusi ini dibayangi oleh sktruktur pemerintahan Makhzen iaitu
jaringan kerajaan yang menguasasi penentuan keputusan politik merangkap pengawal kepada
segala bentuk reformasi politik. Justeru, reformasi politik di Maghribi bersifat selektif.
Gerakan Politik Islam paling awal di Maghribi dikenali sebagai Shabiba al-Islamiyah (Belia Islam)
yang ditubuhkan pada tahun 1972 oleh bekas nasionalis, Abdelkarim Moutia. Shabiba adalah
sebuah gerakan fundamentalis Sunni dan ahli-ahlinya telah diisi oleh guru-guru dan pelajar yang
Moutia menekankan kepada pentarbiyyahan dan pendidikan. Shabiba juga mempunyai sayap
separa tentera dibawah pimpinan Abdelaziz Nouamani.
Pada tahun 1975, anggota Shabiba telah dituduh membunuh salah seorang pemimpin politik
dikenali Omar Benjelloun. Pembunuhan ini memberi alasan kepada Kerajaan Maghribi untuk
mengetatkan kawalan ke atas organisasi. Moutia melarikan diri ke Arab Saudi meninggalkan
kumpulannya yang kucar-kacir.
Pada awal tahun 1980-an politik Islam telah mula mengumpul momentum sebenar di dalam
kerajaan. Sisa-sisa Shabiba telah berpecah kepada beberapa organisasi yang lebih kecil. Antara
pemimpin Shahiba yang sederhana ialah Abdelilah Benkirane menubuhkan Ahl al-jamaah
Islamiyah dan dijenamakan semula sebagai Hizb al-Ahdala wa Tanmia (Parti Keadilan dan
Pembangunan).
Abdelaziz Noumani menubuh Harakat al-Mujahidin al-Maghrabia (Maghribi Mujahideen
Movement). Kumpulan-kumpulan militan yang terlibat dalam beberapa siri bantahan pada awal
tahun 1980-an dan terlibat dalam pengemboman. Pada masa ini, sisa-sisa lain Shabiba
meninggalkan negara ini dan mengikut Moutia sama ada pergi ke Iran, selepas telah diilhamkan
oleh revolusi Islam atau pergi berperang di Afghanistan.

Pemimpin moderat Shahiba bergerak dengan nama Pergerakan Perlembagaan dan Demokratik
yang ditranformasikan sebaga Pergerakan Perpaduan dan Reformasi. Pada tahun 1998,
Pergerakan Perpaduan dan Reformasi telah ditranformasikan sebagai Parti Keadilan dan
Pembangunan (PJD). Antara pemimpin utama PJD ialah Abdelillah Benkirane, Abdelkrim alKhatib dan Saadeddine Othmani.
PJD mengamalkan pendekatan politik penyertaan dalam kerajaan, pembangkang dan
mengetuai pemerintahan. PJD pernah memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri
Parti Sosialis Youssoufi walaupun kekal sebagai pembangkang.
Sejak akhir tahun 1990an, PJD lebih fokus mempertahankan kepentingan rakyat. Ia telah
menjadi organisasi yang lebih terbuka yang semakin menarik pengundi, ahli, dan calon-calon
daripada pelbagai lapisan masyarakat Maghribi. PJD telah memberi tumpuan kepada usaha
meningkatkan ketelusan dan memerangi rasuah.
Kemuncak kejayaan PJD ialah pelantikan Abdelillah Benkirane

sebagai Perdana Menteri

Maghribi pada 29 November 2011.


PJD mengamalkan konsep Muslim Demokrat. Saadeddine Othmani antara tokoh berpengaruh
dalam konsep Muslim Moderat dan Muslim Demokrat sudah tentu banyak mempengaruhi
pucuk pimpinan PJD. Pengasingan antara jemaah dan parti politik telah berlaku dalam PJD.
Agama Islam telah menjadi amalan peribadi bukannya agenda negara.
Lihat kenyataan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi;
Jika saya mendapat tempat di dalam kerajaan, ia tidak akan jadi sekiranya saya memberitahu
wanita muda berapa sentimeter skirt mereka harus memakai untuk melindungi kaki mereka. Itu
bukan urusan saya. Ia tidak mungkin, bagaimanapun, untuk sesiapa sahaja untuk mengancam
punca kebebasan awam di Maghribi "
Perkara ini menunjukkan urusan agama adalah urusan peribadi. Kenyataan sebegini secara
langsung mempunyai ciri-ciri sekelompok Islam sudah diliberalisasi.

2. Tunisia
Kebangkitan rakyat Tunisia memarak pada 17 Disember 2010 apabila Mohammed Bouazizi
seorang peniaga jalanan membakar dirinya dalam membantah penyalahgunaan kuasa dan
rasuah kerajaan sehingga mencetuskan protes berpanjangan. Pada 14 Januari 2011, Presiden
Tunisia, Ben Ali telah melarikan diri ke Arab Saudi.
Pada 23 Oktober 2011, pilihan raya Parlimen telah diadakan. Parti an Nahdah telah memenangi
89 daripada 217 kerusi Dewan Negara. Sebanyak lebih 90 peratus keluar mengundi di
sesetengah kawasan. An-Nahdah membentuk pakatan dengan dua parti bukan agama,
Ettakatol dan Kongres Parti Republikan.
Kontroversi tercetus apabila Setiausaha Agung An-Nahdah, Hamadi Jebali kerajaan baru Tunisia
sebagai khalifah Islam yang keenam menyebabkan Parti Ettakatol untuk menggantung
penyertaan dalam gabungan pemerintahan baru. Kemudian ia menarik balik keputusan
tersebut.
Hamdi Jebali dipilih sebagai Perdana Menteri Tunisia. Moncef Marzouki Kongres untuk Parti
Republik dicalonkan untuk jawatan Presiden Tunisia. Calon Ettakatol, Mustafa Ben Jaafar
dinamakan sebagai Speaker Dewan Negara.
Pada ulang tahun ke-56 kemerdekaan Tunisia dari Perancis, beribu-ribu berarak di Tunis
mendesak agar Tunisia menjadi sebuah negara sivil. Pada 24 Mac 2012, satu sidang media yang
dihadiri oleh 60 parti politik dan diketuai oleh bekas Perdana Menteri Essebsi mengkritik anNahdah. Pada keesokkan harinya beribu-ribu orang rakyat membantah di Tunis menolak
penubuhan sebuah negara Islam. Parti An-Nahdah mengumumkan bahawa undang-undang
syariah tidak akan termaktub dalam perlembagaan baru.
Sepanjang tahun 2012-2013, 3 pengaruh yang penting dalam menentukan masa depan Tunisia
amnya dan Parti An-Nahdah khususnya iaitu [1] penolakkan sebahagian besar rakyat terhadap
Negara Islam dan perundangan Islam, [2] kemunculan kelompok Islam jalur keras iaitu Ansar al
Syariah dan [3] pengaruh kelompok Sekular (Sosialis, nasionalis dan bekas pemimpin rejimgolongan berhaluan kiri atau Gauchiste yang bermakna kiri dalam bahasa Perancis yang

bersikap anti-Islam dan juga anti an-Nahdah.). Rakyat kembali memilih tokoh sekular dan bekas
pemimpin rejim sebagai pemerintah baru Tunisia.
Pada tahun 2016, An-Nahdah melakukan penjenamaan semula dengan evolusi paling besar
dalam gerakan Islam di dunia apabila membuang baju dakwah. Dalam Persidangan Parti
Kebangsaan kesepuluh di Rades, Tunisia dari 20-25 Mei 2016. An-Nahdah memperbaharui visi
dan program untuk mengukuhkan identitinya sebagai parti politik demokrasi terbuka
berdasarkan nilai-nilai Islam. Pengasingan antara Islam dan politik bagi mengelakkan AnNahdah dituduh memanipulasi agama untuk kepentingan politik.
Kata Rashid Ghannousshi, "Kami meninggalkan politik Islam untuk memasuki demokrasi Islam.
Kami adalah demokrat Muslim yang tidak lagi membuat tuntutan politik Islam ". Tambah beliau
lagi, "Kami belajar untuk menguruskan kepentingan berbeza. Kita perlu belajar bagaimana
untuk hidup bersama, untuk hidup dengan perbezaan. "
Penjenamaan semula An-Nahdah disebabkan oleh dua faktor iaitu [1] konteks politik Tunisia
sebagai dinyatakan di atas dan *2+ ideologi yang dikenali Muslim Demokrat.

3. Turki
Turki adalah model terbaik Muslim Demokrat. Gabungan Abdullah Gul dan Rasid Tayyib
Erdogan membuktikan bahawa konsep Muslim Demokrat boleh melembutkan rejim sekular
Turki yang berteraskan kepada tentera, birokrat dan kehakiman.
Di Turki ada banyak jemaah Islam yang biasanya berakar-umbi daripada pemikiran
Badiuzzaman Said Nursi. Antaranya jemaah Nur, Hayrat Vafki, jemaah Hizmet-Gulen dan Milli
Gorus. Madrasah Milli Gorus digerakkan oleh Necmettin Erbakan berdasarkan pendekatan
politik Islam. Daripada madrasah Milli Gorus politik Islam berkembang dengan pelbagai nama
parti politik dan NGO-NGO.
Selepas Erbakan dan parti Refah ditumbangkan, kelompok Islamis menubuhkan parti baru, parti
Fazilet yang dipimpin oleh Rajai Kutan. Namun parti ini diharamkan. Pengharaman mewujudkan

dua kelompok dalam iaitu menyokong pendekatan gerakan Islam pimpinan Erbakan dan
kelompok moderat pimpinan Erdogan dan Abdullah Gul. Akhirnya, muncullah parti Saadet pro
Erbakan dan Parti keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Abdullah Gul dan Erdogan.
Bermula tahun 2002 hingga 2016 (tulisan ini), AKP dan Erdogan terus berkuasa di Turki dengan
pendekatan moderat, pragmatis dan sekular.
Kisah perpecahan dalam Parti Fazilet bermula apabila kelompok moderat merasakan
pendemokrasian dalam parti tidak ada ekoran penguasaan kelompok pro Erbakan. Dalam
pilihanraya Umum 1999 dan pilihanraya Majlis Perbandaran, prestasi Parti Fazilet telah
merosot.
Abdullah Gul daripada kelompok moderat muncul menentang kepimpinan Rajai Kutan yang pro
Erbakan. Namun Abdullah Gul gagal dalam pemilihan parti dimana Kutan memperolehi undi
sebanyak 633 undi berbanding Abdullah mendapat 521 undi. Undi Abdullah Gul mengambarkan
kekuatan kelompok moderat.
Pengharaman Fazilet memberi peluang kepada dua pihak menubuhkan dua parti berdasarkan
pandangan dan pendekatan masing-masing. Parti Saadet ditubuhkan pada bulan Julai 2001
yang mengunakan pendekatan Islam. Parti AKP ditubuhkan pada bulan Ogos 2001. AKP bersifat
sekular, moderat dan pragmatis walaupun mereka berlatar belakangkan Islam. Dalam
Pilihanraya Umum 2002, Saadet hanya mendapat 2.5% undi manakala AKP mendapat 34.3%.
Erbakan pemimpin agung Milli Gorus menyatakan Erdogan adalah produk gagal madrasah Milli
Gorus kerana melanggar prinsip Milli Gorus sepanjang pemerintahannya. Erdogan telah
mengadakan hubungan baik dengan pemimpin Yahudi termasuk dengan pemimpin Israel.
Banyak dasar-dasar pemerintahan Abdullah Gul dan Erdogan dikecam oleh Erbakan. Erbakan
menyeru Erdogan kembali kepada kesedaran Islam yang sebenar.
Madrasah Milli Gorus sekali lagi mengalami perpecahan apabila Parti Saadet berpecah ekoran
pengeseran dalaman. Pada tahun 2008, Kongres Parti Saadet telah memilih Numan Kurtulmus
sebagai Pengerusi Saadet. Dalam kongres Parti Saadet tahun 2010, Erbakan telah
campurtangan dalam pemilihan dengan mengemukakan senarai nama calon pilihannya (cai)

yang terdapat anggota keluarga terdekatnya. Numan Kurtulmus menolak senarai cadangan
Erbakan walaupun nama terdapat dalam senarai tersebut.
Keadaan menjadi tegang apabila perwakilan pro Erbakan memulau pemilihan. Numan menang
dalam pemilihan tersebut dengan undi 310 daripada 1250 perwakilan. Hanya 634 perwakilan
mengundi berikutan menyokong pemulauan yang diseru oleh kelompok pro Erbakan. Sokongan
terhadap Numan semakin kurang menentu apabila khabar angin mengatakan beliau akan
menyertai AKP.
Kelompok pro Erbakan berjaya mengumpul tandatangan 600 perwakilan untuk memanggil
kongres luar biasa dan membawa isu pemilihan ke mahkamah. Mahkamah membatalkan
pelantikan Numan sebagai Pengerusi Parti Saadet. Pada 17 Oktober 2010, Erbakan kembali
menerajui Saadet. Numan menubuhkan parti baru iaitu Parti Suara Rakyat (HSP) pada 1
November 2010 tetapi pada bulan September 2012, HSP telah menyertai AKP.
4. Indonesia
Asal-usul Partai Keadilan Sejahtera (PKS) bermula apabila kader Rohis (BADAR Sekolah di
Malaysia) dan Jemaah Tarbiah (Jemaah Islam Kampus-JIK di Malaysia) mula mendominasi
kampus-kampus di Indonesia pada tahun 1980an. Mereka telah mendirikan Lembaga Dakwah
Kampus (Persatuan Mahasiswa Islam-PMI di Malaysia). LDK menjalankan usrah-usrah di
kampus. Pada tahun 1986, mereka semua bersepakat menubuhkan Forum Silaturahmi
Lembaga Dakwah Kampus (FSLDK). Dalam pertemuan tahunan ke-10 FSLDK di Malang pada
1998, mereka telah sepakat untuk meluncurkan deklarasi penubuhan Kesatuan Aksi Mahasiswa
Muslim Indonesia-KAMMI (sebagaimana GAMIS di Malaysia).
Era rejim Suharto, gerakan politik Islam ditindas. Mohammad Natsir melakukan
tranformasi Majlis Syura Islam (MASYUMI) yang diharamkan dengan menubuhkan Dewan
Dakwah Islamiyyah Indonesia (DDMI) dan membina kader-kader dakwah dalam LDK.
Setelah rejim Suharto tumbang pada era reformasi tahun 1998, para pemimpin KAMMI
bersepakat menubuhkan sebuah parti Islam dikenali Parti Keadilan (PK). Parti Keadilan telah
dideklarasikan di Masjid Al-Azhar, Kebayoran Baru, Jakarta, pada 20 Julai 1998 dan mengangkat

Nurmahmudi Isma'il sebagai presiden pertamanya. Apabila PK gagal dalam pilihanraya, para
pemimpin PK bersepakat melakukan penjenamaan semula dengan menubuhkan Parti Keadilan
Sejahtera (PKS) pada tahun 2002.
Dalam politik dalaman PKS, berlaku pertembungan dan persaingan antara dua puak
utama dalam PKS iaitu Faksi Kesejahteraan atau Faksi Pragmatis-realistik atau Faksi Moderat
yang lebih menghendaki agar PKS menjadi parti lebih inklusif, realistik berdasarkan keadaan di
lapangan, agresif dalam menarik sokongan masyarakat Bukan Islam. Faksi Keadilan atau Faksi
Idealis-Ideologi atau Faksi Fundamentalis mahu PKS kekal dengan nilai-nilai Islam yang
konservatif.
Faksi Kesejahteraan dimotori oleh Setiausaha Agung PKS Anis Matta, anggota FPKS DPR
Fachry Hamzah dengan sokongan dari Ketua Majelis Syuro PKS, Hilmi Aminuddin. Dengan
komposisi seperti ini, faksi ini sangat besar pengaruhnya dalam politik dalaman PKS. Kader PKS
yang mendapat pendidikan di institusi pendidikan tempatan dalam negeri terutamanya mantan
anggota Kesatuan Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) masuk kelompok moderat (Faksi
Kesejahteraan) yang berfikir lebih rasional.
Faksi Keadilan dimotori oleh Abu Ridho, Mashadi, dan Hidayat Nur Wahid. Abu Ridho
adalah tokoh yang sangat berjasa dalam menerjemahkan buku-buku tentang Ikhwanul
Muslimin ke Bahasa Indonesia. Abu Rido adalah juga menggerakkan Jemaah Tarbiah di
Indonesia menjadi Lembaga Dakwah Kampus (LDK), KAMMI pada 1998 dan muncul Partai
Keadilan (PK) pada 1999. Mashadi saat ini menjadi Ketua Umum Forum Umat Islam (FUI). Faksi
Keadilan kebanyakan dipengaruh oleh pemikiran Ikhwanul Muslimin dan ramai mendapat
pendidikan di luar negara.
Kemuncak pertembungan ini berlaku pada tahun 2008 dalam

Musyawarah Kerja

Nasional (MUKERNAS) di Hotel Inna Grand Beach, Sanur, Denpasar, Bali, pada 1 Februari 2008.
Sebahagian besar elit PKS mendeklarasikan PKS sebagai parti terbuka, yang bermaksud PKS
akan menerima calon non-Muslim bertanding atas tiket parti tersebut. Ketua Dewan Syariah
Pusat, Surahman Hidayat menyatakan mendukung langkah tersebut. Keputusan ini ditentang
habis-habisan oleh salah seorang pengasas PK, Yusuf Supendi. Beliau menyatakan Ketua Majelis

Syura PKS, Hilmi Aminuddin, dan Setiausaha Agung PKS ketika itu, Anis Matta sebagai
perancang utama PKS menjadi sebuah parti inklusif.
Faksi kesejahteraan telah mengukuhkan pengaruh dan cengkaman mereka dalam
MUKERNAS kedua di Hotel Ritz Carlton, Jakarta (16 Jun 2010) dibahas pula kemungkinan nonMuslim duduk dalam kepengurusan parti dan PKS akan mencalonkan calon-calon non-Muslim
dalam pilihanraya.
Pada MUKERNAS ketiga PKS, secara rasminya diumumkan Muhammad Sohibul Iman
sebagai Presiden PKS mengantikan Anis Matta. Suharna Surapranata sebagai Ketua Majelis
Pertimbangan Pusat (MPP), Surahman Hidayat sebagai Ketua Dewan Syariah Pusat (DSP) dan
Ketua Majelis Syuro PKS, dipimpin Salim Segaf Aljufri. Pelantikan Muhammad Sohibul Iman
menjadi kontroversi kerana beliau merupakan mantan Rektor Universitas Paramadina. Kampus
berciri Islam moden yang selama ini dikenali sebagai kubu kuat kelompok intelektual Jaringan
Islam Liberal (JIL) dan Syiah yang dimentori oleh Nucholish Majdid. Manakala Salim Segaf
Aljufri keturunan habib yang lahir dan dibesarkan dalam tradisi Islam Ahlulbait yang dilihat
mesra syiah.
Penguasaan kelompok cenderung SEPILIS dalam PKS melengkapkan penguasaan mereka
ke atas gerakan Islam yang berpengaruh di Indonesia. Dalam Nahdlatul Ulama, kelompok
cenderung SEPILIS, KH Said Aqil Siradj terpilih sebagai ketua umum PB Nahdlatul Ulama untuk
tempoh tahun 2015-2020 semasa muktamar ke-33 di Jombang, manakala Muhammadiyah
memilih Haedar Nashir sebagai ketua Umum PP Muhammadiyah tempoh tahun 2015-2020
menggantikan ketua sebelumnya, Din Syamsudin semasa muktamar di Makassar. Prof Dr
Nasaruddin Umar tokoh SEPILIS pro Syiah sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta
menggantikan KH Ali Mustafa Yaqub. Pelantikan dilakukan oleh Menteri Agama, Lukman Hakim
Saifuddin pada hari Jumaat (22/1/2016), di Jakarta.
Pengaruh kelompok SEPILIS Paramadina yang dimotori oleh Nucholish Majdid semakin
berkembang dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam institusi dan organisasi yang
berpengaruhi di Indonesia.

5. Ikhwanul Muslimin
Ikhwan Muslimin seolah-olah telah berpecah kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan
berhujah bahawa mereka perlu memutus hubungan Ikhwan dengan kerajaan. Kumpulan kedua
mahu Ikhwan mesra dan selaras dengan kerajaan, manakala kumpulan ketiga mahu Ikhwan
meninggalkan status mereka sebagai gerakan Islam dan menjadi semata-mata sebuah parti
politik.
Sejarah gerakan sederhana dalam Ikhwan sudah bermula sejak zaman Mursyidul Aam
Ikhwan kedua, Imam Hassan Ismail Hudaybi dan Mursyidul Aam ketiga, Umar Tilmisani bagi
mengekang pengaruh anak muda yang menyalah tafsirkan hujah-hujah tokoh ideolog Ikhwan,
Sayyid Qutb.
Gelombang pertama, reaksi kelompok yang mempunyai pemikiran SEPILIS (Moderat)
ialah menubuhkan Parti Wasat pada tahun 1996 yang dipimpin tokoh buangan Ikhwan Abul
Ala El-Madi dan Issam Sultan. Penubuhan parti Wasat merupakan tanda protes kelompok anak
muda untuk penyegaran dalam Ikhwan dan politik Mesir. Ada sesetengah pendapat, parti ini
direstui oleh Ustaz Mustafa Masyhur sebagai strategi dua lapis.
Gelombang kedua pada tahun 2008 dimana kelompok SEPILIS (Pasca Islamisme)
mengerakkan Gerakan 6 April bersama jurnalis Ayman Nour. Kelompok 6 April di Mesir itu
melakukan solidariti ke atas mogok buruh di Mahallah El-Kubra, Mesir. Gerakan 6 April
menggunakan media sosial dalam menggerakkan aktiviti. Kelompok Fundamentalis dalam
Ikhwan tidak bersetuju dengan gerakan 6 April akhir memecat Muhammad al Qassas dan Islam
Lotfy. Menariknya gerakan 6 April inilah akhirnya yang mengerakkan gerakan menumbangkan
Mubarak. Selepas revolusi menumbangkan Mubarak, kumpulan ini dikenali Revolutionary Youth
Council (RYC).
Dalam Ikhwanul Muslimin Mesir (Ikhwan), kelompok SEPILIS (Pasca Islamisme) telah
cuba menggerakkan pendekatan dan wacana Pasca Islamisme. Dalam proses menumbang
Husni Mubarak, Issam Al-Erian, seorang pemimpin Ikhwan pernah berkata, kita tidak perlu lagi
negara Islam yang direbut secara revolusioner. Maksudnya, negara Islam tidak perlu wujud

secara kaffah melalui revolusi, sudah cukup dengan penerapan Islam. Ada yang menyatakan
Pasca Islamisme bakal membiakkan Islam Amerika iaitu Islam tanpa syariat. Islam hanya
bersifat moral dan ibadah dalam kehidupan. Islam hanya ditadbir bukannya Islam mentadbir.
Antara tokoh Ikhwan yang dikatakan terpengaruh dengan SEPILIS (Pasca Islamisme)
ialah Abdul Munim Abul Futuh, Issam Al-Erian, Mohammad Habib, Ibrahim Al-Zafarani dan
Abul Ala El-Mady. Mereka juga dikenali kelompok Neo-Fundementalis-Pragmatis yang mahu
perubahan dalam Ikhwan.
Pada tahun 2010, Ikhwanul Muslimin Mesir mengalami krisis dalaman apabila Mursyidul
Aam ketujuh, Ustaz Muhammad Mahdi Akef mahu kelompok reformis mengambil tampuk
kepimpinan Ikhwan. Beliau pernah memperkenal dan mempromosi Essam al-Erian antara bakal
pemimpin utama Ikhwan. Beliau mahu kepimpinan Ikhwan berasaskan kepimpinan institusional
bukannya kepimpinan individu.
Ustaz Mahdi Akef juga mahu meletak jawatan Mursyidul Aam dan mahu mewakilkan
kuasa kepada timbalan beliau daripada kalangan reformis iaitu Dr Muhammad Habib. Tindakan
ini membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota senior Ikhwan. Dr.
Muhammad Habib antara kelompok reformis yang cuba mengendurkan ketegangan antara
Ikhwan dengan Kerajaan Mesir.
Dalam pemilihan pimpinan pada tahun 2010, kelompok Konservatif berjaya menguasai
Maktab Irsyad dan memilih Ustaz Dr Muhammad Badie sebagai Mursyidul Aam yang baru.
Bekas Timbalan Mursyidul Aam, Dr Muhammad Habib, Sabri Arafa, Ustaz Abdullah Khatib dan
tokoh idola anak muda, Dr Abdel Monem Abul Fotouh telah tersingkir daripada anggota
Maktab Irsyadi. Hanya Dr Essam El Erian yang terpilih.
Kenaikkan Muhamad Badie sebagai Mursyidul Aam, leluhur pemikiran Sayyid Qutb
mengekang kemaraan kelompok reformis dalam Ikhwan setelah Muhammad Mahdi Akef
meletakkan jawatan.
Selepas Revolusi Mesir 2011, Ikhwanul Muslimun mengumumkan penubuhan Parti
Kebebasan dan Keadilan pada 21 Februari 2011 dan dipimpin Saad Al-Katatny. Secara rasminya,

FJP pada 30 April 2011 dan mengumumkan bahawa ia akan bertanding dalam hampir separuh
kerusi pada pilihan raya parlimen yang akan datang.
Ikhwan melantik Mohammed Mursi sebagai presiden Parti Kebebasan dan Keadilan,
Essam el-Erian sebagai naib presiden, dan Saad Al-Katatny sebagai setiausaha agung. Ketiga-tiga
mereka merupakan mantan anggota Maktab al-Irshad, badan tertinggi dalam Ikhwanul
Muslimun Mesir. FJP membentuk Perikatan Demokratik Mesir bersama-sama dengan 10 parti
lain dan memenangi 235 daripada sejumlah 498 kerusi, atau 47% kerusi di Parlimen.
Pada tahun 2011, Ikhwan menyatakan mereka tidak berhasrat memasuki pilihanraya
memilih Presiden Mesir. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh Abdul Munim Abul Futuh, tokoh
berpengaruh dalam kalangan anak muda merangkap anak didik Umar Tilmisani dan Abbas As
Siisi. Abul Futuh telah melanggari keputusan Syura Ikhwan dengan mengikuti ijtihad peribadi
untuk memasuki pertandingan Presiden Mesir. Akhirnya Abu Futuh dipecat. Tokoh Ikhwan
kelompok reformis lain seperti Muhammad Habib, Ibrahim Al-Zafarani, Salah Abd Karim dan
Haytham Abu Khalil pernah menarik diri dari Ikhwan.
Pendirian tidak mencalonkan calon presiden telah ditarik balik. Ikhwan telah
mencalonkan seorang jutawan pro Ikhwan, Khairat as Syatir sebagai calon Presiden dan
Mohamad Morsi menjadi calon alternatif. Khairat as Syatir gagal menjadi calon kerana masalah
undang-undang, maka Mohamad Morsi menjadi calon Presiden daripada FJP.
Tanggal 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa
Morsi berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana
menteri terakhir di bawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya
berkata Morsi mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus
undi sokong untuk Shafiq. Pada 3 Julai 2013, Presiden Mesir, Mohamad Morsi telah
ditumbangkan dengan rampasan kuasa oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattash as Sisi.
Jika kita menelusuri politik dalaman Ikhwan, kita dapat melihat bahawa pihak
konvervatif yang menguasai Ikhwan menerima konsep pengasingan jemaah dengan parti
politik. Kegagalan kelompok reformis disebabkan oleh doktrin qiyadah wal jundiyah atau

tanzhim wal jamaah bertapak dalam Ikhwan. Semasa penubuhan sayap politik Ikhwan, FJP,
masih terdapat beberapa tokoh reformasi dalam Ikhwan. Antaranya Essam al Erian dan al
Betagy. Dalam pemilihan Presiden FJP, Essam al Erian kalah kepada Saad el Katatny. Ini
menandakan pengaruh kelompok konservatif masih kuat. Walaubagaimanapun, pengaruh
kelompok reformasi masih meluas dalam Ikhwanul Muslimin Antarabangsa.

6. Parti Islah Yaman


Yaman sebuah negara yang unik kerana ditunjangi oleh politik kesukuan, politik wilayah dan
politik ideologi. Dalam kepelbagaian ini, muncul Parti Islah Yaman pada tahun 1990 yang
diasaskan oleh Abdullah ibn Husayn al -Ahmar, Ali Mohsen al-Ahmar, Abdul Majeed al-Zindani,
Mohammed al-Yadumi dan Yahya Rassam. Perancangan utama Parti Islah Yaman ialah
mengislah undang-undang dengan mentakrifkan Parti Islah Yaman (ISLAH) sebagai "sebuah
organisasi politik yang paling popular yang bertujuan pembaharuan semua aspek kehidupan
berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
Parti Islah adalah gabungan longgar suku kaum, Salafi-Wahabi dan Ikhwanul Muslimin dalam
sebuah parti politik. Asal-usulnya adalah Barisan Islam, militia Ikhwanul Muslimin yang dibiayai
oleh Arab Saudi untuk memerangi Barisan Demokratik Kebangsaan Marxsis. Barisan Islam
memperkukuhkan kedudukannya selepas penyatuan Yaman pada tahun 1990 dibawah panjipanji Parti Islah dengan sokongan kewangan yang besar dari Arab Saudi.
Parti Islah berbeza daripada kebanyakan gerakan Islam Arab yang lain. Parti itu menggabungkan
pengaruh puak, Salafi-wahabi dengan orang-orang Ikhwanul Muslimin Yaman. Komposisi ini
menyebabkan matlamat Parti Islah kurang jelas kerana gagal mengimbangi kepentingan puak
dan politik. Parti Islah boleh digambarkan sebagai sebuah parti konservatif yang menggalakkan
nilai-nilai suku kaum dan agama.
Secara detailnya, Al-Islah telah digambarkan sebagai yang terdiri daripada tiga komponen.
Pertama ialah puak politik, Ikhwanul Muslimin Yaman yang diketuai oleh Mohammed Qahtan.
Kedua ialah persekutuan puak yang diketuai oleh ketua puak Abdullah Al Ahmar sehingga

kematiannya pada tahun 2007 dimana beliau telah digantikan oleh anaknya Sadeq. Ketiga
adalah gerakan Salafi, yang diketuai oleh ulama Sunni di negara ini yang paling menonjol, Abdul
Majeed al -Zindani. Muhammad Al-Yadomi sebagai ketua parti Islah pada 28 Disember 2007.
Pada tahun 2003 apabila Part Islah dan parti sosialis bersama beberapa parti kecil membentuk
satu pakatan untuk menghadapi pilihanraya. Dalam pilihanraya itu, gabungan parti itu
memenangi 22.6% undi popular dan 46 daripada 301 kerusi.
Sehingga tahun 2010, 13 ahli parlimen Al-Islah ini adalah wanita, termasuk aktivis hak asasi
manusia dan pemenang Nobel Tawakel Karman yang menubuhkan kumpulan aktivis Wartawan
Wanita Independen menjadi wanita Arab memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada tahun
2011. Sehingga 2014 parti itu adalah parti politik kedua terbesar selepas Kongres Rakyat Negara
(GPC).
Parti al-Islah mempunyai hubungan baik dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh walaupun
beberapa kali berkrisis dalam politik. Hubungan kabilah dan faktor ekonomi merapatkan
hubungan al-Islah dengan rejim Abdullah Saleh. Konflik yang agak kritikal apabila Hamid alAhmar anak Sheikh Abdullah ibn Husayn al-Ahmar pemimpin tentera dan puak di bawah Ali
Mohsen al-Ahmar mengetuai kempen anti-Saleh dalam 2006 pilihan raya presiden.
Krisis dalaman al-Islah berlaku pada tahun 2013 apabila pengaruh Ikhwan dalam parti ini cuba
diketepikan. Setiausaha Agung al-Islah, Abdul Wahab Al-Anesi menuduhkan hubungan dengan
Ikhwan dilakukan oleh Presiden Ali Abdullah Saleh pada tahun 1990. Satu kenyataan berbunyi
seperti di bawah telah dikeluarkan,
"tidak ada hubungan organisasi atau politik menghubungkan kita kepada organisasi
antarabangsa Ikhwanul Muslimin, keutamaan al-Islah sebagai sebuah parti politik yang
patriotik".
Kenyataan ini menimbulkan perdebatan dalam al-Islah.

Penyatuan puak-puak berkepentingan dalam sebuah parti atau gabungan sangat mudah untuk
berpecah. Gerakan Islam perlu lebih berhikmah dalam bertindak tanpa menghilangkan prinsip
perjuangan.

7. Sudan
Bermula pada akhir Perang Dunia II, para pelajar Sudan yang berkesempatan menghubungi
Ikhwan al-Muslimun semasa belajar di Mesir mula bersama-sama para pendokong mereka dari
Mesir untuk menubuhkan kumpulan usrah di Sudan. Pada ketika yang sama, para pelajar dari
Sekolah Menengah Hantoub mulai membentuk satu kumpulan usrah apabila mereka memasuki
Universiti Khartoum (yang dinamakan dewasa itu sebagai Gordon memorial College).
Pada tahun 1954, kedua-dua kumpulan ini bergabung dan memilihkan nama rasmi sebagai alIkhwan al-Muslimun kerana menginsafi bahawa pertalian persaudaraan Islam itu luas, tetapi
menegaskan pula yang ia berpusat di Sudan serta bebas daripada lkhwan Mesir mahupun partiparti politik yang lain. Lantaran itu, ia menekankan dasar non-partisan. Sementara itu, ia
memperkenalkan dirinya sebagai sebuah pertubuhan pendidikan yang ingin membawa islah
(reformasi) yang tuntas di Sudan.
AI-Ikhwan Sudan tidak membentuk sebuah parti politik yang baru bagi memasuki pilihanraya
umum, tetapi ia tetap berpolitik mengikut tuntutan dan garis panduan yang diberi oleh Islam
sendiri. Ia tidak menolak sistem politik yang wujud, walaupun ia belum benar-benar Islami
tetapi bekerja dalam sistem itu dengan memperjuangkan dasar-dasar tertentu.
Pada lewat 1958, pemimpin Ikhwan Sudan, al-Rashid al-Tahir melalui penerbitannya mengakui
bahawa demokrasi adalah satu sistem yang terbaik pernah diciptakan oleh manusia. Tetapi, dia
mengkritik parti-parti politik yang sudah menjadi korup dan menyalah-gunakan kuasa dalam
sistem ini hingga membawa kepada malapetaka iaitu rampasan kuasa tentera oleh Jeneral
Ibrahim 'Abboud. Al-Ikhwan juga menegaskan semula yang ia yakin dengan sistem demokrasi,
tetapi menerima rejim tentera yang baru itu. Namun, apabila rejim tersebut meghadkan
penyertaan politik pihak awam, menyekatkan kebebasan akhbar dan mengharamkan

penerbitan akhbar al-Ikhwan, ia terus menentang bersama-sama dengan parti-parti politik yang
lain.
Walau bagaimanapun. perjuangan al-Ikhwan telah terjejas apabila pemimpinnya al-Rashid alTahir menyertai sekumpulan pegawai tentera yang tidak berpuas hati dalam suatu percubaan
rampasan kuasa yang gagal pada tahun 1959. Penahanan beliau telah melemahkan al-Ikhwan
dan aktiviti golongan aktivis daripada luar universiti menjadi beku sehiggalah satu perubahan
berlaku pada tahun 1964.
Pada tahun 1964, al-Ikhwan Sudan memesuki satu peringkat baru dalam perjuangannya. Ia
bermula denga kembalinya ke Sudan Dr. Hassan al-Trabi, anak seorang hakim dan pakar
Perundanga Islam. Dia pernah aktif dalam gerakan tersebut pada tahun-tahun 1950-an. AlTurabi telah pergi ke Paris untuk mempelajari bidang Undang-Undang di Unuversiti Sarbonne
selepas menamatkan pelajarannya di London dan hanya pulang sebentar pada tahun 1962 bagi
menyakinkan pihak kongres menerima saranan membentuk Barisan Perpaduan Islam.
seterusnya, dia melibatkan dirinya dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada
meletusnya Revolusi Oktober, 1964 yang menamatkan pemerintahanan diktator Abboud.
Dia berhujjah dalam suatu ceramah yang penting bahawa penyelesaian kepada kesemua
masalah yang dihadapi Sudan, terutamanya Perang Saudar yang berlaku di selatan negara itu
ialah dengan menhapuskan pemerintahan ketenteraan.

Langkah ini terbukti berjaya untuk menonjolkan semula al-Ikhwan ke tengah-tengah arena
politik Sudan sekaligus menjulangkan al-Turabi kepada peranannya selaku pemimpin utama
dalam Barisan Islam yang baru lahir itu.
Dalam perkembangan yang berlaku itu, kita lihat bahawa al-Ikhwan telah memainkan peranan
yang amat penting, yakni selaku tenaga yang berjaya menyusunkan suatu barisan
pembangkang yang terdiri daripada pelbagai elemen seperti Komunis, Nasseriyyah (penyokong
Prresiden Nasser dengan gagasan nasionalisme Arab), dan bebeper kumpulan profesional.
Dalam hal ini, al-Ikhwan telah berjaya kerana ia menggunakan amalan syura, iaitu berbincang

dan dengan penuh kebijaksanaannya mengenepikan perbezaan orientasi untuk sementara


waktu bagi menamatkan satu musibah yang lebih besar dalam bentuk kediktatoran tentera
yang mencengkam kebebasan setiap peribadi.
Pada akhir tahun 1964, al-Ikhwan menciptakan Barisan Piagam Islam (Islamc Charter Front atau
ICF) sebagai satu pertubuhan politik popular, yakni bercorak merakyat. Al-Turabi melihat
bahawa cara ini baru Islam boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dalam kehidupan
masyarakat di Sudan daripada mengekalkan organisasinya sebagai satu pertubuhan bercorak
elit semata-mata. Melalui badan ini digabungkan pelbagai kumpulan dan individu sehigga
organisasi ini menjadi model untuk satu barisan nasional. Cara ini ai-Ikhwan dapat mengekalkan
kebebasan untujk progrannya sendiri, pada masa yang sama ia berjaya mengawal sepenuhnya
perjalanan ICF.
Meskipun, organisasi ini tidak begitu berjaya dalam pilihanraya umum tahun 1965 dan 1968,
namun ia berhasil melancarkan Piagam Islam pada awal 1965. piagam ini menyeru untuk
penubuhan suatu sistem pemerintahan presiden, proses desentralisasi dan kewujudan sistem
ekonomi yang menganjurkan al-adalah al-ijtimaiyyah (keadilan sosial) tanpa menggadaikan
prinsip-prinsip demokrasi. Hasilnya, ia berjaya memasukkan pengaruh Islam dalam
perlembagaan negara yang didraf oleh sebuah Pesuruhjaya Kebangsaan untuk Perlembagaan.
Tetapi, malangnya draf ini tidak diperakui sebelum era Parlimen Kedua itu ditamatkan oleh
rampasan kuasa militer pada bulan Mei, tahun 1969.

Pada era Parlimen Kedua ini, al Ikhwan telah menukarkan dasarnya daripada menubuhkan
kumpulan berkepentingan tidak berparti ini dan mengasaskan pula satu barisan nasional yang
mengambil bahagian sebagai sebuah parti politik. Ia juga berjuang untuk sistem parlimen
pelbagai parti dan bukan untuk mengekalkan parti-parti yang bercorak puak (sekte). Walaupun
al-Ikhwan berjaya untuk menjaminkan penerimaan sebuah Perlembagaan Islam dan
perlaksanaan Shariah namun, ia gagal untuk menukarkan kegiatan politik yang mementingkan
puak, iaitu suatu amalan yang telah berakar dalam masyarakat Sudan. Sementara itu, Revolusi

Mei 1969 itu yang dipimpin oleh Kolonel Muhammad Jaafar al-Numairi telah menghapuskan
sistem pelbagai parti, aktiviti berparlimen dan bersamanya ICF.
Pada peringkat awal, iatu selama 10 tahun, al-Numairi lebih hampir kepada pihak Parti Komunis
dan golongan sayap kiri, malah dia amat anti kepada golongan Islam, terutamanya Parti Ummah
yang dipimpin oleh Sayyid Sadiq al-Mahdi, cucu kepada al-Mahdi. Dalam keadaan yang
demikian, al-Ikhwan dan parti-parti yang lain menbentuk Barisan Nasional dalam buangan bagi
menentang rejim al-Numairi.
Setelah gagalnya pemberontakan al-Mahdi pada Mac, 1970, berlaku pula Pemberonntakan
Shaban pada tahun 1973. Dalam pemberontakan ini, para pemimpin al-Ikhwan langsung
menganjurkan demonstrasi para pelajar yang mendapat dokongan daripada Pertubuhan
Pekerja Keretapi dan badan-badan profesional yang lain sehigga terjadinya mogok yang besar.
Tetapi, segala tentangan ini dapat dipatahkan.
Berikutnya, Barisan Nasional menyusunkan pula suatu penentangan dari luar Sudan pada dan
akibatnya perpecahan berlaku dalam organisasi itu sendiri apabila ada pihak yang meragui
tujuan jangka panjang Sadiq al-Mahdi.
Pengalaman yang diperolehi semasa zaman awal al-Numairi, menyebabkan al-Ikhwan
mengubahkan dasarnya untuk perjuangan politik jangka panjang. Ia sedar bahawa kesemua
teman politik yang lama itu tidak boleh dipercayai kerana mereka bersedia untuk bekerjasama
dengan pihak komunis dan dikhuatiri tidak akan menyokongi program Islam syumul yang
dibawa olehnya.
Oleh itu, ia telah mula menyusun pengertian demokrasinya yang tersendiri bersesuaian dengan
Islam dan kehendak Sudan dengan lebih menekankan perundingan dan persetujuan bersama
secara meluas (popular consensus) dalam rangka struktur institusi yang jelas untuk kesemua
sektor utama dan keperluan masyarakat. Pada waktu yang sama telah berhenti meniru atau
meminjam ideologi Islamnya daripada al-Ikwaan Mesir mahupun Jamaat Islami.
Ia melahirkan modelnya yang tersendiri melalui perbincangan dan perlaksanaan ijtihad. Kali ini,
ia menyusun semula struktur organisasi itu dan memberi tempat kepada golongan pelajar dan

ahli-ahli yang muda untuk bersuara. Ia tetap mempertahankan proses demokrasi sebagai sesuai
dengan Islam, tetapi ia tidak lagi sanggup bersama aktiviti politik kepartian yang berpuak-puak
kerana ini lebih menimbulkan perpecahan.
Perubahan ini membuka jalan ke arah kerjasama antara al-Ikhwan dengan al- Numairi dalam
rangka apa yang dinamakan sebagai dasar rekonsilasi nasional pada tahun 1977. Perkara ini
berbeza sekali dengan sikap Barisan Nasional. Akibatnya, al-Ikhwan masih berjaya melibatkan
dirinya dengan proses politik di Sudan.
Selain itu, al-Ikhwan menggunakan kesempatan yang ada untuk menubuhkan beberapa
organisasi pendidikan, sosial dan kebudayaan yang baru. Pada 1979, al-Turabi yang berkarisma
itu dilantik sebagai Peguam Negara dalam pentadbiran al-Numari dengan tugas untuk mengkaji
semula undang-undang agar selari dengan syariah. Al-Ikhwan juga menggalakkan dan
menyertai usaha menegakkan institusi-institusi kewangan dan perbankan yang sesuai dengan
prinsi-prinsip ekonomi Islam. Tetapi dasar bekerjasama ini membawa risiko yang tinggi bagi alTurabi.

Al-Turabi kini ditentang oleh suatu fraksi dalam al-Ikhwan yang masih setia dengan pemikiran
Sayyid Qutb yang menolak sebarang kompromi dengan golongan taghut. Di samping itu pihak
parti ummah dan kelompok Sufi juga memusuhinya. Dari segi yang lain, Numairi terus
menguasai keadaan dan hanya melaksanakan program Islam mengikut seleranya sendiri tanpa
melibatkan tokoh-tokoh al-Ikhwan. Meskipun, Islamisasi dilakukan, tetapi ia lebih ditekankan
kepada bidang undang-undang seperti hudud yang didraf dan dilaksanakan secara tergesa-gesa
bagi menaikkan imej keislaman al-Numari. Namun demikian, al-Ikwan menjadi lebih popular di
kalangan rakyat. Misalnya, perarakkan sempena ulang tahun pertama undang-undang
September telah mendapat sokongan rakyat dan menggambarkan kekuatan al-Ikhwan. Apabila
kuasa al-Numari mulai lemah, beliau mencurigai al-Ikwan dan akhirnya menangkap para
pemimipin gerakan itu dan mengharamkan pertubuhan tersebut pada 1985. Pada bulan April
tahun 1985, al-Numairi telah digulingkan oleh sekumpulan pegawai tentera yang lebih proIslam di bawah pimpinan Umar Hasan al-Bashir.

Pada April 1985, al-Ikhwan telah membentuk Barisan Islam Nasioanl (NIF). Namun, al-Turabi
tidak mengasingkannya daripada al-Ikhwan sama sekali, bahkan menciptakannya sebagai
sebuah organisasi politik massa yang bergerak secara aktif dalam program Islamisasi dan
mengambil bahagian secara langsung dalam politik berparti hinggalah ke hari ini.

Dalam era Bashir ini, pengaruh Islam terus mengembang. Parti Ummah dan Demokratik Union
Party (DUP) mendapat 70% daripada undi di bahagian Sudan Utara. NIF mendapat 20% undi di
kawasan ini, terutamanya di kawasan Bandar dan 15% undi di daerah Darfur, kubu utama Parti
Ummah. Perkara ini menggambarkan bahawa pengaruhnya lebih meningkat pada tahun 1986
apabila pilihanraya umum itu diadakan. Namun pada tahun 1989, politik berpuak-puak dan
perubahan kerjasama antara parti-parti terus berlaku. Untuk waktu yang singkat NIF berada
dalam kerajaan gabungan (coalition) itu, tetapi sebahagian besar daripada waktu itu ia
menyertai pihak pembangkang. Ia tidak menganjurkan penggulingan pemerintahan Bashir,
tetapi terus mendesak untuk perlaksanaan Shariah dengan lebih meluas dan kemas.

Apabila Bashir dan NIF terus melaksanakan sistem Islamisasi di Sudan, pentadbiran itu
menghadapi tentangan yang memuncak daripada pemberontak Kristian yang telah sedia
menimbulkan kekacauan di selatan Sudan sejak zaman al-Numairi lagi. Pemberontak ini
mendapat dokongan daripada negara-negara Barat dan badan-badan Kristian yang
berselindung disebalik isu hak asasi manusia. Amerika Syarikat yang pada mulanya menyokong
al-Numari, kini terus mengenakan tekanan ekonomi ini dan sehingga kini meletakkan Sudan
dalam senarai hitam sebagai salah sebuah pusat keganasan antarabangsa selain daripada Iran,
Afghanistan, Iraq dan Libya.
Berkaitan dengan isu ini, al-Turabi telah berusaha melahirkan dasar toleransi yang dipelopori
oleh Islam dalam hubungan dengan pihak bukan Islam. Beliau mengambil inspirasi daripada
Sahifah Madinah. Dalam pada itu, pada lewat l990-an juga, telah berlaku sedikit pergeseran
antara al-Bashir dengan NIF kerana persoalan pengaruh. Al-Turabi walaupun telah dipilih

sebagai speaker Parlimen Sudan, namun pengaruhnya tetap kukuh. Mungkin juga, pergesaran
ini didalangi oleh Amerika Syarikat melalui anak buahnya Mesir.
Krisis dalaman Ikhwan Sudan berlaku diantara generasi pengasas yang diwakili oleh Ali
Talibullah dan al Rashid at Tahir dengan generasi muda pimpinan Hassan Turabi dalam
persoalan waqi politik dimana generasi muda mahu Ikhwan Sudan muncul dalam politik arus
perdana Sudan. Sebagai jalan tengah, kedua-dua pihak bersetuju Ikhwan Sudan kekal dengan
status sebalik tabir atau bawah tanah manakala Hassan Turabi telah memimpin sebuah wadah
dalam arus perdana.
Kehadiran wadah-proksi telah menjadikan wadah-proksi lebih relevan daripada jemaah
induk. Wadah-proksi mula menjadi popular melangkaui kuasa jemaah induk sehingga jemaah
induk kelihatan tidak relevan lagi. Pada tahun 1977, Numeiry telah berdamai dengan Parti
Ummah dan Ikhwan. Ikhwan ketika itu dianggap diwakili oleh Hassan Turabi. Hassan Turabi
telah dilantik sebagai Menteri Undang-Undang Sudan.
Pelantikan Hassan Turabi dalam Kabinet Numeiry menyebabkan Ikhwan Sudan bergolak
kerana wadah-proksi pimpinan Hassan Turabi bukan mewakili jemaah induk. Wadah-proksi dan
Hassan Turabi mesti mengikuti arahan jemaah induk. Masing-masing telah mendakwa mereka
yang sebenarnya Ikhwan Sudan. Wadah-proksi dan Hassan Turabi telah memilih laluan berbeza
dimana wadah-proksi berada dalam kerangka pemerintahan negara manakala jemaah induk
dibawah pimpinan Sadiq Abdullah masih bergerak di bawah tanah dan mengukuhkan hubungan
dengan Ikhwan Mesir.
Model proksi-jemaah induk Sudan merupakan projek yang gagal mencetuskan
perpecahan yang lebih besar dalam kalangan gerakan Islam. Proksi sukar dikawal oleh jemaah
induk. Sepatutnya, kegagalan model Sudan menjadi pengajaran kepada gerakan Islam lain.
8. Malaysia
Di Malaysia, pemikiran SEPILIS dalam gerakan Islam menonjolkan Pasca Islamisme telah
membenih dalam kalangan anak muda yang berminat dengan intelektualisme-wacana dan
mereka yang pernah mendapat pendidikan di negara Barat. Mereka kelompok reformis dan

progresif dalam gerakan Islam. Kebanyakan tokoh ini berpendidikan Barat rapat dengan tokoh
Ikhwanul Muslimin Antarabangsa.
PAS bukan cawangan Ikhwanul Muslimin. PAS adalah salah satu mata rantai gerakan
Islam peringkat antarabangsa. Teras kepimpinan PAS ialah ulama dan Melayu. Beza PAS dengan
gerakan Islam yang lain ialah peletakan ulama sebagai teras yang sangat penting melalui Majlis
Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS Pusat. Majlis Syura dalam PAS hanya dikhaskan kepada
kelompok ulama berbanding dengan gerakan Islam yang membuka keahlian Majlis Syura
mereka kepada sesiapa sahaja yang layak.
PAS selepas era reformasi (1999) menerima kehadiran ahli daripada pelbagai
latarbelakang dan pemikiran. Antara yang menyertai PAS ialah mantan pimpinan IRC-JIM yang
rapat dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Kelompok ini bersama kelompok
Islah dalam PAS telah membentuk fenomena progresif dalam PAS. Lama-kelamaan kedua-dua
kumpulan ini seakan-akan membentuk kubu progresif-reformis untuk bersaing dalam
kepimpinan PAS.
Fenomena progresif dalam sesebuah organisasi adalah fenomena biasa. Cuma tanpa
kebijaksanaan pemimpin untuk mendamaikan dan mendepani fenomena ini dengan baik, ia
boleh membawa organisasi ke arah perpecahan dan perbalahan sesama sendiri.
Pada pandangan penulis, pengeseran dalam PAS mula berputik dengan cadangan
Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia-Pemerintahan Islam Dalam Abad ke 21. Pada bulan
Mei 2001 dalam Muktamar PAS ke 48 di Kota Bharu, Presiden PAS Tuan Guru Mohd Fadzil
Mohd Noor telah mengemukakan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia-Pemerintahan
Islam Dalam Abad ke 21 atau memorandum rakyat. Memorandum ini dibincangkan diantara
Disember 2001 dan Mac 2002 dan satu draf berjumlah empat halaman muka surat telah
dibincangkan bersama pelbagai pihak termasuk NGO. Idea ini dikatakan digerakkan oleh
kelompok reformis dalam PAS seperti Dr Dzukefly Ahmad, Kamarudin Jaafar dan Dr Hassan Ali.
Kematian Fadzil Noor didakwa mengagalkan cadangan idea-idea kelompok reformis. Cadangan
kelompok reformis ini dimatikan dengan pengisyitiharan Dokumen Negara Islam PAS.

Kelompok reformis menggerakkan idea Profesional vs Ulama sehingga membawa


kepada kehangatan dalam setiap kali muktamar PAS. Dikala itu muncul istilah baru yang
dikenali Profesional Ustaz (PROTAZ). Kelompok reformis telah mencalonkan Ustaz Nasharudin
Mat Isa melawan Ustaz Hassan Shukri dalam jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Pemilihan
pada tahun 2005. Budaya pertandingan dalam organisasi banyak merosakkan keutuhan
sesebuah organisasi. Dalam kepimpinan, Islam menerapkan budaya syura dimana pemilihan
berasaskan perbincangan bukannya pertandingan. Kata Tuan Guru Dr. Haron Din, syura dengan
kaedah meletak bukannya pertandingan.
Penulis secara peribadi dalam mengesani kepelikan pemikiran setelah membaca akhbar
Harakah keluaran 1-15 April 2005 bertajuk Gerakan Islam dan Kuasa ditulis oleh D.r Dzulkefly
Ahmad mengutarakan idea-idea Olivier Roy, penulis buku The Failure of Political Islam. Begitu
juga tulisan Dr. Mujahid Yusof dalam buku Menuju PAS Baru (2010) dan Rejuvenasi PAS (2012)
yang mengandungi juga Pasca Islamisme. Kita melihat ketiga-tiga tulisan tersebut
mengutarakan idea-idea dan pendekatan mahu perubahan agar PAS berada dalam realiti
semasa. Ia sekaligus menunjukkan kehadiran pemikiran Pasca Islamisme dalam PAS.
Strategi dua lapis dikatakan dikemukakan oleh seorang pemikir PAS pro kelompok
reformis (ada yang menyebut Dr. Dzulkefly Ahmad) dimana kertas kerjanya dibaca oleh
Presiden PAS di Bangunan Biro Perkhidmatan Angkasa Kelana Jaya pada tahun 2003 dalam
Konvesnyen Pilihanraya PAS. Strategi ini bertujuan mengikraf Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri Malaysia dan melunak antara PAS dan PKR. Dikatakan pertama dalam sejarah, ucapan
Presiden PAS berpandukan kertas kerja tersebut ditolak oleh persidangan itu kerana
mengemukakan idea pengasingan antara jemaah dan parti politik. Strategi dua lapis adalah
amalan biasa Ikhwanul Muslimin.
Idea Kerajaan Perpaduan atau UG dikatakan dikemukakan oleh seorang pemimpin pro
kelompok reformis (ada yang menyebut Dato Kamarudin Jaafar-pemikir IKD pro Anwar-mantan
pimpinan ABIM) dalam satu permukiman tertutup pemimpin PAS. Kemudian, idea dibawa oleh
Presiden PAS. Malangnya yang berlaku, gagasan UG dijaja sebagai modal untuk menghentam
Presiden PAS, kelompok ulama dan PAS sendiri yang mahu bergabung dengan UMNO.

PASMA Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi


Mohd Zawawi. PasMa adalah NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk
diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS. PasMa ditubuhkan oleh anggota
PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat atau pro Pakatan Rakyat dengan
menganjurkan dialog dan wacana. Tujuannya untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah
belah.xiii
Pemimpin PAS yang tewas dalam Muktamar PAS ke 61 telah menubuhkan kumpulan G18
Kumpulan G18 yang bertemu buat pertama kali di Muar, Johor, 16 Jun 2015. Kumpulan G18
bersetuju dengan penubuhan sebuah wadah yang dikenali Gerakan Harapan Baru (GHB) yang
telah dilancarkan pada 13 Julai 2015. Kata Mohamad Sabu,
HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif,
progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang
sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada
seluruh rakyat Malaysia.
Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara
demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan
budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian
(Politik Li Taarafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan
amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak.
Di samping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan
syariat Islam dan Maqasid Syariah (Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan
bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran Rahmat
dan Keadilan yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara,.
GHB telah mengambil-alih Parti Pekerja ditransformasikan sebagai Parti Amanah Negara
(AMANAH) yang dilancarkan pada 16 September 2015. Parti Islam kedua lebih inklusif. Sebelum
ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI) tetapi ROS

menolak permohonan itu. Penasihat Utama ialah Tuan Guru Haji Ahmad Awang dan Presiden
Amanah pertama ialah Tuan Haji Mohamad Sabu.
Dalam penelitian penulis, aliran keanggotaan Parti Amanah boleh dibahagikan kepada dua iaitu
[1] kelompok jemaah dalam jemaah termasuk pengikut berdasarkan pengaulan, taat kepada
individu tertentu dan [2] kelompok kecewa dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sesetengah
ulama muda, PAS dan pemimpin yang kalah dalam jawatan.
Sifat jemaah dalam jemaah ini adalah sifat asasi IRC-JIM-IKRAM dimana mereka gemar
memposisikan anggota mereka dalam mana-mana organisasi yang mereka sertai. Sifat ala
parasit banyak merosakkan organisasi sebagaimana yang berlaku dalam ABIM dan PAS pada
akhir tahun 1970an dan 1980an dahulu. Sifat ini akhirnya makan diri sendiri apabila HALUAN
dan ISMA tidak memilih bergabung di bawah payung IKRAM.
Pada tahun 2001, para pendokong IRC-JIM menyerbu masuk ke dalam PAS dan Parti Keadilan
Nasional (PKN) setelah lama berada dalam NGO dan UMNO. Dalam PKN, mereka menguasai
hampir sepenuhnya sayap wanita PKN dan Jawatankuasa Pusat. Dalam PAS, mereka merapati
Ustaz Fadzil Noor dengan idea-idea yang bernas. Kemasukan pendokong IRC-JIM ini adalah
pencetus keributan dalam PAS sehingga PAS berpecah pada tahun 2015.
Sifat jemaah dalam jemaah muncul apabila sesetengah anggota berkiblat kepada individu
tertentu dan bergerak dalam PAS berdasarkan pengaulan. Antara individu yang dimaksudkan
ialah YB. Dato Husam Musa, YB. Dato Mahfuz Omar, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Tuan Haji
Mohamad Sabu. Mereka rapat dengan orang muda dan mahasiswa serta mempunyai jalur
persahabatan dan pengaulan yang kuat dalam PAS.
Sifat jemaah dalam jemaah akan merosakkan organisasi apabila pendokong mereka
mempunyai agenda tersirat, mesyuarat dalam mesyuarat dan akhirnya mencetus kumpulan
dalam kumpulan sehingga mencetuskan persaingan dalam perebutan kuasa.
Pemimpin PAS yang menyertai Amanah berorientasi undi yang diperolehi yakni kemenangan
dalam pilihanraya. Ia berdasarkan kemahuan kuasa. Sedangkan paling besar dalam PAS ialah
mendapat keredhaan Allah tanpa mengadaikan prinsip Islam dalam politik seperti perundangan

Islam. Kemenangan pilihanraya itu penting tetapi jika ia melanggari prinsip Islam, bersifat
pragmatis dan menghalalkan cara, ia adalah tindakan yang tidak diredhai Allah kerana dilakukan
tanpa nas dan kaedah-kaedah yang menyimpang daripada sumber ilmu Islam.
9. Jordan
Ikhwanul Muslimin Jordan sangat menarik kerana mereka dan Ikhwanul Muslimin Mesir dapat
didaftarkan atas nama Ikhwanul Muslimin pada tahun 1950an (bahkan ada pendapat lebih awal
iaitu tahun 1940an) berbanding Ikhwan di negara lain yang didaftar atas nama lain. Punbegitu
Ikhwan Jordan menubuhkan sayap politiknya iaitu Jabhat al-Amal al-Islami (Islamic Action
Front- IAF atau Barisan Tindakan Islam).
IAF diasaskan oleh Ir. Ahmed Azaida, Dr. Is'haq Farhan and Dr. Abdul Latif Arabiyat dengan
keahlian 350 orang pada tahun 1992. Ia diketuai oleh Sheikh Hamza Mansour.
Krisis dalaman Ikhwan Jordan berlaku pada tahun 2012 apabila Rohile Gharaibeh, bekas
pegawai IAF mewujudkan Zamzam Initiative yang bertujuan menamatkan monopoli Ikhwan
dalam membuat keputusan berkaitan Islam dan mempromosi inklusif, kepelbagaian Islam dan
tidak mengasingkan Ikhwan daripada masyarakat. Majlis Syura Ikhwan melarang anggotanya
berinteraksi dengan kumpulan baru tersebut.
Zamzam Initiative(Ikhwan Baru) bermula pada tahun 2008 dan telah dilancarkan secara rasmi
pada 5 Oktober 2012. Matlamat Ikhwan Baru termasuk "reformasi politik, terutamanya
pembaharuan perlembagaan dilakukan kerana ia adalah asas kepada apa-apa pembaharuan
politik, ekonomi dan sosial, serta membangunkan dan memperbaharui retorik Islam yang lebih
serasi dengan rangka kerja ummah *komuniti Islam+.
Perbalahan dalaman berlaku setelah pemilihan dalaman tahun 2008, sehingga kelompok
moderat merasakan kehadiran mereka dalam Ikhwan satu pembaziran masa, memandangkan
perbezaan pendapat dalaman besar mereka. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk
keluar daripada sendiri.

Pada tahun 2015, berlaku perpecahan dalam IAF antara kelompok reformis dan bukan reformis
bertembung dimana Abdul Majeed Thneibat, Qassem Taamneh, Mamdouh Muheisen, Khalil
Askar, Ali Tarawneh, Jaber Abul Hija and Mohammad Qaramseh telah dipecat. Mereka
menubuhkan Ikhwan baru. Dalam bulan disember 2015, 400 ahli telah keluar IAF termasuk
Hamzeh Mansour.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin Antarabangsa, Ibrahim Munir menolak kepimpinan Abdul Majeed
Thneibat yang menubuhkan Ikhwan Jordan yang baru. Ikhwan Antarabangsa masih mengiktiraf
kepimpinan Dr. Hamman Said sebagai wakil Ikhwan yang sah. Ikhwan Antarabangsa kecewa
dengan tuduhan Zunaibat yang mengatakan Ikhwan Muslimin pertubuhan pengganas dan
terlibat dengan aktiviti keganasan kerana beliau sendiri adalah Muraqib Am Ikhwan Muslimin
Jordan selama 12 tahun sejak tahun 1994 sehingga 2006.
Pada awal tahun 2016, Ikhwan Jordan mengumumkan akan memutuskan hubungan dengan
Ikhwanul Muslimin Antarabangsa dan Ikhwanul Muslimin Mesir demi kepentingan politik
tempatan.
10. Syria
Pada tahun 1969, al-Ikhwan Syria menghadapi krisis dalaman apabila mereka berpecah kepada
dua kumpulan iaitu penyokong Isam al-Attar dan pengikut Abd al-Fattah Abu Ghuddah.
Sentimen perpecahan bermula pada 1968 apabila timbulnya perbezaan pendapat dari sudut
metod dan kepimpinan. Sejak 1963, Isam al-Attar yang mengepalai kepimpinan

terus

menggerakkan al-Ikhwan al-Muslimun melalui perwakilan tempatan tanpa memberi reaksi


kepada tuntutan golongan agresif yang inginkan perubahan dalam metod dan objektif
organisasi.
Krisis dalaman memuncak pada 1969 dalam satu mesyuarat sulit al-Ikhwan al-Muslimun Syria.
al-Attar telah menamakan tiga tokoh yang menonjol untuk mendominasi mesyuarat iaitu
Dr.Mufawwaq al-Dabbul, Amin Yakan dari Halab dan Adnan Said dari al-Ladhikiyyah. Dalam
mesyuarat, perpecahan berlaku di antara Markaz Damsyik dengan Markaz Janub yang terdiri
daripada Hamah, Halab dan al-Ladhakiyah. Kumpulan Damsyik tidak bersetuju dengan

konfrontasi tentera dalam berdepan dengan rejim Bath. Mereka meyokong Isam al-Attar
yang mahukan al-Ikhwan berdepan dengan rejim secara diplomasi. Antara mereka yang berada
dalam kumpulan ini ialah Muwaffaq al-Dabbul, Muhammad al-Hawari, Ali Masyal, Zuhayr alSyawisy, Hasan Huwaydi dan lain-lain lagi. Mereka juga mempunyai penyokong dari luar
Damsyik tetapi tidak ramai. Pihak yang menyokong pandangan konfrontasi ketenteraan pula
ialah seperti Amin Yakan, Adnan Said, Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Adnan Sad al-Din dan
lain-lain lagi.
Pada tahun 1971, al-Ikhwan al-Muslimun dari Jordan, Mesir, Sudan dan negara Teluk berusaha
menjadi orang tengah di antara kedua belah pihak. Mereka meminta supaya menghentikan
perselisihan. Satu pemilihan sulit dilakukan, namun pemilihan pertama diboikot oleh pengikut
Isam al-Attar. Pada pemilihan kedua, pengiktirafan diberikan kepada al-Tanzim al-Alami alIkhwan al-Muslimin Suriya. Pimpinan yang baru dilantik tidak mendapat sokongan daripada
kumpulan Damsyik dan pengikut Isam al-Attar tetapi mereka mendapat sokongan daripada
majoriti belia al-Ikhwan al-Muslimun. Oleh itu, sejak tahun 1971 terdapat dua organisasi alIkhwan al-Muslimun Syria. Krisis kepimpinan ini tidak selesai sehingga al-Jabhah al-Islamiyyah
ditubuhkan pada tahun 1981.
[Kisah Krisis Kepimpinan Ikhwan di Syria diambil dari blog Dr. Noramuddin Umar)

Kesimpulan
Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali
kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan
pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat
dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan
kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar. Tuan Guru
Abdul Hadi Awang, Februari, 2012
Muslim Demokrat hanya deretan istilah yang diheboh berdasarkan zaman. Hakikat sebenarnya
ialah SEPILIS. Antara ciri-ciri penting pendokong SEPILIS ialah

1. Permisahan antara urusan dunia dengan urusan Islam; agama Islam adalah amalan peribadi
bukannya agenda negara; pemisahan antara jemaah Islam dengan parti politik; tidak mahu
Islam dimonopoli atau dimanipulasi.
2. Islam tidak dimuliakan dan Islam tidak didahulukan dalam banyak perkara terutamanya
urusan pemerintahan negara.
3. Islam dianggap sebagai setakat agama bukannya Satu Cara Hidup; Satu Peraturan Hidup;
Satu-satunya penyelesaian dalam kehidupan.
4. Banyak beralasan untuk menegakkan Islam
5. Menolak sebahagian hujah al-Quran dan menerima sebahagian hujah yang lain berdasarkan
kehendak akal dan nafsu mereka.
6. Mengikut hujah-hujah orientalis. Berhujah dengan Islam untuk menolak Islam atas nama
adanya alternatif dalam Islam. Mencampur-aduk pandangan Islam dengan pandangan manusia
sehingga pandangan manusia boleh mendominasi dan menolak pandangan Islam.
7. Hilangnya warak dan zuhud
Krisis kepimpinan mempunyai hubungan dengan individu, aliran pemikiran, pengaulan,
kumpulan dalam kumpulan, mesyuarat dalam mesyuarat, arahan daripada luar-proksi dan
perbezaan pendekatan. Ia berlaku dalam mana-mana organisasi termasuk organisasi Islam
seperti Ikhwanul Muslimin.
Dalam perjuangan, jangan lihat pada individu atau organisasinya tetapi lihat pada apa
perjuangannya. Perjuangan kita adalah Islam berdasarkan al-Quran, as Sunnah, ijma dan qiyas.
Jika ada dua pihak yang memperjuangkan Islam, lihat pihak mana yang lebih mendekati dasar
al-Quran, as Sunnah, Ijma dan Qiyas. Jika kedua-dua pihak ini memang berpegang teguh
kepada keempat-empat dasar perjuangan tadi, maka pilihlah pihak yang paling kita sukai
pendekatannya. Kemudiannya, jaga akhlak diri kita dalam perbezaan pandangan.

Hujah yang benar berdasarkan sumber yang benar dan disampaikan oleh orang benar dan
caranya benar dan ilmunya benar tetapi matlamatnya batil. Akhir-akhir ini, ramai orang
berhujah dengan hujah-hujah agama yang bersumberkan al-Quran, hadith dan pandangan
ulama. Jika orang itu seorang ulama, sarjana atau lepasan agama, orang ramai mudah terikut
tanpa melihat akhlak orang yang menyampaikan hujah-hujah yang benar itu.
Berapa banyak hadith-hadith yang ditolak pengambilan hadith oleh para ulama hadith kerana
akhlak penyampai hadith itu buruk, tidak beradab, tidak berakhlak dan tidak beramal dengan
ilmunya. Bukanlah ulama hadith menolak hadith tetapi menolak orang yang mempunyai hadith
tersebut.
Justeru, kita perlu mengenali orang yang berhujah. Bagaimana imannya, Islamnya, ihsannya,
ibadahnya, akhlaknya, ilmunya, latar belakang kehidupannya. Siapa gurunya. Pertanyaan
seperti ini membolehkan kita melihat kewibawaan penyampai ilmu agar ilmu itu diabsahkan
benar, diamal dalam diri penyampai dan tidak diherotkan matlamatnya.
Kegagalan mengenali sahabat dan musuh menyebabkan kekeliruan dan fitnah akan berterusan.
Ia bertambah teruk apabila kita mencampur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan. Pilihlah
sahabat yang baik, bergaullah dengan orang yang saleh, dan lihatlah akhlak orang yang ingin
kita terima ilmu daripadanya.
Carilah sahabat dan ulama yang warak kerana warak adalah harga barang yang cukup mahal
pada akhir zaman.

MUSLIM DEMOKRAT DAN PASCA ISLAMISME DALAM MASYARAKAT ISLAM

Wacana pemikiran merupakan satu daya-upaya aqal yang bertindak berdasarkan semangat
zaman. Hasil dapatannya ialah sebuah gagasan pemikiran yang cuba diserapkan ke dalam
pemikiran individu, kumpulan-organisasi-institusi, masyarakat dan negara.

Wacana pemikiran Islam yang popular pada hari ini ialah Muslim Demokrat atau Demokrat
Islamis, Pasca Islamisme, Politik Warga, Masyarakat Sivil atau Madani, pendekatan Maqasid
Syariah dan Rahmat Untuk Semua.

Kebanyakan wacana-wacana pemikiran diselimuti oleh pemikiran ciptaan orientalis yang


disambut dengan riang dan sukacita oleh pemimpin dan intelektual sekular serta ulama di
wilayah umat Islam atau umat Islam yang berada di Barat.

Bahagian 1 Pasca Islamisme


Polemik Islamisme dan Pasca Islamisme
Wacana Pasca Islamisme semakin memarak dalam gerakan Islam. Pasca Islamisme dikatakan
reaksi kepada kegagalan Islamisme.

Secara manis mulutnya, Asef Bayat menyatakan Pasca Islamisme bukanlah anti Islam atau
sekular, ia tidak mengubah Islam tetapi memberi tumpuan kepada hak asasi warganegara. Asef
Bayat mendefinisikan Pasca Islamisme sebagai satu keadaan, berikutan satu fasa
eksperimentasi, tarikan, tenaga, simbol dan sumber keabsahan Islamisme semakin susut
walaupun dalam kalangan penyokong kuatnya sebelumnya.

Kita juga boleh memahami Pasca Islamisme sebagai satu keadaan parti berasaskan Islam
bercakap dalam bahasa kontemporari dan memberi prioriti kepada isu-isu urus tadbir, ekonomi
dan kebajikan rakyat teramai berbanding isu yang lebih bersumber wacana agama dan teologi

parti terbabit. Model terbaik Pasca Islamisme ialah AKP Turki di bawah pimpinan Erdogan dan
Rashid Ghannousshi di Tunisia.

Kesan Negatif Pasca Islamisme


Persoalan yang timbul, apakah pilihan gerakan Islam sama ada memilih bersama Islamisme atau
Pasca Islamisme?.

Penulis dengan tegas menolak pemikiran Pasca Islamisme kerana ia adalah agenda politik Barat
dan perangkap ciptaan para orientalis Barat. Bahkan istilah Islamisme sendiri adalah fahaman
yang mengelirukan.

Antara sifat Pasca Islamisme ialah lebih plural, inklusif, toleransi, demokrat, kebangkitan
masyarakat sivil, perjuangan hak asasi manusia dan hubungan antara agama manakala
Islamisme terpalit dengan radikal, keras dan eksklusif. Sarjana melihat bahawa Pasca Islamisme
menjadi ubat kepada Islamisme yang lama.

Perkembangan komunikasi dan gajet menyebabkan ramai anak muda mudah tertarik dengan
Pasca Islamisme. Pasca Islamisme hasil lontaran sarjana Barat dan Sarjana Islam terpinggir
berakar umbi daripada pemikiran Liberalisme-pragmatisme.

Menurut Ulil Abshar Abdala,

fenomena pragmatisme parti Islam berhaluan sederhana beriringan dengan fenomena


melunturnya ideologi dalam politik.

Walaupun Pasca Islamisme dikatakan melunturkan

ideologi politik tetapi Pasca Islamisme sendiri bakal menjadi isme atau ideologi. Pada hemat
penulis, Pasca Islamisme akan meranapkan teras Islam kerana mementingkan kemenangan
politik berbanding matlamat dakwah.

Pasca Islamisme menelurkan pragmatisme dalam gerakan Islam. Pragmatisme berkaitan


dengan matlamat menghalalkan cara termasuk melakukan perkara yang melampaui batasbatas Islam dan kemanusiaan. Ada beberapa pendapat tentang kesan buruk yang dapat
ditimbulkan oleh pragmatisme dalam mengejar tujuan politik seperti di bawah:

1. Bagi sesebuah parti Islam yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Parti itu
akan terancam oleh penghakisan ideologi. Maknanya, ideologi parti sama ada fikrah
mahupun pendekatan akan mengalami kehakisan.
2. Dalam masyarakat awam. Pragmatisme1 politik bakal memberikan implikasi buruk
kepada masyarakat. Pragmatisme politik parti-parti Islam boleh menimbulkan imej
buruk pada Islam itu sendiri dan parti Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam.
Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kemenangan dalam berpolitik.

3. Bagi pendokong parti Islam itu. Bahaya ini muncul kerana pendokong parti Islam
umumnya adalah orang-orang yang lurus, ikhlas, wala dan patuh kepada pimpinan
parti. Dengan berkiblat kepada pragmatisme politik, bererti parti Islam itu telah menipu
penyokongnya. Penyokong mengira partinya adalah parti Islam sejati, padahal parti itu
telah menyimpang dari Islam kerana terjerumus ke dalam langkah-langkah pragmatis
tanpa mempedulikan halal-haram.

Orang ISLAM perlu berpegang dengan dasar ISLAM, bukan hanya kata-kata seseorang tokoh.
Pengaruh liberal sangat berbahaya kepada aqidah dan perjuangan gerakan Islam. Tuan Guru
Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pernah menjelaskan bagaimana parti Al ISTIQLAL Maghribi,
yang dahulunya berpegang dengan dasar ISLAM, sekarang bertukar menjadi Sekular-Liberal.
Begitu juga terjadi kepada Liga Muslim Pakistan yang diasaskan oleh Ali Jinnah atas dasar
ISLAM, sekarang berubah menjadi parti yang mendahului pendekatan sekular dan liberal
walaupun majoriti umat ISLAM di Pakistan.

Justeru kemasukan idea-idea musuh boleh mencipta keraguan kepada Islam, ulama dan umat
islam sendiri.

Pragmatisme ialah kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin bergantunng kepada
kegunaannya secara praktik. Antara tokoh pemikira pragmatism ialah Karl Marx dan William James

Bahagian 2: Muslim Demokrat.


Muslim Moderat atau Islamis Demokrat atau Muslim Demokrat dilaungkan oleh kelompok
Islam yang moderat dan liberal. Ia juga dikaitkan dengan satu lagi gagasan iaitu Pasca
Islamisme. Salah satu terma pemikiran Muslim Moderat ialah maqasid syariah, demokrasi Sivil
Islam dan masyarakat sivil-madani. Menariknya, RAND Corporation menggunakan istilah yang
sama iaitu Moderate Muslim dalam Buku perancangan Building Moderate Muslim Networks
(Pembinaan Rangkaian Muslim Moderat). Dalam bahagian ucapan penghargaan buku ini, pihak
RAND Corporation merakam ucapan terima kasih kepada Azyumardi Azra, Rektor Universiti
Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla, Aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal); Jusuf Wanandi, Pengarah
Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia, Ahmad Syai Maarif, mantan
Ketua Umum Muhammadiyyah, Rizal Sukma, Abdul Muti, M. Syafii Anwar, dan Anwar
Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Kalau kita masih ingat, gagasan Islam Liberal dipopularkan oleh Leonard Binder dan Charles
Kurzman. Leonard Binder adalah pensyarah Universiti Chicago, sebuah kubu kuat orientalis dan
sahabat Fazlur Rahman. Gagasan Islam Liberal bangkit di Alam Melayu apabila Nucholish
Madjid (anak murid Fazlur Rahman), Harun Nasution, Mukti Ali, Djohan Effendi, Ahmad Wahib
dan Abdul Rahman Wahib telah mengerakkan usaha mempengaruhi anak muda dan lulusan
agama dengan gagasan ini. Impak besarnya, gagasan Islam Liberal popular di Indonesia setelah
munculnya Jaringan Islam Liberal dan tokoh muda, Ulil Abshar Abdalla pada tahun 2001. Ulil
Abshar Abdalla adalah menantu Kiyai Mustofa Bisri, pemimpin yang berpengaruh dalam
Nahdatul Ulama dan penyair kemanusiaan yang terkemuka pernah kontroversi apabila
membela penyanyi dangdut dengan lukisannya Zikir bersama Inul.

Pada tahun 2014, Persidangan Demokrat Muslim Sedunia buat kali pertama diadakan di One
World Hotel, Petaling Jaya. Dalam persidangan ini, Lim Kit Siang menyatakan Dalam konteks
ketidak-puasan hati orang ramai terhadap pengurusan ekonomi yang menyebabkan En-Nahdah
tewas dalam pilihanraya baru-baru ini. Maszlee Malik, pensyarah merangkap pimpinan JIMIKRAM mengomentari, Masa depan tidak bersama Islam politik, tidak bersama para Islamis,

masa depan juga tidak bersama parti politik berasaskan Islam di negara-negara umat Islam. Itu
hakikatnya, dan beliau mengatakan lagi Masa depan adalah bersama masyarakat terbuka
(open society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak boleh hidup secara eksklusif,.

Pada tahun 2015, Persidangan Antarabangsa Kedua Forum Dunia Untuk Demokrat Muslim di
Jakarta. Persidangan ini dianjur bersama The Habibie Center, Indonesia; Institut Kajian Dasar,
Malaysia; SETA, Turki dan Yayasan Keamanan Sasakawa, Jepun. Di Indonesia, Nahdatul Ulama
juga mendukung Muslim Moderat. Bersama Tariq Ramadhan, Rashid Ghannousshi dan
Abdullah Gul, Anwar Ibrahim dikatakan antara pengasas Gerakan Demokrat Muslim.

Gagasan Demokrat Muslim atau Moderat Muslim dan Pasca Islamisme cuba memasuki gerakan
Islam di seluruh dunia. Dr. Dzulkefly Ahmad ketika dalam PAS didakwa pernah berkata, Kami
bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,.

Antara sebab gagasan ini ditolak;


1. Berada disebalik slogan Wasatiyyah atau kesederhanaan untuk menolak konsep jihad.
2. Berada disebalik konsep maqasid syariah untuk menolak hukum hudud
3. Perang yang berlaku bukan antara Barat dengan Islam tetapi pendefinisian semula ciriciri Islam mengikut kehendak Barat.
4. Pemberian dana dan sokongan kepada organisasi yang menggerakkan agenda Barat.
5. Membina kepercayaan bahawa apa yang berlaku dalam dunia muslim adalah hanyalah
perang idea atau pemikiran.
6. Menolak konsep Negara Islam.
7. Islam yang Rahmatan lilaalmiin telah menjadikan Islam yang dipermudahkan
amalannya.

Nahdatul Ulama telah mengerakkan gagasan Islam Nusantara. Tulis K.A Mustofa Bisri, Dunia
yang kemudian bertanya-tanya tentang Islam yang rahmatan lilaalmiin, Islam yang ramah,
damai, dan teduh pun mendapatkan jawaban dari perilaku keislaman kita yang di Nusantara

ini. Maka kalau Islam kitaIslam yang kita jalani di Nusantara ini. Manakala di Malaysia
digerakkan gagasan Fiqh Malaysia dan Negara Rahmah. Gagasan Fiqh Malaysia bukanlah
sesuatu yang baru di Malaysia. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pernah menggagaskan
konsep Manhaj Malizi dimana pendekatan dakwah dilakukan dalam iklim setempat, non
partisan. ABIM juga pernah mengutarakan konsep partner in nation building (rakan dalam
pembinaan negara). Manakala Dr. Mahmood Zuhdi memperkenalkan konsep Fiqh Nusantara.
Konsep-konsep ini dirumuskan bahawa, Islam yang dibawa perlu mengikuti kebudayaan
tempatan selagi tidak melanggar syariat. Penggunaan istilah bersandarkan Islam banyak
membawa kekeliruan dalam kalangan orang awam. Contoh, penggunaan istilah Islam Hadhari
yang menunjukkan kemajuan. Adakah selama ini kita menganuti Islam yang mundur?. Istilah
sebegini juga mempunyai motif politik dan agenda tertentu daripada pihak bertentangan. Ia
dijelaskan dalam satu risalah, dasar penerapan Islam oleh Umar Tilmisani, Mursyidul Aam
Ikhwanul Muslimin.

Bahagian 3: Aliran Modenisme Dalam Islam


Aliran Modenisme
Istilah modern berasal dari kata Latin modernus yang ertinya baru saja; just now.
Pengertian moden bukan hanya kepada zaman tetapi yang lebih penting kepada cara
berfikir dan bertindak. Peradaban moden mempunyai dua ciri utama, iaitu rasionalisasi (cara
berfikir yang rasional) dan teknikalisasi (cara bertindak yang teknikal). Tumbuhnya sains dan
teknologi moden diikuti oleh berbagai inovasi di segenap bidang kehidupan.

Menurut Wan Muhammad Ali, modenisme ialah nama bagi pandangan hidup keduniaan yang
mempertuhankan modeniti atau kemodenan (modernity). Antara sifat modenisme ialah
bersifat anti tradisi yang dicerminkan melalui sekularis, nasionalis, sainstifik, materialis,
humanis, individualis, berfikiran bebas (free thinking) dan egalitarian.

Modenisme cuba menghormaniskan Islam dengan kemodenan. Matlamat modenisme ialah


melahirkan umat Islam yang maju tetapi tidak memperdulikan agama mereka.

Modenisme di Barat digerakkan oleh falsafah enlightenment-humanisme yang mempengaruhi


sebahagian besar masyarakat Barat dan majoriti intelektual mereka. Dari modenisme, lahirkan
pemikiran rasionalisme, liberalisme, eksistensialisme, logikal-positisme dan lain-lain. Pemikiran
secara rumusannya mewujudkan jurang perbezaan dan pemisahan antara agama dan sains,
antara nilai moral dan kebebasan individu dan antara Tuhan dan nilai-nilai kemanusiaan.

Modenis Islam
Umat Islam keliru terperangkap dalam modenisme apabila terpengaruh dengan pemikiran
barat yang digerakkan oleh kelompok Islamis atas nama tajdid dan islah. Istilah-konsep tajdid
dan islah perlu kepada memulihkan umat Islam dengan pemgembalian semula kepada ajaran al
Quran, al Sunnah dan pandangan ulama muktabar.

Sesetengah tokoh dan ulama Islam yang terperangkap dalam kekeliruan istilah ini menyangka
bahawa mereka kelompok yang mengislah dan mentajdid masyarakat Islam tetapi tanpa
mereka sedari bahawa mereka memecah-belah masyarakat dan pencetus kekeliruan dalam
masyarakat umat Islam setempat.

Mereka sengaja atau tidak mentafsirkan Islam secara rasionalis dan humanis serta saintifik.
Mereka mentafsirkan Islam mengikut kehendak para orientalis Barat. Pemikiran dan cara hidup
mereka bercampur aduk antara Islam dan kemodenan menyebabkan mereka kehilangan sifat
warak dan menambahkan kesyubhahan dalam kehidupan mereka. Umat Islam seharusnya
berhati-hati, teliti dan kritikal terhadap pandangan kelompok modenis Islam atau ulama yang
berkecenderungan kepada modenisme.

Seorang orientalis Arab Kristian, Nabih Amin Faris mensifatkan kelompok modenis Islam
sebagai mereka yang cuba untuk mengkaji dan mentafsirkan al Quran yang berdasarkan
kebudayaan Barat yang mereka anuti.

Syeikh Muhammad Abduh umpamanya menyarankan agar ditafsir semula pandangan Islam
terhadap jin dengan penegasan beliau bahawa jin sebenarnya adalah jisim-jisim hidup seni yang
ditemui melalui mikroskop iaitu microbes.

Bahagian 4: Dimana Ia Bermula?


Setiap zaman dan pelbagai nama, wacana-wacana pemikiran akan terus timbul atas semangat
perubahan, pembangunan dan kemajuan. Wacana-wacana sebegini adalah kepalsuan yang
dicipta oleh para orientalis Barat dan digerakkan oleh pendamba mereka dalam kalangan
intelektual, ulama, wartawan, sasterawan dan pemimpin palsu.

Kita telah menemui pelbagai istilah dan konsep-konsep kunci yang cuba diterapkan dalam
kalangan umat Islam. Antaranya, Islam Sivil, Islam Liberal, Islam Plural, Islam Politik, Masyarakat
Madani/Sivil, Politik Warga, Pasca Islamisme, dan terkini Muslim Demokrat. Bahkan intelektual
dan ulama serta pemimpin palsu yang tersilau dengan agenda Barat telah memanipulasi termaterma keilmuan Islam, istilah, konsep-konsep kunci dan pandangan ulama Islam ternama untuk
menghalalkan hujah-hujah mereka. Antaranya ialah maqasid syariah dan Islam Rahmat Untuk
Semua.

Kekacauan Semantik dan Penjajahan Epistemologi


Pada dewasa ini, ramai intelektual dan pemimpin palsu mengalami kekacauan semantik.
Menurut H.M Rasjidi, kekacauan semantik ialah kekacauan memakai kata-kata dengan tidak
mengetahui lebih dahulu erti kata-kata tersebut.

Slogan Bahasa Jiwa Bangsa melambangkan pengaruh besar bahasa kepada sesebuah bangsa
kerana bahasa atau istilah perkataan menayangkan pandangan alam bangsa yang memiliki
bahasa atau istilah perkataan tersebut. Peristilahan-kata dasar sesebuah perkataan mengubah
kefahaman seseorang terhadap sesuatu. Peristilahan-kata dasar sesebuah perkataan memberi
makna kepada aqal sehingga mengubah pandangan alam dan tindakan seseorang individu.

Penjajahan epistemologi adalah kerangka baru neo-imperialisme yang berteraskan pandangan


alam Barat yang menilai sesuatu menurut kerangka kefahaman Barat. Para orientalis akan
mengupayakan istilah dan konsep-konsep kunci sesuatu pemikiran agar sasaran terperangkap
dalam penjajahan epistemologi sekaligus mengubah pandangan alam sasaran mengikut
kehendak Barat.

Para pemimpin, ulama, wartawan, sasterawan dan intelektual palsu seringkali mengalami
kekacauan semantik dan berada dalam penjajahan epistemologi dalam memilih kata dasar
sehingga terjerat mengikut jejak langkah dan kehendak Barat.

Apabila orientalis mengemukakan gagasan Islam Liberal dan Masyarakat Sivil, para pemimpin
dan intelektual tempatan berkokok selari dengan dedak yang disediakan oleh para orientalis.
Bahkan para pimpinan gerakan Islam dan pemikir Islam memberi citra baru kepada gagasan
pemikiran Barat ciptaan orientalis dan pengekor mereka dengan wajah Islam. Maka, kita lihat
munculnya gagasan Masyarakat Madani yang dimodifikasikan daripada gagasan Masyarakat
Sivil.

Kehadiran dua konsep yang hampir sama isi kandungannya tetapi Islami pada jenamanya
banyak mengelirukan masyarakat awam. Ia juga memberi kesukaran kepada para ulama dan
kelompok Islamis berhujah kerana hujah-hujah mereka dibalas dengan hujah-hujah
bersumberkan al Quran dan al hadith. Ini menambah kecelaruan.

Jika berlaku suasana sebegini, formulanya ialah melihat sahsiah atau akhlak sang penghujah.
Dan lihat juga sejauh-manakah pengamalan Islam sebagai satu cara hidup dalam kalangan
mereka. Islam perlu diamalkan secara syumul meliputi teori dan praktikal.

Pembahagian Kelompok Dalam Islam


Para sarjana Barat dan tempatan membahagikan kelompok-kelompok Islam kepada beberapa
kumpulan. Secara peribadi, penulis berpegang kepada tiga kelompok dalam masyarakat iaitu

Islam, munafik dan kafir. Diikuti dengan konsep mukmin atau muslim, bertaqwa bukannya
sahaja beriman.

Kelompok-kelompok Islam yang sering dibincangkan oleh sarjana ialah kelompok tradisionalis,
fundamentalis, sekularis dan modenis.

Pertama, kelompok Tradisionalis. Kelompok ini bersikap menolak semua bentuk pembaharuan
yang tidak bersumberkan al Quran dan al Sunnah serta pandangan ulama muktabar. Mereka
mahu mengekalkan Islam dalam bentuk asali. Mereka menumpukan kepada persoalan ibadah
dan spritual sahaja.

Kedua, Fundamentalis. Mereka berpegang bahawa agama Islam adalah agama yang lengkap
dan sempurna sesuai sepanjang zaman dan setiap masa serta tidak perlu diubah suai. Islam
adalah addin yakni satu sistem kehidupan bukan sekadar pengertian agama dalam konteks
pemahaman Barat. Setiap muslim dan masyarakat Islam perlu bercita-cita melaksanakan Islam
secara holistik dalam kehidupan mereka dan kehidupan mereka mesti berada dalam konteks
syariah termasuk dalam pandangan alam, lisan dan perbuatan. Mereka tidak berkompromi
dengan isme-isme lain. Mereka juga mengamalkan amalan menegur dan mencegah bahkan
bercita-cita mewujudkan negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam.

Ketiga, Sekularis. Mereka mengasingkan dan memisahkan agama sebagai kehidupan peribadi.
Mereka mengenepikan tuntutan al Quran dan al Sunnah dalam kehidupan masyarakat dan
negara. Islam hanya agama bukan satu sistem kehidupan.

Keempat, Modenis Islam. Mereka cuba menghormoniskan Islam dengan kemodenan. Matlamat
mereka ialah kemajuan umat Islam tanpa memperdulikan agama mereka. Mereka
mengenepikan mana-mana unsur Islam yang boleh membantut kemajuan umat Islam. Mereka
cuba mentafsirkan kembali agama agar sesuai dengan zaman. Sikap liberal mereka boleh
mengakibatkan pemisahan agama daripada sistem kehidupan masyarakat.

Menjaja Idea Islam Amerika


Menurut Tuan Haji Mohamad Sabu ketika dalam PAS, Barat mahukan dua corak Islam.
Pertama, Islam Amerika iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tetapi tidak sampai ke
pelaksanaan hukum. Ini yang dipelopori oleh IIIT, ICMI, ABIM. Dalam hal ini Barat tidak ada
masalah.

Kedua, Barat mahukan Islam bercorak ala Afghanistan dan bercorak Taleban. Kalau golongan
ini muncul, Barat tidak ada masalah kerana ia adalah peluang bagi Barat untuk
menggambarkan betapa buruknya Islam.

Cuma Barat tidak mahukan Islam bercorak ala Iran atau Sudan. Ini kerana mereka terlepas
daripada cengkaman kekuasaan Barat.

Hampir keseluruhan pemikiran-pemikiran ciptaan orientalis adalah tempelan sifat-sifat Islam


Amerika. Sifat Islam Amerika ialah Islam tanpa syariat, Islam berbentuk teori dan ilmiah tanpa
praktikal, Islam tanpa politik Islam, Islam sekadar wacana ilmu, Islam tanpa kekuasaan dan
pemerintahan, dan Islam bukan satu sistem kehidupan.

Pendokong Islam Amerika memang handal dengan idea-idea hebat dalam seminar, forum,
penulisan dan kuliah tetapi kaku dalam tindakan kerana tiada kekuasaan. Mereka bertempel
kepada pemilik dana dan kerajaan.

Islam dan Idea Kemajuan


Idea kemajuan (The Idea of Progress) Barat berdasarkan kepada kepercayaan bahawa masa
depan semestinya lebih baik dari masakini dan masakini sememangnya lebih baik dari masa
lepas, tanpa mengira isi atau kandungan masa-masa tersebut. Barat melihat perjalanan sejarah
sebagai pergerakan manusia yang sedang dan pasti menuju ke arah matlamat yang dikehendaki
(in a desirable direction) dan perubahan yang menandakan adanya kemajuan. Tanpa perubahan

maka tidak wujud kemajuan. Perkembangan ini berlaku disebabkan pertambahan ilmu,
pencapaian sains dan teknologi, kemajuan pendidikan dan taraf hidup yang semakin maju.
Mereka telah berupaya menguasai manusia lain dan alam sekeliling.

Idea kemajuan Barat bertunjangkan faham pembangunan, perubahan dan kemajuan. Faham
pembangunan, perubahan dan kemajuan Barat berakar umbi daripada sejarah perkembangan
agama Kristian yang bergantung kepada pelbagai unsur yang ditokok tambah mengikut
perolahan sejarah pemikirannya dan kepada sifatnya bertolak ansur mengikut kehendak zaman
atau semangat zaman. Akhirnya, faham pembangunan, perubahan dan kemajuan
mempengaruhi perubahan dan perkembangan dalam aqidah agama Kristian.

Penokok-tambahan dalam agama Kristian mengambarkan bahawa agama Kristian tidak


sempurna. Apabila pembangunan, perubahan dan kemajuan melibatkan aqidah agama Kristian,
impaknya ialah perubahan dan perkembangan kepada sikap dan pandangan hidup, amalan dan
tujuan hidup dan kepercayaan dan anutan kepada penganut agama Kristian.

Islam sebuah agama yang lengkap dan sempurna [Surah al Maidah: 3] yang tidak memerlukan
faham pembangunan, perubahan dan kemajuan didalamnya. Islam tidak memerlukan penokoktambahan dari segi aqidah.

Islam mengunakan istilah islah atau pemulihan. Pemulihan ke arah kembalinya kepada ajaran
Islam yang sebenar selaras dengan al Quran dan as Sunnah. Jika seseorang atau masyarakat
Islam terbabas dan tersesat, maka wajib atas mereka berusaha kembali kepada dasar Islam
yang tulen dan murni.

Kelompok Islamis mempunyai pandangan berbeza dengan para sekularis dalam persoalan idea
kemajuan. Para sekularis seringkali menuduh kelompok Islam sebagai jumud, anti
pembangunan dan penghalang kemajuan negara. Manakala kelompok Islamis mengatakan para
sekularis sesat kerana menolak Islam sebagai Addin dalam program pembangunan dan

kemajuan mereka. Justeru, kita akan melihat pertentangan pandangan yang berbeza kerana
mereka mempunyai pandangan alam yang berbeza dalam memahami idea kemajuan.

Jika kita teliti dengan lebih lanjut, pembangunan, perubahan dan kemajuan anjuran Barat tidak
lebih kepada proses pembaratan sahaja.

Hilang Warak Dalam Campur-aduk Perkara Syubhah dan Syahwat


Kita menyayangi ulama dan menghormati pandangan mereka. Dalam menghadapi serangan
pemikiran yang maha-dahsyat ini dimana pihak musuh telah berjaya menyusupi pemikiran para
ulama dan pemimpin umat Islam. Pemimpin dan para ulama telah hilang sifat warak dalam
kehidupan mereka bahkan mencampur-adukkan pemikiran dan cara kehidupan Islam dengan
kemodenan. Perkara ini boleh menyebabkan umat Islam keliru dan celaru dengan pandangan
para pemimpin dan ulama mereka. Ini adalah malapetaka kepada Islam dan umat Islam.

Dalam menghindari salah faham terhadap kekeliruan ini, umat Islam mesti mempelajari Islam
melalui beberapa cara iaitu [1] dipelajari dari sumbernya yang asli iaitu al Quran dan al Sunnah,
[2] Islam dipelajari secara holistik, integral dan tidak secara partial, [3] Islam dipelajari melalui
kaedah kepustakaan yang ditulis oleh ulama muktabar dan [4] pengajian secara bersanad
melalui talaqi-tunjuk ajar guru. Keempat-empat cara ini sahaja boleh dilihat cara untuk
mengatasi ketidak-fahaman dan kekeliruan umat Islam.

Sesetengah para ulama hilang sifat warak dengan berfikir dan melakukan perkara syubhah.
Perkara syubhah iaitu perkara yang samar-samar hukumnya di antara yang halal atau haram
sebagai ujian untuk orang yang beriman. Maka, orang mukmin yang benar dan bersifat warak
akan meninggalkan perkara-perkara syubhah ini sebagai lambang kesempurnaan iman kerana
dikhuatiri tanpa disedari ianya boleh terjatuh kepada perkara yang haram dan dimurkai Allah
SWT. Perkara syubhah melahirkan keraguan dan sifat munafik.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda, (sambil Nukman memegang kedua belah telinganya): Sesungguhnya
perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya
terdapat perkara-perkara syubhah yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa
menjaga dirinya daripada perkara syubhah, maka dia telah bebas (dari kecaman) untuk
agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhah, bererti dia
telah terjerumus ke dalam perkara haram.

Syahwat ertinya selera, nafsu, keinginan, atau kecintaan. Sedangkan fitnah syahwat (penyakit
mengikuti syahwat) adalah mengikuti apa-apa yang disenangi oleh hati atau nafsu yang keluar
dari batasan syariat.

Fitnah syahwat ini akan menyebabkan kerosakan niat, kehendak, dan perbuatan orang yang
ditimpa penyakit ini.

Penyakit syahwat ini misalnya: rakus terhadap harta, tamak terhadap kekuasaan, ingin popular,
mencari pujian, suka perkara-perkara keji, zina, dan berbagai kemaksiatan lainnya.

Noktah Terakhir: Masyarakat Islam adalah Masyarakat Bertamadun


Umumnya, Islam itu bukan sifat masyarakat. Islam, Iman dan Ihsan terletak pada diri seseorang
individu. Individu-individu Islam akan membentuk keluarga-keluarga Islam seterusnya
membentuk sebuah masyarakat Islam.

Dari segi Islam, sebahagian besar ulama dan sarjana menyatakan Islam ialah tamadun. Perkara
ini membezakan definisi tamadun dalam konteks sarjana-sarjana Islam, Timur atau Barat yang
lain. Tamadun Islam bukan terletak kepada bentuk fizikal atau material. Hakikat sebenar sebuah
tamadun dan darjat serta martabat tamadun Islam terletak kepada tahap keimanan, ketaqwaan

dan akhlak individu-individu yang ada dalam sesebuah masyarakat. Tamadun Islam menolak
kejahilan dalam bertuhan yakni tidak mengakui kewujudan Allah SWT.

Tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan
pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju
keredhaan Allah.

Sayyid Qutb mendefinisikan Masyarakat Islam ialah masyarakat yang didalamnya dilaksanakan
Islam: aqidah;ibadah;undang-undang; moral dan cara hidup. Masyarakat jahiliah ialah ialah
masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan didalamnya: masyarakat yang tidak dipandu oleh
Islam baik dari segi aqidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tata susila.

Ada yang bertanya, dalam masyarakat Islam tidak ada orang melakukan kesalahankah?.
Manusia adalah makhluk yang lemah, kaya dengan kesilapan dan kesalahan. Kelemahan,
kesilapan dan kesalahan akan terus ada. Umat Islam melaksanakan kehendak Allah tetapi
kelemahan manusia sentiasa ada dalam proses melakukan kehendak Allah kerana iman seorang
muslim sentiasa berbolak-balik. Apatah lagi iman muslim akhir zaman dimana pagi boleh
beriman, petangnya kufur, malamnya beriman, paginya kufur. Proses islah sentiasa ada dalam
melakukan kewajipan dan tanggungjawab kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Kelemahan, kesilapan dan kesalahan manusia tidak mengurangkan sedikit sistem yang dicedup
dan dilaksanakan daripada al-Quran, as-Sunnah, Ijma dan Qiyas. Tugas kita hanya mengakuri
apa yang Allah dan Rasul-Nya kehendaki.

Secara logiknya, jika setiap individu dalam masyarakat Islam mentaati apa yang Allah dan RasulNya kehendak, dengan izin Allah masyarakat Islam bersih daripada segala kemudharatan yang
besar dari segi aqidah dan akhlak. Jika pemurnian ubudiyyah semata-mata kerana Allah dapat
dilakukan dan dengan demikian dapat membebaskan sepenuhnya ubudiyyah dan tunduk

kepada yang lain selain Allah. Maka, keimanan yang terhasil dapat menjauhi seseorang mukmin
daripada dosa sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni dan bahagia.

Mana-mana kerajaan sama ada kerajaan Islam atau Kerajaan bukan Islam boleh menyediakan
kemajuan dan pembangunan, tetapi hanya satu-satunya mampu disediakan oleh Kerajaan Islam
ialah iman dan Islam. Paling penting dalam ukuran sebuah kerajaan ialah melahirkan rakyat
yang merasai kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan dengan kerajaan yang mereka
dokong.

Kesimpulan
Amalkan sifat hormat. Daripada sifat hormat, datangnya kasih sayang, cinta dan ukhwah.
Pada akhir zaman, ramai orang bijak dan pandai tetapi hilang sifat hormat. Bijak dan pandai
menelurkan sifat benci, dengki dan meluat
Jangan sombong dengan kebenaran yang kita miliki. Kebenaran, pasangan paling idealnya
ialah tawaduk. Dengan tawaduk kebenaran dapat disebarkan.
Individu-individu dalam masyarakat Islam perlu melakukan pengislahan diri dalam
meningkatkan darjat keimanan, ketaqwaan dan akhlak mereka agar masyarakat Islam benarbenar dapat diwujudkan dan menjadi model kepada masyarakat lain.

Setiap individu perlu banyak melakukan muhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Allah
SWT (taqarrub) untuk membersihkan hati dan meluruskan pandangan Islam dengan proses
pembelajaran yang berterusan.

Setiap individu Islam mesti menolak pemikiran-pemikiran yang asing dan bersifat parasit yang
boleh merosakkan iman dan Islam kita.

Sekularisasi-Liberalisasi Dalam Gerakan Islam


Jangan takut pada sekularisme
Erdogan

Dalam penulisan kita dapat


1) Mengetahui tentang sekularisasi-liberalisasi kelompok Islam
2) Pasca Islamisme-Pragmatisme-Liberalisme

...dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah
yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Surah at Taubah:40)

Penulis tertarik dengan penafsiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang istilah
kalimatullah dalam ayat di atas. Menurut beliau, apabila disebut kalimatullah, ia membawa
maksud bahawa seluruh ajaran Islam adalah satu ajaran yang padu sehingga kesemuanya tidak
boleh dibelah bahagi atau dipotong-potong menurut kehendak hawa nafsu. Jika al Quran itu
dikerat-kerat atau dipotong-potong antara satu sama lain, maka al Quran tidak dapat dihayati.
Perkara ini menunjukkan bahawa Islam itu syumul mencakupi seluruh aspek kehidupan secara
holistik.

Elemen-elemen sekular semakin menular dalam gerakan Islam seluruh dunia. Kita boleh belajar
tentang sekularisme-pluralisme-liberalisme dan boleh ambil manfaat daripadanya tetapi untuk
menjadi tunjang pemikiran, perlulah ditolak oleh para pendokong gerakan Islam. Paling
menonjol pada hari ini ialah liberalisme. Paling malang apabila berlakunya sekularisasiliberalisasi dalam gerakan Islam dan terdapat Islamis yang berjaya dipengaruhinya.

Cuba kita lihat, bagaimanakah pendekatan dan pemikiran tokoh yang terpengaruh dengan
sekularisme?. Islam semakin jarang disebut, Islam hanya alat untuk mengukuhkan sekularisme,
Islam dikesampingkan berbanding pemikiran dan pendekatan sekular. Perkaitan Islam dengan

dunia semakin jauh. Kesyumulan Islam diratahi oleh sekularisme. Islam diucapkan untuk
kemenangan politik sahaja.

Sekularisme meliputi semua buah pemikiran dan pendekatan serta nilai yang tidak
bertunjangkan agama. Antara sekularisme termasuk liberalisme, sosialisme, post Islamisme,
Inklusif, masyarakat sivil, ruang awam dan sebagainya. Bukannya kita tak boleh ambil kebaikan
daripada konsep buah pemikiran Barat, cuma lakukanlah Islamisasi agar ia beraqidah dan tak
meminggirkan Islam.

Ada kalangan kita memberi alasan bercakap dalam bahasa orang sekarang atau dalam bahasa
konteks semasa iaitu melihat audien. Pendokong Islam perlu bercakap dalam bahasa Islam
bukannya mengagung atau mengangkat idea-idea ciptaan manusia. Bahasa idea manusia lagi
sukar untuk difahami oleh rakyat jelata berbanding sesetengah elitis dan kelompok terpelajar.
Perkataan seperti Inklusif atau urus tadbir yang baik agak sukar difahami berbanding perkataan
amanah, adil dan menerima pendapat orang lain.

Penghalalkan Sekularisme dan Penjenamaan Islam untuk Kepentingan Tertentu


Kita biasa dengar istilah-istilah Islami yang unik seperti Islam Hadhari, Dialog Antara Tamadun,
Masyarakat Madani, Dasar Penerapan Islam dan Islamisasi.

Kita juga biasa dengar dan membaca hujah-hujah yang menempelkan kepada maqasid syariah,
pemikiran Yusuf al Qaradhawi, pemikiran Abdullah Bayyah, fiqh ikhtilaf, fiqh keutamaan dan
kepelbagaian jemaah.

Semua tempelan hujah dan istilah tersebut sudah tentu mendambakan kebaikan dan tujuan
yang baik, cuma sesetengah kelompok mengambil peluang untuk bermudah-mudahan dalam
sesuatu perkara dan menyambar peluang pengukuhan politik diri dan kelompok masingmasing.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH), generasi al salaf as soleh muncul dengan akidah
yang unggul dan mengutamakan ikatan persaudaraan Islam berjaya mengatasi cabaran
dalaman dan luaran. Musuh Islam menumpukan fahaman akidah memberi kesan berbahaya.
Ideologi moden yang dibawa oleh fahaman sekular yang menular ke dalam masyarakat Islam.
Kemudian ia menyadurkan dengan nama Islam lalu mewujudkan fenomena baru yang
membahayakan akidah.xiv

Menurut Abdul Hadi Awang lagi, insan dibenarkan untuk membuat sebarang penyesuaian dari
segi pendekatan dan teknikal yang sesuai dengan kehendak zaman tanpa mengganggu gugat
dasarnya sebagaimana termaktub dalam al Quran dan al hadith.xv

Jika Islam dikaitkan dengan negara, pemerintahan, politik dan perundangan, ia sangat ditakuti
oleh Barat dan sekutu mereka. Jangan sesekali menyamakan Islam dengan pensejarahan gereja
di Eropah. Menurut Ustaz Umar Tilmisani pula, mantan Mursyidul Aam Ikhwan Mesir, dalam
masa yang sama, pemimpin-pemimpin ini cuba menakut-nakutkan rakyat jelata kerana
menyangka negara Islam tak ubah seperti pemerintahan gereja pertengahan abad yang
lampau, dimana kesudahannya akan berulang-ulang trajedi huru hara, pertumpahan darah,
kafir mengkafir dan sebagainya.

Kebanyakan konsep atau istilah hasil kajian para ulama dan sarjana Islam disalah-guna oleh
kelompok SEPILIS. Tujuan mereka adalah baik dalam mereaslisasikan Islam itu mudah dan Islam
itu rahmat untuk semua manusia. Ada sesetengah pihak mengambil kesempatan atas konsep
tertentu untuk memenuhi tujuan dan kehendak nafsu diri dan kumpulan mereka. Mereka juga
bermudah-mudahan dalam beragama dan cuba menyingkirkan hukum Islam. Dalam persoalan
maqasid syariah umpamanya, Abdul Hadi Awang menyatakan mereka yang menimbulkan
kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan menyingkirkan hukum Islam. Umat
Islam perlu bijak dan berilmu dalam menilai hujah-hujah yang kelihatan benar oleh sebahagian
daripada mereka yang bertujuan batil.

Kelompok SEPILIS menggunakan nama dan pemikiran tokoh Islam tertentu dalam menangani
pihak penentang mereka. Sebenarnya, kelompok SEPILIS tahu bahawa tokoh di atas
mempunyai pemikiran berdasarkan al Quran, al Sunnah, ijma, Qiyas dan ijtihad ulama muktabar
yang utuh dan ampuh. Mereka adalah ulama dan pemimpin Islam yang cukup disiplin dan
istiqamah sehingga meninggal dunia dalam perjuangan Islam. Perbezaan diantara pimpinan
gerakan Islam hanyalah persoalan pendekatan, pendapat dan komunikasi (bahasa) yang
digunakan sahaja.

Konsep Barat yang diterima pakai sebahagian tokoh Islam ialah


1.

Muslim Demokrat

2.

Pasca (Post) Islamisme

3.

Masyarakat Sivil

4.

Islam Nusantara

Sangat mendukacitakan apabila ulama atau tokoh Islam memakai konsep-konsep pemikiran
yang bertunjang sekularisme seperti Post Islamisme, Islam Progresif atau Islam Liberal. Seorang
politikus Islam perlu jelas akan aqidah perjuangannya dan mengelakkan menggunakan atau
menyebarkan pemikiran sekular ke dalam masyarakat dan jemaah Islam

Sekularisasi-Liberalisasi Dalam Kalangan Islamis


Seperti yang dijelaskan di atas, sekularisme mencakupi pemisahan antara perkara dunia dengan
agama. Sekularisme itu meliputi ideologi ciptaan manusia seperti liberalisme, komunisme,
pasca Islamisme, Inklusif, Pluralisme dan lain-lain.

Sukar kita menilai para Islamis sebagai elemen sekular kerana mereka terbahagi kepada
beberapa kelompok;
a) Kelompok yang mengikut tanpa sedar dan terperangkap dengan istilah dan konsep
pemikiran Barat.

b) Kelompok yang menyokong dengan sedar tetapi bergerak disebalik gerakan Islam dan
hujah Islam.
c) Kelompok yang bersandar dengan pemikiran-idea ciptaan manusia demi Islam, bercakap
dengan bahasa politik untuk meletakkan Islam dalam konteks semasa dan khalayak
masyarakat pelbagai kaum dan agama. Hanya menggunakan pendekatan bukannya
berimankan pemikiran tersebut. Malangnya,ada kalangan mereka tenggelam dalam
khayalan apabila Islam seakan-akan menjadi isu sampingan sahaja dalam penghujahan
dan perjuangan mereka.

Penilaian kita menjadi sukar apabila ia melibatkan isi hati yang tidak diketahui oleh sesiapa pun
kecuali empunya diri dan Allah. Cuma kita boleh melihat mereka dari segi pengaulan, penulisan,
percakapan dan idea yang mereka gagaskan sama ada mendekati Islam atau menjauhi Islam.

Menurut Ulil Abshar Abadalla, tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, antara ciri-ciri liberalisasi
dalam kalangan Islamis ialah;
1. Mereka meninggalkan idea negara Islam dan memeluk demokrasi.
2. Mereka meninggalkan idea penerapan syariat, lebih konsentrasi kepada realiti semasa
yang praktis
3. Selesa memeluk ekonomi bebas
4. Meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil.
5. Mereka lebih realistik dan pragmatis idea dalam melihat keadaan, tak dogmatis
memegang ideologi Islamisme
6. Mengatakan urusan moral, agama dan akhlak adalah urusan peribadi.
Menurut Ustaz Sharipudin Abd. Kadirxvi, kita boleh menilai daripada kesan liberalisasi kepada
gerakan Islam yang dikemukakan oleh beliau iaitu
a) Merubah pendekatan dakwah kebanyakan gerakan Islam di Malaysia tanpa melihat
kepada perancangan musuh Islam yang terselindung. Setiap isu disokong dan dihujah

secara syarak dan aqal tanpa melihat kepada kepentingannya di Malaysia dan kesannya
kepada rakyat majoriti.
b) Merubah strategi dakwah gerakan Islam. Daripada membela keadilan untuk Islam
kepada hanya berdialog dan berdiskusi kononnya secara hikmah. Digambarkan seolaholah Islam hanya mengutamakan dialog dan diskusi walaupun Islam diserang dari
segenap penjuru. Mana-mana gerakan Islam yang ke depan membela Islam dengan agak
agresif dituduh sebagai melampau atau tidak memahami uslub dakwah.
c) Mengkijangkan harimau. Perkataan musuh Islam telah ditukar kepada madu kita
walaupun ajaran tersebut jelas memusuhi Islam dengan pelbagai perancangan secara
senyap ataupun zahir.
d) Para cerdik pandai yang menyalahkan gerakan Islam kerana cuba menanamkan sifat
permusuhan dengan penganut agama lain sedangkan di sana terdapat titik-titik
persamaan antara Islam dengan agama tersebut seperti Kristian dan Yahudi. Sepatutnya
orang Islam menggunakan titik persamaan tersebut ke arah perdamaian dan keamanan
dengan membina titik persefahaman.
e) Mengenepikan tamadun bangsa yang pernah dicipta oleh generasi terdahulu walaupun
syarak mengharuskannya dengan syarat-syaratnya yang jelas. Mereka mendakwa
bangsa tidak ada apa-apa kepentingan untuk agama. Bangsa tak wujud pun tak
mengapa asalkan Islam ada.

Pasca Islamisme
Menurut Haris Zalkapli, maksud pasca-Islamisme itu sebagai satu kondisi gerakan Islam
bercakap dalam bahasa semasa dan menangani hal-hal semasa yang bukan menurut istilah
yang biasa dengan gerakan Islam. Tetapi pasca-Islamisme pergi lebih jauh lagi, dan ditakrifkan
juga sebagai satu bentuk baru gerakan Islam yang mengambil sepenuhnya wacana baru dan
bersifat sebagai demokrat dan menjadi lebih liberal, menjadikan mereka pasca-Islamis.

Asef Bayat menyatakan pasca Islamisme bukanlah anti Islam atau sekular, ia tidak mengubah
Islam tetapi memberi tumpuan kepada hak asasi warganegara. Asef Bayat berpendapat pasca

Islamisme sebagai satu keadaan, berikutan satu fasa eksperimentasi, tarikan, tenaga, simbol
dan sumber keabasahan Islamisme semakin susut walaupun dalam kalangan penyokong
kuatnya sebelumnya.

Kita juga boleh memahami pasca Islamisme sebagai satu keadaan parti berasaskan Islam
bercakap dalam bahasa kontemporari dan memberi prioriti kepada isu-isu urus tadbir, ekonomi
dan kebajikan rakyat yang majoriti berbanding isu yang lebih bersumber wacana agama dan
ideologi parti terbabit.

Pada pendapat penulis, Pasca Islamisme meneruskan legasi Islam Amerika iaitu perjuangan
Islam tanpa syariat. Perjuangan Islam berdasarkan prinsip, nilai dan moral (baca: akhlak) serta
tasawuf sahaja. Islam bagaikan air (nilai) tanpa bekas air (syariat), mana mungkin air boleh
diminum tanpa bekas air (cawan, gelas dan sebagainya). Ada sesetengah pendapat mengatakan
bahawa Islamisme itu adalah Islam Politik. Mereka mendakwa Islam Politik perlu dibanteras
kerana menghasilkan pemikiran radikal dan ektremisme. Dakwaan mereka dangkal kerana cuba
memisahkan Islam dan politik padahal politik itu salah satu elemen dalam Islam.

Model terbaik pasca Islamisme ialah AKP Turki di bawah pimpinan Erdogan dan an Nahdah
dipimpin oleh Rashid Ghannoushi. Menurut Ulil Abshar Abada, perkataan kebebasan pada
nama parti-parti yang dikatakan pro Islam menunjukkan pengaruh liberal sedang membiak
cergas dalam parti tersebut. Perkataan keadilan, kebebasan dan pembangunan seringkali
digunakan oleh kelompok pasca Islamise menunjukkan sifat progresif dan pembaharuan.

Lihat pula kenyataan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) Maghribi;

Jika saya mendapat tempat di dalam kerajaan, ia tidak akan jadi sekiranya saya memberitahu
wanita muda berapa sentimeter skirt mereka harus memakai untuk melindungi kaki mereka. Itu
bukan urusan saya. Ia tidak mungkin, bagaimanapun, untuk sesiapa sahaja untuk mengancam
punca kebebasan awam di Maghribi "

Perkara ini menunjukkan urusan agama adalah urusan peribadi. Kenyataan sebegini secara
langsung mempunyai ciri-ciri sekelompok Islam sudah diliberalisasi.

Dalam gerakan Islam, terdapat sesetengah pemimpin yang terperangkap, terpengaruh dan
seronok dengan permainan konsep pemikiran Barat yang kaya dengan istilah. Mereka seronok
dengan istilah inklusif, pasca Islamisme, good governance, muslim democrat, pluralism dan
sebagainya. Pelbagai cara untuk menghalalkan penggunaan istilah dan konsep daripada
pemikiran Barat. Umpamanya pluralism dihujah dengan pluraliti dalam masyarakat majmuk.

Kita boleh belajar dan mengunakan pendekatan mereka tetapi kita tidak boleh larut dalam
pemikiran mereka. Sepatutnya kita mengangkat hujah-hujah dan alternatif Islam dalam
masyarakat dan negara. Kita bawa pendapat dari sisi Islam dikemukakan dalam kehidupan.
Berwacana dari perspektif Islam memerlukan hujah-hujah atau dalil daripada sumber yang ada
autoriti. Dari situlah kita mengemukakan Islam sebagai penyelesaian.

Dalam gerakan Islam di Malaysia, pasca Islamisme sedang membenih terutamanya dalam
kalangan anak muda dan mereka yang pernah

mendapat pendidikan di negara Barat.

Kebanyakan tokoh yang berpendidikan Barat rapat dengan

tokoh Ikhwanul Muslimin

Antarabangsa tertentu yang terpengaruhi gagasan pasca Islamisme. Mereka sebenarnya dilihat
kelompok elitis yang membawa idea asing yang kurang difahami oleh rakyat jelata dan anggota
bawahan.

Penulis menyifatkan kelompok pimpinan pendamba pasca Islamisme adalah minoriti dalam
fenomena progresif dalam gerakan Islam. Mereka bersama dalam fenomena progresif kerana
mempunyai matlamat yang sama iaitu perubahan tampuk kepimpinan dan pendekatan
gerakan Islam menghadapi realiti zaman. Pada hemat penulis, fenomena progresif hanya
persaingan kuasa antara kelompok elitis dalam gerakan Islam. Ia hanya sekitar perebutan kuasa

dan hanya perubahan pendekatan bukannya prinsip. Sebilangan kecil daripada mereka
terperangkap dan dicandukan dengan gagasan pasca Islamisme.

Dalam pemerhatian penulis, sejak tahun 2005, idea pasca Islamisme dimainkan oleh kelompok
tertentu dalam PAS termasuk dalam Harakah.xvii Punbegitu, kita masih lagi beranggapan
bahawa mereka hanyalah menggunakan pendekatan bukannya mengimani dengan pemikiran
konsep tersebut. Pandangan baik sangka kita, ia hanya proses penyesuaian pendekatan dan
teknikal untuk mendepani zaman.

Antara idea-idea dan pendekatan kelompok dalam gerakan Islam di Malaysia yang terpengaruh
dengan pasca Islamisme;
a. Bergerak dalam ruang lingkup politik dalam kerangka nation state iaitu bergerak
dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
b. Menjana gagasan neo-fundamentalisme ke arah penyatuan ummah yang universal
berteraskan syariah.
c. Tindakan politik perlu mengatasi ideologi. Tindakan sebegini memunculkan pragmatism.
d. Pengunaan istilah seperti inklusif dan urus tadbir yang baik
e. Menempel dengan maqasid syariah. Pengunaan maqasid syariah bukan untuk
mengukuhkan Islam tetapi meminggirkan Islam.

Persoalan yang timbul, apakah pilihan gerakan Islam sama ada memilih bersama Islamisme
atau pasca Islamisme?.

Pada hemat penulis, ia bergantung kepada niat seseorang dan sifat waspada seseorang tentang
penyusupan gagasan pemikiran Barat yang tidak Islami dalam keanggotaan jemaah Islam secara
sedar, tidak sedar atau selesa dengan pemikiran tersebut. Dalam pasca Islamisme ada beberapa
perkara yang kita boleh mengunakannya sebagai pendekatan tetapi bukannya isme dan
tunjang pemikiran jemaah Islam. Sebagai gerakan Islam, kita perlu kembali kepada pandangan
sarwajagat berdasarkan al Quran dan al Sunnah bukannya pemikiran Barat.

Antara sifat pasca Islamisme ialah lebih plural, inklusif, toleransi, demokrat, kepentingan
masyarakat sivil, perjuangan hak asasi manusia dan hubungan antara agama manakala
Islamisme terpalit dengan radikal, keras dan eksklusif. Ada sarjana melihat bahawa pasca
Islamisme menjadi ubat kepada Islamisme yang lama.

Perkembangan komunikasi dan gajet menyebabkan ramai anak muda mudah tertarik dengan
pasca Islamisme. Pasca Islamisme hasil lontaran sarjana Barat dan sarjana Islam terpinggir
berakar umbi daripada pemikiran liberalisme-pragmatisme. Menurut Ulil Abshar Abdala,
fenomena pragmatisme parti Islam berhaluan sederhana beriringan dengan fenomena
melunturnya ideologi dalam politik. Walaupun pasca Islamisme dikatakan melunturkan ideologi
politik tetapi pasca Islamisme sendiri bakal menjadi isme atau ideologi yang baru. Pada hemat
penulis, pasca Islamisme akan meranapkan teras Islam yang mengutamakan dalil bersumber
autoriti (al Quran dan al hadith) kerana mementingkan kemenangan politik berbanding
matlamat dakwah.

Dalam menanggapi kemenangan politik, ia melibatkan kemenangan bersifat jangka pendek


atau jangka panjang. Kemenangan itu perlu menitik berat perkara di bawah;
1. Kemenangan yang diredhai Allah
2. Kemenangan dengan cara yang benar bukannya matlamat menghalalkan cara.
3. Kemenangan untuk Islam bukannya kehendak nafsu diri dan kumpulan
4. Kemenangan yang boleh memberi kebahagiaan kepada manusia (termasuk bukan Islam)
dan alam sekitar.

Dalam politik dan demokrasi, kemenangan itu penting tetapi kita tidak mahu kemenangan yang
cacat iaitu kemenangan yang tidak diredhai Allah terutamanya kelompok pragmatis yang
seringkali menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara. Kelompok pragmatislah
yang menongkah arus gerakan Islam dengan menerima secular-liberal sekaligus menjayakan
sekularisasi-liberalisasi.

Ada beberapa pendapat tentang kesan buruk yang dapat ditimbulkan oleh pragmatisme dalam
mengejar tujuan politik seperti di bawah:
1. Bagi sesebuah parti Islam yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Parti itu akan
terancam oleh penghakisan ideologi. Maknanya, pemikiran bersumberkan dalil al Quran
dan al Sunnah akan terhakis oleh kemenangan politik sahaja. Menurut Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS pernah menjelaskan bagaimana parti Al ISTIQLAL Maghribi, yang dahulunya
berpegang dengan dasar ISLAM, sekarang bertukar menjadi sekular Liberal. Begitu juga
terjadi kepada Liga Muslim Pakistan yang diasaskan oleh Ali Jinnah atas dasar ISLAM,
sekarang berubah menjadi parti yang mendahului pendekatan sekular dan liberal walaupun
majoriti umat ISLAM di Pakistan.
2. Kesan kepada persepsi masyarakat awam. Pragmatisme2 politik bakal memberikan
implikasi buruk kepada masyarakat. Pragmatisme politik parti-parti Islam boleh
menimbulkan imej buruk pada Islam itu sendiri dan parti Islam yang benar-benar
memperjuangkan Islam. Pemimpin yang terpengaruh dengan pragmatism

sanggup

melakukan apa sahaja demi kemenangan politik. Tanpa dalil yang kukuh dan adab Islam,
imej parti berasaskan Islam akan tercalar.
3. Kesan kepada para pendokong parti Islam itu. Bahaya ini muncul kerana pendokong parti
Islam umumnya adalah orang-orang yang lurus, ikhlas, wala dan patuh kepada pimpinan
parti. Dengan berkiblat kepada pragmatisme politik, bererti parti Islam itu telah menipu
penyokongnya. Penyokong mengira partinya adalah parti Islam sejati, padahal parti itu
telah menyimpang dari Islam kerana terjerumus ke dalam langkah-langkah pragmatis tanpa
mempedulikan halal-haram.

Kesimpulan
Perjuangan Islam memerlukan keaslian yang bersumber al Quran dan hadith serta tegas dalam
persoalan aqidah. Segala konsep pemikiran manusia dengan pelbagai alasan adalah ditolak.

Pragmatisme ialah kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin bergantung kepada
kegunaannya secara praktik. Antara tokoh pemikiran pragmatism ialah Karl Marx dan William James

Tokoh ulama Islam seperti Yusuf al Qaradhawi, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang,
Muhammad al Ghazali mengutamakan dalil-dalil al Quran, al Sunnah dan ijtihad ulama yang
muktabar dalam memperkuatkan hujah-hujah mereka. Jarang sekali kita membaca dan
mendengar gagasan pemikiran Barat yang mereka sokong. Perkara ini diambil remeh
sesetengah pemimpin Islam atas dasar berdialog dan laras bahasa politik untuk mendekati
bukan Islam. Kita hidup untuk menegakkan agama dalam diri dan kehidupan kita bukannya
menghidupkan pemikiran manusia atau kita sendiri.

Jangan sesekali kita bersikap taqiyah politik dan tauriah (suka bercakap tidak benar) dalam
politik. Sesiapa yang tak jelas dalam pendirian politik Islam kebanyakan mengalami kecelaruan
sebagaimana dihadapi oleh sesetengah pemimpin dan gerakan Islam. Taqiyah dan tauriah
politik menyebabkan pahala dan dosa bercampur sehingga menimbulkan fitnah kepada Islam.

Jangan menjadikan kebencian kita kepada pimpinan tertentu dalam gerakan Islam atau
pembawaan tertentu dalam sesebuah gerakan Islam sebagai hujah dan dalil untuk kita
mengenepikan Islam dan gerakan Islam. Kita wajar mengubah gerakan Islam daripada dalam
bukannya menyerang daripada luar. Kehendak dan pendapat kita digerakkan dalam keaktifan
kita dalam gerakan Islam secara evolusi bukannya bersikap pemberontak sentiasa
memberontak dalam gerakan Islam.

Barat tidak takut kepada Islam. Barat hanya mahu Islam yang sesuai dengan kehendak mereka.
Paling malang apabila pemimpin gerakan Islam sendiri terlibat dalam proses penyesuaian Islam
dengan Barat sehingga terhakis aqidah dan syariat Islam. Pemikiran Barat secara tuntas cuba
membawa pemisahan Islam dengan perkara di bawah;
a) Islam dan politik
b) Islam dan negara
c) Islam dan syariat (lebih tepat hukum hudud)

Ketiga-tiga perkara ini banyak mengajar kita dalam menilai seseorang Islam dan gerakan Islam
yang syumul atau tidak, tulen atau palsu. Islam adalah agama yang sudah lengkap, apabila
sudah lengkap tiada alas an untuk tidak menegakkan agama Islam secara keseluruhan.

Penyelewengan Intelektual Sekular dan Ulama


Atas nama toleransi dan dialog, jangan gadai iman dan Islam kamu
Khalil Jibril
Para ulama seperti Imam Abu Hassan al-Ashaari dan ulama Alam Melayu seperti Syeikh Daud al
Fatani dan Zainal Abidin Bin Muhammad Zain al Fatani menyatakan:
Ketahui olehmu bahawa sebab mendatang dapat ilmu yang baharu itu tiga perkara:
1. khabar yang sadiq (benar) iaitu khabar Allah, khabar Rasulullah dan khabar mutawatir
sekira-kira sampai bilangan yang banyak yang tiada tasawwur pada aqal muafakat oleh
mereka itu atas dusta.
2. Aqal gharizi
3. Segala pancaindera yang lima yang sejahtera.xviii

Inilah pegangan paling asas bagi para ulama, intelektual, pelajar, pemimpin, wartawan dan
masyarakat Islam supaya diri kita tidak tersesat dengan pelbagai pemikiran yang menyusup
masuk ke dalam pemikiran umat Islam pada masa kini.

Asas pandangan alam (worldview) dan kerangka pemikiran (framework) perlu ditunjangi oleh 3
perkara di atas.

Seorang ulama dari negeri Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad dalam bukunya Ancaman Bahaya
Sekularisme menyatakan 22 penyelewengan intelektual sekular. Penyelewengan ini
menunjukkan mereka menganuti fahaman muktazilah moden atau neo-muktazilah. Antara
penyelewengan tersebut ialah
1. Menjadikan aqal sebagai rujukan tertinggi dalam memahami agama
2. Menolak tafsir mathur
3. Menolak tafsir lughawi
4. Menolak hadith sebagai panduan hukum agama
5. Menolak petunjuk al Quran dalam perkara furuk.
6. Menolak syarat-syarat ijtihad yang muktabar

7. Menolak panduan lughah dalam memahami nas-nas syarak


8. Mengutamakan maslahah aqli dari dalil-dalil al Quran dan sunnah
9. Memisahkan Maqasid Syariah dari prinsip Maslahah Syarak
10. Memahami Aulawiyyat menurut aqal dan bukannya syarak
11. Menggunakan dalil uruf yang fasid
12. Memalsukan makna dan cara penggunaan kaedah-kaedah fiqh
13. Mengunakan dalil-dalil syarak tanpa mengikut urutan keutamaan
14. Mengunakan hujah yang tidak berasal dari dalil-dalil syarak
15. Meragukan kesahihan ajaran fiqh Islam
16. Menolak hukum bidaah
17. Memakai fahaman Murjiah dalam masalah aqidah
18. Memakai fahaman Qadariah dalam masalah aqidah
19. Memakai fahaman pluralisme dalam masalah aqidah
20. Mengaitkan tajdid agama dengan penerimaan disiplin sains sosial
21. Memahamkan tajdid agama secara materialistik
22. Menolak kepimpinan ulama muktabar di dalam ilmu-ilmu agama.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradhawi dalam bukunya, Fatwa: Antara Ketelitian dan Kecerobohan telah
mengariskan faktor-faktor ketergelinciran para ulama dalam berfatwa atau berijtihad pada
dewasa ini. Antara faktor-faktor tersebut seperti di bawah:
1. Jahil (tidak mengerti) atau lupa akan Nas-nas Syariat
2. Kefahaman yang menyimpang
3. Tidak dapat memahami realiti kehidupan secara benar
4. Mengikut dorongan hawa nafsu
5. Tunduk dan menyerah kepada realiti yang sudah terpesong
6. Taklid dan mengikut arus pemikiran Barat
7. Bersikap jumud (statik) pada fatwa-fatwa lama tanpa mengambil kira perubahan kondidi
atau keadaan semasa.

Menjadikan aqal sebagai rujukan tertinggi dalam memahami agama


Umumnya, aqal mesti dipandu oleh syarak. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa aqal
dan ijtihad menduduki tempat selepas al Quran dan Sunnah. Pandangan aqal yang selaras
dengan nas-nas syarak dapat diterima, tetapi kedudukannya di akhir sekali selepas al Quran,
Sunnah dan Ijma.

Keutamaan rujukan tertinggi dalam memahami agama Islam meletakkan al Quran sebagai
tempat pertama, kemudian diikuti oleh Sunnah, kemudian ijma ulama dan akhirnya pandangan
individu yang tidak melanggari al Quran, Sunnah dan ijma ulama. Justeru, kita wajib pastikan
pemikiran dan akhlak kita sentiasa mengakuri kehendak al Quran, Sunnah dan IjmaUlama
bukannya membiarkan diri kita mengikut kehendak aqal-nafsu tanpa batasan.

Islam tidak merendahkan pandangan aqal. Buya Hamka menyatakan tidak tercapai ilmu tanpa
aqal. Sebab itu Islam agama ilmu dan aqal.

Al-Quran mengajar manusia beriman berfikir untuk taat dan orang bukan Islam berfikir dan
menyelidik untuk beriman kepada Allah SWT.

Tujuan hakiki aqal ialah makrifat Allah SWT, mengenal Allah sekenal-kenalnya dan mengakui
kewujudan-Nya, taat akan perintah-Nya dan tidak melanggar apa yang Allah SWT larang.

Memahami Islam Melalui Kaedah-kaedah Ilmu yang Sebenar


Islam tidak boleh difahami melalui kacamata orientalis melalui ilmu-ilmu seperti ilmu sosiologi.
Islam hanya boleh difahami oleh seorang berniat ikhlas, yakin-beriman dan beramal dengan
Islam dan berkepakaran dalam kaedah-kaedah ilmu Islam.

Memahami Islam yakni memahami Islam melalui sumber yang paling benar, al Quran dan al
Sunnah. Al Quran dan Al Sunnah merupakan sumber rujukan bagi semua muslim untuk

mengetahui hukum-hakam dalam Islam. Al-Quran perlu difahami selari dengan kaedah Bahasa
Arab.

Menurut Zaidi Abdullah, penbendaharaan kata amat berperanan dalam mewakili maksud yang
ingin diketengahkan. Perkara ini bermakna penbendaharaan kata bahasa Arab mempengaruhi
pemikiran umat Islam di seluruh dunia.

Antara ilmu penting dalam memahami al Quran ialah ilmu nahu, ilmu lughah, ilmu saraf, ilmu
balaghah, ilmu qiraat, ilmu usul fiqh, ilmu al fiqh dan ilmu asbab al-nuzul.

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


Ahli Sunnah Wal Jamaah terbahagi kepada beberapa kumpulan besar iaitu *1+ Asyairah, *2+
Maturidiah, [3] Salafiah (berkiblat kepada pandangan Imam Ibnu Taimiyyah) dan [4] Wahabiah
(Berkiblat kepada pandangan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab). Walaupun mereka
berselisih secara keras antara satu sama lain, pertelingkahan dan perselisihan ini tidak tersasar
daripada dasar-dasar aqidah.

Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya Fahaman & Ideologi Umat Islam,
perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks
yang sama dan kadangkala kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi
dan keperluan hujah menghadapi cabaran luaran.

Konflik berpanjangan antara kelompok salaf dan khalaf dapat dihindari jika setiap daripada
mereka saling hormat-menghormati pandangan dan beradab dalam melontar pandangan serta
berlapang dada dengan perbezaan pandangan.

Kedua-dua pihak sepakat dalam beberapa perkara yang boleh menjadi pokok kepada
penyatuan dan pendamaian:
1. Kedua-dua bersepakat menyucikan Allah dari menyerupakan Allah dengan makhluk.

2. Kedua-dua pihak memutuskan bahawa makna bagi lafaz-lafaz itu adalah pada hak Allah
bukannya pada zahir seperti mana yang dilafaz itu pada makhluk.

Sebagai ahli Sunnah Wal Jamaah, kita mesti menolak sebarang fahaman lain seperti pluralisme,
jabariah, qadariah, murjiah, syiah dan muktazilah yang menyimpang daripada kefahaman Islam
yang sebenar.

Penyelewengan Ilmiah Ulama.


Sesetengah ulama dan lulusan agama termasuk hafiz al-Quran terpengaruh dengan pemikiran
SEPILIS sanggup menjadi pendokong tegar SEPILIS. Mereka seringkali cuba mengalih pandangan
dengan pandangan mengelirukan dan meragukan tentang agama Islam. Antaranya dalam isu
1. Maqasid Syariah
2. Islam sebagai rahmat untuk alam
3. Tiada Paksaan Dalam beragama
4. Membezakan syariat dengan fiqh
5. Wasatiyyah

Mereka tidak mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT. Hati mereka kotor dengan agenda
tersirat bertuankan akal dan nafsu mereka. Kita memang tidak boleh menilai hati seseorang
tetapi kita boleh menilai diri seseorang: pandangan; pengaulan; sahabat; bahan baca; lisan;
tulisan; pertubuhan yang disertai dan aktiviti mereka. Jika kita mengenal diri mereka, maka
dapatlah kita mengenal hati budi dan pemikiran mereka.

Hati merupakan tempat berkumpulnya nur hidayah. Nur hidayah ini mempengaruhi aqal dan
naluri kita agar melakukan perbuatan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Imam al Ghazali mengajar kita agar ikhlaskan niat. Niatkan dalam segala urusan kita untuk
menghidupkan SYARIAT Nabi Muhammad SAW dan memperbaiki akhlak kita serta
memecahkan keinginan nafsu kita yang sering menyuruh untuk berbuat jahat dan keburukan.

Segala penghujahan dan perbuatan para ulama su (jahat) mempunyai kepentingan duniawi.
Mereka mencari kedudukan dan habuan dunia. Mereka bersifat politikal dan materialistik.

Pengaulan para ulama su bukan kalangan orang yang soleh. Mereka gemar dan selesa bergaul
dengan kelompok sekularis, gay, liberalis dan pluralis. Sifat mereka moderat dan pragmatis
dalam sesuatu isu atau perkara.

Siapa Guru Kamu?


Tradisi keilmuan Islam sangat menitik-beratkan siapa guru kita. Imam al Ghazali mewajibkan
kita mencari guru yang mursyid bukan sahaja mengajar ilmu pengetahuan tetapi boleh
mentadibkan (mengajar adab) kita dan menunjukkan jalan Allah SWT.

Imam al Ghazali mengariskan sifat-sifat guru yang mursyid seperti di bawah:


1. Guru yang berpaling daripada mencintai dunia dan mencintai pangkat
2. Beliau telah berguru dengan guru yang mursyid. Pembelajaran dan pentadiban secara
bersanad dan bersalasilah sehingga sampai kepada Rasulullah SAW.
3. Guru yang berjaya mendidik diri beliau sendiri agar mengamalkan Islam.
4. Dengan belajar dengan guru yang mursyid, akhlak pelajar semakin mulia dan baik.

Tradisi Ilmu Islam bukan sahaja menitik-beratkan sumber-sumber ilmu yang benar, berkualiti
dan berintegriti, ia juga menitik-berat kaedah ilmu dan siapa orang sumbernya. Antaranya ciriciri orang sumber itu ialah
1. Seorang mukallaf iaitu akil baligh
2. Beragama Islam
3. Orang sumber yang adil yakni berintegriti, berwibawa dan bertaqwa.
4. Orang sumber memiliki ketelitian dan sikap berhati-hati dalam menerima pendapat.
5. Jujur dan berterus terang dalam memberi maklumat tentang sumber.

Umat Islam perlu menolak daripada belajar atau menuntut ilmu daripada orang yang
mempunyai ciri di bawah:
1. seorang yang zindiq yakni orang zahirnya Islam tetapi batinnya kafir. Mereka memiliki
sifat skeptik, agnostik, relatif, sophis dan ateis. Pakaian mereka adalah pakaian ulama
dan sarjana. Peranan mereka menimbulkan keraguan dalam kalangan anggota
masyarakat.
2. Sengaja dan berani berdusta atas nama Rasulullah SAW.
3. Kurang teliti dan kurang berhati-hati
4. Bukan pakar
5. Memutar-belit hujah-hujah mengikut kehendak akal dan nafsu.
6. Memanipulasi pandangan-pandangan ulama
7. Melanggar perintah Allah SWT.

Boleh Mengkafirkan Ulama?


Jika kita meneliti perbalahan antara ulama-ulama, kita akan melihat kritikan dan kata-tulis para
ulama yang bertentangan sehingga pada tahap melampau seperti kafir mengkafir dan tuduhan
zindiq.

Kita perlu berlapang dada dengan perbalahan ini dan bersangka baik. Barangkali ada ilmu-ilmu
yang belum pernah kita tahu dan lazimi.

Kita tidak wajar mengkafirkan orang lain dan WAJIB menjauhi sejauh yang mungkin daripada
mengkafirkan orang lain walaupun disitu ada tempat atau syarat-syarat tertentu membolehkan
kita mengkafirkan orang tertentu. JANGAN SESEKALI mengkafirkan orang lain.

Imam Hassan al Banna menyatakan,


Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan
beramal dengan segala tuntutan dan melaksanakan kefardhuannya hanya berdasarkan
pendapat atau maksiat dilakukannya melainkan:

mengakui kalimah kufur

mengingkari perkara agama yang sedia ketahui secara dharuri.

mendustakan Al-Quran yang jelas maknanya

mentafsirkannya menurut gambaran yang tidak sealiran dengan teknik bahasa Arab
pada semua keadaan.

atau ia melakukan suatu amalan yang tidak dapat ditafsirkan selain dari kufur

Di atas, Hassan al-Banna telah menjelaskan batas antara iman dan kufur agar kita tidak mudah
menghukum seseorang dengan gelaran kafir.

Adapun kafir-mengkafir diantara ulama, kita menolak perbuatan mereka dan menghormati
mereka. Kita mengambil ilmu yang bermanfaat daripada mereka bukannya sifat-sifat atau
perbalahan para ulama kita. Mereka memiliki ilmu yang tinggi dan amal yang banyak yang
boleh menjadi modal berhujah di depan Allah SWT di akhirat kelak sebab apa mereka
menyatakan sedemikian terhadap lawan mereka. Ilmu dan amal kita tidak cukup untuk menjadi
modal di akhirat kelak.

Jika kita menemui ulama atau sarjana Islam dan pemimpin Islam hatta orang biasa yang
memiliki syarat-syarat yang boleh dikafirkan, JANGAN SESEKALI mengkafirkan mereka. Biarlah
orang yang ahli atau layak menyatakan penghukuman kafir bukannya kita yang menjatuhkan
hukum.

Kita hanya mampu mendoakan hidayah kepada orang lain bukannya mengkafirkan orang lain.

Kesimpulan
Tanpa kedudukan, pangkat, populariti, nama dan pengaruh, segala pandangan kita tidak ada
harga dan tidak dihormati.

Pentingnya niat yang ikhlas dalam setiap perbuatan kerana Allah. Hindari mempunyai agenda
tersirat.

Berfikir dalam kerangka pemikiran Islam. Tunduk dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa
banyak persoalan.

Terima Islam secara keseluruhan bukannya berdasarkan akal dan nafsu kita.

Al-Quran, As-Sunnah, Ijma dan Qiyas adalah sumber ilmu tertinggi yang menjadi asas kerangka
pemikiran kita.

Benteng Menangani Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme(SEPILIS)


Dalam Gerakan Islam
Membaca buku untuk menjadi siapa dan siapa kita.
Membeli buku menentukan siapa kita dan mahu menjadi siapa

Dalam bab ini, kita dapat:


1. Mengetahui cara menangani SEPILIS
2. Memperkuatkan diri dengan kekuatan dalaman untuk menolak SEPILIS.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Masud RA berkata,


Pada suatu hari, Rasulullah SAW membuat garisan dengan tangan kanan baginda, kemudian
bersabda, ini adalah jalan Allah yang lurus. Kemudian baginda mengariskan dengan tangan kiri
baginda, kemudian bersabda, ini jalan-jalan (garisan) tidak ada mana-mana jalan melainkan di
atasnya Syaitan mengajak kamu semua kepadanya. Kemudian baginda SAW membawa ayat al
Quran (dari Surah al Anam: 153) yang bermaksud, Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu
(agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu
menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan
kamu dari jalan Allah, dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa
(Riwayat al Hakim dan al Nasaie)

Penyusupan masuk kelompok SEPILIS dan ejen musuh Islam ke dalam Gerakan Islam bukanlah
suatu yang mustahil. Kita telah melihat bagaimana Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama, dua
pertubuhan Islam terbesar di dunia mengalami krisis fikrah apabila kelompok SEPILIS menyusup
masuk dan akhirnya memdominasi kepimpinan pertubuhan tersebut.

Budaya berorganisasi membuka ruang dan peluang penyusupan ini apabila organisasi
mengamalkan sistem keahlian terbuka. Ia juga berlaku apabila ahli tidak menyertai sistem
pentarbiyyahan jemaah atau sistem pentarbiyyahan dicemari oleh kelompok SEPILIS.

Benteng menangani kelompok SEPILIS dapat dilakukan dengan tiga tunjang iaitu [1]kekuatan
dalaman individu, [2] suasana kesolehan dalam gerakan Islam dan [3] dasar yang terkandung
Perlembagaan gerakan Islam.

Pandangan Alam Islam


Pandangan Alam Islam ialah Islam sebagai addin atau satu sistem kehidupan. Syed Muhammad
Naquib al Attas melihat pandangan alam Islam menurut hukum metafizik, yakni berasaskan
sumber epistemologi, yang menjadi asas kepada kerangka dalam mentelaah sesuatu perkara
termasuk falsafah, bahasa, politik dan sebagainya.

Sistem metafizik adalah tentang sesuatu yang ada dalam kotak pemikiran manusia. Setiap
perbahasan dan persoalan bermula dari dalam pemikiran manusia. Perkara ini berbeza corak
pemikiran sesetengah ilmuwan dan teknorat yang berfikir daripada luar pemikiran yakni secara
fizik. Mereka menganggap perkara dalam pemikiran suatu yang tidak penting. Justeru, mereka
bersifat pragmatis dengan mengurus sesuatu secara fizik. Cara mereka berfikir adalah kurang
tepat kerana setiap tindakan berasal daripada dalam pemikiran. Pemikiranlah sumber
perlakuan atau tindakan yang bersifat fizik. Setiap orang mesti mengetahui apa yang berlaku
dalam pemikirannya.

Istilah pandangan alam (world view) dalam Islam merujuk kepada makna rasional dan realiti
yang tiada titik sempadan, meliputi kehidupan di dunia dan juga akhirat. Pandangan alam Islam
memerlukan kerangka berfikir secara Islami yang memenuhi kehendak dan matlamat duniaakhirat.

Kerangka berfikir adalah sebuah pemahaman yang melandasi pemahaman-pemahaman yang


lain. Maksudnya, kerangka berfikir menjadi sebuah asas atau dasar untuk memandu pemikiran
seseorang individu dalam menangani kepelbagaian pemikiran yang diperolehinya melalui
pembacaan, pemerhatian, pengalaman atau wacana. Kerangka berfikir mempunyai

kemampuan istimewa untuk menapis, menerima atau menyerap sesuatu maklumat.


Kemampuan kerangka berfikir ini membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain,
muslim dengan kafir dan mukmin dengan muslim.

Seperti dijelaskan pada ayat berikut:


dan Allah mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda) itu seluruhnya, kemudian Allah
mengajukannya kepada para malaikat sambil berkata, sebutkanlah kepada-Ku nama bendabenda itu jika kamu memang orang-orang yang benar mereka menjawab maha suci Engkau,
tiada yang kami ketahui selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya
Engkaulah yang maha mengetahui dan maha bijaksana. Allah berfirman, hai Adam,
beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini. Maka setelah diberitahukannya, Allah
berfirman, bukankah sudah Ku-katakan kepadamu bahawa sesungguhnya aku mengetahui
rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan dan yang kamu
sembunyikan. (Q.S. Al-Baqarah: 31-33).

Kerangka berfikir secara Islam yang menghasilkan pandangan alam Islam dibentuk daripada
konsep-konsep kunci dan istilah berasal daripada sumber rabbani iaitu al Quran dan Hadis.
Keistimewaan sumber rabbani ialah difahami dan diamalkan secara keseluruhan-syumulholistik, berprinsip yang tetap dan dinamik dalam pendekatan.

Individu dalam gerakan Islam perlu mempunyai pandangan alam Islam yang benar bukannya
palsu. Pandangan alam Islam yang palsu dapat dilihat apabila mereka mencampur-aduk
pandangan-pandangan pemikir Barat dengan pandangan bersumber al Quran dan al Sunnah.
Istilah-istilah dan konsep-konsep kunci yang mereka gunakan berasal dari Barat dan difahami
mengikut kehendak Barat tanpa kritikan. Kefahaman yang palsu ini menghasilkan pandangan
alam yang palsu sekaligus tindakan mereka terpesong daripada prinsip dan akhlak Islam.

Dalam membina kerangka pemikiran yang unggul, para sarjana dan ulama Islam perlu mengali
khazanah yang terdapat dalam al-Quran, as Sunnah dan kitab-kitab karangan ulama terdahulu

dalam memantapkan

istilah-istilah Islam. Umpamanya, konsep keadilan dan insan boleh

dimantapkan dan digunakan dalam pandangan alam Islam berbanding konsep keadilan disisi
pemikiran Barat. Anak muda Islam juga wajar menggunakan konsep dan istilah-istilah yang
digali daripada sumber Islam. Keterujaan terhadap Bahasa Inggeris antara punca pemilihan
anak muda Islam terhadap istilah dan konsep Barat.

Kelurusan Aqidah
Aqidah yang sebenar menuntut daripada seorang muslim menjelmakannya dalam tiga bentuk
iaitu
1. Dalam bentuk fikrah kefahaman
2. Dalam bentuk pegangan hati atau qalbi
3. Dalam bentuk amali atau penghayatan

Setelah sempurna penjelmaan aqidah dalam diri seorang muslim dalam tiga bentuk di atas,
maka sempurnalah hubungan muslim dengan Allah SWT.xix

Persoalan aqidah adalah persoalan sejauh manakah darjat keyakinan/keimanan seseorang


muslim kepada Allah?. Sabda Rasulullah SAW,

iman itu bukanlah dengan angan-angan (yakni teori sahaja) dan bukan hiasan (yakni dalam
bentuk hiasan pakaian atau hiasan perkataan) tetapi ia adalah sesuatu bentuk yang TETAP
tidak bergoyang di HATI yakni KEYAKINAN dan pegangan hati nurani muslim dan diiakan
dengan PERBUATAN. Didalam riwayat yang lain diturunkan dengan perkataan

Gabungan keyakinan dengan perbuatan/amalan menentukan sejauh-mana darjat keimanan


dan keyakinan kita kepada Allah. Keyakinan terhadap Allah memberi kekuatan untuk kita
menolak semua perkara yang tidak datang daripada Allah yang menyalahi aqidah dan tidak
menguntungkan umat Islam.

Menjadi keanehan apabila seorang Islamis menyertai gerakan sekular dan liberal yang jelas
menolak Islam sebagai Addin yang syumul. Islam diletakkan dalam biro kecil yang dikabur
sebagai contoh dengan nama Biro Kemantapan Agama berbanding gerakan Islam yang
menjadikan Islam sebagai dasar penting dalam Perlembagaan organisasi.

Memperagamakan Aqal
Menurut Hamid Fahmi Zakarsyi, sebab seseorang yang dilahirkan sebagai Muslim sekalipun
tidak wajib beriman dan ber-Islam kecuali setelah dia dapat menggunakan akalnya ataupun
mencapai umur aqil dan baligh. Bahkan hadis Nabi menegaskan bahawa dasar keberagamaan
dalam Islam itu adalah fikiran, tanpa fikiran bererti tidak ada keberagamaan religiusiti (al-dn
aqlun la dna liman la aqla lah). Ertinya beriman dalam Islam itu berdasarkan pada
peningkatan tahap akal, dan ilmu aqliyah itu bertujuan untuk beriman. Dalam hal ini Nabi
menegaskan bahawa:
Barangsiapa tambah ilmunya, tapi tidak tambah petunjuknya, maka ia akan tambah jauh dari
tuhannya (al-hadis).

Hadis ini dapat diertikan begini: berangsiapa ilmunya tidak mengandungi iman maka
bertambahnya ilmu hanya akan menambah kesesatan. Logiknya, kerana ilm itu mengandungi
iman dan sebaliknya, maka sudah barang tentu bertambahnya ilm itu akan menambah
kekuatan iman.xx

Ilmu ialah ketibaan makna yakni sampainya makna kedalam fikiran (dhihin) dan sampainya
fikiran ke dalam makna. Ini mengindikasikan bahawa jiwa yang dimaksud al-Ghazal adalah
fikiran. Bererti ilmu itu berada di dalam jiwa. Menurut Tuan Guru Haji Salleh Musa, Sik, aqal
satu sifat yang Tuhan bubuh (letak) dalam hati (jiwa) sanubari dan bersambung sampai kepada
otak kepala. Perkara ini bermakna ilmu yang memandu aqal sehingga sampai ke otak manusia.

Aqal bergantung kepada ilmu yang diperolehi oleh seseorang manusia. Al Quran sebagai
sumber ilmu Islam merupakan pengaktif aqal yang mendorong manusia mendapat ilmu atau
pengetahuan. Aqal dapat mengidrak al Quran dan al Hadis.

Bahasa menghasilkan istilah dan konsep-konsep kunci ilmu pengetahuan boleh mempengaruhi
aqal sekaligus mempengaruhi keyakinan, pandangan alam, kepercayaan dan tindakan
seseorang. Awas!, kita perlu berwaspada dengan penyusupan masuk pemikiran SEPILIS
menggugat aqal kita agar tidak mengherotkan iman kita.

Kita perlu memperagamakan aqal dengan ilmu bersumberkan al Quran. Al-Quran sebagai
sumber khabar sadiq yang mutawatir menyatakanxxi:
sesungguhnya Kami menurunkan al Quran dalam bahasa Arab agar kamu berfikir dengan aqal

Pengalian istilah dan konsep-konsep kunci dalam al Quran dan berbahasa Arab membolehkan
aqal kita diIslamkan sekaligus mempengaruhi Pandangan Alam Islam dan akhlak kita dalam
tindakan.

Sumber Hukum dan Ilmu Islam.


Fasal (7), Hukum-hukum dan kekuasaan:
Adapun hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah kitab Allah SWT dan Sunnah
Rasulullah SAW serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata yang tertakluk kepada
hukum tertinggi Islam

Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias menjadi tonggak pegangan Gerakan Islam, PAS.
Sumber hukum inilah rahsia kekuatan PAS kerana setiap institusi dalam PAS mesti mengakuri
keempat-empat sumber hukum ini.

Majlis Syura Ulama (MSU) memandu PAS dengan sumber hukum ini agar tidak terbabas dalam
laluan yang ditentukan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Justeru, pandangan-pandangan

peribadi para ulama dan pemimpin PAS akan tertolak setelah MSU membuat keputusan rasmi
PAS dalam sesuatu isu termasuk pandangan Presiden dan Mursyidul Aam PAS sendiri.

Selain kelompok pendokong SEPILIS yang menyusup masuk ke dalam gerakan Islam, gerakan
Islam juga diancam oleh kelompok ekstrem dan kelompok membuncit perut (mencari habuan
dunia) yang terdapat didalamnya. Oleh itu, penggerak gerakan Islam tidak boleh patah hati atau
kecewa dengan perangai, percakapan dan tindakan kelompok-kelompok pelampau dalam
gerakan Islam. Kelompok-kelompok sebegini akan tetap ada dimana-mana. Penggerak gerakan
Islam perlu meneruskan perjuangan berdasarkan Perlembagaan, arahan MSU dan di bawah
arahan ulama yang rabbani.

Mengetahui Tujuan Kehidupan Manusia


Manusia dilahirkan dengan keadaan berakal fikiran, mempunyai mata hati dan daya kesedaran
sebagaimana ia mempunyai gharizah (naluri), pancaindera dan perasaan manusia menurut
keadaan semulajadinya:xxii
1. Terpengaruh dengan segala yang difikirkan dan dilihatnya
2. Menghargai sebarang budi dan kebaikan, dan menghormati tempat terbitnya serta
bersyukur dan berterima kasih kepada pemberinya.
3. Mengagungkan yang mempunyai kebijaksanaan dan pengetahuan yang lebih tinggi
daripadanya dan menghormatinya.
4. Tunduk patuh kepada yang mempunyai kekuasaan yang mengatasinya
5. Mencintai keamanan, keadilan dan kesejahteraan.

Ketinggian martabat manusia disebabkan hakikat rohani dimana manusia dapat memahami
hakikat sesuatu, pendapat dan akidah kepercayaan. Timbul pula keinginan manusia mengkaji
dan berbahas apa yang dilihat dan difikirkanya untuk dijadikan keyakinan dan kepercayaannya
demi kebahagiaan dan keselamatannya. Maka, timbullah pertanyaan, dari mana datangnya
alam ini?; ke mana sesudah mati atau berakhirnya alam ini?; Siapa yang pencipta alam ini?.

Manusia juga adalah makhluk yang lemah, banyak melakukan kesilapan dan kurang serba serbi
memerlukan pertolongan, perlindungan dan pimpinan terutamanya dalam persoalan
ketuhanan. Jika tidak, hakikat rohani mereka disesatkan oleh alam sekeliling dan kehendak
aqal-nafsu mereka sendiri. Justeru, manusia perlu tahu apa yang paling penting dalam
kehidupan ini dan tujuan mereka dicipta.
Paling penting sekali dalam Islam dan kehidupan inixxiii ialah mengenal Tuhan yang menjadikan
kita. Hakikat Makrifatullah disimpulkan oleh ulama tauhid sebagai asas mengenal agama ialah
mengenal Allah. Sekiranya asas makrifat tidak kuat dan kukuh yakni peringkat keraguan dan
sangkaan semata-mata, maka inilah sebabnya seseorang tidak merasakan tanggungjawab
dalam melakukan amalan dan menjalankan hukum-hukum dengan sepenuhnya. Mengenal
Allah itu wajib pada syarak dan wajib pada aqal. Untuk menjadi seorang yang bertaqwa dan
seorang mukmin, dekati Allah dengan rasa kehambaan (ubudiah).

Manusia juga mesti tahu apa yang mereka buat?, apa yang kita kata?, apa yang kita kerjakan?.
Fikir terlebih dahulu akan manfaat atau mudharat sebelum melakukan sesuatu. Ada manfaat,
teruskan. Ada mudharat, tinggalkan.

Kita mesti sedar kita akan mati; ada alam kubur; ada hari pembalasan; dibangkitkan di akhirat.
Fikirkan pahala dan dosa, syurga dan neraka, azab kubur dan keselamatan dalam alam kubur
dan di akhirat sebelum melakukan sesuatu.

Ketiga-tiga perkara di atas biar menjadi asas kita berfikir dan bertindak agar tidak terpengaruh
dengan kehendak aqal-nafsu dan kepentingan kumpulan yang kita dokongi sahaja. Berfikir dan
bertindak berdasarkan nas-nas al Quran bukannya bersifat pragmatis dengan matlamat
menghalalkan cara demi kekuasaan politik dan kemenangan pilihanraya.

Tanzil
Tanpa Lampu Tanzil para Rasul dari Adam hingga Mustafa

Gagal mengenal Allah dalam samar akal dan pengalaman saja


Tanzil menyinari Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan
Penuh keyakinan, tanpa mainan syak dan gurauan zan.
[Wan Mohd Nor Wan Daud, Sinar Ilahi]

Konsep Tanzil dalam al Quran menyatakan bahawa kepalsuan tidak terdapat dalam Islam
termasuk dalam wahyu [surah Fusshilat: 42]. Islam ditanzilkan oleh Allah SWT melalui Malaikat
Jibril secara beransur-ansur. Al Quran menusuk ke dalam hati-jiwa seseorang mukmin dan
akhirnya mengerakkan mukmin tadi untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya. Pada
waktu yang sama juga, seseorang Islam memiliki sifat rasul yakni memberi peringatan.
Peringatan ini perlu berdasarkan istilah [bahasa] dan makna [makna kepada makna] yang
benar, jelas dan tepat *Surah Asy Syuara: 192-195].

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci al Quran *rujuk Surah Ali
Imran: 7+

Keabsahan Tanzil terletak kepada Dia yakni Allah mentanzilkan atau menurunkan al Quran
kepada Nabi Muhammad SAW. Apa yang adipenting disini ialah al Quran telah membuktikan
bahawa al Quran sendiri diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Perkara ini
menunjukkan al Quran datang daripada Allah SWT dan bersifat kebenaran mutlak.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Agama [Islam] itu berasas pada TANZIL daripada
Tuhan kepada insan yang dilangsungkan oleh-Nya kepada nabi atau rasul-Nya [pengakuan
terhadap kerasulan Nabi Muhammad] bagi anutan segenap manusia. Berikut dari pengakuan ini
maka kita mengikrarkan bahawa agama Islam BUKAN TEORI, bukan hasil renungan-renungan
para bijaksana dan failasuf, bukan hasil renungan insan, bukan hasil ciptaan insan sebagaimana
kebudayaan itu hasil usaha dan dayaciptanya dalam menghadapi keadaan sekeliling.

Md Asham Ahmad menyatakan bahawa kenyataan Allah yang di-tanzil-kan kepada PesuruhNya
Muhammad SAW. Dan apa yang dia fahami pada keinsafannya adalah kefahaman yang benar
terhadap hakikat yang diperkatakan kerana ia datang dari seorang yang benar [yakni
Muhammad] yang telah menyampai kepadanya perutusan yang benar [yakni al Quran] melalui
bahasa yang mempunyai cukup kewibawaan [Surah Yusuf:2] bagi memperikan hakikat dan
kebenaran seperti yang dikehendaki. Kebenaran itu adalah kebenaran disisi Allah, maka tidak
boleh tidak agama berkenaan mesti memberikan BUKTI pengakuan Tuhan terhadap
kebenarannya.

Kesempurnaan bukti kebenaran yang dimiliki oleh Islam melalui Tanzil membuktikan Islam
paling sempurna dan menyakinkan. Keyakinan dan kesempurnaan ini membuktikan tiada
keraguan pada Islam [Surah al Baqarah: 2].

Keabsahan Tanzil membuktikan bahawa Islam adalah hakikat kebenaran disisi Allah yang
sebenar dan tulen. Antara hujah-hujahnya:
1. Ayat al Quran menguatkan al Quran sebagai wahyu Allah SWT Surah al Anbiya: 5, Surah
al Ankabut: 48-49, Surah al Haaqah: 44-47
2. Gaya al Quran bukan ciptaan manusia, Surah al Baqarah: 23-24
3. Nabi Muhammad SAW turun ditegur-nasihati dalam al Quran menandakan bahawa al
Quran bukan ciptaan baginda. Surah al Anfaal: 67, Surah Abasa: 1-10
4. Ayat al Quran berkaitan perkara ghaib, Surah al Fath: 27
5. Ayat al Quran menyatakan tentang alam raya. Surah al Anbiya: 30, Surah Yaasin: 38-40,
Surah as Syura: 29, Surah al Anam: 125
6. Bersifat rahim, surah al Mukminun: 12-14
7. Islam bersifat Ilahi, Surah an Nahl: 17
8. Penerapan Islam secara keseluruhan, Surah al Baqarah: 85
9. Al Quran untuk selamatkan manusia, Surah Yusuf: 111

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, terdapat dua ciri khas Tanzil iaitu [1] wahyu Islam
diperuntukkan untuk semua umat manusia secara keseluruhannya (tanpa menbezakan waktu
dan tempat) dan [2] hukum-hukum yang suci yang terkandung dalam wahyu itu tidak
memerlukan pengembangan lebih lanjut dalam agama iti sendiri.

Kemampuan manusia meliputi akal, fizikal, emosi dan rohaniah manusia adalah terbatas( Surah
al Israa: 85, Surah an Nisa: 28). Imam Shafie pernah berkata, akal mempunyai batas
tempatnya berhenti sama seperti penglihatan mempunyai batas tempatnya berhenti. Akal
manusia yang terbatas memerlukan wahyu *Surah an Nisa: 165+ dalam memberi panduan agar
kehidupan manusia mencapai kebahagiaan dan selamat di dunia mahupun akhirat.

Peranan Bahasa Arab


Al Quran ialah kitab dalam bahasa Arab, merupakan bahan yang bakal membentuk tamadun
Islam Seyyed Hossein Nasr.

Keyakinan hasil daripada keadilan dalam memilih keyakinan berdasarkan sumber ilmu dan
kaedah-kaedah ilmu. Ilmu pula difahami dengan bahasa. Bahasa adalah alat dan sarana
keagamaan, kebudayaan dan peradaban.

Kebanyakan mahasiswa dan para sarjana kita diherotkan pemikiran mereka disebabkan boleh
kekacauan dan kekeliruan dalam memahami kata dasar istilah. Keherotan memahami kata
dasar istilah mempengaruhi pandangan alam seseorang dan kerangka pemikiran orang
tersebut. Oleh kerana mahasiswa dan para sarjana tersebut mendapat pendidikan sekular,
terpengaruh dengan sekularisme dan dididik oleh para orientalis, kata dasar istilah yang
dipelajari berasul-usul daripada bahasa asing yang dipengaruhi oleh tamadun mereka.

Pengaulan Dalam Islam


Kita, apa yang kita baca dan siapa sahabat kita

Imam al-Muhasibi menyatakan, jangan engkau bergaul melainkan orang yang berAKAL dan
berTAQWA dan janganlah kamu mendampingi melainkan orang ALIM yang CELIK . Orang alim
yang celik ialah orang alim yang WARAK dan berAMAL dengan ILMUnya serta menjadikan
AKHIRAT sebagai MATLAMATnya..

Rasulullah SAW pernah ditanya,


Siapakah teman-teman yang baik?. Baginda SAW menjawab: Siapa yang mengINGATkan kamu
kepada ALLAH dengan melihat wajahnya, menambahkan ILMU dengan mendengar bicaranya
dan mengingatkan akan hari AKHIRAT bila melihat amalannya

Kebanyakan anak muda pada hari ini tidak menjaga pengaulan mereka. Mereka bercampur gaul
dalam pelbagai aktiviti termasuk kursus-kursus atau wacana yang dianjurkan oleh kelompok
SEPILIS sehingga terpengaruh dengan pemikiran SEPILIS. Mereka menjadikan pengalaman
mereka dengan orang agama sebagai pengalaman buruk yang penuh doktrinisasi, pemikiran
jumud, terkongkong dan sempit.

Kita tidak menafikan sesetengahnya betul tetapi itu tidak mengambarkan Islam yang sebenar.
Wajar kita kembali kepada al-Quran dan as Sunnah, banyak membaca, pelbagai guru dan
banyak mengembara selain pengaulan bersifat statik.

Bergaul dan bersahabat untuk meningkatkan taqwa, ilmu, amal dan masa depan hari akhirat
kita. Menghadiri majlis atau program yang dianjur oleh kelompok SEPILIS untuk belajar dan
pengkongsian ilmu bukannya mengikuti pemikiran mereka. Punbegitu jangan benarkan
pemikiran itu mengikis keyakinan kita. Sesungguhnya orang paling rugi ialah kelompok yang
sudah datang kebenaran kepada mereka tetapi mereka memilih kembali kejahilan dan
kemaksiatan.

Hujah: Melihat Apa dan Siapa


Lihat hujahnya bukan pada sahsiah orangnya

Hukum-hukum Islam dibina pada asas-asas yang kuat, kukuh dan mapan kerana Islam
mempunyai sumber ilmu terjamin kebenarannya. Dua sumber ilmu Islam datang daripada Allah
SWT dan dipraktikalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sumber ilmu Islam yang lain adalah alijma yang dilihat sebagai kesepakatan dalam kalangan orang-orang yang terbaik dalam umat
Islam dan satu lagi sumber ilmu Islam yang memberi ruang yang luas kepada umat Islam untuk
mengatur kemaslahatan mereka termasuk qiyas, al-istishab dan lain-lain.

Islam tertegak berdasarkan hujah-hujah para ulama bukannya pada diri ulama tersebut. Perkara
ini bermakna kelemahan, kesilapan, kelalaian dan kesalahan ulama adalah persoalan peribadi
bukannya persoalan sumber ilmu jika tujuan dan kaedah-kaedah ilmu yang betul dan benar.
Hujah mengatasi keperibadian diri seseorang ulama.

Pada hari ini, dunia ilmu mengalami krisis: kehakisan ilmu [Ontologi dan Epistemologi];
Kehilangan Adab. Sumber ilmu Islam dicerobohi dengan pentafsiran yang menyeleweng oleh
ulama palsu dan intelektual sekular anak buah orientalis. Justeru, kita bukan sahaja perlu
melihat hujah tetapi latarbelakang siapa yang mengutarakan hujah.

Melihat siapa dalam penghujahan sumber ilmu bukanlah asing dalam tradisi keilmuan Islam
kerana tradisi ilmu Islam bermula dengan pendekatan ini. Sumber ilmu Islam terutamanya
pengajian hadith dijaga oleh pengajian ilmu secara bersanad iaitu daripada Rasulullah SAW
sehingga kepada penyebutnya yang ada pada saat ini.

Pengajian ilmu secara bersanad sangat ditekankan dalam pengajian hadith. Sanad adalah
rangkaian perawi bermula awal hingga kepada Nabi Muhammad SAW. Contohnya Al-Bukhari >

Musaddad > Yahyaa > Syubah > Qatadah > Anas > Nabi Muhammad SAW. Manakala Isnad pula
adalah sandaran hadis pada periwayatnya.

Dengan mengenali orang yang berhujah, kita dapat menilai tahap keimanan berdasarkan
akhlak, cara hidup, perjuangan, kumpulan yang mereka sertai dan tujuan hujah tersebut
dikemukakan.

Antara ciri-ciri mereka yang keliru dan menyesatkan ini ialah [1] berfikiran dualisme yakni
bercampur aduk hujah agama dengan hujah pemikiran ciptaan manusia sehingga hujah agama
terpinggir. Dualisme kebenaran adalah kesesatan yang membawa kecelaruan aqidah. [2]
Mereka mendakwa mereka sebagai kelompok reformis-progresif dalam Islam tetapi mereka
membawa perjuangan mengikut kehendak para orientalis dari Barat. Mereka teruja dengan
pemikiran Barat. [3] Mereka mengangkat pemikiran tokoh atau ulama Islam tertentu tanpa
melihat kesyumulan Islam sebagai addin. [4] Gaya hidup mereka tidak mengambarkan Islam
sebagai addin. Mereka bersifat selektif dengan memilih mengamalkan Islam yang sesuai dengan
selera mereka sahaja.

Disini, kita dapat mengenali siapa liberalis, sekularis atau pluralis walaupun hujah-hujah mereka
dibaluti dengan sumber al Quran, al Sunnah dan pendapat para ulama. Maka, kewajiban kita
menolak hujah-hujah mereka.

Hujah mereka benar tetapi tujuan mereka batil

Antara Hujah dan Akhlak


Islam adalah satu cara hidup yang bergantung kepada hujah yang benar dan sahih. Hujah yang
benar dan sahih merujuk kepada al Quran dan al Sunnah. Islam tidak menghalang umatnya
merujuk kepada sumber lain yang disifatkan hikmah yang tercicir dengan syarat sumber
tersebut tidak melanggari syariat dan tidak melampaui sumber al Quran dan al Sunnah.

Sebilangan orang mengatakan akhlak perlu mendahului hujah, manakala sebilangan yang lain
mengatakan hujah perlu mendahului akhlak. Sebenarnya, segalanya berpunca daripada ilmu.
Ilmu yang benar memberi keyakinan dan kesedaran sehingga seseorang berakhlak.

Penghujahan adalah satu proses ilmu yang berdasarkan sumber paling berautoriti yang
melahirkan keyakinan, kesedaran dan kefahaman untuk perubahan diri, orang sekeliling dan
masyarakat. Dalam konteks Islam, perubahan tersebut ke arah lebih bertuhan.

Keyakinan, kefahaman dan kesedaran ibarat akar pokok manakala buahnya adalah akhlak. Ilmu
pula adalah bajanya. Jika kita menggunakan baja yang salah atau tidak membajai pokok,
keyakinan, kesedaran dan kefahaman yang dihasilkan adalah salah sekaligus menghasilkan
buah yang salah.

Ada yang berpendapat kita boleh menerima idea atau hujah seseorang walaupun peribadi
(akhlak) mereka buruk seperti tak solat dan tak menutup aurat. Jawapannya, ya.

Walau bagaimanapun, jika ada dua pertembungan antara hujah orang berakhlak Islami dengan
seseorang yang tidak berakhlak Islami, keutamaan paling utama ialah hujah orang berakhlak
Islam kerana ilmu seseorang itu menghasilkan akhlak (akhlak yang sebenar bukannya lakonan),
maksudnya ilmu berbekas pada diri atau ilmu telah menghasilkan keyakinan kepada diri
seseorang bukannya hanya sembang kencang atau berwacana-falsafah sahaja.

Islam, antara ilmu dan praktis, hujah dan akhlak, keyakinan dan kefahaman, kesedaran dan
perubahan, individu dan negara, cara hidup dan budaya.

Ingat! ilmu itu untuk membentuk pandangan sarwajagat(alam atau hidup) Islam, membina
amalan yang benar dan tujuannya adalah untuk menambah keyakinan bertuhan. Jika tidak, kita
mengadaikan akhirat kita.

Mempertahankan Tradisi Keilmuan Islam


Berkata al Hafiz Abu Bakar al Khatib al Baghdadi :
Tidak diambil sesuatu ilmu, melainkan daripada lidah-lidah ulama

Tradisi keilmuan Islam ialah sistem pengajian bersanad. Tujuan sistem pengajian bersanad pada
mulanya untuk memastikan kesahihan riwayatxxiv.

Menurut Mohd Khafidz Soroni, Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu
kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;
1. Merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW
2. Merupakan iqtida (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan
mengajar.
3. Merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia
adalah satu kebanggaan buat mereka.
4. Merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari
kiamat.
5. Merupakan satu rahmat dan barakah.

Periwayatan bersanad berkembang dalam pengajian al Quran, pengajian hadith dan pengajian
berkitab. Pedagogi talaqqi digunakan dalam periwayatan bersanad ini. Talaqqi dari segi bahasa
diambil daripada perkataan iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru. Kaedah
berguru menampilkan melalui:
1. Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-quran dengan
memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul).
2. Mendengar (al-sama)
3. Ijazah
4. Bacaan di depan guru (al Qiraah)
5. Pemberitahuan (Ilam)
6. Pemberian (munawalah)

Tradisi keilmuan Islam melalui sistem pengajian bersanad ini memberi jaminan bahawa
kefahaman pelajar yang mempelajari Islam adalah selaras dan benar. Kesilapan pada sesebuah
kitab dapat dijelaskan oleh guru.

Pengajian bersanad juga sangat mementingkan keperibadian guru yang mengajar. Perkara ini
penting dalam menjaga keaslian dan autoriti ilmu Islam agar tidak dipengaruh oleh anasiranasir asing yeng menyesatkan.

Membaca Tanpa Guru: Berguru Dengan Syaitan?


Kebanyakan yang terpengaruh dengan SEPILIS adalah kelompok yang suka membaca dan
berwacana. Mereka menyukai dan mendalami ilmu dengan membaca tanpa guru. Akibatnya,
ilmu yang diperolehi menimbulkan keraguan dalam diri sehingga berlaku konflik dalaman
sehingga ada yang terjerumus ke dalam lembah SEPILIS.

Membaca tanpa guru bukanlah bermakna berguru dengan syaitan. Orang yang berguru dengan
syaitan adalah orang yang membaca tanpa iman dan kerangka pemikiran yang benar.

Allah SWT sendiri mentanzilkan al Quran dengan surah al Alaq:


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan (Surah al Alaq: 1)

Baca dengan iman yang menyakini Allah yang menciptakan sesuatu atau makhluk. Bacaan yang
boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT bukannya menjauhi diri daripada Allah SWT
sehingga mempertuhankan akal sendiri dan pemikiran ciptaan manusia.

Ulama Memimpin Umat


Cari sebuah parti yang didalamnya ramai ulama- Pak Da Eil

Di atas adalah rumusan Pak Da Eil (Ulama besar Melayu di Makkah) tentang parti politik. Dasar
Islam dan ramai ulama dalam sesebuah parti bernuasa Islam, insya Allah kita selamat dunia dan
akhirat walaupun parti Islam itu mundur, kalah dan dianggotai oleh ahlinya yang lemah iman
dan akhlak. Ulama dan Dasar Islam dalam parti tersebut adalah penawar yang boleh mengubati
penyakit tersebut dengan izin Allah.

Sheikh Ismail Al Fathani atau Pak Da Eil adalah guru muktabar yang mengajar di Makkah Al
Mukaramah . Beliau sangat alim . Sheikh Ismail merupakan tokoh guru yang mashur di Makkah.

Anak murid Pak Da Eil yang terkenal, Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib Al Indunesia AlMandili pengarang Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf dikatakan Ketua Cawangan PAS di
Makkah.

Keistimewan PAS paling besar adalah martabat ulama dalam PAS itu sendiri. Menurut Dr
Hammam Said, mantan Muraqib Ikhwanul Muslimin Jordan, kekuatan PAS ialah
Kewujudan para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi parti ini.
Kerana hubungan umat dengan para ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat
ulama di situ, maka kepimpinan tersebut berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah
Rasulullah s.a.w. Ini menjadikan orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan
tersebut.

Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan politiknya
datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah akhirnya orang ramai tidak
lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu.

Dalam usaha memperkasakan kepimpinan ulama, PAS telah mewujudkan Majlis Syura Ulamak
yang berperanan menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan Perlembagaan PAS.
Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan.
Dan memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.

Kehadiran ramai ulama boleh membendung gejala SEPILIS daripada merebak dalam kumpulan
dan masyarakat Islam.

Ulama Moderat, Pragmatis, Progresif dan Populis


Pada zaman mutakhir ini, kita perlu berhati-hati dengan sesetengah ulama palsu. Ketinggian
ilmu dan imej ulama mereka menyebabkan kita mudah tertipu. Mereka berselindung disebalik
jubah, hujah/nas dan janggut mereka. Mereka berselindung dengan slogan dan pidato yang
menawan hati. Mereka berselindung disebalik nama progresif, islah, reformis dan
mempertahankan tradisionalis.

Ulama adalah orang beraqal yang menjaga batas-batas syariat yang terkandung dalam al-Quran
dan Sunnah Rasulullah SAW serta ijtihad para imam terutamanya Imam Abu Hanifah, Imam
Malik, Imam asy-Shafie dan Imam Ahmad Hanbali.

Keaslian agama Islam terletak pada [1] al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah
SAW, Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh pada
kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan
Sunnahku Disebut dalam riwayat yang lain, kitab Allah (al-Quran) dan kaum kerabat
terdekatku (Riwayat Malik dalam al Muwatta no 1594).

Keaslian agama Islam kedua terletak kepada kefahaman ulama al-salaf al-soleh yakni zaman
Rasulullah SAW, zaman sahabat, zaman tabiin. Sabda Rasulullah SAW, sebaik-baik kamu
adalah orang yang hidup sezaman denganku, kemudian orang yang (hidup) mengiringi mereka,
kemudian orang yang (hidup) mengiringi mereka (Riwayat Bukhari: 2651).

Pentafsiran Islam oleh ulama generasi kini perlu diterima dengan berhati-hati dan penuh teliti
kerana mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, guru mereka, aliran pemikiran,
pertubuhan mereka sertai, buku yang dibaca dan kepentingan peribadi mereka. Kita sukar

mengesani niat mereka ke atas sesuatu pendapat tetapi kita boleh menilai apa yang mereka
zahirkan melalui akhlak dan tindakan mereka. Para ulama mesti sentiasa beramal dengan
menguatkan yang ZAHIR dan menjauhi yang SYUBHAH.

Ulama juga perlu sentiasa menjaga (memeriksa) niat mereka dan mengetahui kehendak serta
tujuan mereka melakukan sesuatu. Lazimilah takut kepada Allah SWT terutamanya angkara
dosa tangan dan lidah.

Neo-Taklidisme ialah bertaklid dengan proses pembelajaran bukannya taklid membabi-buta


sehingga menghasilkan ketaksuban dan kejumudan. Disamping bertaklid, hendaklah juga
seseorang ilmu belajar bagaimana proses ijtihad ulama ke atas dalil tersebut. Justeru, setiap
perbuatan dan dalil yang diterima mesti dengan hujah-hujah yang sahih dan mendekati sumber
ilmu Islam yang berautoriti iaitu al Quran, as Sunnah dan kitab ulama muktabar.

Panduan Bagi Pemimpin Memilih Pembantunya.


Memilih pembantu, pemimpin pelapis atau timbalan ketua merupakan permasalahan besar
dalam sesebuah organisasi. Kehadiran pemimpin pelapis datang melalui [1] lantikan ketua atau
perwakilan, [2] latihan untuk menjadi pemimpin dan [3] spontan tanpa disangka-sangka
sebagaimana yang berlaku dalam kisah Nabi Daud dan Thalut. Di Malaysia, kisah Tun Mahathir
menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Dato Seri Mohamad Nizar menjadi Menteri Besar Perak
antara contoh kenaikan spontan.

Contoh klasik bagaimana Tun Mahathir memilih Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan
Perdana Menteri. Tun Mahathir menurunkan Tun Musa Hitam, merestui pihak [Tim Wawasan]
yang menentang Tun Ghafar Baba, memecat Dato Seri Anwar Ibrahim, mendesak calon
pilihannya sebagai Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga meletak jawatan
dan kini berusaha agar Dato Seri Mohd Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Penulis tertarik dengan pendapat Tuan Guru Dato Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Berita
Harian, 4.12.2004,
Golongan pelapis dalam parti tidak perlu dilatih kerana ia terjadi dengan sendiri menerusi
pelbagai cara seperti pengaulan, berkecimpung

Kadangkala kita latih orang tetapi apabila tiba masanya dia tidak berkelayakan, setiap orang
letak sebagai pemimpin rumah tangga, pemimpin masyarakat terjadilah dia pemimpin kena
guling ialah orang yang sengaja letak dirinya sebagai pelapis

Dalam banyak keadaan, timbalan ketua atau pemimpin pelapis yang cuba merampas kuasa dan
mengancam kestabilan dalam organisasi.
Tuan Guru Yahya Othmanxxv yang terkenal dengan pendekatan Ikhwanul Muslimin melalui al
sofwah al mukhtarah menyatakan hujah penting dalam memilih pemimpin pelapis dengan
hujah hadith di bawah;

Daripada Abi Said dan Abi Hurairah RA,


bahawasanya

Rasulullah

SAW

bersabda,

Allah

SWT

tidak

menghantar

seorang

nabi/khalifah/pemerintah, melainkan ada baginya dua kumpulan penasihat, satu kumpulan


menurutnya membuat kebajikan, kebaikan dan kumpulan ini mengalakkannya ke arah itu, dan
satu kumpulan lagi menyuruhnya dan mengalakkannya ke arah kejahatan dan menyuruhnya ke
arah itu (Riwayat al Bukhari)

Daripada Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, apabila
Allah SWT menghendaki kebaikan kepada pemerintah, Allah jadikan kepadanya menteri yang
benar. Sekiranya dia terlupa diperingatkannya, jikalau dia ingat dibantunya, sekiranya Allah
mahukan selain daripada itu, maka dijadikan padanya menteri yang jahat. Jika dia terlupa,
tidak diperingatkannya, dan sekiranya dia ingat tidak dibantunya (Riwayat Abu Daud)

Pemimpin pelapis perlu dilatih agar kelompok SEPILIS tidak berjaya menyusup masuk ke dalam
saf kepimpinan gerakan Islam. Sudah tibanya, PAS mengamalkan keahlian bertapis
sebagaimana Ikhwanul Muslimin termasuk keahlian bertahap dan mengetatkan syarat-syarat
kelayakan seorang Ketua Kawasan dan ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Pendekatan pemilihan
pemimpin dengan cara Syura pemilihan pimpinan dijalankan dengan meletak bukannya
pertandingan perlu diamalkan kembali.

Sistem pengkaderan di kampus seharusnya 100% diambil oleh Dewan Ulama PAS Pusat bukan
lagi Dewan Pemuda PAS Pusat dan dimentori oleh tokoh-tokoh tertentu dalam PAS. Sistem
pengkaderan juga perlu diterangkan secara ilmiah dan berbentuk kajian tentang pemikiran
Barat.

Manual Pembanterasan SEPILIS


Anak muda dan anggota gerakan Islam mesti menghindari pemikiran SEPILIS dan para
penggiatnya sebagaimana disarankan oleh Ustaz Zulkifli Ismail (dengan olahan oleh penulis) di
bawah;
1. Jika kita tiada kemampuan ilmu, hujah dan keupayaan berdebat, hendaklah menjauhi
program wacana mereka. Jika tidak kita mudah terpengaruhi dengan mereka. Orang yang tiada
kelayakan berijtihad tidak layak, tidak mampu berlaku adil dan akan bersifat bermudahmudahan mengeluarkan pandangan dalam persoalan agama.
2. Menilai ajaran agama dengan aqal adalah pendekatan falsafah bukan pendekatan Islam. Ia
cara pemikiran kelompok sesat zaman lampau seperti muktazilah.
3. Mencampur-adukkan manhaj falsafah dalam persoalan agama adalah agenda halus Barat
untuk menyerang Islam dan menghancurkan keyakinan umat Islam terhadap Islam.
4. Kemuliaan sebenar seseorang ialah menerima ilmu bersumberkan wahyu bukannya falsafah.
5. Wajib menolak usaha merosakkan Islam melalui pemikiran falsafah sekular dan metodenya
dalam mentafsir agama Islam.

Orientalis Pro Islam


bahwa pemimpin yang berbeda akidah tidak akan pernah bisa memahami apa yang kita
muliakan, kita hormati. Sulit bagi pemimpin yang berbeda akidah akan memuliakan Allah
karena tidak mengimaninya. Tidak akan bisa menghormati Al Quran karena tidak
mengimaninya. Tidak akan bisa menghormati dan memuliakan Rasulullah sebagaimana
mestinya karena tidak mengimaninya. Nyatalah bahwa Al Quran 7 ayat memerintahkan kita
untuk tidak memilih orang yang berbeda akidah karena memang tidak akan pernah bisa
memuliakan Allah, memuliakan kalam Allah, memuliakan Rasulullah sebagaimana mestinya KH. Abdullah Gymnastiar

Pengertian Orientalisme
Orientalisme dari segi bahasa ialah suatu aliran tentang ketimuran. Dari segi istilah,
orientalisme ialah suatu aliran pengajian yang dilakukan oleh para sarjana Barat yang bukan
beragama Islam terhadap persoalan negara Timur termasuklah dalam bidang budaya, politik,
sosial dan ekonomi. Negara-negara Timur termasuk negara di benua Asia dan benua Afrika.

Sejarah Orientalisme
Tidak dapat dijelaskan bila tarikh sebenar kewujudan orientalisme. Sesetengah ahli sejarah
berpendapat orientalisme bermula pada abad ke 10 Masihi dimana ubat-ubat dari Timur
diperkenalkan di Itali Utara iaitu Salerno. Di Kota Salerno terdapat hospital yang mengandungi
kitab-kitab cara pengubatan yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Latin.
Ada juga pendapat Orientalisme bermula dari zaman Daulah Islamiah di Andalusia (Sepanyol).
Sebahagian lain mengatakan bahawa orientalisme bermula ketika Perang Salib.
Pada tahun 1312M, pihak gereja Viena telah memasukkan bahan pengajaran bahasa Arab ke
dalam silibus universiti-universiti di Eropah.

Gerbert de Oraliac (938 1003 M) pergi ke Andalusia. Di sana, dia belajar kepada seorang
profesor. Setelah kembali, ia terpilih sebagai paderi agung dengan gelaran Silvester II (999
1003 M). Dengan demikian, ia adalah Pope pertama dari Perancis.
Gerard de Cremona (1114 1187 M) dari Itali. Ia pergi ke Toledo dan menerjemahkan buku
tidak kurang dari 87 judul di bidang falsafah, kedoktoran, astronomi, dan geologi.
Di Perancis, muncul Pierre le Venerable (1094 1156) yang membentuk kelompok penerjemah
untuk mendapatkan pengetahuan objektif tentang Islam. Ia sendiri adalah orang pertama yang
menerjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Latin (1143 M). Adapun penerjemahan ke dalam
bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.
Juan de Sevilla, Yahudi yang masuk Kristian telah muncul pada pertengahan abad ke-12 dan
menaruh perhatian pada bidang astronomi. Ia telah menyadur empat buah buku berbahasa
Arab karya Abu Masyur Al-Balkhi (1133 M) yang tugas penerjemahannya dibantu oleh Adelard.
Roger Bacon (1214 1294 M) dari United Kingdom menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan
meraih gelar doktor di bidang teologi. Ia menerjemahkan buku berbahasa Arab Mirat al-Kimia
tahun 1251M.
Dr Muhammad Afifi Al-Akiti merupakan seorang cendikiawan Islam Melayu yang menjadi
pensyarah di Fakulti Theology, Universiti Oxford menyatakan ahli falsafah Kristian pada zaman
selepas Al-Juwaini telah mengambil 6 wasiat al-Juwaini dan menerapkan didalam pendidikan
mereka di Eropah. Bermula dari Adelard of Bath yang mempelajari pelbagai ilmu Islam pada
zaman itu hinggalah diturunkan kepada Bernard of Chartres, salah seorang filasuf Kristian yang
terkenal yang menggesa Orang Kristian Eropah yang amat mundur pada zaman itu untuk
mengamalkan 6 prinsip yang Bernard of Chartres panggil dalam bahasa latin:
1)

mens humilis

2)

studium querendi

3)

paupertas

4)

terra aliena

5)

scrutinium tacitum

6)

vita quietta

Jenis Orientalisme
1. Dorongan keagamaan
2. Dorongan penjajahan/kolonialisasi
3. Dorongan kapitalis
4. Dorongan politik
5. Dorongan ilmiah.

Pendekatan Gerakan Orientalisme


1. Mengadakan kongres, persidangan, program keilmuan, diskusi, forum, seminar dan wacana.
2. Menulis buku
3. Menerbit pelbagai majalah dan laman web.
4. Menubuhkan yayasan-yayasan sosial dan kebajikan
5. Memberi dana-dana dan geran kewangan kepada NGO-NGO. Menaja biasiswa kepada
mahasiswa.
6. Mengadakan program pengkaderan terutamanya kepada anak muda dan mahasiswa.

Kesan Orientalisme Kepada Umat Islam


Kesan orientalisme kepada umat Islam sangat besar. Antara kesannya ialah
1. Melahirkan sekelompok yang memuja dan menyanjung tinggi pemikiran Barat. Mereka tidak
membawa Islam dalam kehidupan kecuali dari segi nama sahaja. Mereka menganggap Islam
hanya budaya sesebuah masyarakat. Mereka meniru sistem kehidupan dan pemikiran Barat.
2. Para orientalis Barat telah berjaya melatih anak murid mereka dalam kalangan umat Islam
menjadi orientalis Islam. Mereka cenderung kepada apa yang disogok oleh Barat.
3. Membangkitkan kembali kesalahan lampau dan menghidupkan kembali kesamarankesamaran yang telah lalu.
4. Menghapuskan bahasa Arab.
5. Mematikan semangat jihad

Cara penentangan Terhadap Orientalisme


1. Menubuhkan media massa peringkat antarabangsa.
2. Menubuhkan institusi pemikiran Islam bagi menghadapi pemikiran Barat.
3. Menulis buku-buku bersiri.
4. Mengadakan program pengkaderan
5. Mendesak keterlibatan para ulama dalam perjuangan menentangan orientalisme.
Orientalis Pro Islam?
Memang ada ada orientalis pro-Islam atau simpatis kepada Islam dan umat Islam. Pro-Islam
atau simpatis ini atas sifat apa?. Kemanusiaan atau keimanan. Sesungguhnya dahului keimanan

daripada kemanusiaan walaupun kita menghargai dan berterima kasih kepada mereka. Kita
mendoakan pengakhiran hidup mereka dengan Islam.
Kesimpulan
Para Orientalis banyak menghasilkan laporan, kajian dan wacana tentang Islam. Hasil pemikiran
mereka dibukukan. Jika orientalis tersebut menjadi penasihat kerajaan, pemikiran mereka akan
diikuti oleh pihak kerajaan. Buku-buku mereka dibaca oleh sarjana bahkan menjadi bahan wajib
baca untuk seseorang menjadi seorang sarjana.
Produk pemikiran seperti Muslim Demokrat hasil kajian dan laporan para orientalis. Penulis
melihat ia adalah evolusi kepada gagasan Muslim Moderat. Pendekatan moderat dan pragmatis
adalah saranan Barat bagi gerakan Islam di seluruh dunia. Menariknya, sesetengah pemimpin
gerakan Islam mudah menerima laporan dan saranan Barat untuk diterapkan dalam gerakan
Islam mereka.
Umat Islam tidak boleh terperangkap dengan agenda tersirat pemikiran Barat. Berhati-hatilah.

Legasi Penggerak SEPILIS

Kenali Kebudayaan Barat dan Sifat Asasinya


Barat atau Timur itu sebenarnya bukan terletak kedudukan geografi tetapi ia terletak pada
kerangka pemikiran dan pandangan hidup seseorang individu. Teras pemikiran Barat ialah
Kebudayaan Yunani Kuno dan Romawi Purba yang bergabung dengan Kebudayaan YahudiKristian dan tradisi bangsa-bangsa biadap seperti Inggeris, Perancis dan Jerman.

Sebenarnya, hasil pembacaan hasil karya sarjana Barat kebanyakannya mempunyai sifat asasi
atau tujuan akhir yang hampir sama. Kerangka atau acuan pemikiran dibentuk daripada
Kebudayaan Yunani Kuno, Romawi dan Sekularisisme/humanisme. Asas Kebudayaan Barat juga
boleh dibahagi kepada Zaman Renais, Reformasi, Pencerahan, Revolusi Sains, Revolusi
Perindustrian dan Revolusi-revolusi Politik.

Membaca sebanyak mana hasil karya sarjana Barat sekalipun, akhirnya kita akan ketemui sifat
asasi kerangka pemikiran Kebudayaan Barat iaitu:
1.

Penolakkan kehadiran Tuhan dan campurtangan agama dalam urusan kehidupan

manusia seharian [Ekonomi, Politik dan Sosial].


2.

Pemujaan terlampau tinggi terhadap diri manusia akal, badan, kebolehan dan

psikologi.
3.

Materialistik atau kebendaan.

4.

Dualisme dan Dikotomi dalam pemikiran

5.

Individualistik

6.

Kekeliruan dalam konsep ilmu dan kehilangan keadilan

7.

Kesatuan, Persamaan dan Samarata

8.

Tiada kemutlakkan ragu-meragu, duga-menduga, berubah-ubah, hipotesis, sentiasa

berwacana dan hilang ketetapan.


9.

Kebebasan dan pragmatisme

10.

Trajedi dan mencari kebahagiaan

Sepuluh Sifat Asasi ini digauli dalam kerangka pemikiran Barat sehingga menghasilkan pelbagai
aliran pemikiran atau ideologi seperti sekularisme, humanisme, liberalisme, humanisme,
pluralisme dan sebagainya.

Umpamanya, dalam liberalisme terdapat sifat asasi kerangka pemikiran seperti no 2, 3, 7 dan 9.

Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi


Telah berulang kali saya menulis bahawa Kebudayaan Barat kini berteraskan Kebudayaan
Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi. Kebudayaan Barat itulah diri Barat yang sebenarnya.

Pada asalnya, Kebudayaan Barat berteraskan Agama Kristian dan Yahudi tetapi penyelewengan
pihak gereja menyebabkan masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian dan Yahudi. Rajaraja dan intelektual mereka mula menentang penguasaan pihak gereja sehingga agama Kristian
dipenjara di dalam gereja sebagai urusan keagamaan sahaja.

Penggerak Kebudayaan Barat terbahagi kepada kumpulan iaitu pemerintah-raja, kelompok


intelektual- sarjana, ahli falsafah dan saintis, kumpulan pedagang kapitalis, perkembangan
teknologi dan tentera mereka. Masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian dan memilih
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi sebagai teras Kebudayaan Barat.

Perkembangan paling penting dalam Kebudayaan Yunani Kuno adalah keintelektualan- falsafah,
kesenian dan kesusasteraan. Tiga elemen ini menjadi asas Kebudayaan Barat. Pelbagai falsafah
digagaskan pada zaman Yunani kuno seperti aliran Ionia, Platonisme, Stoikisme dan
Aristotlelianisme. Dunia diterangkan berdasarkan kebendaan, sebab musabab dan hukum
hakam.

Contohnya, aliran pemikiran Platonisme bersumberkan kepada tiga teras iaitu (1) sebab utama,
(2) akal dan (3) Ruhul Kudus [Roh Umum atau Roh Dunia). Platonisme dianggap sebagai cara
hidup ketika itu dengan nada keagamaan dan tafakur.

Faham humanisme menjalar dalam pemikiran dan kehidupan Bangsa Yunani. Mereka
melakukan pemujaan terhadap akal, kehebatan-kejayaan dan bentuk badan manusia. Upacara
agama mereka melalui pertandingan, perlawanan dan tari menari yang berasaskan mistik.
Contoh, Sukan Olimpik, pertandingan sukan tanpa baju.

Sumbangan Kebudayaan Romawi lebih kepada disiplin, organisasi dan kepahlawanan. Mereka
sangat memuja kepahlawanan. Terdapat Sukan Romawi yang melambangkan ciri-ciri iaitu
(1)memuaskan hawa nafsu indera, (2) merendah martabat keperibadian individu, (3) mengalak
rakyat menyukai keganasan. Di Rom, terdapat juga penyair terkenal umpamanya Virgil dan
Horace.

Pada akhir Abad Pertengahan, pengaruh agama Kristian mulai merosot dalam Kebudayaan
Barat. Kemunculan Zaman Renaisans menjadi permulaan bahawa Kebudayaan Yunani Kuno dan
Kebudayaan Romawi mula mendapat tempat dalam Kebudayaan Barat. Sejak tahun 1397,
Manuel Chysoloras, John Bessarion dan Jonus Lascaris dari Constantinople (Rom Timur), pakar
dalam Kebudayaan Yunani datang ke Florence untuk mengajar. Sekitar tahun 1438 hingga
1439, Council of Florence telah membawa ramai ilmuwan Yunani untuk mengkaji kajian klasik
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi. Mereka yang mengkaji Kebudayaan yunani
Kuno dan Romawi dikenali sebagai humanis.

Kejatuhan Constantinople pada tahun 1453 di tangan Daulah Uthamaniyyah telah membawa
masuk lebih ramai pelarian daripada Rom Timur (Byzantium) ke Itali. Mereka mengajar, meniru
dan menyalin serta menerjemahkan buku-buku hasil daripada Kebudayaan Yunani Kuno.
Kelompok humanis inilah banyak berjasa membentuk semula Kebudayaan Barat berdasarkan
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi.

Asas Kebudayaan Barat: Pensejarahan Pemerintahan Gereja di Eropah


Sesetengah pihak di negara kita cuba mengurangkan atau menghapuskan peranan institusi
agama dan menyerang karakter para ulama. Sememangnya kita boleh menegur atau mengkritik
institusi agama dan peranan ulama, cuma kritikan atau teguran itu perlu dituju kepada
kelemahan orangnya bukannya penghapusan institusi agama dan mengkritik agama Islam.

Mereka cuba mengaitkan peranan ulama dan institusi agama dengan pemerintahan paderi dan
gereja di Eropah pada Abad Pertengahan. Ketika pihak gereja mendapat pengaruh dalam politik
terutamanya pada zaman Raja Charlemagne, seorang pendokong Pope Roman Katolik. Raja-raja
yang memerintah akan ditabalkan oleh Pope.

Selepas zaman Charlemagne [768-814TM], Empayar Rom kembali berpecah. Wilayahwilayahnya terpisah sehingga mewujudkan kerajaan-kerajaan kecil yang bersifat feudalisme.
Dalam sistem feudal, kuasa tertinggi pada Raja tetapi hakikatnya yang berkuasa ialah Lord
(kelompok Tuan Tanah).

Pada zaman feudal, gereja masih lagi berkuasa melantik raja. Gereja sangat pengaruh kerana
kebanyakan tanah milik gereja. Kebanyakan jawatan dalam gereja seperti Bishop, Abbot dan
pegawai lain biasa terdiri daripada keluarga bangsawan. Kehadiran keluarga bangsawan sebagai
paderi menambahkan pemikiran material mereka.

Tindakan Maharaja Rom, Constantine [312-337 TM] memeluk agama Kristian telah
memantapkan pengaruh agama Kristian dimana agama Kristian dimartabatkan sebagai agama
rasmi dalam Empayar Rom. Sistem Empayar Rom semakin merosak digantikan dengan sistem
pentadbiran gereja. Di merata tempat diwujudkan patriarchates yang menjadi pusat
pentadbiran tempatan dan pusat penyebaran agama Kristian. Setiap bandar dalam Empayar
Rom mempunyai paderi dan pembantu paderi membimbing ajaran agama Kristian.

Di Zaman Kemuncak Pertengahan, pengaruh gereja sangat berpengaruh dengan kemunculan


Pope Innnocent III. Kedudukannya dianggap bawah sikit daripada tuhan. Berhubungan dengan
pertalian gereja (papacy) dengan negara, negara mendapat kemuliaan daripada kekuasaan
gereja. Raja-raja memberikan kuasa sekular kepada pihak gereja termasuk Pope boleh
campurtangan dalam mahkamah gereja tempatan, percukaian dan lain-lain.

Gereja Eropah pada tahun 1500M sangat kaya dan berkuasa di Eropah telah melakukan
beberapa penyelewengan. Pertama, mereka menjual sijil pengampunan bagi semua dosa.
Kedua, pegawai-pegawaj gereja hidup mewah umpama raja. Ketiga, bible tidak boleh
diterjemah kepada bahasa tempatan [dimonopoli oleh agamawan sahaja]. Keempat, gereja
membuat penambahan dalam beribadat seperti pemujaan tokoh gereja (Saint). Kelima, institusi
menjadi perantaraan antara Tuhan dengan manusia.

Campurtangan pihak gereja dalam urusan sekular secara berleluasa

membangkitkan

kemarahan kepada raja-raja. Raja-raja cuba mematahkan kekuasaan Pope. Raja Philip IV telah
mengenakan cukai kepada gereja. Perjuangan raja-raja Eropah ini disokong oleh pemikir
Ortodok Kristian, Thomas Aquinas dan penemuan semula karya, Aristotle, politics [kembali
kepada tradisi asal]. Gerakan Agama Baru [Protestan] mula muncul di beberapa wilayah.

Adalah tidak adil kita mengaitkan institusi agama dan para ulama dengan sejarah gereja di
Eropah.

Kita juga tidak menafikan bahawa taklidisme, fanatik, taksub dan jumud terdapat dalam
kalangan umat Islam dan kumpulan Islam tertentu. Tetapi itu bukan sifat asasi Islam. Antara
sifat asasi Islam ialah
1.

Islam adalah agama yang bertunjangkan kekuatan hujah yang benar dan sahih. Umat

Islam perlu ikut hujah terkuat.

2.

Pemikiran kritis dalam pembaharuan (tajdid) dan perbezaan pendapat dalam Islam

terjamin selagi mempunyai hujah berdasarkan sumber yang benar dan mengikut kaedah ilmu
Islam.
3.

Sumber asasi Islam adalah sumber berautoriti dan dijamin Allah iaitu al Quran dan al

Sunnah.
4.

Proses keilmuan dalam Islam sangat terjaga dan teliti sebagaimana sistem periwayatan

hadith.
5.

Kewujudan mazhab bertujuan untuk memudahkan dan memenuhi realiti semasa. Imam

mazhab sendiri tidak menghalang orang ramai tidak mengikut mereka.


6.

Tiada teokrasi dalam Islam. Sistem pemerintahan asal ialah Sistem Pemerintahan Awam

yang bertunjangkan ketaqwaan.

Raja-raja Eropah, paderi reformis dan cendikiawan Barat mencabar dan mengurangkan
kekuasaan gereja sehingga mencetuskan perbalahan bahkan peperangan agama di Eropah.

Dalam kalangan cendikiawan Barat yang lari dari pengaruh gereja yang mengongkong orang
dengan nama Allah (jual agama) telah berusaha untuk menolak dan memungkiri Allah.
Golongan idealis mereka memilih tema akal dan kelompok materialis memilih tema tabiat atau
necer.

Bermulalah faham sekular dan humanisme yang menghakiskan pemikiran agama di Eropah dan
ia juga membawa Kebudayaan Barat kembali kepada tradisi awal iaitu mengimani Kebudayaan
Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi.

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Renains


Renaisans adalah gerakan intelektual yang berkembang di Selatan Eropah pada abad ke 14
hingga Abad ke 16. Secara mudahnya, renaisans bermaksud kelahiran semula. Kelahiran semula
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi yang menjadi teras kepada Kebudayaan
Barat.

Ciri-ciri Renaisans ialah pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi,
golongan humanisme, individualisme, sekularisme dan sifat kritikal.

Pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan menunjukkan mereka kembali
kepada tradisi. Mereka yang membuat kajian ini dinamakan golongan humanis.

Golongan humanis adalah ahli akademik yang mengkaji manusia, idea-idea agung dan kesenian
klasik/kuno. Mereka mementingkan hal ehwal orang ramai dan kebahagiaan di dunia.
Humanisme menekankan peranan akal, budi pekerti, keintelektualan dan kehendak manusia
dalam menyelesaikan segala masalah di dunia ini.

Individualisme iaitu usaha-usaha individu dalam melakukan sesuatu untuk membaiki taraf
hidup diri serta masyarakatnya tanpa disekat atau diikat oleh sesiapa.

Sekularisme mengasingkan atau memisahkan usaha dan urusan duniawi dengan ajaran agama
dan kalawan gereja.Masyarakat tidak lagi mementingkan keagamaan dalam bidang duniawi
tetapi mereka menggunakan pendekatan sainstifik, objektif dan akal-budi mereka dalam
menentukan sesuatu.

Sifat kritikal ialah membandingkan satu sumber dengan sumber yang lain dengan mengkritik
sumber-sumber tersebut.

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Pencerahan


Pencerahan (enlightenment) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku sekitar tahun 1650
hingga 1800. Zaman ini melahirkan pemikiran liberal dan moden. Perintis gerakan intelektual
ialah kalangan ahli falsafah. Lebih tepat lagi mereka adalah rasionalis atau kelompok rasional.
Mereka mempunyai jiwa renaisans iaitu sifat kritikal terhadap sumber. Walaupun pendapat
mereka bercanggah tetapi mereka mempunyai asas pemikiran yang sama

Asas pemikiran mereka ialah membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi dan
kepercayaan bahawa kebenaran boleh didapati secara mistisisme. Mereka menolak
penerangan teologi dan cuba menghapuskan pemikiran kolot dan lama. mereka cenderung
mengasingkan agama daripada ilmu pengetahuan dan menekankan pencapaian dunia melalui
ilmu pengetahuan bukannya agama. Mereka menolak pentafsiran alam semesta berdasarkan
kitab suci.

Walaupun kelompok rasional ini tidak menolak semua tentang agama tetapi mereka cenderung
menolak kemutlakan agama dan supernaturalisme yang terkandung dalam agama kerana ia
merupakan penghalang kepada toleransi, kebebasan dan penemuan ilmiah.

Kelompok rasionalis berpegang kepada keyakinan kepada tingkat rasional daripada alam dan
pada hukum-hukum ilmiah. Mereka merasakan diri mereka berkuasa penuh dalam memilih dan
menentukan sesuatu perkara. Mereka mengupas persoalan ghaib atau ketuhanan berdasarkan
akal mereka bukannya merujuk kepada kitab suci.

Kelompok rasionalis juga sangat yakin dengan diri mereka sendiri dan optimistik. Mereka
merasakan kemampuan akal mereka dapat mengatasi semua permasalahan termasuk perkara
ghaib.

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Reformasi


Gerakan Reformasi dipimpin oleh Martin Luther bertujuan untuk membersihkan gereja Katolik
daripada kepincangan dan membebaskan diri daripada kongkongan Pope dan gereja katolik di
Rom.

Martin Luther mempersoalkan doktrin agama yang tidak ada dalam bible seperti penyembahan
patung Mary dan Saint yang dianggap menyeleweng daripada agama. Beliau juga

mempersoalkan konsep paderi sebagai orang perantaraan Tuhan dengan manusia. Beliau juga
berjuang agar bible diterjemahkan kepada bahasa tempatan.

Penjualan surat pengampunan dianggap perbuatan menjual agama dan paderi dilihat
seumpama Tuhan kerana boleh mengampuni kesalahan pesalah.

Menjelang tahun 1600, agama Kristian terbahagi kepada tiga iaitu Katolik, Protestan (termasuk
Anglican, Lutheran dan sebagainya) dan Ortodoks.

Peperangan antara penganut agama Kristian hampir 1 Abad lamanya sekitar abad ke 16 dan ke
17 Masihi. Antara nama peperangan itu ialah The Wars of Religion (1546-1648), The Thirty
Years War (1618-1648) dan Sectarian Wars. Dalam kes The Thirty Years War, Maharaja
Ferdinand II memburu pengikut Calvinisme dan Lutheranisme.

Di Sepanyol, Mahkamah Penyiasatan wujud selama 375 tahun (1478-1834) ini bertujuan
membanteras orang Islam dan Yahudi digunakan untuk membanteras orang Protestan.
Penyiasat Sepanyol, Torquemada telah membakar 2000 orang hidup-hidup.

Zaman Reformasi kepada kekejaman gereja dan gerakan penentangan terhadap teokrasi.
Malangnya yang berlaku apabila sesetengah orang Islam menyandarkan kekecohan zaman
Reformasi dengan ajaran Islam, institusi dan gerakan Islam.

Walaupun politik terkandung dalam Islam, Islam bukanlah teokrasi atau pemerintahan agama.
Islam bergerak sebagai penasihat kepada diri; ahli keluarga; sahabat; kejiranan; masyarakat;
negara dan empayar. Nasihat atas agama Islam bukannya mengikuti ideologi ciptaan manusia
atau akal fikiran sendiri.

Daulah Terpendam Mencaturi Dunia


Soalan pertama yang kamu mesti jawab, siapa yang untung apabila suatu perkara berlaku?,
Kumpulan tersebut mendapat dana kewangan dari mana?. Dua soalan itu cukup untuk kamu
tahu siapa musuh sebenar kamu

Daulah Terpendam ialah pemerintahan rahsia disebalik tabir pencaturan ekonomi, politik dan
sosial dunia. Mereka terdiri daripada beberapa buah keluarga yang berpengaruh di dunia tetapi
kehidupan mereka cuba disembunyikan daripada pengetahuan orang awam. Antara keluarga
yang terkenal ialah keluarga Rothschild dan keluarga Rockefeller.

Pengkaji menamakan organisasi ini sebagai New World Order Organization atau Pemerintahan
Dunia Baru. Kumpulan ini ditubuhkan ratusan tahun yang lalu untuk menunggu kedatangan
dajal. Jika kita melihat filem-filem Barat, seringkali unsur-unsur ini dimasukkan. Keahlian
kumpulan berperingkat dan bertingkat sehingga tidak mengenali antara satu sama kecuali
mengetahui simbol-simbol mereka.

Daulah Terpendam merupakan pendana kewangan dan penaja pemimpin dan organisasi
tertentu untuk dicaturi oleh mereka.

Daulah Terpendam mencaturi dunia melalui beberapa cara


1.

Menyediakan acuan pemikiran yang diikuti oleh manusia. Acuan-acuan pemikiran ini

tidak semestinya sama bahkan bertentangan sehingga mencetuskan peperangan dan


pembunuhan antara satu sama lain.
2.

Melatih pemimpin-pemimpin dan intelektual upahan.

3.

Mendanai badan-badan pemikir dan pengkaji.

4.

Mencetuskan peperangan dan revolusi

5.

Menguasai ekonomi melalui proksi-proksi

6.

Menguasai media massa

7.

Menguasai kumpulan NGO

8.

Menubuhkan kumpulan rahsia dan perisikan

9.

Menubuhkan dan menguasai kumpulan kewangan

10.

Mencetuskan budaya popular

11.

Menubuhkan institusi pendidikan

Apa kaitan Daulah Terpendam dengan negara Malaysia?. Daulah Terpendam menentukan usia
pemerintahan sesebuah negara. Mereka melalui proksi mereka berada dalam dua pihak
bertentangan sehingga salah satu daripadanya menang. Menang boleh memerintah atau
menang mencetuskan peperangan dan perbalahan berpanjangan. Daulah Terpendam boleh
juga menguasai ekonomi dan gerakan sosial di negara kita. Ia tidak mustahil bagi mereka.

Pada 24 Oktober 2013, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) telah
mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi
PBB di Geneva menuntut kerajaan Malaysia mengiktiraf Lesbian, Transgender(pondan),
Bisexual, Gay, Intersex. Mereka juga mendesak kerajaan menghapuskan seksyen 377A Kanun
Keseksaan berhubung jenayah liwat. Siapakah COMANGO yang sebenarnya?.

Pada tahun 1970an, KGB (Badan Perisikan Rusia) cuba mendekati Persatuan Mahasiswa
Universiti Malaya (PMUM) dengan menghantar pelajar perempuan daripada Soviet Union.
Antara pendekatan Daulah Terpendam adalah menakluki jiwa anak muda dengan keradikalan
daripada ideologi dan protes terhadap kerajaan.

NGO Barat seperti The National Endowment for Democracy (NED), The International Republican
Institute (IRI), The National Democratic Institute (NDI), The Center for The Study of Islam and
Democracy (CSID) dan The Asia Foundation (TAF) mempunyai agenda tertentu di negara-negara
membangun. TAF umpamanya menaja pengajian Nucholish Majid atau Cak Nur keluar negara,
kepulangan Cak Nur menjadi kengerian dalam perjuangan Islam kerana menjadi seorang
liberalis.

Di Malaysia, beberapa badan pemikir dan yayasan kebajikan Barat seperti Asia Foundation dan
Konrad Adenauer Foundation telah bertapak begitu lama. KAF mempunyai hubungan baik
dengan IKD, badan pemikir Anwar Ibrahim dan badan pemikir Dato Seri Mohd Najib Tun Razak,
Malaysian Strategic Research Centre (Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia) pimpinan Abdul
Razak Baginda suatu masa dahulu.

Anak muda dan pemimpin mahasiswa seharusnya sentiasa berwaspada terutamanya yang aktif
dengan NGO liberal dan sosialis. Mereka mengunakan pendekatan halus untuk menarik para
pemimpin mahasiswa. Mereka mempunyai tiga sifat:
1.

Taqiyah iaitu menyembunyi niat sebenar

2.

Tauriah iaitu tidak bercakap benar atau mengubah suai kisah sebenar dengan niat tidak

jujur.
3.

Strategi Izharul Islam, yakni berpura-pura sebagai sebahagian dari kelompok umat Islam

namun dari dalam menghancurkan Islam.

Pendekatan NED untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan;


1.

Melakukan kerja batu api dengan memprovokasi aktiviti kepembangkangan.

2.

Bantuan kewangan kepada parti pembangkang

3.

Menyatukan parti pembangkang pelbagai ideologi dibawah satu payung.

4.

Peranan media massa

5.

Menjejaskan ekonomi

6.

Mengunakan media sosial

Penggerak SEPILIS
Badan utama penggerak SEPILIS ialah Dewan Hubungan Luar Negeri Amerika Syarikat Council
on Foreign Relation (CFR). Ia menentu polisi Kerajaan Amerika Syarikat dan dunia. Antara
institusi yang mengkaji dan menyelidik serta membantu Kerajaan Amerika Syarikat ialah

Brookings Institute, RAND Coporation, Middle East Institute, Carnegie Endowment for
International peace dan Hudson Institute.

Pendekatan SEPILIS
Barat membina kehendak dan aspirasi mereka melalui wacana, nasihat pakar, laporan,
perisikan dan media.

Barat juga menyediakan [1] dana, [2] barangan/bahan termasuk

buku dan senjata, [3]

penasihat atau jurulatih, [4] pengkaderan, [5] biasiswa , [6] promosi dan [7] boneka.

Dana banyak diberi kepada NGO-NGO tempatan. Dana menjadi senjata jangka masa panjang
dalam mengubah pendirian dan pegangan rakyat yang kuat dengan Islam.

Kelompok SEPILIS, pendokong dan teman seaspirasi dengan mereka menerima bahan-bahan
dan penasihat-penasihat. Bahan seperti buku sememangnya kelihatan baik terutamanya
pemberian buku-buku oleh yayasan-yayasan tertentu seperti Yayasan Asia. Pemberian mereka
biasa mempunyai agenda tersirat terutamanya mengubah minda orang tempatan melalui
bahasa dan pendidikan. Mereka mengirim para guru. Begitu juga bantuan ketenteraan di
Afghanistan berserta jurulatih dan penasihat kepada tentera Mujahidin ketika tahun 1980an.

Program pengkaderan melalui latihan jangka masa pendek sebagaimana Sekolah Demokrasi
(SEKDEM) DAP dan Sekolah Politik (SEKPOL) IKD. Kader-kader akan bergerak di kampus
membawa pandangan alam pendokong SEPILIS dan seaspirasi dengannya. Alumi program
seumpama mereka akan bergerak dalam masyarakat.

Bagi sesiapa yang ingin mendapat biasiswa untuk belajar di negara Barat, biasanya
penemuduga akan bertanya, Mengapa kami perlu memberi anda biasiswa dan tidak kepada
orang lain?. Jika kami berikan anda biasiswa, apa yang anda lakukan setelah 10, 15 tahun akan
datang?. Apa yang tersirat daripada pertanyaan ini ialah bahwa biasiswa ini

bertujuan

menjadikan para pelajar sebagai kader dan pemimpin dibawah kawalan mereka di negara
masing-masing.

Promosi dilakukan melalui media sosial untuk mengubah minda rakyat dan umat Islam.
Pendokong SEPILIS juga bergiat dalam rancangan remaja seperti 3R dalam mempromosi gaya
hidup Barat. Antara gaya hidup Barat ialah pemakaian kondom dalam melakukan hubungan
seks walaupun belum berkahwin.

Pemimpin palsu dan intelektual bebal merupakan menjadi boneka bagi Barat menjalankan
tugas-tugas pemerintahan sesebuah negara seperti di Afghanistan oleh bekas Presiden Hamid
Karzai.

Berwaspada Dengan Musuh Islam


Kebudayaan Barat (Barat) datang melalui (1) serangan bersifat kekuasaan Imperialis AngloAmerika dan sekutu mereka seperti serangan tentera dan sekatan ekonomi, (2) membentuk
proksi termasuk pemimpin dan organisasi tertentu dan (3) acuan termasuk serangan pemikiran,
penerapan ideologi, budaya dan sebagainya. Acuan Kebudayaan Barat dapat dihasilkan tanpa
dididikkan langsung daripada mereka. Pengikut buta hanya ikut Kebudayaan Barat secara
melulu dan menolak kebenaran Islam serta kehilangan jati diri.

Islam tidak memusuhi orang bukan Islam. Musuh Islam ialah penentang agama Islam secara
terbuka, dan mengancam dan menyerang (menceroboh) umat Islam (al Baqarah: 216). Tiada
masalah menolak Islam dengan cara tertutup atau sembunyi, dalam hati dan dengan hujah
melalui forum, buku dan seminar dengan syarat tanpa emosi dan tidak mengancam serta
menfitnah Islam. Tiada paksaan kepada orang Bukan Islam menganuti Islam (al Baqarah: 256).
dan Islam menghormati dan mengakui Orang Bukan Islam mengamalkanagama mereka (alKafirun: 6).

Islam telah mengariskan beberapa perkara yang perlu waspada dalam menjalin hubungan
dengan Kebudayaan Barat. Ia bukan bersifat memusuhi tetapi berwaspada. Dalil-dalil al Quran
yang menerangkan tentang jalinan hubungan antara Umat Islam dengan Orang Kafir.

Jangan taat kepada orang kafir kerana itu akan membawa kita ke arah kekufuran (Ali Imran:
149:150).

Kebencian terhadap Islam dapat dilihat pada pertuturan dan tindakan musuh Islam. Jangan
mengambil orang bukan kalangan kamu termasuk bukan Islam dan proksi sebagai orang yang
dipercayai (Ali Imran: 118). Orang bukan kalangan kamu termasuk bukan Islam dan proksi
Kebudayaan Barat terutamanya sekularis dan liberalis.

Islam melarang kita melakukan perkara yang salah (Ali Imran: 110) termasuk menerima ideologi
ciptaan manusia.

Kelompok Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepada Umat Islam selagi
Umat Islam tidak menurut agama mereka (al Baqarah: 120).

Jangan menjadikan kelompok Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat umat Islam. (al Maidah:
51-52, an Nisa: 144). Bersahabat dengan sifat waspada.

Kemenangan hak mutlak Allah (Ali Imran:160). Jangan sangka kemenangan berpunca daripada
Umat Islam bersekutu dengan Bukan Islam. Kemenangan dengan izin Allah.

Orang kafir saling bantu membantu sesama orang kafir (Al Anfal: 73). Walaupun musuh
kelihatan berbeza dan saling benci membenci antara satu sama lain. Pemusuhan dengan Islam
dapat menyatukan mereka. Lihat Perang Salib dan peperangan di Syria (2015) dimana Rusia
dan Amerika menyerang musuh yang sama (ISIS) walaupun mereka pihak yang bertentangan.

Jangan sampai menjadi fasik apabila menjadikan orang kafir dan musyrik sebagai teman rapat
umat Islam (al maidah: 80-18). Ekoran terlebih bertoleransi yang melampaui batas iman dan
kufur dengan Bukan Islam, akhirnya menjerumus Umat Islam ke lembah kefasikkan.

Jangan mengambil orang yang menjadikan agama Islam sebagai ejekan dan permainan mereka
sebagai teman rapat dan penolong umat Islam (al Maidah: 57). Orang Bukan Islam dan
sesetengah orang Islam suka menjadikan Islam sebagai bahan ejekan dan permainan mereka,
jangan jadikan mereka sebagai sahabat, sekutu dan pembantu.

Kedengkian ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terhadap umat Islam menyebabkan mereka suka
Umat Islam meninggalkan agama Islam (al Baqarah: 109).

Kesukaran akan berlaku apabila Umat Islam membuat perjanjian dengan orang kafir dan
musyrik kerana mereka tak menghormati hubungan kerabat dan perjanjian setianya. Mereka
hanya menyukakan umat Islam dengan kata-kata yang manis sedangkan hati mereka menolak
Islam (at Taubah: 8).

Orang kafir sanggup membelanjakan harta mereka untuk menghalang manusia dari jalan Allah
(al Anfal: 36).

Jangan jadikan ahli keluarga sebagai pendamping jika mereka memilih kufur (at taubah: 23).

Jangan sesekali Umat Islam mengambil musuh Allah dan musuh Umat Islam sebagai teman
rapat dengan cara menyampaikan maklumat-makulmat rahsia kepada mereka. (al
Mumtahinah: 1).

Kesimpulan
Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme atau SEPILIS sebahagian daripada Kebudayaan Barat.
Konsep Muslim Demokrat ditelurkan daripada SEPILIS untuk menambah kekeliruan kepada
umat Islam. Segala pemikiran yang ditelurkan oleh SEPILIS dan berasal dari Kebudayaan Barat
MESTI ditolak.
Umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang murni iaitu bersumberkan Al-Quran dan AsSunnah serta ijma ulama dan Qiyas. Kerangka pemikiran dan pandangan hidup setiap individu
muslim perlu diaktifkan dengan al-Quran melalui kefahaman terhadap istilah-istilah al-Quran
dan pengamalan serta penghayatan al-Quran dalam kehidupan individu.
Matlamat agung perjuangan politik Islam ialah kewujudan Daulah Islam/Negara Islam/Khalifah
Islam, perundangan Islam ditegakkan dan pembebasan Kota Baitul Muqaddis. Tanpa ketiga-tiga
ini, perjuangan politik yang didakwa Islamik itu adalah perjuangan yang palsu.
Umat Islam mesti berhati-hati dengan kemunculan ulama dan pemimpin palsu. Mereka
berhujah dengan hujah al-Quran dan as-Sunnah untuk menghalangi atau menangguhkan
pelaksanaan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan manusia. Maknanya, mereka
cuba melemahkan Islam dengan hujah Islam. Kita sukar mengenali mereka kerana tidak
mengetahui niat asal mereka. Mereka memainkan watak munafik versi Baru. Kita hanya boleh
menilai mereka melalui soalan, Mereka proksi siapa? dan siapa wali atau tuan mereka?.
Lihatlah pengaulan dan sahabat mereka, maka kita boleh mengenali mereka.
Konsep Muslim Demokrat sudah menjadi karat dalam gerakan Islam kerana mencetus huruhara dalam kepimpinan dan perbalahan dalaman. Gerakan Islam disaluti fitnah dan umat Islam
keliru.
Terakhir, penulis bertanya kepada pendokong Muslim Demokrat, Adakah Islam tidak cukup
sederhana tanpa Muslim Demokrat?.

Hansard Parlimen bertarikh 12 November 1992


Ustaz Hassan al Baquri bukan tokoh sembarangan. Beliau antara calon Mursyidul Aam Ikhwan setelah kematian
Imam Hassan al Banna.
iii
Mahathir Mohamad, Doktor Umum, KL: MPH, 2012.
iv
Anwar Ibrahim, Warkah Anwar, KL: Edisi Prima, 2005.
v
Bekas wakil Ikhwan di UK. Kini menyokong Rejim al Sisi Mesir.
vi
Anuwa Aitawa Jamalullai, Bantahan Anwar Sertai UMNO: Gerakan Pelajar Islam Amerika Utara Berpecah.
vii
Badlihisaham Mohd Nasir, Dinamisme Gerakan Islam, Shah Alam: Karisma, 2009.
viii
Nama dirahsiakan
ix
http://mufakkir-islami.blogspot.my/2011/02/anwar-ibrahim-dan-pluralisme-agama.html
x
http://anwaribrahimblog.com/2007/12/04/
xi
Kassim Ahmad, Jalan yang Lurus, Pekan Ilmu: Ampang, 2014.
xii
Tokoh muda meningkat naik dalam DAP. Chin Tong merupakan seorang penyelidik DAP. Beliau pernah menjadi
Pengarah Eksekutif Penang Institute, Pengarah Eksekutif SERI (Socio-Economic and Environmental Research
Institute) dan penyelidik pelawat di ISEAS (Institute of Southeast Asian Studies), Singapura.
ii

Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif REFSA (Research For Social Advancement), satu badan pemikir yang
pernah bekerjasama dengan NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED (National Endowment for
Democracy), satu-satu badan yang menjadi perintis untuk menggerakkan BERSIH di Malaysia pada tahun 2005.
xiii
Menarik, pembocoran pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra, Kota Bharu membincangkan
untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mesyuarat rahsia bocor. Nama YB. Dato Husam
Musa disebut sebagai pemimpin kumpulan ini tetapi dinafikan oleh beliau.
xiv
Abdul Hadi Awang, Fahaman & Ideologi Umat Islam, KL: PTS, 2007.
xv
Abdul Hadi Awang, Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari, KL: Nufair, 2005.
xvi
Yang Dipertua Majlis Syura ISMA dan Yang Dipertua ISMA Kelantan
xvii
Harakah keluaran 1-15 April 2005 bertajuk Gerakan Islam dan Kuasa ditulis oleh Dr Dzulkefli Ahmad
mengutarakan idea-idea Olivier Roy, penulis buku The Failure of Political Islam. Begitu juga tulisan Dr. Mujahid
Yusof dalam buku Menuju PAS Baru yang mengandungi juga idea Olivier Roy. Kita melihat kedua-dua tulisan
tersebut mengutarakan idea-idea dan pendekatan mahu perubahan agar PAS berada dalam reality semasa.
xviii
Mohd Zaidi Abdullah, Manifesto, SH: KI, 2006.
xix
Yahya Othman, Himpunan Kertas Kerja Tarbiyyah, KB:PA, 2011.
xx
http://inpasonline.com/new/berfikir-dan-beriman/
xxi
Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-Jamaah, SA:KI, 2014.
xxii
Mastika Hadith JAKIM, Jilid 1
xxiii
Nasihat Tuan Guru Salleh Musa, Sik ditulis semula oleh Ustaz Mahadir Joll.
xxiv
Riwayah menurut bahasa ialah cerita, khabar, kisah, warta, hikayat atau pemberitahuan.
Riwayah merangkumi memperkenalkan rangkaian perawinya, menjaga lafaz-lafaznya serta segala yang berkaitan
dengan permindahan dan pengambilan hadis sahih yang terjaga.
Riwayah juga merangkumi perbincangan mengenai makna,pengajaran dan sebab wurud.
xxv
Yahya Othman, Usrah, KB: PA, 2011.

You might also like