You are on page 1of 19

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan tunjang utama pembinaan modal insan. Memetik kata-kata Perdana
Menteri ke-6,
Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi
negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang
melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing
dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi
keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu memastikan sistem
pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru
Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan
yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi
global.
Menyahut seruan itu, kerajaan Malaysia telah banyak memperuntukkan jumlah wang yang
besar terhadap pendidikan. Kerajaan berpandangan dan melihat ini sebagai satu pelaburan
besar kepada negara. Oleh itu, setiap warganegara wajar mendapat pendidikan dan ia adalah
hak setiap warganegara di Malaysia. (Ramesh, R & Rohani Jani, 2011).
Malaysia melabur sebahagian besar daripada pendapatan negara dalam pendidikan.
pelaburan kerajaan dalam sektor pendidikan meningkat setiap tahun dan hampir 30% daripada
bajet negara tahun ini memperuntukkan untuk pendidikan. Ini kerana untuk memastikan
semua rakyat Malaysia akan mendapat pendidikan yang betul dan juga boleh menghasilkan
graduan yang berpelajaran tinggi bagi sektor bekerja dan dapat memenuhi keperluan dunia
globalisasi pada tahun 2020 (Elmie et. al, 2014).
Ekuiti yang telah menjadi salah satu isu yang pendidikan sejak pendidikan telah
diumumkan. Ekuiti merupakan objektif yang terkenal di banyak negara kerana jumlah sumber
ia menggunakan dan ia telah meningkat dari semasa ke semasa. Hak untuk pendidikan boleh
dilihat dari perspektif akses kepada sumber pendidikan kepada hasil pendidikan.

1.0

GURU
1

1.1

Agihan Guru ke Sekolah-Sekolah seluruh Malaysia.


Menurut Ramesh dan Rohani (2011), petempatan guru adalah perkara penting dalam

pendidikan kerana guru merupakan sumber pendidikan yang utama. Ketiadaan guru boleh
merencatkan pembelajaran. Selain itu, guru merupakan sumber yang mudah alih dimana
mereka boleh ditempatkan dimana-mana sahaja mengikut keperluan. Tegas Belfield (2005),
petempatan guru perlu diberi fokus utama dalam mana dunia pendidikan kerana mereka
merupakan input yang penting bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang (output).
Dalam dapatan Ramesh dan Rohani (2011) menunjukkan beberapa perubahan jumlah
guru yang diagihkan ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Penempatan guru menunjukkan
kesama rataan pada tahun 1991-2006 dimana guru diagihkan dengan jumlah yang
secukupnya. Walau bagaimanapun, dalam jangka tahun itu agihan guru ke sekolah rendah
menunjukkan ketidak sama rataan. Ini kerana berlaku perubahan kurikulum; dimana KBSR
diperkenal. Ketika guru-guru dihantar ke kursus bagi memantapkan pedagogi. Dalam tempoh
guru menjalani latihan, KPM membenarkan pihak sekolah untuk mengambil guru ganti untuk
mengajar di sekolah. Hal ini menyebabkan graduan pendidikan tidak mendapat tempat ke
sekolah.
Penempatan guru menjadi isu ketidak sama rataan ke sekolah harian biasa dan
menyebabkan sekolah kekurangan guru terlatih. Ini kerana, Gidwitz and McGee (1999)
menyatakan ramai guru memilih untuk mengajar dikawasan bandar berbanding luar bandar
dimana di bandar mempunyai penduduk yang berlatar belakangkan sosioekonomi yang tinggi.
Hal ini juga berlaku di Malaysia dimana guru tidak mahu ditempatkan di kawasan jauh
pedalaman. Selain itu, jumlah guru terlatih berkurangan kerana ramai guru keluar dari
profesion perguruan atas alasan tekanan dalam pekerjaan. Isu penempatan guru di Malaysia
merupakan isu nasional yang sentiasa dibincangkan dan dilihat oleh Kemeterian Pelajaran
Malaysia (KPM).
Kini, Menurut Ketua Penolong setiausaha Unit Ambilan Guru, Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Izral Zuhairi Mohamad Desa (Utusan Oline,
2016) KPM telah menyelaraskan agihan guru ke sekolah-sekolah dimana penyelarasan,
pengambilan dan penempatan guru baharu dibuat secara berperingkat bersama-sama SPP dan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) mengambil kira kekosongan jawatan dan
keperluan opsyen semasa dengan keutamaan panggilan temu duga diberikan kepada calon
tajaan. KPM menyelarasakan pengabilan guru melalui empat fasa iaitu pada bulan Januari,
2

April, Jun dan September. Kesemua penempatan tersebut adalah mengambil kira kekosongan
jawatan dan keperluan opsyen semasa (Utusan Online, 2016). Walau bagaimanapun, terdapat
ketidakseimbangan jumlah tempat kekosongan yang ditawarkan bekas guru bersara dengan
bekalan lepasan graduan jurusan pendidikan yang keluar dari pusat pengajian mewujudkan
jurang antara kedua-duanya. Hal ini masih lagi dalam perbincangan dan ia merupakan cabaran
KPM dalam mengagihkan guru subjek elektif.
1.2

Pusat Latihan dan Kursus Guru


Malaysia telah menyediakan institusi pendidikan tinggi kepada semua warganegara

Malaysia termasuk institusi pengajian untuk guru. Guru terlatih dalam bidang pendidikan
amat penting untuk menghasil pelajar yang cemerlang sekaligus dapat meningkatkan prestasi
pendidikan negara. Bagi melahirkan guru terlatih, kerajaan telah mewujudkan institusi latihan
untuk guru. Institusi itu memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan serta
melatih guru-guru untuk dihantar ke sekolah-sekolah di Malaysia. (Elmie et. al.) Menurut data
dari Kementerian Pelajaran, terdapat 17 Universiti Awam (UA) dan 27 Institut Pendidikan
Guru (IPG) di Malaysia.
Terdapat beberapa isu terkini dimana 9 buah IPG ditukar kepada Kolej Vokasional dan
Politeknik, 2 buah IPG ditukar kepada Pusat Permata manakala 16 buah IPG masih kekal
sebagai Institut Pendidikan Guru. Peruntukkan bajet kepada setipa univerisiti awam juga
dipotong. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Idris Jusoh,

Bajet 2016,

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima peruntukan RM13.378 bilion berbanding


RM15.785 bilion pada Bajet 2015, menyaksikan pengurangan RM2.4 bilion. Bajet 2016 juga
menyaksikan universiti awam (UA) akan mengalami pemotongan antara 10 hingga 20
peratus, berbanding peruntukan yang diterima tahun lalu. (Utusan Online, 2016).
Pengurangan bajet terhadap universiti awam dilakukan bagi mengelak pergantungan
keterlaluan terhadap kerajaan. Kadar pergantungan universiti awam tinggi kepada kerajaan
sebelum ini mencapai 75- 95 peratus. Ia merupakan pergantung yang terlalu tinggi.
Pengurangan bajet juga difikirkan perlu bagi memastikan institusi itu terus berdaya saing
untuk menjana dan bergerak sendiri selaras matlamat kerajaan menyasarkan kedudukan
universiti awam 100 universiti terbaik dunia menjelang 2025. (Utusan Online, 2016).
1.3

Gaji Guru

Gaji guru adalah dibawah seliaan kerajaan Malaysia dan mengikut Pekeliling
Perkhidmatan (2015), penambahbaikan kaedah pemberian pergerakan gaji tahunan dalam
pelaksanaan Jadual gaji minimum-maksimum dikeluarkan oleh Pekeliling Perkhidmatan
Awam. Ia bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk menambah baik kaedah
pemberian Pergerakan Gaji Tahunan dalam pelaksanaan Jadual Gaji Minimum - Maksimum
(JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pelaksanaan pergerakan gaji ini
adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi
tinggi dan meningkatkan produktiviti. Berikut adalah gaji terkini guru di sekolah harian biasa
kerajaan:

2.0

TRANSFORMASI PENDIDIKAN
4

2.1

1BESTARI NET
Projek 1BestariNet adalah satu inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian

Pendidikan dalam usaha menerajui transformasi pendidikan melalui penyediaan sistem


teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di negara ini selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.
Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah dilengkapi dengan perkhidmatan Internet
jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G dan sebuah persekitaran pembelajaran
maya dikenali dengan Frog Virtual Learning Environment (VLE) bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
Setiap guru, pelajar dan ibu bapa akan diberikan satu ID Pengguna untuk mengakses
platform Frog VLE. Justeru, dengan adanya projek ini para pelajar, guru dan ibu bapa tidak
kira di bandar atau di luar bandar mendapat kemudahan yang sama rata dalam proses
pembelajaran. Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestarinet. Frog berfungsi sebagai
komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran pembelajaran maya atau
VLE pula adalah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai
pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional
dengan kaedah maya.
Sebagai contoh, melalui VLE guru-guru boleh memberikan tugasan, ujian, menyemak
tugasan, menyemak kalendar akademik secara maya sementara pelajar pula akan menghantar
tugasan serta menyemak markah melalui sistem sama. Selain itu, para guru dan pelajar juga
boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh
pentadbir sekolah. Melalui sistem ini pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bilabila masa. Dengan ini pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana sama ada sekolah
mahupun di rumah, 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu

2.2

PELAKSANAAN KBAT
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan

melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi,
menganalisa, menilai dan mencipta. KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal,
pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya
murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya
5

dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai
berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,
mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka
sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam
pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan
wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid. KBAT
ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan
sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran
yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan
berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh
pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan
guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah
didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di
maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan
keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid
dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan
KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT
semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid
untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar
menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

2.3

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA telah dilancarkan oleh

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013. Majlis
pelancaran diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. PPPM merupakan dokumen
setebal 300 muka surat menyatakan dengan terperinci lima aspirasi sistem dan enam ciri
murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun akan datang. Apa yang penting adalah
PPPM merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar,
dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat
6

pembangunan negara. Ia memberi tumpuan kepada keberhasilan murid merangkumi semua


peringkat persekolahan iaitu daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat lepasan
menengah. Tranformasi

pendidikan

negara

seperti

yang

terkandung

dalam

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dilaksanakan dalam tiga


gelombang.
Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem
dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan
itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan
kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar
literasi Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan numerasi."Menjelang akhir Gelombang 1,
kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap
minimum standard kualiti yang dihasratkan," menurut pelan yang dilancarkan Timbalan
Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Dalam
Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan
negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula
semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru
besar kepada pakej kerjaya baru dan penstrukturan semula kementerian. Kurikulum standard
sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha
menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai
dengan

perkembangan

ekonomi

dunia

hari

ini.

Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan


dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua
sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard
minimum.Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model
pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan
inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri
yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
Bagi memastikan objektif PPPM terlaksana, kementerian juga akan melaksanakan
beberapa tindakan, termasuk mengekalkan komitmen dan tumpuan dari kepimpinan atasan
terhadap pelan ini, serta penubuhan satu unit kecil iaitu Unit Pelaksanaan dan Prestasi
Pendidikan (Padu) untuk memacu pelaksanaan PPPM. Padu akan mempunyai kuasa eksekutif
dan berperanan memantau kemajuan, menyelesaikan isu pelaksanaan dengan pegawai
bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan pihak berkepentingan tentang transformasi.
7

Kementerian juga akan mewujudkan sistem pengurusan prestasi melalui KPI yang jelas,
selain terus melibatkan pegawai kementerian dengan pihak berkepentingan yang lain untuk
mendapatkan maklum balas dan input bagi memastikan keseluruhan sistem pendidikan
terlibat dalam proses transformasi ini.

2.4

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

(MBMMBI)
Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
merupakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan setelah pemansuhan Dasar Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009. Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan
penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi Mata pelajaran Sains dan
Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan bahasa
Malaysia adalah kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat
perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina Negara bangsa
untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Manakala

strategi

memperkukuh

penguasaan

bahasa

inggeris

melibatkan

penambahbaikan kurikulum bahasa inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang
mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Tujuan utama bagi
memperkukuh bahasa inggeris adalah kerana bahasa binggeris merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan
pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Selain itu, pelaksanaan dasar
ini adalah salah satu cara untuk mentransformasikan kurikulum BM dan BI disamping
memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta berkongsi kepakaran penutur jati BI dan guru
kontrak. Ia juga dapat memperluaskan penggunaan bahan dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam BM dan BI. Di samping itu, penempatan bagi guru BM dan BI
mengikut opsyen ikhtisas serta dapat meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa
dan mengukur pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS).

Matlamat utama MBMMBI adalah melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin
untuk menggunakan BM dan BI yang standard, membina modal insan yang mampu
mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti ICT serta membentuk
1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing di
peringkat antarabangsa kearah mencapai Negara maju.
Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Matematikdan Sains dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa
PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian lapangan yang
dijalankan kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam
kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual murid mendapati murid
sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Murid
mengambil masa lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak
faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya
murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran terbabit. Masalah seperti ini bukan saja
dialami sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI
diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu
Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.Antara inisiatif terbabit
ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan
kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah
dan guru bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan
tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.
Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk
dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti
dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan
pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.

3.0

BANTUAN PELAJARAN

Pada bahagian ini, kami akan membincangkan mengenai pengagihan sumber dalam
bentuk bantuan tambahan kepada murid-murid di Malaysia yang telah disediakan oleh pihak
kerajaan dalam memastikan jurang ekonomi antara murid dapat dikecilkan. Semua jenis
bantuan tambahan yang dibincangkan dibawah telah dan sedang dijalankan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia bermulak sejak tahun 1975 lagi. Bantuan-bantuan yang
diberikan dikhususkan kepada murid-murid yang tergolong dalam golongan miskin dan
miskin tegar serta mereka yang memenuhi syarat layak mendapatkan skim-skim bantuan
tersebut. Rujukan utama kami pada bahagian ini di dapati daripada laman web rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016)

3.1

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya


termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan
untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini
telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah
Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
Tujuan skim ini dijalankan adalah untuk emastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa
atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi
persekolahan bermula. Berikut merupakan objektif pengenalan Skim Bantuan Buku Teks ini;
1. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang
kurang mampu.
2. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam
persekolahan mereka.
Perkara di bawah pula menerangkan fungsi SPBT dijalankan.
1. Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah,
Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
2. Mengawal penggunaan buku teks.
10

3.2

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diperkenalkan sejak tahun 1975 kepada
semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Skim ini bertujuan memastikan murid daripada
keluarga kurang berkemampuan menerima kemudahan pinjaman buku teks. Pada tahun 1983,
SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Pengukuhan SPBT
telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2008 dengan
menyediakan kemudahan pinjaman percuma kepada murid tanpa mengira status sosio
ekonomi selaras dengan kehendak masyarakat yang bersesuaian dengan dasar SPBT itu
sendiri.
Kini Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
pembaharuan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menerbitkan CD-ROM pada
setiap keluaran buku teks. CD-ROM tersebut mengandungi teks, ilustrasi grafik, animasi,
audio, video, multimedia interaktif dan aktiviti interaktif termasuk simulasi, permainan
komputer dan ujian (penilaian) interaktif. Ia juga dilengkapi dengan bku catatan elektronik
yang dikenali dengan e-journal sebagai alat komunikasi. Selain menerbitkan buku teks yang
menepati kehendak kurikulum dan berkualiti tinggi, usaha telah diambil untuk memastikan
pakej buku teks yang diterbitkan sesuai untuk kumpulan sasar dan membantu untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid juga diberi peluang untuk menggunakan
CD-ROM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Berdasarkan Surat Ikatan Amanah KWAPM yang diluluskan oleh Kementerian
Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan tabung KWAPM diperolehi daripada
peruntukan kerajaan dan juga sumbangan daripada orang ramai.

Jadual berikut menunjukkan jenis dan kadar bantuan KWAMP kepada murid-murid.

11

Jenis Data/
Status
Kemiskinan

eKASIH &
eDAMAK
(Miskin
Tegar)

eKASIH &
eDAMAK
(Miskin)

Bantuan Am
Persekolahan (BAP)
Sek. Ren. = RM200
bagi seorang pelajar
setahun
Sek. Men. = RM300
bagi seorang pelajar
setahun
Sek. Ren. = RM200 bagi
seorang pelajar setahun
Sek. Men. = RM300 bagi
seorang pelajar setahun

Jumlah Keseluruhan
(RM)

Bantuan Bulanan (BB)

Sek. Ren. = RM500


(RM50 x 10 bulan)

Sek. Ren. = RM700

Sek. Men. = RM600


(RM60 x 10 bulan)

Sek. Men.= RM900

Sek. Ren. = RM250


(RM25 x 10 bulan)

Sek. Ren. = RM450

Sek. Men. = RM300


(RM30 x 10 bulan)

Sek. Men.= RM600

Sek. Ren. = RM200 bagi


Data Sedia
seorang pelajar setahun
Ada
(permohonan
Sek. Men. = RM300 bagi
sekolah)
seorang pelajar setahun

Sek. Ren. = RM200


Sek. Men. =RM300

*Nota:
i.

BAP meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan
persekolahan pelajar;

ii.

BB meliputi wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian pelajar; dan

iii.

Jumlah amaun BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan tabung KWAPM

Seterusnya, kami ingin membincangkan kriteria kelayakan pelajar yang mendapatkan


bantuan KWAMP
1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah
Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau
eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN
TEGAR sahaja.
12

3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis


Kemiskinan (PGK) Nasional semasa.
4. Pelajar BUKAN penerima

apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk

kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak
luar.

3.3

Skim Bantuan Tuisyen (SBT)


SBT telah dilaksanakan di bawah jenama Skim Baucer Tuisyen mulai minggu ke

empat bulan Mac 2004 melalui arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2004 bertarikh 19
Februari 2004. Pelancaran Skim Baucer Tuisyen telah disempurnakan oleh Y.B Menteri
Pelajaran pada 2 Ogos 2004 di Sekolah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan.
SBT adalah bertujuan untuk member peluang bimbingan tambahan atau tuisyen
secara berstruktur dan terancang kepada murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 yang lemah dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan
murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.
Tuisyen yang dilaksanakan di bawah skim ini adalah merupakan usaha tambahan dalam
memulihkan kelemahan murid di samping usaha yang dilaksanakan oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas.
Skim ini disasarkan kepada murid warganegara Malaysia dari golongan keluarga
berpendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan yang belajar di Tahun 4, 4 dan 6 di
sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan. Di bawah skim ini, ibu bapa
murid tersebut diberikan bantuan peruntukan bayaran tuisyen yang disalurkan ke sekolah.
Melalui peruntukan bantuan ini, ibu bapa murid tidak perlu membuat bayaran bagi khidmat
tuisyen di bawah SBT yang diberikan kepada anak-anak mereka.
Melalui skim ini guru yang memberikan tuisyen akan memdapat bayaran sebagai
insentif ke atas usaha mereka. Bayaran ini adalah merupakan pengikhtirafan kerajaan ke atas
guru yang telah sekian lama memberikan kelas tambahan atau tuisyen kepada murid daripada
keluarga miskin sama ada secara sukarela, percuma atau secara bayaran sagu hati.
Melalui SBT adalah diharapkan:
13

1. Contact hour murid dan guru akan bertambah.


2. Keyakinan dan motivasi murid untuk memperbaiki kelemahan mereka serta
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran akan meningkat.
3. Pencapaian akademik murid akan meningkat.
4. Jurang pencapaian antara murid daripada keluarga miskin dan kaya akan berkurangan.
5. Kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat pendidikan yang
lebih tinggi akan meningkat.
SBT adalah merupakan satu pengupayaan kepada ibu bapa daripada golongan miskin
supaya anak-anak mereka yang lemah dalam pelajaran juga berpeluang menikmati
perkhidmatan tuisyen yang selama ini di luar kemampuan ibu bapa. Bagi sekolah, SBT
adalah merupakan satu skim bersumber tahunan tetap yang membantu sekolah dalam
memberikan kelas tuisyen kepada murid miskin yang lemah, terutamanya bagi sekolha yang
berkurangan sumber dan sokongan luar seperti sekolah di luar Bandar dan di kawasan
penduduk miskin.
Syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon skim ini adalah:
1. Murid warganegara Malaysia
2. Belajar di Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan
kerajaan.
3. Pendapatan bulanan keluarga adalah RM 530 dan ke bawah bagi Semenanjung, RM
585 dan ke bawah bagi Sarawak dan RM 685 dan ke bawah bagi Sabah/Labuan.
4. Diperakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.

3.4

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang

terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal,
14

kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid
mendapat makanan yang seimbang.
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri
(JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan,
pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada
murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian
Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke
semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi
criteria utama pemilihan murid.
Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari
bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan
Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan
tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini
dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab
mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta
tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau
dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian
dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95% sekolah di
Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid
beberapa minit sebelum waktu rehat.

3.5

Program Susu Sekolah (PSS)


Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan

Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang
berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat
makanan seimbang semasa berada di sekolah.
15

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid
sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum
murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di
peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah
terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang,
iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.
Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai
tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
1. Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
2. Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang
dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian
atau sukarela.
Objektif Program ini dilaksanakan ialah:
1. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim
Susu Bayaran
2. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang
rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma
3. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan
bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
4. Mengurangkan perbelanjaan sektor awam melalui penglibatan agensi sector swasta.
5. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung
dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
6. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan
pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.

16

Terdapat banyak lagi jenis bantuan tambahan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Skim Perlindungan Murid, Program 3K dan Bantuan
Awal Persekolahan bagi membantu merapatkan jurang ekonomi antara setiap pelajar dari segi
sosio ekonomi. Hal ini kerana, pihak kerajaan Malaysia mahu memastikan setiap rakyatnya
mempunyai hak mendapatkan pendidikan serta mampu menerima pendidikan yang wajib
diperoleh bagi mencapai target Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia 2013 2025
(Kementerian Pendidkan Malaysia, 2012)

4.0

PRASARANA
Berdasarkan peruntukan Bajet 2016 oleh Kementerian Kewangan Malaysia. (2015),

terdapat dua elemen yang menunjukkan sumber kewangan diagihkan dari segi prasarana
pendidikan

di

Malaysia

iaitu

Memantapkan

Kualiti

Pendidikan

Malaysia

serta

Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan (Kementerian Kewangan Malaysia,


2015). Sejumlah 41.3 bilion ringgit telah diperuntukkan di bawah Pelan Pembangunan
Pendidkan Malaysia 2013 2025.
4.1

Memantapkan Kualiti Pendidikan Malaysia


Pihak kerajaan telah membina 30 buah sekolah rendah, 27 buah sekolah menengah, 4

buah MRSM di Sik, Kedah, Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan serta Bagan Datoh, Perak
serta 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah, Segamat
dan Ledang di Johor serta Jerantut, Pahang.
Di samping itu, sebanyak 44.6 juta ringgit telah diperuntukkan bagi program-program
di 9,113 kelas prasekolah

4.2

Membangunkan Dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan

Tambahan lagi, sebanyak RM 500 juta telah diperuntukkan bagi penyelenggaraan fasiliti
dalam aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran di ke semua jenis sekolah-sekolah
berikut.
17

Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Sekolah Mubaligh
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Sekolah Pondok yang berdaftar
Sekolah Menengah Kebangsaan Cina (Conforming School) yang mengguna
pakai kurikulum Kebangsaan
Secara keseluruhannya, pihak kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dan melaburkan
sejumlah amaun yang banyak dari segi kewangan demi menaik taraf tahap pendidikan di
Malaysia. Hal ini bagi memastikan bahawa setiap rakyat di Malaysia mampu menerima
pendidikan sehingga ke tahap tertinggi dan menyumbang semula khidmat bakti mereka
kepada seluruh penduduk Malaysia. Di samping itu, misi Malaysia untuk mencapai taraf
negara maju juga di jadikan batu loncatan bagi pemimpin negara untuk meningkatkan taraf
pendidikan di negara ini.

18

RUJUKAN
Elmie, et. al. (2014). Resources Distribution In Malaysian Education System. Retrieved
December 1, 2016, from http://repository.um.edu.my/1229/1/Fulltext5.pdf.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2016). "Bantuan Pembelajaran." Retrieved 20/12/2016,
from http://www.moe.gov.my/index.php/my/bantuan-pembelajaran.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 20132025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Kewangan Malaysia. (2015). Ucapan Bajet 2016. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Berhad

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 (2015). Retrieved November 30, 2016, from


http://registrar.utm.my/circular/files/2016/03/pp_022015_PenambahbaikanPergerakan-Gaji-Tahunan.pdf
Rao, R. R. & Rohani Jani, (2011). Teacher Allocation and Equity in Malaysian Schools.
International Journal of Institutions and Economics, Vol. 3, No. 1, April 2011, pp
103-112.
Sinar Harian, (2016). Bajet Universiti. Retrieved December 1, 2016, from
http://www.sinarharian.com.my/kampus/bajet-universiti-1.450397
Utusan Online, (2016). Penempatan guru baharu ikut kekosongan dan opsyen. Retrieved
December 1, 2016, from http://www.utusan.com.my/pendidikan/penempatan-gurubaharu-ikut-kekosongan-dan-opsyen-1.177832
Utusan Online, (2016). Tiada Institut Pendidikan Guru bakal ditutup. Retrieved December 1,
2016, from http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiada-institut-pendidikan-gurubakal-ditutup-1.401184

19

You might also like