You are on page 1of 2

Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana

mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas .


Tuliskan sepucuk surat kepada rakan karib anda yang
berada di sekolah lama untuk menceritakan
tentangkeadaan sekolah baru anda.
Chen Yeng
NO. 15 Jalan Sutera,
Taman Sutera Utama,
81300 Skudai, Johor.
13 Julai 2016
Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di
Kuala Lumpur, semoga saudara berada dalam keadaan
sihat dan sejahtera selalu .
Saudara ,
Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh
memohon maaf kepada saudara kerana tidak
memberitahu saudara tentang perpindahan saya ke
sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya
berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikut ayah
yang ditugaskan di sini. Ayah saya merupakan pegawai
polis yang mempunyai banyak tanggungjawab .

Sekarang saya bersekolah di Sekolah Jenis


Kebangsaan Cina Sentul. Sudah sebulan saya mengikuti
pembelajaran di sekolah ini . Setakat ini saya tidak
mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran.
Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas .
Terdapat kolam ikan dan air terjun buatan di hadapan
kawasan sekolah .Di sekolah ini terdapat murid tahun satu
hingga ke tahun enam . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira
lima ribu orang dan mempunyai tiga ratus orang guru .
Sekolah ini mempunyai enam buah blok
bangunan yang masing-masing mempunyai lima tingkat .
Blok bangunan sekolah ini meliputi blokpentadbiran ,
pejabat , dewan dan padang.Di sekolah ini , saya
mendapat ramai rakan baharu yang terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.
Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan
kepada saudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali
dalam surat yang akan datang . Sampaikan salam saya
kepada kawan-kawan di sana .Sekian, terima kasih .

Yang ikhlas ,
Chen Yeng

You might also like