You are on page 1of 1

Assalammualaikum w.b.

t
Salam Muafakat Johor
Salam Segamat Selamat

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah melimpahkan kita dengan
rahmat, taufik dan hidayah bagi membolehkan kita mengorak langkah ke hadapan untuk
meneruskan perjuangan yang belum selesai. Terima kasih kepada semua guru, yang
bertungkus lumus mengajar dan membimbing para pelajar selama ini dan tahniah atas
kejayaan yang kita capai sepanjang tahun 2016.
Pada tahun 2017 ini, guru-guru dan semua warga SKSB sudah tentu mempunyai
tanggungjawab yang lebih mencabar untuk meneruskan langkah, visi dan misi , matlamat
dan menentukan hala tuju sekolah. Keupayaan, keilmuan, keiltizaman dan kesungguhan
usaha kita semua sebagai warga pendidik amat diharapkan dalam memenuhi aspirasi
negara.
Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang, segenap tumpuan dan tindakan kita untuk tahun
2017 ini adalah untuk memantap serta menyerlahkan pencapaian anak didik kita. Sebagai
sekolah yang sentiasa mendokong aspirasi kecemerlangan, kita perlu menyusun strategi
serta program yang rapi, sistematik, bermatlamat dan seterusnya meraih kejayaan. Semua
program yang dijalankan memerlukan keikhlasan untuk dilaksanakan.
Disebalik program yang dirancang, marilah kita bersama-sama membina imej dan kekuatan
dari pelbagai sudut, menganjak paradigma untuk memperkembangkan potensi setiap warga
SKSB ke arah pembinaan insan yang berilmu, bertaqwa, beramal dan berakhlak mulia.
Akhir kata, marilah kita bersatu hati, bekerjasama dalam ukhuwah kekeluargaan dalam
merealisasikan visi dan misi sekolah.

Salam hormat,

__________________
(ROSLI BIN JAMIRAN)
Guru Besar
SK. Sawah Bahru
Labis, Johor.

You might also like