You are on page 1of 39

LATAR MASYARAKAT

Bandingkan latar masyarakat dalam kedua-dua novel yang anda kaji.

Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Renyah karya Gunawan Mahmood
dan novel Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Dalam novel
Renyah, latar masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat usahawan,
iaitu diwakili oleh Datuk Dolhi dan Albert Lee yang menguruskan syarikat
Dolhi-Albert Holding dalam industri pembalakan, perumahan dan
pelancongan. Datuk Dolhi ialah ahli korporat yang terkenal dan sering
dijemput menjadi penceramah untuk melahirkan usahawan-usahawan
muda. Selain itu, masyarakat pelbagai bangsa juga digambarkan dalam
novel ini, iaitu bangsa Melayu, Cina dan Jepun. masyarakat Melayu
diwakili oleh Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera, Mukhlis, Dani,
Wahi, Tengku Munir dan Mastura. Masyarakat Cina pula diwakili oleh Albert
Lee, Robert Lee, Eric dan Elain serta masyarakat Jepun diwakili oleh Yuka
dan Sakate. Seterusnya, masyarakat yang mengamalkan cara hidup
mewah juga digambarkan dalam novel tersebut. Buktinya ialah Hasnol
dan isterinya Linda mengamalkan gaya hidup mewah dan agak kebaratan
sehingga Hasnol mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga
terpaksa berhutang dan menerima rasuah.

Dalam novel Sutera Dalam Lukisan pula, masyarakat yang ikhlas


menolong digambarkan oleh pengarang dalam novel ini. Buktinya ialah
Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Hafiz. Pada Adila, Hafiz
menjadi mangsa alam dan manusia tetapi sebenarnya Hafiz memiliki
kepandaian dan pengetahuan luas. Adila ingin mengubah Hafiz menjadi
manusia yang sempurna semula. Selain itu, masyarakat yang tidak
bertanggungjawab juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Harun
sering memukul, menyepak dan menendang Fatimah sehingga pengsan
apabila Fatimah enggan menyerahkan wang dan seutas rantai. Harun
banyak menghabiskan masanya dengan berjudi. Seterusnya, masyarakat
yang suka membuli juga digambarkan dalam novel tersebut. Buktinya
ialah Alias mengarahkan supaya Bujei terjun ke dalam sungai dan
membenam-benamkan badannya di dalam lumpur apabila Bujei melihat
kelibatnya dan pada masa itu dia ketawa melihat perlakuan Bujei.

NOVEL RENYAH
TEMA :

Novel Renyah bertenakan kemasyarakatan iaitu tekanan hidup yang


dialami oleh seorang bapa akibat daripada tindakan anak-anak yang tidak
sealiran. Datuk Dolhi merupakan seorang ahli korporat begitu bimbang
dan tertekan oleh sikap anak-anaknya yang tidak berminat dengan dunia
perniagaan. Hasnol leboh berminat dengan kerja makan gaji dengan
kerajaan sebagai pegawai tadbir diplomatik. Dia memberi alasan bahawa
dia tidak mahu bekerja di bawah tekanan masa dan tekanan kerja. Dia
lebih suka bekerja mengikut waktu pejabat jika dibandingkan dengan
bekerja dalam bidang perniagaan yang tidak tentu masa. Manakala
tekanan kerja pula tidak begitu membebankan sebagaimana dalam
bidang perniagaan.

Ilham pula lebih berminat dengan bidang seni sastera dan kerjakerja amal. Dia suka menulis sajak dan terlibat dengan aktiviti
pemuliharaan alam sekitar dan alam semulajadi. Dani pula lebih berminat
dengan bidang muzik dan bercita-cita untuk merakamkan album pada
suatu hari nanti. Dia asyik dengan kegiatan mencipta lagu. Mukhlis lebih
cenderung kepada bidang keagamaan. Dia langsung tidak memikirkan
tentang kerja sebaliknya memikirkan tentang ibadat dan dakwah.
Manakala Amera lebih berminta dan berbangga dengan kerjayanya
sebagai seorang guru. Keadaan ini membuatkan Datuk Dolhi risau dengan
perniagaannya yang dikongsi dengan Albert Lee. Dia tidak ada pengganti
yang akanmenyebabkan perniagaannya akan terlepas ke tangan orang
lain. Datuk Dolhi tidak mempunyai cara lain selain daripada
mengharapkan Wahi, anaknya dengan isteri pertama untuk mewarisi
perniagaannya.

PERSOALAN :

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis dalam novel ini ialah
persoalan kerjaya yang menjadi pilihan seseorang berdasarkan minat dan
peluang pada masa depan dalam kerjaya berkenaan. Datuk Dolhi sendiri
berminat dengan dunia perniagaan sehingga perniagaannya berdiri kukuh
dan melabur dalam bidang pembalakan di Sarawak. Hasnol lebih suka
bekerja dengan sektor awam sebagai pegawai tadbir diplomatik. Dia tidak
suka kepada tekanan masa dan tekanan kerja. Dani lebih berminat
dengan kerjaya sebagai penyanyi. Dia mencari peluang untuk menjadi
popular dan merakam album pada suatu hari nanti. Manakala Amera pula
lebih berminat dengan kerjaya sebagai pendidik. Dia berbangga apabila
menerima anugerah pendidik terbaik seluruh negeri.

Persoalan lain yang penting dalam novel ini ialah persoalan


pengaruh dalam bidang perniagaan. Dalam novel ini, Datuk Dolhi dan
Albert Lee berkongsi niaga dan saling memerlukan. Mereka merancang
agar hubungan mereka lebih kukuh dan hubungan itu akan
mempengaruhi perniagaan mereka. Mereka merancang untuk
mendekatkan lagi hubungan mereka menjadi hubungan keluarga. Mereka
ingin menjodohkan anak mereka iaitu Hasnol dengan Ealin. Apabila Hasnol
memilih Linda, anak seorang diplomat, mereka menaruh harapan kepada
Amera pula. Amera dirancang akan dijodohkan dengan Robert Lee. Malah
Robert Lee sanggup memeluk agama Islam untuk memperkukuhkan
pengaruh keluarga mereka dalam syarikat berkenaan. Namun Amera
memilih seorang timbalan menteri menyebabkan usaha Albert Lee tidak
kesampaian.

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan masalah


sosial dalam kalangan muda-mudi iaitu masalah menagihan dadah dalam
kalangan artis. Dani yang berminat dengan muzik dan bercita-cita untuk
merakam album sendiri suatu hari nanti. Namun dia telah terjebak
dengan najis dadah. Pada malam persembahan kumpulannya di sebuah
pekan anjuran belia di tempat tersebut. Dani tidak dapat naik ke pentas
kepada ketagihan dadah. Dia meninggalkan tempat itu untuk mencari
pembekal dadah. Persembahan tanpa penyanyi utama tela menimbulkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat. Dani telah ditangap polis.
Apabial berita penangkapannya tersiar, lagu-lagunya digam oleh RTM.

Persoalan lain yang tidak kurang pentingnya dalam novel Renyah


adalah persoalan ibadat dan dakwah tanpa ilmu agama yang mencukupi.

Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak Mukhlis. Sejak dari awal
dia tidak berminat dengan kerja apatah lagi bidang perniagaan ayahnya.
Dia menganggap perniagaan penuh dengan riba. Mukhlis telah mengikut
kumpulan dakwah untuk berdakwah. Kumpulan dakwah itu bergerak
hingga ke luar negara. Namun Mukhlis tidak ada asas agama yang cukup.
Dia hanya terpengaruh dengan kawan-kawannya hingga menyebabkan
dia berkahwin dengan bekas isteri gurunya. Dia hidup dalam keadaan daif.
Isterinya kembali kepada bekas suaminya menyebabkan Mukhlis tertekan
dan mengalami gangguan emosi.

Pengarang juga mengungkapkan persoalan rasuah dalam bidang


perkhidmatan akibat daripada amalan gaya hidup mewah. Persoalan ini
digambarkan melalui watak Hasnol. Walaupun dia hanya bekerja dalam
sektor awam sebagai pegawai tadbir diplomatik, namun dia menjalani
hidup dengan gaya mewah. Dia menjadi ahli kelab golf dengan
bayaranyang tinggi. Yuran kelab tidak tertanggung olehnya menyebabkan
dia cuba mendapatkan wang daripada bapanya Datuk Dolhi. Isterinya pula
mendesak untuk pergi melancong ke luar negara. Perkenalannya dengan
Tengku Munir yang menawarkan rasuah telah menyebabkan Hasnol
terperangkap. Dia akan mendapat habuan sekiranya tander diluluskan
kepada Tangku Munir. Dengan wang itu dia mahu membawa isteri dan
anaknya ke Eropah. Hasnol akhirnya ditangkap.
Menyentuh tentang budaya kerja, pengarang turut mengungkapkan
persoalan budaya kerja masyarakat Jepun dalam bidang mengurusan.
Datuk Dolhi mahu Wahi belajar banyak perkara tentang budaya kerja
dan kemahiran yang ada dalam masyarakat Jepun. Mereka mempunyai
Sistem Kendali Mutu dalam bidang mengurusan. Pekedai mereka sentiasa
melayan dengan mulut yang sentiasa manis dan tidak lekang dengan
ucapan selamat datang dan terima kasih. Pembungkusan mereka bikan
saja baik malah cantik dan menarik hasil daripada pengalaman mereka
sendiri. Datuk Dolhi juga tertarik dengan pelaksanaan Kawalan Mutu
Menyeluruh yang dipraktikkan di Jepun. Ia akan diterapkan di dalam
pengurusna syarikat Dolhi-Albert Holding.

WATAK DAN PERWATAKAN :

A) DATUK DOLHI

Datuk Dolhi berusia 60-an. Suami kepada Datin Tominah. Hasil


daripada perkahwinan itu, Datuk Dolhi mendapat lima orang anak iaitu
Hasnol, Mukhlis, Ilham, Dani dan Amera. Dia juga pernah berkahwin
dengan Mastura. Wahi adalah hasil daripada perkahwinan tersebut.
Namun perkahwinan tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Datin
Tominah. Datuk Dolhi menguruskanperniagaan kongsi bersama dengan
Albert Lee iaitu Dolhi-Albert Holding.

Dari segi perwatakan, Datuk Dolhi digambarkan sebagai seorang


yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya. Dia cuba untuk
memastikan anak-anaknya bekerja dengan syarikat miliknya agar
mendapat pendapatan yang lebih baik. Walaupun dia tidak suka dengan
kegiatan Mukhlis, dia tetap kasihan dan mencari Mukhlis di perkampungan
jemaah Mukhlis setelah mendapat berita bahawa Mukhlis hidup dalam
keadaan amat daif. Hasnol telah ditangkap kerana rasuah manakala Dani
telah ditangkap kerana menagih dadah. Datuk Dolhi telah menjamin
kedua-dua anaknya daripada tahanan.

Datuk Dolhi juga amat mengambil berat tentang perniagaan. Dia


cuba mengembangkan lagi perniagaannya ke luar negara. Dia cuba
menambah baik pengurusan perniagaannya dengan menghantar Wahi ke
Jepun dengan harapan Wahi dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan
pengalaman orang Jepun dalam bidang pengurusan perniagaan. Dia juga
merasakan bahawa dia sudah tua. Dia mahu anak-anaknya mewarisi
perniagaannya. Namun tiada seorang pun anak-anaknya yang
menunjukkan minat dalam bidang perniagaan selain daripada Wahi. Oleh
sebabitu dia melantik Wahi untuk menggantikannya penguruskan
syarikat.

Pengarang juga menggambarkan Datuk Dolhi sebagai seorang yang


tegas. Semasa Mukhlis bersama dua orangr rakan datang untuk
meminjam wang daripadanya, Datuk Dolhi tetap berkeras tidak
memberikan wang itu kepada Mukhlis. Dia yakin apa yang dilakukan oleh
Mukhlis adalah salah. Demikian juga dengan layanannya terhadap Hasnol.
Hasnol juga berjumpa dengannya untuk meminjam wang sebanyak
sepuluh ribu ringgit. Datuk Dolhi tidak mahu memberikan wang tersebut.
Dia tetap memegang amanah bahawa wang tersebut adalah milik
syarikat. Datuk Dolhi juga membiarkan sahaja Ilham dengan agendanya

menentang pembalakan di Sarawak. Dia tidak memanggil Ilham balik


walaupun diminta oleh Albert Lee.

Dalam menghadapi kenyataan, datuk Dolhi digambarkan sebagai


seorang yang sanggup menangung risiko. Tidak seorang pun daripada
anaknya dapat diharapkan untuk mewarisi perniagaannya melainkan
Wahi. Keadaan ini menyebabkan dia terpaksa mengumumkan Wahi adalah
anaknya. Dia sanggup menerima segala risiko daripada keluarganya demi
kelangsungan perniagaannya. Hasnol dan dani tidak puas hati dan
menganggap Datuk Dolhi membelakangkan anak-anak. Datin Tominah
mengambil sikap berkonfrantasi dengan tidak mempenudikan makan dan
pakai Datuk Dolhi. Namun keadaan itu hanya berlaku selama beberapa
minggu sahaja. Keadaanmenjadi reda dan Datin Tominah menerima Wahi
dengan dada terbuka.

B)

DATIN TOMINAH

Datin Tominah adalah isteri pertama kepada Datuk Dolhi. Hasil


perkahwinannya dengan Datuk Dolhi, dia mendapat lima orang anak. Dari
segi perwatakan, Datin Tominah digambarkan sebagai seorang yang suka
bersosial. Semasa ketiadaan Datuk Dolhi, dia menghubungi kawan-kawan
datin yang lain untuk bertanya khabar dan membincangkan tentang
kebajikan mereka. Datin Tominah juga berjumpa dengan mereka dan
mencadangkan penubuhan kelab datin. Dia juga mengajak Datul Dolhi
pergi ke pertunjukan fesyen dan bercadang untuk membuka butik
bersama beberapa orang datin lain.

Selain daripada itu, dia juga seorang yang sensitif. Dia rasa
tersinggung dengan sikap Hasnol yang meniggalkan rumah dengan
perasaan marah apabila Datuk Dolhi tidak mahu memberikan wang
kepadanya. Sekali lagi dia tersinggung dengan sikap Hasnol apabila
Hasnol menghampaskan gagang telefon apabila dia tidak dapat
memberikan wang yang diminta oleh Hasnol melalui telefon. Datin
Tominah juga sedih dengan sikap Ilham yang terlibat dengan tunjuk
perasaan menentang pembalakan. Datin Tominah menitiskan air mata
apabila mengetahui keadaan sebenar yang terpaksa ditanggung oleh
Mukhlis semasa Mukhlis pulang ke rumah.
C) HASNOL

Hasnol adalah anak pertama Datuk Dolhi dengan Datin Tominah. Dia
bekerja sebagai pegawai tadbir diplomatik. Suami kepada Linda, anak
kepada seorang diplomat. Dari segi perwatakan, Hasnol digambarkan
sebagai seorang yang keras hati. Dia menolak permintaan ayahnya Datuk
Dolhi supaya dia berhenti kerja dan mencebur diri dalam bidang
perniagaan. Dia memberikan pelbagai alasan seperti masalah pencen,
masa bekerja dan juga cabaran dalam bidang perniagaan. Dia
menganggap bahawa kerja dalam sektor awam sebagai pegawai tadbir
diplomatik adalah yang terbaik baginya. Dia juga menolak cadangan itu
semasa dipujuk pleh ibunya Datin Tominah.

Hasnol juga digambarkan sebagai seorang pemarah. Ketika dia


pulang ke rumah bertemu dengan ayahnya Datuk Dolhi untuk meminjam
wang, dia marah apabila Datuk Dolhi tidak mahu memberikan wang yang
diminta. Dia terus keluar dari rumah itu dengan perasaan marah. Dai juga
telah menghubungi ibunya Datin Tominah untuk meminjam wang. Namun
Datin Tominah tidak mempunyai wang untuk dipinjamkan kepadanya.
Marah dengan keputusan ibunya, Hasnol telah menghempaskan gagang
telefon menyebabkan Datin Tominah tersinggung.

Pengarang juga menggambarkan perwatakan Hasnol sebagai


seorang yang suka kepada gaya hidup mewah. Dia menjadi ahli kelab golf
dengan bayaran beribu ringgit. Perbelanjaan itu tidak mampu ditanggung
olehnya dengan gaji sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik. Dia juga
mempunyai sebuah kereta mewah. Dia cuba meminjam wang daripada
bapanya. Selain daripada itu kehidupannya dipengaruhi oleh isterinya
Linda yang suka melancong. Untuk memenuhi tuntutan itu, dia terpaksa
mendapatkan sumber kewangan yang lain. Kehadiran Tengku Munir
menjadi titik tolak penglibatannya dengan rasuah melalui tander yang
dimohon oleh Tengku Munir.

LATAR

A) LATAR TEMPAT

Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama


di sekitar negeri Selangor. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat di
rumah Datuk Dolhi. Penggunaan latar tempat ini bermula seawal bab
pertama. Datuk Dolhi termenung memikirkan karenah anak-anaknya.
Kemudian dia ditegur oleh isterinya Datin Tominah. Mereka berbincang
tentang anak-anak mereka. Antara peristiwa lain ialah kedatangan Hasnol
pada suatu pagi untuk meminjam wang daripada ayahnya Datuk Dolhi.
Datuk Dolhi tidak dapat memberikan wang yang diinginkan menyebabkan
Hasnol berlalu meinggalkan mereka. Di rumah itu juga Dani dan Ilham
berbincang tentang penciptaan lagu. Ilham mencadangkan Dani supaya
menggunakan sajaknya sebagai lirik lagu. Mukhlis pulang bertemu
dengan Datin Tominah dan meluahkan perasaannya yang hidup dalam
keadaan daif. Datin Tominah menasihatkannya bersabar. Majlis
perkahwinan Amera dilakukan di rumah tersebut. Datuk Dolhi
menceritakan hal sebenar tentang Wahi kepada keluarganya.

Beberapa peristiwa juga berlaku di pejabat Dolhi-Albert Holding iaitu


pejabat datuk Dolhi bekerja. Datuk Dolhi menerima kedatangan Raj
Hussein daripada Ramaco Consultant dan mereka berbincang tentang
nama vila yang sedang diusahakan. Di situ juga Datuk Dilhi membuat
persediaan untuk menyampaikan ceramah motivasi keusahawanan
kepada golongan belia. Mukhlis telah datang ke pejabat Datuk Dolhi untuk
meminta atau meminjam wang daripada datuk Dolhi. Datuk Dolhi
menegur Mukhlis tentang penampilan Mukhlis yang kelihatan tidak
terurus. Datuk Dilhi mahu Mukhlis meninggalkan kegiatannya berdakwah
dan bekerja di syarikat itu. Mukhlis tetap dengan pendiriannya untuk
berdakwah dan menganggap perniagaan sekarang tidak sama seperti
perniagaan pada zaman nabi. Mukhlis meninggalkan pejabat Datuk Dolhi
setelah gagal mendapatkan wang yang diinginkan.

Peristiwa penting yang lain berlaku di Jepun. Datuk Dolhi pergi


bercuti dan berehat di sana apabila menghadapi banyak karenah anakanaknya. Dia ingin menenangkan fikirannya yang kacau. Di sana dia
bertemu dengan Wahi. Datuk Dolhi bersiar-siar dengan Wahi. Dia juga
teringatkan kenangannya bersama Mastura, isteri yang dikahwininya
selepas berkahwin dengan Datin Tominah. Hasil daripada perkahwinan itu
dia mendapat seorang anak iaitu Wahi. Di Jepun juga Datuk Dolhi
memberitahu Wahi bahawa Wahi adalah anak kandungnya. Wahi telah
mengetahu perkara tersebut melalui neneknya. Wahi juga telah memilih
seorang wanita Jepun untuk dijadikan isterinya. Semasa di Lapangan
Terbang Narita Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia akan
menyerahkan Dolhi-Albert Holding kepada Wahi.

Pengarang juga menggambarkan latar perkampungan jemaah


dakwah di Kampung Sungai Bakau. Kampung itu menjadi pusat kegiatan
dakwah yang songsang. Mukhlis telah berkahwin dengan bekas isteri
kepada gurunya dan tinggal di perkampungan tersebut. Mukhlis hidup
dalam kesempitan dan terpaksa menyara dua orang anak tirinya. Mukhlis
rasa tertipu dengan perkahwinan tersebut. Dia bekerja di kilang mi
dengan bayaran sebanyak lima ringgit sehari. Tidak lama kemudian
isterinya kembali kepada bekas suaminya menyebabkan Mukhlis
mengalami tekanan perasaan. Dia menjadi tidak siuman dan cuba
menyerang gurunya. Datuk Dolhi datang ke perkampungan tersebut
bersama Ustaz Hashim untuk mencari Mukhlis. Datuk Dolhi melihat
keadaan rumah Mukhlis yang menyedihkan. Mukhlis telah tiada di rumah
itu.

B) LATAR MASA

Tidak banyak yang digambarkan oleh pengarang dari segi zaman.


Pembaca dapat gambaran bahawa peristiwa dalam novel ini berlaku pada
tahun 1990-an iaitu semasa Tun Dr.Mahathir masih menjadi Perdana
Menteri. Pengarang menggambarkan Datuk Dolhi menggunakan ucapan
PM yang bertarikh 10 Januari 1992 sebagai rujukan untuk menyampaikan
ceraman motivasi keusahawanannya kepada golongan belia.
Dari segi latar waktu, pengarang pengarang banyak menggunakan
latar waktu pagi. Banyak peristiwa penting dalam novel ini berlaku pada

waktu pagi. Antaranya ialah peristiwa Albert Lee datang menjemput Datuk
Dolhi di rumahnya untuk pergi berjoging di Bukit Serakah. Di sana Albert
Lee bertanyakan tentang anak-anak Datk Dolhi. Wahi menghubungi Datuk
Dolhi melalui telefon juga pada waktu pagi. Dia memberitahu tantang
kualiti kerja dan produk orang-orang Jepun kepada Datuk Dolhi
terutamanya tentang kawalan mutu. Datuk Dolhi berpesan kepada Wahi
agar menimba sebanyak mungkin pelajaran dan pengalaman semasa
berada di Jepun. Hasnol datang ke rumah Datul Dolhi pada waktu pagi
untuk meminjam wang. Dia perlukan wang untuk menjelaskan yuran
kelab golf. Pembantu rumah Datuk Dolhi memohon untuk berhenti kerja
pada waktu pagi. Datin Tominah mendapat tahu kemudiannya bahawa
Ilham telah mencabul pembantu rumah tersebut. Datuk Dolhi membuat
keputusan untuk berehat dan bercuti di Jepun pada waktu pagi. Dia ingin
menenangkan fikirannya yang kusut. Datuk Dolhi tiba di Jepun pada pukul
6.15 pagi dan disambut oleh Wahi. Keluarga albert Lee berbincang pada
waktu pagi tentang hubungan Robert Lee dengan Amera. Mereka juga
berbincang tentang cara untuk memperkukuhkan pengaruh keluarga
mereka dalam Dolhi-Albert Holding. Rombongan wakil timbalan menteri
datang ke rumah Datuk Dolhi pada waktu pagi. Mereka membawa cincin
Tanya kepada Amera. Tengku Munir dan pegawainya datang ke pejabat
menteri besar pada waktu pagi untuk membuat laporan bahawa Hasnol
meminta wang satu juta ringgit daripadanya untuk meluluskan dia belas
tandernya.
Beberapa peristiwa penting juga digambarkan berlaku pada waktu
malam. Antara peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah peristiwa
Datuk Dolhi menemani Datin Tominah pergi ke pertunjukan fesyen busana
Islam. Datuk Dolhi berasa bosan dengan suasana di majlis tersebut.
Datuk Dolhi berlepas ke Jepun pada waktu malam iaitu pada pukul 10.45
malam dari Lapangan Terbang antarabangsa Subang. Hasnol dan Tengku
Munir berjanji dan bertemu di Hotel Teratai Inn pada waktu malam. Tengku
Munir menawarkan ganjaran kepada Hasnol supaya Hasnol meluluskan
dua belas tandernya. Robert Lee cuba menghubungi Amera pada waktu
malam. Namun Amera bersikap dingin. Datuk Dolhi menjelaskan
kedudukan Wahi kepada keluarganya pada waktu malam. Penjelasan itu
menyebabkan keluarga itu gembar. Datin Tominah menangis kerana rasa
tertipu. Dani juga ditangkap oleh polis pada waktu malam. Dia tidak
muncul di atas pental semasa persembahan kumpulannya. Sebaliknya dia
pergi mendapatkan pembekal dadah kerana dia ketagihan.

C) LATAR MASYARAKAT

Secara umumnya pengarang novel ini menggambarkan kehidupan


masyarakat Melayu melalui keluarga Datuk Dolhi. Selain daripada
keluarga Datuk Dolhi, terdapat beberapa watak lain yang terdiri daripada
orang Melayu seperti Ustaz Hashim, Tengku Munir dan timbalam menteri
iaitu YB Wahab. Selain daripada masyarakat Melayu, pengarang juga
menggambarkan watak daripada masyarakat Cina melalui keluarga Albert
Lee. Dia merupakan rakan kongsi Datuk Dolhi dalam perniagaan.
Dari segi kemasyarakatan, pengarang menggambarkan masyarakat
korporat yang diwakili oleh Datuk Dolhi sendiri sebagai watak utama dan
Albert Lee sebagai rakan kongsi Datuk Dolhi. Mereka melaksanakan projek
pembangunan seperti vila dan juga melabur dalam bidang pembalakan di
Sarawak. Melalui dialog Datuk Dolhi yang ditujukan kepada anak-anaknya
menggambarkan bahawa bidang korporat atau bidang perniagaan
membawa keuntungan yang lumayan berbanding dengan bidang lain
terutamanya sektor awam. Datuk Dolhi memujuk Hasnol agar bekerja
dengan syarikatnya jka ingin hidup mewah dengan pendapatan tinggi.
Keluarga Datuk Dolhi juga merupakan gambaran masyarakat yang
mengalami masalah kecelaruan dalam keluarga akibat daripada ahli
keluarga yang tidak sefahaman. Bermula daripada Datuk Dolhi sendiri
yang lebih cenderung dalam bidang perniagaan tidak mendapat sokongan
daripada anak-anak. Malah anak-anaknya lebih suka memilih kerjaya
sendiri berdasarkan minat dan keslesaan. Hasnol Lebih selesa dengan
jawatan sebagai pegawai tadbir diplomatik dalam sentor awam. Dani lebih
bangga sebagai penyanyi rock. Amera lebih bangga menjadi pendidik dan
mempunyai peluang untuk berjaya serta menjadi guru cemerlang.
Manakala Mukhlis pula tidak berminat langsung untuk mempunyai kerjaya
yang boleh menjamin kehidupannya. Semua karenah mereka
membuatkan fikiran Datuk Dolhi bercelaru.

Watak Mukhlis dalam novel ini menggambarkan masyarakat yang


terlibat dengan dakwah songsang. Mereka mengikut jemaah tanpa
menyelidik latar belakang jemaah dan fahaman mereka. Lebih malang lagi
mereka berdakwah tanpa ilmu pengetahuan agala yang mencukupi.
Mereka terpengaruh dengan guru mereka yang berselindung di sebalik
kegiatan agama dan dakwah untuk kepentingan peribadi. Guru mereka
hidup mewah manakala pengikut termasuk Mukhlis hidup dalam keadaan
yang daif. Mereka disogokkan dengan fahaman yang songsang. Mereka
hanya mementingkan dakwah tanpa memikirkan soal kehidupan dunia.

Mukhlis tidak mahu bekerja dengan ayahnya Datuk Dolhi kerana


berpendapat bidang perniagaan penuh dengan riba.

Pengarang juga menyentuh tentang gejala sosial dalam kalangan


masyarakat. Watak Dani menggambarkan masyarakat remaja yang
terlibat dengan masalah penagihan dadah. Secara tidak langsung ia
dikaitkan dengan dunia hiburan iaitu kumpulan rock yang banyak
terdedah dengan masalah menagihan dadah. Dani telah lupa diri dan
berubah dari segi perwatakan seterusnya terlibat denganpenagihan
dadah. Pada melam persembahan kumpulannya, dia tidak muncul di
pentas kepada ketagihan. Dia telah pergi mencari pembekal dadah untuk
mendapatkan bekalan dadah tersebut. Dia telah ditangkap polis dan
berita penangkapannya telah tersiar dalam akhbar. Lagu kumpulannya
telah digam oleh RTM.

Watak Hasnol pula menggambarkan masyarakat hidup dengan cara


mewah dan mengamalkan rasuah. Hasnol yang hanya bekerja sebagai
pegawai tadbir diplomatik hidup dengan cara mewah. Dia memiliki
sebuah kereta mewah dan menjadi ahli kelab golf dengan yuran yang
mahal. Akhirnya gaji yang diperolehi tidak dapat menampung
perbelanjaannya. Dia juga telah aberkahwin dengan Linda, anak seorang
diplomat. Linda tidak suka Hasnol berherti kerja dan bekerja dalam bidang
perniagaan. Dia juga suka melancong dan telah mendesak Hasnol untuk
membawa mereka ke Eropah. Akibat daripada terdesak, Hasnol telah
menerima tawaran Tengku Munir untuk mendapatkan wang. Hasnol
menerima rasuah untuk meluluskan dua belas tender Tengku Munir.
Hasnol akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa.

PENGAJARAN

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam


kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran awal yang dapat
dikesan dalam novel ialah seseorang ibu paba tidak sepatutnya
menentukan dan memaksa anak-anak untuk memilih kerjaya tertentu.
Sebagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Dolhi, walaupun dia
mahu anak-anaknya bekerja dan mewarisi perniagaannya, dia tidak
memaksa anak-anaknya untuk bekerja dengannya. Dia hanya menasihat
manakala anak-anaknya tidak berminat dengan dunia perniagaan. Dia

tidak memaksa Hasnol atau Amera berhenti kerja dan bekerja


dengannya. Dia tidak memaksa Mukhlis, Dani atau Ilham bkerja
dengannya.
Kita juga hendaklah mengutamakan barangan dan bahasa tempatan iaitu
Bahasa Malaysia. Datuk Dolhi tidak menggunakan kereta import sebagai
kereta rasminya. Sebaliknya dia hanya mengunakan kereta limosin
tempatan. Manakala dari segi penggunaan bahasa, Datuk Dolhi dan Raj
Hussein berbincang untuk menukar nama Vila yang mereka bangunkan.
Nama Rosana Lia Villa yang dicadangkan sebelum ini telah ditegur oleh
menteri yang mengatakan nama tersebut agak kebaratan. Oleh sebab itu
mereka telah memilih dan mencadangkan nama yang lain termasuklah
Lazuardi Villa, Vila Paksima dan nama lain yang akan dicadangkan.

Kita janganlah mengamalkan rasuah dalam pengurusan untuk menikmati


kemewahan hidup. Hasnol yang hanya bekerja sebagai pegawai tadbir
diplomatik mengamalkan cara hidup kebaratan yang mewah. Dia menjadi
ahli kelab golf dengan bayaran yuran yang tinggi. Isterinya Linda pula
tidak suka melancong dan tidak suka Hasnol bekerja dengan Datuk Dolhi.
Perbelanjaan yang besar menyebabkan gaji Hasnol tidak mencukupi.
Akibatnya dia menerima rasuah daripada Tengku Munir dengan syarat dia
perlu meluluskan dua belas tender Tengku Munir. Dia terpaksa melarikan
diri ke luar negara setelah pihak berkuasa mengetahuinya. Peristiwa itu
telah mencemarkan nama baik Datuk Dolhi. Dia akhirnya ditangkap.

Kita janganlah terpengaruh dengan dakwah yang songsang kerana


mereka hanya mahu memenuhi kepentingan peribadi. Hal ini telah terjadi
kepada Mukhlis. Dia telah terpengaruh dengan jemaahnya yang
berselindung di sebalik penyebaran agama Islam dan dakwah. Dia tidak
lagi memikirkan soal kerjaya dan kehidupan di dunia sebaliknya hanya
memikirkan akhrat. Akibatnya dia tidak mahu bekerja sedangkan kegiatan
untuk berdakwah perlu perbelanjaan sendiri. Mukhlis rasa tertipu setelah
berkahwin dengan bekas isteri gurunya dan mula merasai bebanan hidup.
Dia mulai sedar akan kebenaran kata-kata dan nasihat ayahnya Datuk
Dolhi.

Kita juga hendaklah menyayangi dan memelihara alamsemulajadi dan


alam sekitar dengan baik. Sikap ini ditunjukkan oleh Ilham yang selari
dengan minatnya dalam bidang seni. Ilham selalu memikirkan soal alam
sekitar dan penindasan kaum Penan di Sarawak dan cuba meluahkan

fikiran dan perasaannya dalam sajak-sajak yang ditulis. Dia juga bergiat
dalam pertubuhan bukan kerajaan yang berusaha menentang
kemusnahan alam termasuk aktiviti pembalakan. Dia telah menyertai
tunjuk perasaan menentang pembalakan di Sarawak bersama beberapa
orang Barat. Dia kemudiannya diburu oleh pihak berkuasa dan melarikan
diri ke luar negara.

Kita janganlah terlalu mementingkan kehidupan akhirat sehingga


melupakan urusan dan kepentingan di dunia. Pengajaran ini juga boleh
diperhatikan melalui watak Mukhlis. Akibat terpengaruh dengan fahaman
kumpulannya, dia hanya mahu berdakwah dan mengejar akhirat sematamata. Dia tidak mahu bekerja walaupun telah dinasihatkan oleh ayahnya
Datuk Dolhi. Malah dia telah menganggap dan mengatakan bahawa
perniagaan yang dilaksanakan oleh ayahnya Datuk Dolhi semata-mata
untuk kepentingan dunia dan penuh dengan riba. Mukhlis hanya
menyedari akan kepentingan bekerja hanya setalah dia berkahwin dan
terpaksa menyara isteri dan dua orang anak tirinya.

Setiap ibu bapa hendaklah memantau dan mengambil tahu akan


perkembangan dan kegiatan anak-anak mereka. Sikap ini adalah untuk
memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak
bermoral dan menyalahi undang-undang. Datuk Doilhi pernah menegur
rambut Dani yang panjang dan pakaian Dani yang tidak terurus. Datuk
Dolhi tahu akan perkembangan diri Dani yang berkawan dengan budakbudak penagih. Dia menasihati Dani agar mengurangkan bergaul dengan
kawan-kawan seperti itu. Malah dia pernah memberi amaran kepada Dani
bahawa dia tidak mahu menjamin jikalau Dani ditahan dan dipenjarakan.

Seseorang remaja janganlah terlibat dengan najis dadah kerana ia boleh


merosakkan masa depan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak
Dani. Walaupun telah dinasihatkan oleh ayahnya Datuk Dolhi agar dia
membataskan pergaulan dengan budak-budak menagih, namun dia tidak
mengendahkan nasihat tersebut. Akibatnya dia telah terpengaruh dan
telah menagih dadah. Dani bukan sahaja tidak dapat menyanyi pada
malam persembahan kumpulannya malah dia telah ditangkap polis. Pada
masa tersebut kumpulannya telah merakamkan album. Ekoran daripada
itu lagu-lagu kumpulannya telah digam oleh RTM.

NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini.
Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang kepada ibu bapa dan
juga kasih sayang kepada isteri. Datuk Dolhi dan Datin Tominah
sayangkan anak-anak mereka. Datin Tominah menangis mengenangkan
Mukhlis yang hidup daif terutamanya setelah berkahwin. Datuk Dokhi
menjamin Hasnol dan Dani setelah mereka ditangkap oleh pihak
berkuasa. Hasnol pula terlalu sayangkan isterinya Linda sehingga dia cuba
memenuhi segala permintaan Linda. Kerana desakan Linda dia terjebak
dengan rasuah untuk mendapatkan wang untuk perbelanjaan melancong
ke luar negara.

Pada watak Datuk Dolhi terdapat nilai ketegasan. Semasa Hasnol datang
untuk meminjam daripadanya, dia telah menegaskan bahawa dia tidak
dapat memberikan wang kepada Hasnol kerana wang yang ada adalah
wang syarikat. Semasa Mukhlis datang ke pejabatnya, Datuk Dolhi tegas
mempertahankan pendiriannya bahawa perniagaan yang dilakukannya
adalah betul dan mengikut syariat nabi. Mukhlis bersama dua orang
kawannya datang ke rumah Datuk Dolhi untuk memujuk Datuk Dolhi agar
menaja perbelanjaan Mukhlis untuk berdakwah ke luar Negara. Namun dia
juga bertegas tidak mahu memberikan wang kepada Mukhlis.

Watak Datuk Dolhi juga menggambarkan nilai tanggungjawab sebagai


seorang bapa. Datuk Dolhi telah memberi pelajaran yang cukup kepada
anak-anaknya termasuklah Hasnol. Malah sejak dari Hasnol kecil lagi
Datuk Dolhi berdoa agar Hasnol menjadi seorang pegawai tinggi dalam
kerajaan. Demikian juga dengan Mukhlis. Dia pernah belajar hingga ke
menara gading dan bergelar siswazah. Dia juga mahukan anak-anaknya
hidup senang dengan memujuk mereka supaya mencebur diri dalam
bidang perniagaan dan bekerja dengannya. Dia juga turut menjamin
Hasnol dan Dani selepas mereka berdua ditangkap oleh pihak berkuasa.

Nilai kegigihan turut digambarkan oleh pengarang. Nilai ini ditunjukkan


oleh Wahi yangsedang berada di Jepun. Dia gigih menuntut ilmu dan
menimba pengalaman di sana dalam bidang pengurusan kualiti. Dia
banyak memberi cadangan kepada Datuk Dolhi tentang kawalan mutu
produk. Kegigihannya menyebabkan Datuk Dolhi ingin menyerahkan

pergurusan syarikat kepadanya. Kegigihan juga dapat diperhatikan


melalui watak Amera. Dia gigih mendidik muridnya sehingga dia
mendapat anugerah sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang peringkat negeri.

Nilai kerjasama dalam novel ini dapat diperhatikan oleh pembaca melalui
watak Datuk Dolhi dan watak Albert Lee. Mereka bekerjasama dalam
menubuhkan dan mengusahakan syarikat yang diberi nama Dolhi-Albert
Holding. Syarikat itu berkembang hingga ke luar negara. Mereka juga
saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka juga merancang untuk
memperteguhkan lagi syarikat dengan cara merapatkan hubungan antara
mereka. Mereka merancang untuk mengahwinkan anak-anak mekeka.
Hasnol mahu dijodohkan dengan Elain manakala Amera hendak
dijodohkan dengan Robert Lee. Namun Hasnol dan Amera akhirnya
memilih jodoh mereka sendiri.

Nilai jati diri dibambarkan dengan jelas oleh pengarang melalui beberapa
watak dalam novel termasuk watak Datuk Dolhi sendiri. Datuk Dolhi tidak
mahu menggunakan kenderaan import malah dia lebih suka
menggunakan limosin tempatan sebagai kenderaannya. Selain daripada
itu dia tidak suka dengan perubahan sikapo Hasnol yang hidup dengan
gaya kebaratan setelah berkahwin dengan Linda. Raj Hussein berbincang
untuk menukar nama vila yang mereka bangunkan. Nama yang
dicadangkan mendapat teguran daripada menteri kerana agak kebaratan.
Mereka telah mencadangkan nama lain yang mempunyai unsur
kemelayuan.

SUTERA DALAM LUKISAN

TEMA

Novel Sutera Dalam Lukisan bertemakan kemasyarakatan iaitu


pandangan masyarakat terhadap orang yang lemah daya pemikiran atau
kurang berakal. Terdapat beberapa pandangan ahli masyarakat terhadap
watak utama iaitu Bujei. Sebahagian ahli masyarakat yang menganggap
Bujei bodoh. Oleh yang demikian, Bujei menjadi objek buli golongan
masyarakat ini. Ia diwakili oleh Alias dan Harun. Alias menganggap Bujei
bodoh dan telah mengambil kesempatan untuk membuli Bujei. Dia selalu
memaksa Bujei membasahkan pakaian dan melumurkan badan dengan

lumpur. Jika tidak, Alias akan memukul Bujei. Alias juga menyuruh Bujei
mencuci motosikal tanpa memberikan upah yang dijanjikan. Demikian
juga dengan Harun. Bujei takut untuk berjumpa dengan Harun kerana
Harun biasa memukulnya. Namun Bujei sempat dipukul hingga pengsan.

Manakala sebahagian daripada ahli masyarakat yang lain hanya melihat


kewujudan Bujei sebagai seorang yang kurang berakal. Mereka melayan
Bujei sebagai seorang yang kurang berakal juga. Mereka diwakili oleh Mak
Som, Sidang Saman serta isterinya Mak Lamah dan Sameah. Mereka
melayan Bujei seadanya dengan memberikan makan dan minum. Mereka
tidak cuba menyelami apa yang ada dalam hati dan fikiran Bujei. Mereka
hanya menasihati dan mengajar seperti yang dilakukan oleh Sameah.
Malah Sameah tidak mahu Bujei rapat dengannya terutama setelah dia
bertunang. Demikian juga dengan Mak Som dan Sidang Saman. Mereka
hanya memberikan nasihat kepada Bujei sekadar yang diperlukan. Malah
mereka turut sangsi apabila Adila ingin memulihkan Bujei.

Satu golongan masyarakat lagi amat memahami dan menyelami perasaan


Bujei. Golongan ini diwakili oleh Adila. Sesuai dengan wataknya sebagai
seorang yang berpelajaran, dia dapat berfikir dan menilai Bujei. Dia sedar
bahawa Bujei tidak sebagaimana anggapan orang-orang kampung. Bujei
adalah manusia biasa yang normal dan berhak hidup sebagai seorang
yang normal. Oleh sebab itulah dia cuba mendekati dan menyelidik latar
belakang Bujei. Adila dengan ikhlas mahu menolong Bujei memulihkan
imej dan keyakinan dirinya. Dia mengadakan siri pertemuan dan
bimbingan di rumah Sidang Saman. Akhirnya Bujei mendapat keyakinan
dan hidup sebagaimana ahli masyarakat yang lain. Dia sudah boleh
berdikari.

PERSOALAN

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan keganasan


rumahtangga. Persoalan ini penting kerana ia telah memberi kesan
kepada ahli keluarga itu sendiri iaitu anak-anak. Persoalan ini ditunjukkan
oleh watak Harun manakala mangsa keganasan tersebut ialah Fatimah,
ibu Bujei. Fatimah telah kematian suami akibat kemalangan jalan raya.

Dia membawa Bujei pulang ke kampung dan berkahwin dengan Harun.


Perkahwinan itu membawa malang kepadanya apabila Harun
menunjukkan sikapnya yang sebenar. Harun telah mengikis habis duit
Fatimah. Fatimah telah didera oleh Harun. Kemuncak daripada penderaan
ini, berlaku satu tragedi. Fatimah meninggal dunia apabila rumah mereka
terbakar akibat perbuatan Harun. Peristiwa itu meninggalkan kesan yang
mendalam dalam diri Bujei menyebabkan emosinya terganggu.

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan gengsterisme


atau budaya samseng dalam masyarakat. Persoalan ini ditunjukkan oleh
watak Alias dan rakan-rakannya iaitu Sahak dan Sani. Alias yang diampu
oleh rakan-rakannya bertindak samseng. Tindak-tanduknya menyebabkan
penduduk kampung tidak menyenanginya. Dia selalu membuli Bujei
dengan memaksa Bujei melumurkan badan dengan lumpur di sungai. Dia
akan memukul Bujei jika Bujei enggan. Selain itu dia juga merosakkan
kesucian gadis Kampung Batu bersama Sahak. Pemuda di kampung itu
digambarkan takut kepada mereka. Alias juga telah memfitnah Adila. Dia
telah menghantar surat layang kepada Adila mengatakan Adila dijangkiti
AIDS. Perbuatan itu membuatkan Adila bersedih dan pulang ke Kuala
Lumpur untuk sementara waktu.

Persoalan lain yang penting dalam novel Sutera Dalam Lukisan adalah
persoalan penyelewengan harta anak yatim. Penyelewengan itu dilakukan
oleh bapa tiri Bujei iaitu Harun. Setelah Fatimah meninggal, Harun telah
menjualkan tanah pusaka ibu Bujei kepada Wak Senen dengan harga
empat ribu ringgit. Walau bagaimanapun Wak Senen menyedari
tindakannya salah. Dia telah mengusahakan tanah tesebut dan memberi
ganjarannya kepada Bujei. Setelah menghilang beberapa lama, Harun
datang kembali ke kampung itu. Dia telah memujuk Bujei agar
menandatangani surat menyerahan kuasa tanah tersebut kepadanya. Dia
ingin menjual tanah tesebut kepada pembeli lain dengan harga yang lebih
tinggi. Dalam usaha untuk mendapatkan cap jari itu, Bujei dipukul oleh
Harun hingga pengsan.

Pengarang juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang


pemuda dan seorang gadis. Kedatangan Adila ke kampung itu telah
menarik hati dua orang pemuda iaitu Alias dan Bujei. Selain daripada
tertarik kepada Adila, Alias cuba untuk mendapatkan Adila kerana dia
ingin menang dalam persaingannya dengan Bujei. Dia cemburu apabila

mendapat tahu Bujei semakin rapat dengan Adila dan Adila juga melayani
Bujei dengan baik. Manakala Bujei tertarik kepada Adila kerana keikhlasan
Adila dalam membimbing dan memberikan kesedaran kepadanya. Bujei
telah membayangkan kehidupannya bersama Adila sedangkan pada masa
itu Adila tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada Bujei. Adila hanya
mempunyai perasaan kasih sayang kepada Bujei setelah dia mengambil
keputusan tekad memutuskan hubungan dengan Faizal. Adila berhasrat
untuk menjadikan Bujei sebagai suaminya.

Watak Adila pula menggambarkan persoalan kekecewaan dalam


percintaan. Walaupun dia telah bertunang dengan Faizal, namun dia
sudah kecewa dan sudah tidak dapat lagi menerima Faizal dalam
hidupnya. Kekecewaan itulah yang menyebabkan Adila lari dari kota dan
datang ke rumah Sameah dan bapa saudaranya Sidang Saman. Adilah
mahu melarikan diri daripada Faizal. Dalam menghadapi keadaan itu,
Adila tidak dapat pastikan sehingga bila dia akan tinggal di rumah Sidang
Saman. Dia juga sanggup menorah getah semasa berada di rumah Sidang
Saman.Faizal pernah datang ke rumah Sidang Saman untuk mencari dan
memujuk Adila. Namun Adila telah menolak Faizal dalam hidupnya dia
nekad untuk memutuskan hubungan mereka. Setelah berbuat demikian,
hati Adila telah kosong menyebabkan sedikit demi sedikit telah tertarik
dengan Bujei.

Jika diperhatikan kepada cara hidup Bujei, ia dapat menggambarkan


persoalan cara hidup golongan yang lemah daya pemikirannya. Malah
pada awal cerita, Bujei digambarkan sebagai seorang yang tidak normal.
Dia menontong televisyen yang tidak ada gambarkan dan suara. Gambar
dan suara itu hanyalah di dalam imaginasinya sahaja. Keadaan rumahnya
juga tidak terjaga. Bujei digambarkan sebagai seorang yang lemah daya
pemikirannya apabila dia membiarkan sahaja dirinya dibuli oleh Alias. Dia
akan menurut arahan Alias supaya melumurkan lumpur pada muka dan
badannya. Selain daripada itu, makan dan minumnya juga tidak menentu.
Dia akan makan sekiranya ada orang yang memberikannya makan
termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Jika tidak, dia akan
memancing ikan di sungai dan memanggang ikan tersebut untuk
dimakan.

Melalui watak Bujei juga pengarang telah mengungkapkan persoalan


maruah diri yang perlu dipertahankan. Maruah diri Bujei telah dicalar oleh

dua watak iaitu Harun yang merupakan bapa tirinya sendiri dan juga
Alias. Bujei selalu didera oleh Harun. Lebih teruk lagi Harun ingin
membolot tanah pusaka peninggalan ibu Bujei. Walaupun tanpa
menunjukkan kesedaran yang nyata, Bujei telah mempertahankan
maruah diri dan hartanya daripada dirampas oleh Harun. Bujei telah
mengotorkan cap jarinya pada surat penurunan kuasa yang disediakan
oleh Harun menyebabkan dia telah dipukul hingga pengsan. Semasa
berhadapan dengan Alias, Bujei telah mendapat kesedaran daripada
didikan Adila. Dia telah bangkit mempertahankan diri daripada terus dibuli
oleh Alias semasa Alias datang ke rumahnya. Setelah Alias
menghempaskan radianya, Bujei menumbuk dan menyerang alias dengan
parang.

Melalui watak Alias pula, pembaca mendapat gambarkan tentang


persoalan fitnah dan kesannya dalam masyarakat. Persoalan ini dapat
dilihat pada tindakan Alias dalam hubungannya dengan Adila. Dia
berminat kepada Adila sejak mula Adila datang ke kampung itu. Namun
apabila Adila mula rapat dengan Bujei, Alias berasa cemburu. Sejak dari
itu dia cuba bersaing dengan Bujei dalam memenangi hati Adila. Alias
telah memfitnah Bujei dengan memberitahu Adila bahawa Bujei
mempunyai penyakit kulit yang berjangkit. Malah Bujei dikatakan sebagai
maniac yang menyebabkan Adila berasa takut kepada Bujei. Namun
setelah usaha itu tidak berjaya dan Adila semakin rapat dengan Bujei,
Alias telah menabur fitnah terhadap Adila pula. Dia menulis surat laying
dan menyebarkan kepada orang kampung bahawa Adila sudah tidak suci
lagi, malah seorang penghidap AIDS. Fitnah itu telah menggugat hati
Bujei. Adila pula menangis dan pulang ke Kuala Lumpur.

Watak Sidang Saman dalam novel ini pula menggambarkan persoalan


tanggungjawab pemimpin dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang
berlaku dengan adil dan saksama. Sebagai pemimpim masyarakat Sidang
Saman bertanggungjawab untuk menyelesaikan konflik antara Alias
dengan Bujei. Pada peringkat awal Sidang Saman tidak mengambil berat
konflik tersebut kerana dia juga menganggap Bujei sebagai seorang yang
tidak normal. Dia seakan tidak mempedulikan tindakan Alias membuli
Bujei. Malah semasa konflik Alias dengan Bujei sampai ke kemuncak
apabila Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli, Sidang Saman masih
mempercayai kata-kata Alias bahawa Bujei telah menyerangnya. Namun
setelah mengetahui perkara yang sebenarnya, barulah Sidang Saman

bertindak rasional an adil dengan meminta Alias membayar ganti rugi


terhadap radio Bujei yang telah dihempaskan oleh Alias.

WATAK DAN PERWATAKAN

A)

BUJEI

Bujei atau nama sebenarnya Muhamad Hafiz merupakan watak utama


dalam novel Sutera Dalam Lukisan. Dia merupakan anak tunggal kepada
Fatimah dan suami pertama iaitu seorang anggota tentera. Bapanya telah
terkorban dalam kemalangan jalan raya di Karak. Ibunya Fatimah pula
telah terkorban dalam tragedi kebakaran rumah mereka ketika ibunya
bersuamikan Harun. Selepas itu Bujei tinggal dengan neneknya. Setelah
neneknya pula meninggal dunia, Bujei hilang tempat bergantung dan
tinggal seorang diri di rumah peninggalan neneknya. Dia sentiasa didera
oleh Harun dan dibuli oleh Alias.

Dari segi perwatakan, sejak kecil lagi Bujei digambarkan sebagai seorang
yang penyayang. Dia amat sayang akan ibunya apatah lagi dia sebagai
anak tunggal dalam keluarga. Akibat daripada perasaan sayang yang
mendalam kepada ibunya, perasaannya tertekan setelah ibunya
meninggal dunia. Tambahan lagi ibunya meninggal dalam tragedi

kebakaran rumah mereka yang disaksikan sendiri oleh Bujei. Dia sendiri
cuba untuk menyelamatkan ibunya tetapi dihalang oleh orang ramai. Hal
itu telah membuatkan perasaan Bujei semakin tertekan sehingga dia
dilihat sebagai seorang yang kurang siuman.

Akibat daripada lemah daya pemikiran, tingkah lakunya juga seperti


kebudak-budakan dan suka berkawan dengan kanak-kanak. Dia suka
berkawan dengan Samsul, Husin, Kasim, Sani dan Sulaiman. Namun dia
paling rapat dengan Samsul kerana Samsul bertindak sebagai
penghubung antaranya dengan Adila. Bujei menunggu kawan-kawannya
pada waktu pagi dan membawa beg mereka ke sekolah walaupun untuk
mendapatkan sedikit habuan makanan daripada mereka. Malah mereka
juga melayan Bujei seperti kanak-kanak. Samsul sedar keadaan diri Bujei
setelah mendapat nasihat daripada Adila.

Bujei tinggal seorang diri setelah kematian ibu dan neneknya. Dalam
menjelani kehidupan seharian, Bujei telah berdikari untuk mendapatkan
makanan pengalas perut. Dia tidak meminta-minta makanan daripada
orang lain. Kalau ada orang yang memberikannya makanan, dia akan
ambil. Namun jika tidak, dia akan ke sungai dan memancing ikan. Ikan
tersebut disalai di tebing sungai itu juga dan dimakannya. Dia juga makan
buah-buahan yang sedia ada seperti pisang dan betik untuk mengalas
perutnya. Dia juga melakukan sesuatu untuk mendapatkan upah seperti
mengambil upah melakukan sebarang kerja di kebun getah kepada
sesiapa yang memerlukan khidmatnya.

Apabila berhadapan dengan Adila, Bujei digambarkan sebagai seorang


yang pemalu. Perasaan itu timbul kerana dia sendiri sedar akan keadaan
dirinya berbanding dengan Adila. Atas kesedaran itulah dia amat malu
untuk bertemu dengan Adila. Dia merasa amat berat untuk menerima
pelawaan Adila untuk berjumpa. Dia merasa amat berat untuk mengikut
Samsul ke rumah Sidang Saman, tempat Adila menunggu Bujei. Namun
atas desakan Samsul, Bujei gagahkan diri untuk menemui Adila. Dalam
pertemuan pertama Bujei malu untuk berbual dengan Adila. Atas
kesedaran tentang dirinya juga Bujei malu untuk meluahkan perasaannya
kepada Adila.

Sebagai seorang yang lurus dan jujur, Bujei juga amat mudah
mempercayai kata-kata orang lain. Bujei mempercayai janji Alias untuk
memberikan upah setelah dia mencuci motosikal Alias walaupun Alias
sentiasa membulinya. Dia juga percaya akan kata-kata Alias tentang
Adila. Bujei mempercayai Alias setelah dia diberitahu oleh Alias bahawa
Adila menghidap penyakit AIDS. Kata-kata itu membuatkan hatinya
bimbang untuk mendekati Adila. Kesan daripada itu Bujei tidak datang ke
rumah Sidang Saman untuk menemui Adila selama beberapa minggu.
Samsul cuba menjelaskan kepada Bujei bahawa Adila tidak sakit. Namun
Bujei tetap ragu-ragu.

Atas sifatnya yang jujur, Bujei amat berpegang pada janji terutamanya
apabila ada sesiapa yang berjanji dengannya. Sifat ini digambarkan
selepas dia mencuci motosikal Alias. Apabila selesai, Alias telah
menghalau Bujei dari rumahnya. Namun Bujei tidak mahu beredar selagi
Alias tidak memberikan upah mencuci motosikal sebanyak satu ringgit.
Malah dia berani bersuara meminta wang seringgit yang dijanjikan. Dia
tetap tidak mahu beredar walaupun Alias mahu menamparnya. Bujei
diselamatkan oleh Mak Som. Mak Som telah memberikan Bujei makan dan
kemudian memberikan wang seringgit kepada Bujei.

Bujei juga digambarkan sebagai seorang yang berani mempertahankan


maruah dan haknya. Semasa dipaksa oleh Harun supaya menurunkan cap
jari pada surat penurunan kuasa terhadap tanah pusaka peninggalan
ibunya, Bujei dengan sengaja mengotorkan cap jari tersebut
menyebabkan dokumen itu tidak dapat digunakan lagi. Akibatnya dia
dipukul oleh Harun hingga pengsan. Dia juga telah bengkit dan
menentang Alias semasa Alias datang ke rumahnya untuk membuli dan
merosakkan radionya. Dia telah menumbuk dan menyerang Alias dengan
parang untuk meminta ganti rugi atas kerosakan radio tersebut.

Pada bahagian akhir novel ini, Bujei didapati telah mengubah sikap dan
pemikirannya menjadikan dia seorang yang berusaha untuk mengubah
keadaan dirinya. Dia telah mendapat kesedaran tentang potensi dirinya
atas bimbingan daripada Adila. Sejak itu juga dia bergantung kepada Adila
dan mengharapkan akan hidup bersama Adila pada suatu hari nanti.
Namun setelah dia mengetahui Adila ada hubungan dengan Faizal dan
Alias yang cuba meminang Adila, dia berasa hampa. Namun dia berfikir

bahawa dia harus mengubah dirinya tanpa bergantung kepada Adila. Dia
telah berusaha menerima kenyataan tentang keadaan itu.

B)

ADILA

Adila berasam dari Kuala Lumpur. Dia adalah anak kepada Pak Lang
Dahlan. Anak saudara kepada Sidang Saman. Sepupu kepada Sameah,
Samsul dan Saniah. Dia berkelulusan salah sebuah universiti di England
setelah lima tahun belajar di sana. Adila juga telah bertunang dengan
Faizal. Dia kecewa dengan tindakan Faisal yang telah berkahwin semasa
dia sedang berada di England. Akibat kekecewaan itu dia telah
meninggalkan Kuala Lumpur da datang ke rumah Sidang Saman. Dia telah
mengenali Bujei secara tidak langsung semasa dia sedang berjalan
dengan Sameah.

Dari segi perwatakan, Adila digambarkan sebagai seorang yang prihatin


terhadap orang yang lemah dan tidak bernasib baik. Setelah berada di
kampung itu, Adila telah mengenali Bujei. Sebelum bertemu secara
langsung dengan Bujei, sudah timbul perasaan kasihan dalam diri Adila
terhadap Bujei. Dia telah menyiasat latar belakang Bujei melalui Sameah.
Daripada cerita-cerita tentang Bujei yang diceritakan oleh Sameah, Adila
merasakan bahawa Bujei perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar
Bujei dapat pulih dan hidup seperti manusia yang normal. Pandangan itu
telah mendorong Adila untu membantu Bujei.

Dalam usahanya untuk membantu Bujei, Adila sangat jujur dan ikhlas
dalam memberikan bantuan tersebut. Dia telah menyuarakan hasrat itu
kepada Sameah. Walaupun Sameah ragu-ragu dengan tindakannya
namun Adila tetap meneruskan hasratnya membantu Bujei tanpa
mengharapkan apa-apa balasan sama ada daripada Bujei sendiri atau
orang lain. Apa yang penting bagi Adila ialah agar Bujei dalam menjalani
kehidupan yang normal sebagaimana orang lain. Adila meluangkan
masanya sepanjang dia berada di rumah Sidang Saman untuk bertemu
dan membimbing Bujei.

Adila juga digambarkan sebagai seorang yang tegas pendirian. Setelah


membuat keputusan, dia tidak berganjak dengan keputusannya. Adila

telah membuat keputusan untuk membantu Bujei. Dia tetap dengan


keputusan itu walaupun hasrat itu diragui oleh Sameah, Mak Lamah dan
orang kampung. Dia juga tidak menerima permintaan Faizal agar mereka
berbincang supaya hubungan mereka dapat dipulihkan. Namun Adila
bertegas untuk memutuskan hubungan tersebut. Dia juga tegas dengan
keputusannya untuk mengambil Bujei sebagai suaminya walaupun diragui
oleh Sidang Saman dan Mak Lamah.

Selain daripada itu Adila juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan


tugasnya membimbing Bujei. Dia nekad untuk membimbing Bujei hingga
Bujei pulih. Semasa dia berusaha membimbing Bujei, dia telah difitnah
oleh Alias. Alias menghantar surat layang kepadanya mengatakan bahawa
dia menghidap AIDS. Adila amat sedih dan telah pulang ke Kuala Lumpur.
Namun tidak lama kemudian Adila datang semua ke rumah Sidang Saman
semata-mata dengan rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan usahanya
memulihkan Bujei. Dia tidak sanggup membiarkan Bujei yang masih
memerlukan bimbingannya.

C)

ALIAS

Alias adalah anak kepada Mak Som dan cucu kepada Opah Arah. Cucu
saudara kepada Tuk Imam Ngah. Alias sangat dimanjakan oleh neneknya
Opah Arah. Kawan kepada Sani dan Sahak. Dia tertarik dan memikat Adila
dengan bermaca cara tetapi gagal. Dia akhirnya menjadi tidak siuman.

Dari segi perwatakan, semua sifat Alias digambarkan bersesuaian dengan


peranannya sebagai watak antagonis dalam novel. Alias merupakan
seorang yang liar dan samseng. Dia dan kawan-kawan sering terlibat
dengan aktiviti lumba motosikal haram sehingga akhirnya Sahak terlibat
dengan kemalangan. Dia berlagak samseng di kampung itu dan juga di
kampung seberang. Ketika dia pergi ke kampung seberang untuk memikat
perempuan, pemuda di kampung tersebut dikatakan tidak berani untuk
bersuara dan bertindak apa-apa.

Selain daripada itu Alias juga digambarkan sebagai seorang yang suka
berbangga pada diri sendiri teruatanya apabila dipuji oleh kawankawannya. Dia berbangga dengan dirinya yang dirasakan hebat

berbanding dengan kawan-kawannya yang lain. Dengan perasaan itulah


dia berani untuk berdampingan dengan Adila. Malah dia telah
memperlekehkan Adila dengan mengatakan Adila tidak lulus dalam
pengajian di universiti dan membawa diri ke kampung.

Sesuai dengan perwatakannya sebagai seorang yang liar dan samseng,


Alias juga seorang yang suka membuli. Mangsa buli yang utama ialah
Bujei. Dia menmgambil kesempatan atas kelemahan daya pemikiran Bujei
untuk melakukan aktiviti yang tidak bermoral itu. Dia selalu
memerintahkan Bujei melumurkan selut pada muka dan badan. Jika
enggan, Alias akan memukul Bujei. Dia juga menyuruh Bujei mencuci
motosikal tanpa mahu diberi upah yang dijanjikan. Dia juga selalu
mengugut supaya Bujei ditangkap polis menyebabkan Bujei sentiasa
takut.

Dalam usaha untuk mendapatkan Adila, Alias digambarkan lebih suka


menabur fitnah. Semasa mula bertemu dengan Adila, Alias telah
memfitnah Bujei dengan memberutahu Adila bahawa Bujei menghidap
penyakit kulit yang berjangkit. Malah Bujei dikatakan sebagai maniac.
Apabila Adila tidak melayannya dan semakin rapat dengan Bujei, Alias
telah emfitnah Adila dengan membertahu Bujei bahawa Adila menghidat
AIDS. Fitnah itu telah menyebabkan Bujei tidak berani untuk bertemu
dengan Adila.

Sifat negatif lain yang ada pada diri Alias ialah mementingkan diri sendiri.
Dia tidak mempedulikan Sahak yang terlantar di hospital dan memerlukan
darah kerana cedera parah akibat terlibat dengan kemalangan ketika
berlumba motosikal dengan Alias. Adila dengan rasa sedar telah
menderma darah kepada Sahak. Alias juga menggunakan Bujei untuk
mencuci motosikalnya yang kotor sedangkan dia asyik berbual dengan
kawan-kawan. Setelah selesai, Alias menafikan hak Bujei untuk mendapat
upah yang dijanjikannya.

LATAR

A) LATAR TEMPAT

Secara umumnya sebagaian besar peristiwa dalam novel ini berlaku di


sebuah perkampungan di negeri Perak. Jaraknya dua ratus kilometer dari
Kuala Lumpur dan lima puluh kilometer dari Bandar Ipoh. Di kampung itu
terdapat sebuah sekolah rendah dan banyak kebun getah. Peristiwa
penting telah berlaku di beberapa tempat di kampung tersebut.

Gambaran latar tempat yang awal dalam novel ini ialah di sungai.
Terdapat sebuah jambatan merentangi sungai tersebut. Manakala air
sungai itu agak cetek. Di situ Bujei selalu berada untuk melayan
perasaannya atau untuk menangkap ikan untuk dipanggang sebagai
makanannya. Melalui pemerian pengarang, di sungai itulah Bujei selalu
dibuli oleh Alias. Alias akan mengarahkan Bujei melumurkan muka dan
badannya dengan lumpur sungai. Kemudian Alias akan ketawa. Jika Bujei

enggan melakukannya, Alias akan memukul Bujei. Selain daripada itu,


satu lagi peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam pada watak Bujei
di sungai tersebut ialah peristiwa dia dibelasah oleh Harun. Harun
Berjaya menangkap Bujei di tebing sungai itu ketika Bujei terlena. Harun
nenujuk Bujei agar menurunkan cap jari pada surat penurunan kuasa ke
atas tanah peninggalan ibunya kepada Harun. Bujei sengaja merosakkan
cap jari tersebut menyebabkan Harun marah. Harun mengejra dan
membelasah Bujei sehingga pengsan.

Melalui imbas kembali tentang sejarah hidup Bujei, pembaca akan


mendapati satu peristiwa penting yang berlaku dalam hidup Bujei di
rumah ibunya Fatimah. Rumah itu juga terletak di kampung berkenaan.
Bapa tiri Bujei iaitu Harun telah memaksa ibunya menyerahkan wang dan
barang kemas yang ada. Ibu Bujei enggap menyebabkan Harun
menerajang ibu Bujei hingga pengsan. Perbuatan ibu membuatkan Bujei
marah dan menerkam Harun. Namun Bujei dilibas oleh Harun. Harun
menyepak pelita minyak tanah menyebabkan rumah mereka terbakar.
Harun tidak cuba menyelamatkan ibu Bujei yang terlantar pengsan. Bujei
diselamatkan oleh penduduk kampung. Dia cuba menyelamatkan ibunya
tetapi dihalang oleh penduduk kampung. Bujei amat sedih apabila Harun
telah memfitnah ibunya dengan memberitahu orang kampung bahawa
ibunya bermain pelita minyak tanah. Peristiwa itulah yang selalu bermain
dalam ingatan Bujei hingga meninggalkan kesan kepada fikiran dan
perasaannya.

Latar tempat seterusnya ialah rumah Bujei yang merupakan rumah


peninggalan neneknya. Di situ Bujei tinggal seorang diri setelah neneknya
meninggal. Rumah Bujei digambarkan tidak terurus. Di dalam rumah itu
tidak berkemas dan terdapat kelambu usang yang menjadi tempat Bujei
tidur. Manakala di keliling rumah itu terdapat semak-samun. Peristiwa
penting yang berlaku di rumah itu ialah Bujei sakit dan terlantar selama
tiga hari akibat dibelasah oleh Harun. Bujei pulang pada wakti tengah
malan setelah tersedar daripada pengsan di sungai. Setelah pulang dan
terlantar, Bujei tidak berdaya lagi untuk bangun seginggalam Sidang
Saman datang mencari dan membawa Bujei pulang ke rumahnya.
Peristiwa yang lebih penting daripada itu ialah peristiwa Bujei melawan
Alias dan menyerang Alias dengan parang. Peristiwa itu berpunca
daripada Alias yang datang untuk membuli Bujei. Alias telah mengambil
radio Bujei dan menghempaskannya ke lantai. Bujei amat marah lalu

menumbuh dada Alias. Kemudian dia mencapai parang lalu menyerang


Alias sambil meminta ganti rugi terhadap radionya yang rosak. Dengan
bantuan daripada Sidang Saman yang datang kemudian daripada itu,
Bujei mendapat bayaran ganti rugi tersebut.

Peristiwa penting juga banyak berlaku di rumah Sidang Saman. Peristiwa


yang berlaku di rumah inilah yang menjadi pusat konflik dalam novel. Di
rumah Sidang Saman ini BUjei telah berkenalan dengan Adila setelah
Adila tertarik dengan sejarah hidup dan penderitaan Bujei. Bermula
daripada pertemuan pertama di bawah pokok belimbing, mereka sering
berjumpa dalam sesi bimbingan oleh Adila. Di rumah itu juga Alias
berkenalan dengan Adila setelah cemburu dengan layanan Adila kepada
Bujei. Namun tidak dilayan oleh Adila dengan baik. Di rumah dikunjungi
oleh tuning Adila iatu Faizal. Faizal datang untuk mertemu dan berbincang
dengan Adila tentang masa depan mereka. Kemuncak kepada konflik
Adila, sepucuk surat laying daripada Alias telah diterima oleh Adila di
rumah Sidang Saman. Fitnah dalam surat layang itu m enyebabkan Adila
terlalu sedih dan pulang ke Kuala Lumpur. Seterusnya, di rumah itulah
juga Adila telah menyetakan hasratnya kepada Sidang Saman dan Mak
Lamah bahawa dia telah memilih Bujei sebagai bakal suaminya.

B) LATAR MASA

Latar masa dalam novel ini dinyatakan secara jelas oleh pengarang.
Antaranya ialah pada waktu Subuh. Gambaran waktu ini terdapat pada
awal cerita ketika pengarang memperkenalkan watak Bujei. Pada waktu
itu Bujei akan terjaga dari tidurnya. Dia segera mandi dan mengenakan
pakaian. Dia akan sembahyang berjemaah atau terus ke simpanmg
berhampiran jambatan. Di situ dia menunggu kalau-kalau ada sesiapa di
antara penoreh getah yang mempelawanya melakukan apa sahaja kerja di
kebun getah. Dia akan mendapat upah daripada kerja yang dilakukan.
Namun pada hari itu dia tertidur di pangkal pokok di situ.

Menjelang waktu pagi, dia telah dikejutkan oleh Hisham, Kasim dan Husin.
Bujei membawa beg sekolah mereka ke sekolah dengan sedikit upah
daripada bekal yang mereka bawa ke sekolah. Selepas itu pula Bujei

berlegar-legar di depan kedai Pak Sulong. Dia menanti-nanti kalau-kalau


ada orang yang akan mempelawanya makan kerana dia kelaparan. Namu
dia hampa dan menangis. Dia melayan perasaan sambil duduk dan
bersandar pada tiang hingga tertidur. Peristiwa penting yang berlaku pada
waktu pagi ialah peristiwa Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli.
Alias telah menjatuhkan radio Bujei menyebabkan radio itu rosak. Bujei
amat marah lalu menumbuk dada dan menyerang Alias dengan sebilah
parang sambil menuntut ganti rugi. Dengan bantuan Sidang Saman yang
datang selepas itu, Bujei mendapat ganti rugi yang dituntut dariapda
Alias.

Peristiwa pertemuan dan perkenalan antara Bujei dengan Adila secara


rasmi telah berlaku pada waktu tengahari. Adila meminta Hisham mencari
Bujei dan menyampaikan pesannya supaya datang ke rumah Sidang
Saman. Bujei dengan perasaan malu telah datang menemui Adila.

Beberapa peristiwa lain telah berlaku pada waktu petang. Antaranya ialah
peristiwa penting ialah peristiwa Bujei dihalau oleh Alias dari rumah
Sidang Saman. Alias datang untuk berkenalan dengan Adila. Alias juga
telah memfitnah Bujei dengan memberitahu Adila bahawa Bujei
mempunyai penyakit kulit yang berjangkit dan Bujei seorang maniac.
Pada petang itu juga Bujei ditangkap oleh Harun di tepi sungai semasa
Bujei terlelap. Harun meminta Bujei menurunkan cap jari ke atas surat
penurunan kuasa terhadap tanak peninggalan ibunya kepada Harun. Bujei
merosakkan cap jari tersebut menyebabkan Harun terlalu marah. Harun
telah mengejar Bujei dan membelasah Bujei hingga pengsan di tebing
sungai. Pada waktu petang juga Faizal ke rumah Sidang Saman untuk
menemui Adila. Faizal mahu berbincang tantang masalah mereka. Namun
Adila enggan dan Faizal pulang dengan hampa.

Pengarang novel juga menggambarkan kehidupan seharian Bujei


termasuklah pada waktu malam. Bujei makan pisang setelah
membersihkan diri selepas pulang dari sungai. Kemudian dia menonton
televisyen tanpa gambar dan suara. Semuanya hanyalah dalam
imaginasinya sahaja. Pada waktu malam yang lain, Bujei pulang dalam
keadaan lemah setelah terjaga daripada pengsang di tebing sungai akibat
dibelasah oleh Harun. Akibat daripada kesakitan, Bujei terus terlantar di
tempat tidurnya hingga pagi. Pada waktu malam berikutnya Sidang
Saman telah mencari dan membawa Bujei ke rumahnya setelah Bujei

tidak datang ke rumahnya seperti biasa. Keadaan Bujei yang lemah


memeranjatkan keluarga Sidang Saman. Bujei mandi di rumah Sidang
Saman dan menukar pakaian. Pada malam itu juga Bujei tidur di bangsal
berhampiran rumah Sidang Saman. Pada waktu malam juga Wak Senen
datang ke rumah Bujei dan menjelaskan kepada Bujei tentang tanah
peninggalan ibu Bujei yang dijual oleh Harun kepadanya. Wak Senen
sanggup menyerahkan tanah itu kembali kepada Bujei.
C) LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang digambarkan dalam novel ini ialah masyarakat Melayu


yang hidup di luar bandar. Dari segi usia, masyarakat dalam novel ini
terbahagi kepada tiga golongan utama. Golongan yang pertama ialah
golongan belia yang terdiri daripada Bujei sendiri, Alias, Adila, Faizal,
Sameah, Sahak, dan Sani. Mereka melakukan kegiatan sendiri mengikut
tahap pemikiran masing-masing. Sebahagian besar daripada mereka
mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang.

Sidang Saman, Mak Lamah, Opah Arah, Mak Som dan Pak Lang Dahlan
mewakili golongan tua di dalam novel ini. Mereka memainkan peranan
untuk membimbing golongan muda dalam menyelesaikan masalah yang
timbul dengan cara mereka sendiri. Sidang Saman dan Mak Lamah
menasihati Bujei dan juga Adila dalam menyelesaikan konflik yang timbul
daripada mereka berdua. Opah Arah pula mempertahankan Alias, cucu
kesayangannga walaupun apa yang dilakukan oleh Alias salah.

Terdapat juga gambaran golongan kanak-kanak yang terdiri daripada


Samsul, Husin dan Kasim. Mereka merupakan kawan kepada Bujei. Sesuai
dengan usia, mereka semua masih bersekolah di sekolah rendah di
kampung tersebut. Mereka membawa bekal nasi dan mee ke sekolah di
samping minuman.

Sebahagian daripada mereka merupakan masyarakat petani dan pekebun


getah. Mereka termasuklah Sidang Saman sendiri. Mereka pergi ke kebun
getah pada waktu Subuh. Ada di antara mereka mengupah Bujei untuk
melakukan apa-apa kerja di kebun getah dengan upah yang tidak
ditetapkan oleh Bujei.

Watak utama iaitu Bujei menggambarkan masyarakat yang kurang daya


pemikiran. Keadaan Bujei membuatkan masyarakat sekeliling
menganggapnya sebagai tidak siuman menyebabkan masyarakat tidak
begitu mengambil berat tentangnya. Mereka hanya bertanya khabar dan
memberi Bujei makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak
Som. Bujei membiarkan Alias membulinya. Dia juga menonton televisyen
tanpa gambar dan suara membuatkan pembaca menggambarkan bahawa
Bujei seorang yang tidak normal.

Pengarang juga menggambarkan masyarakat belia yang suka berfoyafoya dan samseng. Ia diwakili oleh watak Alias dengan dibantu oleh
kawannya iaitu Sahak dan Sani. Alias suka membuli terutamanya Bujei.
Dia akan mengarahkan Bujei melumurkan lumpur pada muka dan badan.
Jika enggan, Bujei akan dipukul. Alias juga berlagak samseng di kampung
hulu. Dia telah memikat perempuan dan pemuda di kampung itu tidak
berani berdepan dengannya. Dia juga terlibat dengan aktiviti lumba
haram.

Watak Adila pula menggambarkan masyarakat bandar yang terpelajar.


Adila merupakan seorang graduan lulusan luar negara. Setelah
menamatkan pengajian, dia pulang dan mendapati tunangnya Faizal telah
berkahwin. Dia kecewa dan membawa diri ke kampung. Dengan ilmu yang
ada padanya, dia yakin dapat memulihkan Bujei. Dengan kelulusan yang
ada padanya juga dia telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai
pensyarah pada akhir cerita novel ini.

Terdapat juga beberapa orang watak yang menggambarkan masyarakat


yang prihatin dan membantu Bujei menjalani kehidupan seharian. Mereka
termasuklah Sidang Saman serta Mak Lamah yang sentiasa bertanya
khabar dan memberi makan kepada Bujei. Mak Som juga membantu Bujei
apabila Bujei dibuli oleh anaknya Alias. Dia memberikan satu ringgit dan
sarapan kepada Bujei seperti yang dijanjikan oleh Alias selepas mencuci
motosikal. Adila pula membantu Bujei memulihkan keyakinan diri sehinga
Bujei dapat berdikari.

Gambaran masyarakat yang tidak bertanggungjawab pula dapat dilihat


melalui watak Harun. Dari awal pertemuannya dengan Fatimah lagi
penduduk kampung telah menasihati Fatimah agar tidak memilih Harun

sebagai suami. Penduduk kampung telah tahu bahawa Harun tidak


bertanggungjawab. Setelah berkahwin, semua wang simpanan Fatimah
telah dikikis oleh Harun. Harun juga telah memfitnah Fatimah yang
menyebabkan kebakaran rumah mereka untuk menyelamatkan diri
daripada bertanggungjawab. Manakala tanah peninggalan Fatimah mahu
dijualnya.

Watak sampingan yang lain iaitu Wak Senen. Dia merupakan gambaran
masyarakat yang jujur dan baik hati. Dia sendiri telah mengakui dan
menjelaskan kepada Bujei bahawa Harun telah menjual tanah
peninggalan Fatimah kepadanya dengan harga yang tidak munasabah.
Walau bagaimanapun Wak Senen berjanji akan menyerahkan kembali
tanah itu pada bila-bila masa Bujei mahu. Dia juga selalu memberikan
wang kepada Bujei. Wang itu terkumpul sehingga Bujei dapat membeli
pakaian dan radio ketika keluar ke Bandar bersama Adila, Sameah dan
Samsul.

PENGAJARAN

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam


kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat
dikesan dalam novel ialah seseorang perempuan hendaklah berhati-hati
dalam memilih pasangan hidup. Pasangan yang ikhlas dan penyayang
akan membuatkan rumahtangga bahagia. Sebaliknya pasangan yang
tidak jujur dan suka mengambil kesempatan akan membuatkan seseorang
isteri menderita. Ibu Bujei iaitu Fatimah tersilap memilih Harun sebagai
suami menyebabkan dia menderita dan kehilangan wang akibat dikikis
oleh Harun. Malah dia meniinggal semasa kebakaran akibat daripada
sikap Harun yang tidak ada perasaan kasih dan sayang.

Seorang suami janganlah mendera isteri dan anak-anak kerana mereka


adalah amanah yang perlu dilindungi. Harun tidak sepatutnya mendera
Fatimah dan Bujei kerana keselamatan dan kehidupan harian mereka
adalah tanggungjawab suami. Akibat daripada penderaan menyebabkan

kebahagiaan rumahtangga tidak dapat dinikmati. Ia juga akan membawa


kesan mental dan emosi kepada anak iaitu Bujei. Kesan daripada tindakan
Harun hingga menyebabkankan ibunya maninggal dunia telah
menimbulkan perasaan benci Bujei terhadap Harun selain daripada fikiran
dan perasaannya tertanggu.

Kita haruslah berani mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang


lain. Contoh yang jelas dalam novel ini ialah Bujei yang berani
pepertahankan tanah peninggalan ibunya daripada dirampas oleh bapa
tirinya Harun. Walaupun dia tahu risiko yang terpaksa dihadapi apabila
dia mengkhianati Harun, tetapi dengan kesedaran tentang haknya ke atas
tanah itu, dia jadi berani untuk merosakkan cap jari pada surat yang
disediakan oleh Harun. Akibatnya Harun terlalu marah dan mengejar serta
membelasan Bujei hingga pengsan di tebing sungai itu.

Seseorang pemimpin masyarakat perlulah melaksanakan tugas dengan


baik dan adil. Ciri-ciri pemimpin ini dalam diperhatikan melalui watak
Sidang Saman. Dia seorang yang bertanggungjawab terhadap penduduk
kampung. Dia menjaga hak Bujei daripada diambil oleh Harun semasa
Harun menemuinya dan meminta Sidang Saman memujuk Bujei agar
menyerahkan tanah tersebut. Dalam konflik Bujei dengan Alias, Sidang
Saman bertindak adil dengan mengarahkan Alias mendapatkan wang
ganti rugi atas kerosakan radio Bujei setelah mengetahui perkara
sebenar.

Kita juga hendaklah menjaga maruah dan harga diri. Pengajaran ini
digambarkan oleh watak Bujei. Walaupun dia seorang yang miskin dan
hidup sebatang kara, namun dia tidak meminta-minta daripada orang lain.
Dia tetap mempertahankan harga dirinya dengan kesedaran dia sendiri.
Dia mengharapkan ada orang yang memberikannya makan, tetapi jika
tiada dia tidak akan meminta-minta seperti yang berlaku di kedai Pak
Sulong. Malah dia berusaha mendapatkan upah daripada sesiapa yang
memerlukan khidmatnya di kebun getah.

Kita hendaklah ikhlas dan jujur dalam memberikan pertolongan kepada


seseorang yang memerlukannya. Sejak dari awal lagi Adila berasa kasihan

dan simpati kepada Bujei. Selepas mengetahui sejarah hidup Bujei, dia
berhasrat untuk menolong Bujei memulihkan kepercayaan dan keyakinan
pada diri. Dalam hal ini Adila tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Dia
mahu menolong Bujei atas rasa keperimanusiaan tanpa mengharapkan
apa-apa balasan. Walaupun Sameah dan Mak Lamah tidak begitu setuju,
Adila tetap meneruskan usahanya.

Dalam mengharungi hidup ini, kita hendaklah tabah menghadapi apa


sahaja cabaran dan dugaan. Walaupun Bujei agak tertekan dengan
kematian ibunya tetapi dia tetap tabah meneruskan hidupnya. Malah
kematian neneknya tidak memberikan kesan lagi kepadanya. Dia tinggal
seorang diri di rumah peninggalan neneknya serta mendapatkan makan
dan minum sendirian dengan cara menolong penoreh getah dan
mendapatkan upah. Demikian juga Adila yang tetap kembali ke kampung
itu walaupun sebelumnya dia pernah menangis akibat daripada fitnah
Alias.

Kita jangan mungkir apabila berjanji. Pengajaran ini ditunjukkan oleh Bujei
yang menuntut upah daripada Aliassetelah selesai mencuci motosikal.
Bujei dijanjikan satu ringgit oleh Alias untuk mencuci motosikalnya yang
kotor. Bujei tetap menuntut upah itu walaupun dia dihalau oleh Alias.
Malah dia hamper ditampar oleh Alias. Adila pula telah berjanji pada
dirinya bahawa dia akan menyelesaikan usahanya mendidik dan
memulihkan kepercayaan diri Bujei. Dia hanya balik ke Kuala Lumpur
beberapa minggu sahaja setelah difitnah oleh Alias. Kemudian dia datang
kembali meneruskan usahanya.

Kita janganlah mengambil hak orang lain kerana perbuatan itu tidak
bermoral dan menyalahi hokum agama. Sikap ini ditunjukkan oleh Wak
Senen yang sedar tentang tanah yang dibeli daripada Harun adalah hak
Bujei. Dengan kesedaran itu dia telah pergi ke rumah Bujei dan
menjelaskan kedudukan yang sebenar. Dia telah berjanji kepada Bujei
bahawa dia akan menyerahkan kembali tanah itu kepada Bujei pada bilabila masa sahaja Bujei mahu. Dalam pada itu dia sentiasa memberikan
wang kepada Bujei hingga Bujei dapat membeli pakaian dan radio.

Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain apabila mereka meminta


maaf. Perbuatan ini dituntut oleh agama. Ia digambarkan melalui watak

Bujei yang memaafkan Alias setalah Alias meminta maaf daripadanya.


Walaupun Alias tidak jujur dalam perbuatannya memohon maaf, tetapi
Bujei tidak pernah berfikiran dan berprasangka buruk. Dia menerima
sahaja permohonan maaf daripada Alias walaupun selepas itu Alias
mengambil kesempatan untuk menabur fitnah tentang Adila. Adila juga
memaafkan Alias setelah Alias menjadi tidak siuman.

Seseorang remaja janganlah terlibat dengan kegiatan lumba haram


kerana perbuatan itu tidak berfaedah. Selain daripada itu kegiatan
tersebut juga boleh mengancam keselamatan diri dan nyawa. Akibat
berlumba dengan Alias, Sahak telah terlibat dalam satu kemalangan dan
cedera parah. Dia kehilangan banyak darah namun tidak dipedulikan oleh
Alias. Malah Adila yang sanggup mendermakan darahnya untuk
menyelamatkan Sahak.

Selain daripada itu, kita juga janganlah mudah percaya kepada kata-kata
orang atau khabar angin yang diterima. Perbuatan ini akan membawa
kepada salah faham dan menambahkan lagi konflik. Dalam hal ini Bujei
telah mempercayai kata-kata Alias bahawa Adila seorang penghidap AIDS.
Akibat daripada itu Bujei tidak menemui Adila lagi sedangkan hatinya rasa
tidak tenteram. Secara tidak langsung hubunganya dengan Adila menjadi
renggang.

Kita janganlah menyangka orang yang bodoh itu lemah. Peristiwa yang
memberikan pengajaran ini kepada pembaca ialah peristiwa Bujei
menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Merasakan Bujei masih
takut kepadanya, Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli. Namun
sangkaan Alias mereset apabila Bujei marah setelah Alias menjatuhkan
radionya. Bujei menumbuk dan menyerang Alias dengan parang sambil
meminta ganti rugi atas kerosakan radio tersebut. Sejak hari itu Alias
tidak berani lagi membuli Bujei.

Kita jangan menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mencapai apa
sahaja tujuan hidup. Dalam usaha untuk bersaing dengan Bujei, Alias
menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mendapatkan Adila. Sejak
dari awal lagi Alias telah menabur fitnah kepada Adila dengan
mengatakan Bujei menghidap penyakit kulit dan maniac. Setelah gagal,
Alias telah menabur fitnah terhadap Adila pula. Alias memberitahu Bujei

bahawa Alias menghidap AIDS. Namun usaha itu juga gagal. Usaha
seterusnya ialah dengan menggunakan ilmu pengasih sehingga dia
sendiri menjadi tidak siuman.

NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini.
Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang kepada ibu bapa dan
juga kasih sayang kepada insan lain. Bujei sangat menyayangi ibunya
Fatimah sehinggakan dia mengalami tekanan perasaan setelah ibunya
meninggal dalam tragedi kebakaran rumah mereka. Perasaan kasih
sayang juga timbul dalam diri Adila terhadap Bujei setelah Bujei pulih dan
dapat berdikari. Ekoran daripada itu Adila berhasrat untuk memilih Bujei
sebagai suaminya.

Pada diri sebahagian daripada watak sampingan dalam novel ini terdapat
nilai prihatin terhadap golongan yang lemah atau tidak bernasib baik.
Sidang Saman sebagai pemimpin, Mak Lamah dan juga Samsul prihatin
terhadap Bujei. Mereka selalu bertanya Bujei sama ada sudah makan atau
belum. Sidang Saman mencari dan membawa Bujei ke rumah mereka
ketika Bujei sakit akibat dibelasah oleh Harun. Adila juga prihatin terhadap
Bujei sehingga dia sanggup menolong Bujei memulihkan kepercayaan
pada diri dan berdikari.

Pada diri watak Adila juga terdapat nilai kejujuran dan keikhlasan dalam
membantu dan menolong orang lain. Dia membantu Bujei untuk
memulihkan keyakinan dan kepercayaan kepada diri dengan niat yang
ikhlas. Atas keikhlasan dan kejujuran itulah membuatkan Adila mendidik
Bujei tanpa rasa jemu walaupun Bujei diajar bermula dari tahap yang
rendah seperti belajar mengenal huruf dan mengeja. Adila juga dengan
rasa jujur dan ikhlas meluahkan perasaan untuk menjadikan Bujei sebagai
bakal suaminya.

Selain daripada Adila, terdapat beberapa watak lain yang menunjukkan


nilai baik hati dalam novel ini. Mak Som iaitu ibu Alias baik hati terhadap

Bujei. Dia tidak menyebelahi Alias dalam konflik dengan Bujei. Sebaliknya
dia menolong Bujei dengan memberikan Bujei makan dan wang satu
ringgit apabila Alias enggan memberikan wang tersebut sebagaimana
yang dijanjikan. Demikian juga dengan Sidang Saman dan Mak Lamah
yang selalu bertanya khabar dan memberikan Bujei makan di rumahnya.

Nilai kecekalan pula dapat diperhatikan pada watak utama iaitu Bujei.
Nilai ini jelas digambarkan setelah ibu dan neneknya meninggal. Dia
tinggal seorang diri di rumah peninggalan neneknya. Dia tidak meratapi
nasibnya yang terpaksa bersusah payah seorang diri. Cuma jauh di sudut
hati dia rasa kecewa dengan layanan orang ramai terhadapnya yang
menganggap dia bodoh dan tidak siuman. Bujei tidak pernah memintaminta malah dia berusaha sendiri dengan cara mengambil upah di kebun
getah.

Dalam diri Bujei juga terdapat nilai berani dalam mempertahankan


maruah diri dan haknya. Peristiwa yang jelas menggambarkan nilai ini
ialah peristiwa yang berlaku di rumahnya apabila Alias datang untuk
membuli. Alias telah menjatuhkan radio Bujei ke lantai menyebabkan
radio itu rosak. Bujei marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan
parang. Malah Bujei memaksa Alias membayar ganti rugi atas kerosakan
radio tersebut. Sejak peristiwa itu Alias sudah tidak berani untuk membuli
Bujei.

Selain daripada itu nilai keyakinan pada kebolehan dan pontensi diri juga
terdapat pada watak Bujei terutamanya pada bahagian akhir cerita.
Setelah dia mendapat bimbingan daripada Adila, dia menjadi semakin
matang dan semakin yakin pada dirinya. Apabila hubungannya dengan
Adila renggang akibat daripada fitnah Alias, Bujei merasakan bahawa dia
tidak boleh berterusan mengharapkan orang lain sebaliknya harus
berusaha sendiri untuk memajukan dirinya.

Pembaca juga mendapat gambaran nilai rasional dalam membuat


sebarang keputusan. Nilai ini terdapat pada watak Sidang Saman. Semasa
Harun datang ke rumahnya untuk meminta dia memujuk Bujei supaya
menyerahkan tanah pusaka peninggalan isterinya, Sidang Saman telah
menolak permintaan tersebut. Semasa konflik Alias dengan Bujei, Sidang
Saman bertindak rasional setelah mengetahui hal yang sebenar. Sidang

Saman telah mengarahkan Alias membayar gantu rugi atas kerosakan


radio Bujei

You might also like