You are on page 1of 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2012

HBEF2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NO. MATRIKULASI

811026015016001

NO. KAD PENGNEALAN

811026-01-5016

NO. TELEFON

0126923819

E-MEL

nurul_hidayah1981@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PP PETALING JAYA

TRANSKRIP TEMUBUAL
TEMUBUAL PERTAMA
Sampel :

Pn Goury a/p Naranayan

Tarikh :

2.1.2013

Masa :

10.30

Tempat :

Bilik Guru Sk Selayang Utama

Kumpulan :

Kumpulan 1 (Umur 56 tahun)

Soalan :

Selamat pagi saya ucapkan pada Pn Goury . Terima kasih saya ucapkan pada
cikgu di atas kesudian cikgu untuk bersama sama berkongsi serba sedikit
maklumat tentang perayaan Thaipusam. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan
kepada cikgu tentang perayaan masyarakat cikgu iaitu thaipusam.

Jawapan :
Soalan :

Boleh
Bagi cikgu apakah maksud perayaan Thaipusam?. Boleh tak cikgu berkongsi
cerita serba sedikit sejarah perayaan Thaipusam ini?.

Jawapan :

Thaipusam adalah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat india yang
beragama hindu dan ada orang yang dah buat niat, mungkin mereka sakit atau
mengalami kesusahan dalam hidupnya dan membuat niat mengambil kavadi.
Thaipusam ini dikaitkan dengan Dewa Subramaniam yang sekarang dipuja di
Batu Caves.
Dewa subramaniam dilahirkan kerana ada Kaum dalam metalogi orang hindu
yang menyatakan Kaum Dewa dan Kaum Asura. Kaum Dewa orang baik
manakala Kaum Asura kaum jahat. Jadi kaum dewa ia tidak dapat nak melawan
kaum asura. Dewa subramaniam dilahirkan untuk membantu kaum dewa
menangani kaum asura. Bila Dewa Subramaniam telah berjaya mengalahkan
kaum asura., jadi kaum dewa mula meraikan sebagai perayaan thaipusam.

Soalan :

Jadi perayaan ini disambut kerana masyarakat memasang niatlah dan adakah
perayaan ini penting dan adakah ianya disambut oleh semua masyarakat India?.
Saya ada bertanya kepada pelajar ada pelajar menyatakan tidak meraikan bagi
diorang ibu bapa sahaja yang meraikannya.

Jawapan :

Biasanya orang yang meraikan thaipusam adalah orang yang beragama hindu.
Tetapi sekarang ini orang berfikiran moden, jika nak meraikan thaipusam kita
kena berpasang niat, kita kena berpuasa, tak boleh makan daging tetapi sekarang
ini budak budak kan mereka suka KFC semua itu jadi bagi mereka susahlah
mungkin bebanlah bagi mereka. Mereka tak nak buatlah tetapi sepatutnya tak
boleh tetapi sekarang ini moden sagat susahlah.

Soalan :

Jadi di sini semua masyarakat perlu menyambutnya bukan mereka yang


memasang niat sahaja.

Jawapan :

Ya. Jadi barulah dia pergi kuil untuk berdoa untuk diri sendiri atau untuk orang
lain. Tadi saya kata kan moden sekarang ni jadi budak moden payahlah.

Soalan :

Jika cikgu sering menyambutnya di manakah tempat sambutan ini sering cikgu
sambut ada sesetengah orang pergi ke Batu Caves kalau cikgu?.

Jawapan :

Saya di Batu Caves kerana dekat dengan rumah saya tetapi kalau orang india
kalau berniat dia boleh buat di mana mana sahaja asalkan kuil itu memuja Dewa
Subramaniam.

Soalan :
Jawapan :

Bagaimanakah sambutan pada zaman cikgu kanak kanak?.


Pada zaman saya kanak kanak memang sambutan hebatlah kerana kami akan
pergi ke Batu Caves masa itu kami tinggal di Kuala Lumpur, jadi kami pergi ke
Batu Caves sehari sebelum, malam pergi kerana pada hari thaipusam ramai sangat
orang jadi kami pergi sehari sebelum naik sampai atas 275 anak tangga nak
sampai dan sembahyang. Habis sembahyang kami balik tetapi sampai rumah esok
atau hari thaipusam sebab ramai sangat.

Soalan :

Adakah terdapat perbezaan cara sambutan sekarang dengan zaman kanak kanak
cikgu?

Jawapan :

Perbezaan orang muda suka pergi ke Batu Caves pada hari thaipusam walaupun
ramai orang dan meriah sangat.

Soalan :

Apakah amalan amalan atau budaya yang sering dilakukan oleh cikgu
sekeluarga?.
Sebelum : Tujuh hari sebelum thaipusam berpuasa. Berpuasa maksudnya tidak
makan pagi sampai pukul 9 malam baru makan. Namun makan pun bukan
makanan yang diperbuat dari beras benda lain selain dari itu. Kemudian tepat
pukul 11 malam tak boleh makan semula. Biasanya orang india selepas
sembahyang mereka ada nyayi nyayi lagu lagu agama selepas itu baru boleh
makan. Ini bermakna dalam masa 3 jam mesti dah habis makanatau minum.
Semasa : Bangun seawall pagi lebih kurang pukul 5.30 pagi mandi. Berpakaian
kuning, kita pergi ka akan berjalan ke tepi sungai sebelum kita ambil kavadi ke
ada orang yang ambil susu. Kita akan adakan satu sembahyang di sana selepas
dan yang ambil susu letakkan atas kepala yang ambil kavadi letak atas bahu dia
mereka akan berjalan ke kuil.
Selepas : tak ada

Soalan :

Adakah cikgu menerapkan nilai nilai dan amalan ini kepada anak anak cikgu
dan bagaimana penerimaan mereka?.

Jawapan :

Bagi anak saya ada. Kerana sampai hari ini semua masih ikut amalan 7 hari
berpuasa dan keluarga adik saya 40 hari berpuasa.

Soalan :

Pada pandangan cikgu adakah amalan dan tradisi yang sering diamalkan ini
mengalami kemerosotan kepada generasi generasi baru.

Jawapan :

Ada, kerana budak muda sekarang dia suka berjoli. Jadi bila mereka nak pergi ke
perayaan thaipusam ini ada dikalangan mereka yang lepak sahaja di sana Cuma

sekadar melihat. Namunsaya perhatikan semenjak dua tahun kebekelakagan ini


ada keluarga yang mula sedar yang mereka perlu terapkan nilai ini pada anak
mereka macam mana pentingnya. Kini dah ada persatuan persatuan yang selalu
bagi ceramah kepada orang muda bagi orang muda sedar tentang kepentingan
thaipusam.
Soalan :

Bagi cikgu sekarang ini kerajaan membuat perayaan thaipusam ini sebagai satu
produk pelancongan. Adakah ianya boleh menjadi satu penyebab nilai nilai
perayaan itu mengalami kemerosotan atau ianya menambah baik supaya semua
masyarakat kenal tentang perayaan ini.

Jawapan :

Saya ingat ianya menambah baik supaya bila ramai orang datang orang india itu
mula sedar bertapa pentingnya perayaan mereka. Mereka sedar yang pelancong
datang untuk melihat perayaan mereka mula sedar yang mereka perlu menerapkan
nilai nilai perayaan dalam diri mereka.

Soalan :

Baiklah cikgu terima kasih kerana cikgu sudi membantu saya. Diharap di atas
maklumat yang cikgu berikan dan kongsikan dapat membantu saya menyiapkan
tugasan.

Jawapan :

Sama - sama

TEMUBUAL KEDUA

Sampel :

Ambarasi a/p Kaliyapan

Tarikh :

3.1.2013

Masa :

10.30

Tempat :

Bilik Guru Sk Selayang Utama

Kumpulan :

Kumpulan 2 (Umur 32 tahun)

Soalan :

Selamat pagi saya ucapkan pada Pn Ambarasi . Terima kasih saya ucapkan pada
cikgu di atas kesudian cikgu untuk berkongsi serba maklumat tentang perayaan
Thaipusam. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada cikgu tentang
perayaan masyarakat cikgu iaitu thaipusam.

Jawapan :
Soalan :

Boleh
Bagi cikgu apakah maksud perayaan Thaipusam?. Boleh tak cikgu berkongsi
cerita serba sedikit sejarah perayaan Thaipusam dan apakah tujuan ianya
disambut?.

Jawapan :

Perayaan ini disambut bagi merayakan Dewa Murugan dan memohon restunya.
Ianya turut disambut oleh mereka yang membayar nazar akan kurniaan doa yang
telah dimakbulkan dalam juzuk juzuk keampunan.

Soalan :

Adakah perayaan ini penting dan adakah ianya disambut oleh semua masyarakat
India?. Saya telah bertanya kepada pelajar ada pelajar menyatakan tidak meraikan
hanya ibu bapa sahaja yang meraikannya.

Jawapan :

Semua orang india yang beragama hindu sepatutnya menyambutnya, tetapi bagi
masyarakat sekarang menganggap ianya tidak penting. Contoh suami saya yang
tak pernah membawa anak anak saya ke Batu Caves dengan alasan ramai orang,
tetapi tahun ini saya akan bawa anak anak saya.

Soalan :

Jika cikgu sering menyambutnya di manakah tempat sambutan ini sering cikgu
sambut ada sesetengah orang pergi ke Batu Caves kalau cikgu?.

Jawapan :

Samalah saya juga sambut di Batu Caves kerana dekat dengan rumah saya
walaupun ramai orang.

Soalan :

Bagaimanakah sambutan pada zaman cikgu kanak kanak?.

Jawapan :

Pada zaman kanak kanak memang meriah saya dan keluarga akan pergi ke kuil
pagi pagi masa itu saya tinggal di Pulau Pinang dan kita akan berarak mengikut
pembawa kavadi sambil berdoa meminta restu Dewa

Soalan :

Adakah terdapat perbezaan cara sambutan sekarang dengan zaman kanak kanak
cikgu?

Jawapan :

Zaman kanak kanak ibu bernazar anak anak tunaikan bersama ibu. Sekarang
saya bernazar dan tunaikan bersama suami dan anak anak..

Soalan :

Apakah amalan amalan atau budaya yang sering dilakukan oleh cikgu
sekeluarga?.
Sebelum : Amalan yang sering saya lakukan adalah puasa selama tujuh hari
sebelum hari thaipusam, dengan tidak makan apa apa dari pagi hingga malam.
Semasa : Kita pergi ke kuil seawal pagi dan ada yang membawa kavadi dan ada
yang membawa susu yang dijunjung di kepala untuk dipersembahkan kepada
Dewa Subramaniam bagi memohon restu.
Selepas : Setahu saya tak ada

Soalan :

Ada tak cikgu menerapkan nilai nilai dan amalan ini kepada anak anak cikgu
dan bagaimana penerimaan mereka?.

Jawapan :

Saya mempunyai anak anak yang masih kecil dan saya belum pernah membawa
mereka ke Batu Caves lagi dan mereka tak melihat perayaan ini secara sebenar
selain dari di Telivision.

Soalan :

Pada pandangan cikgu adakah amalan dan tradisi yang sering diamalkan ini
mengalami kemerosotan kepada generasi generasi baru.

Jawapan :

Ya, sebab terlalu dikomersilkan dan kebanyakan nazar yang ekstrem di jalankan
bagi menarik perhatian pelancong dan orang awam sahaja.

Soalan :

Bagi cikgu sekarang ini kerajaan membuat perayaan thaipusam ini sebagai satu
produk pelancongan. Adakah ianya boleh menjadi satu penyebab nilai nilai
perayaan itu mengalami kemerosotan atau ianya menambah baik supaya semua
masyarakat kenal tentang perayaan ini.

Jawapan :

Ianya ada baik dan buruknya. Apa yang baiknya orang ramai dapat melihat sendiri
perayaan thaipusam dan orang india akan berasa bertapa penting mempertahankan
perayaan ini. Tetapi yang buruknya mereka yang bernazar dengan membawa
kavadi mula menunjuk nunjuk kehebatannya sahaja.

Soalan :

Baiklah cikgu terima kasih kerana cikgu sudi membantu saya. Diharap di atas
maklumat yang cikgu berikan dan kongsikan dapat membantu saya menyiapkan
tugasan.

Jawapan :

Sama - sama

TEMUBUAL KETIGA
Sampel :

Akarsh a/l Kumar

Tarikh :

4.1.2013

Masa :

10.30

Tempat :

Bilik Darjah 6 Setia Sk Selayang Utama

Kumpulan :

Kumpulan 3 (Umur 12 tahun )

Soalan:

Selamat pagi ye Loshini. Terima kasih sebab awak sudi ditemuramah. Hari ini
awak sangat bertuah kerana cikgu telah memilih awak untuk ditemuabual.
Temubual ini adalah untuk kajian cikgu mengenai perayaan thaipusam. Cikgu
akan bertanyakan pada awak beberapa soalan tentang perayaan thaipusam yang
disambut oleh masyarakat awak. Boleh cikgu teruskan.

Jawapan :

Baiklah.

Soalan :

Adakah kamu tahu apakah tujuan sambutan perayaan Thaipusam?.

Jawapan :

Perayaan thaipusam disambut bertujuan bagi menghormati Dewa Subramaniam


atau Dewa Murugan. Perayaan ini juga disambut untuk menunaikan nazar.

Soalan :

Bagi kamu adakah penting perayaan thaipusam ini disambut.Kalau ia kenapa dan
kalau tidak kenapa?.

Jawapan :

Sambutan penting sebagai tanda membayar nazar oleh penganut hindu, dan di
situlah tempat orang India membersihkan dosa dan menunaikan janji.

Soalan:

Ada tidak ibu bapa kamu menerapkan nilai nilai budaya dan amalan yang perlu
diikuti sewaktu meraikan thaipusam:

Jawapan :

Ada

Soalan :

Kalau ada apakah amalan dan budaya perayaan Thaipusam yang telah diterapkan
oleh ibu bapa kamu atau yang kamu ketahui cuba kamu nyatakan?.

Jawapan :

Penganut hindu akan mengunjungi kuil Dewa Murugan sambil membayar


sebarang nazar yang dijanjikan.

Soalan :

Di manakah tempat yang selalu kamu kunjungi semasa sambutan?.

Jawapan :

Kami pergi ke kuil

Soalan :

Bagi kamu adakah perlu atau sesuaikah nilai dan amalan yang kamu lakukan ini
ini dikekalkan?.

Jawapan :

Perlu sebab ia adalah lambang kebudayaan kaum kami dan kami perlu jaga untuk
ia kekal sampai bila - bila.

RUMUSAN
Setelah menjalankan temubual kepada tiga responden dari tiga generasi yang berbeza,
dapat dinyatakan di sini bahawa ketiga tiga mereka sependapat yang perayaan thaipusam ini di

sambut bagi meraikan Dewa Subramaniam atau turut dikenali sebagai Dewa Murugan. Perayaan
ini juga disambut bagi mereka yang telah bernazar untuk membayar nazar dan janji mereka.
Amalan yang sering diamalkan oleh masyarakat india hindu sebelum perayaan thaipusam
ini adalah berpuasa selama tujuh hari bermula dari pagi hingga malam, dan mereka berpuasa
agak berbeza sedikit dari kita umat Islam dimana mereka berpuasa bermula dari pukul 12 tengah
malam hingga 9 malam keesokannya dan hanya dibenarkan makan dalam masa 3jam . Namun
makanan yang hanya boleh dimakan bukan dari kumpulan beras.
Dari hasil dapatan yang diperolehi dari temubul ini saya dapat lihat bertapa pentingnya
generasi yang terdahulu menerapkan nilai nilai dan amalan yang sering diamalkan kepada
generasi muda untuk diikuti dan agar amalan ini tidak akan hilang di telan zaman. Ini kerana dari
hasil temubual dengan responden 3 , responden hanya atau asyik menyatakan tentang amalan
membayar nazar sahaja seolah olah dia tidak tahu akan amalan amalan lain yang sering
diamalkan.
Amalan dan tradisi perayaan ini juga penting diperkenalkan kepada generasi muda dari
mereka kecil lagi kerana kedua dua responden dari kumpulan 1 dan 2 mengakui yang amalan
dan tradisi nilai nilai perayaan ini mengalami kemerosotan. Ini berlaku kerana generasi muda
tidak mengetahui akan kepentingan perayaan dan ianya telah disalah ertikan oleh sesetengah
pihak untuk mendapatkan keuntungan dan kepentingan.
Ketiga tiga responden ini juga telah menyambut perayaan ini di tempat yang sama iaitu
Batu Caves. Ini kerana berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

You might also like