Professional Documents
Culture Documents
Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2014 - 2016
Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2014 - 2016
SIARAN AKHBAR
ANGGARAN PENDUDUK SEMASA, MALAYSIA, 2014-2016
SAIZ DAN PERTUMBUHAN PENDUDUK
Pada 2016, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 31.7 juta orang iaitu peningkatan sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta
orang pada 2015 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 1.5 peratus bagi tempoh yang sama.
PENDUDUK DI MALAYSIA, 2014-2016
STRUKTUR UMUR
Taburan penduduk mengikut kumpulan umur pada 2016 tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding 2015. Penduduk dalam
kumpulan umur 014 tahun berkurang 0.4 mata peratus pada 2016 (24.5%) berbanding 2015 (24.9%).
Penduduk dalam kumpulan umur bekerja, 1564 tahun, meningkat 0.2 mata peratus pada 2016 berbanding 2015. Penduduk
berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2 mata peratus bagi tempoh yang sama.
PERATUSAN PENDUDUK MENGIKUT KUMPULAN UMUR DAN UMUR PENENGAH, MALAYSIA, 2014-2016
Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk tertinggi pada 2016 ialah Selangor (19.9%) diikuti oleh Sabah (12.0%) dan Johor
(11.5%). Manakala negeri yang mencatatkan peratusan penduduk terkecil ialah W.P Labuan dan W.P. Putrajaya iaitu masingmasing sebanyak 0.3 peratus.
* Nota:
e
Anggaran
Dikeluarkan Oleh:
PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
22 Julai 2016
Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Korporat & Khidmat Pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]stats.gov.my