You are on page 1of 14

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR







Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .









Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim ,
bertukar-tukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam
membentuk generasi yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini
Ya Allah. Lindungilah kami daripada segala mara bahaya dan petaka.
Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami Hiasilah kami
dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat
keji . Jauhilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan
kebenaran .








Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengamalkan
kebaikan serta menjauhi segala keburukan dan kejahatan.











Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat
menempuh segala ujian yang mendatang dengan penuh kesabaran dan
ketabahan. Berkatilah usaha-usaha kami , dan jadikanlah sekolah kami ini
cemerlang, gemilang dan terbilang , dalam bidang akademik dan keperibadian .

DOA SEMPENA MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BARU







Segala puji-pujian bagi Allah, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami


untuk
menjayakan
Program
Minggu
Suaikenal
pelajar-pelajar
(NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .
I













Berkatilah usaha-usaha kami , Jadikanlah anak didik kami pelajar yang
cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, dalam aspek akademik mahupun
kokurikulum dan mampu melahirkan generasi yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.










Jadikanlah segala maklumat yang dicurahkan sebagai panduan ke arah
kecemerlangan diri . Jadikanlah anak didik kami sebagai anak-anak yang taat
kepadaMu, baik akhlaknya dan menjadi penyejuk mata ayah dan bonda. Anak
yang cintakan ilmu pengetahuan, berwawasan jauh serta menjadi contoh buat
generasi akan datang.

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS
















Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu)
dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.





Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk
perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan
kelancaran pengurusan sekolah kami .








Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini,
barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab,
mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia
mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi

pengawas yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, sama ada dalam
aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan
barisan pengawas yang berketrampilan dan berwibawa .






Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesejahteraan.

DOA PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN
















Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Peringkat
Sekolah ..tahun .
Ya Allah, Kami meminta padaMu akan keselamatan pada agama, kesejahteraan
pada tubuh badan, penambahan pada ilmu dan keberkatan pada rezeki. Ya Allah
, Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki, Mulakanlah harihari yang kami lalui dengan kerahmatanMu , pertengahannya dengan
keberkatanMu, dan disudahi dengan keampunanMu. Penuhilah keseluruhan
hari yang kami lalui dengan hidayah , kemenangan dan kecemerlangan .









Jadikanlah usaha kami ini sebagai wahana untuk menyedarkan dan
menginsafkan diri kami.Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh,mantap dan
kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran semasa dan dalam mengharungi
pancaroba hidup alaf baru.











Ya Allah berikanlah kami taufiq dan hidayah. Jadikanlah kami insan yang suka
mendengar kebaikan lantas melakukannya .Jadikanlah kami insan yang apabila
mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .Ya Allah , jadikanlah
perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .
Jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.






DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
(LAWATAN SAMBIL BELAJAR)
















Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar
kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami kebaikan dan ketakwaan
dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami
sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat
yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami.
Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.
Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami
insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang
sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu.
Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya
kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam
menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini.
Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada
Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.

DOA KARNIVAL ANTI DADAH
















Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Pada hari ini kami memanjatkan kesyukuran
kepadaMu kerana dengan hidayahMu kami dapat berkumpul bagi membicarakan
tentang racun pemusnah yang merosakkan umat manusia sejagat.
Engkau cetuskanlah dalam hati kami, rasa jijik dan benci terhadap najis dadah
dan bahan - bahan lain seumpamanya.Ya Allah peliharakanlah kami dan jauhilah
kami dari perkara yang membinasakan kami.
Ya Allah kurniakanlah kesedaran kepada hambaMu yang terlibat dalam
penyalahgunaan dadah. Berikanlah keinsafan kepada pengedar dadah durjana
agar negara kami sentiasa selamat, aman makmur dan bahagia.

DOA FESTIVAL NASYID
















Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim


Hari ini kami hamba-hambaMu berhimpun dan berkumpul bagi menjayakan
Festival Nasyid Peringkat PadaMu kami memohon agar majlis
.kami ini mendapat keberkatan dan keredaanMu
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Indah dan Engkau sukakan segala
keindahan, maka melalui festival nasyid ini, kami hamba-hambaMu memuji
keindahan sifatMu, rasulMu serta agamaMu. Ya Allah terimalah segala puji.pujian hamba-hambaMu yang hina ini
Dalam Festival nasyid ini kami menyusun kata-kata indah, dengan gaya dan
nada yang penuh hikmah mengajak hamba-hamba-Mu mengamalkan segala
kebaikan dan menjauhi diri dari segala kejahatan dan kemungkaran. Hanya
padaMu Ya Allah kami berharap agar Engkau terimalah segala usaha murni ini
dan jadikanlah ia sebagai amal soleh yang akan mendapat ganjaran pahala
.dariMu
Ya Allah, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang
kemurkaanMu,maka ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang.Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu
.yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang baik

) DOA SELAMAT ( I

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar sempurnakanlah penghayatan agama


yang menjadi pegangan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara
hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah hidup ini
tempat untuk menambah segala kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri
dari segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah
kami jalan yang selamat. Selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada yang
terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, sama ada yang nampak,
mahupun yang tersembunyi. Ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami,
pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat
handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada
kami.

DOA SELAMAT ( II )
















Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
















Ya Allah kami memohon perlindunganMu dari segala hasutan syaitan mahupun
kejahatan insan. Kami pohon keselamatan dan kesejahteraan agar hidup dalam
aman dan tenteram.Jauhkanlah kami dari segala bala, wabak, mahupun penyakit
.yang menyusahkan
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di
dalam hati dan sanubari kami. Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan
tujuan kami pada saat ini, lantaran itu makbulkanlah segala permohonan kami.
Kami menadah tangan memohon keselamatan dan kesejahteraan yang
.berterusan
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bermohon kepadaMu kesejahteraan di dalam
agama, kesihatan tubuh badan, penambahan di dalam ilmu, keberkatan di dalam
rezeki. Kami bermohon kepadaMu ya Allah taubat sebelum mati, rahmat ketika
mati dan keampunan selepas mati. Ya Allah permudahkanlah kami menghadapi
saat-saat kematian dan selamatkanlah kami dari azab api neraka serta
.mendapat keampunanMu

) DOA SELAMAT ( III
















Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
















Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami mohon kepadaMu semoga diperkukuhkan
perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman agar segala
hasrat dan cita-cita kami menjadi kenyataan. Kami mengharapkan kasih
sayangMu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman dan
tenteram, agar kami dapat mengimarahkan bumi ini sepertimana yang Engkau
perintahkan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan segala rendah diri kami memohon
dariMu agar Engkau kurniakan kepada kami dan hamba-hambaMu dengan taufik
dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu, mudah-mudahan
segala usaha dan amal yang kami tunaikan mendapat kejayaan serta mendapat
keredaan dan restuMu sepanjang zaman.
Peliharalah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhilah kami
dari segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala
anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kekalkan Ya Allah
kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara
bertuah ini.

You might also like