You are on page 1of 4

Tajuk Artikel:

Reflection and Self-Efficacy: Enchancing the Retention of Qualified


Teachers from a Teacher Education Perspective
Nama Penulis:
Deborah S. Yost
Tahun:
2006

Ringkasan
Artikel ini dipilih kerana ia sesuai dan berkaitan dengan tajuk kajian yang ingin saya
jalankan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara temubual. Kajian ini
sangat penting dan amat diperlukan kerana ia selari dengan kajian saya untuk
mengenalpasti efikasi kendiri guru sekolah rendah di kawasan pedalaman. Artikel ini
telah menimbulkan beberapa usul daripada dapatan kajian sebagai faktor untuk
mengenalpasti efikasi kendiri guru novis sebagai sampel kajiannya.

Pernyataan Masalah
Menurut statistik daripada National Center for Education pada tahun 2004, 33.5%
guru terlatih telah meninggalkan profesion mereka selepas tiga tahun pertama
dalam perkhidmatan untuk meneruskan kerjaya yang lain. Pengekalan guru atau
teacher retention harus diberi perhatian agar guru-guru novis terus bertahan dan
gigih dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam kerjaya mereka. Ini kerana,
pada masa kini sekolah amat memerlukan guru yang terlatih ataupun qualified
teacher.

Objektif Kajian (Persoalan kajian)


1. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru-guru novis dalam tahun
pertama mereka mengajar.
2. Mengenalpasti faktor yang membentuk pandangan dan kejayaan dalam kerjaya
mereka.
3. Mengenalpasti kebolehan guru-guru ini dalam menggunakan refleksi kritikal
sebagai alat penyelesaian masalah.

Batasan Kajian
Kajian ini memberi penerangan tentang kesan guru-guru novis yang telah melalui
kursus, program atau latihan pendidikan serta pengalaman mengajar dari segi
perspektif penyelidik, pentadbir sekolah dan guru itu sendiri.

Ulasan Kajian Lepas


Kajian lepas dalam kajian ini berfokuskan kepada guru-guru novis yang telah
meninggalkan profesion mereka setelah beberapa tahun berkhidmat.

Metodologi
Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu menggunakan kaedah temu duga dan
pemerhatian untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Triangulasi
digunakan untuk memperoleh data daripada pelbagai sumber temubual, nota
lapangan, pemerhatian

Alat Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian berpandukan 3
persoalan kajian.

Responden Kajian
Cara pemilihan responden dinyatakan dengan jelas dalam kajian ini. Seramai 17
sukarelawan guru-guru novis yang mempunyai latar belakang pendidikan yang
sama Elementary and Special Education. Min GPA mereka ialah 3.42. Mereka
tahun kedua mengajar di sekolah masing-masing. Selain itu, guru-guru ini terdiri
daripada yang berkhidmat di kawasan bandar, subbandar dan luar bandar, sekolah
swasta, sekolah awam, sekolah menengah, sekolah rendah dan pendidikan khas.
Umur mereka diantara 22-25 tahun.

Pengumpulan Data
Data kajian diperolehi daripada 2 fasa pengumpulan data:

Fasa pertama: Temubual selama 2 ke 3 jam telah dirakam. Temubual ini lebih
tertumpu kepada perincian pengalaman tahun pertama mereka mengajar di
sekolah. Nota lapangan juga digunakan sepanajang sesi temubual. Selain itu,
pemerhatian dirakam dalam bentuk video. Data dianalisis dan dikategori
menggunakan prosedur Lincoln dan Guba (1983)
Fasa Kedua: Dilaksanakan selepas 5 tahun guru-guru novis tersebut graduasi.
Satu set soal selidik telah dihantar kepada 10 orang sukarelawan yang dipilih
untuk dianalisis.
2

Analisis Data
Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian QSRs NUD*IST dan
QSR N4 Classic.

Dapatan Kajian
Hasil daripada analisis data, empat usul telah timbul.

Usul pertama: Pengalaman Field and student teaching yang berjaya


meningkatkan keyakinan dan efikasi kendiri guru dan seterusnya
menggalakkan kompetensi mereka ke aras yang lebih tinggi pada tahun
pertama mereka mengajar. Pada peringkat ini, mereka akan mengaplikasi
segala kaedah dan strategi yang dipelajari ke atas murid-murid mereka. Ini
kerana, mereka yakin mereka mempunyai pengetahuan tersebut.
Usul kedua: Refleksi secara kritikal sebagai alat penyelesaian masalah
telah membantu guru dalam menangani masalah dan cabaran dalam
tahun pertama mengajar. Melalui pembinaan refleksi selepas P&P, guru dapat
mereflek semula kejadian yang berlaku dalam bilik darjah.
Usul ketiga: Komponen mentoring dalam program induksi guru baharu
memberikan impak yang kuat berbanding program induksi tradisional
yang memfokuskan kepada penyampaian ilmu dalam jangka masa yang
pendek. Mentorship dimana mentor dan mentee berkolaborasi untuk
memperbaiki pengajaran dan membina yakin diri semasa mengajar.
Usul keempat: Persekitaran dan sokongan sekolah yang positif tidak
semestinya dapat membantu guru yang bermasalah. Sebaliknya,
pesekitaran dan sokongan sekolah yang negatif akan menyebabkan
guru efikasi kendiri tinggi untuk berpindah ke sekolah lain yang lebih
produktif.

Kesimpulan
Berpandukan kepada persoalan kajian, dapatan kajian mendapati guru-guru novis
telah melalui pengalaman sebagai guru praktikum di sekolah sebenar (student
teaching experience). Ini telah membina keyakinan diri mereka untuk berkembang
dalam pengajaran dan pengurusan strategi dan seterusnya meningkatkan efikasi
kendiri mereka. Walaupun guru-guru novis ini menghadapi cabaran sepanjang
kerjaya mereka, mereka yakin mereka mampu menyaingi cabaran tersebut dengan
ilmu yang diperoleh semasa melalui latihan pendidikan guru. Selain itu, daripada
3

bantuan daripada pentadbir sekolah atau ketua jabatan sedikit sebanyak dapat
membantu guru-guru novis untuk mencari mereka rentak dalam pengajaran.
Penggunaan model refleksi kritikal juga mampu membantu guru-guru novis
menyelesaikan masalah akademik dan masalah tingkah laku murid.

You might also like