You are on page 1of 10

EM (Effective Microorganism) atau Lactobacillus Serum atau Lacto Serum boleh

digunakan untuk berbagai tujuan, antaranya sebagai baja. Mikrob lactobacillus ini
bertindakbalas dengan mikrob dalam tanah, menjadikan tanah lebih subur,
menghilangkan bau najis haiwan, membersihkan saluran longkang dan sungai. Ianya
boleh dicampurkan dalam makanan haiwan, dan juga sebagai pembersih udara. Bagi
pokok tin, ia boleh digunakan untuk untuk rawatan media tanaman atau semaian.
Disini saya ingin kongsikan apa yang diamalkan oleh Pn. Salina Shamsudin untuk
menghasilkan EM berkenaan. Terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Salina
Shamsudin kerana sudi berkongi info yang penting ini dengan anda semua.
Ini dia cerita Pn. Salina Shamsuddin...

Cara pembuatan
1. Basuh beras (dengan AIR TANPA KLORIN), ambil airnya. Simpan dalam bekas,
tutup dengan kain, ikat supaya tak ada binatang masuk.
2. Peram air beras ini 3 ke 5 hari. Peraman siap bila air berbau masam dan
menghasilkan 3 lapisan. Lapisan atas sekali ialah karbohidrat + kulat. Lapisan tengah
(yg ni kita nak ambil) penuh dgn bakteria dan asid laktik. Lapisan bawah ialah kanji,
hasil peraman.
3. Gunakan bekas baru yg lebih besar, masukkan air beras masam + dgn susu.
(nisbahnya ialah 1 bhg air beras masam + 10 bhg susu. Susu apa pun tak pe. Paling
baik ialah susu fresh. Kalau tak dapat susu fresh, gunalah susu cair/susu tepung dan
sebagainya. Jangan menangis kalau tak dapat susu fresh tau.
4. Tutup bekas dgn kain, ikat elok2 supaya haiwan tak masuk. Kalau masuk, nanti ada
ulat, eeeee... geli.. Peram seminggu.
5. Lepas seminggu, akan terbentuk 2 lapisan. Lapisan atas ialah susu kental, penuh
dgn karbohidrat, protin dan lemak. Sape nak try rasa, boleh, sbb sy dah pernah rasa.
Tak sedap mana pun. Bagi aje kat haiwan, pokok atau kompos. Lapisan bawah terdiri

dari cairan warna kuning cair, kaya dgn bakteria. Cairan ini ialah lactobacillus serum, yg
ni yg kita nak. Tapis untuk asingkan susu kental dgn lacto serum.
6. Untuk simpan, campurkan lacto serum (lacto serum ialah EM) ini dgn molasses.
(molasses ialah gula merah yg dimasak dgn air, hingga cair). Nisbahnya ialah 1 bhg
lacto serum + 1 bhg molasses. (kalau malas nak buat molasses, campur saja gula
perang, nisbahnya 1 : 1 juga. Contohnya 1L lacto serum + 1kg gula perang). Saya
simpan lacto serum (EM) dalam peti sejuk.Kalau taknak simpan dalam peti sejuk pun
tak pe, takde masalah pun.
Lacto serum (EM) yg kita dapat ini PERLU DICAIRKAN sebelum digunakan.

a). Basuh beras dengan air tanpa klorin.


Simpan 3 ke 5 hari, tutup botol
dengan kain nipis.

b). Lepas 4 hari, terbentuk 3 lapisan.


Kita ambil lapisan tengah saja

c). Air beras masam yang ditapis,


campur dengan susu cair. Nisbah 1 : 10
(1 bahagian air beras + 10 bahagian susu)

d). Air beras + susu, tutup bekas dgn kain,


perlukan udara untuk proses peraman.
Peram seminggu.

e). Lepas seminggu, terbentuk susu


kental dan lacto serum.

f). Inilah rupa susu kental

g). Tapis utk asingkan susu


kental dengan lacto serum

h). EM/Lactobacillus Serum


/Lacto Serum

i). Nak simpan, campur lacto serum


dengan molasses atau gula perang.
Nisbah 1 : 1.

Catatan penting
1. Air untuk basuhan beras MESTI bebas klorin. Air hujan, air paip yg disimpan lebih
dari 24 jam, air sungai, air tasik, air telaga boleh guna. Air laut tidak boleh. Ada
sesetengah pendapat mengatakan air RO juga tidak boleh.
2. Bekas yang nak diguna juga perlu bebas klorin. Ertinya, bekas yang hendak diguna
perlu dibasuh dengan air bebas klorin juga. Sebabnya ? Klorin mematikan bakteria,
sedangkan kita hendak ternak bakteria.
3. Labelkan tarikh buat pada bekas, supaya tidak lupa.

Cara penggunaan.

1. Untuk pembajaan : Cairkan 2 sudu besar EM kedalam 1L air. Boleh sembur terus
pada tanaman dan tanah, atau campur dengan baja2 lain (MOL, OHN, IMO dan
sebagainya)
2. Untuk menghilangkan bau najis haiwan. Cairkan 2 sudubesar (sb) EM dgn 1L air.
Campurkan dengan makanan/minuman haiwan, dan juga sembur pada najis haiwan.
Dengan nisbah 2 sudu besar EM/1L air (ini panduan saja. Saya pakai cara mewah,
selalunya lebih dari 2 sudu besar EM/1L. Kalau cepat habis sy boleh buat lagi EM.
Saya suka !!!). Kita boleh pakai EM utk berbagai jenis kegunaan. Antaranya, sembur
atau siram pada kompos, masukkan kedalam akuarium, membuat bokashi bran,
membuat IMO5, membersihkan sungai/parit yg tercemar, malah baik juga untuk sistem
percernaan manusia dan haiwan.
Secara peribadi, saya menggunakan EM dalam hampir setiap pembuatan MOL, OHN
dan baja-baja saya.

You might also like