You are on page 1of 2

Kumpulan Penyelidik NRGS-KPT Berkongsi Output Penyelidikan Dalam

Konvensyen
Foto: Wan Nurmahfuzah Jannah Wan Mansor
Berita: Nor Hanim Elias
Kumpulan penyelidik program Niche Research Grant Scheme (NRGS), Universiti Utara
Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Prof. Dato Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz telah berjaya
menganjurkan Konvensyen Pengurusan Potensi Belia Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa
bertempat di Hotel Everly, Putrajaya pada 5 Disember 2016. Konvensyen ini dianjurkan
bertujuan untuk berkongsi hasil dapatan kajian daripada lima (5) kumpulan projek
penyelidikan NRGS yang berkaitan dengan pembangunan belia Malaysia. Sejumlah 5 projek,
5 ketua penyelidik dan 29 penyelidik telah melaksanakan tanggungjawab bagi menjayakan
program NRGS ini. Ketua projek kepimpinan adalah Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad
Sabri, keusahawanan pula diketuai oleh PM Haji Abdul Rahim Anuar, latihan diketuai oleh
Prof. Dr Khulida Kirana Yahya. Seterusnya projek undang-undang dan tadbir urus diketuai
oleh Prof. Dr. Asmah Laili Yeon manakala kerohanian di ketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Haji
Abdul Ghani.
Selain perkongsian dapatan kajian setiap projek, penyerahan resolusi program penyelidikan
turut disempurnakan oleh Prof Dr Noor Azizi Ismail kepada Wakil Kementerian Belia dan
Sukan. Konvensyen ini turut dilengkapkan dengan pembentangan 24 kertas kerja dalam sesi
selari oleh penyelidik-penyelidik NRGS, UUM. Seramai 96 orang peserta telah mendapat
manfaat daripada konvensyen belia ini. Para peserta terdiri daripada wakil-wakil pelbagai
kementerian, jabatan, agensi dan organisasi berkaitan dengan belia seperti Kementerian Belia
dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan seluruh negara, Majlis Belia Malaysia dan penyelaras
Pondok Inabah Kuala Nerang. Selain itu, Majlis Belia Malaysia telah menghantar seramai 38
orang peserta, dan UUM sendiri menghantar 7 orang pelajar yang merupakan pemegang
jawatan dalam Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa dan Kepimpinan Siswa (JKPS).
Konvensyen belia ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Raha binti Abdul Rahim, Pengarah
(BPKI), Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia. Turut hadir menyerikan majlis adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan
Inovasi) UUM. Prof. Dr. Noor Azizi Ismail dan Encik Shamsuhaime Basir, Pengarah
Cawangan Pembangunan Sosial Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan
Negara.
Menurut Prof. Dato Dr. Abdul Rahman konvensyen ini penting bagi mendapat maklumbalas
daripada pemegang taruh berkaitan hasil dapatan akhir kajian daripada kementerian, jabatan,
agensi yang menjadi responden penyelidikan ini. Konvensyen ini juga berperanan dalam
usaha menghubungkan pihak penggubal dan pelaksana dasar/polisi pembangunan belia
dengan pihak penggerak persatuan belia. Sehubungan dengan itu, konvensyen belia ini

diharap menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan dasar dan polisi berkaitan
pembangunan belia serta pembinaan Negara Bangsa.
HABIS

You might also like