You are on page 1of 18

SMK MENGKARAK

============================================================
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN DUA
Dua jam
============================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:
Bahagian A : 20 soalan objektif
Bahagian B : 8 soalan berstruktur
2. Jawab SEMUA soalan dalam bahagian A dan Bahagian B dalam ruangan yang disediakan

BAHAGIAN A
[20 markah]
Jawab semua soalan.
Bulatkan jawapan yang betul.

1 Bilakah diiktiraf sebagai Hari Hak Pengguna Sedunia?


A 15 Mac
B 16 Mac
C 17 Mac
D 18 Mac
2 Memasak nasi kesyukuran merupakan amalan adat dan tradisi kaum...
A Sikh
B Cina
C India
D Melayu
3 Yang manakah berikut TIDAK menggambarkan amalan bersikap amanah dalam kehidupan seharian pelajar?
A Menyimpan rahsia kawan
B Memulangkan wang yang dipinjam
C Menyampaikan pesanan kepada guru
D Menumpukan perhatian semasa guru mengajar
4 Yang manakah berikut BUKAN merupakan hak asasi pengguna?
A Hak untuk membuat pilihan
B Hak untuk merancang pembelian
C Hak untuk mendapatkan keperluan asas
D Hak untuk menikmati alam sekitar yang sihat dan selamat
5 Azman : Devi, kenapa keputusan peperiksaan kamu merosot?
Devi : Saya banyak ketinggalan kelas kerana menghadiri
latihan bola baling.
Devi perlu mengamalkan nilai...............
A Kerajinan
B Hemah Tinggi
C Kesederhanaan

D Mematuhi peraturan dan undang-undang


6 Bagi saya, walau di mana saya berada saya masih rakyat Malaysia dan saya mahu memperkenalkan Malaysia
dengan hasil usaha saya mencipta pelbagai ciptaan yang menarik.
Nilai yang ada pada saya ialah ............
A Kerajinan
B Kasih sayang
C Cinta akan negara
D Penglibatan diri dalam pembangunan negara
7 Semasa pulang dari sekolah, anda terdengar jeritan dan tangisan seorang kanak-kanak. Anda mengesyaki
bahawa kanak-kanak itu telah didera oleh penjaganya. Anda berasa simpati dan kasihan mendengar jeritan dan
tangisan tersebut.
Nilai yang perlu diamalkan oleh anda ialah.....
A Membela hak kanak-kanak
B Melindungi hak kanak-kanak
C Memelihara hak kanak-kanak
D Memberi naungan kepada kanak-kanak
8 Anda diminta berjumpa dengan guru kaunseling sekolah kerana anda sering ponteng kelas. Guru kaunseling
mendengar pandangan anda dan memberikan pendapatnya tentang masalah anda.
Nilai yang ada pada guru kaunseling ialah.......
A Toleransi
B Kasih sayang
C Sikap keterbukaan
D Kebebasan bersuara
9 Anda dan adik-adik selalu bermain di halaman rumah. Adik-adik anda sering menjerit-jerit ketika bermain.
Pada suatu hari, jiran anda telah menegur anda dan adik-adik kerana selalu membuat bising.
Nilai yang sepatutnya diamalkan oleh anda dan adik-adik ialah...
A Keadilan
B Harga diri
C Bertanggungjawab
D Hidup bersama secara aman
10 Yang manakah berikut adalah definisi untuk nilai kasih sayang?
A Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
B Perasaan kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
C Kepekaan terhadap cinta dan kasih yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
D Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
11 Yang manakah berikut adalah definisi untuk nilai sikap keterbukaan?
A Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia
B Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan
norma masyarakat Malaysia
C Bersedia memberi dan menerima segala pandangan dan pembaharuan berdasarkan kebenaran fakta
D Bersedia memberi, menerima dan menghormati pandangan, dan pembaharuan selaras dengan norma
masyarakat Malaysia
12 Yang manakah berikut merupakan diri-ciri orang yang bersikap sederhana dalam pergaulan?
I Dapat mengawal perasaan
II Tidak keterlaluan dalam pertuturan

III Tidak menyinggung perasaan orang lain


IV Melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain
A I dan II
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
13 Yang manakah berikut merupakan kata kunci untuk nilai kemapanan alam sekitar
I Kualiti kehidupan terpelihara
II Tanggungjawab bersama
III Memelihara alam sekeliling
IV Pengekalan keseimbangan alam sekeliling
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
14 Yang manakah berikut merupakan kata kunci untuk nilai melindungi hak pekerja?
I Menghormati perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja
II Menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja
III Mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja
IV Memuliakan perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
15 Yang manakah berikut merupakan kenyataan yang benar tentang perayaan yang disambut oleh kaum pribumi
di Sabah dan Sarawak?
I Pesta Gawai disambut dan diamalkan oleh kaum Dayak
II Pesta Keamatan disambut dan diamalkan oleh kaum Dayak
III Pesta Gawai disambut dan diamalkan oleh kaum Kadazan Dusun
IV Pesta Keamatan disambut dan diamalkan oleh kaum Kadazan Dusun
A II sahaja
B I dan III
C I dan IV
D II dan III
16 Mary telah ditegur oleh guru kerana sentiasa lewat ke sekolah.
Nilai yang perlu diamalkan oleh Mary ialah
I rasional
II berdikari
III kesederhanaan
IV bertanggungjawab
A I dan II
B I dan IV
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
17 Ayah : Raju, ayah harap kamu janganlah terlibat dalam akitiviti yang menjejaskan nama baik diri dan
keluarga.
Nilai yang perlu diamalkan oleh Raju ialah...
I Rasional
II Toleransi
III Kerajinan
IV Harga diri
A I dan IV

B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
18 Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalan raya di negara kita adalah di bawah tanggungjawab...
I Jabatan Perhubungan Malaysia
II Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
III Bahagian Trafik, Polis Diraja Malaysia
IV Bahagian Kompaun, Polis Diraja Malaysia
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II, III dan IV
19 Yang manakah berikut merupakan Perkara II dalam Perlembagaan Negara yang memperuntukkan kebebasan
beragama kepada rakyat Malaysia?
I Hari sambutan upacara keagamaan bagi agama-agama utama merupakan cuti am.
II Seseorang tidak boleh menyekat orang lain daripada menjalankan aktiviti
keagamaan.
III Penganut setiap agama diberikan kebebasan untuk meraikan upacara keagamaan
masing-masing.
IV Semua agama adalah agama rasmi di negara ini.
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
20 Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan buah kelapa
Jikalau semua negara bersatu hati
Hidup aman sejahtera bersama
Berdasarkan pantun di atas, nilai yang perlu diamalkan oleh semua negara ialah...
I Toleransi
II Hidup bersama secara aman
III Saling menghormati antara negara
IV Saling membantu dan bekerjasama
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
BAHAGIAN B
[80 markah]
Jawab semua soalan.
1 Berikut ialah perbualan antara ibu dengan anak.
Ibu : Mana wang baki yang ibu beri untuk beli buku rujukan tempoh hari?
Anak : Ibu, saya telah beli sebatang pensel dengan wang baki tersebut.
Ibu : Lain kali, jika hendak gunakan wang baki mestilah beritahu ibu.
Anak : Saya minta maaf ibu. Lain kali saya tidak buat lagi.

(a) Berikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh anak.


(i) .....................................................................................................................................
(ii) ....................................................................................................................................
[2 markah]
(b) Terangkan maksud bagi kedua-dua nilai yang dinyatakan di (a).
(i) .....................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
(ii) ....................................................................................................................................
......................................................................................................................................
[4 markah]
(c) Tuliskan dua contoh perlakuan lain anak perlu memberitahu ibu apabila melakukan sesuatu perkara.
(i) ....................................................................................................................................
(ii) ...................................................................................................................................
[2 markah]
(d) Nyatakan dua kesan jika anak melakukan sesuatu tanpa pengetahuan ibu.
(i) ...................................................................................................................................
(ii) ..................................................................................................................................
[2 markah]
2 Grafik berikut menunjukkan beberapa contoh badan beruniform yang ada di sekolah.
BADAN BERUNIFORM--Kadet Remaja Sekolah,Pengakap, St John Ambulance
(a) Tuliskan dua contoh lain badan beruniform yang ada di sekolah anda.
(i) ..........................................................................................................................
(ii) .........................................................................................................................
[2 markah]
(b) Nyatakan dua kebaikan menyertai badan beruniform tersebut.
(i) .........................................................................................................................
(ii) ........................................................................................................................
[2 markah]
(c) Berikan dua nilai yang ada pada pelajar yang menyertai badan beruniform sekolah.
(i) ..........................................................................................................................
(ii) .........................................................................................................................
[2 markah]
(d) Terangkan maksud bagi satu nilai yang dinyatakan di (c).
.................................................................................................................................

.................................................................................................................................
[2 markah]
(e) Selain menyertai badan beruniform, nyatakan dua cara pelajar boleh lakukan untuk mengisi masa dengan
berfaedah.
(i) ............................................................................................................................
(ii) ...........................................................................................................................
[2 markah]
3 Berikut ialah catatan kehidupan seorang remaja bernama Molly.
Anak sulung daripada tujuh orang beradik
Setiap pagi, membantu ibu menyediakan sarapan
Selepas sekolah, membantu ayah di ladang
Berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran
(a) Berikan dua nilai yang diamalkan oleh Molly terhadap keluarganya.
(i) .........................................................................................................................
(ii) ........................................................................................................................
[2 markah]
(b) Terangkan maksud bagi satu nilai yang dinyatakan di (a).
...............................................................................................................................
................................................................................................................................
[2 markah]
(c) Nyatakan tiga cara yang boleh dilakukan oleh Molly untuk membantu keluarganya apabila berjaya dalam
hidup.
(i) .........................................................................................................................
(ii) ........................................................................................................................
(iii) .......................................................................................................................
[3 markah]
(d) Tuliskan tiga sebab seseorang anak perlu mengingati jasa dan pengorbanan ibu bapanya.
(i) .........................................................................................................................
(ii) ........................................................................................................................
(iii) .......................................................................................................................
[3 markah]
4 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan pertandingan Anugerah Sekolah 3K. Pertandingan ini
bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Setiap tahun, beberapa buah sekolah
menerima anugerah 3K daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
(a) Nyatakan maksud 3K.
.......................................................................................................................................
[1 markah]
(b) Nyatakan tiga kawasan di sekolah anda yang dinilai dalam pertandingan tersebut.

(i) ..............................................................................................................................
(ii) .............................................................................................................................
(iii) ............................................................................................................................
[3 markah]
(c) Berikan dua nilai yang ingin diterapkan kepada pelajar melalui pertandingan itu.
(i) ..............................................................................................................................
(ii) .............................................................................................................................
[2 markah]
(d) Terangkan maksud bagi satu nilai yang dinyatakan di (c).
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
[2 markah]
(e) Tuliskan dua kesan persekitaran sekolah yang kotor.
(i) ..............................................................................................................................
(ii) .............................................................................................................................
[2 markah]
5 Berikut ialah luahan seorang pelajar yang berpeluang menyertai kerja amal di sebuah kawasan pedalaman.
Saya berasa gembira dapat menyertai kerja amal di kampung ini. Ramai anggota sukarela turut menyertai
aktiviti ini termasuklah doktor, guru dan peguam, dan orang kampung. Antara kerja amal yang dilakukan ialah
memberi bimbingan asas Bahasa Inggeris kepada murid sekolah rendah, mendermakan bahan bacaan, memberi
khidmat kesihatan dan membantu memperbaiki dewan orang ramai yang rosak. Bagi saya, anggota sukarela
penting kepada negara. Jika ramai rakyat sanggup berkorban untuk negara, seperti anggota sukarela ini, pasti
negara kita akan bertambah makmur
(a) Terangkan maksud nilai yang terdapat dalam luahan pelajar tersebut.
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan.
(i) ....................................................................................................................................
(ii) ...................................................................................................................................
(iii) ..................................................................................................................................
[3 markah]
(c) Tuliskan dua contoh kerja amal lain yang boleh anda sertai di tempat tinggal anda.
(i) ...................................................................................................................................
(ii) ..................................................................................................................................
[2 markah]
(d) Berikan dua nilai yang ada pada sukarelawan yang berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

(i) ...................................................................................................................................
(ii) ..................................................................................................................................
[2 markah]
(e) Namakan satu pertubuhan sukarela yang ada di Malaysia.
........................................................................................................................................
[1 markah]
6 Ibu saudara anda ialah seorang jurutera di sebuah syarikat. Pihak syarikat telah menyediakan sebuah kereta
kepada setiap jurutera lelaki. Ibu saudara anda tidak diberikan kereta syarikat kerana majikannya berpendapat
jurutera wanita hanya perlu bertugas dalam pejabat sahaja. Ibu saudara anda tidak berpuas hati.
(a) Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh majikan tersebut.
(i) ...............................................................................................................................
(ii) ..............................................................................................................................
[2 markah]
(b) Terangkan maksud bagi kedua-dua nilai yang dinyatakan di (a).
(i) ...............................................................................................................................
(ii) ..............................................................................................................................
[4 markah]
(c) Berikan dua jenis hak wanita yang perlu dihormati oleh semua orang.
(i) ...............................................................................................................................
(ii) ..............................................................................................................................
[2 markah]
(d) Nyatakan satu tindakan yang boleh diambil oleh ibu saudara anda bagi mengatasi masalah tersebut.
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
[1 markah]
(e) Tuliskan tarikh Hari Wanita disambut di seluruh dunia setiap tahun.
.....................................................................................................................................
[1 markah]
7 Kerajaan Malaysia menyediakan banyak kemudahan untuk golongan kurang berupaya.
(a) Nyatakan tiga contoh kemudahan tersebut.
(i) .
(ii)
(iii) ..........................................................................................................................
[3markah]
(b) Berikan dua nilai yang ada pada kerajaan.
(i) .

(ii)
[2markah]
(c) Nyatakan dua kesan jika kerajaan tidak menyediakan kemudahan tersebut.
(i) .
(ii)
[2markah]
(d) Tuliskan satu sumbangan golongan kurang berupaya berikut terhadap negara atau dunia.
(i) Ludwig Van Beethoven : ..................................................................................
[1 markah]
(ii) Albert Einstein : ..................................................................................
[1 markah]
(iii) J.M.Aziz : ..................................................................................
[1 markah]
8 Berikut ialah seruan seorang pemimpin negara kepada rakyat.
Saya ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong ke negara serantau seperti ASEAN.
(a) Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh rakyat semasa melancong ke negara tersebut.
(i) .....................................................................................................................................
(ii) ...................................................................................................................................
[2 markah]
(b) Terangkan maksud bagi satu nilai yang dinyatakan di (a).
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
[2 markah]
(c) Berikan tiga kesan jika rakyat tidak mengamalkan nilai-nilai tersebut.
(i) .....................................................................................................................................
(ii) ...................................................................................................................................
(iii) ...................................................................................................................................
[3 markah]
(d) Nyatakan dua kebaikan melancong ke negara tersebut.
(i) .....................................................................................................................................
(ii) ...................................................................................................................................
[2 markah]
(e) Namakan satu contoh negara Asean yang boleh kamu lawati.
........................................................................................................................................
[1 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA


Bahagian A
1A
2C
3D
4B
5C
6C
7B
8C
9D
10 D
11 B
12 D
13 C
14 C
15 B
16 B
17 A
18 B
19 A
20 D
BAHAGIAN B

No.
1(a)

(b)

(c)

NILAI
amanah
hormat dan taat
kepada keluarga
rasional

M
1
1

PENERANGAN/ CONTOH

1
Max
2m
Sikap bertanggungjawab yang 2
boleh menimbulkan kepercayaan
dan keyakinan orang lain
Memuliakan setiap anggota
keluarga dengan berinteraksi dan 2
memberi layanan secara bersopan
untuk mewujudkan keluarga yang
harmonis
Boleh berfikir berdasarkan
alasan dan bukti yang nyata dan
dapat mengambil tindakan
2
berasaskan pertimbangan yang
wajar
Max
4m
meminta kebenaran untuk
1
balik lambat
untuk keluar bersama-sama
1
kawan
melakukan aktiviti selepas
1

No.

NILAI

(d)

ibu akan marah


menjadi anak yang tidak baik/
derhaka
menjejaskan hubungan dengan
ibu
tidak menghormati ibu
Terima jawapan lain yang
munasabah
Kadet Polis
Bomba dan Penyelamat
Boys Brigade

2(a)

(b)

(c)

PENERANGAN/ CONTOH
waktu sekolah
menyertai program sekolah
Terima jawapan lain yang
munasabah

- bertanggungjawab
- rasional
- mematuhi peraturan
dan undang-undang

M
1
Max
2m
1
1
1
1
Max
2m
1
1
1

Terima jawapan lain yang


munasabah
mengisi masa lapang dengan
berfaedah
tidak terjebak dalam aktiviti
yang tidak sihat
dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran
mendapat ramai kawan
memupuk perpaduan
membina ketahanan pelajar
dapat mendisiplinkan diri
dapat memberi sumbangan
kepada masyarakat dan negara
Terima jawapan lain yang
munasabah

Max
2m
1

kesanggupan diri seseorang


untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna
boleh berfikir berdasarkan
alasan dan bukti yang nyata dan
dapat mengambil tindakan

1
1
1
1
1
1
1
Max
2m

1
1
1
Max
2m

(d)

No.

NILAI

(e)

3(a)

(b)

kasih sayang terhadap


keluarga
hormat dan taat
kepada anggota keluarga
tanggungjawab
terhadap keluarga
kasih sayang
bertanggungjawab
kerajinan

PENERANGAN/ CONTOH
berasaskan pertimbangan yang
wajar
menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-undang
yang telah ditentukan tanpa
mengira sesiapa dan di mana
seseorang itu berada
menghadiri kelas agama
membaca buku/ mengulang
kaji pelajaran
melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan
menyertai aktiviti yang sihat
seperti program sekolah atau
kerajaan
Terima jawapan lain yang
munasabah

perasaan cinta, kasih dan


sayang yang mendalam dan
berkekalan terhadap keluarga
memuliakan setiap anggota
keluarga dengan berinteraksi dan
memberi layanan secara bersopan
untuk mewujudkan keluarga yang
harmonis
kewajipan yang harus
dilaksanakan oleh setiap individu
terhadap keluarga untuk
melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga
maruah keluarga
kepekaan dan perasaan cinta
yang mendalam serta berkekalan
yang lahir daripada hati yang
ikhlas
kesanggupan diri seseorang

2
Max
2m
1
1
1
1
Max
2m

1
1
1
1
1
1
Max
2m

No.

NILAI

(c)

PENERANGAN/ CONTOH
untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna
usaha yang berterusan penuh
dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan berdaya maju dalam
melakukan sesuatu perkara

mengubahsuai rumah keluarga


bagi memastikan mereka hidup
lebih selesa
membeli sebidang tanah sawah
untuk ayah
menghulurkan bantuan
kewangan kepada ibu bapa untuk
perbelanjaan persekolahan anakanak
menjaga ibu bapa dan adik
Terima jawapan lain yang
munasabah

(d)

ibu yang melahirkan kita


ibu bapa memberi pendidikan
ibu bapa membesarkan/
menjaga kita sehinga dewasa
ibu bapa pemberi semangat
dan dorongan
Terima jawapan lain yang
munasabah

4(a)

Kebersihan, Keselamatan,
Keindahan

(b)

kantin
tandas
bilik khas
bilik darjah
sistem pelupusan sisa pepejal
kawasan rekreasi
padang permainan
(Terima jawapan lain yang
munasabah)

(c)

- menyayangi dan
menghargai alam sekitar

2
Max
2m
1

1
1

1
Max
3m
1
1
1
1
Max
3m
1
Max
1m
1
1
1
1
1
1
1
Max
3m

No.

(d)

(e)

NILAI
- keharmonian antara
manusia dengan alam
sekitar
- kemapanan alam
sekitar
- peka terhadap isu-isu
alam sekitar
- rasional
- saling membantu dan
bekerjasama

M
1

PENERANGAN/ CONTOH

kesedaran tentang perlunya


memelihara dan memulihara alam
sekeliling untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem
keadaan saling memerlukan
hubungan yang harmonis antara
manusia dengan alam sekeliling
supaya kualiti kehidupan manusia
dan alam sekeliling terpelihara
pengekalan keseimbangan
alam sekeliling sebagai
tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup
Prihatin terhadap persoalan
yang berkaitan dengan alam
sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya
Boleh berfikir berdasarkan
alasan dan bukti yang nyata dan
dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang
wajar
Usaha yang baik dan membina
yang dilakukan bersama pada
peringkat individu, komuniti atau
negara untuk mencapai sesuatu
matlamat

1
1
1
1
Max
2m

Max
2m
1
1

menjejaskan imej sekolah


menjejaskan pembelajaran
pelajar/ pelajar tidak dapat belajar
dalam suasana yang bersih
bau yang busuk
Terima jawapan lain yang
1
munasabah
Max
2m

No.
5(a)

NILAI

(b)

(c)

PENERANGAN/ CONTOH
Kerelaan melakukan atau
menyerahkan sesuatu termasuk
nyawa sebagai tanda kebaktian
untuk negara
mempelajari sesuatu yang baru
mendapat pengalaman dan
kemahiran baru
dapat berkenalan dengan
rakan-rakan baru
dapat memberi sumbangan
kepada masyarakat
berpeluang berbakti dan
berjasa kepada negara
Terima jawapan lain yang
munasabah
gotong royong membersihkan
kawasan perumahan
memberi sumbangan dalam
menjayakan program kawasan
perumahan
gotong royong membersih dan
menceriakan dewan orang ramai
Terima jawapan lain yang
munasabah

M
2
Max
2m
1
1
1
1
1
Max
3m
1
1

1
Max
2m

(d)

- sanggup berkorban
untuk negara
- saling membantu dan
bekerjasama
- penglibatan diri dalam
pembangunan negara

1
1
1
Max
2m

(e)

6(a)

Persatuan Bulan Sabit Merah


(PBSM)
Persatuan St John Ambulan
PEMADAM
Terima jawapan lain yang
munasabah
menghormati hak
wanita
keadilan
bertanggungjawab

1
1
1
Max
2m

1
1
1
Max
1m

No.
(b)

NILAI

(c)

PENERANGAN/ CONTOH
melindungi dan mengiktiraf
wanita sebagai individu yang
boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga,
masyarakat dan negara
Tindakan dan keputusan yang
saksama serta tidak berat sebelah
Kesanggupan diri seseorang
untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna

hak untuk mendapat


pendidikan
hak untuk mendapat pekerjaan
hak untuk peluang kenaikan
pangkat
hak mendapat perlindungan
daripada keganasan
hak untuk mendapat layanan
adil tanpa mengira jantina

M
2

2
2
Max
4m
1
1
1
1
1

Terima jawapan lain yang


munasabah

(d)

Berjumpa dengan majikan dan


minta penjelasan
Melaporkan kepada kesatuan
sekerja
Terima jawapan lain yang
munasabah
- 8 Mac

(e)

7(a)

(b)

tandas khas
tempat duduk khas dalam
pengangkutan awam
sekolah khas
latihan kemahiran
tempat yang mempunyai
peralatan khas untuk bersukan
paralimpik
tempat letak kereta khas
Terima jawapan lain yang
munasabah
- menghormati hak

Max
2m
1
1
Max
1m
1m
Max
1m
1
1
1
1
1
1
1
Max
3m

No.

NILAI
golongan kurang
berupaya
- bertanggungjawab

(d)

saling menghormati
antara negara
mematuhi peraturan
dan undang-undang
hemah tinggi
toleransi

masa hadapan OKU terjejas/


terabai
OKU tidak mempunyai
pekerjaan
OKU tidak mendapat
pendidikan
Kesulitan untuk bergerak
Tidak berpeluang memberi
sumbangan kepada negara
Terima jawapan lain yang
munasabah
Pemuzik
Ahli Fizik
Penyajak

menghargai dan memuliakan


hubugan antara negara untuk
menjamin kesejahteraan sejagat
menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-undang
yang telah ditentukan tanpa
mengira sesiapa dan di mana
seseorang itu berada
beradab sopan dan berbudi
pekerti mulia dalam pergaulan
seharian
kesanggupan bertolak ansur,
sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup

1
Max
2m

(c)

8(a)

PENERANGAN/ CONTOH

1
1
1
1
Max
2m
1
1
1
Max
3m

1
1
1
1
Max
2m

(b)

2
2

Max

No.
(c)

(d)

(e)

NILAI

PENERANGAN/ CONTOH

M
2m
1
1

menjejaskan imej negara


rakyat akan ditahan/ ditangkap
berlaku pergaduhan/ huru-hara
menyinggung sensitiviti negara 1
lain
Terima jawapan lain yang
1
munasabah
Max
3m
dapat mengeratkan hubungan
1
antara negara
dapat melihat cara hidup
1
negara lain
dapat mengenal kebudayaan
1
dan adat resam negara luar
Terima jawapan lain yang
munasabah
Max
2m
Thailand
1
Kemboja
1
Vietnam
1
Laos
1
Singapura
1
Indinesia
1
Brunei
1
Filipina
1
Myanmar
1
Max
1m

You might also like