You are on page 1of 22

Sistem Pengangkutan Di Malaysia

1.0

LATAR BELAKANG ISU

Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Ia juga berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang
berlainan serta membolehkan pergerakan manusia.Sektor pengangkutan kini merupakan
satu prasarana yang penting dalam meningkatkan ekonomi dan perkembangan Malaysia
di peringkat global. Walaupun dengan status sebuah negara yang maju dan setiap
keluarga di Malaysia ini mempunyai kenderaan sendiri tetapi penggunaan kenderaan
awam terutamanya di bandar-bandar besar dan pesat seperti di Kuala
Lumpur,Selangor,Pulau Pinang dan Johor Bahru masih lagi kebanyakkan orang awam
yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Berikutan itu
juga, setiap tahun terdapat pelbagai reaksi dan aduan ketidakpuasan hati mereka terhadap
pihak yang bertanggungjawab keatas pengurusan perkhidmatan pengangkutan awam ini.
Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi
mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan.
Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam,
teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Masyarakat
menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari
segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual
perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan
menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke
tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah
tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam
kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh
itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi
jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti
perkhidmatan.
Selain itu, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir
pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika
memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di
jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan
pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif
kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang masih
mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja
membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut
membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja
pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra
pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam. Menurut Ketua
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, selain faktor
pemandu dan kenderaan, faktor jalan raya juga merupakan salah satu punca berlakunya
kemalangan maut.(Sinar Harian, 26 Ogos 2010)

2.0

DEFINISI ISU

Seperti yang dinyatakan maksud pengangkutan dalam latar belakang isu diatas,
pengakutan ini juga boleh dikataka sebagai satu aktiviti asas manusia. Sistem
pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh system jaringan jalan dan pengangkutan dan
seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam sesebuah kawasan. Bidang
pengangkutan memainkan peranan penting dalam menyelaras segala program
pembangunan sesebuah negara. Sektor pengangkutan bukan sahaja merupakan
penawaran perkhidmatan yang produktif dan berpotensi, tetapi juga menawarkan
kemudahan mod pengangkutan yang pelbagai jenis dan bentuk bersesuaian dengan
kehendak kemajuan ekonomi negara dan keselesaan rakyat.
Perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah kompleks
melalui pelbagai fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung meningkatkan
keperluan dan juga permintaan terhadap pelbagai jenis kenderaan, dan secara tidak
langsung juga menambah lagi bilangan kenderaan di atas jalanraya setiap tahun.
3.0

PERSOALAN MASALAH DAN ISU.

v Apakah punca yang menyebabkan berlakunya masalah pengangkutan yang terdapat


di Malaysia.
v Apakah yang perlu dipertambahbaikan dalam sistem pengurusan pengangkutan di
Malaysia.
v Apakah kesan terhadap alam sekitar negara jika masalah pengangkutan ini berterusan.
v Apakah fungsi utama pengangkutan.
v Apakah jenis-jenis pengangkutan.
4.0

OBJEKTIF ISU YANG DIPERBINCANGKAN

v Melihat sejauh mana masalah pengangkutan yang terjadi di Malaysia terutamanya


bagi kawasan yang padat penduduk.
v Cadangan dalam penambahbaikan system pengangkutan di Malaysia.
v Melihat masalah yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam di Malaysia.
v Melihat cara pengurusan pengangkutan awam di Malaysia
5.0

FUNGSI PENGANGKUTAN

Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum mencapai
pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu kawasan makin
membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin meningkat. Selain fungsi
ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi sosial untuk menghubungkan sesama
manusia sama ada ahli keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem
pengangkutan yang lebih baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat di
mana majikan boleh menawarkan gaji yang lumayan tetapi pada masa yang sama
memilih untuk tinggal di kawasan pilihan mereka. Pengangkutan juga membolehkan

manusia menggunakan masa santainya dengan cara terbaik.


Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi permintaan
bergerak daripada pengguna, dari satu tempat kepada satu tempat yang lain. Antaranya
untuk menghubungkan pengguna ke tempat bekerja, pusat perkhidmatan, sekolah dan
institut pengajian, tempat membeli belah dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan
yang pelbagai, adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat memilih mod
pengangkutan yang lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik. Pengangkutan
juga dilihat sebagai pemangkin yang mampu melonjakkan pembangunan ekonomi ke
tahap yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan pengeluaran
barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan pembangunan masyarakat
seluruhnya.
Pengangkutan berfungsi sebagai faktor integrasi dan koordinasi dalam masyarakat yang
kompleks terutamanya dalam masyarakat perusahaan. Pengangkutan berkait rapat dengan
pergerakan barangan. Tanpa sistem pengangkutan, sesuatu masyarakat itu tidak dapat
berkembang maju dan menerima perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan
sebagainya. Pengangkutan juga mempunyai fungsi yang berkaitan dengan pertambahan
penduduk, perkembangan bandar dan guna tanah. Pengangkutan boleh mengubah bentuk
perkembangan bandar. Pada masa dahulu, pertambahan penduduk hanya tertumpu pada
kawasan yang mempunyai sosioekonomi tertentu tetapi dengan perkembangan
pengangkutan, perkembangan bandar mengikut perkembangan pengangkutan.
5.1

Jenis-jenis Pengangkutan

Pengangkutan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan dengan mod atau
ragam pengangkutan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan
darat, pengangkutan laut, pengangkutan udara, pengangkutan rel dan pengangkutan paip.
5.1.1 Pengangkutan Darat
Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya
sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta dan juga motosikal,
pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan juga kereta sewa, serta
kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler.
Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai contoh,
kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa, perkhidmatan dari
pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau bagaimanapun, kenderaan persendirian hanya
mampu menampung 4 hingga 5 orang penumpang untuk kereta ataupun, 6-8 orang untuk
kenderaan serba guna (MPV). Sementara pengangkutan awam memberi faedah dari segi
kemurahan tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga kemudahan
mendapatkan perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan darat mengikut
jenis.

5.1.2

Pengangkutan Rel

Pada mulanya, kereta api ditarik oleh kuda sehinggalah awal abad ke-19 di mana enjin
wap digunakan. Kereta api di Malaysia pada permulaannya digunakan bagi mengangkat
bijih timah. Perkhidmatan ini bermula pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld. Pada
1920-an, kereta api mula menggunakan diesel sehinggalah sekarang kereta api
menggunakan tenaga elektrik. Pada 1970-an kebanyakan negara telah menggantikan
kereta api wap untuk kegunaan harian. Kereta api terdiri daripada beberapa kenderaan
berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari
satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu. Landasan kereta api biasanya
terdiri daripada rel konvensional.
5.1.3

Pengangkutan Udara

Pengangkutan udara mempunyai kelebihan perkhidmatan dari segi kelajuan dan


keselesaan kepada penumpang. Pengangkutan jenis ini biasanya digunakan untuk
perjalanan jarak jauh. Pengangkutan ini juga boleh dibahagikan kepada perkhidmatan
pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan. Antara syarikat perkhidmatan udara
di Malaysia adalah Malaysia Airline System (MAS) dan juga Air Asia.
5.1.4

Pengangkutan Maritim

Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut juga telah bertambah pesat. Hai
ini terbukti dengan penggunaan pelabuhan dan kemudahan maritim bertaraf dunia di
Malaysia. Terdapat beberapa pelabuhan yang terkenal untuk kapal perdagangan seperti
pelabuhan Tanjung Pelepas. Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya
digunakan untuk menghubungkan kawasan tanah besar ke pulau-pulau di sekeliling.
5.1.5

Pengangkutan Paip

Sejarah merekodkan seawal 900 sebelum Masihi dimana negara China telah
menggunakan buluh untuk membina talian paip untuk menyalurkan gas asli.talian paip
ketika itu diperbuat daripada kayu berongga untuk meyalurkan gas aslibagi tujuan
cahaya. Peningkatan dalam permintaan produk telah membawa kepada lebih banyak
sumber galian atau telaga minyak untuk keperluan yang lebih besar.
6.0

ISU DAN MASALAH PENGANGKUTAN DI MALAYSIA.

Pelbagai isu utama yang timbul dan menjadi kekangan dalam mencapai kualiti hidup
yang baik terutamanya di bandar-bandar besar dan pesat di Malaysia ini. Pertambahan
penduduk bukan sahaja memerlukan pertambahan peluang pekerjaan, permintaan
terhadap perumahan dan kemudahan sosial tetapi juga ia akan menambahkan bilangan
kenderaan diatas jalanraya. Perubahan demografi ini akan meningkatkan lagi permintaan
terhadap pengangkutan bagi memudahkan pergerakan, dengan ini akan menyebabkan

berlakunya percemaran udara.


Masalah ini bukan sahaja melibatkan mod pengangkutan yang terdapat diatas
jalanraya tetapi juga turut melibatkan struktur dan keadaan jalanraya yang merbahaya
seperti jalanraya yang tidak rata, pecah dan berlopak, kurangnya kemudahan lampu
isyarat dan seterusnya kesesakan lalu lintas yang boleh memberi kesan kepada fizikal dan
psikologi manusia. Keadaan seperti ini menyebabkan masyarakat yang tinggal di bandar
merasa tidak selesa, terkejar-kejar, letih kerana setiap hari mereka akan menghadapi dan
terpaksa menempuh kerumitan ini untuk ke tempat kerja dan juga pelbagai urusan
penting lain kerana tidak mempunyai pilihan lain.
Selain itu juga, kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di bandar bandar
besar tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna. Misalnya jadual
perjalanan yang tidak konsisten, bilangan penumpang yang terlalu ramai yang
menimbulkan kesesakan, kekerapan perjalanan yang kadang kala terlalu lama,
kemudahan penyaman udara yang tidak diselenggara dan pelbagai lagi isu lain yang di
utarakan. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan pengguna terpaksa juga
menggunakan perkhimatan awam ini kera tidak mahu terlibab dan kesesakan lalu lintas
yang lama dan meletihkan.
7.0

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk
bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut
menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat
pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara
kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT),
monorel dan sebagainya.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan
awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar tambang terutamanya bagi
penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang
berpendapatan rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem
pengangkutan itu dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna
pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan
daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau
hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan
jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan
awam tersebut.
Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya
yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas
awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap
berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan
masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka
hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan

pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan
teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana
penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa
melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa
yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut
dirasai.
Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan
perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan stesen LRT
umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang
ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan
tambahan atau fider bus di kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan
awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan,
contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan
tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa
beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam
era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap
merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus
diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang
awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku
kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan.
Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka
malah menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa
buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat
untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka
sesuka hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya
kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang
pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah
ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna
pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di
negara kita tidak menjadi indah khabar dari rupa.
Masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh pihak yang
terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita
bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu
pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk
mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib
tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media
massa negara.

8.0

KESESAKAN LALU LINTAS DAN PENYELESAIAN.

Isu kesesakan lalu lintas di kawasan bandar merupakan satu fenomena dan isu yang
global dan keadaan ini telah menyebabkan berlakunya gangguan dan implikasi terhadap
persekitaran manusia dan persekitaran fizikal serta psikologi pengguna lalu lintas itu
sendiri. Masalah kesesakan lalu lintas sering dianggap sebagai virus kepada
perkembangan bandar. Walaupun diketahui umum bahawa kesesakan lalu lintas ini
memberikan implikasi terhadap pengguna lalu lintas itu sendiri, namun mereka kelihatan
lali dalam menghadapi situasi kesesakan lalu lintas saban hari bagi meneruskan
kehidupan dan rutin harian mereka kerana kebanyakan daripada penduduk bekerja di
kawasan bandar. Kesesakan akan berlaku secara teruk dan kompleks dan menjadi
meruncing pada waktu puncak iaitu pada pukul 7.00 hingga 9.00 pagi dan pada pukul
4.30 hingga 7.00 malam pada waktu bekerja dan pada musim-musim tertentu terutama
semasa cuti perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Pada masa tersebut, penduduk di
kawasan bandar akan pulang ke kampung dan dapat dilihat jalan raya pada waktu tersebut
sangat sibuk. Dengan adanya pengalaman dan pemerhatian diri sendiri, dapat
membuktikan dengan sendiri mengenai fenomena tersebut dengan melihat pada waktu
yang sama dalam cuti umum seperti pada hari ahad dan waktu cuti persekolahan. Pada
waktu cuti, iaitu pada jam yang sama semasa waktu puncak pada hari bekerja, dapat
dilihat keadaan di jalan raya adalah lengang, kurang kenderaan dan tidak sesak seperti
hari bekerja iaitu pada hari isnin hingga jumaat ataupun hingga sabtu.
Kesesakan lalu lintas merupakan satu fenomena yang normal jika dikaitkan dengan
pengangkutan terutamanya di kawasan bandar. Kesesakan merupakan antara
permasalahan yang melibatkan jalan raya. Kebiasaannya, kesesakan terjadi di jaringan
pengangkutan daratan yang melibatkan jalan raya.
Perkataan kesesakan merupakan perkataan terbitan dan berasal daripada perkataan sesak.
Sesak mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007) bermaksud
tidak lapang iaitu tidak lega, tidak longgar atau sempit, terlalu penuh sehingga tidak ada
ruang lagi, tumpat yang merujuk kepada penumpang di dalam kenderaan, tersumbat
ataupun tersekat perjalanan nafas, sendat, senak ataupun susah. Lalu bermaksud berjalan
ataupun melintas, boleh masuk, telus atau lulus atau yang sudah lepas. Lintas pula
bermaksud lalu dengan cepat dan bahagian dari jalan kereta api iaitu dari satu tempat ke
tempat yang lain. Kesesakan lalu lintas boleh dirumuskan sebagai keadaan yang sesak,
sempit dan tersekat dalam perjalanan di tempat yang selalu boleh jalan dengan cepat dan
pantas.
Laporan Managing Urban Traffic Congestion (2007) menyatakan bahawa kesesakan lalu
lintas merujuk kepada fenomena fizikal yang berkaitan dengan perilaku atau keadaan
kenderaan yang menghalang pergerakan antara satu sama lain dengan tujuan untuk
mendapatkan ruang yang terhad di jalan raya yang mencapai kapasiti yang maksimum.
Kesesakan juga merujuk kepada fenomena relative berhubung dengan jangkaan prestasi
perkhidmatan system jalan raya vis-a-sis (berjaringan).
Kesesakan juga ialah ketidakupayaan untuk bergerak (immobility). Kesesakan
merupakan fenomena dimana barisan panjang kenderaan yang bergerak secara perlahanlahan atau berhenti di lebuhraya Bandar, lebuhraya pinggir Bandar ataupun jalan-jalan di

Bandar. Kesesakan boleh berlaku setiap hari pada waktu yang sama pada lokasi yang
tertentu yakni disebut sebagai kesesakan berulang-ulang atau semasa berlaku kemalangan
jalan raya atau terdapatnya sebarang penyelenggaraan iaitu kesesakan tidak berulang.
Kebiasaannya, kesesakan berlaku apabila system jalan raya tidak dapat menampung
isipadu trafik pada kelajuan yang memadai, terdapatnya konflik di antara pelbagai jenis
trafik seperti kereta, trak, bas atau pejalan kaki dan kawalan trafik yang tidak digunakan
dengan cekap. Penumpuan jalan, penurunan kapasiti secara tiba-tiba, pergerakan yang
tersekat atau peningkatan geseran turut mendorong kepada peningkatan kesesakan lalu
lintas (Rahim F.(Ray), 1997).
Selain itu, menurut Daniel Mohamed (1993), kesesakan berlaku disebabkan oleh barisan
kenderaan menjadi panjang di sepanjang perjalanan dan kenderaan tidak dapat bergerak
dengan lancer disebabkan halangan tertentu. Antara bentuk-bentuk halangan yang wujud
ialah persimpangan dan lampu isyarat yang mempengaruhi kelengahan, kemalangan jalan
raya, banjir kilat dan juga penyelenggaraan jalan raya.
Menurut Bruton (1982), kesesakan lalu lintas boleh menimbulkan ketidakselesaan dan
masalah emosi (marah, runsing dan tekanan fikiran) yang boleh mengganggu penumpuan
pemandu di jalan raya dan seterusnya menyebabkan kejadian kemalangan. Kepadatan
pergerakan kenderaan boleh juga menyebabkan berkumpulnya bahan pencemaran
daripada ekzos kenderaan dalam ruang bandaraya. Kepadatan pergerakan kenderaan
berlaku apabila orang ramai mempunyai destinasi yang sama. Masalah kebolehsampaian
kenderaan ialah kerana pertambahan pergerakan kenderaan yang tidak lancer dan
kelemahan infrastruktur jalan raya. Selain itu, kurangnya laluan trafik yang sistematik
yang menimbulkan konflik antara pejalan kaki dengan kenderaan bermotor dan antara
kenderaan dengan kenderaan sendiri.
Pada masa kini, masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi masalah yang sering
menghantui pengguna jalan raya di Malaysia. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh
pihak kerajaan namun usaha tersebut ibarat mencurahkan air ke daun keladi kerana
formula untuk menyelesaikannya masih menemui jalan buntu. Siapakah yang harus
dipersalahkan dalam hal ini? Wajarkah masyarakat menuding jari kepada pihak kerajaan
semata-mata? Seharusnya semua pihak perlu menyedari bahawa kesesakan jalan raya
berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah
pihak selama ini.
Salah satu punca kesesakan jalan raya ialah keadaan jalan raya itu sendiri.
Kebanyakan jalan raya di negara ini sempit terutamanya jalan-jalan persekutuan dan jalan
negeri. Keadaan ini menyebabkan jalan raya tidak dapat menampung kenderaan yang
banyak pada satu-satu masa terutamanya pada musim perayaan. Selain itu, aktiviti
peyelenggaraan jalan raya turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Kerja-kerja
membaik pulih jalan raya yang rosak menyebabkan laluan kenderaan menjadi sempit
sehingga kenderaan yang melalui kawasan tersebut terpaksa bergerak dengan perlahanlahan. Sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan tersebut tidak dipantau oleh pihak
berkuasa dengan sebaiknya akan menyebabkan para pekerja akan bekerja seperti
melepaskan batok di tangga. Keadaan ini mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan
memakan masa yang agak panjang hingga akhirnya masalah kesesakan jalan raya tidak

dapat diselesaikan dengan segera.


Di samping itu, pertumbuhan industri automobil yang pesat turut menyumbang
kepada kesesakan jalan raya. Di Malaysia, pertumbuhan industri ini seperti cendawan
tumbuh selepas hujan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara lain dalam bidang pengeluaran kenderaan. Tambahan pula, harga
kereta buatan Malaysia yang ditawarkan amat berpatutan dan berkualiti tinggi
menjadikan rakyat Malaysia alah membeli, menang memakai. Antara kereta buatan
Malaysia yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran ialah Perodua Kancil,
Myvi, Viva, dan Proton Wira. Pertumbuhan industri automobil yang pesat dengan harga
yang berpatutan menyebabkan rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk membeli
kenderaan buata Malaysia. Hal ini mengakibatkan bilangan kenderaan semakin
bertambah di jalan raya sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kelembapan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi juga merupakan
faktor yang membawa kepada kesesakan jalan raya. Kebanyakan pengusaha
pengangkutan awam tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada
pengguna. Contohnya, bas tidak mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan orang
ramai terlewat sampai ke destinasi yang ditujui. Lebih mendukacitakan lagi, terdapat
juga segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak mengikut peraturan jalan raya seperti
menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju yang
ditetapkan dan memotong di garisan berkembar. Sikap seumpama ini akan mengundang
padah kepada pelanggannya bak kata pepatah, "Lain yang makan nangka, lain pula yang
terkena getahnya". Selain itu, pengguna juga terpaksa berhimpit-himpit apabila
menggunakan pengangkutan awam serta tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.
Hal ini menyebabkan pengguna berasa bimbang akan keselamatan mereka dan berasa
tidak selesa semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Dengan itu,
pengguna akan berasa lebih selamat dan selesa apabila mengggunakan kenderaan sendiri
sehingga menyumbang kepada kesesakan jalan raya.
Konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
kesesakan jalan raya. Jika satu pihak sahaja yang bertindak tidak akan mendatangkan
hasil kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Pepatah berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing perlulah diamalkan oleh semua pihak agar perkara yang sukar akan
menjadi mudah.
Langkah-langkah Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas

Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju sama. Dapat
jimat tenaga dan wang perbelanjaan dikongsi bersama

Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas seperti
mengikut papan tanda isyarat jalan raya, mematuhi had laju yang telah ditetapkan dan
mematuhi lampu isyarat.

Setiap pengguna jalan raya perlu berhemah tinggi dan mengamalkan nilainilai murni seperti bersabar dan bertolak ansur.

Menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan LRT.


Perkhidmatan awam di Malaysia sudah berkembang - efisyen. Darjah ketersampaian
tinggi - tidak sukar untuk ke tempat yang ingin dituju.

Menggunakan jalan atau laluan alternatif seperti lebuh raya.


Rancang perjalanan. Bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan
pada waktu puncak.

Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya


memastikan jalan-jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak berturap dibaiki segera
jalan-jalan yang sempit dilebarkan agar dapat menampung lebih banyak kenderaan melicinkan perjalanan trafik.
Berdasarkan laporan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, hanya 20 peratus penduduk
Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam.
Situasi ini secara tidak langsung menyumbang kepada penambahan jumlah kereta di jalan
raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selain pencemaran.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata,
pelbagai langkah diambil kerajaan bagi mengurangkan tahap kesesakan lalu lintas,
terutama di Kuala Lumpur, antaranya menggalakkan orang ramai menggunakan
pengangkutan awam. "Kerajaan sudah mengambil inisiatif memperbaiki dan memperkasa
sistem pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan bandar. Diharap usaha ini
akan memberi lebih kebaikan kepada pengguna," katanya kepada Metro Ahad.
Berikut beberapa langkah yang diambil: * Menyelaras kapasiti sistem yang sudah
mencapai hadnya. Di bawah sistem ini beberapa inisiatif diambil, misalnya meningkatkan
kapasiti komuter dan sistem transit aliran ringan (LRT) sebanyak 1.7 hingga empat kali
ganda (bergantung kepada laluan tertentu), penambahan 22 set tren empat gerabak baru
sistem transit aliran Kelana Jaya, di samping ruang khas bagi penumpang berkerusi roda
dilengkapi tali pinggang keselamatan, serta lampu amaran di pintu untuk golongan
kurang upaya (OKU) serta tingkap kecemasan, pembinaan Terminal Pengangkutan
Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TPBBTS) selain laluan bas merentasi 12 koridor utama
di Lembah Klang yang akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat * Merangsang
permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam. Antara
diperkenalkan adalah konsep '1 tiket 1 perjalanan', menambah 6,800 tempat letak kereta
baru di 14 stesen rel utama di luar kawasan pinggir bandar menjelang 2012,
meningkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta
terminal yang mempunyai bilangan trafik tinggi, selain menyediakan sistem IT bersepadu
secara menyeluruh di samping pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi,
termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD), JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) * Menghalang kenderaan berat
memasuki kawasan perniagaan pusat. Bagi melaksanakan misi ini tiga terminal
pengangkutan bersepadu (ITT) utama luar bandar diwujudkan, bermula di ITT Bandar
Tasik Selatan. Manakala di kawasan bandar akan diwujudkan dua jenis pusat
pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan
Pudu bagi memudahkan aliran lalu lintas dari kawasan pinggir bandar ke pusat bandar *
Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan. Apabila penggunaan pengangkutan
awam melebihi 25 peratus dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam ditambah baik,
masa perjalanan akan ditepati, keselesaan dipertingkat dan inisiatif meningkatkan daya
tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan
dipercepat.
"Kita sedar bukan mudah mahu melaksanakannya dalam sekelip mata. Banyak aspek
perlu diperbaiki dalam memperkasa pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di
kawasan bandar. Penekanan khusus sudah dan akan diambil di bawah pelaksanaan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar. Kini,


dianggarkan 240,000 atau 10 hingga 12 peratus individu daripada jumlah populasi
penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam," kata Solah.
Beliau berkata, kerajaan menjangka seramai 600,000 atau 25 peratus penduduk sekitar
Lembah Klang akan menggunakan perkhidmatan awam itu menjelang penghujung 2012.
"Bagi merealisasikan usaha ini, kerajaan akan meningkatkan tahap pengangkutan awam,
meningkatkan tahap keselesaan pengguna, menambah jumlah perjalanan, meningkatkan
kapasiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan
pusat perniagaan (CBD).
"Di samping itu, langkah seperti penambahbaikan dan pembinaan lebuh raya serta jalan
bertingkat di kawasan mempunyai aliran trafik tinggi dan langkah lain turut dibuat dari
semasa ke semasa," katanya.Solah berkata, masalah kesesakan lalu lintas adalah senario
biasa dihadapi seluruh dunia.
Berbanding negara Asia lain, katanya, situasi di Malaysia masih dalam keadaan terkawal
dan tidak membimbangkan disebabkan kesesakan hanya berlaku pada waktu puncak iaitu
7 hingga 9 pagi.
Kesesakan itu antara lain berpunca daripada jumlah kenderaan yang tidak terkawal di ibu
kota.
Menurutnya, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 9,441, 907 motosikal serta 9,114, 920
kenderaan persendirian di seluruh negara berdaftar dengan JPJ.
"Bagi kenderaan perkhidmatan awam pula, sebanyak 69,149 bas, 84,661 teksi dan 18,300
kereta sewa pandu sendiri didaftarkan. Bilangan kenderaan barangan pula sebanyak
966,177 dan kenderaan lain 493, 451.
"Jumlah keseluruhan hingga tarikh sama adalah 20,188,565 kenderaan yang berdaftar
dengan JPJ seluruh negara, manakala laporan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) pula menyatakan kira-kira tiga juta kenderaan keluar masuk setiap hari di Kuala
Lumpur," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika situasi ini berlarutan, ia akan memberi kesan jangka
panjang terhadap kesejahteraan rakyat sama ada daripada segi ekonomi sosial mahupun
pembangunan negara.
"Ia akan memberi kesan, misalnya peningkatan penggunaan minyak kenderaan, selain
produktiviti individu di tempat kerja mungkin terjejas kesan kelesuan menempuh
kesesakan sewaktu pergi dan balik kerja setiap hari.
"Daripada segi sosial pula, individu hanya mempunyai masa terhad di rumah dan
beriadah disebabkan banyak masa dihabiskan di jalan raya. Atas sebab ini, inisiatif seperti
NKRA Pengangkutan Bandar diberi perhatian, malah langkah jangka panjang dibuat bagi
mengatasi masalah ini dan ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang
pada masa sama memastikan modul insan negara ini dapat digunakan sepenuhnya untuk
pembangunan negara," katanya. (SUMBER: HARIAN METRO, 22 MEI 2011)
9.0
SISTEM PENGANGKUTAN
SESEBUAH KAWASAN

SEBAGAI

FAKTOR

PEMBANGUNAN

Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk
memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting

dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia


tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring
dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah
satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat
meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses
perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara. Dari
awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai pusat pengumpul,
pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan serta menjadi pusat
pengedaran hasil pengeluaran ke kawasan-kawasan lain atau di peringkat tempatan.
Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar merebak keluar ke kawasan-kawasan di
sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan, pejabatpejabat pentadbiran, pasar raya dan kawasan kediaman yang memerlukan kawasan yang
lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar lain di pinggir bandar atau di sepanjang
jalan pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti bandar satelit, bandar
baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang terdiri daripada pelbagai jenis
seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb perindustrian ringan yang
merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks seperti yang dialami pada
masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di kalangan sebahagian
penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat minimum
disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.
Bandar-bandar di Malaysia kini sedang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan
melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta jalinan
rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan
dan proses perbandaran yang tidak terkawal serta keadaan sistem perbandaran yang tidak
tersusun pada peringkat awalnya telah menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan
dan isu pengangkutan di kebanyakan bandar utama dewasa ini. Pembangunan yang pesat
bererti keluasan kawasan bandar menjadi bertambah sempit. Ditambah pula dengan
sebahagian daripada kawasan pusat bandar yang kebanyakannya dijadikan kawasan
kediaman, terutama di rumah-rumah kedai dua tingkat yang dibina sebelum Perang Dunia
Kedua dengan dihubungi oleh lorong-lorong sempit telah menyebabkan laluan kenderaan
bertambah sesak dan padat.
Bagi setengah kawasan yang lain pula terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan
ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan kediaman dan perniagaan di pusatpusat bandar. Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah sebelum perang yang
berdekatan dengan laluan lorong-lorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja untuk
melebarkan jalan raya tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah
buruk lagi pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada
persendirian, awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod
pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalu lintas bukan saja
di pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang sudah pun melebihi had isi padunya
terutama pada waktu-waktu kemuncak.
Kepesatan perkembangan bidang pengangkutan di Malaysia adalah hasil daripada

pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi yang berterusan. Pembangunan rangkaian


pengangkutan jalan raya merupakan salah satu faktor penting dalam menyediakan
infrastruktur yang diperlukan untuk kepentingan program pembangunan ekonomi negara.
Kepesatan proses pembandaran menyebabkan timbulnya pelbagai masalah secara
langsung atau tidak langsung. Pertumbuhan pesat bandar metropolitan seperti Johor telah
menyebabkan bandar-bandar kecil mengalami kemerosotan kadar pertumbuhan dan
fungsi. Perpindahan penduduk keluar boleh melebarkan lagi jurang pembangunan sosial
dan ekonomi antar bandar-bandar kecil dengan bandar-bandar besar. Pembinaan lebuh
raya dan sistem pengangkutan antara bandar-bandar utama dan wujudnya jalan
pengangkutan yang cekap di luar bandar telah memudahkan lagi pergerakan masyarakat
dan barangan.[3]
Kini, Malaysia mengamalkan sistem pengangkutan jalan raya yang lebih moden dan
berteknologi tinggi di bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia melalui pengawasan
Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Justeru itu proses perbandaran di Malaysia semakin
pesat membangun yang bertindak sebagai penggerak ekonomi negara. Antara yang utama
termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur- Barat, Johor-Karak, Johor- Air
Hitam, Lebuh Raya Pan-Borneo dan Lebuh Raya Pantai Barat, Johor. Kesemua rangkaian
lebuh raya yang siap dan sedang dalam pembinaan merupakan penghubung utama dengan
semua rangkaian jalan raya dan bandar-bandar sedia ada di seluruh negara. Laluan Lebuh
Raya Utara-Selatan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia menghubungi kawasan
utara dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam ke Johor Johor di selatan
melalui bandar-bandar utama bermula dari Alor Setar, Butterworh, Ipoh, Johor, Seremban
dan Johor Johor. Bagi rangkaian Lebuh Raya Timur-Barat pula menghubungi Pantai
Barat dan Pantai Timur di bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan menghubungi
Grik, Perak dan Jeli di Johor. Manakala Lebuh Raya Gua Musang pula menghubungi
Kota Johor, Gua Musang, Bentong dan Johor. Di bahagian Pantai Timur Semenanjung
Malaysia, Lebuh Raya Jerangau-Jabor menghubungi Kuala Johor, Kuantan, Bentong dan
Johor atau terus melalui Lebuh Raya Segamat dari Kuantan, Segamat dan Johor. Di
Sarawak, Lebuh Raya Pan-Borneo menghubungi Bandaraya Kuching, Sibu dan Miri.
Dengan ini pada keseluruhannya rangkaian lebuh raya di Malaysia mempunyai pengaruh
dan pertalian dengan bandar-bandar yang sedang meningkat proses pembandarannya.
Antaranya termasuk bandar Jitra, Sungai Petani, Taiping, Kuala Kangsar, Kota Tinggi dan
Segamat, Johor. Proses ini dijangka berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan
bandar-bandar kecil di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang.
Oleh yang demikian, sistem pengangkutan dapatlah dianggap sebagai satu daripada faktor
pendorong yang utama di dalam pembangunan, terutama kepada negara yang sedang
membangun. Pengangkutan berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu tempat
dengan satu tempat yang lain dan ini membolehkan pergerakan manusia. Pembinaan
jalan-jalan dan kemudahan sistem pengangkutan di dalam dan di luar bandar memberi
jalan masuk kepada sesuatu kawasan dan seterusnya memudahkan pengaliran pengaruh
terhadap pembangunan dan unsur-unsur pemodenan. Manusia atau masyarakat lazimnya
mempunyai ciri-ciri sosioekonomi tertentu. Masyarakat juga dapat dibahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut status ekonomi dan ini dapat diukur berdasarkan jenis
pekerjaan dan garis pendapatan. Faktor-faktor ini akan mencerminkan kawasan

penempatan, kepadatan penduduk dan jenis sistem pengangkutan yang diperlukan.


Hal ini menunjukkan jalan-jalan utama melalui pusat-pusat penempatan dan kemudahan
pengangkutan awam yang cekap amat diperlukan. Jika pengangkutan di sesuatu kawasan
itu baik, murah, tepat pada waktunya, senang didapati dan terletak di lokasi yang
strategik, hal ini akan mewujudkan permintaan yang berlebihan. Sesuatu lokasi yang
strategik dikaitkan dengan kegiatan tumpuan seperti pusat pelancongan atau pusat
membeli-belah. Jika permintaan melepasi peringkat optimum, kesesakan akan wujud dan
ini akan merendahkan nilai lokasi kepada pengguna atau masyarakat sedia ada.
Kesesakan lokasi sukar diukur dan ini biasanya berlaku di pusat-pusat bandar, di tempattempat peranginan, atau di sesebuah kawasan yang menarik. Oleh itu, perancangan
pengangkutan hendaklah dikait rapat dengan perancangan guna tanah.
Dengan itu, tiap-tiap aktiviti di dalam bandar merupakan elemen-elemen yang
mempunyai fungsi tersendiri. Di antara elemen-elemen penting ialah temp[at tinggal,
tempat bekerja atau belajar, tempat membeli-belah dan tempat beristirahat. Tiap-tiap
elemen tersebut saling berkaitan dan memerlukan suatu sistem pengangkutan. Di samping
itu, kehendak masyarakat juga selalu berubah mengikut peredaran zaman. Perkembangan
bandar telah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan permintaan perumahan dan
memperbanyakkan pejabat.[4]
Situasi ini akan meletakkan suatu kawasan atau bandar itu di peringkat optimum, di mana
tahap kesesakan amat ketara. Pada kebiasaannya, perkembangan bandar akan meluas ke
kawasan pinggir bandar dan hal ini memerlukan suatu sistem perhubungan yang baru
dan menjadi faktor kepada pembukaan sesebuah bandar baru.
9.1

Pembangunan dan Pengangkutan di Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia terletak di dalam Negeri Johor, kawasan paling pesat membangun di
selatan Semenanjung Malaysia di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan
perniagaan bergabung untuk membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju.
Wilayah Pembangunan Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634
hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong.
Kawasan di dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Johor dan sebahagian daripada
Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau
Kukup (Mukim Ayer Masin).
Antara kesan positif yang dapat dilihat melalui pembangunan koridor ialah sistem jalan
raya yang semakin bersistematik. Dapat dilihat perbezaan pada waktu kini dan dahulu
adalah amat berbeza dari segi sistem pengurusan infrastrukturnya. Sistem pengangkutan
yang semakin baik ini adalah salah satu cara berkesan dalam menghubungkan satu
wilayah dengan wilayah yang lain. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan terpencil
dapat dimajukan apabila jaringan jalan raya diperbaiki.
Dalam hal ini, sesebuah pembangunan yang dilaksanakan misalnya di Wilayah
Pembangunan Iskandar sememangnya berkait rapat dengan kepentingan sistem

pengangkutan. Pengangkutan berfungsi sebagai kenderaan untuk memindahkan bahanbahan pembinaan di wilayah tersebut serta menghubungkan masyarakat dengan kawasan
tersebut. Iskandar Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang meluas. Selain itu,
beberapa rangkaian jalan utama telah pun dicadangkan seperti Eastern Dispersal Link
(EDL), Johor Bahru Coastal Road dan Johor Baru Middle Ring Road. Tambahan
pelaksanaan program menaik taraf dan membaik pulih jalan raya yang relevan dan
penting telah dicadangkan untuk membanyakkan jalan raya di mana kegiatan ekonomi
akan meningkat di kawasan tersebut. Lebuh raya utama juga sedang dinaik taraf untuk
melancarkan aliran trafik daripada kawasan yang sesak serta menyediakan laluan
penghubung untuk menerajui pembangunan kawasan tersebut.[5]
10.0

Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara

Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan
awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan
menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya
maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara .
Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang
bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara dengan
lapangan terbangnya manakala sistem pengangkutan kereta apinya yang serba moden
begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka
bentuk moden , pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua
kerana tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan
pembangunan negara ; Mengapa tidak? Kerana sistem pengangkutan awam adalah nadi
rangkaian pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem
pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan
sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus
merencatkan kerancakkan pembangunan negara .
Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap pembangunan
negara . Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik dan
moden supaya berupaya menjana pembangunan negara . Melalui sistem pengangkutan
awan yang sistematik juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya
memberi pulangan kepada pendapatan negara .Sebab itulah negara sanggup berbelanja
besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang sistematik di seluruh
negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak ,
tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa
keuntungkan kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang
dan peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus
membantu kepada pembangunan negara .
Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam yang canggih lagi
sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Lebuh
Raya Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya. Bayangkan jika sekarang ini tidak
dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti sudah tentu negara tidak dapat menampung

aliran trafik , kesesakan berlaku di mana mana, kepayahan untuk berhubung antara satu
tempat ke satu tempat maka impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan setakat
rangkaian lebuh raya , malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti
komuter, LRT, monorel turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara.
Pembinaan-pembinaan sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara
telah meneroka pembukaan tanah-tanah terbiar, tanah-tanah di pedalaman sekaligus
kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip mata
menjadi kawasan lubuk emas. Harga tanah naik melambung, dahulunya pekan atau
perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus, dahulunya
tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan moden yang cantik
dan selesa didiami oleh ribuan penduduk di merata pelusuk negara. Hal sedemikian
kerana adanya sistem pengangkutan awam yang sistematik maka telah dapat
membangunkan kepesatan pembangunan negara .
Tidak dapat dinafikan, sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik
pastinya negara tidak dapat membangun dengan baik. Cuba mengimbau kembali sistem
pengangkutan awam lama, pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang sistematik,
pembinaannya asal buat sahaja tanpa memikirkan kesan alam sekitar, kesan jangka
panjang, hanya mengira kesesuaian dan keperluan semasa tanpa mengambil kira
impaknya di masa hadapan. Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat dan tidak
membawa kepada pembangunan yang menyeluruh. Ini sebenarnya terletak kepada
kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir negara yang perlu
tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana pembangunan
negara. Sekiranya negara dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik
lagi efisen, secara tidak langsung ia telah menjana pembangunan negara yang lebih
teratur, berkembang dan berdaya maju. Penyediaan sistem pengangkutan awam yang
sistematik ini bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan penyediaan perkhidmatan
pengangkutan awam seperti bas, lori, kereta api, teksi, kapal terbang, kapal laut, feri dan
seumpamanya tetapi perlu dilihat dalam penyediaan perhubungan infrastrukturnya juga
perlu sistematik maka baru boleh dilihat dapat menjana pembangunan negara.
Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan
infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya, lebuh raya, stesen
kereta api, landasan kereta api, lapangan kapal terbang dan landasannya, pelabuhan
-pelabuhan dan dermaganya. Semua ini memerlukan kawasan-kawasan lama
diperbesarkan, kawasan-kawasan baru diterokai, sistem lama sedia ada dipermodenkan,
kawasan padat dialihkan ke penempatan baru. Ini bermakna dalam penyediaan sistem
pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara secara besar-besaran.
Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik, pembangunan
negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam
yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem
negara yang sedia ada, impak masa hadapan negara lebih terjamin, tidak berisiko tinggi,
sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus dapat memacu
pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan .
Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin

keselamatan pengguna, memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri-ciri


perkhidmatan selamat, dapat mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan
harta, juga mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik. Sekiranya semua ini diambil
kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam bermakna pembangunan negara terus
membangun dalam landasan yang betul. Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor
yang amat penting dalam menjana pembangunan negara kerana sistem pengangkutan
awam yang tidak selamat, sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk
melabur dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk membangunkan negara.
Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini tidak
menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan, pengeluaran produk industri tidak
dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat berkembang kerana
ada kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan sektor
industri dalam negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan
dalam negara.
Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok
negara dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik
dan terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja. Mereka ini adalah penjana
kepada pembangunan negara. Sekiranya negara tidak mempunyai sistem pengangkutan
awam yang efisen sudah pasti mejejaskan pergerakan mereka ke tempat kerja dan ini
boleh menjejaskan produktiviti mereka bermakna keberhasilan negara turut merosot,
maka pembangunan negara juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem pengangkutan
awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada pembangunan negara.
Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem pengangkutan awam, ini bermakna
tiada pembangunan yang dilakukan. Berapa banyak prasarana ini yang telah dibangunkan
di serata negara dengan pelbagai konsep, bercirikan moden, canggih, termaju dan bertaraf
dunia. Semuanya ini adalah merupakan pembangunan negara melalui sistem
pengangkutan awam. Kalau tanpa memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam
yang sistematik maka pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara
turut tidak membangun.
Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana
kepesatan pembangunan negara. Maka dapat kita lihat negara negara di seluruh dunia
berlumba lumba menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada
pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik. Ini bermakna
pembangunan sistem penganguktan awam yang sistematik merupakan satu faktor penting
yang dapat menjana pembangunan negara. Negara akan turut bertambah maju sekiranya
sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik. Kita lihat di sesebuah negara yang
sistem pengangkutan awamnya kucar kacir lagi kelam kabut serta tidak terurus
dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur serta
tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri.
Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat
seandainya sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan
sistem pengangkutan awamnya. Ia akan memberi impak yang amat besar kepada negara.
Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang, kemajuan tidak dapat dicapai, tiada

pelaburan, kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat, rakyat tidak dapat keselesaan dan
seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa untuk negara. Sistem pengangkutan
awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan berkesan sebenarnya ia seiring
dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam erti kata lain tiada pembangunan
dalam sistem pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan negara.
Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana
pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem
pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana
pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam penyediaan infrustruktur yang
lain seperti bekalan air paip, bekalan elektrik, bekalan telekomunikasi, perumahan, ruang
perniagaan, kawasan pentadbiran, kawasan reakriasi, rangkaian jalan raya dan
sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu
menunjukkan ada pembangunan berlaku di negara berkenaan. Disamping itu dalam
sistem pengangkutan awam yang sistematik, negara berupaya mengguna jentera
pengangkutan awam yang moden dan canggih. Ini juga merupakan satu pembangunan
kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk
lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan.
Di negara negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan
awamnya kerana mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh
menjana pembangunan negara. Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju ,
sistem kereta api bawah tanah, kapal terbang supersonik dan berjentera jet, kapal laut
pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi. Semua ini mereka bangunkan demi hendak
menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem pengangkutan awam dunia yang
pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran dapat menjana
pembangunan negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus berlumba
lumba untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem
pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari negara negara pesaing mereka.
Negara negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan awamnya
bersistematik dan bertaraf dunia, mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk
membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu
melalui cara ini negara tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke
arah pembangunan yang sejahtera.
Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem
pengangkutan awam yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan
pembangunan negara kerana pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan
awam yang sistematik ini lebih bersepadu dan menyeluruh. Dalam hendak menyediakan
sistem pengangkutan awam yang sistematik ini melibat banyak penyumbangnya secara
global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan dan tapak, arkiteknya,
juruteranya, jurubinanya, para konsultannya, ahli koporat, para pemaju, usahawan
usahawan, tenaga buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem
pengangkutan awam yang sitematik ini.
Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini

dapat menjana pembangunan negara. Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat
sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik dan
terbaik. Justeru itu untuk terus maju dan membangun sudah semestinya negara mampu
memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik.
11.0 KESAN PENGANGKUTAN DAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM
SEKITAR
Alam sekitar boleh dirujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada
suatu titik ruang dan masa.[6] Pencemaran alam sekitar telah bermula sejak wujudnya
revolusi perindustrian lagi. Dalam kita mengejar kemajuan dan meningkatkan taraf hidup,
kegiatan ekonomi dan pembangunan yang pesat tidak dapat dielakkan atau dihalang bagi
memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Pencemaran yang disebabkan oleh
kegiatan manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti pelepasan gas-gas
beracun oleh kilang-kilang ke ruang udara, pembuangan sisa kumbahan, asap dari
kenderaan, pemusnahan dan pembakaran hutan serta aktiviti yang berkaitan dengan
pengaruh manusia. Hal ini secara tidak langsung adalah kesan daripada kepesatan
pembangunan dan kemajuan sistem pengangkutan di negara kita.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa
perubahan dan kebaikan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan
pembangunan yang berkembang dengan pesat di negara kita. Impak pembangunan
terhadap alam sekitar pada masa ini semakin meningkat, walaupun terdapat pelbagai
badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasinya dan bertambahnya peraturan
dan garis panduan yang digubal bagi melawannya.[7]
Sistem jalan raya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya
pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan
rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan
90 peratus hingga 95 peratus kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat
menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk
desa. Walau bagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa
membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa
bersamanya kebaikan dan keburukan.
11.1

Pencemaran Udara

Pencemaran udara adalah salah satu kesan sampingan daripada sistem pengangkutan iaitu
kenderaan bermotor.[8] Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan
merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap
tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan
kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga
turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan
64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42%
Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74%
Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak
diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka
jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motosikal dan bas merupakan
punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang
dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api,
menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan
tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang
menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia,
berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi
daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan
kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.
11.2

Pencemaran Bunyi

Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan
mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya
utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi
mereka akan terganggu. Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga
boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat.
11.3

Perubahan Landskap

Pembinaan sistem pengangkutan boleh mengubah landskap fizikal sesuatu


kawasan. Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun
bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya. Projek memotong dan
menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun. Seterusnya apabila berlaku
hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan menyebabkan berlakunya tanah
runtuh
12.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Penjagaan alam sekitar adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah besar yang akan
timbul kemudian hari. Jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, hal ini
boleh memberi masalah kepada masyarakat dan hidupan lain. Oleh itu, langkah
pencegahan dan pengawalan telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjamin
kualiti udara di Malaysia. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan
adalah dengan mengelakkan penggunaan klorofluorokarbon (CFC) dan melalui
perundangan dan penguatkuasaan.[9]
Dalam usaha mengawal pencemaran di Malaysia, kerajaan telah membuat beberapa
peraturan dan kaedah. Dalam konteks pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan
bermotor, peraturan-peraturan yang ditetapkan boleh didapati dalam Peraturan-peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978, Kaedah-kaedah Kereta Motor (Kawalan
Pelepasan Asap dan gas), 1977. Selain itu, pencemaran udara juga boleh dikawal dengan
menggunakan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada
Enjin Petrol) 1996 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan

daripada Enjin Diesel) 1996.


Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan
bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh
menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak
hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman
udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap
sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan
belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor di tengah panas juga boleh
mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat
mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan
seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja
menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak
dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa
banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir
sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan
jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik
untuk alam sekitar di samping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.
Penglibatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya
akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa
pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung
mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains
dan teknologi negara.
13.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan yang


semakin meningkat banyak memberi kesan kepada masyarakat dan alam sekitar, sama
ada kesan negatif mahupun kesan positif. Pembangunan sesebuah bandar bertujuan
membawa transformasi yang lebih bermakna dan diharapkan agar negara dapat
mengharungi arus globalisasi yang kian mencabar dari semasa ke semasa.
Kepesatan bandar telah membawa kepada perkembangan sistem pengangkutan yang
selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin meningkat. Kawasan-kawasan yang
dibangunkan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan memberi faedah antara satu sama
lain. Kawasan-kawasan yang dicantumkan sehingga wujudnya wilayah, mempunyai
fungsi tertentu yang membolehkan pergantungan berlaku antara satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Contohnya kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan
mempunyai hubungan rapat dengan kawasan yang terdapat banyak peluang pekerjaan,
yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem pengangkutan dan pembangunan sesebuah
kawasan merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan mempunyai kepentingan

tersendiri dalam sistem sosial masyarakat khususnya di Malaysia. Walau bagaimanapun,


dalam menikmati kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan,
kesan-kesan di sebaliknya perlu dikawal dan seharusnya langkah-langkah yang
sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam
sekitar.

Bibliografi
Azura Sarbini. (2011). Kajian pengaruh jumlah kenderaan terhadap pencemaran udara di
Jalan Skudai (Master thesis). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Detwyler, T. R. & Marcus, M. G. (1985). Pembandaran dan persekitran geografi fizikal
bandar (Trans. by Sulung Muhamad) (pp. 106). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ibrahim Wahab. (1988). Pengangkutan dan struktur bandar. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi. (1996). Impak pembangunan terhadap alam sekitar. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khairani Alladin @ Jalaludin. (1993). Pengangkutan darat: Kesannya terhadap alam
sekitar: Kajian kes di Kuala Lumpur. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Razali Agus & Fashbir Noor Sidin. (2000). Perbandaran dan perancangan
persekitaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohmadisa Hashim & Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah. (2005).Pembangunan dan
alam sekitar di Malaysia. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mustakim Melan, et al. (2012). BPMG 3013: Pengenalan pengangkutan dan
logistik. Sintok: PACE UUM.
http://nmz5115.blogspot.my/2015/12/sistem-pengangkutan-di-malaysia.html

You might also like