You are on page 1of 3

TEKS MC ( MAJLIS PENUTUPAN )

KETIBAAN
Mengumumkan ketibaan Yang ________________________________________ diiringi
dif-dif jemputan.
Hadirin mohon berdiri.
Terpisah kasih menanti keramat,
Panggilan rindu dari ufuk barat,
Tangan diangkat meminta berkat,
Mengamin bacaan mohon selamat.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan ini menjemput saudara
________________ bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

KATA ALUAN
Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Halusnya manik indah disulam,
Disulam dengan berhati-hati,
Tiada kata semulia salam,
Kelancaran majlis kami hajati.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat
kita bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penutupan Program Road To
Excel SMK Benoni...
Tujuan

KATA ALU-ALUAN WAKIL FASI


Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara/i _____________________________
selaku wakil fasilitator Program Road To Excel untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

UCAPAN PERASMI
Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
__________________________ untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Program Road To Excel... Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
PENYAMPAIAN HADIAH
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah. Oleh itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Yang ________________ diiringi oleh
_____________________ untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah sudah


majlis kita pada hari ini.
Pohon kenangan di tepi perigi,
Harum mewangi setiap hari,
Tamat sudah majlis ini,
Khilaf bicara harap maafi.
Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam
1 Malaysia

You might also like