You are on page 1of 3

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106
LATIHAN SOALAN STRUKTUR
Set 1
1.

a.
Budaya adalah cara hidup yang boleh diterima oleh komunikasi
setempat. Ia meluputi sistem sosial, susun organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan , adat resam, sikap dan nilai.
Jelaskan 3 ciri budaya.
b)
Masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap
dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa
mereka adalah hidup bersama.
(Roucek & Warren,1979).
Jelaskan dua ciri utama masyarakat.

a.
Semua kelompok etnik masyarakat tradisional mempunyai kelas sosial
mereka sendiri.
Senaraikan empat kelas sosial mesyarakat Melayu tradisional.
b
Terdapat pelbagai pantang larang dari pelbagai kaum yang masih
diamalkan sehinggga hari ini. Pantang larang yang diamalkan ini masih releven
dan dapat diterima oleh masyarakat umum.
Senaraikan enam pantang larang yang terdapat dalam kaum-kaum di Malaysia.

a
Menurut Max Weber, ada lima kelas sosial dalam masyarakat yang
menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan.
Nyatakan enam faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang
pendidikan di Malaysia.
b
Isu ketakasamaan peluang pendidikan merupakan antara cabaran utama
Kementerian Pelajaran Malaysia
Huraikan dua usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk mengurangkan jurang ketaksamaan pendidikan dalam kalangan penduduk
pedalaman.

a
Jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan
sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi.
Nyatakan lima pelan tindakan dari segi penyediaan kemudahan fizikal untuk
membantu meningkatkan pendidikan masyarakat luar Bandar.
b
Penubuhan Sekolah Wawasan adalah satu daripada usaha kerajaan
Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk yang
perlbagai kaum.
Senaraikan lima kepentingan penubuhan Sekolah Wawasan.

Set 2
1.

Budaya sesuatu masyarakat mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

Jelaskan dengan contoh dua ciri budaya.


b
Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk hasil daripada penghijrahan
masyarakat pelbagai kaum sejak era penjajahan British lagi.
Berikan tiga faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan tersebut.
2.a.

Semua kelompok etnik masyarakat tradisional mempunyai kelas sosial mereka


sendiri.
Jelaskan empat kelas sosial masyarakat melayu tradisional.
b
Bahasa sesuatu masyarakat sentiasa berkembang dan mengalami
perubahan sesuai dengan keperluan masyarakat tersebut.
Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan perubahan bahasa tersebut.

Mengajar sebuah kelas yang murid-muridnya terdiri daripada pelbagai sosiobudaya adalah sesuatu yang mencabar kewibawaan seorang guru.
a
Jelaskan secara ringkas dua cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
mengajar kelas pelbagai sosio-budaya.
b.
Nyatakan tiga cara bagaimana guru dapat merangka dan melaksanakan
strategi-strategi bagi mewujudkan kurikulum yang mesra budaya.

4.

Kerajaan telah mengadakan pelbagai rancangan dalam usaha mengurangkan


jurang pendidikan di antara sekolah luar bandar dan pedalaman dengan
kawasan bandar.
a.

Nyatakan empat pelan tindakan dari segi kemudahan fizikal yang telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

b.

Sekolah Wawasan adalah satu usaha kerajaan untuk mewujudkan


perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum di Malaysia.
Nyatakan enam kepentingan penubuhan Sekolah Wawasan.

Set 3
1.

Budaya terdiri daripada pelbagai komponen.


Senaraikan lima komponen budaya.

Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk kerana faktor penghijrahan.

Nyatakan faktor-faktor penghijrahan pelbagai kaum ke Malaysia.


2.

Semua kelompok etnik mempunyai pantang larang mereka sendiri


a

Senaraikan empat tujuan pantang larang diamalkan.

b.
Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru yang mengajar
dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai sosio-budaya.
3.

Menurut James Coleman, memberikan pendidikan percuma merupakan salah


satu ciri yang terdapat dalam konsep persamaan peluang.
a
Berikan lima faktor penting yang mempengaruhi ketaksamaan peluang
pendidikan di negara kita.

b
Nyatakan lima usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia.
4.

Cikgu Adibah merupakan seorang guru permulaan di sekolah Orang Asli di


Semenanjung Malaysia. Beliau bercadang untuk merancang satu pelan tindakan
yang mampu mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
a
Nyatakan lima kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
b.
Nyatakan lima program yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Adibah
bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya.

Set 4
1.

Budaya memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai satu


lambang kemegahan sesuatu bangsa.
a

Jelaskan dua elemen utama yang menggambarkan sesuatu budaya itu.

b
Sebagai seorang pengamal ilmu dalam bilik darjah kepelbagaian budaya
huraikan dua pendekatan yang boleh digunakan dalam bilik darjah untuk
menggalakkan pemahaman terhadap konsep 1Malaysia.
2.

a
Nyatakan lima cabaran yang akan dihadapi oleh guru jika muridnya
berasal daripada latar belakang sosio-budaya yang berbeza.
b
Terangkan dua cara bagaimana sekolah boleh memainkan peranan
untuk menyatupadukan murid-murid daripada pelbagai sosio-budaya yang
berbeza.

3.

a
Senaraikan empat faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan
peluang pendidikan antara murid di kawasan bandar dan kawasan luar bandar.
b
Jelaskan dua program yang dilakukan kerajaan bagi membantu murid
berkeperluan khas.

4.

a
Nyatakan empat cara guru dapat meningkatkan kesedaran antara
budaya di sekolah.
b
Guru memainkan peranan penting dalam usaha untuk mewujudkan
integrasi dalam masyarakat pelbagai budaya.
Huraikan dua cara guru dapat menggalakkan integrasi dalam bilik darjah.

You might also like