You are on page 1of 4

PANDUAN RUMUSAN BAHASA MELAYU SPM

Proses mencari dan mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan.

Proses mengasingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti.
Panjang
rumusan
mestilah
mematuhi
arahan
(
tidak
melebihi
120pp)
Jumlah isi minimum (tersurat dan tersirat ialah 8 dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi
jumlah patah kata)
Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus.
Rumusan sebaik-baiknya ditulis dalam 4 peranggan iaitu perenggan pendahuluan, isi
tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.
PENDAHULUAN
Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
a. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
b. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.
Faktor / sebab / punca/ elemen
Akibat / kesan / impak / implikasi / natijah
Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan
Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah
Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas.
Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-usaha / tindakan-tindakan/pendekatan /
strategi/modus operandi
CONTOH SOALAN : Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor (KATA
KUNCI ISI TERSURAT) penderaan pembantu rumah dan kesan (KATA KUNCI ISI TERSIRAT)
penderaan terhadap mereka.
1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/menyatakan
Sinonim : Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab penderaan pembantu rumah di
negara kita pada masa ini.
ISI TERSURAT
Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan/ teks dan dapat dikesan berdasarkan
arahan soalan.
Jika arahan soalan adalah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 6 isi
tersurat.
Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan.
Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan perhatian kepada isi utama atau isi penting
sahaja.
Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti
menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal.
Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
Untuk mengesan isi tersurat, pelajar DAPAT mengenal pasti perkatan-perkataan yang berikut, jika
digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut)
Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat
`1. Punca = Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang /
2. Kesan = Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan / menjadikan /
menyebabkan / membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi dan sebagainya.
3. Langkah = Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib

DISEDIAKAN OLEH: PN. SITI NAZNEEN BINTI ISMAIL

Catatan : Selain mengenal pasti arahan dalam soalan dan kata kunci dalam ayat-ayat petikan ,
pelajar boleh juga menentukan isi tersurat berdasarkan ayat-ayat yang menggunakan Penanda
Wacana sebagaimana jadual yang berikut:
Mengenal pasti Penanda Wacana Dalam Petikan
1. Walaupun / Namun begitu. Pertentangan maklumat
2. Selain itu, Lebih daripada itu,Di samping, dan, serta, Kesinambungan maklumat / idea /tambahan
3. Natijahnya, akibatnya, Kesan
4. Juga, malahan Kesinambungan
5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu, Sebab
ISI TERSIRAT
Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam
arahan soalan
Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah
menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan.
Jumlah isi tersirat adalah 2 atau 3 isi, tetapi markah maksimum hanya 4 markah.
KESIMPULAN
Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus
petikan
Unsur pertama ialah menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan
kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
Unsur kedua ialah menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan
dengan kata ... agar / supaya
Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah
dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi ( kesan merupakan isi tersirat )
FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )
Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci ) ........................

Antara ( Kata tugasan S ) ialah / adalah......... S1. Selain itu, ..S2.. ,

S3 serta S4 Seterusnya, .. S5. dan
S6

Salah satu ( Kata tugasan T ) ialah/adalahT1................. Di

samping itu ............. T2 ................................................

Kesimpulannya, pihak sasaran mestilah/ haruslah ( cadangan : menyokong/ membanteras/

menangani terhadap isu ) supaya/ agar ( kesan/ alasan ) isi tersirat.

DISEDIAKAN OLEH: PN. SITI NAZNEEN BINTI ISMAIL

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan
tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya
terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama
kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan
tanah air supaya mencapai taraf dunia.
Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak.
Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam
menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat
mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf
dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila
punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering
dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai
perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu
meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak
mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih
mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena
ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajarpelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.
Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau
dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku
kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang
keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap
matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli
sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet
tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan,
ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar
ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia.
Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang
terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

You might also like