You are on page 1of 26

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGHASILAN SENI
VISUAL
NAMA

:NUR IZYANI BINTI MOHD BOKHORI

KELAS

:2A3

NAMA GURU:CIK ROSNEDAH BINTI ABD RANI

INDEKS
BIL
1
2
3
4
5
6
7

TAJUK
PENGHARGAAN
ASAS SENIREKA
SENI HALUS
KOMUNIKASI VISUAL
KRAF TRADISIONAL
SEJARAH DAN APRESIASI
KESIMPULAN

MUKA SURAT
1
2-11
12-15
16-18
19-21
22
23

PENGHARGAAN
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan
folio pendidikan seni visual ini.
Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah membantu saya menyiapkan
folio ini pada masa yang yang ditetapkan.saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada guru pendidikan seni visual saya iaitu Cik Rosnedah Binti Abd Rani kerana telah
memberikan panduan,bimbingan, dan nasihat yang sungguh berfaedah semasa saya
menjalankan projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan sokongan kepada saya.rakan-rakan saya juga telah menolong saya dalam
usaha menyiapkan tugasan ini.terima kasih juga diucapkan kepada mereka.
Akhir kata,saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sedia menolong saya
dalam kerja kursus ini.

Asas seni reka


Unsur seni

*GARISAN

=GARISAN BERMAKSUD SATU TITIK KE SATU TITIK YANG DISAMBUNGKAN DI ATAS SESUATU
PERMUKAAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT.INSTRUMEN,MEDIA ATAU BAHAN.
=KAJIAN PELBAGAI JENIS GARISAN BERDASARKAN PENGGUNAAN BAHAN DAN RUPA BENTUK
ATAU SIFAT YANG TERHASIL
=KAJIAN PELBAGAI TEKNIK GARISAN YANG DIHASILKAN MELALUI PELBAGAI TEKNIK.
=APLIKASI KESAN GARISAN DALAM MENGHASILKAN TON,BENTUK,RUPA,JALINAN,RUANG DAN
PERGERAKAN.
=GARISAN BOLEH DILIHAT DI SEKITAR KITA SAMA ADA OBJEK BUATAN MANUSIA ATAU CIPTAAN
TUHAN.
CONTOH MEDIA:*PENSEL

*PEN TEKNIKAL

*BERUS

*PEN MARKER

*ARANG
*BALL PEN

RUPA

=RUPA BERMAKSUD HASIL PERTEMUAN PENGHUJUNG SESUATU GARISAN DENGAN


PERMULAANYA.
=RUPA BOLEH TERBENTUK MELALUI UNSUR SENI SEPERTI GARISAN,WARNA DAN JALINAN.
=RUPA TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU RUPA ORGANIK DAN RUPA GEOMETRI.
=SIMBOL DAN LOGO JUGA MERUPAKAN RUPA.
=RUPA MUKA TAIP TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU SERIF DAN SAN SERIF.

*BENTUK
BENTUK ILUSI

BENTUK KONKRIT

=BENTUK MEMPUNYAI STRUKTUR JISIM DAN ISI PADU.


=BENTUK DAPAT DILIHAT DARIPADA SUDUT 3D DAN 2D.YANG DISEBUT SEBAGAI BENTUK ILUSI.
=BENTUK TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU BENTUK KONKRIT DAN BENTUK ILUSI.

*JALINAN

JALINAN TAMPAK

PERMUKAAN CORAK PADA KAIN

JALINAN SENTUH

PERMUKAAN KULIT NANAS

=JALINAN IALAH SIFAT PERMUKAAN SESUATU OBJEK ATAU KARYA SENI YANG DILAKSANAKAN
MELALUI PENGLIHATAN ILUSI ATAU DERIA SENTUH.
=JALINAN MERUPAKAN KESAN YANG TERDAPAT PADA SESUATU PERMUKAAN.
=KESAN JALINAN PADA PERMUKAAN MENYEBABKAN KESAN PERMUKAAN,MISALNYA
KASA,LEMBUT,HALUS DAN TAJAM.
=JALINAN TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU JALINAN TAMPAK DAN JALINAN SENTUH.

*WARNA

=WARNA IALAH TINDAK BALAS CAHAYA TERHADAP SESUATU PERMUKAAN.


=WARNA BERTINDAK IALAH APABILA OBJEK HADAPAN CERAH DAN OBJEK BELAKANG GELAP.
=WARNA TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU WARNA ASAS,WARNA SEKUNDER DAN WARNA TERTIER.
=Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang
ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar

*RUANG
RUANG TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU RUANG FIZIKAL RUANG ILUSI

RUANG FIZIKAL

RUANG ILUSI

1.Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan
di dalam sesuatu objek
2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.
3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan
kelihatan semakin kecil apabila berada di belakang/jauh.
4. Warna objek yang di hadapan akan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di
belakang pula akan kelihatan semakin kabur.

PRINSIP REKAAN

*HARMONI

Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai


Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang
sesuai dan seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

*IMBANGAN
Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,
tarikan dan tumpuan
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan
atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah
pembahagian tersebut)
b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan
keseimbangan

*PENEGASAN
Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil
dalam sesuatu gubahan
Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan
kebosanan
Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan
objek yang hendak ditegaskan

*KONTRA

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam
sesuatu gubahan

Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan


kebosanan dan kesan pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang
berlainan

*IRAMA DAN PERGERAKAN


Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinarsinar dsb
Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic
terhadap sesuatu gubahan
Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan

*KEPELBAGAIAN
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza
dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu
gubahan
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa
dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

*KESATUAN
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu
gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

SENI HALUS
=LUKISAN
Pengenalan
- Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
- Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen,
pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya

- Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan
2. Teknik-teknik lukisan
- Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan
selari, garisan menyilang dan garisan kontur
- Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran
3. Proses melukis
- Pilih objek yang hendak dilukis
- Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya
- Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan
- Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut
- Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang

=CATAN
Pengenalan
- Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah
- Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak (cat kilat)
Teknik Catan
a- Teknik impasto menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau pisau palet ke
atas kanvas
b- Teknik glazing mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan berkilau
c- Teknik titik (pointilisme) menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk objek
d- Teknik Hard Edge mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat, menggunakan
masking tape untuk memisahkan warna
e- Teknik Scumbling (melembut) menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk
menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam
f- Teknik kolaj menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk menghasilkan kesan tertentu
g- Teknik asemblaj teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan sebagainya untuk
menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca

=CETAKAN
Pengenalan
- Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau
bahan lain
- Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang asli

2. Jenis-jenis cetakan
a- Cetakan timbul proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan tapak
cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
b- Cetakan benam dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan
dahulu sebelum mencetak
c- Cetakan litografi menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan minyak
dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
d- Cetakan gurisan asid menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran parit
e- Cetakan saring sutera/stensil menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan
kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto
3. Kaedah cetakan stensil
a- Kaedah kertas pendua imej digunting di atas kertas pendua
b- Kaedah profilem filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna untuk
melekatkan filem laker pada pemidang
c- Kaedah skrin foto menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses
dedahan cahaya lampu (250W 500W) atau cahaya matahari

=ARCA

Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati
nilai estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai
2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk

tujuan tertentu seperti patung berhala untuk disembah


b- Arca Estetika arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati
nilai seninya
3. Bahan binaan arca
- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan
campuran bahan-bahan tersebut
4. Teknik membina arca
a- Arca luakan memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan
bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil
b- Arca binaan satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan
sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki
c- Arca asemblaj menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu,
logam, batu dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik
d- Arca acuan dibuat dengan menuang bahan seperti plaster of paris, lilin,
simen, tanah liat dsb ke dalam acuan
e- Arca timbulan bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2
dimensi, alat yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f- Arca bergerak/mobail/kinetik arca ini boleh bergerak atau berputar,
biasanya ia dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang
ringan
g- Arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan
dijadikan hiasan dinding, meja atau digantung pada siling
h- Arca gabungan gabungan beberapa jenis arca di atas

KOMUNIKASI VISUAL
*POSTER
1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.
2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.

3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai serta dapat menyampaikan mesej dengan
jelas, cepat dan berkesan

*ILUSTRASI
Ilustrasi bermaksud seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar
2. Lukisan untuk menjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej, dan sebagainya
3. Boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan pensel, lukisan pen, kolaj, atau menggunakan warna (cat
air/cat akrilik)
4. Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakamlagenda dan peristiwa bersejarah

Jenis-jenis Ilustrasi
1. Ilustrasi Perubatan
2. Ilustrasi Alam
3. Ilustrasi Fesyen
4.ilustrasi teknikal
5.Ilustrasi untuk maklumat
6.Ilustrasi Penerbitan

*ANIMASI MUDAH
1.ANIMASI IALAH PAPARAN PANTAS SUSUNAN IMEJ-IMEJ SENI 2D ATAU POSISI MODEL
AGAR MENGHASILKAN ILUSI GERAKAN.
2.ANIMASI ADALAH MERUPAKAN PROSES PENGHASILAN GAMBAR BERSIRI UNTUK
MENGHASILKAN PERGERAKAN BERTERUSAN MELALUI BEBERAPA BINGKAI GAMBAR
PEGUN YANG DISUSUN SECARA BERTURUTAN

3.2 JENIS ANIMASI YANG SELALU DIPAPARKAN ADALAH SEPERTI ANIMASI 2D DAN
ANIMASI 3D.

*KARTUN DAN KOMIK


1.KOMIK ADALAH SEJENIS SENI VISUAL YANG MENGGABUNGKAN LUKISAN DAN
TULISAN UNTUK MENYAMPAIKAN CERITA.
CIRI-CIRI SEBUAH KOMIK
1.=MELINTANG
=BERKOTAK-KOTAK
=BERSIRI
2.KAPSYEN
3.WATAK
4.DIALOG
5.BELON DIALOG
6. KESAN BUNYI
7.LATAR

*REKABENTUK GRAFIK

Rekaan identiti korporat: adalah penghasilkan rekaan yang boleh dijandikan lambang kepada
sesuatu organisasi atau badan korporat. Pegenalan atau identiti korporat dizahirkan melalui logo,
simbol, tanda dagang, kepala surat, rekaan bahagian luar kenderaan, penciptaan baju korporat
dan sebagainya. Melalui rekaan identiti korporat ia sangat berkesan sebagai pengenalan dan imej
organisasi.

Rekaan bahan penerbitan:adalah proses menghasilkan bahan penerbitan seperti kulit buku,
rekaan halaman buku dan majalah, akhbar, kalender, poster,komik dan sebagainya. Melalui rekaan
bahan penerbitan yang baik ia akan memberi kesan yang lebih bermakna kepada pembaca untuk
menikmati sesuatu bahan terbitan yang dihasilkan atau diterbitkan.

Rekabentuk pengiklanan dan papan tanda: adalah proses menghasilkan pelbagai jenis tanda
arah, bilbod, papan tanda perniagaan, pernyataan dan sebagainya.

Rekabentuk pembungkusan: adalah proses mengasilkan pelbagai pembungkusan produk


perdagangan seperti produk pembungkusan makanan,minuman, penjagaan diri, elektrik, eletronik
dan sebagainya.

KRAF TRADISIONAL
*ANYAMAN
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya
mudah dikeringkan dan lembut.

*UKIRAN KAYU
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat
melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Seni ukir
akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi.
Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses
kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat
dan pisau wali.

*BATIK
Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup
kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan
Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu.

*TENUNAN
Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan
tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan
juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.

*TEKAT
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk

meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk
membentuk bunga tekat.

SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL


.Catan air

Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial
British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik
zaman Victoria.Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karyakarya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.Terdapat
kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta
pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis
gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat
mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak
ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.Pihak
Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman
Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile
Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau
dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme,
Futurisme dan Konstruktivisme.
ARCA
Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentukbentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan, warna, struktur
dan rupa. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru berbanding dengan catan. Seni
arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Menurut
T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Cheong
Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan hal-hal yang menghubungkan
catan dengan arca.Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam
seni arca. Contohnya, karya Syed Ahmad Jamal The Link (1963), yang sama tema
dengan catannya.Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi
karya-karya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca Djin Api (1959),
Forest (1968) dan Ecstacy (1986).Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca
yang pesat. Pada tahun 1976 satu pameran Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia telah
diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Anthony
Lau, Chan Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong Laitong dan Latiff
Mohidin.Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah
institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi
seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar Ismail, Wan Ahmad Wan Mohamod, Ham
Rabeah Kamarun, Ramlan Abdullah, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja
Shahriman dan Bayu Utomo.Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap
persekitaran seperti persoalan agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya.

KESIMPULAN

1. Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan folio pendidikan seni


visual ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan
tugasan ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya
pelajari.Selepas menjalankan folio seni ini saya rasa amat bersyukur
sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai kesenian tradisi
kaum yang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja
kursus ini, banyak pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain
itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan
kesenian tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong
asing.Selepas melakukan kerja tugasan ini, saya juga dapat menguasai
kemahiran membuat kraf tradisional dengan cara yang betul serta dapat
meningkatkan kemahiran.Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai
kesabaran dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan dan
menyelesaikan kraftangan ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah
membuatkansaya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari
maklumat tentang tugasan ini.

You might also like