You are on page 1of 2

Malaysia dibentuk berasaskan gabungan negeri.

Pelaksanaan pentadbiran negara ini menggunakan


konsep pengasingan kuasa (separation of power) sebagai tunjang kepada amalan demokrasi. Sejak
merdeka sehingga kini, pengasingan kuasa telah membawa kemakmuran ekonomi dan kestabilan
politik yang berpanjangan. Agihan kuasa yang jelas memberi kesan positif kepada pembangunan
negara khususnya ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.

Pengasingan kuasa telah membawa kemakmuran


kepada Malaysia

Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Malaysia terletak pada sistem pentadbiran yang
memisahkan tiga badan utama iaitu Badan Perundangan (legislative), Badan Pemerintah (executive)
dan Badan Kehakiman (judicial). Ketiga-tiga badan ini memiliki bidang kuasa, fungsi dan
tanggungjawab khusus dan tidak bertindih antara satu sama lain. Berikut diperincikan ketiga-tiga
badan berkenaan.

Badan Kehakiman
Badan ini hanya melaksanakan tugas penghakiman. Ia tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa eksekutif. Ia merupakan badan ketiga dalam sistem pemerintahan kerajaan
Malaysia. Komponen Badan Kehakiman ialah mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan,
mahkamah tinggi dan rendah serta ketua hakim.
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah yang memiliki kuasa masing-masing.
Pelantikan hakim juga dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah badan ini. Contohnya,
Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan menyatakan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah tinggi dan hakim-hakim yang lain bagi Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Konsep pengasingan kuasa ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Malaysia sejak merdeka.
Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi serta keharmonian masyarakat adalah bukti yang sangat
jelas betapa setiap badan ini melaksanakan fungsi masing-masing. Badan Kehakiman boleh
melaksanakan peranannya tanpa diganggu atau merasa takut dengan Badan Eksekutif, manakala

Badan Perundangan bebas merangka atau mencadangkan rang undang-undang yang bersesuaian
untuk kepentingan masyarakat, bukannya kepentingan beberapa orang sahaja.
Contoh pelaksanaan konsep pengasingan kuasa ialah terdapat sebilangan ahli politik atau tokoh
masyarakat yang ditangkap dan dibicarakan seterusnya dijatuhkan hukuman. Ada yang dipenjarakan,
ada yang didenda dan ada yang didapati tidak bersalah selepas melalui proses kehakiman yang
panjang tanpa dipengaruhi oleh Badan Perundangan atau Badan Eksekutif.

You might also like