You are on page 1of 2

BUKU LOG PERANCANGAN PELAKSANAAN

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA


KUMPULAN ONE UUM DI
PUSAT LATIHAN DAKWAH KENINGAU

31 JANUARI 2010 (AHAD)


Perjumpaan pertama. Perbincangan dan pembahagian ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan di
kekalkan seperti dalam program sebelum ini (VRS021).
6 FEBUARI 2010 (SABTU)
Perjumpaan kedua. Pembahagian tugas dan perlantikan ahli jawatan kuasa. Tugas yang diberikan
ialah membuat letterhead untuk surat, mencari penaja (sponsor) untuk kain rentang (banner),
membuat design buku aturcara dan berhubung dengan Hospital Keningau tentang Kempen
Derma Darah.
08 FEBUARI 2010 (KHAMIS)
Berhubung dengan Hospital Keningau berkenaan Kempen Derma Darah pada 06/03/2010 di
PLD keningau. Berhubung dengan Pn Ainon daripada unit tabung darah pada talian 087-313000
ext 1270. Secara keseluruhan Pn. Ainon tidak mempunyai sebarang halangan untuk memberi
bantuan tetapi perlu menulis secara rasmi kepada Hospital Keningau.
11 FEBUARI 2010 (KHAMIS)
Perjumpaan ketiga.
20 FEBUARI 2010 (SABTU)
Perjumpaan keempat. Diberi tugas untuk membuat reka bentuk (design) tag nama untuk seluruh
ahli kumpulan dan membuat reka bentuk (design) sijil penyertaan.
23 FEBUARI 2010 (KHAMIS)
Berhubung dengan Pn.Ainon pada talian 013-8912885 untuk memastikan mereka boleh
menghadiri Kempen Derma Darah tersebut.
25 FEBUARI 2010 (KHAMIS)
Berhubung dengan Nuzulziman berkenaan peralatan yang diperlukan untuk program Seminar
Pembangunan Kerjaya. Nuzulziman memberi tahu semua peralatan yang diperlukan boleh
diberikan tetapi perlu surat permohonan dari kumpulan one uum.
28 FEBUARI 2010 (AHAD)
Perjumpaan kelima
2 MAC 2010 (SELASA)
Di hubungi Pn. Edma mengenai penangguhan tarikh mengadakan program Seminar
Pembangunan Kerjaya dan tarikh baru ialah 27 Mac 2010. Pn, Edma memberitahu ada
perjumpaan pada hari keesokkan iaitu pada 3 Mac 2010 bersamaan hari rabu.

3 MAC 2010 ( RABU)


Pada jam 7.00 malam perjumpaan dengan semua ahli kumpulan One UUM untuk kali ke enam
diadakan di Restoran Best Tom Yam, Alam Mesra. Agenda perjumpaan pada kali ini adalah
membincangkan perihal mengenai penangguhan tarikh mengadakan program Seminar
Pembangunan Kerjaya daripada 6 Mac 2010 ditangguhkan kepada 27 Mac 2010.
20 MAC 2010 (SABTU)
Pada jam 12.00 tgh perjumpaan dengan semua ahli kumpulan One UUM kali terakhir sebelum
program Seminar Pembangunan dijalankan. Agenda yang dibincangkan pada perjumpaan kali
adalah mengenai persediaan mengadakan seminar. Selain itu agenda yang dibincangkan adalah
mengenai konvoi ke keningau sehari sebelum program diadakan iaitu pada 26 Mac 2010
bersamaan dengan hari jumaat. Agenda lain adalah mengenai penginapan semua ahli kumpulan
One UUM yang telah ditempah di Queen Hotel pada 26 Mac 2010.
26 MAC 2010 ( JUMAAT)
Seperti yang telah dirancang semua ahli kumpulan yang berkonvoi berkumpul di Pekan
Donggongon sebelum meneruskan perjalanan ke keningau. Setelah semua ahli kumpulan One
UUM tiba seperti yang dijanjikan maka kami bergerak secara konvoi pada jam 10.00 pagi.
Setelah meneruskan perjalanan selama 3 jam kami selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju.
Kami mendaftar masuk ke Queen Hotel sementara menunggu rakan-rakan yang belum sampai.
Pada jam 7.00 mlm semua ahli berkumpul di lobi hotel dan bergerak menuju ke PLDK bagi
mengadakan mesyuarat dengan pengetua PLDK membincangkan perkara-perkara difikirkan
perlu sebelum program Seminar Pembangunan Kerjaya diadakan pada esok hari dan membuat
persiapan peralatan yang diperlukan untuk keesokkan hari.
27 MAC 2010 (SABTU)
PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA

You might also like