You are on page 1of 2

Nama: Kohilavani a/p Krishnasamy

TUTORIAL 3
1. Mengapakah sangat penting untuk mematuhi peraturan dan undangundang makmal?
Mematuhi peraturan dan undang-undang makmal dapat menjamin keselamatan
seseorang. Ia juga dapat mencegah kemalangan yang serius kepada seseorang.
Peraturan dan undang-undang makmal sains memberi arahan yang jelas kepada
pengguna makmal sebelum kegiatan dijalankan.
2. Nyatakan tiga jenis kecederaan yang kerap berlaku di makmal sains.
Untuk setiap jenis yang dinyatakan, huraikan prosedur pertolongan cemas
yang boleh dilakukan.
Kecedaraan yang kerap berlaku di makmal sains adalah seperti berikut:

Terkena asid pada tubuh badan

Basuh bahagian yang terkena asid dengan air dahulu, kemudian dengan
natrium bikarbonat 1%. Keringkan bahagian itu dan balutkannya dengan
kain pembalut.

Terhidu gas beracun

Bawa mangsa ke tempat yang lapang yang berudara segar. Seterusnya,


galakkan pesakit menarik nafas yang panjang.

Tertelan bahan kimia

Minta mangsa muntahkan bahan kimia yang masih berada dalam mulut.
Seterusnya minta berkumur dengan air yang banyak. Beritahu nama bahan
kimia kepada doktor.
3. Pada pendapat anda, apakah punca-punca utama kecederaan berlaku di
makmal sains?
Punca-punca utama kecederaan berlaku di makmal sains ialah menyimpan
bahan pembekal api yang banyak dalam makmal seperti kertas, kayu, plastik
dan sebagainya. Seterusnya soket yang mempunyai banyak poin juga boleh
menyebabkan kebakaran atau kemalangan. Pemanasan bahan kimia yang tidak
terkawal juga boleh menyebabkan kemalangan.

4. Mengapakah kita mesti elak daripada mengguna air untuk menghapuskan


api yang berpunca dari bahan api cecair seperti petrol?
Kita mesti elak daripada mengguna air untuk menghapuskan api yang dari bahan
api seperti petrol kerana air boleh menyebabkan ia merebak seterusnya dan
boleh mengakibatkan kemusnahan yang amat besar.

You might also like