You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada
rancangan sekolah biasa.
Namun demikian pendidikan khas ini mempunyai isu yang tersendiri. Untuk
memastikan program khas ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sokongan daripada
pelbagai pihak harus ada, ini kerana sokongan daripada pelbagai pihak penting untuk
memastikan program khas ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru khas
bertanggungjawab untuk merancang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan aras
pengetahuan murid.
Bagi tugasan kursus PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas ini pelajar
PISMP Pendidikan Khas Semester 6 perlu mencari dan mengulas artikel-artikel atau jurnal
yang berkaitan dengan isu-isu dan trenda dalam pendidikan khas yang dibincangkan dalam
kursus PKB 3113. Kami juga telah diberi tugasan untuk menemu bual pihak sekolah dan ibu
bapa tentang isu-isu dan trenda dalam pendidikan khas berdasarkan tajuk-tajuk yang dipilih.
Oleh yang demikian, kerja kursus ini membincangkan perkara-perkara yang terdapat dalam
tajuk berkenaan.

2.0 ULASAN JURNAL/ARTIKEL


2.1 Isu - Pentaksiran/peperiksaan bagi murid Pendidikan Khas
Kaedah Peperiksaan Bagi Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
(BKBP) oleh Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohamed Fauzee Ramli, Nik Azhar Nik Abd
Rahman, MD Amin Kasbin & Zawawi Zahari
Jurnal ini adalah mengenai penggunaan cara pentaksiran alternatif bagi murid-murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. Kajian dilakukan kepada murid pendidikan
khas yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan menggunakan tiga
cara yang bebeza dan kemudian keputusan peperiksaan antara ketiga-tiga cara tersebut
telah dibuat analisis dan perbandingan oleh para penulis jurnal ini.
Kaedah peperiksaan yang telah dijalankan adalah kaedah biasa (KB), kaedah Esuara I (EsI) dan kaedah E-suara II (EsII). Kedah biasa adalah menggunakan kaedah
pensel dan kertas, kaedah E-suara I menggunakan sistem suara elektronik dan murid
menjawab didalam kertas OMR dan keadah E-suara II pula menggunakan sistem suara
elektronik dan murid menjawab didalam komputer yang telah disediakan.
Pengkaji telah mengumpulkan sempel dari seluruh negara dalam membuat kajian ini
dengan dibantu oleh guru pendidikan khas di sekolah yang terlibat. Sampel disuruh
menjawab soalan didalam makmal komputer dengan diawasi oleh guru pendidikan khas
sekolah masing-masing. Murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang
terlibat juga terbahagi kepada beberapa katogeri seperti akan menamatkan persekolahan,
permohonan daripada ibu bapa, disarankan oleh guru pendidikan khas dan layak dari segi
akademik.
Hasil kajian telah mendapati bahawa murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik dengan kaedah Es I
berbanding kaedah biasa dan keputusan murid menggunakan kaedah Es II adalah lebih
baik berbanding menggunakan kaedah Es I (KB = 5.83, Es I = 8.13, Es II = 8.35).
Kekuatan jurnal
Antara kekuatan jurnal ini adalah ia dapat memberi maklumat baru yang berguna
untuk guru-guru pendidikan khas dalam membuat pentaksiran kepada murid. Daripada
jurnal ini dapat difahami bahawa teknik pentaksiran yang dapat menghapuskan ataupun
mengurangkan halangan kepada murid akan membuatkan murid dapat menjawab soalan
dengan lebih baik. Guru perlu mengenalpasti cara yang terbaik untuk mentaksir setiap murid
supaya murid dapat mencapai potensi sebenar mereka.

Penulis juga dapat menjelaskan teknik-teknik kajian yang dilakukan dengan sangat
jelas dan mudah difahami. Hal ini adalah sangat penting dalam penulisan sesuatu jurnal
kerana ia boleh membantu para penyelidik yang lain untuk menjadikan jurnal ini sebagai
rujukan kepada kerja mereka. Selain itu, teknik kajian yang dilakukan juga adalah boleh
dipercayai dan mudah dijalankan semula jika ada penyelidik yang mahu mengulanginya
kembali. Kebolehpercayaan sesuatu kajian itu bergantung kepada hasil teknik kajian yang
boleh diulang semula dan mendapat keputusan yang hampir sama jika diulang beberapa
kali. Ini adalah penting kerana ia boleh meningkatkan kredibiliti penulis jurnal ini.
Penerangan dan hujah-hujah penulis juga adalah kukuh dan meyakinkan kerana ia
disokong oleh tokoh-tokoh yang berautoriti dalam bidang pendidikan khas dan pentaksiran
pendidikan khas yang pakar dalam bidang ini. Persembahan data didalam jurnal ini juga
adalah sangat jelas dan disokong oleh pengurusan grafik yang menarik seperti jadual dan
graf yang desediakan oleh penulis.
Kelemahan jurnal
Antara kelemahan jurnal ini terletak pada pemboleh ubah yang tidak dijaga dengan
betul. Seperti dalam kes ini, soalan peperiksaan yang digunakan dalam penyelidikan yang
dijalankan. Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran disuruh menjawab soalan yang
sama sebanyak tiga kali dengan menggunakan cara menjawab yang berbeza-beza. Apabila
murid telah menjawab soalan yang sama beberapa kali, mereka akan hafal soalan yang
akan diberikan dan keputusan murid yang meningkat menjadi semakin baik tidak boleh
dikatakan disebabkan oleh medium menjawab peperiksaan yang semakin baik. Hal ini
demikian kerana data yang diperolehi tidak hanya bergantung kepada teknik pentaksiran,
tetapi juga pada faktor kemungkinan besar murid telah menghafal jawapan kepada soalan
yang diberikan.
Selain itu, terdapat juga data yang tidak berkaitan dan tidak memberi apa-apa
releven dalam dapatan penyelidikan ini dipersembahkan oleh penulis didalam jurnal ini. Data
ini sebenarnya tidak perlu disertakan didalam jurnal ini kerana ia boleh mengelirukan
pembaca terhadap data-data lain yang penting. Sebagai contoh, didalam jurnal ini
disertakan sekali negeri dimana sampel atau murid pendidikan khas bermaslah
pembelajaran yang terlibat didalam kajian ini.

2.2 Isu - Ujian saringan/diagnostik


Identifying Specific Learning Disability: Is Responsiveness to Intervention
the Answer? by Kenneth A. Kavale
Murid bermasalah pembelajaran merangkumi masalah down sindrom, terencat akal
ringan, ADHD, autisme dan celeberal palsy. Rata-rata murid bermasalah pembelajaran yang
berada dalam katogeri yang sama mengalami masalah yang hampir serupa. Walaupun
demikian, setiap murid adalah unik dan masing-masing mempunyai masalah pembelajaran
tertentu yang khusus. Jurnal ini mengutarakan persoalan adakah teknik respon kepada
intervensi (RTI) dapat mengesan masalah pembelajaran khusus (SLD) dengan lebih tepat
berbanding cara pentaksiran sedia ada.
Teknik pentaksiran respon kepada intervensi (RTI) berbeza dari teknik pentaksiran
psikometrik tradisional kerana ia memberi fokus kepada outcome atau keputusan yang
diperoleh daripada intervensi manakala teknik tradisional pula memberi fokus kepada
kelemahan murid. Selain itu, teknik RTI juga tidak mengutamakan keputusan ujian-ujian
yang selalunya digunakan dalam pentaksiran pendidikan khas kerana teknik ini tidak
memerlukan maklumat-maklumat seperti tahap pemikiran dan IQ murid. Secara ringkasnya,
RTI mencadangkan bahawa intervensi perlu dilakukan berdasarkan keputusan pentaksiran
dan bukan kepada ketidakupayaan murid.
Penulis tidak bersetuju dengan teknik RTI atas beberapa faktor. Antaranya adalah
pada pandangan penulis, RTI terlalu memfokuskan kepada masalah bacaan murid. Ini
memberi masalah kepada pentaksiran kerana masalah bacaan sahaja tidak dapat
merangkumi semua masalah murid dengan tepat kerana menurut penulis, masalah
pembelajaran bukanlah masalah dalam bacaan walaupun kebanyakan murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran mempunyai masalah ini. Selain itu, keengganan tekni RTI
untuk menggunakan tahap IQ murid sebagai penanda aras boleh mendatangkan masalah
kepada guru untuk membuat penilaian terhadap murid. Ini kerana, tanpa melihat kepada
tahap IQ murid, ia adalah sukar untuk guru menentukan tahap pencapaian yang boleh
dijangka daripada murid kerana dengan adanya maklumat ini, guru boleh menilai sama ada
murid telah mecapai tahap jangkaan tersebut atau tidak. Penulis juga mengutarakan
masalah yang akan timbul jika teknik RTI digunakan sebagai medium diagnosis untuk
mengenalpasti murid pendidikan khas. Dengan penolakan penggunaan ujian IQ, RTI
menggunakan outcome atau keputusan penilaian. Sebagai contoh, dalam teknik RTI, murid
yang tidak boleh mencapai tahap bacaan yang memuaskan akan dimasukkan dalam kelas
pendidikan khas dan diberikan intervensi yang sesuai. Jika murid ini kemudian berjaya
mencapai tahap bacaan yang memuaskan mengikut tahap umurnya, maka dia akan
4

dipindahkan kembali ke kelas aliran perdana. Disini jelas dapat menggugat kredibiliti
pentaksiran pendidikan khas kerana murid itu memang dari awalnya tidak perlu dimasukkan
ke kelas pendidikan khas, tetapi cukuplah ditempatkan di kelas pemulihan sahaja.
Kekuatan jurnal
Antara kekuatan jurnal ini adalah ia dapat memberi ilmu pengetahuan baru kepada
para guru pendidikan khas mengenai kelebihan dan kekurangan teknik pentaksiran RTI dan
teknik psikometrik tradisional yang digunakan justeru memberi peluang kepada guru untuk
mengubahsuai teknik pentaksiran demi memenuhi keperluan murid pendidikan khas.
Penulis juga menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Walaupun saya tidak
mempunyai pengetahuan mengenai RTI dan SLD sebelum membaca jurnal ini, penulis telah
menjelaskan mengenai kedua-dua perkara penting ini dengan sangat jelas walaupun
ringkas tetapi padat.
Selain itu, penulis juga menggunakan hujah-hujah yang mantap dan meyakinkan
dalam memberikan pendapatnya mengenai teknik RTI ini. Contohnya dalam mengkritik
teknik RTI kerana tidak menggunakan maklumat penting seperti tahap IQ murid, penulis
berjaya meyakinkan penbaca akan pentingnya maklumat ini dalam membuat pentaksiran
dan apakah kesannya jika maklumat ini diabaikan dalam membuat pentaksiran dalam
pendidikan khas.
Penerangan dan hujah-hujah penulis juga adalah kukuh dan meyakinkan kerana ia
disokong oleh tokoh-tokoh yang berautoriti dalam bidang pendidikan khas dan pentaksiran
pendidikan khas yang pakar dalam bidang ini. Persembahan data didalam jurnal ini juga
adalah sangat jelas dan disokong oleh pengurusan grafik yang menarik seperti jadual dan
carta alir yang desediakan oleh penulis.
Kelemahan jurnal
Antara kelemahan jurnal ini adalah penulis tidak melakukan apa-apa penyelidikan
sendiri dan cuma menggunakan hujah-hujah logik tanpa sokongan apa-apa data yang
diperoleh hasil penyelidikan sendiri. Hal ini boleh menjejaskan kredibiliti hujah penulis
kerana walaupun hujah yang diberikan adalah logik dan meyakinkan, bukti yang kukuh
sangat diperlukan dalam menyokong atau mengkritik sesuatu dasar itu, seperti dalam jurnal
ini mengkritik dan mempersoalkan keberkesanan respon kepada intervensi (RTI) dalam
mengenalpasti masalah pembelajaran yang khusus (SLD).

3.0 HASIL KAJIAN


Selama 4 minggu, saya menjalankan temu bual secara tidak langsung melalui pertanyaan
biasa dan perbualan harian bersama guru Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pauh
Lima, Kelantan iaitu cikgu Hisyanuddin bin Ghazali. Hasilnya, empat isu dapat saya
ungkaikan berdasarkan perbualan bersamanya iaitu isu pelebelan, penglibatan ibu bapa,
pengurusan program pendidikan khas dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Isu Pelabelan Dan Pengasingan Dalam Pendidikan khas


Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat, pelabelan ialah mengecap seseorang yang
mempunyai sesuatu sifat yang tidak baik seperti suka menipu, dan sebagainya. Tanggapan
atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu
perkara. Menurut Hobbs (2001), pengasingan merupakan pemisahan atau pengasingan
antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
Saya diberitahu, isu pelabelan dan pengasingan ini merupakan satu isu yang akan
dihadapi oleh murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Murid yang mempunyai
masalah pembelajaran akan dimasukkan ke dalam program pendidikan khas. Isu pelabelan
dan pengasingan ini akan mula timbul apabila murid sudah berada dalam kelas pendidikan
khas. Kebiasaannya isu pelabelan dan pengasingan ini akan memberi kesan yang negatif
kepada murid.
Menurut Cikgu Hisyanuddin, kesan pelabelan yang akan dihadapi oleh murid ialah
murid akan merasa rendah diri dan ini akan membuatkan murid mempunyai sifat pemalu
yang amat tinggi. Murid juga akan diketepikan untuk mengikuti sebarang aktiviti di sekolah.
Malahan istilah ataupun panggilan negatif yang melibatkan diri murid akan wujud. Kesan
pelabelan ini juga akan menyebabkan murid untuk cepat patah semangat untuk belajar
kerana sering disisihkan
Untuk mengatasi masalah pelabelan ini, pihak sekolah seharusnya menekankan sifat
untuk saling menghormati di antara satu dengan yang lain. Satu kesedaran mengenai
kepentingan untuk menghargai dan memandang sama rata setiap individu harus diterapkan
dalam komuniti sekolah. Murid pendidikan khas juga perlu mempunyai penglibatan yang
sama dengan murid yang lain dalam aktiviti yang telah dianjurkan. Guru juga boleh
membantu isu pelabelan ini dengan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid yang
terdapat dalam kelas perdana.

Isu pengasingan juga akan memberi kesan negatif kepada murid. Perasaan rendah
diri dan keinginan untuk memberontak dalam diri murid akan wujud. Murid pendidikan khas
akan kurang untuk berinteraksi dengan murid yang berada dalam kelas perdana.
Kebiasaannya murid akan sentiasa berada dalam keadaan yang pasif. Ini akan
menyebabkan murid mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat
kerana kurangnya kemahiran murid untuk berkomunikasi.
Terdapat beberapa keadah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah
pengasingan ini. Jika terdapat guru yang mengamalkan pengasingan di kalangan murid,
pihak pentadbir haruslah menegur perlakuan guru tersebut.

Ini kerana seorang guru

haruslah melayan murid beliau dengan sama rata. Murid pendidikan khas kebiasaannya
akan mempunyai tingkah laku yang berbeza yang dengan murid perdana. Untuk
memastikan guru dapat mengawal murid dengan berkesan, guru seharusnya telah
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan murid. Sebagai
contoh, terdapat murid pendidikan khas yang pasif semasa berada dalam kelas. Guru perlu
bertindak dalam memastikan murid tersebut dapat berinteraksi dengan murid lain.
Timbul masalah dalam pengasingan murid pada mulanya kerana ada murid yang
tidak mahu hadir kerana mereka malu dilabelkan sebagai murid pendidikan khas. Tetapi
setelah melakukan beberapa perubahan, akhirnya guru berjaya menarik minat murid
pendidikan khas untuk hadir ke kelas pendidikan khas. Antara cara yang dilakukan adalah
dengan memberikan ganjaran kepada murid yang hadir ke kelas pendidikan khas. Selain itu
guru yang mengamalkan pengajaran positif semasa melakukan sesi pengajaran dan
pembelajaran akan dapat untuk mengikis perasaan rendah diri yang dihadapi oleh murid
pendidikan khas. Ini kerana guru akan menggunakan pendekatan yang berbeza untuk
mendekati murid pendidikan khas. Guru harus mengekalkan sikap yang positif untuk
mendekati murid dan harus sabar kerana proses mendekati murid pendidikan khas
memerlukan masa yang panjang. Guru perlu membina satu hubungan yang positif di antara
guru dan murid.
Rumusannya tiada masalah yang tidak ada jalan penyelesaian. Isu ini sekiranya
diatasi dengan betul akan memberikan implikasi yang positif. Ini bagi memastikan tiada
murid yang tercicir dalam pelajaran.

Isu Penglibatan ibu bapa


Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai
masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang
minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak
istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang
beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat
pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka
wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini
terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik
dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa
pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau kemahiran hidup
kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku
disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai
contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan
timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini
mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya
semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang
terlalu obses akan perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan
khas di Malaysia agak ketinggalan.
Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sekolah ini. Melalui pemerhatian,
didapati penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah
masih dalam tahap sederhana. Hal ini kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin dan
tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini mencuba sesuatu yang baru. Sebagai
contohnya, aktiviti lawatan ilmiah ke Kuala Lumpur yang dirancang dan dijalankan oleh
pihak sekolah ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu
bapa. Disebabkan itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar yuran untuk lawatan ilmiah
ini. Apabila perkara ini berlaku maka program yang sepatutnya dijalankan untuk semua
murid tidak dapat dijalankan. Maka murid-murid akan tidak mempunyai keseronokan untuk
mengikuti aktiviti luar.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah
semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam
aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk
membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit
sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
8

Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa


berada di dalam kelas.
Untuk mengatasi perkara ini, pihak sekolah seharusnya mengadakan satu ceramah
ataupun seminar yang dikhususkan kepada ibu bapa mengenai program pendidikan khas
untuk memberikan gambaran kepada ibu bapa mengenai program pendidikan khas yang
dijalankan di sekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan pendidikan khas akan
memberi faedah bukan sahaja kepada murid malahan kepada pihak sekolah juga. Murid
akan dapat meningkatkan pencapaian dalam akademik serta dapat membina motivasi diri
yang lebih tinggi. Malahan kehadiran murid di sekolah akan bertambah baik kerana sikap ibu
bapa yang mengambil berat dengan pencapaian akademik anak mereka.
Berdasarkan temu bual yang saya lakukan dengan guru pendidikan khas, saya
mendapat maklum balas yang membantu dalam kerja kursus ni. Saya mendapati bahawa
ibu bapa di sekolah ini menyokong program pendidikan khas yang dilakukan oleh pihak
sekolah terhadap murid pendidikan khas. Respons yang diberikan oleh ibu bapa terhadap
usaha yang dilakukan oleh guru ini pada mulanya mendapat respons yang negatif, tetapi
setelah melihat hasil yang diperoleh daripada program ini, mereka memberikan respons
yang positif terhadap usaha yang dilakukan.

Isu Pengurusan Program Pendidikan Pendidikan khas.


Program Pendidikan Khas ialah satu usaha membantu murid yang menghadapi
masalah pembelajaran. Khususnya dalam menguasai kemahiran mengurus diri dan
kemahiran 3M iaitu asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan khas adalah satu
bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau
kesulitan pembelajaran. Untuk memastikan pendidikan khas dapat berjalan dengan lancar,
guru besar harus memastikan guru pendidikan khas tidak diberi beban tugas yang berat. Ini
kerana guru pendidikan khas memerlukan masa yang secukupnya untuk mengurus murid
dan kelas pendidikan khas. Selain itu, sebelum murid dimasukkan ke dalam kelas
pendidikan khas, murid tersebut akan terlebih dahulu diberi ujian diagnostic dan dibawa
berjumpa dengan pegawai perubatan/doctor untuk disahkan sebagai murid pendidikan khas.
Langkah ini adalah untuk memastikan murid tersebut beul-betul layak untuk mengikuti
program pendidikan khas. Pendidikan Pendidikan khas berbeza daripada pengajaran biasa.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi isu dalam pengurusan program pendidikan
pendidikan khas.

Isu pertama yang hangat diperkatakan sekarang adalah mengenai guru yang
mengajar kelas pendidikan khas. Program pendidikan khas memerlukan guru yang sudah
dilatih khusus untuk mengajar murid pendidikan khas. Ini kerana pendekatan ataupun
strategi yang harus digunakan oleh guru amat berbeza dengan guru yang mengajar murid
aliran perdana. Masalah kekurangan guru di sekolah merupakan satu isu dalam pengurusan
program pendidikan pendidikan khas. Ini menyebabkan guru pendidikan khas dibebani
dengan pelbagai tugas yang boleh memberi kesan dalam program pendidikan khas. .Namun
demikian, terdapat guru dilantik di sekolah yang kepakaran beliau bukan menjurus kepada
pendidikan khas. Mujurlah guru-guru ini sentiasa mengikuti kursus yang berkaitan
pendidikan khas untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka mengenai program
pendidikan khas. Namun, terdapat juga segelintir guru yang menunjukkan sikap negatif,
guru tersebut menujukkan sikap negatif kerana tidak berminat ataupun kurang sabar dalam
menghadapi murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
Berdasarkan temu bual yang saya jalankan berkaitan isu pengurusan ini, saya
mendapati banyak perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru pendidikan khas.
Disamping merancang dan melaksanakan aktiviti PdP didalam kelas, guru pendidikan khas
juga perlu melakukan banyak lagi tugasan lain. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh
guru pendidikan khas ialah guru dikehendaki menyediakan maklumat lengkap berkaitan
kelas pendidikan khas seperti maklumat murid, Rancangan Pengajaran Individu(RPI) untuk
setiap murid, fail-fail pendidikan khas seperti elaun murid dan bantuan susu dan banyak lagi.
Selain itu juga dalam melaksanakan tugas-tugas ini, guru perlu mengikuti garis panduan
yang telah disediakan oleh pihak kementerian melalui pekeliling yang telah diberikan kepada
setiap sekolah. Guru juga perlu mengeluarkan duit sendiri jika memerlukan sesuatu
sekiranya peruntukan yang diberikan tidak mencukupi.

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Pendidikan khas


Menurut Noriati Abd Rashid (2011), pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan akan mencapai matlamat pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang
dihasratkan. Murid yang mengikuti program pendidikan khas mempunyai aras kognitif yang
lebih rendah jika dibandingkan dengan murid yang berada dalam aliran perdana. Murid
pendidikan khas tidak akan dapat berfikir seperti murid dalam aliran perdana kerana
perbezaan tahap kognitif. Terdapat tiga faktor yang berkemungkinan menyebabkan murid
mengikuti program pendidikan khas. Faktor tersebut adalah psikologi, biologi dan
persekitaran.

10

Menurut Cikgu Hisyanuddin, untuk memastikan murid pendidikan khas dapat


mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru pendidikan khas
seharusnya mempunyai kreativiti untuk menggunakan pendekatan atau kaedah mengajar
yang bersesuaian dengan murid. Murid pendidikan khas mempunyai kesukaran untuk fokus
dalam satu tempoh masa yang lama. Ini kerana murid pendidikan khas lebih cenderung
untuk bermain daripada belajar.. Guru pendidikan khas seharusnya ada menyelitkan unsur
permainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk menarik minat
murid. Guru aliran perdana juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam pendidikan
pendidikan khas. Sebelum murid dimasukkan ke dalam program pendidikan khas. Murid
akan berada dalam kelas aliran perdana. Tugas guru aliran perdana adalah untuk melihat
jika terdapat murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Jika murid mempunyai
masalah pembelajaran yang teruk. Guru aliran perdana perlu mencalonkan murid untuk
dimasukkan ke dalam program pendidikan khas
Guru

pendidikan

khas

merupakan

individu

yang

bertanggungjawab

dalam

menjalankan program pendidikan khas. Apabila terdapat murid yang dicalonkan untuk
mengikuti

kelas

pendidikan

khas,

guru

pendidikan

khas

adalah

individu

yang

bertanggungjawab untuk membina ujian saringan. Ujian saringan adalah ujian yang harus
diambil oleh murid untuk melihat jika murid benar-benar layak untuk mengikuti program
pendidikan khas. Namun sebelum merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru
pendidikan khas seharusnya telah mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Ini untuk
memastikan guru pendidikan khas dapat merancang satu sesi pengajaran yang rapi. Selain
itu, guru pendidikan khas juga perlu bijak dalam mendekati murid pendidikan khas. Murid
pendidikan khas kebiasaannya akan pasif semasa berada dalam kelas dan tidak bergaul
dengan rakan lain. Guru pendidikan khas perlu bijak untuk merancang aktiviti yang
memerlukan murid untuk saling bersosial dengan rakan lain.
Pembinaan bahan bantu mengajar yang sesuai juga penting untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru pendidikan khas seharusnya
membina bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid pendidikan khas. Aspek
pemilihan fungsi, warna, ketahanan dan bentuk memainkan peranan yang penting dalam
pembinaan bahan bantu mengajar.
Hasil temu bual yang saya jalankan mendapati dalam melaksanakan program
pendidikan khas ini banyak perkara yang perlu diambil kira. Seorang guru pendidikan khas
perlu mengikuti kursus pendidikan khas bagi memastikan guru tersebut faham mengenai
skop tugasan dalam menjalankan pendidikan khas. Selain itu, kursus-kursus ini juga penting
bagi memastikan guru sentiasa peka dengan perubahan yang dilakukan dalam kurikulum
yang dilaksanakan oleh kementerian.
11

Pihak kementerian juga mengadakan banyak kursus-kursus berkaitan pendidikan


khas ini bagi memastikan guru pendidikan khas sentiasa mendapat ilmu dan kemahiran
yang baru. Ini bagi memastikan guru dapat membimbing dan memulihkan murid yang
mengikuti kelas pendidikan khas untuk berjaya bersama murid kelas perdana. Guru
pendidikan khas juga sentiasa berkolaborasi dengan guru lain terutamanya guru bahasa
Melayu dan matematik kerana dua mata pelajaran ini menjadi asas dalam pendidikan
pendidikan khas.

12

4.0 CADANGAN MENGATASI ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN KHAS (POWER POINT)

13

14

5.0 RUMUSAN
Program pendidikan khas mempunyai isu yang tersendiri untuk bertapak dalam dunia
pendidikan ini. Terdapat pelbagai isu timbul yang akan memberikan kesan negatif kepada
murid pendidikan khas. Isu yang telah saya kupas dalam penulisan saya adalah mengenai
isu pelabelan dan pengasingan. Kesan negatif yang akan timbul hasil

daripada isu

pelabelan dan pengasingan ini adalah, murid akan merasa rendah diri, kurang motivasi
untuk belajar dan seterusnya kurang yakin untuk bersosial dengan rakan lain. Namun
demikian, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah
pelabelan dan pengasingan ini.
Ibu bapa, guru besar dan komuniti dalam sekolah juga mempunyai peranan dalam
memastikan program pendidikan khas dapat dilaksanakan dengan berkesan. Program
pendidikan khas memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak kerana tanpa kerjasama
daripada pihak ini, program pendidikan khas yang dilaksanakan tidak akan akan dapat
berjalan dengan efektif dan murid-murid pendidikan khas tidak akan dapat belajar dengan
berkesan. Kepelbagaian kompetensi murid juga memberikan impak yang besar dalam
perancangan strategi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan oleh guru.
Pengajaran guru yang berimpak positif penting untuk memastikan murid pendidikan
khas yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dapat diubah untuk menjadi seorang
murid yang bersikap positif. Murid yang bersikap positif akan membolehkan mereka untuk
lebih bersemangat untuk belajar. Tugasan Isu Dan Trenda Dalam Pendidikan Pendidikan
khas ini telah membolehkan saya untuk menyelami pelbagai aspek yang berkaitan dengan
program pendidikan khas. Ini dapat membantu menambkan pengetahuan saya mengenai
program pendidikan khas justeru menambah kesediaan saya untuk menjadi seorang guru
pendidikan khas kelak.

15

Rujukan
John Venn. (1994). Students With Special Needs. New York: Macmillan
Company.

Publising

John T. Neisworth. (1982). Needs In Special Education. United States: Aspen


Corporation.

Systems

Maimunah Md. Daud, Zuraidah Ab. Majid. (1995). Matematik Tahun 1. Kuala Lumpur:
Percetakan Printsystem Sdn. Bhd.
Noraini Yaacob, Jamaluddin Ahmad, Ahmad Fuat Jamaludin.(2007). Kenal baca tulis.
Selangor: BS Print (M) Sdn. Bhd
Rosmiza Abdul Rahman, Jamaluddin Ahmad, Mohd Yusof Saud. (2005). Bijak Mengeja
Mahir Membaca. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ronald L. Taylor. (2009). Assessment Of Exceptional Students. New York: Pearson
Education Ltd.

16

Lampiran

17

You might also like