You are on page 1of 7

SOALAN KPSL (BAHAGIAN 111: KOD

3001C)

BAHAGIAN 111 (KOD 3001C: UNDANG-UNDANG UMUM)


Mengandungi enam (6) soalan dan calon diminta menjawab empat (4)
soalan sahaja dalam masa 2 jam.
Soalan 1
a)
Norika Fujiwara dilahirkan di Tokyo hasil pernikahan ibunya Puan
Nana Ika seorang rakyatMalaysia dengan bapanya seorang jurutera
syarikat multinasional warganagera Jepun. Pada 14 Februari 2012, ketika
berusia 4 tahun, Norika Fujiwara telah dibawa kembali ke Malaysia oleh
ibunya setelah bercerai dengan bapanya di Jepun. Puan Nana Ika telah
membawa Norika Fujiwara ke Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya,
memohon kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya itu.
Sebagai seorang Pegawai Pendaftaran, jelaskan status kelayakan Norika
Fujiwara untuk memohon kewarganegaraan Malaysia dengan cara kuat
kuasa undang-undang dan berikan justifikasinya.
(9 markah)
b)
Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah tinggal selama dua (2)
tahun di Chrisrchurh sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi taraf
pemastautin tetap di New Zealand. Setelah Berjaya memperolehi taraf

pemastautin tetap New Zealand itu, Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah
pulang semula ke Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai
pengundi dalam Pilihanraya Umum yang lalu.
Walau bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah
membatalkan hak Encik Klam Kar Bord sekeluarga untuk mengundi atas
sebab Kerajaan Malaysia dengan perintah mahkamah telah pun
melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuan mereka. Encik Klam Kar
Bord tidak berpuas hati dan bercadang untuk mencabar keputusan
Kerajaan Malaysia tersebut.
Jelaskan sama ada wujud sebarang prima facie yang boleh menjadi asa
kepada Encik Klam Kar Bord bagi mencabar keputusan
Kerajaan Malaysia melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuannya.
Nyatakan yang berkaitan.
(8 markah)

c)
Puan
Kristina
yang
mengikuti
suaminya
bertugas di
Brussels, Belgium telah pulang ke Malaysiauntuk melahirkan anak sulung
mereka dengan menaiki pesawat Lufthansa, sebuah syarikat penerbangan
Jerman. Tanpa diduga, tiba-tiba Puan Kristina mengalami sakit perut dan
telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam pesawat berkenaan ketika
berada di ruang udara Thailand.

Sila jelaskan nama Negara yang akan didaftarkan sebagai tempat


kelahiran bayi lelaki Puan Kristina dan berikan justifikasinya berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan Negara tersebut.

(8 markah)

Soalan 2

a)
D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong dijaualkan menjalani
pemeriksaan kesihatan di Washington, Amarika Syarikat mulai 27 Jun

2012 hingga 6 Julai 2012. Setelah itu Baginda akan terus berangkat ke
Mekah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum kembali
ke Malaysia pada 13 Julai 2012.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, apakan tindakan tertentu yang


perlu dilakukan oleh D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong sebelum baginda
berangkat meninggalkan Malaysia dan berikan justifikasi tindakan
tersebut.
(6 markah)

b)
Terdapat tiga (3) keadaan yagn menyebabkan seseorang Raja
sesebuah Negeri dalam Malaysiatidak layak untuk dipilih memegang
jawatan Yang Di Pertuan Agong.

Nyatakan tiga (3) keadaan tersebut.


(9 markah)

c)
Nyatakan jumlah undi Majlis Raja-Raja yagn mencukupi untuk
memecat Yang DiPertuan Agong.

(5 markah)

d)
Semua Raja bagi Negeri-Negeri dalam Malaysia menerima gaji
sebagai mana diperuntukkan oleh Pelembagaan Negeri masing-masing.

Jelaskan saman ada seseorang Raja masih boleh diberikan gaji sebagai
mamn diperuntukan oleh Pelembagaan Negeri setelah dilantik menjadi
Yang Di Pertuan Agong.
(5 markah)

Soalan 3

Encik Asri berumur 30 tahun telah meninggal dunia dalam perkhidmatan


sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Taraf jawatan beliau adalah tetap
dn telah berkhidmat selama empat (4) tahun serta telah disahkan dalam
perkhidmatan sebulan sebelum beliau meninggal dunia. Beliau
meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia lima (5)
tahun.

a)
Adakah Encik Asri layak diberikan taraf sebagai seorang pegawai
berpencen? Berikan alas an anda?
(8 markah)

b)
Balu dan anak lelaki Encik Asri juga layak diberikan faedahfaedah persaraan atau apa-apa pampas an terbitan. Nyatakan sebabnya.
Tempoh pemberian dn jumlah pencen terbitan tersebut.
(7 markah)

c)
Nyatakan keadaan yang boleh memyebabkan faedah persaraan
yang diberikan kepada balu dan anak tersebut terhenti.
(10 markah)

Soalan 4

Senar berikut merupakan beberapa kategori tanggungan kepada seorang


penjawat awam yang telah diberikan taraf sebagai pegawai berpencen:

i.

Anak permpuan berumur 12 tahun.

ii.

Anak lelaki berumur 20 tahun tetapi telah berkahwin.

iii. Anak cacat anggota kekel berumur 45 tahun


iv. Janda
v.

Balu yang telah berkahwin semula sebulan selepas penjawat awam itu
meninggal dunia.

Daripada senarai di atas, nyatakan:

a)
Siapakah yang layak unutk diberikan pencen terbitan? Berikan
alas an anda.
(22 markah)

B)

Siapakan yang tidak layak diberi pencen terbitan?


(3 markah)

Soalan 5

a)

Encik Amran seorang warganegera Bangladesh telah diambil berkerja


sebagai buruh oleh Syarikat Bina Murni Sdn. Bhd. Melalui permit kerja
yang dikeluarkan oleh Jabatan imigresen kepadanya.

Adakah Encik Amran boleh mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan


Pekerja (KWSP)? Nyatakan alas an anda.
(9 markah)

b)

Encik Salam mengusahakan perniagaan sendiri iaitu dengan membuka


gerai makan di hadapan rumahnya. Beliau memperolehi pendapatan
secara purata sebanyak RM5,000.00 sebulan.

Adakah Encik Slam boleh mencarum kepada KESP? Nyatakan alasan


anda.
(8 markah)

c)

Puan Salmah telah diambil bekerja oleh Dato Norimah sebagai


pembantu rumah. Beliau telah dibayar gaji sebanyak RM700 sebulan.

Adakah Puan Salmah boleh mencarum kepada KWSP? Nyatakan


alasan anda.
(8 markah)

Soalan 6

Encik Kamaruddin baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di


kemantarian Pelajaran Malaysiapada 1 Februari 2012. Beliau yang
menerima gaji sebanyak RM850.00 sebulan telah diminta membuat
caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui
potongan gaji.

a)

Mengapakah Encik kamaruddin perlu mencarum kepada KESP?


(9 markah)

b)
nyatakan kadar
Kamuruddin kepada KWSP.

caruman

yang

perlu

dibayar

oleh

Encik

(7 markah)

c)
Jelaskan dalam keadaan manakah Encik Kamaruddin boleh
mengeluarkan kesemua carumannya dalam KWSP?
(9 markah)

You might also like