You are on page 1of 4

MINGGU KEEMPAT

15 - 19 OGOS 2016
1.Masalah
Pada minggu keempat menjalani praktikum, saya mendapati semasa saya
mengajar terdapat murid yang kelihatan bosan dan bersikap pasif dengan
tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, murid ini juga
menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten misalnya menunjukkan rasa
ingin tahu atau kadang kala sebaliknya. Namun hanya beberapa orang murid
yang telah dikenal pasti menunjukkan tingkah laku sedemikian.
2. Analisis
Berdasarkan masalah yang telah dinyatakan seperti di atas, saya telah
membuat pemerhatian dan merujuk kepada bahan bacaan yang berkaitan
dan mendapati tingkah laku bermasalah terbahagi kepada dua iaitu positif
dan negatif.
Menurut

Duke

(1980)

telah

menyatakan

bahawa

setiap

individu

bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Oleh itu, murid-murid


berkemungkinan tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak dalaman diri
sendiri tanpa dipengaruhi oleh pengaruh luar. Dalam konteks pendidikan,
tingkah laku seperti ini boleh menjejaskan keberkesanan dan kelancaran
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.
Oleh yang demikian, sebagai guru saya bertanggungjawab untuk mengenal
pasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah dan memikirkan strategi
atau teknik tertentu yang lebih efektif untuk digunapakai bagi menjamin
kelancaran serta keberkesanan aktiviti PdP di dalam kelas. Bagi tingkah laku
bermasalah positif, antara cirinya merangkumi tingkah laku proaktif, cepat
belajar dan ingin tahu. Bagi tingkah laku bermasalah negatif pula adalah
tingkah laku bergantung dan disruptif.

Berdasarkan pembacaan saya daripada salah satu artikel ilmiah, tingkah laku
bermasalah ini telah dibahagikan kepada tiga ciri. Ciri pertama ialah tingkah
laku ingin tahu iaitu murid menunjukkan sikap ingin tahu yang tinggi terhadap
sesuatu perkara yang dilihat. Misalnya semasa sesi PdP di dalam kelas,
murid akan menunjukkan sikap ingin tahu apabila guru menayangkan sesuatu
yang menimbulkan unsur suspen dan sebagainya.
Ciri kedua ialah tingkah laku cepat belajar iaitu murid cepat menangkap
sesuatu perkara yang baru dipelajari dan dapat mempelajarinya dengan
cepat. Dalam konteks semasa di dalam kelas, murid seperti ini berpotensi dan
boleh membantu guru sebagai mentor kepada rakan-rakan lain. Namun
begitu, guru perlu peka dan menyediakan tugasan mengikut tahap
kecerdasan mereka bagi mengelakkan mereka bosan semasa di dalam kelas.
Ciri ketiga ialah tingkah laku proaktif iaitu murid sentiasa menunjukkan
kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan lain.
Semasa di dalam, murid seperti ini kebanyakan adalah murid yang
cemerlang, namun begitu bagi mengekalkan konsistensi sikap mereka ini,
guru perlu memberi pujian sebagai motivasi ekstrinsik buat mereka.
Seterusnya, bagi tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga ciri iaitu
tingkah laku bergantung dan disruptif. Bagi ciri murid begini antaranya ialah
sentiasa menunjukkan kebimbangan, kurang keyakinan diri, pergantungan
lebihan dengan orang lain, malu untuk menunjukkan kelebihan diri dan
mengasingkan diri daripada bergaul dengan rakan sekelas. Semasa di dalam
kelas, guru perlu memberi peluang kepada murid seperti ini dan membantu
mereka untuk membina keyakinan diri.
Bagi ciri kedua pula ialah tingkah laku disruptif atau mengganggu. Tingkah
laku ini merupakan tingkah laku yang membahayakan orang lain. Antara
tingkah laku disruptif ialah hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka
hati semasa di dalam kelas tanpa kebenaran guru dan ketawa kuat sehingga
mengganggu rakan yang lain. Dalam konteks pendidikan, guru perlu bijak

dalam pengawalan kelas dan memikirkan strategi yang berkesan supaya


murid patuh kepada arahan guru dan tidak mengganggu kelancaran PdP.
3. Cadangan untuk memperbaiki
Antara cadangan bagi menangani tingkah laku bermasalah sama ada positif
atau negatif ini ialah dengan melaksanakan modifikasi tingkah laku
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku negatif
kepada positif.
Antara langkah yang akan diambil ialah dengan mengenal pasti tingkah laku
negatif yang perlu diubah misalnya menangani murid yang menunjukkan
tingkah laku disruptif. Seterusnya ialah menetapkan matlamat iaitu sama ada
menginginkan murid mengekalkan atau meningkatkan tingkah laku yang
diingini. Selain itu, guru perlu merancang plan bertindak misalnya memberi
peneguhan, denda dan token economy.
Menurut Skinner, peneguhan boleh berupa dalam bentuk positif dan negatif.
Bagi peneguhan positif ia berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong
individu mengulangi langkah tersebut manakala peneguhan negatif pula
berfungsi untuk mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang
lagi.
Seterusnya ialah denda dimana ia dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku
yang tidak diingini berulang atau dengan erti kata lain menghentikan
perbuatan tersebut. Akhir sekali ialah menggunakan sistem token economy.
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik
yang ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit
dan sebagainya. Bagi sistem ini, saya telah menggunakan cop kepada
setiap kumpulan iaitu hanya akan memberikan cop kepada kumpulan
terbaik selepas tamat sesi PdP.

4. Tempoh Masa
Tempoh masa yang diperlukan adalah selama dua atau tiga minggu. Hal ini
kerana saya perlu mengambil masa yang agak lama dalam membuat
pemerhatian di samping temu bual bersama guru kelas dan guru mata
pelajaran lain yang

mengajar kelas terbabit. Walau bagaimanapun,

pemerhatian dan temu bual ini telah saya laksanakan secara berterusan
bermula hari pertama menjalani praktikum di sekolah ini.
5. Penilaian Kejayaan
Penilaian kejayaan dapat ditentukan apabila murid berjaya menunjukkan
menunjukkan tingkah laku yang diingini, patuh pada arahan guru serta guru
berjaya menarik perhatian murid semasa sesi PdP daripada menunjukkan ras
kurang minat, bosan atau perbuatan pasif lain.
6. Tindakan Susulan
Tindakan susulan yang saya akan ambil ialah dengan meneruskan usaha
yang telah saya laksanakan sehingga murid menunjukkan peningkatan
kepada tingkah laku yang diingi dan PdP dapat dilaksanakan tanpa sebarang
gangguan.

Tandatangan Pelatih :
__________________

Tandatangan Pensyarah Pembimbing :


_______________________________

You might also like