You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TONGKALLOH

PETI SURAT 367,


91309 SEMPORNA, SABAH
TEL : 089-786 206 XBA 3337

Ruj.Tuan
Ruj.Kami
Tarikh

:
: SKTS/XBA3337/PPI/ ( 01 )
: 04hb Januari 2013
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SIRI I / 2013
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 23hb. Februari 2012


: Khamis
: 10.20 pagi
: Bilik Guru

Agenda Mesyuarat:1.1.
1.2.
1.3.
1.4.
1.5.

Ucapan Pengerusi.
Pembubaran AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2011
Pembentukan AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2012
Membincangkan Aktiviti/Program panitia bagi tahun 2012
Hal-Hal Lain.

Kehadiran :
1. En. Mohd Salleh b. Haji Osman
2. Ustaz Mohd Khoudrey b. Abd. Hamid
3. Ustazah Nor Hafizah bt.Hassan
4. Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa
Tidak Hadir :
1. Ustazah Sorhani bt. Abdullah (cuti bersalin)

- Penolong Kanan kurikulum


- GPI
- JQAF
- JQAF

1.1 - Ucapan Pengerusi ( Penolong Kanan Kurikulum En Mohd Salleh bin Haji Osman )
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan kata-kata aluan kepada
semua sidang yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini adalah menjurus
kepada pembentukan AJK baru serta perancangan aktiviti dan program bagi tahun 2012. Di akhir
ucapan, beliau menyeru semua sidang yang hadir memberi idea dan pandangan yang bernas
untuk dikongsi bersama sepanjang mesyuarat ini dijalankan.
1.2.1. - Pembubaran AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2011
1.2.2. Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK Panitia Pendidikan Islam sesi 2011.
1.3.1

- Pembentukan AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2012

1.3.2. Pengerusi memaklumkan kepada sidang tentang pembentukan AJK Panitia Pendidikan
Islam yang baru bagi sesi 2012.
1.3.3. Setelah perbincangan dilakukan, sidang bersetuju melantik Ustazah Sorhani bt Abdullah
sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam berdasarkan ketetapan Mesyuarat Pengurusan Sekolah
2012. Bagi sesi 2012 Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid dilantik sebagai Setiausaha, Ustaz
Mohammad Firdaus b. Mad Isa sebagai Timbalan Setiausaha panitia manakala Ustazah
Norhafizah bt Hasan dilantik sebagai Bendahari Panitia.
3.4.1

Berikut merupakan senarai AJK yang telah dipersetujui bersama.


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SESI 2012
Pengerusi
: Abdul Hasad bin Madisa (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Mohd Salleh bin Haji Osman (GPK 1)
Ketua Panitia : Ustazah Sorhani bt Abdullah
Setiausaha
: Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid
Tim. Setiausaha: Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa
Bendahari
: Ustazah Norhafizah bt Hasan
3.5 - Membincangkan Aktiviti/Program bagi tahun 2012
3.5.1 Pengerusi menyeru kepada sidang supaya dapat memberi cadangan yang bernas untuk
dikongsi bersama dalam membincangkan aktiviti atau program anjuran Panitia Pendidikan Islam
untuk dilaksanakan pada tahun ini.
3.5.2 Ustazah Norhafizah bt Hasan mencadangkan supaya aktiviti-aktiviti lebih difokuskan
kepada murid dan warga sekolah agar penerapan mengenai pengetahuan agama dapat
dikembangkan di peringkat sekolah.
3.5.3 Menurut Pengerusi, semua program/aktiviti yang terdapat dalam takwim panitia mahupun
takwim sekolah perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi melihat sejauh mana keberkesanan
perjalanan panitia ini. Walau bagaimanapun, memandangkan program/aktiviti ini turut melibatkan

semua kakitangan yang lain, maka ianya perlu dicadang dan dipanjangkan terlebih dahulu kepada
tuan Guru Besar atau kepada Penolong Kanan Kurikulum.
Tindakan : Ketua Panitia
3.5.4 Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa memberi pandangan bahawa selain program/aktiviti
yang terdapat dalam takwim panitia juga perlu memandang dan mencadangkan aktiviti tambahan
yang bersesuaian dari semasa ke semasa.
3.5.6

Pengerusi mencadangkan supaya aktiviti menghasilkan BBM (bahan bantu mengajar) dijalankan
bersama-sama di kalangan ahli panitia. Ini dapat membantu ke arah P&P yang lebih berkesan
sekaligus dapat menjimatkan kos berbanding BBM yang dibeli terus dari kedai.

3.5.7

Sidang bersetuju supaya bacaan doa selepas rehat dijadikan sebagai aktiviti harian iaitu sebelum
murid-murid masuk ke kelas setiap kali selesai waktu rehat.

3.5.8

Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid menyatakan keperluan PA Sistem sekolah yang kemaskini
agar aktiviti bacaan doa dapat dijalankan seperti sebelum ini.
Tindakan : Makluman

3.5.9

Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid juga mencadangkan supaya Minggu Pendidikan Islam
dilaksanakan seperti yang tercatat pada Takwim Tahunan Sekolah. Beliau mencadangkan supaya
subjek-subjek teras yang lain turut dilibatkan dalam minggu ini. Beliau juga menyatakan pendapat
bahawa sidang tidak perlu merancang terlalu banyak aktivti, biarpun aktivti yang dirancang itu
sedikit, tetapi yang penting pengisiannya mantap dan memberi manfaat kepada golongan sasar.
Tindakan : Ahli Panitia
3.6 - Hal-hal Lain
3.6.1 Pengerusi mengharapkan agar semua aktiviti yang dibincangkan pada mesyuarat ini dapat
dilaksanakan dan dicapai mengikut objektif yang disasarkan. Menurut beliau, bajet juga
memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesebuah aktiviti. Tanpa bajet yang
mencukupi, segala aktiviti yang dirancang agak sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya.
Tindakan : Makluman

Penutup
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang yang hadir. Harapan beliau
agar guru-guru dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan
supaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
*** Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.
Sekian,terima kasih.
TERUS MENABUR BAKTI

Pencatat Minit,
...
( MOHAMMED KHUDREY ABD HAMID )
Setiausaha Panitia PAI,
SK Tongkalloh,
Semporna, SABAH

Disahkan oleh,
...
( EN. ABDUL HASAD BIN MADISA )
Guru Besar,
SK Tongkalloh,
Semporna, SABAH

s.k

-Fail

Disemak oleh,
........
( EN. MOHD SALLEH BIN OSMAN )
Penolong Kanan Kurikulum,
SK Tongkalloh,
Semporna, SABAH.

You might also like