You are on page 1of 5

Article Review

Artikel 1
Kefahaman Terhadap Aspek Pendefinisian dan Ciri Utama Golongan Homoseksual.
Artikel 2
Alternatif Keagamaan dan Kaunseling; Sebagai Rawatan Utama Mengatasi Permasalahan
Homoseksualiti.
1. Research topic, research problem, research question (s).
Di dalam artikel yang pertama ini, pengkaji ialah Encik Amran Hassan dan Salleh Amat,
diterbitkan dalam jurnal e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 016-028 membincangkan dapatan
mengenai kefahaman terhadap aspek pendefinisian dan ciri utama golongan homoseksual.
Pengkaji ingin meninjau secara umum kefahaman golongan profesional terhadap
pendefinisian homoseksual dan berasaskan pemerhatian, pengalaman dan pandangan mereka
dan turut menyenaraikan ciri-ciri khusus golongan ini di Malaysia. Masalah bagi kajian ini
adalah bagi mendapatkan definisi secara naratif dari setiap responden profesional yang telah
dipilih dan dilaporkan bagi menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan bagi melihat ciriciri seorang homoseksual. Di dalam artikel yang kedua pula, pengkaji ialah Encik Amran
Hassan dan Puan Noriah Mohamed, diterbitkan dalam jurnal Journal of Human Development
and Communication Volume 3, (2014) 79-92 membincangkan mengenai alternatif keagamaan
dan kaunseling sebagai rawatan utama mengatasi permasalahan homoseksualiti. Pengkaji
mengkaji alternatif rawatan keagamaan dan kaunseling sebagai satu rawatan utama dalam
mengatasi permasalahan homoseksual yang melanda masyarakat di Malaysia. Perbandingan
antara artikel yang pertama dan kedua, artikel yang kedua mewujudkan bahagian yang
khusus bagi permasalahan kajian iaitu di perkara 2.0 Permasalahan Kajian. Dalam bahagian
ini pengkaji melihat kepada masalah berkaitan dengan pandangan umum masyarakat khasnya
golongan profesional terhadap golongan homoseksual bagi membincangkan dari sudut sosial
dan fokus kajian adalah kepada langkah-langkah keagamaan dan juga kaunseling bagi
mengatasi penularan gejala homoseksual dalam masyarakat.
2. Review of the literature.
Di dalam artikel yang pertama, pengkaji telah membuat rujukan kepada beberapa buah buku
dan jurnal sebagai sokongan kepada keperluan bagi mengkaji tajuk ini. Sebagai contoh,
pengkaji merujuk kepada Syarifah Rohaniah (2011) bagi mendapatkan takrifan homoseksual
di mana dijelaskan di dalam artikel ini homoseksual merujuk kepada satu cara hidup sejenis
yang menyukai antara satu sama lain dalam pergaulan, corak hidup, dan unsur-unsur
seksualiti sejenis. Pengkaji merujuk juga kepada McBee dan Rogers (1994) yang
1

menerangkan cara hidup homoseksual ini mencetuskan pelbagai kontroversi dalam


masyarakat dunia dan Malaysia kerana mendatangkan pelbagai penyakit yang tidak diingini.
Pengkaji merujuk kepada Friedman (1998) yang menerangkan tentang pelbagai faktor
dikaitkan dengan kewujudan golongan homoseksual ini di serata dunia seperti kekeluargaan,
keadaan psikologi individu secara naluri, genetik dan biologi, termasuklah ruang budaya
internet dalam masyarakat. Pengkaji telah merumuskan bahawa dengan mendapatkan
gambaran umum tentang homoseksual ini merupakan asas kepada penjelasan untuk
mengenali mereka dari aspek yang akan menjawab soalan kajian. Pengkaji membuat
penilaian yang berasaskan kepada kefahaman masyarakat terhadap isu ini secara psikologi
dan psikososial yang menyeluruh dengan melihat kepada elemen pendefinisian homoseksual
dan ciri-ciri khusus yang diberikan oleh golongan profesional dalam membuat penilaian isu
ini. Di dalam artikel yang kedua ini pula, pengkaji merujuk kepada beberapa jurnal dan tokoh
yang berkaitan dengan bidang agama dan kaunseling bagi menyokong pendekatan alternatif
keagamaan dan kaunseling bagi merawat masalah homoseksual di Malaysia. Artikel ini lebih
berfokus kepada rawatan dan kaedah dan artikel pertama lebih kepada mencari makna dan
definisi homoseksual itu sendiri dari sudut pakar bidang. Di dalam artikel yang kedua ini
juga, pengkaji pada permulaan penulisan merujuk kepada jurnal-jurnal dalam dan luar Negara
yang berkaitan bagi memberi makna homoseksual. Selepas itu, pengkaji merujuk pula kepada
statistik golongan homoseksual yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Pengkaji juga menggunakan petikan dan laporan akhbar sebagai sumber maklumat
dan data bagi menerangkan keperluan bagi kajian ini. Di dalam artikel ini juga, pengkaji
menggunakan Teori Psikoanalisis Freud bagi menyokong sifat semula jadi manusia sejak
dilahirkan atau fitrah.
3. Methods.
Pengkaji artikel yang pertama telah menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan
menggunakan instrumen temubual tidak berstruktur. Persampelan bertujuan (purposive
sampling) digunakan dengan menemubual golongan profesional. Di dalam pengetahuan
pengkaji mereka ini mempunyai maklumat berkenaan dengan isu homoseksual berdasarkan
kepada pengalaman kerja, pergaulan dan kehidupan seharian.

Sepanjang sesi temubual

dijalankan, pengkaji menggunakan perakam suara bagi mengumpul maklumat yang


berkaitan. Lapan orang responden telah dipilih iaitu seramai empat orang lelaki dan empat
orang perempuan. Enam orang berbangsa Melayu, seorang berbangsa India dan seorang
berbangsa Cina. Umur mereka antara 29 hingga 53 tahun. Lapan orang ini datangnya dari
2

golongan profesional kerajaan dan swasta. Di dalam kajian ini mereka tidak dinamakan
dengan nama sebenar tetapi ditukar kepada Responden A-H sebagai ganti kepada nama
sebenar. Kajian dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan Negeri Selangor Darul Ehsan. Analisis data dibuat secara verbatim, ditukarkan
kepada kod-kod dan tema-tema, dihuraikan dengan pendekatan naratif. Artikel kedua pula
melihat kepada penggunaan agama dan kaunseling sebagai langkah-langkah bagi mengatasi
masalah ini. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan temubual mendalam secara
tidak berstruktur. Sama juga seperti artikel yang pertama turut menggunakan persampelan
bertujuan digunakan bagi menemubual responden. Sepanjang sesi temubual dijalankan,
pengkaji menggunakan perakam suara bagi mengumpul maklumat yang berkaitan. Lapan
orang responden telah dipilih iaitu seramai empat orang lelaki dan empat orang perempuan.
Enam orang berbangsa Melayu, seorang berbangsa India dan seorang berbangsa Cina. Umur
mereka antara 29 hingga 53 tahun. Lapan orang ini datangnya dari golongan profesional
kerajaan dan swasta. Di dalam kajian ini mereka tidak dinama dengan nama sebenar tetapi
ditukar kepada Responden A-H sebagai ganti kepada nama sebenar. Kajian dilakukan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Selangor
Darul Ehsan. Analisis data dibuat secara verbatim, ditukarkan kepada kod-kod dan tema,
dihuraikan dengan pendekatan naratif. Komponen metadologi dilihat mirip dalam dua artikel
ini kerana kajian ini dilakukan oleh pengkaji yang sama iaitu Encik Amran Hassan.
Pandangan saya, kedua-dua artikel ini menggunakan kaedah kajian yang tepat bagi menjawab
soalan kajian dan menyelesaikan masalah kajian dalam masa yang ditetapkan. Responden
yang digunakan juga dilihat memadai bagi mendapatkan jawapan kualitatif dan naratif.
4. Results and Discussions/ Conclusions.
Hasil kajian dirumuskan berdasarkan pendifinisian terhadap golongan homoseksual
(hubungan sejenis), kesukaran untuk mengenal pasti golongan ini dan ciri-ciri fizikal dan
psikologi seorang yang homoseksual. Yang pertama, pengkaji mendapatkan definisi peribadi
setiap profesional dan merumuskan definisi tersebut kepada homoseksual ialah apabila
kaum lelaki dengan lelaki dan kaum perempuan dengan perempuan menjalinkan hubungan
sama ada berbentuk seksualiti atau juga percintaan.. Pengkaji turut memasukkan beberapa
transkrip perbualan di dalam artikel ini sebagai menyokong kepada definisi tersebut. Yang
kedua, pengkaji melaporkan bahawa kesemua lapan responden ini menyatakan kepada
pengkaji tentang kesukaran untuk mengenal pasti golongan ini dari segi fizikal dan
psikologikal. Mereka ini adalah seorang lelaki yang normal tetapi mereka mempunyai
3

orientasi seksual terhadap sama jantina. Ini membawa kepada kesukaran untuk mengenal
pasti dengan tepat golongan ini dan menyukarkan sebarang bentuk intervensi berkaitan. Yang
akhir sekali adalah pengkaji merujuk kepada ciri-ciri fizikal dan psikologi seorang yang
homoseksual. Responden respon bahawa golongan homoseksual bukanlah digambarkan dari
kalangan lelaki lembut atau transeksual, tetapi boleh juga melibatkan golongan lelaki normal
yang secara fizikalnya adalah tegap, sasa, dan kelihatan sebagai lelaki normal sebagaimana
lelaki lain. Di dalam bahagian ini, pengkaji mendapatkan respon bagi ketiga-tiga aspek ini
berdasarkan kepada anggapan bahawa responden ini mempunyai maklumat berkenaan
dengan isu homoseksual berdasarkan kepada pengalaman kerja, pergaulan dan kehidupan
seharian. Saya mencadangkan agar jumlah responden yang lebih ramai digunakan dengan
tujuan mendapatkan lebih banyak data dan lokasi kajian boleh diluaskan ke negeri-negeri
besar yang lain seperti Johor Darul Takzim, Pulau Pinang dan lain-lain negeri bagi
mendapatkan data yang menyeluruh bagi penduduk di Malaysia. Artikel yang kedua ini
merumuskan dapatan data kepada tema-tema dan kod-kod tertentu berdasarkan persoalan dan
objektif kajian. Dua tema dinyatakan dengan jelas dalam kajian ini iaitu kembali kepada
pegangan agama dan pendekatan kaunseling psikologi bersesuaian. Berdasarkan transkrip
perbualan yang dijalan oleh pengkaji ini, majoriti bersetuju bahawa golongan homoseksual
perlu kembali kepada ajaran dan pegangan agama masing-masing. Ini dengan jelas
diterangkan melalui perbualan dengan responden. Pendekatan kaunseling turut digunakan
bagi membantu golongan ini dengan kaedah dan strategi yang berkaitan. Secara keseluruhan
artikel kedua ini berupaya memberikan idea tentang dua pendekatan agama dan kaunseling
bagi memulihkan golongan homoseksual di Malaysia. Saya mencadangkan agar jumlah
responden yang lebih ramai digunakan dengan tujuan mendapatkan lebih banyak data dan
lokasi kajian boleh diluaskan ke negeri-negeri besar yang lain seperti Johor Darul Takzim,
Pulau Pinang dan lain-lain negeri bagi mendapatkan data yang menyeluruh bagi penduduk di
Malaysia.
Reference
Amran Hassan dan Salleh Amat. (2015). Kefahaman Terhadap Aspek Pendifinisian dan Ciri
Utama Golongan Homoseksual. Journal of Social Sciences and Humanities. 10, 016-028.
Amran Hassan dan Noriah Mohamed. (2014). Alternatif Keagamaan dan Kaunseling; Sebagai
Rawatan Utama Mengatasi Permasalahan Homoseksualiti. Journal of Human Development
and Communication. 3, 79-92.

Creswell, J. W. (2003). Design, Qualitative, Quantitative and Mixed Method Approaches.


Second Edition. Thousand Oaks: Sage.

You might also like