You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.

4/2016
SEKOLAH KEBANGSAAN CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT
Tarikh
: 24 November 2016 (Khamis)
Masa
: 1.30 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Canossian Convent, Segamat
Pengerusi
: Encik Ahmad Shamsul Bin Haji Tumijan
Kehadiran
: 16/17
1. AHMAD SHAMSUL BIN HJ.TUMIJAN PK KOKURIKULUM (Pengerusi)
2. TEY SIEW CHOO GURU BESAR
3. NOORWATI BT MUDA PK PENTADBIRAN
4. NORHAYATI BT MD ZAN PK HAL EHWAL MURID
5. W.NOR ASEKIN BT W.HUSSAIN
6. RADZIAH BT MUHYDIN
7. HALINA BT MISRAN
8. HANIS BT MD TAHIR
9. LIM SU WAN
10. TAN AI CHIENG
11. NURUL HANI ABDUL HAMID
12. MOHD FAISAL AZIZI MOHD BASIR
13. MOHD GHAZALI BIN MUSTAPHA
14. NORLELA BT MAT AKHIR
15. NURFAUZIAH BT BOHARI
16. SUPIAN BIN HASHIM - Setiausaha
Tidak Hadir :
1. SHARIFAH RADZIAH BT SYED TAHER CRK : Persiapan Pernikahan
anak
1

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir menepati masa pada hari
terakhir persekolahan sesi 2016 untuk Mesyuarat Kokurikulum Bil.4/2016
1.2 Turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam menjayakan pelbagai
aktiviti/program kokurikulum peringkat sekolah mahupun peringkat negeri yang telah
dipertanggungjawabkan kepada sekolah kita.
1.3 Mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah menjayakan
lawatan penandaarasan Kokurikulum 3 buah sekolah iaitu SK Pogoh, SK LKTP Medoi dan
SK Bukit Hampar ke SK Canossian Convent.
1.4 Mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Lim Su Wan yang telah mengurus
penyertaan dan Tuan Haji Supian Hashim yang telah mengiringi 5 orang peserta Summer
Health Camp Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Kompleks
Sukan, Hospital Permai, Johor Bahru semalam, 23 Nov 2016 dan telah menjadi Johan (Nur
Dini Marsya) & Naib Johan (Norsyazwanieza Ezlyin) bagi aktiviti Running Man dan

tempat ke-3 (Ilya Hanis Farahin) bagi aktiviti Indoor.


1.5 Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Tan Ai Chieng yang telah
mengharumkan nama SKCC dalam Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Bahasa Cina
Tahap 1 & 2 serta Pertandingan Bercerita Bahasa Cina peringkat Antarabangsa yang
dianjurkan SK Ibrahim, Sungai Petani, Sekolah Berprestasi Tinggi. Berikut keputusan rasmi
pertandingan tersebut :
Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tahap 1 - Saguhati
Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tahap 2 - Naib Johan
Pertandingan Bercerita bahasa Cina Tahap 2
- Naib Johan
Tindakan : Makluman
2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2016


Pencadang : Cik W.Nor Asekin Bt W.Hussain
Penyokong : Mohd Faisal Azizi Bin Mohamed Basir

PROGRAM & AKTIVITI KOKURIKULUM BULAN OKTOBER & NOVEMBER


3.1 Pengerusi mengucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga
sekolah atas kejayaan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kokurikulum untuk
bulan Oktober & November 2016 bagi peringkat sekolah , daerah, negeri mahupun
kebangsaan.
Program / Aktiviti Bulan Oktober
8 Okt 2016
- Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Segamat (120 murid terlibat)
14-15 Okt 2016 - Perkhemahan Badan Beruniform SKCC
17-20 Okt 2016 - Kem RIMUP Peringkat Negeri Johor
22 Okt 2016
- Karnival PIBK Zon Bandar Segamat
( Johan Zapin & Ke-3 Gubahan Bunga )
25 Okt 2016
- Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Johor
( Johan Anugerah Persatuan/Kelab Cemerlang, Ke-2 Murid Cemerlang
Kokurikulum & Ke-2 Pengurusan Kokurikulum Terbaik )
28-31 Okt 2016 - Lawatan Penandaarasan Ke Sabah
Program / Aktiviti Bulan November
1-3 Nov 2016 - Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Kebangsaan
( Naib Johan Persatuan/Kelab Cemerlang)
3 Nov 2016
- Sambutan Hari Kanak-Kanak SKCC
8-9 Nov 2016 - Acara Akhir Padang & Sukantara SKCC
13 Nov 2016
- Kejohanan Balapan & Padang SKCC
14-15 Nov 2016 - Pertandingan Inovasi Kebangsaan di UTHM
17 Nov 2016
- Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah Segamat di Kipmart
23 Nov 2016
- Summer Health Camp Kelab Doktor Muda Negeri Johor

3.2 Semua program/aktiviti yang telah dirancang untuk tahun 2016 telah berjaya
dilaksanakan walaupun tertangguh beberapa kali atas sebab-sebab tertentu kecuali
merentas desa.
Tindakan : Makluman

PENGLIBATAN & PENCAPAIAN MURID DALAM KOKURIKULUM


4.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru
yang telah melatih dn membimbing murid sehingga melonjakkan bilangan penyertaan
dan pencapaian kokurikulum dalam semua peringkat. ( Rujuk lampiran penyertaan
dan pencapaian kokurikulum sehingga 23 Nov 2016)
4.2 Berharap agar penyertaan dan pencapaian kokurikulum SKCC dapat dilestarikan dan
ditingkatkan lagi khususnya dalam bidang permainan & sukan serta badan beruniform
Tindakan : Semua Guru Sukan/Permainan & Unit Beruniform
4.3 Markah Penglibatan & Pencapaian murid perlu direkodkan dalam Kad Kokurikulum dan
kemudiannya perlu dimasukkan dalam PJSK & SKPM. Kad Kokurikulum murid Tahun
6 perlu diserahkan kepada murid untuk dibawa ke sekolah menengah
Tindakan : Semua Ketua Kelab/Persatuan, Hj Supian & Cik W. Nor Asekin

BUKU KEDATANGAN & AKTIVITI KELAB / PERSATUAN


5.1 Ketua guru penasihat perlu mengemaskini Buku Kedatangan & Aktiviti Kelab/Persatuan
dengan mencatat butiran murid selengkapnya, laporan dan pencapaian Kelab/Persatuan
terkini masing-masing dan perlu dihantar kepada PK Kokurikulum sebelum bercuti.
Tindakan : Ketua Guru Penasihat Kelab/Persatuan

KAD KOKURIKULUM
6.1 Kad Kokurikulum perlu dilengkapkan oleh guru-guru Kelab/Persatuan dan
ditandatangani oleh penyelaras badan beruniform, penyelaras Kelab/Persatuan dan
Penyelaras Sukan & Permainan sebelum disahkan oleh PK Kokurikulum dan Guru
Besar.
Tindakan : Ketua Guru Penasihat & Penyelaras Sukan, Uniform & Persatuan
6.2 Kad Kokurikulum murid tahun 6 perlu diserahkan kepada murid tahun 6 untuk dibawa
ke sekolah menengah.
Tindakan : Cik W.Nor Asekin W.Hussain

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 1/2017


SEKOLAH KEBANGSAAN CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT
Tarikh
: 28 Disember 2016 (Rabu)
Masa
: 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Canossian Convent, Segamat
Pengerusi
: Encik Ahmad Shamsul Bin Haji Tumijan
Kehadiran
: 17/17
1. AHMAD SHAMSUL BIN HJ.TUMIJAN PK KOKURIKULUM (Pengerusi)
2. TEY SIEW CHOO GURU BESAR
3. NOORWATI BT MUDA PK PENTADBIRAN
4. NORHAYATI BT MD ZAN PK HAL EHWAL MURID
5. W.NOR ASEKIN BT W.HUSSAIN
6. RADZIAH BT MUHYDIN
7. HALINA BT MISRAN
8. HANIS BT MD TAHIR
9. LIM SU WAN
10. TAN AI CHIENG
11. NURUL HANI BT ABDUL HAMID
12. SHARIFAH RADZIAH BT SYED TAHER
13. MOHAMAD FAISAL AZIZI BIN MOHD BASIR
14. MOHD GHAZALI BIN MUSTAPHA
15. NORLELA BT MAT AKHIR
16. NURFAUZIAH BT BOHARI
17. SUPIAN BIN HASHIM - Setiausaha
1

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir untuk Mesyuarat
Kokurikulum pertama bagi tahun 2017.
1.2 Turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam melaksanakan tugas
dengan cemerlang sebagai guru penasihat persatuan/kelab, sukan & permainan dan unit
badan beruniform sehingga banyak kejayaan telah dicapai dari peringkat daerah hingga
antarabangsa.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua guru khususnya guru
penasihat Persatuan Sains & Matematik yang telah berjaya menjadikan persatuan tersebut
penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kategori Persatuan/ Kelab Cemerlang 4
tahun berturut-turut di peringkat negeri dan kebangsaan. Ditambah dengan 2 lagi anugerah
yang diterima iaitu Pengurusan Kokurikulum Cemerlang SR (Anugerah Perak) dan Murid
Cemerlang Kokurikulum Perempuan SR (Anugerah Perak) buat julung-julung kali.
1.4 Berharap semangat dan komitmen semua guru terus membara untuk melestarikan
pencapaian kokurikulum yang cemerlang di SK Canossian Convent pada tahun 2017.
1.5 Pengerusi meminta semua guru merujuk edaran Analisis Pencapaian Murid dalam
Kokurikulum sepanjang 2016 bagi mengetahui tahap peningkatan SKCC dalam
kokurikulum.
Tindakan : Makluman
1.6 Pencapaian murid dalam sukan dan permainan masih belum membanggakan. Berharap agar
semua guru dapat merancang strategi dan melatih murid lebih awal agar pencapaian dalam
sukan & permainan dapat ditingkatkan dengan memberi tumpuan kepada Azzweta, Tey Jia
Yi, Hanna sofea dan murid-murid lain yang berpotensi dalam Olahraga, catur, badminton
dan permainan bola jarring/bola baling..
ACARA
BADMINTON
BOLA BALING
MERENTAS DESA
GIMRAMA
LONTAR PELURU
BOLA JARING
CATUR

MSSK
1
JOHAN
Ke-5

PENCAPAIAN
MSSD
MSSJ
Ke-3
PENYERTAAN
PENYERTAAN
PENYERTAAN
JOHAN
NAIB JOHAN
PENYERTAAN
PENYERTAAN
Tindakan : Guru Sukan & Permainan

1.7 Pencapaian murid dalam Badan Beruniform juga masih belum membanggakan walaupun
SKCC telah menghantar peserta dalam banyak pertandingan pada peringkat daerah Segamat
dan menghantar peserta dalam Sambutan Hari Pandu Puteri Sedunia peringkat Negeri Johor
dan Kebangsaan. Pengerusi berharap semua guru penasihat dapat merancang strategi /

tindakan untuk meningkatkan pencapaian unit beruniform masing-masing. Ucap Tahniah


kerana 3 orang murid Persatuan Puteri Islam berjaya menerima Sijil Puteri Bongsu
peringkat Kebangsaan buat julung-julung kali.
BADAN
BERUNIFORM
TUNAS PUTERI
BULAN SABIT
MERAH MALAYSIA
PUTERI ISLAM

DAERAH
/

PENCAPAIAN
NEGERI
KEBANGSAAN
/
/

/
/

/
Tindakan : Guru Badan Beruniform

1.8 Kegiatan Kokurikulum yang telah sekian lama dilaksanakan pada awal pagi (7.30-8.30
pagi) berjaya meningkatkan kehadiran dan penglibatan murid dan perlu dikekalkan. Amat
berharap lebih ramai murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan koakademik
dapat dilahirkan pada tahun 2017.
Tindakan : Semua guru
2

UCAPAN GURU BESAR


2.1 GB mengucacapkan terima kasih kepada semua guru yang menjalnkan tugas sebagai
jurulatih kokurikulum sekolah. Setiap guru adalah guru kokurikulum.
2.2 Walaupun SKCC dilanda banjir besar pada tahun 2006/2007 buat kali pertama tetapi semua
guru cepat pulih dan lebih Stronger dan semangat ini melonjakkan penyertaan dan
pencapaian SKCC hingga persada antarabangsa dari setahun ke setahun.
2.3 Guru baru yang berpindah ke SKCC dapat menjiwai HEART SKCC seterusnya
berganding bahu melestarikan kecemerlangan kokurikulum bagi tahun 2017.
Tindakan : Puan Nurul Hani
2.4 GB berharap semangat ini dapat diteruskan khususnya Semangat Inovasi yang telah
dimulai pada tahun 2011dengan bantuan mentor En Oswald, pensyarah UiTM Johor.
Tindakan : Kumpulan Inovasi

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4/2016


Pencadang : Puan Halina Bt Misran
Penyokong : Puan Norlela Bt Mat Akhir

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

5.1 Pengerusi berharap semua guru dapat mematuhi jadual aktiviti mingguan kokurikulum
dan mematuhi masa perjumpaan agar memenuhi keperluan 18 kali perjumpaan setahun
(Badan Beruniform) dan 12 kali setahun (Kelab/persatuan & Sukan/permainan).
AKTIVITI
1 MURID 1 SUKAN

WAKTU
60 minit seminggu

TAHUN
Tahun 4 6 Wajib
Tahun 1 3 Digalakkan
Tahun 3, 4 & 5

BADAN
BERUNIFORM &
KELAB/PERSATUAN

60 minit seminggu
( Masa minima )
120 minit seminggu
( Masa minima )

HARI
SELASA
RABU

MASA
7.30 am - 8.30 am
7.30 am - 8.30 am

AKTIVITI
1 MURID 1SUKAN
Badan Beruniform @
Kelab/Persatuan

AKTIVITI
BADAN
BERUNIFORM
KELAB/PERSATUAN

WAKTU
18 kali setahun
( Masa minima )
12 kali setahun
( Masa minima )

TAHUN
Tahun 3, 4, 5 & 6

Tahun 6

Tahun 3, 4, 5 & 6

5.2 Pengerusi berharap semua guru dapat memakai baju sukan atau baju unit beruniform
yang lengkap semasa menjalankan program 1-Murid 1-Sukan dan aktiviti unit
beruniform.
5.3 Bagi mengelakkan murid terlupa memakai pakaian sukan atau unit beruniform,
mesyuarat mengambil ketetapan untuk mengedarkan jadual aktiviti mingguan
kokurikulum kepada semua murid semasa pembayaran sumbangan PIBG dan pembelian
buku pada 29 Disember 2017. Guru kelas juga boleh menghantar secara softcopy melalui
Whatsapp. Guru bertugas pula perlu mengumumkan pakaian yang sepatutnya dipakai
oleh murid sehari sebelum aktiviti 1-M 1-S dan perjumpaan Kelab/Persatuan atau Unit
beruniform.
Tindakan : Guru Badan Beruniform, Guru Kelas & Guru Bertugas
6

PELANTIKAN GURU BIDANG KURIKULUM


6.1.1
6.1.2
6.1.3
6.1.4

Setiausaha Kokurikulum Tn. Hj. Supian b. Hashim


Setiausaha Sukan En. Mohd Faisal Azizi b. Mohamed Basir
Penyelaras Badan Beruniform Cik W. Nor Asekin Bt W.Hussain
Penyelaras Kelab & Persatuan Tn. Hj. Supian b. Hashim

6.1.5
7

Penyelaras Sukan & Permainan En. Mohd Faisal Azizi b. Mohamed Basir
Tindakan : Guru yang dilantik
AGIHAN TUGAS AKTIVITI KOKURIKULUM
7.1

Agihan Tugas Aktiviti kokurikulum


- Rujuk muka surat 22 Takwim Kokurikulum SKCC 2017

7.2

Ketua Jurulatih Pasukan Sekolah ( Rujuk Takwim Kokurikulum M/S 62 )


7.2.1 Olahraga
- En. Mohd Faizal Azizi b. Mohamed Basir
7.2.2 Bola Baling
- Cik Wan Nor Asekin bt. Wan Hussain
7.2.3 Bola Jaring
- Puan hanis Bt Mohd Tahir
7.2.4 Badminton / Tenis - En. Mohd Ghazali Mustapha
7.2.5 Renang
- Pn. Tan Ai Chieng
7.2.6 Gimrama
- Pn. Lim Su Wan
7.2.7 Catur
- Mohd Ghazali Mustapha
7.2.8 Kebudayaan
- Sharifah Radziah Bt Syed taher

7.3

Semua Surat Pelantikan kepada semua guru kokurikulum telah diserahkan pada
29 Disember 2016 secara rasmi sebelum mesyuarat ini berlangsung.
Tindakan : Guru yang dilantik

TAKWIM MSSD SEGAMAT, MSS JOHOR & MSS Malaysia 2017


8.1 Pengerusi meminta semua guru merujuk Takwim Kokurikulum M/S 83 dan 94 bagi
mengetahui tarikh pertandingan sukan dan permainan yang berkaitan.
Tindakan : Guru Sukan & Permainan

AKTIVITI KOKURIKULUM
9.1.1
9.1.2
9.1.3

9.1.4

9.1.5

Perjumpaan pertama 1M1S pada 3 Jan 2016 ( Selasa )


Perjumpaan pertama Kelab/Persatuan/Badan Beruniform Pada 4 Jan 2016 ( Rabu ) dan
Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa perlu diadakan.
Pemakaian uniform adalah WAJIB semasa Aktiviti Kokurikulum dan Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007.
Tindakan : Semua Guru
Memilih rumah sukan untuk murid Tahun 1
Tindakan : En Mohd Faisal Azizi Mohamed Basir
Menetapkan Kelab/Persatuan & Badan Beruniform untuk murid Tahun 3
Tindakan : Hj Supian & Cik W.Nor Asekin

9.1.6

10

Merekod kehadiran murid dan buat laporan aktiviti yang dijalankan bagi setiap
perjumpaan aktiviti kokurikulum. Buku Rekod Kehadiran dan Laporan Aktiviti
diletakkan di bilik Guru bagi memudahkan guru-guru mengambil dan
memulangkannya.
Tindakan : Ketua Penasihat

HAL-HAL LAIN
10.1.1 Pengerusi meminta semua guru mengemaskini papan kenyataan unit kokurikulum
seperti Sudut Permainan/Sukan, Unit Beruniform, Persatuan/Kelab,
Pencapaian/Kejayaan sepanjang Tahun, Kebitaraan Gimrama, Kebitaraan sains,
Teknologi & Inoavasi, Kelab Doktor Muda dan Sudut Kokurikulum di Bilik Mesyuarat
Tindakan : Setiausaha Kokurikulum & Ketua Guru Penasihat
10.1.2 Memastikan stor sukan sentiasa kemas dan teratur
Tindakan : Setiausaha Sukan & Guru PJPK
10.1.3 Utamakan Keselamatan murid dan guru semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.Cth :
Bertanyakan kesihatan murid, peka dengan persekitaran @ cuaca, kenderaan guru
dalam keadaan baik.Pengerusi menekankan agar guru mengutamakan tahap
keselamatan yang tinggi semasa menjalankan latihan lompat jauh, lompat tinggi,
melontar peluru dan merejam lembing .
Guru Besar meminta guru membawa murid yang tidak sihat dan tidak memakai
pakaian sukan serta menyuruh mereka duduk berhampiran kawasan aktiviti bagi
memudahkan kawalan guru.
Tindakan : Semua guru
10.1.4 Memastikan fail unit kokurikulum lengkap dan sentiasa dikemaskini sebagai
Persediaan untuk pemantauan.
Tindakan : SU Korikulum, SU Sukan, Semua Penyelaras
10.1.5 Garisan di balapan & padang akan dibuat jika keadaan mengizinkan.
Tindakan PK Kokurikulum, SU Sukan & Guru terlibat
10.1.6 Cadangan tarikh aktiviti :
10.1.6.1 Merentas Desa
: 21 Januari 2017 ( Sabtu )
10.1.6.2 Perkhemahan
: 18 19 Mei 2017 (Khamis-Jumaat)
10.1.6.3 Sukantara
: 21-22 Februari 2017 ( Selasa-Rabu)
10.1.6.4 Sukan Tahunan
: 26 Februari 2017 ( Ahad )
10.1.6.5 Kursus Tunas Pemimpin : 14 Januari 2017 (Sabtu) Pusat Kokurikulum
10.1.7 Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi hendaklah dihantar kepada
GPK Kokurikulum pada 2 Februari 2017 selepas Cuti Tahun Baharu Cina.
Tindakan : Semua Ketua Penasihat

10.1.8 Membuat laporan bergambar selepas sesuatu program dijalankan


Tindakan : Semua Guru Penasihat
10.1.9 Status permohonan menaik taraf astaka di padang SKCC melalui permohonan kepada
YB Tuan Haji Anuar b. Abd Manap ( Ahli Parlimen Sekijang ) telah diluluskan.
10.1.10 Perhimpunan Kokurikulum akan dijalankan pada Minggu ke-3 setiap bulan. Jadual
Perhimpunan rasmi yang dikendalikan oleh setiap Unit Beruniform akan diedarkan
kepada semua murid bagi memudahkan mereka. Pada perhimpunan itu, majlis
penyampaian hadiah kejayaan atau penyertaan sebarang pertandingan akan dijalankan.
Tindakan : Guru Bertugas, Guru Pertandingan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang

You might also like