You are on page 1of 2

Surau An-Nur Faizah

LOT : PTD 62855 Jalan Nuri 09, Bandar Putra,


81000 Kulaijaya

(SEBAGAIMANA MENURUT GARIS PANDUAN YANG DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN


PENGURUSAN MASJID / SURAU
JABATAN AGAMA JOHOR TAHUN 2011)

TANGGUNG-JAWAB DAN TUGAS-TUGAS


JAWATANKUASA
Jawatankuasa hendaklah menjalankan tugas-tugas seperti berikut :
1)

Menjaga perjalanan dan aturan-aturan bagi masjid / surau dan semua tanah perkuburan
dan tanah waqaf orang-orang Islam di dalam kampung atau kariahnya.

2)

Bertanggungjawab menjaga kesucian masjid / surau dari pencemaran dan imej sebagai
tempat suci serta maruah umat Islam.

3)

Sentiasa berusaha mencari jalan atau kaedah dengan apa cara yang diharuskan untuk
menimbulkan rasa minat kepada ahli kariahnya terhadap pengimarahan masjid / surau di
dalam kawasan atau kariahnya.

4)

Bertanggungjawab bagi memberitahu Pegawai Tadbir Agama Daerah / Kadhi Daerah


mengenai kekosongan jawatan Pegawai Masji / Surau dengan segera samada telah atau
akan berlaku dan hendaklah menghantar calon-calon penggantinya dengan butiran
lengkap.

5)

Boleh memungut atau menerima derma khairat, hadiah atau waqaf untuk kebajikan
masjid / surau setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis.

6)

Melaporkan kerosakan-kerosakan dan membuat permohonan peruntukan pembangunan


kepada pihak-pihak tertentu untuk membaikinya atau mencari dana atau derma orang
ramai untuk tujuan tersebut dengan mematuhi Kaedah 13 (C).

7)

Menjaga kebersihan dan keselamatan semua tanah-tanah waqaf dan perkuburan orang
Islam di kariahnya dan melaporkan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah / Kadhi
Daerah jika berlaku sebarang pencerobohan.

8)

Bertanggungjawab memajukan tanah-tanah waqaf setelah mendapat kelulusan Majlis


serta mengawasinya dan memungut segala hasil waqaf untuk diamanahkan kepada
Kadhi Daerah.

9)

Bertanggungjawab memberi nasihat kepada penduduk kariahnya di dalam perkaraperkara yang berhubung dengan agama Islam.

10)

Hendaklah memberitahu Pegawai Tadbir Agama Daerah / Kadhi Daerah mengenai


kelakuan yang tidak diingini berlaku atau menyalahi aturan atau arahan atau amaran
Jabatan yang dilakukan oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Masjid / Surau untuk
tindakan selanjutnya.

11)

Hendaklah menyampaikan maklumat kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah / Kadhi


Daerah dengan segera mengenai kejadian atau perbuatan yang melanggar atau
bertentangan dengan kehendak mana-mana enakmen yang dikuatkuasakan di bawah
Majlis atau mana-mana enekmen bertulis yang lain yang menunjukkan kesalahan
kepadanya.

12)

Hendaklah melaksanakan mana-mana arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Majlis,


Jabatan atau Jawatankuasa Majlis Masjid / Surau Daerah atau Mukim dari masa ke
semasa.

13)

Bertanggungjawab kepada menjalankan usaha untuk mengekal, memperbaiki dan


mengukuhkan persaudaraan serta perpaduan masyarakat Islam di dalam kawasan atau
kariahnya dan berusaha mencari jalan untuk menambahkan amalan taqwa kepada Allah.

14)

Bertanggungjawab untuk mengawal semua kegiatan keagamaan Islam seperti syarahan,


ceramah, muzakarah, dakwah, kursus, seminar, perhimpunan taklimat dan majlis-majlis
sambutan kebesaran Islam dari masa ke semasa.

You might also like