You are on page 1of 2

Amalan surah-surah penting

Surah Al-Kahfi
1. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi Muhammad S.A.W, baginda
telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, maka
terhindar daripada Al-Dajjal. (Hadis riwayat, Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al- Tarmizi
daripada Qatadah)
2. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa yang
membaca sepuluh ayat akhir surah Al- Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al Dajjal".
(Hadis riwayat Muslim dan al_Nasa'i)
3. Daripada Umar berkata : Nabi S.A.W telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah AlKahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.
Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR Ibnu Katsir)

Yaasiin
Daripada Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah
Yaasiin" dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah s.w.t tulis baginya sepertimana
membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR Al-Tarmizi)

Ad-Dukhan
Daripada Abi Hurairah r.a berkata : nabi S.A.W telah bersabda : "Sesiapa membaca surah
"Haamim Ad Dukhan" pada waktu malam Jumaat, maka dia diberi keampunan baginya."
(HR Ibnu Katsir)

Al-Waqiah
Daripada Abi Dhibah "telah sakit Abdullah yang membolehkan kematiannya. maka diziarahi
oleh Osman Ibnu Affan r.a "Beliau bertanya apa yang kamu adukan? Abdullah menjawab :
"Dosa- dosaku" dan apa yang kamu mahu sekarang?" Beliau menjawab : "rahmat Tuhanku".
Perlukah saya panggil doktor? Beliau menjawab "doktor lebih sakit daripada saya".
Usman berkata "Adakah kamu perlukan kepada wang.........."
Abdullah menjawab saya tidak berhajat kepadanya"
Usman berkata : Ini untuk anak-anak perempuan kamu selapas ketiadaan kamu. beliau menjawab
adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya
perintah kepada mereka supaya membaca surah Al-Waqiah tiap- tiap malam. Sesungguhnya saya
dengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi
miskin selama-lamanya."

Al-Hasyar
Daripada Fadhil Ibnu Yassa Al-Muzani r.a berkata: Nabi s.a.w telah bersabda : "sesiapa yang
membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis sami'il 'alimi minassyaitanir rajim" kemudian
membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah s..w.t mewakilkan 70 malaikat berselawat
atasnya hingga petang. begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati
syahid. (HR At-Tarmizi)

Al-Mulk
Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w telah bersabda "sesungguhnya seorang lelaki yang
sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab allah kecuali
"Tabarakallazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya
malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu
"sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,
sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada saya
kemudaratan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si
mati), jadi pergilah menemui Allah s.w.t. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah
Al-Mulk) menemui Allah s.w.t dan berkata "Wahai Tuhanku, si fulan ini (simati) dia pilih saya
dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau
membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin
berbuat demikian jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah s.w.t berfirman "Aku nampak
kamu marah" Dia menjawab (surah) "Sesungguhnya saya marah. Allah s.w.t berfirman : pergilah
sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya".
Nabi s.a.w bersabda "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan
apa-apa pada si mati.Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan
mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca dan selamat datang kepada
dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang
sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kubur supaya si mati
tidak merasa kesunyian"
Anas berkata :Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil
mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w
memanggil surah ini Al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan". (HR Ibnu Katsir)
Wallahu'alam
Semoga ada manfaat
Sumber : amalan surah-surah pilihan, fathilat dan khasiatnya
Editor penyelenggara : haji johari haji alias
Terbitan darul nu'man

You might also like