You are on page 1of 10

Perisian Open Source: Perisian alternatif untuk Perkhidmatan Awam

Disediakan oleh
Team Nabalux, JPKN

Pengenalan
Seluruh dunia kini berhadapan dengan kemelut ekonomi yang berlanjutan daripada
krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat. Kemelut ini juga secara langsung
atau tidak memberi kesan kepada operasi dan program pembangunan kerajaan dan
perkhidmatan awam secara khususnya. Kerajaan di seluruh dunia terpaksa bertindak
dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi untuk memastikan ekonomi
negara masing-masing sentiasa mapan dan dapat mengharungi cabaran ekonomi ini.
Salah satu daripada cabaran yang dihadapi, terutamanya sektor perkhidmatan awam
adalah untuk memastikan perbelanjaan operasi yang kos efektif disamping
meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat
umum. Cabaran tersebut disahut dengan pelaksanaan sistem kerajaan elektronik dan
penggunaan ICT dalam sektor awam secara meluas. Namun perkara tersebut masih
dilihat sebagai suatu pelaburan kewangan yang agak besar. Satu pendekatan yang
diambil oleh kebanyakan perkhidmatan awam dan khususnya perkhidmatan awam
Malaysia adalah dengan memperkenalkan penggunaan perisian open source (OSS).
Kertas ini bertujuan untuk memberi penerangan ringkas mengenai OSS dan memberi
peluang kepada perkhidmatan awam meninjau kebolehlaksanaan perisian OSS
sebagai perisian alternatif dan kos efektif. Kertas ini juga akan menerangkan secara
ringkas pelaksanaan program OSS di perkhidmatan awam Malaysia berdasarkan
usaha yang dilakukan oleh pihak MAMPU dan juga Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
(PANS).
Apa itu Open Source?
Pada lazimnya, OSS dikaitkan dengan perisian percuma. Tetapi pada dasarnya ianya
bukanlah sentiasa percuma. Sebaliknya dasar yang diperjuangkan oleh Free Software
Foundation (FSF) mendefinisi OSS sebagai perisian yang bebas untuk disalin dan
disebarkan. Kebebasan yang dinyatakan dibuktikan melalui model perlesenan
berteraskan OSS yang membenarkan perisian yang dibangunkan secara open
source, disalin dan disebarkan tanpa kos atau opsyen kos yang minima.
OSS juga memberi kebenaran kepada sesiapa untuk melakukan perubahan terhadap
perisian OSS. Untuk itu, sumber kod perisian perlu didedahkan dan sesiapa sahaja
boleh melihatnya. Ini adalah satu daripada ciri-ciri penting Open Source iaitu sumber
kod perisian yang terbuka. Ciri keterbukaan ini menyifatkan keempunyaan perisian
yang longgar namun pada masa yang sama memberi hak intelek yang mutlak kepada
pembangun asal sesuatu perisian OSS.

Sifat keterbukaan OSS menggalak kegiatan usaha sama sejagat untuk memperbaiki
kelemahan sesuatu perisian OSS dan meningkatkan kematangan serta kualiti perisian
OSS tersebut. Kegiatan ini boleh diibaratkan sebagai satu proses gotong-royong
yang biasanya diamalkan dalam masyarakat kita.
Perbezaan Open Source dan Closed Source
Closed Source (CSS) meliputi produk perisian yang dimiliki secara mutlak (Proprietary
Software) oleh sesebuah organisasi atau syarikat. Model perlesenan CSS adalah
ketat dan kos untuk memiliki perisian CSS adalah tinggi. Contoh perisian CSS adalah
perisian Microsoft Office, Adobe Photoshop dan sebagainya.
Secara ringkasnya, perbezaan CSS dengan OSS diterangkan dalam jadual berikut:
Closed Source

Open Source

Hak Harta Intelek

Berdasarkan hakcipta

Berdasarkan hakcipta

Lesen kepada Pengguna

Ya

Ya

Kos

Tinggi (berdasarkan
yuran lesen)

Rendah/Tiada (biasanya tidak


melibatkan yuran lesen)

Sumber Kod

Tidak disediakan/Tidak
didedahkan

Sedia ada dan terbuka

Pengagihan

Terhad (berdasarkan
kepada syarat lesen)

Dibenarkan (kadangkala
dengan syarat)

Pindaan Perisian

Terhad

Dibenarkan

Jaminan

Terhad

Terhad atau Tiada

Perlindungan Ganti Rugi

Terhad

Terhad atau Tiada

Sokongan

Terhad

Terhad atau Tiada

Kategori Pelaksanaan Perisian Open Source


Pelaksanaan perisian OSS berdasarkan kerangka OSS Sektor Awam boleh
dikategorikan kepada enam (6) bidang:

Bidang

Penerangan

Workload
Consolidation

Penghijrahan aplikasi yang ditempatkan dalam


beberapa bilangan server fizikal yang banyak kepada
bilangan server fizikal yang kecil untuk mengoptimakan
penggunaan infrastruktur dan mengurangkan kos
operasi. Contoh: virtualization

High Performance
Computing

Menjalankan aplikasi-aplikasi secara serentak dan selari


menggunakan beberapa pusat pemprosesan untuk
memaksimakan prestasi. Contoh: grid computing

Distributed Enterprise

Pemprosesan yang dilakukan pada beberapa server


berasingan, terpencil dan terangkai ke satu pusat stor
data untuk tujuan penyatuan. Contoh: Groupware

Application Solution

Pelaksanaan aplikasi khusus untuk tujuan yang spesifik.


Contoh: e-learning, Knowledge Management

Infrastructure Solution Pemasangan aplikasi yang menyokong perkhidmatan


asas komputer. Contoh: Database Server, Directory
Services
Desktop Solution

Penggunaan aplikasi PC untuk meningkatkan


produktiviti pengguna. Contoh: Office Suite, Web
browser, email client

Manfaat OSS Dalam Perkhidmatan Awam


Manfaat utama penggunaan perisian OSS dalam perkhidmatan awam negeri Sabah
(PANS) adalah dari segi kos pemilikan dan sifat keterbukaan perisian.
Faktor kos perisian OSS yang rendah sudah tentu akan memberi kesan positif ke atas
perbelanjaan operasi kerajaan negeri. Dengan penggunaan perisian OSS untuk
bidang Desktop Solution sahaja, kerajaan negeri dapat mencapai penjimatan yang
amat ketara. Pengiraan penjimatan boleh diterangkan dalam jadual berikut:
Kos Perolehan Perisian
Proprietary
(Berdasarkan 6000 unit
komputer)*

Kos Perolehan Perisian


OSS
(Berdasarkan 6000 unit
komputer)*

Jumlah Penjimatan

Perisian
Produktiviti
Pejabat (Office
Suite)a

RM10,158,000

0a1

- RM10,158,000

Sistem
Pengoperasianb

RM3,396,000

0b1

-RM3,396,000

Desktop Solution

JUMLAH

- RM13,554,000

* Bilangan komputer (desktop dan notebook) dalam PANS


a

P erbandingan kos di antara harga pasaran Microsoft Office 2007 Professional dengan perisian OSS OpenOffice.org 3.1

Perbandingan kos di antara harga pasaran Microsoft Windows Vista Business dengan perisian OSS Ubuntu Linux 9.04

a1,b1

Kos latihan tidak dimasukkan dengan andaian latihan dikendalikan secara dalaman dalaman. Tidak termasuk kos langganan
sokongan jika ada kerana ini adalah opsyen. Dalam PANS, sokongan dilakukan secara dalaman.

Dari jadual tersebut, jelas sekali penjimatan kos akan berlaku sekiranya perisian OSS
digunakan dalam PANS. Kos perolehan yang rendah dan konsep perlesenan perisian
OSS yang longgar menjurus kepada kos keseluruhan pemilikan (Total Cost of
Ownership/TCO) untuk desktop solution di PANS.
Perisian OSS pada lazimnya juga tidak memerlukan keperluan sistem komputer yang
tinggi dan mampu berfungsi dalam sistem komputer yang lama justeru menambah
kepada TCO perisian OSS yang jauh lebih rendah.
Sifat keterbukaan perisian OSS merujuk kepada ciri-ciri proses pembangunan dan
sumber kod yang terbuka perisian tersebut. Proses pembangunan yang terbuka
memanfaatkan piawaian terbuka (open standards) yang membolehkan keserasian
perisian OSS dengan perisian lain yang menggunakan piawaian yang sama. Dengan
itu, organisasi yang melaksanakan OSS tidak akan terkekang dengan satu platform
produk sahaja. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi menggunakan hanya
produk tertutup (proprietary), ia akan berpotensi untuk menghadkan pilihan perisian
yang boleh beroperasi dan berkongsi dokumen.
4

Keterbukaan sumber kod perisian OSS berguna dari segi dua perkara iaitu
keselamatan dan kedaulatan. Keselamatan perisian OSS berguna untuk memastikan
perisian tersebut boleh diyakini untuk digunakan. Perisian OSS yang matang dan
diyakini adalah hasil usaha sama komuniti pembangun perisian di seluruh dunia untuk
memperbaiki kelemahan yang ditemui termasuk kelemahan yang berkaitan dengan
keselamatan.
Perisian OSS yang menggunakan konsep pembangunan terbuka juga memelihara
kedaulatan sesebuah organisasi malah sesebuah negara kerana perisian OSS
mengurangkan kebergantungan terhadap perisian tertutup.

Program Pelaksanaan Open Source di Sektor Awam


Inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menggunakan perisian OSS telah bermula sejak
2002. MAMPU telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan inisiatif tersebut. Pelan
Induk OSS Sektor Awam Malaysia (OSS Master Plan) telah dilancarkan pada 16 Julai
2004 untuk memberi arah tuju kepada sektor awam melaksanakan program OSS.
Objektif OSS Master Plan adalah seperti berikut:

Mengurangkan kos keseluruhan pemilikan (TCO)


Meningkatkan kebebasan pilihan penggunaan perisian
Meningkatkan keserasian pengoperasian antara sistem
Meningkatkan pertumbuhan industri ICT
Meningkatkan pertumbuhan industri OSS
Meningkatkan pertumbuhan komuniti pengguna dan pembangun OSS
Meningkatkan perkembangan masyarakat berteraskan pengetahuan
Mengurangkan jurang digital

Prinsip OSS Master Plan berpandukan kepada prinsip berikut:

Kesesuaian tujuan kegunaan


Gangguan terendah kepada operasi
Kewujudan bersama sistem proprietary yang sedia ada
Menguna pakai kemudahan, perkakasan, perisian dan kemahiran sedia ada
Tidak dipandu atau dikawal oleh pembekal perkasan atau perisian

Rangka OSS Perkhidmatan Awam


Gambarajah rangka OSS Perhidmatan awam berperanan untuk menjadi
panduan ke arah mencapai visi dan objektif OSS perkhidmatan awam.
Visi OSS adalah untu mewujud dan meningkatkan nilai melalui perisian OSS
selaras dengan Rangka OSS Perhidmatan Awam ke arah penyampaian
perkhidmatan yang efisien, terjamin dan berkualiti.
Objektif OSS tidak jauh berbeza dengan objektif inisitatif awal kerajaan untuk
OSS, iaitu:

Meningkatkan pilihan penggunan perisian


Meningkatkan keserasian pengoperasian
Meningkatkan keupayaan untuk menyelenggara dan menyokong
Mengurangkan kos keseluruhan pemilikan
Mengurang kekangan pembekal
Meningkatkan keselamatan dan penguatkuasaan kedaulatan

Gambarajah berikut menunjukkan pelan pelaksanaan perisian OSS dalam


perkhidmatan awam yang ditetapkan oleh pihak MAMPU. Pelan ini bertujuan
untuk memaparkan pelaksanaan perisian OSS yang boleh dilakukan dalam
jangka pendek, sederhana dan panjang.

Pelaksanaan Program OSS di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah(PANS)


Program OSS di PANS dilaksanakan selaras dengan rangka dan arah tuju yang
ditetapkan oleh pihak MAMPU. Dalam PANS, Team Nabalux telah ditubuhkan
pada 2004 yang terdiri daripada pegawai teknikal Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri. Team Nabalux merupakan peneraju kepada pelaksanaan
OSS untuk Kerajaan Negeri Sabah.
Team Nabalux masa ini hanya mempunyai dua kumpulan iaitu:

Team Nabalux Development bertanggungjawab ke atas


pembangunan sistem aplikasi berteraskan teknologi Open Source.
Team Nabalux Systems Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan
infrastruktur berteraskan teknologi Open Source.

Di samping perbezaan peranan yang dimainkan oleh dua kumpulan tersebut,


secara keseluruhan Team Nabalux bertanggungjawab kepada aktiviti promosi
dan pelaksanaan perisian OSS di PANS.

Berikut adalah pencapaian dan perancangan program OSS di PANS setakat ini:
Bil.

Projek

Catatan

Kursus OpenOffice.org

Usaha sama Fasilitator


JPKN dengan INSAN

2.

Sistem Tuntutan Elaun Kilometer

Dibangunkan untuk
dilaksanakan melalui JBN

3.

Sistem Tuntutan Elaun Luar Kawasan

Sedang dibangunkan
untuk dilaksanakan
melalui JBN

4.

Web Sisvot

Sedang dibangunkan
untuk dilaksanakan
melalui JBN bagi
menggantikan Sisvot.

5.

Pelaksanaan sistem Firewall

Menggunakan operasi
sistem berteraskan Open
Source.

6.

Sistem Permohonan Lesen Perniagaan

Dibangunkan untuk
dilaksanakan melalui
KPLB

7.

Sistem Lesen Permohonan Permit Hiburan

Dibangunkan untuk
dilaksanakan melalui
Pejabat Hal Ehwal Dalam
Negeri dan Penyelidikan

8.

Surat Pekeliling Kementerian Kewangan Bil. 6


Tahun 2009 Dasar Penggunaan Perisian
OPENOFFICE.Org Sebagai Perisian Produktiviti
Pejabat Rasmi Untuk Kerajaan Negeri KEW(S):100-10/68 Klt 2

Dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan
Negeri

9.

Roadshow Open Source Sempena Seminar IT


Sektor Awam Negeri Peringkat Wilayah

Roadshow bertujuan
untuk meningkatkan
kesedaran mengenai
perisian OSS

Cabaran Pelaksanaan Open Source


Walaupun penggunaan perisian OSS membawa banyak manfaat namun terdapat juga
beberapa cabaran yang perlu dihadapi.
Kematangan Perisian OSS
Hanya perisian OSS yang mencapai tahap kematangan yang stabil boleh diguna pakai
dan dipercayai. Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak perisian OSS untuk pelbagai
kegunaan yang tersedia. Tetapi hanya segelintir daripada bilangan tersebut yang
mencapai tahap kematangan yang boleh menandingi perisian proprietary yang setara.
Tetapi disebabkan proses pembangunan perisian OSS yang terbuka dan giat, perisianperisian OSS yang terpilih dapat diperbaiki dan dipertingkatkan dengan pantas.
Latihan Penggunaan Perisian OSS
Walaupun kos pemilikan perisian OSS adalah amat rendah jika dibandingkan dengan
perisian proprietary, cabaran yang dihadapi adalah kesediaan sumber latihan yang
kurang. Ini adalah disebabkan perisian OSS pada lazimnya dianggap kurang
mendapat perhatian yang cukup untuk mengekalkan daya maju sesebuah pusat
latihan.
Persepsi Pengguna
Kejayaan sesuatu produk perisian tidak kira OSS atau proprietary dijamin oleh
pengguna yang menggunakan produk tersebut. Sekiranya produk mempunyai
bilangan pengguna yang banyak, maka perseps pengguna terhadap produk tersebut
adalah lebih positif dan lebih berdaya maju.
Pengguna yang kian lama menggunakan perisian proprietary juga akan keberatan
untuk berubah kepada sesuatu produk yang baru. Keengganan untuk berubah
daripada zon keselesaan ini akan mengekang program pelaksanaan perisian OSS.

Kesimpulan
Perisian OSS sebenarnya telah lama wujud seiringan dengan perkembangan dunia
ICT. Meskipun, kewujudan perisian proprietary nampak lebih ketara dan lebih
menyerlah disebabkan nilai komersil yang lebih tinggi dan model perniagaan yang
berbeza. Perkembangan OSS adalah berdasarkan kepada nilai dan konsep yang
berbeza dan tidak seharusnya disamakan dengan model yang digunakan untuk
perisian proprietary.
Konsep OSS adalah mengenai kebebasan dan keterbukaan yang membawa kepada
konsep pemilikan dan pembangunan perisian OSS yang lebih anjal. Perisian OSS
akan sentiasa melalui proses kematangan yang berterusan selaras dengan sifat
keterbukaan dalam pembangunan sesuatu produk OSS.
Beberapa manfaat utama yang ketara telah dinyatakan dalam kertas ini iaitu dari segi
kos dan konsep keterbukaan perisian OSS. Manfaat tersebut adalah penting untuk
membolehkan sesebuah organisasi seperti PANS menilai kesesuaian pelaksanaan
demi memastikan penyampaian perkhidmatan diteruskan dengan lebih kos efektif.
Jelas sekali perisian OSS adalah pilihan yang wajar dari segi kos. Namun, penelitian
yang terperinci perlu dilakukan selaras dengan dasar OSS sektor awam kebangsaan
sebelum sebarang program pelaksanaan OSS bermula.

10

You might also like