You are on page 1of 14

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan
untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara
yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

TAFSIRAN
o

Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran
holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi
kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan
dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan
standard hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang
dapat ditaksir dan dicapai.

Evidens :

Murid

Instrumen

Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND

STANDARD

TAHU

TAHU DAN FAHAM

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

TAFSIRAN BAND
BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN

TAHU

Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas


ataupun memberikan respons kepada perkara yang asas.

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau


menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran


dalam satu-satu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT


DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut


prosedur atau secara sistematik.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT


DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan


mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT


DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai


keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU


Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat:
i.

melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan
hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii.

mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk
memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan
maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;
iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;
v.

melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

B1
Mengetahui perkara yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.

B1 DL1
Berbual tentang isu semasa dengan
ayat yang mudah.

B1 DL1 E1
Berbual tentang isu semasa dengan
ayat yang dapat difahami.

B1 DB1
Membaca perenggan dengan
sebutan dan intonasi yang sesuai.

B1 DB1 E1
Membaca ayat dalam perenggan
daripada sesuatu sumber dengan
sebutan dan intonasi yang sesuai.

B1 DT1
Menulis ayat yang lengkap.

B1 DT1 E1
Menulis ayat-ayat yang mengandungi
subjek dan predikat.

Tahu

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

EVIDENS

BAND

2
Tahu dan
Faham

PERNYATAAN STANDARD

B2
Mengetahui dan memahami
perkara yang didengardituturkan, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B2DL1
Mendengar dan memberikan
respons secara lisan tentang
sesuatu isu.

B2 DL1 E1
Memberikan respons tentang perkara
yang didengar secara spontan.

B2 DB1
Membaca perenggan dan
memahami maksud rangkai kata
mengikut konteks.

B2 DB1 E1
Memberikan maksud rangkai kata yang
sesuai mengikut konteks.

B2 DT1
Menulis pelbagai jenis ayat.

B2 DT1 E1
Mengenal pasti pelbagai jenis ayat.
(Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat seru,
Ayat perintah)
B2 DT1 E2
Menulis pelbagai jenis ayat dengan
betul.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

10

BAND

PERNYATAAN STANDARD

B3
Memahami dan memberikan
respons kepada maklumat yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.

Tahu, faham
dan boleh
buat

DESKRIPTOR

B3DL1
Berbincang tentang sesuatu tajuk
yang telah ditetapkan.

EVIDENS

B3 DL1 E1
Mengemukakan pendapat berdasarkan
tajuk yang diberikan.
B3 DL1 E2
Bersoal jawab tentang sesuatu perkara
berdasarkan tajuk yang diberikan.

B3 DB1
Membaca dan menyatakan maksud
tersurat dan tersirat daripada
sesuatu bahan.

B3 DB1 E1
Menyatakan maksud tersurat yang betul
daripada bahan yang dibaca.
B3 DB1 E2
Menyatakan maksud tersirat yang
sesuai daripada bahan yang dibaca.

B3 DT1
Menulis perenggan yang lengkap.

B3 DT1 E1
Menulis ayat topik yang sesuai.
B3 DT1 E2
Menulis ayat huraian untuk
menghasilkan perenggan yang lengkap.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

11

BAND

4
Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab

PERNYATAAN STANDARD

B4
Membuat penjelasan tentang
maklumat yang didengardituturkan, dibaca dan ditulis.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

DESKRIPTOR

B4 DL1
Berbincang tentang sesuatu perkara
secara beradab.

EVIDENS

B4 DL1 E1
Memberikan pandangan yang rasional
dalam perbincangan.
B4 DL1 E2
Menggunakan kata, ungkapan dan ayat
yang sesuai semasa berbincang.

B4 DB1
Membaca dan memindahkan
maklumat dalam bentuk lain.

B4 DB1 E1
Menukarkan maklumat yang tersurat
daripada pelbagai bahan yang dibaca
kepada bentuk grafik atau sebaliknya
dengan lengkap.

B4 DT1
Menulis perenggan yang koheren
dan kohesi.

B4 DT1 E1
Menghasilkan penulisan yang lengkap
menggunakan penanda wacana yang
sesuai.

12

BAND

PERNYATAAN STANDARD

B5
Memproses maklumat yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.

Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab
terpuji

DESKRIPTOR
B5DL1
Menyatakan pendirian yang jelas
dengan maklumat yang relevan.

EVIDENS
B5 DL1 E1
Mengukuhkan pendapat dengan
memberikan alasan yang munasabah.
B5 DL1 E2
Menggunakan gaya pengucapan yang
bertatasusila dalam perbincangan.

B5 DB1
Membaca dan menghubungkaitkan
maklumat.

B5 DB 1 E1
Menyatakan maklumat yang tersirat
dengan tepat daripada bahan yang
dibaca.
B5 DB 1 E2
Menghubungkaitkan maklumat tersirat
daripada bahan yang dibaca dengan
pelbagai bahan bacaan lain.

B5 DT1
Menghasilkan pelbagai penulisan
kreatif dan bukan kreatif yang
lengkap.

B5 DT1 E1
Menghasilkan karya kreatif yang
lengkap dengan gaya penulisan yang
menarik.
B5 DT1 E2
Menghasilkan karya bukan kreatif yang
lengkap dengan gaya penulisan yang
menarik.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

13

BAND

PERNYATAAN STANDARD

B6
Menilai sesuatu perkara yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.

Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab
mithali.

DESKRIPTOR

EVIDENS

B6DL1
Mempertimbangkan pelbagai
pendapat secara rasional.

B6 DL1 E1
Menilai pelbagai pendapat yang
dikemukakan secara rasional.

B6 DB1
Membaca dan merumuskan
maklumat dengan alasan yang
dapat diterima.

B6 DB1 E1
Merumuskan maklumat daripada
pelbagai bahan yang dibaca.
B6 DB1 E2
Menilai bahan yang dibaca dengan
memberikan alasan yang dapat
diterima.

B6 DT1
Menyunting dan memurnikan
sesebuah karya yang telah
dihasilkan.

B6 DT1 E1
Menyunting kesalahan kata dan ayat
dalam sesebuah karya.
B6 DT1 E2
Memurnikan sesebuah karya sehingga
boleh dijadikan contoh.

DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 2
28 SEPTEMBER 2012

14

You might also like