You are on page 1of 5

SAMBAL SERBA GUNA

BAHAN PERLU GORENG: 2 biji tomato dipotong empat, 1 labu bawang besar dipotong
besar, 3 ulas bawang putih, 6 biji bawang merah, lada merah / hijau mengikut citarasa,
cili padi jika ingin pedas kaw kaw, segenggam ikan bilis.
BAHAN PERASA: Gula melaka, asam jawa yang diperah airnya, belacan, garam, sedikit
lada kisar.
Menggunakan minyak yang sama, goreng BAHAN PERLU GORENG satu-persatu. Mulakan
dengan ikan bilis, tomato, dan lada. Angkat dan ketepikan.
Goreng bawang di akhir sekali kerana minyak akan jadi hitam selepas goreng bawang.
Goreng hingga layu
Tumbuk semua bahan yang telah digoreng. Kalau tak cukup masa, boleh dikisar sahaja
tapi jangan terlalu lumat. Saya dah cuba dua-dua, ternyata yang ditumbuk lebih sodapp
dap dap.
Hasil tumbukan. Hah, tumbukan?
Seterusnya, tumis semua bahan yang telah ditumbuk dengan minyak yng mencukupi
agar kering sekata. Masukkan semua BAHAN PERASA- lada kisar, gula melaka, belacan,
sedikit air asam jawa, dan garam sehingga cukup rasa. Kalau ada lebihan sambal belacan
yang semalam punya, boleh juga dimasukkan sekali. Say No to Ajinomoto dan yang
sewaktu denggannya okay kiki emoticon.
Boleh dapat semangkuk penuh. Boleh buat stok dalam peti.

Makan dengan ikan keli goreng rangup dan nasi panas, pun dah berselera. Selamat
mencuba...

AYAM BOSTIK MAMA

BAHAN TUMIS:
- 3 sudu besar jintan putih ditumbuk sederhana lumat
- 1 sudu besar jintan manis ditumbuk sederhana lumat
- 1 labu bawang putih ditumbuk sederhana lumat
- 1 sudu cili kisar (jika mahu)
**jika mahu guna serbuk jintan pun boleh**
BAHAN UTAMA:
- seekor ayam dipotong-potong
- 1 labu bawang putih ditumbuk & digaul pada ayam
- 4 biji kentang dipotong empat
- 2 biji tomato dipotong kiub
- 1 biji bawang besar holland dipotong kiub
BAHAN PERASA:
- 1 setengah cawan sos tomato
- 1 cawan susu cair
- 2 kiub pati ayam
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- garam dan gula

Mula-mula, perap ayam dengan sedikit garam serta bawang putih yang telah ditumbuk lumat
selama 30 minit. Garam boleh elakkan daging ayam daripada terlekat di dasar kuali apabila
digoreng. Kemudian, goreng ayam separuh masak sahaja sekadar untuk elakkan daging ayam
hancur apabila dimasak dengan kuah nanti.
Ambil sedikit minyak gorengan ayam tadi dan tumis semua BAHAN TUMIS- bawang putih dan jintan
yang telah ditumbuk sehingga keperang-perangan. Jangan lupa tabur sedikit garam untuk elakkan
bawang putih hangit. Jika mahu pedas, boleh masukkan cili kisar.
Masukkan air mengikut sebanyak mana kuah yang anda mahu. Saya masukkan 2 teko air.
Apabila air mendidih, masukkan SEMUA BAHAN PERASA KECUALI LADA HITAM. Tunggu sehingga
mendidih lagi.
Apabila kuah mendidih kembali, rasa dulu kuah. Pastikan secukup rasa. Kemudian, masukkan
kentang.
Apabila kentang hampir lembut, masukkan ayam.
Jika kuah cair, curahkan secawan campuran tepung gandum dan air biasa agar kuah menjadi lebih
pekat.

Bahan terakhir yang perlu dimasukkan sebelum tutup api dapur adalah tomato, bawang holland, &
lada hitam. Masak selama 5 minit dan tutup api. Tujuan masukkan di akhir masakan adalah untuk
kekalkan fresh flavour.
Jangan lupa rasa, tambahlah apa yang patut jika kurang 'kick' hehe. Untuk kuah berbau harum
semerbak, pastikan anda masukkan lada yang dibelah dua ke dalam periuk sebaik sahaja api
ditutup.

DONUT

Campurkan sepeket yis(mauripan), 2sdb gula, 2sdb susu pekat bersama 1 cwn air suam..
biar sampai kembang mcm dlm pic 2 ye
Dlm bkas lain campurkan 4cwn tpg gandum, 2sdb planta@marjerin, 2sdk serbuk penaik &
1sdk garam..
Ramas2 sampai jd mcm serbuk roti.
Lepas 2 masukkan campuran yis td kedlm tepung..just sebatikan je, x payah nk uli2
na..tutup bekas selama 1jam
Lepas 1jam doh akan kembang sekali ganda mcm ni..tumbuk2 utk kuarkan angin.
Bulat2kan doh..saya tekap pakai cawan je
Dh siap tekap semua doh terus goreng je...
Dh siap goreng boleh la gaulkan donut dgn gula

KETIAU LADNA

Bahan-bahan
1) 2 bungkus kuey teow
2) 5 ulas bawang putih - diketuk
3) 1 inci halia - dihiris
4) 4-5 biji cili padi - dihiris
5) 3-4 ekor sotong - potong
6) 16-20 ekor udang
7) 10 biji fishball - dibelah dadu
8) 1 batang fishcake - potong nipis
9) 4 sudu besar sos tiram
10) 6-8 helai daun limau purut
11) 5 biji limau purut (perahan air sahaja)
12) 1 batang lobak
13) Sayuran campur (baby corn, bunga kobis)
14) 1 biji tomato
15) Sawi
16) Segelas air + 2 sudu besar tepung jagung (larutkan)
17) 6-8 cawan air
18) Kicap cair
19) Kicap pekat
20) Minyak
21) Garam
22) Gula
Cara Memasak
(A) Membuat Kuah
1) Tumis bawang putih, halia dan cili padi bersama sedikit minyak.
2) Masukkan air dan sos tiram. Biarkan 5 minit di atas api besar.
3) Masukkan fishball dan fiskcake

4)
5)
6)
7)
8)

Masukkan sayur yang keras dan biarkan untuk 5 minit.


Masukkan sayur yang lembut (sawi, tomato), sotong dan udang. Api sederhana besar.
Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan daun limau purut dan perahan limau.Nak masam lagi tambah limau lagi.
Masukkan campuran air tepung jagung sehingga kepekatan kuah memuaskan hati.

(B) Memasak Kueyteow


1) Gaulkan kueyteow dengan sesudu kicap pekat + 2 sudu kicap cair.
2) Goreng bersama suku cawan minyak untuk 5 minit.
3) Angkat dan hidang bersama kuah.
copy:resepi masakan melayu

You might also like