You are on page 1of 6

Tuesday, October 13, 2009

bola jaring PERGERAKAN PERGERAKAN GERAK KAKI MENUKAR ARAH


PERGERAKAN PERGERAKAN GERAK KAKI
MENUKAR ARAH
Jika pemain bergerak dengan langkah pendek dan lutut dibengkokkan sedikit, dia
boleh menukar arah dengan lebih cepat.Lebih cepat seseorang pemain menukar
arah, lebih sukar untuk pemain lawan mengawalnya.

MEMUTAR
Putaran boleh menjadi cara yang paling berkesan untuk mengelak seseorang
penahan yang cuba menghalang balingan pemain semasa dia mempunyai
bola.Apabila memutar, pastikan bebola kaki yang mendarat terus bearada di
atas tanah.Kaki lain menggerakkan badan dengan tolakkan pendek ke arah yang
diperlukan.

PERATURAN PERATURAN BERKENAAN GERAK KAKI


Peraturan peraturan berkaitan dengan gerak kaki menghadkan pergerakan
seorang pemain semasa dia mempunyai bola.Peraturan peraturannya ialah :
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan mendarat di atas mana mana
satu kaki atau kedua dua kaki dan kemudiannya melakukan pelbagai
pergerakan.
Kaki pertama yang mendarat selepas pemain menangkap bola dipanggil kaki
mendarat.
Jika pemain mendarat di atas kedua dua kaki serentak, ia akan dipanggil kaki
mendarat.

Jika pergerakan kaki pemain melanggar peraturan peraturan gerak kaki,


kesalahan ini dipanggil melangkah langkah atau stepping.

KAKI MENDARAT
Untuk satu balingan tangan kanan, kaki mendarat haruslah dengan kaki kanan
dan sebaliknya.Sebaik sahaja kaki menyentuh tanah diikuti oleh kaki dengan
berat badan diatas kaki mendarat ; kaki kedua hendaklah diletakkan dengan
jarak satu langkah di depan kaki yang mendarat.Kaki ini (kaki kedua) harus
diletakkan untuk menunjukkan arah balingan yang dikehendaki.Jarak diatas
tanah di antara kaki mendarat dengan kaki kedua, dinamakan bes kaki (foot
base).
Jika berat badan terletak dihadapan dan kaki mendarat tidak seluruhnya
menyentuh tanah, akan terdapat kecenderungan untuk mengheret kaki; dan
pemain itu akan didenda kerana melanggar peraturan gerak kaki.Untuk
membetulkan keadaan bes kaki yang luas dan tidak seimbang, kaki kedua boleh
digunakan sebagai brek.Gunakan pergerakan pergerakn menikam ringkas ke
tanah.

Cara kedua untuk membetulkan bes kaki yang luas adalah dengan menggunakan
langkah langkah pendek tolakan untuk membetulkan posisi badan dan
membawa kedua dua kaki lebih dekat.Pergerakan pergerakan dalam
permainan bola jaring ialah :
1. Permulaan
2. Berhenti
3. Menukar arah
Pada masa yang sama, pemain akan bergerak menghala ke:
1. Hadapan
2. Belakang
3. Sisi
4. Pepenjuru
Pemain harus berlatih berbagai bagai corak pergerakan kaki.

AKTIVITI AKTIVITI UNTUK MELATIH GERAK KAKI


Satu larian yang baik memerlukan berat badan berada di atas bebola kaki yang
menyebabkan seluruh badan condong ke hadapan.Aktiviti menggunakan
kepantasan, panjang langkah dan arah ialah :

1. Lari , berhenti
2. Lari dengan pelbagai kederasan
3. Lari, menukar arah.
4. Lari, menukar kederasan dan arah.
5. Lari, lompat dan mendarat di atas satu kaki / dua kaki.
6. Lari, melompat melintasi garisan garisan
Pemain pemain perlu melompat ke pelbagai arah untuk menangkap
bola.Selepas melompat, kemudiannya pemain perlu mendarat dengan cara
terkawal supaya boleh membaling bola dengan tepat.Situasi permainan yang
berbeza- beza memerlukan corak langkah yang berbeza beza.Lima corak
langkah asas ialah :
1. Melonjak daripada satu kakidan mendarat dengan kaki yang sebelah lagi.
2. Melonjak daripada satu kaki dan mendarat dengan kaki yang sama.
3. Melonjak daripada dua belah kaki dan mendarat dengan kedua dua kaki.
4. Melonjak daripada dua belah kaki dan mendarat dengan satu kaki.
5. Melonjak daripada satu kaki dan mendarat dengan dua belah kaki.

AKTIVITI AKTIVITI UNTUK CORAK LANGKAH ASAS


1. Selepas melonjak untuk menangkap bola, pemain perlu :
a) Mendarat di atas satu kaki (kaki kanan)
b) Meletakkan kaki yang sebelah lagi(kaki kiri) ke arah di mana bola akan
dihantar.
c) Membaling bola.
d) Melangkah kaki pertama (kaki kanan) dan meletakkannya semula ke atas
tanah.

2.Selepas melonjak untuk menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat di atas kaki kanan(untuk pemain yang menggunakan tangan kanan)
b) Memutar semasa melangkah.
c) Kaki kiri beberapa kali memusing ke pelbagai arah.
d) Meletakkan berat badan dengan kukuh di atas kaki kiri semasa bola dibaling.

3.Selepas melonjak untuk menangkap bola, pemain perlu:


a) Mendarat di atas sebelah kaki (kaki kanan)
b) Melompat dengan kaki (kaki kanan)
c) Melompat dengan kaki kiri (supaya boleh bergerak dengan jauh lagi)
d) Membaling bola.
Rima pergerakan ialah :
Menangkap.
Melompat (kaki kanan).
Melompat (kaki kiri).
Membaling.

4.Selepas menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat di atas sebelah kaki (kaki kanan).
b) Melangkah dengan kaki yang sebelah lagi (kaki kiri).
c) Melompat denagn kaki (kaki kiri).
d) Membaling bola sebelum kaki mendarat.

5.Selepas menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat di atas dua belah kaki.
b) Melangkah dengan sebelah kaki (kaki kiri).
c) Membaling bola sebelum kaki yang sebelah lagi(kaki kanan).
d) Kaki kanan diletakkan di tanah (mendarat).

6. Selepas menangkap bola,pemain perlu :

a) Mendarat di atas dua belah kaki.


b) Melangkah dengan sebelah kaki (kaki kanan) dan memutar kaki yang
digerakkan oleh kaki kiri.

7. Selepas menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat diatas dua belah kaki serentak.
b) Melompat.
c) Melepaskan bola.
d) Mendarat dengan kedua dua kaki

8. Selepas menangkap bola, pemain perlu :


a) Mendarat diatas dua belah kaki.
b) Melangkah dengan kaki kiri.
c) Membaling atau menjaring.
d) Meletakkan kaki yang sebelah lagi (kaki kanan) di atas tanah.

Kemahiran kemahiran gerak kaki membentuk bahagian yang penting dalam


permainan bola jaring.Pemain pemain yang menggunakan kaki mereka dengan
memuaskan, pasti akan menjadi pemain pemain yang cekap dan baik.
Aksi larian yang kurang baik akan menghadkan pergerakan pergerakan yang
lain kerana ia merupakan pergerakan asas kepada pergerakan pergerakan
tersebut.Kemahiran kemahiran mendarat akan membolehkan pemain pemain
membuat imbangan dan boleh membaling dengan lebih tepat dan kuat.
Gerak kaki yang baik juga membenarkan pemain pemain mengelak dengan
lincah dan melompat lebih tinggi.Jadi apa apa jenis aktiviti gerak kaki
memainkan peranan penting kepada pemain bola jaring.

You might also like