You are on page 1of 9

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

AGENDA
PENGUMUMAN

TEKS
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ahli jawatankuasa
pengelola, para jemputan dan jemputan khas untuk

Akak

mengambil tempat kerana majis akan bermula sebentar sahaja


lagi.
Dan Mohon kerjasama hadirin hadirat sekalian untuk
mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam mod

senyap. Terima kasih.


MENGUMUMKAN Mengumumkan ketibaan :
KETIBAAN VIP

NYANYIAN LAGU

Yang Berbahagia Datuk James Alip Pengarah Pendidikan


Negeri Sabah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu
1 Lagu Negaraku dan
2 Sabah Tanah Airku
Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

SALUTASI

Terima kasih diucapkan..


Bismillah itu permulaan kalam
Dengan nama ALLAH khalikul alam
Berkat Muhammad Sayyid Al anam
Memberi rahmat siang dan malam
Awal Bismillah kalam dimula
Tuhan seru alam semesta
Selawat dan salam diiring bicara
Bismillahirahmanirahim.
Yang Berbahagia,

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Yang Berusaha,
2 En Sadim bin Hj Abdul Ketua Sektor Khidmat
Pengurusan dan Pembangunan.
3 Pn Faridah Timbul Penolong Pengarah Unit Naik
Pangkat.
Yang Berusaha/Yang dihormati
4 Tuan Haji Soje Bin Abd. Hassan, Pegawai Pendidikan
Daerah Beluran.
Yang Dihormati,
5 Pengetua-pengetua, guru besar-guru besar, penolong
kanan-penolong kanan daerah beluran,
6 Penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
bagi tahun 2013.
7 Dif-dif kehormat, tetamu-tetamu jemputan, ahli-ahli
jawatankuasa pengelola, serta hadirin hadirat yang di
hormati sekalian.
ALUAN
PENGACARA
MAJLIS

Assalamualaikum wrth, salam sejahtera dan salam satu


Malaysia..
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan
izin dan limpah kurnianya dapat kita sama sama berkumpul
di Dewan Utama Hotel Sabah Sandakan pada pagi ini bagi

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

menjayakan

Majlis

Penyampaian

Anugerah

Khidmat

Cemerlang 2013 bagi tahun 2014.


Selamat Datang diucapkan..
BACAAN DOA

Tertib acara diteruskan dengan bacaan doa yang akan


dipimpin oleh
1. Al Fadhil Ustaz

Amin..amin Ya rabbal Alamin...terima kasih diucapkan kepada


1. Al Fadhil Ustaz

Atas pimpinan doa sebentar tadi..

PENGENALAN

Tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat yang dikasihi


sekalian,
Untuk makluman hadirin sekalian, anugerah perkhidmatan
cemerlang merupakan penghargaan kerajaan kepada anggota
perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan yang
cemerlang dan bermutu serta penghasilannya melebihi
daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Antara kriteria pemilihan penerima APC ialah anggota


perkhidmatan awam dalam semua kumpulan, gred, dan
kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa
melantik berkenaan, untuk berkhidmat dengan agensi-agensi
awam samaada secara tetap, sementara atau kontrak. Ini
termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syaratsyarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet
1976, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Selain itu, penerima juga telah berkhidmat bagi tempoh genap


setahun pada hari terakhir tahun penilaian dan penerima
berkenaan telah memberi sumbangan kepada organisasi,
perkhidmatan awam, komuniti, daerah negeri, negara dan
peringkat
UCAPAN ALUALUAN PPD

antarabangsa

dengan

memperolehi

markah

sekurang-kurangnya 85% keatas.


Hadirin hadirat sekalian,
Tanpa

melengahkan

masa,

majlis

dengan

sukacitanya

menjemput
Yang Berusaha/Dihormati Tn Hj Soje bin Abd Hassan Pegawai
Pendidikan Daerah Beluran bagi menyampaikan ucapan alualuan...

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.


Terima Kasih diucapkan kepada Tn Hj Soje bin Abd Hassan
atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi..
UCAPAN
PERASMIAN

Tak lengkap keris tanpa sarungnya,


tak lengkap pinang tanpa sirihnya,
tak lengkap angin tanpa semilirnya.
tak lengkap majlis tanpa perasminya
Maka dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
1. Yang Berbahagia Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan
Negeri Sabah

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan


Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2013 bagi
Tahun 2014..
Dengan Segala Hormatnya majlis mempersilakan..
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada
1.
PERSEMBAHAN

Yang Berbahagia Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan

Negeri Sabah atas ucapan perasmian sebentar tadi.


Hadirin Sekalian,
Sebagai halwa telinga dan penyejuk mata, sama-samalah kita
saksikan persembahan

Begitulah tadi persembahan

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

PENYAMPAIAN
ANUGERAH
KHAS SESI 1

Terima Kasih diucapkan.


Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu acara penyampaian
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 bagi tahun 2014.

Majlis dengan ini mempersilakan


_____________________________________________________
____________________________________________________
untuk menjemput dan mengiringi Yang
Jame

Alip

Pengarah

Pendidikan

Berbahagia Datuk

Negeri

Sabah

bagi

menyempurnakan acara penyampaian anugerah.

Berikut diumumkan penerima-penerima anugerah...

Mendahului senarai.. (mengikut lampiran)

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Yang Berbahagia Datuk


Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah atas
penyampaian anugerah sesi pertama sebentar tadi...
PERSEMBAHAN

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Majlis
PENYAMPAIAN
ANUGERAH
KHAS SESI 2

disambung

kembali

dengan

acara

penyampaian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 bagi tahun 2014.

Dengan ini Majlis sekali lagi mempersilakan


_____________________________________________________
untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk
Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah.
Mendahului senarai penerima anugerah.. (ikut lampiran)

Dan kini majlis mempersilakan


_____________________________________________________
_____________________________________________________
untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangkenangan kepada Yg Berbahagia Datuk Jame Alip Pengarah
Pendidikan Negeri Sabah atas kesudian merasmikan dan
menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Bagi
Tahun 2014.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima-penerima


Anugerah Khidmat Cemerlang.

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Hadiran sekalian, Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu 1


Agenda 1 Impian.. hadirin diminta bersedia.
Terima kasih diucapkan..

Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi maka kita


telah sampai ke penghujung majlis. Sebelum kita bersurai,
mohon tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian
untuk terus berada di dalam dewan ini bagi sesi fotografi.

Seterusnya dijemput yang Berbahagia Datuk, dif-dif kehormat


dan hadirin sekalian untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan selepas sesi fotografi ini.

Dikesempatan

ini,

kami

mewakili

pihak

majlis

dan

jawatankuasa pengelola ingin memohon maaf sekiranya


terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini
dijalankan.
Bintang Barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Kalau tidak melarat panjang
Dapat kita bersua lagi

TEKS MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Sekian, daripada saya Mohd Riezman Ramli dan saya Aniqah


Shuhadah Muhammad Fahimuddin.

Wassalam.......

You might also like