You are on page 1of 10

( 23 Syaaban 1425H )

( 8 Oktober 2004 )

(Ayat 185 Surah al Baqarah)




.
! ,

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah !
Marilah kita sama-sama pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus
mempertingkatkan ke an dan kepatuhan kepada titah perintah Allah Suruhan dan
TegahanNya. Dan marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita telahpun
mendapat Hidayah Allah, kita berada di dalam barisan orang-orang yang berIman yang
menerima Allah, Islam dan kita berdoa semoga kita dikekalkan Allah s.w.t terus
berada di dalam HidayahNya serta di atas Jalan Islam : Jalan Allah sehingga kita
dikembalikan kepada Allah dalam keadaan berIman, berTaqwa dan berUbudiyah kepada
Allah serta mendapat keredhaanNya.
Tuan-tuan Hadirin Sekalian !
Kira-kira beberapa minggu lagi ,

jika kita dipanjangkan umur, kita akan

bertemu bulan Ramadhan , bulan yang agung dan penuh berkah. Anugerah Allah
kepada bulan Ramadhan itu melebihi daripada bulan-bulan yang lain. Bulan yang
sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang benar-benar berIman dengan penuh

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

- musim bunga bagi orangkerinduan. Bulan yang disifatkan sebagai


orang yang soleh. Rasulullah s.a.w semasa hayatnya dahulu sangat mengambil berat
memperingatkan sahabat-sahabat dan orang-orang yang berIman dalam generasi awal
Islam dahulu tentang kebesaran dan kelebihan bulan Ramadhan dan mengajak mereka
semua menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan sebaik-baik sambutan (

). Dengan memperbanyakkan amalan ketaatan kepada Allah s.w.t serta


melipatgandakan amalan soleh. Sentiasa di dalam zikir Allah, doa dan munajat kepada
Allah dan melaksanakan apa jua perkara yang disyarakkan bagi mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t. Fadhilah as Syeikh Hasan Ayyub di dalam kitabnya

telah menukilkan satu hadis Rasulullah s.a.w bagi menggambarkan


keagungan dan kelebihan bulan Ramadhan :


: ) (

:
)(


!












: ()
Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

Maksudnya: Daripada Salman al Farisi katanya: Rasulullah s.a.w telah


memberi khutbahnya kepada kami di hari akhir daripada bulan Syaaban dengan
Sabdanya, Wahai orang ramai (orang-orang Mukmin), telah menaungi kamu
(menjulang atas kamu) suatu bulan yang agung, lagi penuh keberkatan, bulan yang
terdapat di dalamnya satu malam yang fadhilatnya melebihi seribu bulan, bulan yang
Allah s.w.t jadikan (tentukan) ibadah Puasa di dalamnya adalah wajib (fardhu) dan qiam
( sunnat). Sesiapa yang
( )di malam hari
Ramadhan adalah
mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melaksanakan satu kebaikan (amalan) sunnat
di dalam Ramadhan, maka (fadhilatnya) sama dengan orang yang melakukan satu
amalan wajib pada bulan-bulan yang lain. Dan sesiapa yang melaksanakan satu
amalan wajib (fardhu) di dalam Ramadhan maka (fadhilatnya) sama dengan orang yang
melakukan tujuh puluh amalan wajib pada bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan
juga adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu pahalanya (balasan kepada orang yang
sabar) adalah Syurga ( ) . Ramadhan juga adalah bulan simpati dan tolong
menolong (bantu membantu) juga bulan yang ditambah rezeki kepada orang Mukmin
(rezeki kurniaan Allah s.w.t). Dan sesiapa yang ikhlas memberi makanan kepada orang
yang berpuasa untuk berbuka puasa ( ) maka (dengan amalan itu) ia mendapat
keampunan Allah (menghapuskan) dosa-dosanya dan ia mendapat kebebasan daripada
azab Api Neraka serta ia mendapat ganjaran pahala yang sama dengan orang yang

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

berpuasa tanpa kurang sedikitpun. Para sahabat berkata kepada Rasulullah s.a.w : Ya
Rasulullah !, bukan semua dikalangan kami ini mempunyai makanan untuk diberi
kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa. Maka Rasulullah s.a.w menjawab
(dengan memberi penjelasan) bahawa Allah sw.t akan memberi pahala yang sama
kepada sesiapa yang memberi kepada orang-orang yang berpuasa untuk berbuka puasa
walaupun sebiji buah tamar atau seteguk air atau seteguk susu ( ) . Bulan
Ramadhan di awalnya adalah Rahmat, di tengahnya adalah keampunan Allah dan di
akhirnya kebebasan daripada azab Api Neraka. Sesiapa yang memberi keringanan
kepada nya (sekarang ini : khadam atau pembantu rumahnya) di dalam
bulan Ramadhan, maka Allah s.w.t mengampunkan dosanya dan membebaskannya
daripada azab Api Neraka. Maka hendaklah kamu perbanyakkan (ulang-ulangkan)
empat perkara (amalan) di dalam bulan Ramadhan. Iaitu dua perkara (amalan) yang
membawa kamu mendapat keredhaan Allah dan dua perkara (amalan) lagi kamu pasti
(tidak dapat tidak) berhajat kepadanya. Adapun dua perkara (amalan) yang membawa
kamu mendapat keredhaan Allah ialah Syahadat ( ) dan kamu pohon
keampunan Allah s.a.w (banyak ) manakala dua perkara (amalan) yang kamu
pasti (tidak dapat tidak) berhajat kepadanya iaitu kamu berdoa kepada Allah memohon
SyurgaNya dan meminta perlindungan kepada Allah daripada azab Api Neraka.
Seterusnya sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa untuk berbuka
puasa, nescaya Allah akan memberinya seteguk minuman di Akhirat nanti daripada air
kolamKu ( )dan ia tidak akan rasa dahaga sehingga ia (diizinkan) masuk ke
Syurga ( ) .
(Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya dan menyatakan hadis itu
sahih. Juga diriwayatkan melalui jalannya oleh al Baihaqi. )
Menurut Dr Muhammad Abduh Yamani di dalam kitabnya
menjelaskan bahawa hadis tersebut adalah dalil yang besar dan kuat menunjukkan
bahawa bulan Ramadhan mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan yang
dikurniakan Allah s.w.t dan tiada bandingannya dengan bulan-bulan yang lain.
Allamah Abul Hasan Ali al Husni an Nadavi di dalam kitabnya
menjelaskan bahawa Allah s.w.t menentukan puasa fardhu di dalam bulan Ramadhan dan
menjadikan puasa dan Ramadhan itu bergandingan adalah merupakan pertemuan dan
paduan dua kebahagiaan di dalam ( perundangan) Islam kerana di
dalam bulan Ramadhan al Quran diturunkan berdasarkan ayat 185 Surah al Baqarah:

Maka antara ibadah ( puasa) dengan al Quran terdapat pertalian (hubungan) yang
kukuh dan teguh kerana itulah Rasulullah s.a.w memperbanyakkan bacaan al Quran di
dalam bulan Ramadhan seperti yang pernah diceritakan oleh Ibn Abbas r.a bahawa

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh Malaikat Jibril setiap malam di dalam bulan
Ramadhan dan Jibril dengan Nabi Muhammad s.a.w bertadarus al Quran. Menurut Dr
Muhammad Abduh Yamani dalam kitabnya ( )Maksud
Nabi Muhammad s.a.w bertadarus al Quran bersama Jibril a.s iaitu : Jibril membaca
Rasulullah s.a.w mendengar kemudian Rasulullah s.a.w membaca Jibril mendengar
(secara bergilir-gilir) bagi mempastikan betul ayat yang dibaca dan dihafaznya dengan
penuh teliti agar tidak dilupainya sekalipun Allah s.w.t telah memberi jaminan menjaga
bacaan dan hafazan Rasulullah s.a.w agar tidak lupa berdasarkan ayat 6 Sural al Aala :

Dan tadarus al Quran itu adalah satu daripada cara yang ditunjukkan Allah s.w.t agar al
Quran terpelihara (dipelihara oleh Allah s.w.t) berdasarkan ayat 9 Surah al Hijr :

Maksudnya: Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan al Quran ( ) dan


Kamilah (Allah) yang menjaganya (memeliharanya).
Rasulullah s.a.w (semasa hayatnya) sentiasa menggesa umatnya (orang-orang Mukmin)
agar banyak membaca al Quran bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan, bahkan di
bulan-bulan lain daripada Ramadhan dan diberi motivasi dengan jaminan akan mendapat
syafaat al Quran pada Hari Akhirat berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim daripada Abi
Umamah al Bahili r.a :










Maksudnya: Hendaklah anda semua membaca al Quran. Maka sesungguhnya al
Quran datang pada hari Qiamat nanti memberi Syafaat (dengan izin Allah) kepada tuantuannya (pembacanya).

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

Ayat 29 Surah Fathir.

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

Sidang Jumaat Yang DiRahmati Allah !.


Marilah kita terus pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan terus
kepada titah perintah Allah, Suruhan dan LaranganNya.

dan patuh

Seharusnya umat Islam seluruhnya menyedari bahawa Ramadhan datang dengan risalah
besar. Allah s.w.t telah mengistisyarkan bahawa bulan itu (Bulan Ramadhan) bulan
diturunkan al Quran:

Surah al Baqarah ayat 185.


Al Quran disifatkan sebagai kitab - mengajak kepada Iman, mengajak kepada

, juga disebut kitab - membawa pertunjuk ke Jalan Allah dan disifatkan


juga sebagai kitab - membimbing manusia ke jalan yang lurus dan
benar dalam semua aspek kehidupan. Jalan yang selamat dari dunia hingga ke akhirat.
Telahpun terbukti di dalam sirah bahawa al Quran itu dihayati sepenuhnya di dalam
kehidupan oleh suatu generasi yang dipimpin dan dibimbing oleh Rasulullah s.a.w
sehingga dikenali dengan nama generasi al Quran. Generasi dan umat tersebut dibina
dan dibangunkan serta dimajukan berdasarkan ajaran al Quran dan Sunnah Rasulullah
s.a.w yang seharusnya, bahkan sewajarnya menjadi ikutan semua generasi terus menerus
sepanjang zaman sehinggalah alam ini dimusnahkan dan di qiamatkan Allah s.w.t.
Tuan-tuan Sidang Jumaat Hadirin Sekalian !
Ramadhan juga membawa Risalah Tarbiyah (didikan asuhan). Dan Ramadhan
disifatkan sebagai Madrasah, yakni tempat, masa dan suasana serta amalan didikan yang
ditentukan Allah s.w.t.
Didikan Ramadhan melahirkan jiwa-jiwa Mukmin yang
bertaqwa seperti yang dikehendaki Allah di dalam ayat al Quran 183 Surah al Baqarah:

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

Menurut ahli-ahli tafsir muktabar, difahami daripada ayat tersebut bahawa matlamat
daripada difardhukan ibadah puasa bagi menyediakan hati yang bertaqwa, suci,
(kepekaan (sensitif) terhadap ajaran Islam) dan takut kepada Allah s.w.t. Menurut
Fadhilat as Syeikh Taha Abdullah al Afifi dalam kitabnya telah
menghuraikan taqwa bersifat takut dan rasa hebat (gerun) terhadap Allah. Taat dan
beribadah kepada Allah dan membersihkan diri serta mengawalnya daripada dosa.
Sidang Jumaat Sekalian !.
Apabila dihubungkan al Quran dengan at Taqwa maka jelaslah bahawa hati yang
bertaqwa sahaja yang akan menerima ajaran al Quran. Hal ini didasarkan kepada ayat al
Quran ayat 2 Surah al Baqarah:

Dalam tafsir fi zilal al Quran dijelaskan :



....


Maksudnya: Sesiapa yang ingin untuk mendapat pertunjuk (Hidayah) daripada al
Quran maka mestilah ia datang kepada al Quran dengan hati yang takut dan bertaqwa
serta sentiasa waspada agar tidak terjebak dalam kesesatan atau digoda oleh kesesatan.
Ketika itu barulah al Quran membuka segala rahsianya (Rahsia al Quran) dan
memancarkan cahayanya memenuhi semua sudut hati orang yang datang menemui al
Quran dalam situasi bertaqwa, takut kepada Allah dan sensitif dengan Islam serta
bersedia pula untuk menerima dan menghayatinya.
Dr Muhammad al Bahi dalam kitabnya menjelaskan bahawa
kekuatan manusia bukan semata-mata terletak pada kekuatan anggota-anggota zahir
tubuhbadannya, tetapi kekuatan sebenarnya terletak pada kekuatan azamnya, kekuatan

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

ruhnya dan kekuatan Imannya yang mampu menghadapi dan mengatasi


berbagai kejadian dan masalah hidup tanpa lemah semangat dan tidak berputus asa.
Seharusnya disedari bahawa kekuatan Iman dan Taqwa itu bukan sekadar untuk kepuasan
dan kelazatan diri sendiri, bahkah orang Mukmin yang memiliki kekuatan Iman dan
Taqwa itu sedia mewakafkan hidupnya untuk Khidmat Islam, mengajak masyarakat
kembali kepada dengan penuh keImanan dan kesabaran. Menepati tuntutan Allah
s.w.t di dalam Surah al Asr:

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

10

Khutbah Jumaat MATRI 8 Oktober 2004

You might also like