You are on page 1of 6

INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM

YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata
penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan
pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya
hidup sihat.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan
dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup
sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:i. Kesihatan Diri dan Keluarga
ii. Gaya Hidup Sihat
iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.
Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang
dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan
Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai
budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan
cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang
dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )
2. DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN
Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses
membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam
kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan
komuniti.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau
keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari
segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau
tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek
negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif
(kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).
Perkataan kesihatan dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk
perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada

kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah


integriti, sihat atau kesejahteraan.
Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan
holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi
tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti berikut :
i Kesihatan

fizikal.

ii Kesihatan mental
iii Kesihatan emosi
iv Kesihatan

sosial

v Kesihatan

rohaniah

vi Kesihatan

seksual

Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang
mempengaruhi individu iaitu :
i. Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat
distruktur, disusun dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan
infrastruktur asas untuk kesihatan
ii. Kesihatan persekitaran bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai
tinggal dan ini termasuklah perkara-perkara seperti perumahan,
pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air bersih, serta pencemaran.
3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat. ( wikipedia.org)
Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid boleh mencapai
perkara-perkara seperti berikut :
i. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan
persekitaran.
ii. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
berkaitan dengan kesihatan.
iii. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman.
iv. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian

v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara


keseluruhan.
( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )
4. BUDAYA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Budaya pembelajaran Pendidikan Kersihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan
murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat
serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran
Tiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan
Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan. Tumpuan
pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan,
perkahwinan dan keibubapaan
Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep tunjang ini adalah
pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko
secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada
penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan,
penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah.
Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep tunjang
ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan
cemas.
Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan
adalah menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan
pembelajaran adalaha melalui aktiviti Murid diberi peluang mempelajari
pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran denganmelakukan
aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan
emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat
dalam suasana yang membina.
Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah
membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,
menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan
mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak
dan menyelesaikan masalah.
Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan
matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan,keselamatan, tanggungjawab,
keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.

5. INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH


DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang
berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah
mengadakan pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan samada
secara lansung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui
pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal
Murid, begitu juga dalam program-program Kokurikulum.
Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia
menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar
atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelabagai budaya atau cara hidup yang
berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang
ditafsir oleh ibubapa di rumah akan pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan
pemakanan sihat yuang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali
dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di
sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid
yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan
kesihatan.
6. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN YANG HENDAK DIPUPUK DI
SEKOLAH
Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan
kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana
persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik untuk
Objektifnya pula adalah untuk :
i. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.
ii. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.
iii. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.
iv. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.
7. AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan
kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan
satu budaya, antaranya :I. Kempen anti denggi

II. Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
III. Mengadakan hari kesihatan
IV. Program anti rokok dan dadah
V. Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah
VI. Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan
VII. Tandas bersih
VIII. Kantin bersih & selamat
IX. Pertandingan kelas terbersih
X. Pameran kesihatan
XI. Melukis poster
XII. Kempen kebersihan
XIII. Kitar semula
XIV. Melukis mural
8. RUMUSAN
Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu
akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara
amnya.Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mwujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada
murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru,
staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah
pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.
Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalam menerapkan
kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komniti sekitar. Programprogram yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak
kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.
Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan
komuniti dan ibubapa yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh
membantu pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar
samada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah
untuk menjadikannya satu budaya.

Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran Pendidikan


Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi
pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.

You might also like