Professional Documents
Culture Documents
Tajuk 10 - Kanak-Kanak Berkeperluan Khas PDF
Tajuk 10 - Kanak-Kanak Berkeperluan Khas PDF
Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
Pengenalan
Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan
kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara
biasa.
Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak
berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.
Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat
murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang
menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran.
Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang
lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah,
kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal
perasaan atau menjalani kegitan fizikal.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pendidikan Inklusif
Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak berkeperluan khas
ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk kanakkanak biasa.
Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu
yang lain namun mereka akan mengikut kurikulum seperti
kanak-kanak lain.
Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan
guru pendididkan khas.
Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak
berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak
lain.
Cerebral palsy
Epilepsi
Kecacatan Fizikal
Kesukaran bergerak kerana tidak dapat
mengkoordinasi badan. Ia disebabkan oleh
neurologi motor yang tidak dapat berfungsi
dengan baik kerana kecederaan di bahagian
otak. Kecederaan ini mungkin berlaku
sebelum, semasa atau selepas kelahiran.
Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan
mempunyai kecacatan lain seperti masalah
penglihatan, pertuturan atau terencat akal.
Kecacatan Fizikal
Spina bifida
Muscular
dystrophy
Kecacatan Fizikal
Limb deficiencies
Asthma
Kecacatan Fizikal
Diabetes
Leukemia
Masalah Penglihatan
Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah
penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat
diperbetulkan dan menganggu pembelajaran.
Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan
mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta.
Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan
kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan
penggunaan lensa.
Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat
sahaja.
Masalah Pendengaran
Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan
pekak.
Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan
membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima
pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan.
Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer
dalam unit decibel.
Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan
keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel.
Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap
kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
Masalah Pertuturan
Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi.
Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ
individu tersebut berada pada tahap normal.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering
ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak
berminat.
Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar
memberi tumpuan dan mudah lupa.
Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti
kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan
sering disalahtafsir.
Masalah Pembelajaran
Ciri-ciri
Akademik
Membaca
Banyak kesilapan semasa membaca
dengan kuat, kerap mengulang atau
berhenti.
Menterbalikkan perkataan misalnya b dan
d, 21 dan 12 atau on dan no.
Sebutan yang tidak betul atau
menggunakan perkataan yang salah
yang bunyinya sama.
Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin
mempunyai perbendaharaan kata yang
terhad.
Kesukaran dalam mengenalpasti idea
utama dari bahan bacaan, mengingati
fakta asas dan peristiwa dalam aturan
yang betul serta membuat kesimpulan
dan analisis bahan yang telah dibaca.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah Pembelajaran
Ciri-ciri
Akademik
Menulis
Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang
pensil yang janggal.
Ejaan
Kesukaran menjelaskan idea melalui
penulisan.
Tidak dapat memikirkan perkataan yang
sesuai dalam penulisan.
Mengira
Keliru dengan simbol Matematik dan salah
baca nombor.
Kesukaran mengingati fakta Matematik
Kesukaran dalam kiraan
Menukar aturan nombor
Disleksia
Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa,
membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca
dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta
mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama.
Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap
buku.
Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada
beberapa anggota keluarga yang sama.
Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih
kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak
perempuan ( Stoppard, 1997.)
Time-out
Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk
satu masa tertentu.
Diharapkan masa persendirian memberi peluang
kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
Tidak Peduli:
Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang
menunjukkan tingah laku yang tidak diingini.
Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru
menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang
sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan
sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya
mengelak perkara yang murid tidak minat.
Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan
sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu
penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak
seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem
persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal
emosi serta kemahiran mengurus diri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanakkanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan
kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang
lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan
tugasan mereka.
Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh
ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu
salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.
Terencat Akal
Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR)
mendefinisikan terencat akal sebagai satu
ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti
komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial
yang amat terhad.
Simdrom Down
Sindrom Down berpunca daripada masalah yang
disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom.
Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan
dalam pasangan kromosom yang ke-21.
Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran.
Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat
akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan
motor yang lambat.
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang
rendah antara 30 hingga 80.
Autisme
Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang
terlalu sukar untuk dipulihkan.
Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi
kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air
muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan.
Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak
suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi
dalam apa-apa situasi.
Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada
berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.
Pintar Cerdas
Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan
sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah
untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada
dalam diri mereka.
Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:
Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika
dibandingkan dengan rakan sebaya.
Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding
dengan rakan sebaya.
Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.
Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.
Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas.
Kebolehan untuk memimpin.
Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kesimpulan
Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas
ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu
kanak-kanak ini.
Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua
kanak-kanak.
Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa
amat penting.
Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk
berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut.
Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak
hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha
membantu kanak-kanak ini.
Rujukan
Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan
Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanakkanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi
Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur.
Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS
PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD.
www.scribd.com