You are on page 1of 3

1

ULASAN ARTIKEL
Tajuk: Tahap Kesediaan Dan Keyakinan Pelajar Terhadap Penggunaan Ujian Adaptif
Dalam Mempelajari Konsep Pengaturcaraan Komputer
Ditulis Oleh: Norah Binti Md Noor
Noor Azean Binti Atan
1.0 Pendahuluan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), merupakan fenomena baru dalam dunia
pendidikan. PBK berkembang seiring dengan inovasi dan evolusi teknologi maklumat
global. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan,
merupakan satu keperluan yang perlu diutamakan. Perkembangan bidang TMK,
membuka satu lembaran baru yang menyaksikan persaingan sengit dalam segala
bidang industri.
Dunia sekarang lebih terarah kepada globalisasi yang juga dikenalai sebagai
dunia tanpa sempadan. Segala maklumat boleh diperolehi dengan mudah melalui
penggunaan TMK kerana kita boleh mendapatkan sesuatu informasi dengan mudah dan
pantas. Bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada bahang kecanggihan TMK.
Proses pengajaran dan pembelajaran semakin mudah serta lebih menarik dengan
penggunaan TMK di dalam bilik darjah. Ini menjadi punca kepada wujudnya PBK dalam
bidang pendidikan.
Penggunaan PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah memberikan impak yang positif dari pelbagai segi terutama kepada murid
mahupun pelajar. Selain itu, PBK juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
di alam bilik darjah lebih berkesan dan efisyen. Sebelum menadaptasi sesuatu teknologi
baru, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah menilai sejauh mana tahap
kesediaan guru dan pelajar untuk menerima pengaruh PBK semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengetahui situasi ini.

2
Artikel ini merupakan salah satu kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti tahap
kesediaan dan keyakinan pelajar terhadap penggunaan sistem pengujian adaptif
berbantukan komputer.
2.0 Isu
Penawaran kursus pengaturcaraan komputer di institut pengajian tinggi (IPT) adalah
seiring dengan perkembangan teknologi dunia. Pengaturcaraan adalah merupakan
elemen utama untuk menghasilkan bahan-bahan PBK. Justeru itu, kebanyakan IPT
tempatan mahupun luar negara menawarkan kursus pengaturcaraan. Di Malaysia,
kebanyakan pelajar merungut dan menyatakan kesukaran mereka untuk belajar
pengaturcaraan. Seperti mana yang kita ketahui, kebanyakan kajian yang dijalankan
dalam kalangan pelajar menunjukkan majoriti mengatakan subjek pengaturcaraan
komputer merupakan matapelajaran yang sukar untuk dikuasi (Kim & Lerch, 1997,
Rohiza Ahmad et al., 2003 & Wiedenbeck S., 1999). Jadi kajian ini dijalankan adalah
untuk membangunkan satu sistem serta perisian PBK untuk kursus pengenalan kepada
bahasa pengaturcaraan.

3.0 Objektif Kajian


Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah menetapkan tiga objektif utama dan secara
dasarnya kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian PBK yang sesuai dengan
tahap kesediaan pelajar dan sekali gus boleh mengenalpasti tahap keyakinan pelajar
terhadap

penggunaan

sistem

pengujian

adaptif

berbantukan

komputer

dalam

pembelajaran. Perisian sistem komputer yang dibangunkan ini adalah untuk tujuan latih
tubi bagi pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan, UTM sahaja.
Jadi perisian atau pun PBK yang dihasilkan ini hanyalah sekadar kegunaan dalaman
sahaja dan kurang sesuai diadaptasi di IPT lain, ini kerana penghasilan PBK ini adalah
berdasarkan kepada sukatan pelajaran bagi Bahasa Pengaturcaraan I (SPM2102) iaitu

3
bagi topik asas pengaturcaraan C++, pengendali atau operator asas, struktur kawalan
dalam konteks C++, elemen atau fungsi aturcara bermodul.

4.0 Rekabentuk Kajian


Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal-selidik sebagai
instrumen. Secara umumnya, kajian ini terbahagi kepada lima fasa yang merujuk
kepada fasa yang terdapat dalam model rekabentuk pembangunan ADDIE iaitu Analysis
(Analisis),

Design

(Rekabentuk),

Development

(Pembangunan),

Implementation

(Pelaksanaan) dan Evaluation (Penilaian).

5.0 Dapatan Kajian


Data daripada kajian ini adalah berdasarkan kepada dua pembolehubah kajian iaitu
tahap keyakinan dan tahap kesediaan pelajar untuk menggunakan sistem pengujian
adaptif berkomputer dalam pembelajaran sebenar yang dianalisis dengan menggunakan
SPSS. Berdasarkan dapatan kajian ini jelas dapat diperhatikan bahawa pelajar yang
telah menggunakan sistem pembelajaran adaptif latihtubi menunjukkan tahap keyakinan
dan kesediaan yang tinggi untuk menggunakan sistem pengujian adaptif berkomputer
dalam pembelajaran sebenar.

6.0 Kesimpulan
Penggunaan PBK dalam pembelajaran di dalam bilik darjah dapat memberikan impak
yang baik. Ini kerana tumpuan dan minat murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah semakin meningkat serta menjadikan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, latih tubi yang ditaksir secara automatik
atau menggunakan pengujian secara adaptif dapat meningkatkan daya kognitif serta
pelajar sendiri dapat mengetahui keupayaan individu diri

You might also like