You are on page 1of 3

REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )

TARIKH : 7 OGOS 2014 ( AHAD )

1.0 ISU/ PERKARA YANG DIFOKUSKAN


Pada 7 Ogos 2014, kami telah membuat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di
Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar selama lima hari di sekolah tersebut. Sebelum
melaksanakan PBS tersebut pada hari pertama, kami telah membuat perbincangan
dengan ahli-ahli kumpulan dengan membuat senarai semak yang perlu dibuat ketika
datang ke sekolah berkenaan.
Hari pertama menghadiri sekolah berkenaan, saya dan kawan-kawan telah melapor
diri dengan Guru Besar iaitu Pn Tamilah @ Jamilah Binti Ismail. Bilangan guru yang
berkhidmat di sekolah tesebut adalah seramai 31 orang yang terdiri 8 orang guru lelaki
dan 13 orang guru perempuan, manakala bilangan bukan guru pula adalah seramai 5
orang sahaja. Kami juga dimaklumkan bahawa jumlah pelajar di sekolah berkenaan
adalah seramai 394 orang. Dimana jumlah pelajar lelaki bagi sekolah tersebut adalah
seramai 291 orang dan pelajar perempuan adalah seramai 193 orang. Waktu
pembelajaran di sekolah berkenaan bermula pada pukul 7.30 pagi dan waktu balik
adalah pada pukul 1.00 petang bagi pelajar tahap 1 manakala bagi pelajar tahap 2 pula
akan menamatkan sesi pembelajaran pada pukul 1.30 petang.
Seterusnya, Pn. Tamilah @ Jamilah Binti Ismail meminta kami berjumpa dengan
Penolong Kanan 1 Pn. Hajah Rosnah Binti Jupri untuk mendapatkan bahan-bahan
yang diberkaitan bagi memudahkan tugasan kami berkaitan dengan sekolah tersebut
seperti takwim sekolah, peta dan lokasi sekolah, pelan sekolah, takwim sekolah,
senarai maklumat guru mengikut bidang atau ikhtisas dan carta organisasi sekolah.
Semua maklumat yang diberikan oleh beliau adalah penting bagi memudahkan kami
membuat tugasan yang diberikan disamping dapat mengenali sekolah tersebut dengan
lebih terperinci lagi.

Setelah selesai menerima penerangan daripada Guru Penolong Kanan 1, kami


di bawa oleh beliau untuk sesi perkenalan bersama dengan staf dan semua guru di
sekolah berkenaan. Selain itu, kami juga telah diberikan seorang mentor bagi
membimbing kami sepanjang program pengalaman berasaskan sekolah yang kami
jalankan iaitu Pn Hanita Binti Jambari dan Puan Che Norisma Binti Ismail.

2.0 ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUSKAN


2.1 KEKUATAN
Hasil interaksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah kami dapati bahawa
ianya telah memenuhi elemen-elemen Falsafah Pendidikan Guru. Salah satu elemen
tersebut ialah berpekerti mulia dimana ia merujuk kepada sahsiah guru yang baik,
berbudi bahasa, bersopan santun, berdisplin, bermoral dan sebagainya. Seterusnya,
hasil berinteraksi dengan guru dan kakitangan sekolah juga memudahkan kami
mendapatkan maklumat mengenai iklim dan budaya sekolah tersebut.

2.2 KELEMAHAN
Hasil pemerhatian yang telah kami buat pada hari pertama di sekolah tersebut,
kami mendapati bahawa bilik guru yang terpisah mengikut kriteria menyebabkan
tiadanya koloboratif di antara guru. Keadaan ini menyukarkan guru-guru untuk saling
berinteraksi di antara satu sama lain dan menyebabkan hubungan dikalangan guruguru di sekolah berkenaan semakin renggang.

3.0 CADANGAN
Hasil daripada penelitian yang telah kami buat, saya berpendapat bahawa sekiranya
bilik guru yang disediakan berasingan antara guru tahap satu dan guru tahap dua,
secara tidak langsung akan menyebabkan interaksi dan perhubungan mereka akan
terbatas. Oleh itu, saya bercadang supaya pihak sekolah dapat menggabungkan

kesemua guru dalam satu bilik agar supaya tidak akan berlaku perbezaan jurang antara
mereka serta pergaulan mereka juga akan menjadi semakin mesra.

You might also like