You are on page 1of 26

TAJUK 4:

ILMU DARI PELBAGAI


SUMBER MAKLUMAT

NordinTahir
IPG Kampus Ipoh

MENCARI ILMU DARI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT

TELEVISYEN, VIDEO
INTERNET

GURU,
WAKIL RAKYAT,
PENGUATKUASA,
AHLI PERNIAGAAN,
PAKAR MOTIVASI

MEDIA
ELEKTRONIK

MEDIA
BERCETAK

SUMBER
MANUSIA
BERAUTORITI

SUMBER
MEDIA 3
DIMENSI

SUMBER
PERSEKITARAN
BUNYI,
WARNA,
CAHAYA,
TENAGA

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

JURNAL , BAHAN
GRAFIK, MAJALAH

BAHAN REALIA,
DIORAMA, MOBIL,
BONEKA, TOPENG,
AKUARIUM, TERRARIUM

1. Sumber Media Elektronik


Terdapat pelbagai jenis sumber media yang dapat kita
gunakan untuk memperolehi maklumat dan ilmu. Antaranya
adalah sumber dari media elektronik.
Media ini sangat berguna untuk memahami konsep yang
kompleks dan sukar difahami melalui lisan.
Terdapat dua jenis media elektronik iaitu audio visual dan
komputer.
Audio visual termasuk radio, televisyen dan video
manakala komputer pula merangkumi internet, emel,
perpustakaan maya, multimedia, pendidikan jarak jauh dan
sebagainya.

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

1.1

Televisyen

Televisyen merupakan suatu medium yang berkesan


dalam penyebaran maklumat dan ilmu.
Ia merangkumi pelbagai aspek seperti aspek ekonomi,
sosial, pendidikan, hiburan dan hal-ehwal kehidupan lain.
Rancangan pendidikan yang disiarkan melalui televisyen
sangat berguna dalam proses pembelajaran dengan
penggunaan pelbagai kesan bunyi dan grafik yang
mengujakan.
Rancangan pendidikan yang disiarkan di televisyen
kebiasaannya menggunakan sukatan pelajaran tertentu
yang
disediakan
oleh
Nordin
Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh. Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.2

Video

Perakam video merupakan teknologi yang mudah dan


senang didapat pada harga yang berpatutan. Penggunaan
kemudahan ini amat pesat dan boleh dikatakan seluruh
rumah dan sekolah mempunyai kemudahan ini.
Penggunaannya sangat praktikal dan boleh digunakan di
dalam semua situasi tanpa menggunakan bilik gelap.
Antara alat yang diperlukan untuk menggunakan perakam
video ialah pita rakaman dan monitor televisyen serta kabel
penyambung yang sudah disediakan oleh pembekal.
Video dapat menayangkan gambar seperti televisyen,
dapat merangsang pemikiran, dapat menarik minat dan
dapat
membantu individu dalam pembelajaran seharian.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

1.3

Komputer

Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh


menerima kemasukan data dan memprosesnya mengikut
satu set arahan, menyimpan arahan dan maklumat yang
diproses dan mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai
output seperti fakta, nombor, huruf dan imej yang dikenali
sebagai data.
Arahan yang digunakan untuk menjalankan proses
dinamakan perisian atau software.
6

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

1.4

Internet

Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar dan


menghubungkan dari rumah, sekolah, universiti, pejabat dan pelbagai
organisasi.
Tekonologi ini dapat menghubungkan antara individu dan kelompok
manusia dengan individu dan kelompok manusia yang lain di seluruh
dunia.
Suasana pembelajaran seperti ini dapat membantu individu untuk
menguasai kemahiran-kemahiran kognitif yang diperlukan.
Internet dilihat sebagai alat untuk mengakses maklumat sendiri,
mengikut kebolehan sendiri dan pada kadar yang kendiri.
Internet telah merevolusikan dunia maya hari ini dengan
menggabungkan maklumat dalam bentuk teks, video, suara dan
animasi.
Penggunaan internet memudahkan lagi pembelajaran jarak jauh
dengan
individu lain dari negara atau benua yang berlainan.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

2. Sumber Media Cetak

Media cetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan


sehingga kini masih lagi digunakan dalam perpindahan ilmu di
bilik darjah atau di mana sahaja.
Walaupun mendapat saingan hebat dari media-media
pembelajaran yang lain, ia tetap kekal menjadi medium utama
dalam pembelajaran dan pengajaran. Terdapat tiga bentuk media
cetak :
i. Merupakan sumber untuk memberi hiburan atau mengisi masa
lapang. Contohnya seperti majalah hiburan dan sebagainya.
ii. Merupakan sumber maklumat seperti surat khabar, majalah
ilmiah, jurnal, risalah, ensiklopedia, buku panduan dan
sebagainya.
iii. Berkaitan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku
teks, teks pengajaran terancang termasuk modal pengajaran,
buku kerja dan nota edaran.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

2.1

Bahan Grafik

Didefinasikan sebagai gambaran visual dua dimensi


yang dicipta serta digubah khas untuk menyampaikan
mesej dan maklumat.
Terdapat beberapa jenis bahan grafik yang sesuai
sumber pembelajaran iaitu carta, graf, poster dan lukisan
kartun.
Antara prinsip grafik yang sesuai sebagai sumber
pembelajaran ialah kesederhanaan, penyatuan, garisan,
imbangan warna dan susunan.
9

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

3. Sumber Persekitaran
Sumber persekitaran ini dapat menjadikan individu itu
memahami alam sekitar dan bertanggungjawab terhadap
alam sekitar yang didiami.
Cara terbaik untuk memperoleh maklumat dari alam
sekitar adalah melalui bunyi, bau, pergerakkan, warna dan
tenaga.

10

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

3.1 Bunyi:
Tanpa bunyi dunia akan menjadi sepi dan segalanya tidak memberi
makna kepada manusia.
Bunyi merangsang deria pendengaran manusia kerana telinga
bertindakbalas kepada getaran berfrekuensi antara 15 sehingga 20 000
hertz. Hertz adalah unit frekuensi yang bersamaan satu pusingan sesaat.
Bunyi melebihi 20 000 hertz dipanggil bunyi ultrasonik.
Bunyi yang bising menganggu tumpuan pembelajaran namun ada juga
bunyi yang menyenangkan dan dapat memberi maklumat kepada individu
seperti bunyi air terjun, bunyi runut lagu yang perlahan, deruan ombak
pantai, bunyi percikan air di sungai dan juga bunyi kicauan burung yang
dapat mendamaikan hati.
Jika ingin membuat persembahan, elemen bunyi merupakan sesuatu
yang amat penting kepada audien.

11

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

3.2 Warna:
Warna merupakan sesuatu elemen yang dapat membangkitkan
keceriaan di dalam kehidupan.
Warna asas adalah warna merah, biru dan hijau yang dinamakan warna
primier manakala warna kuning, ungu dan jingga adalah warna sekunder.
Warna objek yang dilihat mata adalah bergantung kepada warna
cahaya yang menyinari objek dan warna cahaya yang dipantulkan oleh
objek.
Pigmen adalah bahan yang menyerap dan memantulkan warna cahaya
tertentu dan diperolehi daripada mineral dan bahan organik.
Warna digunakan oleh manusia untuk pelbagai kegunaan kerana dapat
mendatangkan perasaan ceria dan kegembiraan.
Warna juga mempunyai mod-mod yang tertentu seperti wana sejuk
seperti warna hijau dan biru atau campuran keduanya. Warna panas
seperti warna jingga dan merah atau campuran antara keduanya.

12

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

3.3 Cahaya:
Cahaya ialah sejenis pancaran elektromagnet sama jenis
dengan haba radiasi, gelombang radio dan juga sinar-X.
Cahaya merambat dalam satu garisan lurus.
Penyerakan cahaya merupakan proses pemesongan atau
pemantulan cahaya dari jaluran asal oleh zarah-zarah halus.
Penyebaran cahaya merupakan penguraian cahaya putih
kepada tujuh juzuk warna.
Cahaya merah paling sedikit dibias kerana bergerak laju
dalam kaca diikuti jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan
ungu.
Tanpa cahaya manusia tidak dapat menerima sebarang
maklumat dari persekitaran dan tidak dapat mengetahui
warna sesuatu bahan kerana warna terjadi akibat pantulan
cahaya matahari yang mengenai permukaan yang berwarna.
13

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

3.4 Tenaga:
Gaya hidup kini begitu maju kerana adanya sumber tenaga.
Perbezaan zaman dahulu dan moden adalah adanya
tenaga.
70% penggunaan tenaga dunia adalah berasal dari
petroleum fosil.
Namun bahan api fosil adalah bersifat tidak boleh
diperbaharui dan akan habis pada suatu masa nanti.
Di era ini, perkembangan tenaga nuklear semakin
berkembang
dan
semakin
banyak
negara
yang
mengaplikasikan kemudahan tenaga nuklear bertujuan untuk
menjanakan janakuasa elektrik.
Selain itu tenaga nuklear juga digunakan untuk
menggerakkan kapal selam, kapal besar dan satelit.
14

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

4. Sumber Media 3 Dimensi


4.1

Bahan Realia:

Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar. Contoh bahan


realia adalah seperti daun dan haiwan kecil yang berada di
persekitaran.
Bahan realia ini boleh dibahagikan kepada 2 konteks iaitu : bahan
realia dalam konteks dan juga bahan realia di luar konteks.
Bahan-bahan dalam konteks ialah bahan yang sebenarnya yang
tidak terdapat di sekeliling bilik pembelajaran. Contohnya untuk
mengkaji dan mengetahui hakisan hujan kepada tebing sungai.
Maka kita haruslah pergi ke tebing sungai untuk mengkajinya.
Manakala bahan realia di luar konteks pula ialah bahan-bahan
sebenar yang terdapat di sekeliling bilik pembelajaran. Contohnya
motosikal yang boleh dibawa masuk ke bilik darjah untuk
pembelajaran.
15

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

4.2

Diorama

Bermaksud paparan tiga dimensi yang menunjukkan


pemandangan tempat asal kejadian.
Diorama banyak digunakan di muzium yang bersaiz hidup
untuk bahan asal yang kecil. Contohnya untuk mengetahui
berkaitan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka, maka di
Muzium Orang Asli Melaka ada memaparkan diorama
ataupun patung yang menggambarkan kehidupan sebenar
masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.
Diorama penting sebagai pengganti kepada suatu
suasana dahulu yang sudah tidak wujud pada waktu
sekarang.
16

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

4.3

Mobil

Diambil dari perkataan inggeris yang bermaksud


bergerak.
Mobil biasanya dibuat dari bahan-bahan yang terbuang
dan mudah dibawa ke mana sahaja untuk digunakan.
Ia mudah didapati di mana sahaja kerana mudah untuk
digerakkan ke mana sahaja.
Boleh digunakan di dalam penyampaian maklumat
kerana dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.

17

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

4.4

Boneka

Boneka ialah figura animasi yang digunakan untuk


persembahan sesebuah teater.
Boleh mewakili manusia, binatang dan personafikasi
mistik kerana terdiri dari pelbagai saiz, bentuk dan warna.
Bermula semenjak tamadun manusia wujud lagi dan
mudah dibawa ke mana sahaja dan hanya menggunakan jari
dan tangan untuk mengawalnya.
Dapat memberi kefahaman dan ingatan jangka pendek
kepada penonton.
18

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

4.5

Topeng

Digunakan
untuk
menutup muka
di dalam
persembahan teater dan memberi simbol kepada
pemakai.
Tujuannya untuk berkomunikasi dengan menggunakan
identiti yang berlainan.
Biasanya diperbuat daripada kayu, kulit, kertas, plastik
dan direka dengan pelbagai bentuk.
Membuat topeng merupakan aktiviti seni dalam banyak
budaya.
19

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

4.6

Akuarium

Merupakan tangki kaca yang diisi air di dalamnya.


Biasanya berbentuk empat segi dan didindingi cermin.
Digunakan untuk meletakkan hidupan akuatik untuk
tujuan perhiasan.
Di sekolah kebiasaannya digunakan untuk memelihara
hidupan akuatik seperti ikan, katak, berudu, ulat air, lumut,
rumpai air dan sebagainya.

20

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

4.7

Terrarium

Terrarium atau Vivarium dikenali sebagai taman gelas.


Ia didindingi dengan kaca di sekeliling bertujuan untuk
menyimpan tumbuhan, rumpai, serangga atau binatangbinatang kecil yang lain.
Ianya bertujuan untuk perhiasan dan juga kajian bagi
proses pembelajaran.
Terrarium telah digunakan sejak 500 sebelum masehi
untuk meletakkan pokok-pokok hiasan.
Pada zaman moden, terrarium dicipta oleh Nanthaniel
Ward di London, England sekitar 1827 bertujuan untuk
melindungi pokok tanaman beliau dari mati kerana
pencemaran udara di kota London.
21

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

5. SUMBER MANUSIA BERAUTORITI


5.1

22

Guru/ Pensyarah:

Guru dan pensyarah merupakan golongan yang terpilih untuk


mendidik. Mereka perlu mempunyai sifat mendidik dengan penuh kasih
sayang dan kemesraan.
Guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar
di bawah didikannya. Jesteru individu yang bergelar guru mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh terbaik kepada anak
didik mereka.
Guru merupakan suatu sumber yang merangkumi semua aspek
seperti aspek pendidikan, aspek kerjaya, aspek kehidupan dan aspekaspek yang berkaitan dengan pengalaman pendidikan keguruan.
Sumber maklumat dari seorang guru merupakan sumber maklumat
yang terbaik untuk seorang pelajar.
Guru boleh menjadi pemimpin dan membahaskan segala isu-isu yang
diutarakan
oleh pelajar mereka.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

5.2

23

Wakil Rakyat

Wakil rakyat merupakan insan yang dipilih oleh masyarakat setempat


untuk mewakili mereka dalam sesuatu kawasan tertentu.
Wakil rakyat kebanyakannya mempunyai keistimewaan yang
menyebabkan mereka diangkat menjadi wakil penduduk setempat.
Antara keistimewaan yang terdapat pada seorang ahli politik adalah
seperti kepimpinan, komunikasi, cekap menyelesaikan masalah, ramah
mesra, peka kepada persekitaran dan sebagainya.
Mereka pandai berpidato dan dapat memikat audien yang mendengar.
Banyak maklumat yang dapat diperolehi dari mereka seperti dasardasar negara, pengurusan persatuan, pembangunan, nilai-nilai dan lainlain isu yang berkaitan.
Ini kerana mereka kerap bermesyuarat dan berbincang mengenai
dasar-dasar berkaitan dalam dan luar negara.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

5.3

Penguatkuasa

Penguatkuasa adalah orang atau pihak yang menguatkuasa


sesuatu undang-undang dan juga dasar-dasar tertentu dalam negara.
Mereka yang menguatkuasakan segala undang-undang di dalam
negara dan memastikan negara berada di dalam keadaan yang aman
untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
Antara maklumat yang dapat diperolehi dari mereka adalah
berkaitan undang-undang dan peraturan sesebuah negeri, badan
atau persatuan.
Mereka juga boleh memberi maklumat berkaitan perlaksanaan
sesuatu penguatkuasaan ; jenis-jenis hukum, bentuk operasi,
perlaksanaan dan juga pencegahan.
24

Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

5.4

25

Ahli Perniagaan

Ahli perniagaan adalah individu yang menjalani kehidupan sara


hidup menggunakan aktiviti perniagaan.
Ahli perniagaan yang berjaya turut menyumbang kepada ekonomi
negara melalui pembayaran cukai dan dibayar kepada kerajaan.
Terdapat pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan jual beli,
hartanah, pengiklanan, perundingan, makanan dan seumpamanya.
Mereka dapat kita jadikan sumber pemerolehan ilmu yang penting
seperti strategi perniagaan yang digunakan dalam perniagaan untuk
membawa jumlah keuntungan yang banyak.
Selain itu kita juga boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu
produk yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.
Sistem pengurusan perniagaan yang bersistematik juga dapat
diperolehi dari mereka kerana mereka merupakan orang yang paling
layak untuk memberi maklumat mengenai sistem dan strategi
perniagaan
di dunia.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

5.5

26

Pakar Motivasi

Terdapat pelbagai bentuk pakar motivasi di dalam


negara seperti yang berkaitan pendidikan, rumahtangga
dan juga kerjaya.
Cara percakapan, berkomunikasi dan berceramah
dapat memberi motivasi kepada orang ramai.
Mereka berpengetahuan luas dalam sifat-sifat manusia
dan mampu mendorong orang ramai untuk menjadi lebih
dinamik.
Mereka mengamalkan apa yang mereka tahu dan
mengamalkan perkara yang mereka mahir.
Mereka dapat memberi pemikiran yang positif kepada
manusia.
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.

You might also like