You are on page 1of 2

Tajuk :

Mengenali Batuan
Objektif :
Mengelas jenis batu di sekeliling persekitaran.
Bahan bahan :
Beberapa jenis batu
100 ml air
Radas :
Neraca tuas
Bikar
Silinder penyukat
Penimbang elektronik
Maklumat latar belakang :
Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza
daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara
terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi
yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan
tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka
perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat
dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanahtanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan
tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batubatan yang terdapat di sekeliling kita.

Batu dapat dikelaskan kepada tiga jenis batu yang berbeza, batu igneous, batu mendap
dan batu metamorfik. Batu igneous terbentuk akibat daripada penyejukan dan
pembentukan magma. Batu mendap terbentuk oleh mnedapan bahan-bahan di dalam
laut, sungai atau tasik melalui pengumpulan zarah-zarah mineral yang dibawa oleh air,
angin atau ais. Batu igneous dan mendap akan berubah kepada batu metamorfik
apabila terdedah kepada suhu atau tekanan yang tinggi atau kedua-duanya.
Langkah langkah :
1) Sejenis batu dibawa daripada rumah masing-masing
2) Setiap perbezaan jenis batu dibincangkan dengan menggunakan jadual di
bawah
3) Ketumpatan batu ditentukan dengan menggunakan hubungan jisim per isipadu.
4) Nama-nama batu telah dikenal pasti dari data yang terkumpul.
5) Teknik-teknik lain dinyatakan untuk mengenali nama batu tersebut.
Keputusan :

You might also like