You are on page 1of 2

Sejarah penubuhan sekolah

SMK Pantai Sepang Putra mula dirancang


pembinaannya pada tahun 2001 di sebuah taman
perumahan yang dibangunkan ketika itu, iaitu Taman
Pantai Sepang Putra.
Tujuan cadangan pembinaan sekolah ini ialah untuk
memberi kemudahan kepada anak-anak penduduk
taman tersebut, Taman Sri Bayu dan Kampung Bagan
Lalang manyumbang persekolahan di peringkat sekolah.
Sebelum ini mereka bersekolah di SMK Sungai Pelek
yang terletak hampir 8 km dari Bagan Lalang.
Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada tahun 2002
oleh syarikat pemaju Vintage Height dan telah siap
dibina pada awal tahun 2004. Majlis penyerahan telah
dibuat pada 6 Mei 2004.
Tiga orang guru penolong kanan telah dilantik sebagai
care taker pada 1 Mei 2004 dan mereka adalah antara
personal yang bertanggungjawab semasa majlis
penyerahan bangunan oleh syarikat pemaju. Mereka
ialah: (1) En.Azman Bin Johari, Penolong Kanan Satu,
(2) En.Zaib Bin Ngah, Penolong Kanan Hal Ehwan
Murid, (3) dan En.Mohd Isa Bin Sulaiman ,Penolong
Kanan Ko-Kurikulum.
Pembukaan sekolah secara pentadbiran telah dimulakan
pada 1 Jun 2004 dan sesi persekolahan telah bermula
pada 14 Jun 2004 iaitu hari pertama penggal kedua
persekolahan tahun 2004.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMK pantai sepang putra telah dibina di atas kawasan

seluas 9.6 ekar di taman perumahan pantai sepang


putra kira-kira 5km dari pekan sungai pelek. sekolah ini
mempunyai 7 blok yang bersambung merangkumi blok
pentadbiran,biik darjah,bilik-bilik khas termasuk makmal
komputer,bilik-bilik panitia matapelajaran, makmal sains
dan bengkel-bengkel matapelajaran tekinik selain
kantin,surau,padang,padang permainan dan gelanggang
serbaguna.sekolah ini juga dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan dan amat bersesuaian untuk proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Semasa memulakan sesi persekolahan pertama,seramai
9 orang guru termasuk 3 guru penolong kanan telah
ditempatkan di sekolah ini.walau bagaimanapun
bilangan ini telah bertambah kepada 14 orang sehingga
31 ogos 2004 termasuk seorang pengetua.sementara
bilangan kakitangan bukan guru pula terdiri dari pada 2
orang kakitangan pejabat, 3 orang pekerja pembersihan
kawasan (swasta) dan 3 orang pengawal keselamatan
(swasta) .
Bilangan pelajar sehingga 31 ogos 2004 ialah seramai
122 orang yang terdiri daripada pelajar melayu,cina dan
india. sehingga itu hanya sebanyak 5 kelas sahaja yang
terbuka iaitu tingkatan satu (2 kelas), tingkatan dua (2
kelas), tingkatan 4 (1 kelas). pelajar-pelajar tingkatan
empat ditawarkan matapelajaran elektif iaitu pendidikan
seni visual,perdagangan,dan tasawwur islam.

You might also like