You are on page 1of 5

SEJARAH PAINTBALL

Paintball pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk
tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan
oleh dua sahabat didalam hutan Henniker, New Hampshire dan seterusnya ianya
dijadikan satu permainan sukan.
Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981
dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins,
Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson,
Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan
bendera atau Survival ini telah diadakan dikawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar.

Permainan ini mempunyai peraturan tersendiri. Iaitu menewaskan pihak lawan


menggunakan pellet yang merupakan peluru cat. Senapang yang digunakan dipanggil
marker menggunakan CO2 atau gas mampat seperti HPA dan nitrogen bertujuan
menghasilkan kuasa tujahan setiap kali picu ditarik.
Mari kita lihat sepintas lalu sejarah paintball.
Ceritanya bermula pada tahun 1976 apabila Hayes Noel seorang broker saham dan Bob
Gurnsey teruja apabila mendengar pengalaman rakan mereka Charles Gaines yang ke
Afrika. Apa yang membuat mereka teruja ialah kisah Gaines memburu kerbau di sana.
Percaya atau tidak, permainan paintball juga diinpirasi dan dipengaruhi dunia
penulisan dan pada peringkat awal turut disertai oleh mereka yang terlibat dalam dunia
penulisan.
Hayes Noel dan dan Bob Gurnsey mendapat inspirasi memperkenalkan permainan
paintball berdasarkan pengaruh sebuah cerita pendek, The Most Dangerous Game (The
Hounds of Zaroff) tulisan Richard Connell pada 19 Januari 1924. Cerita pendek itu
disiarkan dalam Collier's Weekly.
Permainan paintball pertama diadakan pada tahun 1981. Antara pemain awal ialah
seorang penulis novel dan penulis di Sports Illustrated bernama Bob Jones, pemburu
berpengalaman bernama Ronnie Simpskins, petani dari Alabama yang juga pemburu
badak bernama Jerome Gary dan beberapa pemain lain melibatkan 12 pemain
keseluruhan.
----Pada 9 Ogos 2009, permainan paintball Merdeka telah dianjurkan buat kali ketiga oleh
PTS Publication & Distributor. Melibatkan 14 orang pemain terdiri daripada wakil

penerbit, rakan-rakan pembaca buku terbitan PTS, ahli keluarga dan sahabat handai.
Tonton video di bawah rakaman pertempuran dan di sebalik tabir.

Sesetengah orang berpandangan, permainan paintball dapat dicirikan dalam dunia bisnes
hari ini.
Pertama, melibatkan strategi bagaimana kemampuan sebuah kumpulan bertindak
menguasai kawasan (baca: pasaran) dengan setiap satu memainkan peranan serang dan
lindung (rakan lain). Konsep kerjasama adalah elemen penting bagi menguasai
permainan ini.
Kedua, melibatkan kebijaksanaan pengurusan kos dan meningkatkan survival dalam
permainan. Jumlah pallet yang digunakan adalah kos bagi memastikan pasukan dapat
memenangi pertempuran itu. Dapat dilihat bagaimana strategi yang betul dalam
pengurusan kos mempengaruhi survival organisasi secara keseluruhan menggunakan
prinsip pada masa dan tempat yang sesuai.
LATAR BELAKANG SUKAN PAINTBALL
Paintball telah diperkenalkan dua puluh dua tahun yang lalu di Amerika Syarikat sebagai
National Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan Paintball lebih cenderung
kepada simulasi peperangan denga ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian celoreng, taktik
dan terminologi ketenteraan dan juga penggunaan Paint Marker yang mirip seperti
senjata api.
Paintball kini berubah wajah, dari hutan ke stadium, dari terminology ketenteraan ke
terminologi kesukanan, dari celoreng ke jersi dan dari simulasi peperangan ke
pertandingan sukan. Paintball kini dikenali sebagai SUKAN PAINTBALL.
SUKAN PAINTBALL merupakan sukan outdoor yang paling pesat berkembang serta
mendapat tarikan yang hebat daripada peminat sukan ekstrim, di mana pada masa ini, ia
meraih tempat ketiga sukan ekstrim paling popular di Eropah dan Amerika Syarikat
menurut National Sporting Goods Association (NSGA) dan National Professional
Paintball League (NPPL).

ASAS PERMAINAN SUKAN PAINTBALL


PAINTBALL merupakan aktiviti berkumpulan dan character building sport di
mana dua kumpulan akan bertanding di dalam satu perlawanan.

Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama iaitu seramai lima (5),
tujuh (7) atau sepuluh (10) peserta.

Secara umumnya, setiap kumpulan mempunyai flag station yang ditempatkan di


dalam kawasan masing-masing untuk dikawal.

Semua peserta dilengkapi peralatan asas seperti Paint Marker dan peralatan
keselamatan utama seperti Face Mask.

Objektif permainan ialah penguasaan kawasan dan kubu lawan dengan setiap
peserta mengatur strategi untuk mara ke kawasan lawan.

Kemenangan dicapai apabila bendera di kubu lawan ditawan. Objektif juga


dicapai melalui proses elimination iaitu menumpaskan peserta dari kumpulan lawan
dengan menembak Paintball ke arah lawan. Apabila terdapat kesan warna akibat
terkena tembakan Paintball di anggota badan, peserta tersebut terkeluar dari
permainan. (Kesan warna hendaklah berukuran minima saiz duit syilling 50 sen)

Setiap perlawanan itu mengambil masa sepanjang 5 hingga 10 minit, bergantung


kepada saiz padang, jumlah peserta dan modul permainan.

SEJARAH SUKAN PAINTBALL


Syarikat Daisy mencipta Paintball Marker untuk Jabatan Perhutanan Amerika
Syarikat.
12 rakan bermain Paintball bersama Bob Gurnsey di New Hampsire menggunakan
google mata dan Paintball yang mengandungi cat minyak.
Padang Paintball pertama di Rochester, NY dan diperkenalkan sebagai National
Survival Game (NSG).

Pertandingan NSG yang pertama.


Paintball diperkenalkan ke England dan Australia.
National Professional Paintball League (NPPL) ditubuhkan di Chicago.
Pertandingan Skyball pertama di Skydome, Toronto, Canada.
Sirkit Millennium bermula di Eropah.
NPPL Super 7 World Series diperkenalkan.

PERALATAN PERMAINAN
Kelengkapan Asas Pemain

Paintball Marker

Face Protection Mask

Loader

12oz. CO2 Canister

Paintball Pellet

Barrel Plug

APA ITU PAINTBALL?

Paintball diperbuat daripada selaput gelatin, manakala isinya diperbuat daripada jenis
pewarna makanan berunsurkan air. Ini bermakna, kesan warna paintball:

mudah dibasuh dengan air

tidak toksid

tidak mendatangkan kesan sampingan jika terkena pada bahagian anggota badan
pemain.

Di peringkat sukan antarabangsa, istilah Paintball ini kekal digunakan dan tidak ditukar
gantikan istilahnya seperti peluru atau sebagainya untuk memartabatkan Paintball
sebagai agenda sukan dan bukannya simulasi peperangan ataupun war games yang
menonjolkan imej ketenteraan.

You might also like