You are on page 1of 36

Literasi Digital Microsoft

Asas Komputer
Asas
Komputer

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

1|Halaman

Kandungan
Pengenalan ...................................................................................................................................................... 3
Penerangan ................................................................................................................................................. 3
Manfaat ........................................................................................................................................................ 3
Pengenalan kepada Komputer ................................................................................................................. 4
Peranan Komputer ................................................................................................................................... 5
Kuiz ................................................................................................................................................................ 8
Bahagian Komputer ................................................................................................................................. 9
Kuiz .............................................................................................................................................................. 12
Penggunaan Komputer ........................................................................................................................ 13
Kuiz .............................................................................................................................................................. 15
Papan Kekunci ......................................................................................................................................... 16
Gambaran Keseluruhan Papan Kekunci.......................................................................................... 22
Kuiz .............................................................................................................................................................. 25
Penggunaan Tetikus .............................................................................................................................. 27
Kuiz .............................................................................................................................................................. 30
Peranti Komputer ................................................................................................................................... 32
Kuiz .............................................................................................................................................................. 35
Tahniah ....................................................................................................................................................... 36

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

2|Halaman

Pengenalan
Penerangan
Pada abad ke-21, komputer memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian.
Daripada muzik dan gambar hinggalah kepada perbankan dan komunikasi, komputer
telah mengubah gaya hidup kita. Modul pembelajaran ini akan memperkenalkan konsep
asas pengkomputeran, menerangkan komponen dan istilah komputer, meneroka
perkara asas sistem pengendalian, serta menunjukkan kepada anda cara menggunakan
tetikus dan papan kekunci. Di samping itu, modul pembelajaran ini akan menjelaskan
pelbagai cara komputer boleh digunakan dalam aspek kehidupan yang berbeza.

Manfaat
Komputer digunakan dalam semua bidang. Komputer membantu organisasi dan
individu menjalankan urus niaga dengan cekap dan cepat. Kini, salah satu kemahiran
asas yang diperlukan untuk berjaya di tempat kerja ialah pengetahuan menggunakan
komputer. Bagi membolehkan anda mendapat pekerjaan yang lebih baik, anda perlu
tahu cara menggunakan komputer.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

3|Halaman

Pengenalan
kepada
Komputer

Pengenalan kepada Komputer


Komputer ialah peranti (device) elektronik yang boleh anda gunakan untuk menyimpan
dan memproses maklumat. Komputer membantu anda menjalankan pelbagai tugas
seperti:

menghantar mesej atau e-mel

membuat pembentangan atau persembahan

menyelenggara dan mengemaskinikan rekod

menulis teks

menyusun dan mengemaskinikan fail

dan banyak lagi

Dalam topik ini, anda akan mempelajari kepentingan komputer, komponen utama
komputer dan asas penggunaan komputer, seperti cara menghidupkan dan mematikan
komputer.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

4|Halaman

Peranan Komputer
Komputer memberikan kesan terhadap
kehidupan seharian kita. Ia boleh
digunakan dalam pendidikan,
penyelidikan dan penyiaran berita,
untuk membuat ramalan cuaca, dan
untuk pelbagai aktiviti perniagaan dan
bersantai yang lain. Mari kita lihat dan
kaji bagaimana komputer memainkan
peranan utama dalam hidup anda.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

5|Halaman

Peranan Komputer dalam Industri


Dalam bidang pendidikan, pelatih boleh
menggunakan komputer untuk menjalankan
pelbagai tugas, seperti memberikan latihan menerusi
alat bantu pembelajaran audio visual,
menyelenggara rekod pelajar bagi memantau
prestasi, mencari maklumat untuk topik yang
berbeza dan menghasilkan tugasan.

Dalam bidang perniagaan, anda boleh


menggunakan komputer untuk menyelenggara
akaun, mewujudkan rekod kakitangan, memantau
inventori, menyediakan pembentangan/
persembahan dan laporan, mengurus projek,
berkomunikasi menerusi e-mel dan menyimpan data
penting.

Dalam bidang perubatan, komputer boleh


digunakan untuk menjalankan pelbagai tugas,
seperti menyimpan dan mengemaskinikan rekod
perubatan pesakit. Menggunakan komputer, doktor
boleh mencari dengan mudah maklumat tentang
ubat terbaharu yang ada untuk merawat penyakit.
Selain itu, doktor juga boleh menggunakan
teknologi komputer untuk berbincang dan berkongsi
maklumat tentang pelbagai penyakit.

Dalam bidang penyelidikan saintifik, saintis


menggunakan komputer untuk penyelidikan. Mereka
dapat menggunakan pelbagai alat untuk
menganalisis data dan juga menyelesaikan formula
yang sukar. Paling penting, mereka dapat
berkomunikasi dengan pantas dan menerbitkan
maklumat tentang penyelidikan terbaharu dengan
serta-merta dalam kalangan komuniti penyelidikan
saintifik.
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

6|Halaman

Dalam bidang penerbitan, penulis dan penerbit


menggunakan komputer untuk memformatkan reka
letak halaman, menyunting salinan dan
menghasilkan pelbagai jenis penerbitan, termasuk
surat berita, majalah dan buku.

Dalam bidang muzik, artis dan penghibur


menggunakan komputer untuk membuat ilustrasi,
lagu dan gambar. Kualiti kebanyakan permainan
video, filem, muzik dan banyak lagi ditingkatkan
dengan menggunakan komputer.

Dalam organisasi kerajaan, komputer digunakan


untuk menyusun dan menyimpan maklumat, serta
menyelenggara rekod. Ia juga digunakan untuk
menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai
contoh, anda boleh melihat maklumat tentang dasar
semasa dan isu kerajaan pada komputer.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

7|Halaman

Kuiz

Antara yang berikut, yang manakah menggunakan komputer?


o Kenderaan
o Kapal terbang
o Lampu jalan
o Kesemua di atas

Antara bidang berikut, yang manakah selalu menggunakan komputer?


o Perniagaan
o Seni reka
o Pendidikan
o Kesemua di atas

Jawapan:
#1 Kesemua jawapan adalah betul. Segala urus niaga atau aktiviti.
#2 Kesemua jawapan adalah betul. Kebanyakan bidang menggunakan komputer.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

8|Halaman

Bahagian Komputer
Komputer mempunyai pelbagai
bahagian dan setiap bahagian
menjalankan fungsi khusus. Bahagian
ini termasuk papan kekunci
(keyboard), monitor, unit
pemprosesan (processing units),
ingatan dan banyak lagi. Dalam
pelajaran topik ini, kita akan melihat
kesemua bahagian komputer. Topik
ini disusun mengikut kategori
komponen komputer, termasuk input,
output, mikrocip, storan (storage) dan
port.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

9|Halaman

Komponen Komputer
Anda akan kerap menggunakan peranti input.
Peranti input ialah perantara untuk menghantar
arahan/maklumat kepada komputer. Dua peranti
input yang paling penting ialah papan kekunci dan
tetikus. Antara contoh peranti input yang lain ialah
kamera web (webcam), mikrofon dan pengimbas
(scanner).

Peranti output ialah perantara untuk mendapat


maklum balas daripada komputer selepas ia
menjalankan tugas. Beberapa contoh peranti output
ialah monitor yang memaparkan maklumat dalam
bentuk visual dengan menggunakan teks dan grafik;
pencetak (printer) yang memindahkan teks dan imej
daripada komputer kepada kertas atau medium lain,
seperti filem transparensi; dan pembesar suara
(speaker) yang membolehkan anda mendengar
bunyi. Pembesar suara mungkin luaran atau terbina
dalam komputer.

Unit pemprosesan pusat (central processing unit,


CPU) ialah peranti yang mentafsirkan dan
memproses arahan yang dihantar kepada komputer.
Ia juga dikenali sebagai pemproses (processor).
Maklumat disimpan dalam ingatan komputer.
Ingatan dipecahkan kepada tiga jenis: Ingatan
Capaian Rawak (Random Access Memory, RAM),
Ingatan Baca Sahaja (Read-only Memory, ROM) dan
Ingatan Kilat (Flash Memory).

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

10 | H a l a m a n

Terdapat papan induk (motherboard) di dalam


komputer. Ia menghubungkan input, output dan
pemprosesan, dan memberitahu CPU cara berfungsi.
Komponen lain pada papan induk termasuk kad
video (video card), kad bunyi (sound card) atau kad
antara muka rangkaian (network interface card) yang
membolehkan komputer anda berkomunikasi
dengan komputer lain.

Terdapat dua jenis peranti storan (storage device)


untuk menyimpan maklumat, iaitu peranti storan
dalaman (internal storage device) dan peranti storan
luaran (external storage device). Peranti storan
dalaman terbina dalam perkakasan komputer anda.
Anda boleh menambah muatan storan dengan
peranti storan luaran seperti cakera CD-ROM atau
DVD-ROM, pemacu kilat (flash drive) atau storan
awan (cloud storage).

Port membolehkan anda memasang pelbagai


peranti input dan output pada komputer anda. Ia
termasuklah port yang biasa kita gunakan, seperti
port Bas Bersiri Semesta (Universal Serial Bus (USB)
port), port FireWire untuk peranti digital pantas, port
rangkaian (network port) untuk sambungan Internet,
port monitor dan port palam kuasa (power plug).

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

11 | H a l a m a n

Kuiz

Peranti apakah yang diperlukan oleh komputer untuk bersambung ke Internet?


o Kad Video
o Kad Bunyi/Audio
o Port Rangkaian
o Port USB

Papan kekunci merupakan salah satu contoh peranti ______.


o Input
o Output
o Storan

Jawapan:
#1 Komputer memerlukan port rangkaian untuk bersambung ke Internet.
#2 Papan kekunci ialah peranti input.
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

12 | H a l a m a n

Penggunaan Komputer
Bagi menghidupkan komputer, anda perlu
menekan butang kuasa. Ini akan
menyalakan lampu kecil pada unit
komputer dan kemudian, monitor akan
dihidupkan. Komputer akan menjalankan
ujian pantas untuk memeriksa kesemua
komponennya dan jika semuanya
berfungsi dengan baik, ia akan
memaparkan skrin selamat datang pada
monitor dan kemudian, skrin pengguna. Di
sini, anda boleh log masuk ke dalam
sistem dengan menggunakan nama
pengguna peribadi anda, atau log masuk
sebagai tetamu (guest).
Kini, semua komputer mempunyai mod
penjimatan tenaga (energy-saving mode

Jangan tekan butang kuasa untuk


menutup komputer, melainkan
seluruh komputer telah berhenti
bertindak balas dan anda tidak lagi
boleh memulakannya semula.

atau Sleep Mode) yang membolehkan


komputer menghentikan semua fungsi
buat sementara waktu. Biasanya, terdapat
lampu berkelip untuk menunjukkan
bahawa ia berada dalam Sleep Mode.
Dalam mod ini, komputer dapat
menjimatkan banyak tenaga kerana ia
menggunakan tenaga elektrik yang sedikit
dan mengambil masa satu saat untuk
hidup semula. Komputer mungkin
kelihatan seperti ditutup, tetapi semua
aplikasi dan kerja masih dibuka dan tidak
hilang. Terdapat juga pilihan lain, seperti
Log keluar (Log off), Mula semula (Restart)
dan Tutup (Shut down). Sebelum
melakukan salah satu daripada pilihan ini,
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

13 | H a l a m a n

pastikan anda telah menyimpan semua


kerja dalam ingatan supaya ia tidak hilang.

Log keluar

Log keluar (Log off)


Log keluar akan keluarkan pengguna semasa. Mana-mana aplikasi masih
terbuka dan akan dibiarkan terbuka apabila pengguna log masuk
kembali, melainkan komputer ditutup. Maklumat atau aplikasi pengguna
lain yang log masuk sebelum itu mungkin dibiarkan terbuka juga.

Mula semula

Mula semula (Restart)


Pilihan Mula semula biasanya digunakan apabila komputer atau aplikasi
tidak memberikan apa-apa respons. Ini akan menyebabkan komputer
ditutup dan dihidupkan semula secara automatik. Anda perlu ingat
bahawa apa-apa maklumat yang tidak disimpan akan hilang jika ia tidak
disimpan sebelum komputer tersebut ditutup.

Tutup

Tutup (Shut down)


Pilihan ini akan mematikan keseluruhan sistem. Apa-apa maklumat yang
tidak disimpan akan hilang, jadi ingatlah untuk menyimpan semua
maklumat sebelum menutup komputer.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

14 | H a l a m a n

Kuiz

Log keluar (Log off) akan menutup kesemua maklumat atau aplikasi yang dibuka. Betul
atau Salah?
o Betul
o Salah

Maklumat yang belum disimpan akan disimpan apabila anda Mula semula (Restart),
tetapi akan hilang apabila anda Tutup (Shut down). Betul atau Salah?
o Betul
o Salah

Jawapan
#1 Salah. Log off akan menutup semua sesi pengguna dan aplikasi yang dibuka.
#2 Salah. Maklumat yang belum disimpan akan hilang dalam kedua-dua aktiviti.
Sentiasa ingat untuk menyimpan hasil kerja anda.
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

15 | H a l a m a n

Papan Kekunci
Papan kekunci ialah peranti input
yang membolehkan anda
memasukkan maklumat seperti
huruf, data berangka, simbol dan
arahan. Terdapat banyak jenis papan
kekunci dan ia mungkin tidak
mempunyai gaya susun atur yang
sama. Jenis yang paling biasa
disebut sebagai papan kekunci
QWERTY, yang dinamakan sempena
nama kekunci di baris atas huruf.
Papan kekunci ini dibahagikan
kepada beberapa kumpulan
berdasarkan fungsi.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

16 | H a l a m a n

Kekunci Fungsi

Kekunci Fungsi (Function Keys)


Kekunci yang dilabel F1 hingga F12 digunakan untuk menjalankan
fungsi tertentu. Fungsinya berbeza mengikut sistem pengendalian
(operating system) dan aplikasi yang berlainan. Fungsi kekunci F1 dalam
kebanyakan sistem pengendalian adalah untuk mengakses fail bantuan
(help file) yang dikaitkan dengan sesuatu sistem pengendalian. Dalam
sesetengah sistem pengendalian, ia digunakan untuk mengawal
kecerahan monitor atau kekuatan bunyi. Oleh itu, fungsi kekunci ini
amat bergantung pada sistem pengendalian atau aplikasi yang

Kekunci Khas

digunakan.
Kekunci khas digunakan secara bersendirian atau bersama dengan
kekunci lain untuk melakukan tindakan tertentu. Kekunci ini termasuk
Control (Ctrl), Alternate (Alt), Escape (Esc), Windows, Tab, Caps Lock dan
Shift. Sebagai contoh, dalam banyak aplikasi, Ctrl + S ditekan untuk
menyimpan fail secara automatik.

Kekunci Shift ialah kekunci kombinasi yang biasanya digunakan dengan


kekunci abjad. Kombinasi ini digunakan untuk menaip huruf besar.
Kekunci Caps Lock membolehkan semua huruf ditaip dalam huruf besar
tanpa perlu menekan Shift. Kekunci ini boleh diaktifkan atau
dinyahaktifkan. Lampu penunjuk akan menyala apabila fungsi ini
diaktifkan.
Kebanyakan papan kekunci mempunyai kekunci khas yang dikenali
sebagai kekunci logo Windows. Kekunci ini biasanya digunakan untuk
membuka menu Start, atau digunakan bersama dengan kekunci kedua
untuk melaksanakan tugas Windows biasa.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

17 | H a l a m a n

Kekunci Abjad
Angka

Kekunci Abjad Angka (Alphanumeric Keys)


Kekunci abjad angka meliputi kebanyakan papan kekunci biasa. Kekunci
ini adalah untuk huruf, nombor, tanda baca, simbol, bar ruang (space
bar), Tab, Backspace, Caps Lock, Shift dan Enter. Bar ruang mewujudkan
jarak apabila ditekan.

Kekunci Enter adalah untuk menggerakkan kursor ke permulaan baris


baharu.

Kekunci Backspace adalah untuk memadamkan aksara sebelum kursor


atau teks yang dipilih.

Kekunci Pandu
Arah

Kekunci pandu arah (navigation key) digunakan untuk menggerakkan


kursor dalam dokumen atau di laman web dan mengedit teks. Kekunci
pandu arah termasuk kekunci Delete, Insert, Home, End, Page Up dan
Page Down. Kekunci Home digunakan untuk menggerakkan kursor ke
permulaan baris atau bergerak ke bahagian atas laman web.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

18 | H a l a m a n

Kekunci anak panah Left, Right, Up dan Down digunakan untuk


menggerakkan kursor atau pilihan ke satu ruang atau baris atau
menatal laman web mengikut arah anak panah.

Kekunci End digunakan untuk menggerakkan kursor ke akhir baris atau


bergerak ke bahagian bawah laman web.
Kekunci Page Up menggerakkan kursor atau laman ke satu skrin ke atas.

Kekunci Page Down menggerakkan kursor atau laman ke satu skrin ke


bawah.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

19 | H a l a m a n

Kekunci Delete memadamkan huruf selepas kursor atau teks yang


dipilih. Bagi sistem pengendalian Windows, kekunci Delete membuang
item yang dipilih ke dalam Tong Kitar Semula (Recycle Bin).

Kekunci Insert boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan. Apabila ia


digunakan, teks yang anda taip akan diletakkan pada kursor. Apabila
kekunci Insert tidak digunakan, teks yang anda taip akan menggantikan
aksara sedia ada.

Pad Kekunci
Angka

Tidak semua papan kekunci mempunyai pad kekunci angka (Numeric


Key). Jika tersedia, ia merupakan set kekunci yang berasingan dengan
nombor daripada 0 hingga 9, titik perpuluhan, aksara khas dan simbol
navigasi.

Kekunci Num Lock pada papan kekunci ini membolehkan anda bertukar
antara kekunci angka dengan kekunci pandu arah.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

20 | H a l a m a n

Tiga kekunci yang mungkin pernah anda lihat pada papan kekunci, iaitu
PrtScn (Print Screen), ScrLk (Scroll Lock) dan Pause/Break mempunyai
kegunaan yang berbeza bergantung pada aplikasi yang digunakan.
PrtScn digunakan untuk menangkap imej keseluruhan skrin anda, yang
dikenali sebagai screen shot. Imej ini disalin ke clipboard komputer anda.

Kekunci Scroll Lock digunakan untuk mengubah peranan kekunci pandu


arah.

Kekunci Pause/Break amat jarang digunakan. Ia boleh memberhentikan


aplikasi buat sementara waktu atau apabila digunakan bersama dengan
kekunci Ctrl, ia membolehkan aplikasi berhenti terus.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

21 | H a l a m a n

Gambaran Keseluruhan Papan Kekunci


Papan kekunci ialah peranti
input yang boleh anda
gunakan untuk menaip
arahan atau teks ke dalam
komputer.
Papan kekunci yang
berbeza mempunyai susun
atur kekunci yang berbeza.

Kekunci yang dilabel F1


hingga F12 digunakan
untuk menjalankan fungsi
tertentu. Fungsinya
berbeza mengikut sistem
pengendalian dan aplikasi
yang berlainan. Fungsi
kekunci F1 dalam
kebanyakan sistem
pengendalian adalah untuk
mengakses fail bantuan
yang dikaitkan dengan
sesuatu sistem
pengendalian. Dalam
sesetengah sistem operasi,
ia digunakan untuk
mengawal kecerahan
monitor atau kekuatan
bunyi. Oleh itu, fungsi
kekunci ini amat
bergantung pada sistem
pengendalian atau aplikasi
yang digunakan.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

22 | H a l a m a n

Kekunci seperti Control


(Ctrl), Shift, bar ruang
(spacebar), Alt, Caps Lock
dan Tab dikenali sebagai
kekunci khas. Kekunci khas
menjalankan fungsi khas
bergantung pada bila dan
di mana ia digunakan.
Kebanyakan papan kekunci
mempunyai kekunci khas
yang dikenali sebagai
kekunci logo Windows.
Kekunci ini digunakan
untuk membuka menu
Start, atau digunakan
bersama dengan kekunci
kedua untuk melaksanakan
tugas Windows biasa.

Kekunci abjad dan angka


digunakan untuk
memasukkan huruf,
nombor, tanda baca dan
simbol lain.
Gunakan kekunci Enter
atau Return untuk
menggerakkan kursor ke
permulaan baris baharu.
Dalam sesetengah aplikasi,
kekunci Enter digunakan
untuk menghantar arahan
dan mengesahkan tugas
pada komputer.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

23 | H a l a m a n

Kekunci seperti Insert (INS),


Delete (DEL), dan Backspace
ialah kekunci yang biasa
digunakan. Kekunci
Backspace dan Delete
berfungsi untuk
memadamkan huruf yang
ditaip, teks dan objek lain
di sebelah kanan dan kiri
kursor masing-masing.
Kekunci Insert ialah kekunci
togol (toggle). Ia
merupakan kekunci yang
boleh diaktifkan atau
dinyahaktifkan setiap kali ia
ditekan. Apabila kekunci
Insert diaktifkan, ia akan
menulis ganti (overwrite)
aksara di sebelah kanan
kursor. Apabila ia
dinyahaktifkan, ia
membantu anda
memasukkan aksara atau
teks di sebelah kanan
kursor tanpa menggantikan
apa-apa aksara atau teks.

Kekunci seperti kekunci


anak panah, Home, End,
Page Up, dan Page Down
ialah kekunci pandu arah.
Anda menggunakan
kekunci anak panah untuk
menggerakkan kursor ke
atas, ke bawah, ke kanan
dan ke kiri. Kekunci Home
menggerakkan kursor ke
hujung kiri baris teks.
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

24 | H a l a m a n

Kekunci End menggerakkan


kursor ke hujung baris teks.

Kekunci Page Up
digunakan untuk bergerak
satu halaman ke atas dan
kekunci Page Down
digunakan untuk bergerak
satu halaman ke bawah
semasa melihat dokumen.
Kebanyakan papan kekunci
mempunyai kekunci angka
yang terletak di sebelah
kanan. Ia mempunyai satu
set 17 kekunci dengan
nombor daripada 0 hingga
9, titik perpuluhan, simbol
matematik dan simbol
navigasi. Kekunci Num Lock
pada pad kekunci ini
membolehkan anda
bertukar antara kekunci
angka dengan kekunci
pandu arah.

Kuiz

Kekunci Shift ialah sejenis kekunci _____.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

25 | H a l a m a n

o Pandu Arah
o Angka
o Abjad Angka
o Khas

Kekunci fungsi melaksanakan pelbagai tindakan, bergantung pada aplikasi yang


digunakan.

o Betul
o Salah

Jawapan
#1 Kekunci Shift ialah sejenis kekunci khas.
#2 Betul. Kekunci fungsi akan melaksanakan tindakan yang berbeza, bergantung pada
aplikasi yang digunakan.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

26 | H a l a m a n

Penggunaan Tetikus
Tetikus (mouse) ialah peranti kecil yang boleh
anda gunakan untuk menggerakkan, memilih
dan membuka item pada skrin komputer anda.
Tetikus biasanya diletakkan di atas meja, di
sebelah papan kekunci.
Kebanyakan tetikus mempunyai sekurangkurangnya dua butang: kiri dan kanan.
Kebanyakan tindakan dilaksanakan dengan
mengklik butang kiri. Butang kanan digunakan
untuk fungsi tertentu.
Sesetengah jenis peranti tetikus termaju
menyediakan butang tambahan untuk
mempercepat tugas yang paling lazim, seperti
menatal (scrolling) teks.
Apabila anda menggerakkan tetikus di atas
permukaan meja, penunjuk bergerak secara
sepadan pada skrin anda.
Tetikus membolehkan anda memilih item pada
skrin.
Apabila anda menggerakkan penunjuk ke
bahagian skrin yang berlainan, item atau
penunjuk akan berubah.
Perubahan ini menunjukkan bahawa anda boleh
mengklik sesuatu item untuk membukanya atau
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

27 | H a l a m a n

melihat lebih banyak pilihannya.


Anda boleh membuka item dengan
menggerakkan penunjuk kepadanya dan
mengklik butang tetikus kiri dua kali untuk
membuka item atau mengklik butang tetikus
kanan untuk melihat pilihan.
Dalam dokumen, anda boleh menggunakan
tetikus bagi memilih kedudukan untuk mula
menaip.
Anda perlu meletakkan penunjuk dalam
dokumen itu, klik di mana anda ingin
memasukkan teks, kemudian gunakan papan
kekunci anda untuk mula menaip.
Bagi memindahkan item, anda perlu klik item itu,
kemudian, dengan menahan butang tetikus,
pindahkan item ke lokasi yang berbeza.
Selepas anda memindahkan item ke lokasi
baharu, lepaskan butang tetikus.
Butang tetikus kanan digunakan untuk
memaparkan menu.
Pilihan pada menu ini termasuk kebanyakan
tugas yang paling lazim, seperti menyalin teks
dari satu lokasi dan menampalnya di lokasi lain.
Menu ini dipanggil menu konteks (context
menu). Ia membantu anda menyelesaikan tugas
dengan pantas.
Kebanyakan peranti tetikus juga mempunyai
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

28 | H a l a m a n

roda yang membantu anda menatal menerusi


dokumen atau halaman.
Untuk menatal, letakkan jari anda pada roda,
dan golekkannya ke depan dan ke belakang.
Ini menggerakkan dokumen ke atas dan ke
bawah.
Sesetengah peranti tetikus mempunyai butang
back di sisi yang hanya berfungsi dalam pelayar
(browser) dan Windows Explorer.
Terdapat pelbagai jenis tetikus yang dijual di
pasaran.
Tetikus jenis lama mempunyai bebola getah atau
logam di bahagian bawahnya.
Pergerakan mekanikal akan menggerakkan
bobola peranti tetikus itu.
Pergerakan ini kemudiannya menggerakkan
penunjuk pada skrin.
Tetikus mekanikal cenderung mengalami
kerosakan. Oleh itu, alat ini mempunyai kos
penyelenggaraan yang tinggi.
Bagi meningkatkan prestasi, tetikus optik dicipta.
Cara penggunaan tetikus optik adalah sama
seperti tetikus biasa.
Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai
bebola. Ia menggunakan laser untuk mengesan
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

29 | H a l a m a n

pergerakan.
Anda juga boleh menggunakan tetikus laser
yang menggunakan teknologi laser untuk
mengesan pergerakan dengan mengubah
pergerakan tangan kepada isyarat digital.
Berbanding dengan tetikus optik, tetikus laser
adalah lebih mahal.

Kuiz

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

30 | H a l a m a n

Butang tetikus yang manakah digunakan untuk membuka item?


o Kiri
o Kanan
o Roda tengah

Apakah fungsi butang tetikus kanan?


o Membuka item
o Melaksanakan tugas
o Memaparkan menu
o Kesemua di atas adalah salah

Jawapan
#1 Klik butang tetikus kiri untuk membuka item.
#2 Klik butang tetikus kanan untuk memaparkan menu.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

31 | H a l a m a n

Peranti Komputer
Terdapat pelbagai jenis komputer di pasaran pada masa kini. Komputer yang paling
lazim ialah Komputer Peribadi (Personal Computer, PC), yang biasanya digunakan
oleh individu dan perniagaan kecil. Komputer peribadi merupakan komputer yang
direka bentuk untuk digunakan oleh seorang pengguna pada satu-satu masa.
Komputer peribadi digunakan di tempat kerja untuk menghasilkan dokumen,
mengurus rekod perniagaan dan berkomunikasi dengan orang lain. Ia digunakan di
sekolah untuk mengajar pelajaran, membuat kajian melalui Internet dan membuat
tugasan. Anda juga boleh menggunakan komputer peribadi untuk bermain
permainan, menonton video dan mendengar muzik.
Komputer peribadi boleh dikategorikan kepada empat jenis yang berbeza,
bergantung pada saiz dan tujuan: komputer meja (desktop computer), komputer riba
(laptop), tablet dan telefon pintar (smartphone). Anda memilih komputer
bergantung pada tugas yang anda ingin ia lakukan. Contohnya, jika anda ingin
menggunakan komputer untuk mengedit gambar atau bermain permainan yang
rumit, anda memerlukan komputer yang mempunyai CPU yang laju dan penyesuai
paparan (display adapter) yang bagus. Jadual berikut menerangkan jenis komputer
yang berbeza secara terperinci:

Komputer Meja

Komputer Meja
Komputer meja terdiri daripada komponen individu seperti monitor,
papan kekunci, unit sistem dan pencetak. Komputer meja bukan mudah
alih dan biasanya diletakkan di atas meja tulis atau meja biasa.
Komponen komputer meja boleh digantikan atau dinaik taraf.

Komputer Riba

Komputer Riba
Komputer riba ialah komputer peribadi yang ringan. Ia bersaiz lebih kecil
jika dibandingkan dengan komputer meja dan direka bentuk untuk
perjalanan. Komputer riba menggabungkan papan kekunci, tetikus dan
monitor dalam satu peranti.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

32 | H a l a m a n

Komputer meja hanya berfungsi dengan elektrik, manakala komputer


riba berfungsi dengan elektrik atau bateri yang boleh dicas semula.
Komputer riba menjalankan tugas yang sama seperti komputer meja,
tetapi biasanya lebih mahal berbanding dengan komputer meja. Jika
anda sedang mencari sesuatu yang menawarkan fungsi penuh seperti
komputer meja dan boleh dibawa ke mana-mana, komputer riba
merupakan pilihan yang sesuai.

Tablet

Tablet
Tablet adalah salah satu peranti yang amat popular sekarang. Ia
merupakan komputer tangan (hand-held computer) yang digunakan
untuk tugas harian tertentu, seperti mengurus data peribadi. Tablet
adalah lebih kecil daripada komputer riba dan tidak mempunyai banyak
ciri berbanding dengan komputer meja atau komputer riba.
Ramai orang menggunakan stilus, iaitu alat seperti pen yang
membolehkan anda menulis, melukis gambar atau mengklik pilihan pada
skrin tablet. Ia juga boleh melakukan aktiviti pemprosesan perkataan
asas dan membantu anda mengakses Internet. Anda juga boleh
menghantar dan menerima mesej e-mel dengan menggunakan
komputer tangan.
Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan pada tablet, seperti
Windows Surface. Tablet dilengkapi monitor dan papan kekunci, yang
boleh ditanggalkan (detachable) dan juga boleh digunakan sebagai
pelindung skrin. Kini, tablet semakin popular, dan kebanyakan aplikasi
dan fungsi tablet setanding dengan aplikasi dan fungsi komputer riba.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

33 | H a l a m a n

Telefon Pintar

Telefon Pintar
Telefon pintar pada dasarnya kecil dan boleh dipegang dalam tangan. Ia
boleh mengakses aplikasi dan bersambung ke Internet untuk e-mel, ujian
mesej dan carian web. Paling unik, telefon pintar juga berfungsi sebagai
telefon.
Fungsi telefon pintar adalah sama seperti fungsi tablet. Ia boleh
melakukan pelbagai fungsi, seperti tugasan pejabat, penggunaan
aplikasi, akses muzik dan hiburan.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

34 | H a l a m a n

Kuiz

Apakah maksud Komputer Peribadi atau PC?


o Profile Computer
o Personal Computer
o Personal Common

Juliana mahukan komputer mudah alih yang setanding dengan komputer meja. Peranti
manakah yang sesuai?
o Tablet
o Telefon Pintar
o Komputer Riba

Jawapan
#1 PC = Personal Computer.
#2 Komputer riba setanding dengan komputer meja.
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

35 | H a l a m a n

Tahniah
Tahniah! Anda telah selesai topik ini!
Sekarang, anda sudah:

Memahami kepentingan
komputer.

Mengenal pasti bahagian utama


komputer.

Mengenal pasti langkah untuk


menghidupkan dan mematikan
komputer.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

36 | H a l a m a n

You might also like